Tuesday, 1 September 2015

MKT MESTI SEDIAKAN LALUAN TEHORMAT DAN SELAMAT BAGI NAJIB

KEJAYAAN RAKSAKSA BERSIH4 PUNCAK KEGAGALAN PM


Embedded image permalink

HANYA GEMPAK KELINGDi bawah pimpinan Najib orang Melayu dijatuhkan ke taraf hanya mampu "gempak keling" sahaja. Memalukan UMNO.

Penyertaan lebih 500,000 di BERSIH4 dengan majoriti terbesar orang cina yang  didalangkan oleh DAP telah memberikan gambaran  jelas kepada arena politik negara bahawa MCA telah mati dan hanya menunggu upacara pengkebumiannya secara rasmi  pada Pilihanraya Umum ke 14.

Disamping itu Perhimpuan Cina  ini juga memberikan mesej kepada  UMNO untuk membuat suatu perhitungan baru  dalam hubungan dan kerjasama politik dengan kaum lain diatas saki baki kekuatannya yang masih ada yang mesti dipulihkan dengan segera.

Sebelum perhitungan ini dibuat, UMNO mestilah mengundurkan dahulu Datuk Deri Najib dengan secara terhormat  oleh kerana kejayaan  besar yang dicapai BERSIH 4 adalah akibat  kepincangan dan keburukan  kepimpinannya.


Tepat sekali  seperti apa yang dikatakan tentang  perhimpunan ini oleh  Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim Pengarah Institue for Public Ethics dalam tulisannya di NST  bahawa" Bersih 4 rally is a manifestation of Chinese disdain for the Malays. This was calculated attempt to hurt Malay feeling on Merdeka Day"

Ini adalah hasil dari rintitan flip flop pimpinan  Najib yang tidak sahaja dirasakan oleh rakyat diakar umbi ,dalam kalangan orang UMNO yang mendiamkan diri malah di kalangan bekas-bekas pegawai tinggi keselamatan negara ,polis dan tentera dan  kalangan kehakiman yang telah melalui sejarah kegemilangan negara.

Hanya Tunku Abdul Aziz lewat menyedarinya seperi  lewatnya beliau sedar  menjadi alat DAP untuk membunuh bangsanya.

Kepada orang Cina, Najib adalah seorang  yang pegencut  dan lemah berasaskan sikap flip flopnya,  sabaik sahaja BN kalah besar pada Pilihanraya 13, beliau mensifatkannya  sebagai Tsunami Cina  tetapi tidak berani mengulanginya setelah  dinasihatkan oleh orang-orangnya.

Jika perkara ini diulangi, maka orang Melayu akan bersemangat tinggi dan orang Cina tidak akan lebih berhati-hati.

Najib  telah menggunakan Menteri Nazri Aziz iaitu kawan rapatnya  untuk menunjukan wajah manis liberal, kompromi dan toleransi kepada anasir-anasir anti nasional seperti Namawe yang menghina lagu Negaraku malah sanggup menerima kunjungannya dalam keadaan yang tidak sopan di Parlimen dan memberikan bantuan kepadanya untuk membuat filem.

Beliau juga menggunakan akhbar The Star untuk kempen Moderation, menggunakan 25 orang WOG  Melayu  ( Western Orietned Gentelemen) untuk menghina fikiran-fikiran  nasionalistic Melayu dan keugamaan.

Sebelumnya partinya telah  membelanjakan wang yang bagitu besar untuk menghiburkan para pengundi Cina di Pulau Pinang dengan menjamput penyanyi pop Gangnam Style dari Korea Selatan dengan belanja berjuta ringgit dari disamping majlis majlis makan " I love PM" and" IM4U"

Beliau mengutamakan pendekatan globalisasi yang bersifat "In love With Obama" untuk disayangi AmerIka Syarikat sehinga tidak sedar
akan ketidakselesaan  bangsanya merasakan  semakin jauh dari perasaan jati diri  yang dibina dalam jiwa mereka oleh Tunku, ayahnya Tun Abdul Abdul Razak, dan Tun Mahathir walaupun mereka ini  juga berpendidikan Barat.

Pemimpin-pemimpin ini  tidak sampai keperingkat sanggup menjual maruah dan integriti bangsa untuk menjadi alat asing  dengan  upahan sebesar RM2.6 billion. Mereka juga tidak pernah menjatuhkan maruah pegawai-pegawai tinggi kerjaan kerana hendak menyelamatkan diri sendiri.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara pegawai-pegawai kerajaan sepakat sanggup berkorban untuk bersama membocorkan rahsia kerana tak tertahan melihat penyelewengan yang dahsyat

Bagaimanakah orang Melayu dan bukan Melayu hendak menghormati pemimpin yang sebegini?

