Sunday, 20 September 2015

JANGANLAH KERANA SEEKOR NYAMUK DENGGI MAKA KELAMBU DIBAKAR.

"Power is of two kinds. One is obtained by the fear of punishment and the other by acts of love.Power based on love is a thousand times more effective and permanent than the one derived from fear of punishment" - Mahatma Gandhi

UMNO MUST NOT BE DEFEATED ( Ini adalah jawapan kepada posting  yang bertajuk The Time is Ripe for UMNO To Be Defeated 18 Sept 2015)

Saya samasekali  sekali tidak bersetuju dengan pendapat bahawa  "Inilah masanya untuk kita mengalahkan UMNO."  Tidaklah kerana seekor nyamuk kita mesti membakar kelambu.

Sebaliknya inilah masanya untuk memperkuatkan semula UMNO ketika kelambu parti-parti pembangkang sedang terbakar.

Jasa UMNO terlalu besar kepada negara ini sejak lebih 60 tahun dahulu, tidak sahaja kepada orang Melayu tetapi juga dalam menyelamatkan  bukan Melayu dari menjadi mangsa pelampau Melayu dan Islam.

Saya kemukakan secara ringkas mengapa UMNO mesti dipertahankan dan diperkuatkan semula untuk difikirkan bersama secara rasional:

1-UMNO sebagai tunjang utama dengan sokongan bukan Melayu telah memerdekakan negara dan mengalahkan komunis,sosialis, ultra nasionalis  dan Islamic Extremists yang membolehkan kerajaan menjalankan dasar pasaran bebas yang membawa negara kepada kemajuan dan  kemakmuran berasaskan perniagaan bebas dan penanaman modal asing.

2- Pemerentahan pimpinan  UMNO mengalahkan konfrantasi  Indonesia yang  disokong oleh Pas, Parti Rakyat, Parti Buroh( Barisan Sosialis  Rakyat  Malaysia) yang mahu  menjadikan Malaysia sebagai tanah jajahan Indonesia di bawah Melayu Raya atau gabungan Malaya  dengan Indonesia bagi  menyelamatkan bangsa Melayu di negara ini.

3- Mengagalkan citai -cita politik Pas untuk menegakan negara Melayu Islam di bawah doktrin Dr.Burhanuddin " Kera di hutan disusui,ayam dikepok mati kelaparan" yang sekiranya berjaya akan membataskan hak orang Cina dan mengharamkan hiburan,perjudian, penjualan arak dan amalan kebudayaan bukan Islam.

4- Pimpinan UMNO  berjaya mengwujudkan tenaga Melayu dalam berbagai bidang profesional terutama dalam lapangan perubatan dan kejuruteraan dan tenaga pengajar yang membolehkan pernubuhan pesat beberapa buah Universiti di negara ini yang dapat menempong ribuan pelajar di samping penghantaran keluar negara.

Doctor- doctor Melayu memenuhi keperluan di bandar dan di  luar bandar berbanding dengan sebelum 13 Mei 1969  hanya ada beberapa kerat sahaja  siswa Melayu di Universiti Malaya.Mereka juga mendapat pasaran di luar negara.

5- Di bawah dasar liberalisme  UMNO,Perikatan dan BN ,parti parti pembangkang yang extreme;  Pas,DAP menjadi realis dan menerima konsep kerjasama politik yang mendorong  tolak ansur Pas dalam dasar-dasar utamanya terutama penjualan arak dan perjudian di Selagor.

6-Semakin ramai orang Pas yang insaf dan  menerima dasar pragmatisme UMNO tidak mencampurkan agama dengan politik. Ini terbukti semakin ramai yang keluar Pas terutama setelah berlaku kes pernikahan sah berada dalam keadaan berzina setelah bersumpah bai'ah politik.

7-Kesan perkembangan dasar sosial dan  politik  pimpinan  UMNO keatas masyarakat  Malaysia telah menyebabkan Pas  mengendurkan fanatisme dan dogmatisme agama untuk survival dan memberhentikan fatwa mengkafir.

8- Di bidang ekonomi , ramai Indvidvu terlibat dalam tanaman modal dalam saham yanhg terjamin dalam  simpanan  yang besar dalam PNB dan Tabung Haji dengan mengaut keuntungan dan bonus yang pasti disamping mereka juga mempunyai  bank-bank besar dan institusi kewangan tertentu.

9 -Pada keseluruhanya DEB yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tun Razak telah berjaya secara drastik menukar keturunan petani,nelayan  dan pekerja kampung menjadi  profesional yang dapat mengimbangi tenaga profesional di negara ini.

Bagaimanapun kegagalan politik telah menyebabkan pandangan kita tidak seimbang dalam melihat kemajuan orang Melayu dalam menghadapi cabaran politik dari orang Cina.

Ini adalah oleh kerana pimpinan Melayu yang di ketuai oleh Najib Tun Abdul Razak telah meruntuhkan tiang kekuatan dan keselamatan  negara dan menjalankan  kepimpinan dengan  flip flop yang menghilangkan keyakinan rakyat terutama orang Melayu.

