Wednesday, 2 September 2015

JIKA IKUT LANGKAH ANINA AHLI UMNO AKAN DIPECAT BERAMAI RAMAI



MENJELANG TINDAKAN TERHADAP MUHYIDDIN MAHATHIR

KOMEN:
Hata Ben Ross2 September 2015 at 23:07
TSMY tidak dibuang keahlian.. MKT buat keputusan hanya MENGANTUNG tugas dan jawatan Timb. President UMNO sehingga 2018. TP UMNO tugasnya di ampu oleh Naib-naib President. Shafie kekal. Tun M kekal as ahli jer. Pak Zam kena kuat cari fakta. Jgn campur AUTA sebagai INFOTEIMENT.
KOMEN SAYA: INFORMASI INI MACAM  DARI SUMBER DALAM YANG BOLEH DIPERCAYAI . MUNGKIN ADA KEBENARANNYA. KITA TUNGGU 9 SEPTEMBER-Zam

UMNO akan hadapi cabaran lebih besar sekiranya ahli ahli UMNO yang lain;ketua cawangan,bahagian atau ahli biasa mengikuti langkah wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin menyaman Presiden UMNO Datuk Seri Najib di Mahakamah atas dakwaan menipu anggota UMNO mengenai RM2.6billion yang dimasukan kedalam akaunnya.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan  Anina telah dipecat dari ahli UMNO kerana tindakannya itu berasaskan pekara 20.7 Perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan ahli-ahli membawa pekara parti ke mahkamah.

Bagaimanapun tidak mustahail  ahli- ahli UMNO  yang anti Najib yang memendam rasa  di seluruh negara  akan senghaja mengambil tindakan ini di sana sini menjelang  mesyuarat MKT pada 9 September ini.

Mesyuarat ini dikatakan akan mengambil tindakan memecat Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO dan juga Tun Dr.Mahathir sebagai ahli UMNO.

Langkah untuk menjustifikasikan tindakan terhadap Mahathir di mata umum telah pun didahuli dengan berita   siasatan polis terhadapnya  dan juga laporan terbaru mengenai hubungannya dalam mempengaruhi laporan  Sarawak Report

Dalam pada itu  ramai pula yang  mengikuti langkah Anina ,maka apakah MKT UMNO akan mengambil tindakan yang sama seperti yang dilakukan terhadap Anina atau membiarkannnya sahaja kerana tindakan telah pun diambil terhadap Anina? Apapun ini  tentunya akan mendedahkan lagi tidakkan bertubi-tubi UMNO dengan apa juga cara  untuk mempertahankan Najib.

Seorang anggota Tribunal Displin UMNO  Malaysia Megat Najamuddin Megat Khas mempersoalkan kesahihan  tindakan terhadap Anina itu sekiranya tidak diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Bahagian pentadbiran UMNO sahaja tidak boleh mengambil tindakan terhadap Anina, kata  Megat Najamuddin dalam interviu dengan Astro.

25 comments:

  1. Umno semakin hari semakin jahanam. Ini kerana ia dipimpin seorang yang begitu unkompeten, tidak reti, tidak rasa, tidak sensitif apa yang berlaku disekelilingnya. Semuanya bergantung pada tuan penasihat. Para penasihat pulak terdiri daripada budak-budah mentah dan bahalol yang berlagak pandai. Semua penasihat ini telah merosakkan lagi imej Najib. Dia pulak tak tau apa asyik bergantung pada para penasihat. Penasihat British itu apakah masih ada di Putrajaya?

    ReplyDelete
  2. TSMY tidak dibuang keahlian.. MKT buat keputusan hanya MENGANTUNG tugas dan jawatan Timb. President UMNO sehingga 2018. TP UMNO tugasnya di ampu oleh Naib-naib President. Shafie kekal. Tun M kekal as ahli jer. Pak Zam kena kuat cari fakta. Jgn campur AUTA sebagai INFOTEIMENT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya macam saudara sudah lebih tahu dahulu.Ada kewajarannya. Inikah yang akan berlaku pada MKT pada 9 September ini?. Saya harap maklumat ini benar.