Sudah terlalu lewat bagi Najib untuk memainkan isu perkauman untuk memulihkan sokongan orang Melayu kepadanya tetapi  masih tidak lewat untuk beliau mengatur langkah berundur secara terhormat  dari pimpinan  UMNO  dan negara.

Menjelang Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 9 September ini anggota-anggotanya mestilah memikirkan dari sekarang untuk menyediakan laluan secara  terhormat dan selamat bagi Datuk Seri Najib mengundurkan diri.

500,000 orang China di perhimpunan Bersih adalah pendedahan kepada harapan besar  orang Cina untuk menjatuhkan  kuasa Melayu di negara ini. Mereka telah sanggup mengeluarkan wang berjuta,menutup kedai dan menjalankan kempen untuk meramaikan perhimpunan itu  bagi memupuk semangat kearah " Satu matlamat,satu ajenda  menjatuhkan kuasa Melayu" pada pilihanraya akan datang diatas kehancuran MCA yang telah menjadi halangan besar selama ini.

Jalan ini telah dimudahkan dengan terkuburnya MCA yang menjadi halangan kepada cita-cita mereka sejak kemerdekaan yang sebelumnya percubaan mereka telah  berjaya dipatahkan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku  Abdul Rahman di awal kemerdekaan.

Usaha Tun Ismail untuk melindungi MCA dan MIC dari dihancurkan oleh cauvanis Cina  juga  telah dihancurkan oleh Datuk Seri Najib. (Sila baca buku Reluctant Politician oleh Tun Ismail)

Tun Mahathir telah pergi ke Perhimpunan Bersih 4 dan dengan berani memberitahu mereka bahawa beliau tetap akan mempertahakan BN dan mahu BN terus berkuasa  tetapi dengan syarat Najib mestilah berundur.

Bahawa sesetengah orang UMNO marahkan kehadirannnya adalah menunjukan kecetekan politik mereka.

32 comments:

  1. Zam, the Chinese want to prosper economically without any hindrance to their effort. Did you see this many Chinese protest back in 1998 during the time of Mahathir ? I don't think so. Why was it after Mahathir, the Chinese are staying away from BN ?

    Why should Umno's MKT give DS Najib a safe passage ? That will even contribute to a bigger downfall for BN. What BN needs to do now is to save itself from all the unwanted attacks directed at Najib. Umno and BN takes the blame all because of Najib. So the natural thing is to get rid of the cancer. But can Umno do it ? I don't think so. Look at how many defended TSMY, Mahathir and Shafie ? Pathetic numbers. The cancer has spread more rapidly than you think.

    ReplyDelete
  2. Sugul sungguh rasanya bila Tun M yang penulis sayangi dikritik hebat, dikecam dan disindir bertalu-talu oleh pemimpin, ahli dan penyokong institusi UMNO sejak beliau menampakkan kelibat dirinya dalam himpunan demonstrasi jalanan Bersih 4 baru-baru ini.

    Penulis amat berdukacita dengan kutukan-kutukan itu. Apakah mereka tidak tahu bahawa Tun M itu telah mencapai tahap ‘wali’ dan ‘nabi’? Tahukah kalian bahawa beliau itu sama taraf ‘maksum’? Tahukah kalian bahawa segala yang terbit dari mulutnya itu adalah ‘fatwa’ yang ‘wajib’ diikut dan ‘berdosa’ jika tidak ditaati?

    Ketahuilah bahawa Tun M itulah ‘keramat hidup’ yang perlu diikut segala perintahnya. Walau berpandukan pada ‘kitab WSJ’ yang pernah beliau kutuk dulu, segala ‘fatwa’ darinya perlulah disokong dan dituruti tanpa sebarang soal jawab. Segalanya ‘benar’, tiada yang ‘tidak benar’ melainkan yang ‘benar-benar’ belaka.

    Penulis dari ‘sejak dalam perut’ sememangnya ‘taat’ pada perintah dan kehendak Tun M. Jika tidak, penulis akan dituduh sebagai ‘derhaka’, ‘pengkhianat’ agama, bangsa, negara dan UMNO…

    Menurut seorang rakan penulis pula, Tun M ketika berjawatan Perdana Menteri, ‘tidak ada’ seorang pun yang pernah mendesak beliau meletak jawatan. Malah ‘tidak ada’ seorang pun yang berani mencabar beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri meskipun Tengku Razaliegh Hamzah mahupun Tun Salleh Abbas.

