Thursday, 3 September 2015

MAHATHIR TAK SANGKA NAJIB AKAN KHIANATI AYAHNYA.

    • Di bawah ini adalah twitter saya sepanjang hari ini ( 3 September 2015)
  1. Harap Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Mohamed Aziz tidak utamakan survival Najib lebih dari survival Muhyiddin kerana ini rosakan imejnya sbg veteran UMNO kerana tiada lagi veteran percaya pada Najib termasuk persara polis dan tentera
  2. Mukhriz akan dipecat dari MB Kedah. Kuasa BN kembali diKedah kerna beliau diterima wakili generasi muda.Lebai Sudin sesuai utk kembalikanPAS
  3. Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Mohamed Aziz kata tidak bijak utk singkir Muhyiddin dan Shafie.Sense Of survival Najib yg lebih diutama kini
  4. Najib tak sangka Mahathir akan tentangnya. Tun pun tak sangka Najib akan khianati harapan ayahnya yg diwarisi dan diperkukuhkan olehnya(Lihat ucapan Najib petikan dari Star online di bawah)
  5. Maria Chin enggan dedah derma RM2.4 juta bia Bersih Cina Haram4. Ini lebih baik dari dedah wang haram RM2.6 bil dg berbagai cerita palsu.
  6. Ahli MKT Tajuddin ingatkan Mahathir kehadirannya di di BERSIH Haram Cina4 jadi alat Dap. Dia ingat dia dah lebih cerdik dari Tun
  7. Laporan polis bantah Bersih Cina Haram4 bertambah, cuma tindakan Mahkamah bantah wang haramRM2.6 Bil tak bertambah. Tak ada follower Anina
  8. Hakim kata Hatta langgar bai'ah jatuh talak3. Itu hukuman Islam parti Pas. Sekarang dia pakai hukum Islam parti barunya yg sahkan nikahnya.
  9. Berita terkini kerjaan akan pertahan kebebasan institusi awam seperti SPRM JAN dll. Cerita kelam kabut nak tebus dosa besar. Flip flop lagi


DARI THE STAR ONLINE 3HB SEPT 2015
"SAYA TAK PERNAH MIMPI MAHATHIR AKAN KRITIK SAYA" NAJIB

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak took a swipe at one of his fiercest critics, Tun Dr Mahathir Mohamad, saying he never imagined that the former prime minister would be so critical of him and his administration.
"Never in my wildest dreams (did I think) that my predecessor would go against me in this manner.
"But he is no longer the prime minister so (he) shouldn't take centre stage," the Prime Minister said at the opening of the World Capital Markets Symposium here.
While Najib did not specifically mention Dr Mahathir in his speech, it was obvious that he was referring to the elder statesman.
Dr Mahathir has been highly critical of Najib over the past few months, particularly on the 1MDB issue.
The former prime minister raised eyebrows when he was seen the Bersih 4 rally last weekend.





10 comments:

  1. Melayu sempit sibuk duit bersih rm2.4 juta.
    2.6 billion sapu bawah karpet
    Kabberap.
    Bodoh semangat aje lebih.
    Otak tang lutut

    ReplyDelete
  2. Sy tak boleh bygkn barisan pimpinan negara masih boleh pejam mata tidur dgn lena saban mlm....

    Kata einstein... Dunia takkan dihancurkan oleh mereka yg melakukan kejahatan tetapi oleh mereka yg memerhatikan tanpa melakukan apa2...

    The world will not be destroyed by those who do evil but by those who watch without doing nothing...

    Hadari Luth
    Putrajaya

    ReplyDelete
  3. Kalau tak sehaluan dengan dia, kalau tak suka geng geng dia, kalau tak percaya dia.....dok senyap senyap, jangan kritik dia di khalayak ramai. Ianya parti exclusive untuk penyokong dato presiden. Tak kan tak faham? Dia pun dah kata, jangan jadi bangang!

    Yang dah tak sokong dia, ada option lain...PAS, PKR, Amanah.

    Kelantan dan selangor sudah kekal milik bukan umno. Perak, Kedah, Terengganu bakal ditawan semula oleh bukan umno..tak ada masalah pun, no problem. Jelas, ada atau tidak umno, bukan lagi persoalannya. Keep calm and dont think about umno. Melaka dengan negeri sembilan pun ada harapan cerah di tawan bukan umno. Tak ada masalah, jangan risau.

    ReplyDelete
  4. Tanah Melayu sudah merdeka dalam tempoh 58 tahun diikuti Sabah/Sarawak sama-sama menubuhkan Malaysia semenjak 52 tahun yang lalu.

    Kalau di ikut umur manusia, dikira Malaysia sudah menjadi seorang dewasa yang matang.