      Delete
    2. Pak zam mesti cari cara satu kn rakyat bukan menambah kn lagi perpecahan. Musuh umat melayu skrang adalah dap. Pak zam pun tahu kalau dap dpt msia, melayu pasti dipinggirkan, cam spura.

      Delete
    3. Pilih Presiden baru selesai la semua masaalah umno.

      Delete
    4. Anon 06:07.

      Apalah bersatunya jika ianya diikat dengan najis duit, apabila wang itu raja, bercakap hal ugama tapi hati berhaloba.

      Betul ke DAP tu musuh Melayu? ... Kalaulah musang itu dilihat macam musang senanglah kita. Tetapi jika musang itu berbulu ayam, malah disuruh pula menjaga reban. Mana lebih bahaya.

      Kalaulah DAP dan gengnya dapat memerintah apa masalahnya .. kalu depa buat hal, bersatulah kita dengan ikatan baru .. lepas lima tahun kita perintah balik .. tengok ada perubahan tak, atau dok pimai tang tu je.

      Kalau nak belayar, sauh dilabuhkan, bila perahu tak bergerak disalahkan angin tak bertiup.

      Acap kali kita halakan telunjuk kita pada Singapura dan Melayunya. Cuba bandingkan purata pendapatan dan disiplin Melayu Singapura dengan Melayu sekelilingnya. Janganlah tek reti joget kata lantai tak rata.

      Delete
  3. TSMY cuma digantung jawatan Timb. President dan semua tugas dijalankan Naib President sehingga 2018. Disekat menjalankan sebarang aktiviti sebagai pemimpin pusat kecuali Di bahagian sendiri. Tun M Dan Shafie kekal seperti adanya.. Pak Zam kena kuat cari fakta jangan AUTA untuk di INFOTEMEN kan.

    ReplyDelete
  4. Tak mengapa Anina. Mahathir pun dulu kena pecat dan akhirnya jadi Perdana Menteri. Anina pun sapa tau satu masa jadi Perdana Menteri. Jangan main-main..

    ReplyDelete
  5. Zam boleh tak cerita pada saya siapa menambah fasar 20.7, fasar 20.8 pelembagaan umno itu kalau betul ke era tun m menambah fasar 20.7 dan 20.8 itu . Fasar 20.8 mesti cinta parti , , tun m dah tak cinta parti sebab cinta tak berbalas
    He.he.he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tidak silap ingatan saya penambahan fasal itu berlaku setelah tindakan 46 membawa kes keputusan pemilhan Presiden UMNO ke mahakamah. Benar ia berlaku pada era Tun Mahathir. Saya tidak percaya Mahathir tak cinta pada parti sebab dia tidak pernah keluar dari parti tetapi sejarahnnya dipecat dari parti. Apa juga dilakukannya adalah kerana kecintaan pada parti.
      Mungkin parti tidak membalas cintanya tetapi rakyat pada keseluruhannya tetapi mencintainnya. Jika Tun bercakap di TV orang tunggu tetapi jika Najib orang lari.

      Delete
    2. Betul itu dulu dr mahathir cintakan parti sekarang tun m cintakan kroni apek he.he.he, tun m istiharkan cerai dengan umno pada pak lah, sekarang cinta akan rakyat berkorni dap cina,

      Cuba kita baca pemikiran dr mahathir dan tun mahathir itu sekarang kita buat satu buku tajuk (pemikiran perbezaan pemikiran dr mahathir dengan tun mahahtir)
      sipnosis macam Cinta, cerai dan musuh berkawan baik salang mengunakan antara satu sama lain
      Boleh anda menulis nya