    Tun M katanya ‘tidak pernah’ pun memecat, menjatuhkan atau menggugurkan sesiapa dalam barisan kabinet kerajaan yang beliau ketuai selama 22 tahun dulu. Malah beliau ‘tidak pernah’ pun mencantas, mengatur, mencatur atau membenam sesiapa ketika beliau menjadi Presiden UMNO atau mendaki kerusi tertinggi parti itu.

    Lebih ‘menakjubkan’ penulis, Tun M dikatakan ‘tidak pernah’ terbabit dalam sebarang skandal politik, skandal kewangan mahupu apa jua jenis skandal dalam pemerintahannya yang ‘maha hebat’ yang lebih hebat dari Firaun. Malah dia “tidak’ memiliki sebarang kroni, ‘tidak kenal’ Ananda Krishnan, Robert Kuok, Francis Yeoh, Vincent Tan, dan ramai lagi taikun-taikun Cina yang ‘miskin-miskin’ belaka itu.

    Untuk pengetahuan rakyat, Tun M juga dikatakan ‘tidak pernah’ menerima sebarang dana politik, sumbangan mahupun derma perjuangan ketika beliau menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri dulu. Khabarnya, semua kos politik beliau dulu adalah dari sumber poketnya sendiri atau duit gaji bulanannya sebagai Ahli Parlimen, Perdana Menteri dan ‘elaun ehsan’ selaku Presiden UMNO.

    Sesungguhnya menurut sesetengah pendapat, di dalam ramai-ramai ahli politik sejak mula terciptanya istilah politik oleh Aristotle dulu, tiada ahli politik yang ‘sesuci’ Tun M. “Suci’nya beliau bagaikan embun pagi yang belum tercemar oleh apa-apa unsur yang mengotorkan. Maka tidak hairanlah beliau menyertai Bersih 4…

    Penulis amat ‘kecewa’ bila ramai yang mengecam Tun M. Sampainya hati mereka menuduh Tun M dengan kenyataan yang ‘mengguris hati’ penulis. Tergamak mereka menuduh insan ‘maksum’ itu dengan kenyataan yang ‘tidak patut’?

    Tahukah mereka siapa Tun M? Tahukah mereka bahawa Tun M itu seorang yang ‘amat berkuasa’? Selama ini, beliaulah ‘pencatur’. Dulu ketika Pak Lah naik jadi Perdana Menteri, beliaulah yang ‘mencatur’. Khabarnya, ‘geng tingkat 4’ itu juga beliau yang ‘catur’kan, dan beliaulah juga yang ‘mencatur’ Pak Lah turun. Tidak pasti sama ada dakwaan ini benar atau tidak, tapi benarkah kononnya beliau yang mencatur Obama jadi Presiden US?

    Penulis ‘sedih’ bila Tun M diperkatakan sebegini rupa. Tolonglah jaga nama baik anaknya di utara Semenanjung. Janganlah dikutuk bapanya itu. Bapanya banyak berjasa pada negara. Kalau ‘tidak’ kerana bapanya, tidak merdekalah Persekutuan Tanah Melayu. Jika ‘tidak’kerana Tun M, tidak lahirlah Petronas…

    Akhir kalam, penulis ‘merayu’ pada semua, tolonglah ‘sokong’ Tun M. Kerana jasa beliau selama 22 tahun dulu, kita perlu taat dan sokong beliau walau pun beliau tersalah langkah. Beliau dipihak yang ‘benar’, tiada yang ‘benar’ melainkan yang ‘benar-benar’ belaka. ‘Majulah Bersih 4 untuk Tun M’…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello brader. Janganlah tonjolkan KEBODOHAN DAN KEBIADAPAN ANDA SEDEMIKIAN RUPA.

      Andalah penulis Bangang tahap Baghal yang takde kelas langsong. Kalaulah anda bergelar pemimpin Malaysia HANCUR SEHANCURNYA NEGARA jika mempunyai pemimpin tahap keldai.

      Kalau nak menyindir pun janganlah letakkan taraf anda sebaris binatang.

      Delete
    2. PAS dan PKR adalah kafir.

      Delete
    3. Hok aloh, tak kelakar pong! Mung ni trying too hard to be sarcastic ala ala tun M la ni.....better dong try again. Nanti mu bace semule, mu malu sendiri kehkehkeh!