    Ketika negara jiran kita SIngapura, Thailand, Indonesia dan Filipina kira sudah matang dalam sistem poltik demokrasi, kita Malaysia agak terbalik haluan demokrasi. Semakin menuju ala diktator secara halus.

    Tidak payah kita cakap sains poltik hebat-hebat, cuba kita lihat perkara mudah sebagai contoh di bawah:

    1. Di Singapura sekarang ini dalam proses menuju pilihanraya September ini, ada siaran langsung perdebatan poltik dalam TV antara parti pemerintah dan 8 parti pembangkang atas satu pentas. Di Malaysia = Najib UMNO ada berani duduk sama pentas dengan Nurul Izzah, Mat Sabu atau Anwar Ibrahim? atau Rafizi budak baru dalam politik ? Atau debat sama PERKASA?

    2. Tunjuk perasaan rakyat di jalanan, negara jiran sekeliling kita lain adalah hak demokrasi. Semua orang tahu. Di Malaysia, BERSIH dianggap haram pulak. Apa yang haram sebenarnya? Apa maknanya hak rakyat dalam perlembagaan/undang-undang Malaysia? Adakah pimpinan BERSIH buta undang-undang demokrasi? Adakah pimpinan BERSIH tidak lulus sejarah SPM? Adakah rakyat sertai BERSIH orang bodoh?

    3. Negara Indonesia penuh dengan surat khabar, TV yang diberi ruang kritik kerajaan? Di Malaysia = TV arus perdana dan suratkhabar tidak ada sifat profesional dalam dunia kewartawanan., terang-terang pengampu kerajaan. Bukan soal siapa parti perintah negara, soalnya mass media kita ini mesti bersifat berdikari barulah tepat. Nanti jangan salahkan sosial media pulak. Jangan salahkan rakyat bila alih dari akhbar arus perdana ke artikel laman sosial. Jangan kita memperbodohkan rakyat. Di USA/UK/Jerman debat politik dalam TV. Di Malaysia = Debat bukan budaya kita. ??????

    Jangan harap negara Malaysia mampu menuju wawasan 2020, kalau sistem demokrasi politik kita masih ada ciri-ciri ala diktator, pimpinan hari-hari macam nak bergaduh atau berperang dengan rakyat sendiri.

    ReplyDelete
  5. Sekurang-kurangnya filem-filem Tamil dan Hindi boleh mengkritik menteri dan polis yang korup. Di Malaysia jangan mimpi la. Boleh setakat tengok filem puji-pujian untuk polis dalam Gerak Khas!

    ReplyDelete
  6. He.he. jika singapore kenapa tangkap ahli bersih , itu kematangan demokasi namanya, singapore juga menangkap ahil (tak boleh tahan) ada masih tak tahu pasal singapore, di singapore ahli tak boleh tahan di tangkap polis kerana merusuh he.he.he. ada anda boleh cari ahli tak boleh tahan ramai yg mernyetai nya kerja dia orang merusuh di singapore itu, bersih pepatut menberi sokongan ahli tak boleh tahan itu. Mungkin tun mahathir pun boleh sertainya ahli tak boleh tahan itu ,jika tak berpuas hati dengan kerajaan sinagapore itu he.he.he.

    ReplyDelete
  7. Siapa yang sibuk dana haram bersih sebanyak RM2.4 juta tapi buat buat tak tau derma misteri RM2.6 bilion memang letak otak di kepala lutut. Kalau tak mahu dianggap otak di kepala lutut ayuh kita terus persoalkan derma misteri yang UMNO kata miliknya tetapi tidak masuk dalam akaunnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak yang persoal dah. TSMY persoal, kena buang. Orang orang bersih turun buat demo persoal, orang orang umno spin kata cina nak tumbang kerajaan melayu. TDM pun turun bersih persoal, kena hentam juga dengan orang orang umno. Rakyat biasa persoal dalam FB dia, dia buat dek jerr. Kalau TSMY buat demo macam bersih, agak agak berapa kerat yang turun? Saya rasa tak ramai. Sebabnya, ramai yang dah buat keputusan ABU. UMNO tak elevan lagi.

      Delete
  8. X sangka jugak najib sebegini rupa.... rupa segak & nampak innocent. Br tau start isu 1mdb sehinggalah isu Derma... mesti TUN lama meluat cuma tunggu masa sesuai je. X boleh tahan.......

    ReplyDelete
  9. Betul kata TDM bagi duit orang angkat banner "I Love PM" tetapi sekarang ini jadi takut balik nak keluar jumpa orang atas reson keselamatan.Betul-betul palsu dalam perjalanan hamba Allah ini.Taubatlah.

    ReplyDelete