      Delete
  6. Satu cara paling mudah undurkan Najib yang tidak dijiwai oleh ahli parti walaupun menyokongnya dengan ikatan wang,naikkan Muhyiddin yang keugamaannya mendapat kepercayaan dan penghormatan dari umat Islam termasuk Pas dan rangkakan kerjasama politik dari peringkat bawah keatas antara Pas dengan UMNO tetapi bukan kerjasama ideodogi kerana Pas bukan berpegang pada ideologi lagi setelah dikafirkan oleh DAP dan Islamnya sekarang adalah ibarat banduan Islam yang insaf yang menyedarkannya untuk kerjasama yang lebih practical dan pragmatik. Itu sahaja jalannya.Apa salah jika Pas jadi Timbalan Perdana Menteri dan biarkan dia perintah beberapa negeri?
    Selagi Najb menjadi Presiden maka bukan Melayu akan terus percaya pimpinan Melayu yang lemah, yang menarik balik kata-kata abncaman Tsunami China kerana takutkan Cina marah, yang hapouskan ISA dan yang nak haouskan Akta Hasutan, yang nak cari popularti dunkia sekalipun menghakiskan maruah bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf banyak kesilapan ejaan kerana nak cepat pi morning walk tapi didesak rasa nak cepat jawab saudara.Harap faham perkataan yang silap.

      Delete
    2. Pi morning walk patutlah zam 76 thn masih nmpk sihat. Boleh pasang satu lagi kot. Jangan marah bergurau senda

      Delete
    3. Memang hasrat ada,cukup syarat semuanya tetapi keberanian tak ada, Ha ha ha.

      Delete
  7. Ahli-ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan pimpinan Najib disaran beramai-ramai membuat laporan POLIS dan laporan ke ROS isu 2.6B tak masuk akaun UMNO yang menyalahi undang2 pertubuhan ROS.


    Jadilah macam agen provocateur2 UMNO menggalakan ahli-ahli DAP yang tidak sehaluan buat laporan keROS dan ROS telah memberi bermacam2 masaalah kepada DAP sehingga boleh membatalkan pendaftaran sebelum PRU13 dulu.

    Dulu UMNO cuba memecahbelahkan PR sekarang hukum karma terbalik UMNO mungkin diporak perandakan dan mungkin dibatalkan pendaftaran oleh ROS kerana isu 2.6B ini.

    ReplyDelete
  8. Datuk Zam, jikalau benar tindakan MKT akan sebegitu maka maksudnya sekumpulan manusia jemuan telah berjaya menguasai UMNO untuk agenda rahsia mereka sendiri. Mereka sudah mengkhianati kemuliaan prinsip "Ketuanan Melayu" - kepada siapa dia jual dirinya akan semasa lagi timbul dengan nyata.

    ReplyDelete
  9. Baguih jugak untuk Anina. Tak la pening kepala dok dalam bahtera yang dilebarkan layarnya, tapi sauh dok dalam laut. Kapai apa lagu ni? Nak belayaq pi mana kalu kapten dan crew buat lawak. Yang masih dok ataih kapai, lompat la, kapai tak jauh dari port pun. Si kapten tak pa la kalu kapai hancoq, dia boleh naik unta.

    ReplyDelete
  10. harap MKT umno tak pecat Jose ugaz kerana telah memalukan tuan presiden dikaca mata dunia....harap PMO kerja keras sikit tau untuk attack balik...harap igp tahan beliau walaubagaimana cara sekalipun....igp nak jadi duta lepas pencen kan???kihkih

    ReplyDelete
  11. Pemecatan Anina telah menyebabkan dirinya menjadi semakin popular. Bukan saja di Kedah tetapi seluruh negara. Dia telah dilihat seperti shahid yang terkorban ketika berjuang.
    Jika saya jadi Anina, saya daftar sebagai ahli baru GHB. Ambil peluang dengan populariti yang sedang meningkat naik ni. Nanti bila pilihan raya, masuk calon bertanding kerusi Parlimen Langkawi. Confirm boleh menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan populariti yg dia cari tp kebenaran
      syabas anina
      anda buat tindakan berani yg byk antara kita yg tak berani buat

      Delete
  12. Apa yang berlaku sekarang dalam politik Malaysia dan juga dalam politik parti UMNO adalah sebenarnya kesilapan yang berlaku dalam rumahtangga UMNO itu sendiri.

    Yang menghairankan saya kenapa ada yang mengheret DAP ke dalam krisis UMNO ini? Apa kena mengena dengan DAP? DAP memang parti pembangkang. Tapi adakah DAP terlibat dalam krisis UMNO sekarang ini? Jangan nanti di katakan puak Yahudi merancang sesuatu dalam krisis UMNO ini.