      Delete
    4. Betapa besarnya kuasa Allah SWT. Akal fikiran anugerahNya kpd manusia kini tampak berbeza diantara satu sama lain. Bagi kita yang bernasib baik, telah dianugerahkan akal sempurna yang dapat berfikir secara rasional setelah melihat dgn jelas kemungkaran yg sedang dilakukan oleh Najib. Bg golongan manusia yg tidak bernasib baik, atas sebab yg hanya Allah Maha Mengetahui, telah dibutakan 'mata' akal fikirannya justeru gagal menikmati aliran pemikiran rasional ini diketika melihat akan kemungkaran Najib yang sedang berlaku di hadapan mata kita semua. Inilah manusia2 'cacat' yg melihat permata(Tun Dr M) sebagai bencana dan sebaliknya melihat bencana(Najib) sebagai permata. Malah ada antara mereka ini bagaikan tidak sedar apa yg sedang berlaku dan duduk mengelilingi serta mempertahankan kemungkaran Najib.

      Oleh yg demikian, saya menyeru supaya sahabat yg berada dlm golongan bernasib baik, kasihanilah mereka yg 'kurang upaya' ini dan janganlah mengherdik mereka. Ingat, kita telah dianugerahkan keupayaan akal fikiran yg lebih daripada mereka maka janganlah kita berkelakuan seperti mereka.

      Semoga Allah memberi petunjuk kepada golongan ini....aminnn!

      Delete
  3. Jangan ingat kami takut zam kami penah gegakan kawansan low yat dulu, kalau bukan polis panggil kami dah lama macai dap kami belasak kami tahu merhormati undang2 dan hari kemerdekanan malaysia ini, ko lupa kata2 tun dr ismail jika orang melayu bersatu,melayu tak perlukan bantuan parti2 cina itu, sebenarnya mahathir telah merosok bn itu sendiri dengan fitnah pada pak lah pada 2008 lagi bn telah rosak di sebab mahathir sendiri 'najib cuba pulih kan nya pada pru13 tapi pun gagal 'walau pun mendapat sokong dari mahatir itu , walaupun kesalahan pak lah hanya satu jual agustar je, fikirkan bil out yg di lakukannya mahathir lebih besar kerosakan dia sendiri lakukan, ketika pal lah nak menangkap kroni mahathir itu mahathir sangup pergi mahakamah untuk lepas kroni yg rasuah itu dengan menghardiri mahkamah menayatakan dia tak bersalah pada hal kes tak kena mena dengan dia , habis siapa bersalah, ikan bilis ditangkap jerung di lepaskan. Orang hanya pandai pura2 dia hidup lama tapi sampai bila dia berpura-pura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau menipu.Tampil lah ke depan bawa Tun ke mahkamah.

      Delete
    2. Jangan nk kencing la anon 15.17. Sedarlah kami lagi bijak dari kau..

      Delete
  4. Bagi saya Bersih 4 bukan isu Cina nak jatuhkan kerajaan melayu. Isunya ialah derma RM2.6B, pertukaran pegawai SPRM dan AG Gani, dan ekonomi. Apa yang Tunku Aziz dakwa sebagai chinese disdain for the malays tak masuk akal. Lebih tepat kalau dia kata malaysians disdain for najib and government. Soal perkauman, tolak tepi jer lah. Spin la macamana pun, orang tak terima dah. Dia sebagai penasihat SPRM senyap jer pasal pegawai kena tukar lepas tu flip flop balik ofis SPRM.

    Kalau ekonomi tak menentu, sektor swasta paling terjejas, pekerja swasta semua kaum terjejas. Kilang NAZA di Gurun dilaporkan memberhentikan 200 pekerja, semuanya Melayu. Jadi kenapa kaitkan Bersih 4 dengan cina? Sektor kerajaan tak pa laa, ekonomi macam mana pun, gaji tetap jalan.

    Nak suruh MKT bagi laluan terhormat dan selamat bagi najib? Agaknya terlambat dah kot. Satu dunia dah baca WSJ, pihak Swiss dan Singapore pun dah mula siasat. Lagi pun kena ingat, Sindrom Habuan 2.6 tu, berapa ramai dalam MKT yang dah terpalit? Dan boleh kah rakyat terima "laluan selamat"? TDM dah cakap, soal derma tu bullshit, dan rakyat tak bodoh. UMNO dah kena checkmate dengan permainannya sendiri. Tak payah la salahkan orang.

    ReplyDelete
  5. Saya tertarik dengan ungkapan Pak Zam :

    "500,000 orang China diperhimpunan Bersih adalah pendedahan kepada harapan besar orang China untuk menjatuhkan kuasa Melayu di negara ini".


    Perkara yang menarik yang saya maksudkan adalah :

    Himpunan 500,000 manusia didalam sesuatu acara mungkin satu rekod di negara ini. Sangat menarik apabila orang China Malaysia ini dapat menyatukan kaumnya. Kita perlu belajar daripada orang China ini bagaimana mereka dapat bersatu dan tolong menolong sesama sendiri, malahan sanggup korbankan wang ringgit dan masa untuk membentuk satu barisan.

    Cuba kita ukur dimanakah letaknya kesatuan orang Melayu masa ini. Sanggupkah orang Melayu berkorban untuk menolong sesama sendiri dan menyiapkan satu barisan.

    Yang hari hari kita dengar orang Melayu berebut dapatkan kuasa, dengan kuasa yang ada mereka mula berputar alam untuk membolot segala kekayaan untuk diri sendiri, kemudian berjinak dengan orang China untuk berusahasama kononnya yang kesudahannya menjadi "sleeping partner" dengan makan kamsen. Kalau ada pun sokongan ... ianya lebih bersifat "penjilat" dan maruahnya boleh dijual beli.

    Akibat daripada kerakusan dan tidak beramanah, kita lihat sahajalah kelompok Melayu hari ini berpecah belah. Dalam MT UMNO sendiri ia bagaikan retak menunggu belah, yang hanya diampu dengan sogokkan. Kemudian ada geng Chedet, geng KuLi. PAS pun dah terbelah dan masih terbuai dengan agenda Islam kononnya. PKR dan banyak lagi kumpulan yang bertaburan, misalnya Chegubard pun dah macam hantu tak bertuan dan macam-macam lagi belahan.

    Kalaulah harapan besar orang China adalah untuk jatuhkan kuasa Melayu. Jadi apakah harapan besar orang Melayu untuk masa hadapan. Bagaimana kalau kita katakan harapan besar orang Melayu adalah untuk jatuhkankan ekonomi orang China pula ... mungkin kita rasa nak tergelak atau mingkin kita digelakan atau kita boleh mencuba tapi biarlah berstrategi.

    Tapi apa salahnya orang China yang berkuasa di Tanah Melayu ini, kalau lah kiblat kita hanya nak kaya dari segi wang ringgit seperti Singapura ... nampaknya masa ini kiblat kita macam itulah tapi dengan cara tidak beramanah, beli barang murah dengan harga mahal sehingga perihal ugama pun jadi komoditi. Tapi ada orang kata jika bilangan orang China di Tanah Melayu ini lebih kecil peratusannya, dari segi sosio-ekonomi kita jadi sebijik macam Sumatera?.

    Apa pun, orang Melayu kenalah Bersih dan Bersatu, seterusnya membentuk barisan bersama China dan berbagai kaum lagi untuk memakmurkan negara ini dari segi sosial, ekonomi dan persekitaran. Ayuk terus maju dan bersatu kehadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, tiada orang yang tahu berapa orang dari kaum mana yang akan hadir di BERSIH, sehingga hari tersebut. Adalah tidak benar kaum Cina hendak menjatuhkan kerajaan Melayu, bukankah kaum Cina yang mengundi PAS bila bertentang dengan MCA pun? Pihak pembangkang tiada orang Melayukah? Jika boleh kita hendakkan 'check & balance' dalam kerajaan dan bukan sepenuhnya oleh satu parti supaya kuasa tidak mudah disalahgunakan. Bila PM sudah terang-terang merompak dan konco-konconya rasa 'ok', ini sudah keterlaluan. Tolong jangan putarbelit menjadikan isu perkauman, as Obama said, a country divided along the racial lines will never suceed. Malaysia has proven him right.

      Delete
  6. Tun dalam penghujung perjuangan nya telah mengorbankan diri demi agama, bangsa dan tanah air. Dengan gerakan yg dimulakan tun..najib telah berhati-hati dalam tingkah lakunya. Akhirnya..najib terpaksa menonjolkan dirinya yg sebenar untuk tontonan rakyat jelata. Wahai orang melayu..nilai kan lah erti perjuangan tun dengan sejujur-jujurnya. Ini lah pahlawan melayu yg tidak menghiraukan nasib dirinya demi agama, bangsa dan tanah air. Langkahnya dan gerak tarinya seringkali disalah ertikan oleh musuh..yg akhirnya pasti akan membawa kemenangan yang diperjuangkan oleh seorang pahlawan. Dalam diri tun..tiada lagi mahathir muhammad dalam perjuangan akhirnya ini. Yang ada hanya jiwa umno yg ingin memertabatkan melayu. Ada apa pada DAP..ada apa pada BERSIH. Umno adalah tuan ditanah melayu...kenapa BERSIH4 dan DAP dimertabatkan begitu tinggi oleh orang umno sendiri. Kita adalah tuan di tanah air kita sendiri..namun kerana pemimpin umno takut dengan diri sendiri...bayang-bayang lipas pun dikatakan hantu tinggi. Tun amat berani bertingkah digelanggang bersih..membawa suara rakyat bukan suara DAP menentang yang bathil. Agar esok hari..tiada yg mengata..Adakah semua orang melayu telah buta hati?