    Maksud saya ada yang kata kalau UMNO hancur maka DAP ambil alih negara. Ini satu yang lawak, lucu dan minda tidak matang.

    Kita mesti ingat kita ada raja/sultan/agung dalam sistem pemerintahan kerajaan Malaysia ini. Apakah kaum Cina sebegitu bodoh kononnya hendak merampas Malaysia, orang Melayu dan kemudian Malaysia jadi negara komunis????

    Siapa yang menghancurkan masa depan orang Melayu sekarang ini? Siapa yang dapat wang Rm2 biliion? Siapa yang menguasai sistem politik sekarang ini?

    Dalam masa kita menghadapi krisis ekonomi, krisis kewangan, kos penghidupan tinggi dan lain-lain .... siapa yang perintah negara kalau bukan kerajaan pimpinan UMNO?

    Kita nak salahkan siapa sekarang? Siapa nak selamatkan Malaysia kalau bukan rakyat Malaysia sendiri tidak kira apa bangsa, agama dll. Adakah menyelamatkan Malaysia ini hanya terletak dibahu orang Melayu sahaja? Tidak. Semua rakyat dari Perlis sehingga ke Sabah inginkan negara Malaysia aman, makmur dan sejahtera.

    Apakah dalam benak otak kita ini senantiasa sangka buruk terhadap kaum Cina atau kaum-kaum yang lain?

    Jadi sekarang adakah orang Cina sahaja memarahi pimpinan negara sekarang? Siapa yang bising hendak menyaman Najib? Orang Cinakah? Siapa yang pecat memecat sana sini? Orang Cina DAP kah?

    Apa yang penting sekarang bukan masalah bangsa itu ini. Ini masalah kepimpinan, governance, rasuah, tipu sana sini, tidak telus dalam menjawab soalan dari rakyat sendiri.

    Kekuatan orang Melayu terletak kepada sifat ikhlas, mulia, peribadi tinggi pimpinan Melayu itu sendiri.

    Siapa si Kitol? Siapa Mandaliar? Adakah kejatuhan kerajaan Melaka di sebabkan oleh peniaga Cina asal Tanah Besar Cina?

    Selagi kita masih dibuai oleh sejarah kekejaman komunis Cina di Tanah Melayu, maka kita orang Melayu sendiri tidak akan kemana perginya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He,he penah kau terfikir apa rancangan dia orang, ini
      orang sama cetus 13 mei
      Orang sama tunjuk bontot di rumah dato harun perkara sama berulang kembali tunjuk bontot bersih lepas
      Orang sama minta hapuskan hak keistimawan
      Orang sama minta nak tubuh kan malaysia malaysia
      Kalau hidup kerja merusuh kerja seumur hidup, kalau merusuh tak hidup nepotima utara itu
      Kalau mahathir aku tak heran lah dia nyanyuk, sebab itu pemimpim umno lain malas layan dia, maklum mudah lupa bakata tun m melayu mudah lupa

      Delete
  13. Kalau Bersih 4 bertujuan untuk cina menjatuhkan kerajaan melayu pimpinan umno, orang cina tak akan pi demo bersih tempoh hari. Orang cina tau najib dan geng adalah liability untuk umno/bn. Jadi buat apa nak buang sekarang. Masa PRU nanti hantam BN kaw kaw pasal 1MDB dan derma 2.6. Orang melayu kampung pun dah tau pasal derma, dan meluat dah dengan UMNO. Jadi gunakan isu isu ini sebagai liability untuk UMNO. Logik tak?

    Tapi Bersih 4 bukannya isu nak jatuhkan kerajaan melayu. Isu nya derma 2.6B yang rakyat dapat jawapan jawapan merapu. Isunya ekonomi. Sebab tu cina ramai ramai pi demo.

    PAS pulak buat percaturan politik, bukan ekonomi. Dia tau najib & co adalah liability. Dia nak najib kekal. Jadi bolehlah rampas balik kedah dengan terengganu PRU nanti. Logik tak?

    ReplyDelete