    ReplyDelete
  7. zam ,Tun Ismail pecat mahatir itu anda baca sejara dia, tun razak kutip balik mahathir itu, sekarang mahathir cuba hancur umno itu, sepatut mahathir sedar diri dia siapa dia, kalau betul dia majukan bumiputera dia lama pegang kata2 dia dalam buku malay delema itu ia, ini tak' mahatir sendiri gagal majukan 30% ekonomi bumiputera, fikir kan lah kalau asas pejuang dia gagal tetep gagal juga dia bukan negarawan negara ,dia gagal asas perjuang dia yg pegang itu, saya akui dia berjaya banggunkan malaysia tapi gagal mebanggunkan 30% ekonomi bumiputra,sebab.
    saya tak iktiraf mahathir sebagai negarawan malaysia ini dia gagal dalam perjuang asas dia sendiri yg dia ciptanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan fakta dan tatabahasa anda. Kalau fakta sendiri pun tidak betul, bagaimana hendak meyakinkan pembaca dengan pendapat anda. Tun Abdul Rahman dan bukan Tun Ismail yang memecat Tun Mahathir. Adakah anda berasal dari Bangladesh?

      Delete
    2. Tengok pada tulisan ko ini gerenti tak sekolah nih. Abih kelam kabut noktah, koma huruf besar huruf kecil tak tentu hala. Boleh pakai ker kepala hotak ko ni ?

      Delete
    3. "....berjaya bangunkan malaysia,tapi gagal mebanggunkan 30% ekonomi bumiputra....". Tak ble tepuk sebelah tangan bro. Tun cuba, tapi orang melayu tak sambut dengan passionate.....ambil sambil lewa sahaja. Yg mana diberi peluang dapat projek/kontrek secara senang dan jadi kaya, makan sendiri, tak mahu tulung melayu lain; lepas tu asas bisnes tak kuat, bila ekonomi merudum, dia pun ikut sama merudum, bankrap! Senang nak salahkan tun. Nak harapkan dollah bangunkan orang melayu, dia sendiri tidok. Najib? Kita tengoklah apa jadi sekarang. Kalau tun salah pun, sekurang-kurangnya dia cuba perbetulkan keadaan sekarang. Dollah sengap! Najib usah nak betulkan, tak ngaku dia salah adalah!

      Delete
    4. Betul juga kata dia.Tunku mahu Mahathir di pecat tetapi yang mendorong dan tegas dalam pekara ini ialah Tun Dr.Ismail. Saya tidak tahu sikap Tun Razak semasa mesyuarat MKT buat keputusan mengenainya tetapi yang pasti Mahathir bukanlah mendapat kasihan rahim dari Tun. Usaha di jalankan oleh berbagai pihak untuk membawa kembali Mahathir ke dalam UMNO yang dikehendaki oleh orang Melayu pada masa itu.

      Tun dan Datuk Harun adalah bersaing untuk menjadi juara dalam hal membawa balik Mahathir ke UMNO . Maka tafsiran bahawa Mahathir di kutip oleh Tun adalah lebih kepada perasaan kebencian dan bukannya pertimbangan orang bermoral.

      Delete
  8. Berundur secara terhormat dgn syarat jibby tak akan diseret ke mahkamah atas tuduhan rasuah Dan salahguna kuasa? Sanggupkah jibby menerima nasib spt Anwar?

    ReplyDelete
  9. Tan Sri, saya tidak fikir MT UMNO mempunyai keberanian dan kebertanggungawaban yang tinggi untuk meminta Najib berundur. Saya tidak percaya perkara itu akan berlaku. Sepatutnya rakyat sedar bahawa MT UMNO berkerja untuk kelangsungan politik Najib bukan untuk rakyat.

    Sebaliknya ada kemungkinan MT UMNO akan memecat Muhyiddin dari jawatan Timbalan Presiden UMNO. Slogan untuk agama, bangsa dan negara yang dijeritkan oleh pemimpin UMNO telah lama basi, Tan Sri. Oleh yang demikian sempena mengambil semangat kemerdekaan negara ke 58 tahun, MT UMNO mesti bertekad bahawa makna sebenar kemerdekaan adalah tidak kompromi dengan pemimpin yang korup. Selagi mereka kompromi, kau jaga aku dan aku jaga kau, kita beum merdeka Tan Sri. Tak payahah retorik banyak-banyak, buat buang masa sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ku seman, anda masih di utusan? Sekadar ingin tahu kedudukan semasa. Apa pong tabik kerani berani berkata benar. Teruskan2...

      Delete
  10. Mari kita sama-sama beramai-ramai menunaikan solat hajat yg bakal diadakan di stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti Alor Setar, memohon kesejahteraan dan keamanan negara kita. Dengan beramai-ramai menghadiri program seperti ini kita tidak perlu berarak seperti Bersih, tetapi memohon pertolongan dari yang Esa supaya dibanteraskan segala kebathilan:-

    https://www.facebook.com/MukhrizMahathirFC/photos/a.709049989155843.1073741829.708420685885440/942029479191225/?type=1

    ReplyDelete
  11. Dr. Mahathir sebagai pemimpin letak sasaran demi kemajuan bangsa.Tetapi bangsa yang khianat macam kau,si peliwat dan ramai lagi pengkhianat bangsa yang lain menggagalkan hasrat ini.Kau ingat Mahathir Tuhan kah???Kalau Mahathir ada kuasa penentu lebih baik dia buat bagi jadi 100%.Bagus lah kalau Mahathir yang gagal,.....kau tu berjaya sangatkah???Kau kah yang bagi si Najib RM2.6 Billion tu???Hebat,....kau ada kuasa tak iktiraf orang.Lebih baik kau guna kuasa itu untuk tolong saudara mara kau yang susah.

    ReplyDelete
  12. Sejak jadi PM, tindak tanduk PM banyak tak masuk akal, padahal dia ada experience politik. Antaranya, lantik bekas ahli perlimen PKR jadi duta ke indon; umum lantik ustaz kazim jadi ahli MKT tanpa tanya tuan badan dulu; biarkan press conference MH 370 jadi huru hara sampai orang tak yakin apa pegawai mana cakap; isu pertukaran MB Terengganu sampai nak lingkup kerajaan UMNO negeri; pejabat PM buat statement kat New York Times pasal inheritence dari Tun Razak; pejabat PM buat "pembetulan" statement ismail sabri pasal isu boikot business cina; duit 1MDB di bank singapore yang dah bertukar jadi unit; dan yang paling best masuk duit derma kat akaun peribadi. Adik dia tu banker, apasal tak pi tanya dulu. Dia ni educated, bijak, berpengalaman, berpengaruh, tapi apasal boleh jadi lintang pukang cam ni?

    ReplyDelete
  13. Kalau MKT PECAT TSMY 9 september ini dan teguh juga pertahankan DSN maka bolehlah talkin dibacakan sebelum UMNO Betul2 terkubur kerana ianya sudah mati walau masih bernafas

    ReplyDelete
  14. Nasi dah jadi bubur. Menyelamatkan Najib perlu strategi yg sgt halus.
    Marah dah bertukar benci. Benci dah jadi dendam.
    Kalau balasan tak setimpal, UMNO dan BN takkan ada harapan lagi.

    Dalam penghakiman yg penting bukti. Penilaian dan keputusan rakyat setelah penghakiman wajib diutamakan.

    ReplyDelete
  15. Penah kah mahathir 'berfikir pasar malam tunku abdul rahman di rata peniaga melayu dan medan mara rata peniga melayu,kedai makan di pertama rata2 penigaan melayu, mahathir saya sudah tak menghormati mahathir sebagai negarawan lagi, kena berfikir setiap minggu mereka akan mereka bayar pinjaman amnahan iktir yg disediakan kerajaan jika pendapat mereka terjejas pada dua hari apa mereka mahu bayar untuk pinjaman tersebut adakah mahatir mahu bayarnya ,adakah kroni mahatir dan kronima anwar itu boleh menbayar ganti rugi mereka alamai pada peniga2 bumiputera itu ke? sila jawab zam
    Sila jawab zam?

    kami bosan perangai ahli politik dan mantan ahli politik ini

    ReplyDelete
  16. anda berfikir apa 1,2,3,4 bersih dan blackout 505 bukan isu nak menjatuhkan kerajaan ketika itu, orang melayu melihat perkara ini sebagai ancam, apakah angota bersih ini mejoriti dari orang baik2 belaka seperti anda sangkakan, mereka terdiri ngo mendapat sokong aganda mereka LGBT,murtat, menghupuskan nak bumiputera,minta otonomi negeri, merdekakan sabah dan serawak, mereka mereka hanya mencari peluang untuk orang cina berkuasa saya penah berkawan orang bersih ini mereka bahawa masuk tun m kepenjara dan suruh najib turuh jadi pm jadi ketua pembangkang je, mereka hanya mahukan anwar jadi pm berikan selaga2 pada cina dan sangup menhapuskan hak2 bumiputera.
    saya melihat tun m hanya pergunakan mereka ini seperti tun m mengunakan pentas pas dulu, mereka ini tahu startigi tun m itu ,tun m kena ingat pisang tak akan berbuah dua kali
    kalau isu derma parti politik dan kroni semua ahli umno pun tahu, aku sebab aku penah pergi perhimpunan umno penah dengar cakap2 belakang ahli politik, betul tak zam sebagai veteran umno anda juga tahu derma dan kroni parti politik termasuk kerajaan mahu pembangkang semua penah menerima derma mana sumbar itu lah amalan demokasi memelukan sumber kowangan untuk menghidupkan parti, cuba anda berfikir kenapa semagat 46 terkubur dan parti lain mereka tak sumber dana kukuh perjalan parti

    zam anda juga tahu pelembagan umno fasar 27.2 itu mungkin sahabat anda tun mahathir tahu

    27.2 Tiap-tiap harta alih hendaklah dipegang dan didaftarkan atas nama Pemegang Amanah. Majlis Tertinggi dan peringkat-peringkat lain boleh melantik mana-mana ahli atau syarikat sebagai Pemegang Amanah dan mereka boleh diberhentikan pada bila-bila masa jua pun.

    ReplyDelete
  17. 27.1 Tiap-tiap harta tak alih, iaitu tanah dan bangunan kepunyaaan Ibu Pejabat UMNO hendaklah didaftar atas nama UMNO dan harta tak alih kepunyaan Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan bolehlah didaftar atas namanya masing-masing.

    27.2 Tiap tiap harta alih hendaklah dipegang dan didaftarkan atas nama Pemegang Amanah. Majlis Tertinggi dan perangkat-perangkat lain boleh melintik mana-mana ahli atau syarikat sebagai sebagai Pemegang Amanah dan mereka boleh diberhentikan pada bila bila masa jua pun.

    27.3 Kuasa untuk menentukan UMNO membeli ,mencagar( bagifaedah sendiri atau pihak lain) menjual memindah ,memajak atau menyewa harta benda atau bangunan adalah terletak kepada Majlis Tertinggi dan bagi harta benda tak alih kepunyaan Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan, kuasa yang sama adalah terletak kepada Jawatankuasa masing-masing.

    27.4 Majlis Tertinggi berkuasa membuat peraturan utk melaksanakan tujuan Fasal 27 ini dan utk memindahkan nama pemilik berdaftar bagi harta tersebut kepada pihak-pihak yang di berikuasa memilikinya oleh Fasal 27.1

    mungkin zam ulas isu 2.6billon itu

    ReplyDelete
  18. Isu cerai talak 3 dlm parti isle pas satu bukti parti itu parti iblis dan setan karut kurafat !
    Pas lebih besar drpp Quran.

    ReplyDelete
  19. Anon 12:24,
    Mana dahulu Mahathir kah atau Bersih4.?
    Kalau Mahathir tak singgah tentu peniaga-peniaga ini dapat bayar hutang amanah ikhtiar?
    Alahai sebab Mahathir singgahlah mereka tak dapat bayar!

    ReplyDelete
  20. Majoriti cina di Bersih 4.0 menunjukkan majoriti orang Melayu sudah bosan dengan politik umno, pas dan pkr.

    Majoriti cina juga menunjukkan bangsa itu lebih sedar dan insaf betapa teruknya keadaan ekonomi dan ringgit.

    Pembohongan politik Najib dan hipokriknya pemimpin umno tidak dapat membeli pemikiran kaum cina. Orang Melayu masih terhegeh hegeh dan lembab dalam berpolitik.

    Persepsi derma, ditolak mentah2 oleh kaum cina manakala ramai melayu.masih kena tikpu hidup hidu

    ReplyDelete