Adalah suatu fahaman pimpinan Melayu  yang tersesat apabila mempercayai orang Cina dapat menyesoikan diri dengan persekitran kuasa Melayu di bawah  demokrasi  penuh yang dinapikan sendiri  oleh Lee Kuan Yew kepada orang Cina di Singapore.

Kejayaan Singapura seperti yang dilihat oleh R. Thyevendran Tamil Representative Council Chief ialah : " This is a goverment which believes  in nipping a problem in the bud. No problem is allowed to brew,fester dan grow and that' s how it has kept the peace all these years"( lihat Men In White The Untold Story of Singapore's Ruling Political Parti page 617)

Sebaliknya kita tidak menunjukan kemitment yang bersungguh  dalam pekara asas yang melibatkan maruah  perlembagaan negara tetapi  menyerahkan kepada seorang Menteri flamboyant Nazri Aziz untuk menyelesaikannya dari satu kes ke satu kes. Umpamanya  dalam soal seorang anak Cina,  menghina  lagu Negaraku  dia diterima  menjijak kaki ke Parlimen dalam pakaian yang tidak sopan dan tidak  menghormati  parlimentary decorum malah diberikan pula bantuan untuk membuat filem dan sebagainya. Berbudi bahasa yang tak kena tempat.

Ada pula yang dibiar lari keluar negara.

Bagaimanapun kita tidaklah seharusnya membakar  kelambu kerana seekor nyamuk. Nyamuk in tidak perlu dibunuh walaupun ia dianggap  lebih merbahaya dari nyamuk denggi kerana dia masih boleh diharapkan untuk menjalankan tugas yang lebih besar.

Sekiranya Najib berjaya menyatukan UMNO dan PAS  maka saya yakin orang Melayu akan memaafkan kesilapan-kesilapan besarnya  tetapi beliau wajarlah meninggalkan kerajaan setelah selesaikan tugas suci dan besar ini dan menyerahkan kepada timbalannnya Muhyiddin Yassin yang mempunyai pengalaman dan  asas pendidikan agama yang kuat  untuk memudahkan  jalinan  kerjasama yang mantap dengan Pas.

Orang Melayu pasti akan mengenangkan jasanya dalam meninggalkan perpaduan Melayu yang bersejarah yang tidak tercapai oleh pemimpin -pemimpin terdahulu.

Saya dan beberapa orang lagi rakan wartawan telah bertanya kepada Dr. Mahathir tentang apakah yang akan terjadi jika  kerjasama PBS dengan Semangat 46 disaat terakhir menjelang pilihanraya 1990 berjaya  mengalahkan kerajaan BN, Mahathir berkata kita akan berkerjasama dengan Pas.

Kita bertanya lagi ,bagaimana sekiranya mereka tidak mahu?

"kita yang akan meminta untuk menyertai PAS," kata Mahathir.


21 comments:

  1. Hancurlah Malaysia kalau PAS (Parti Ajaran Sesat) diberi kuasa memerintah negara. Lagi mundurlah orang Melayu disuap dan disogok dengan ugama. Lagi banyaklah perempuan yg dianiaya dengan hukuman hudud PAS. Lagi banyaklah bala petaka Allah menimpa Malaysia. Nauzubillah..

    ReplyDelete
  2. Sekarang kelambu tak relevan lagi. (ketika dalam hutan bolehlah).

    Teknologi semasa sudah ada cat dinding yang boleh halau nyamuk atau gadget-gadget lain yang mengeluarkan bunyi elektro-magnetik wave yang boleh halau nyamuk.

    Tapi .... bukan masaalah nak bakar kelambu. Masaalahnya ialah Najib banyak buat lopak air, tin kosong berair di sana-sini. Kan kah denggi kepimpinan itu menyusahkan rakyat.

    Najib banyak menebarkan nyamuk seperti "haramjadah, bangsat dan terakhir sekali tampar-menampar ketika perhimpunan silat semalam sehingga ramai pembaca intenret marah.

    Bukan hanya nyamuk Najib, tapi nyamuk Baju Merah, nyamuk ikan sekinchan dan semua geng-geng yang mana lambat laun akan menghancur leburkan orang Melayu itu sendiri. Tak campur lagi nyamuk bahalol PAS parah lah lagi denggi tahap 100.

    Bukan kita nak menghapus nyamuk dengan hanya "spray Ridsect sana-sini" .... tapi kita hendakkan satu persekitaran yang "Bersih"...."Bersih"... "Bersih.

    Selagi tin kosong, lopak air masih tergenang dengan air "rasis", "korupsi" dll, maka negara Malaysia akan menjadi pesakit denggi tahap kematian.

    ReplyDelete
  3. tun razak berjaya ubah orang melayu di kampung tapi tun m gagal ubah orang melayu bandar sunguh memalukan jika dasar 30% ekonomi bumiputera dia buat telah gagal perkara ini akui oleh ramai pakar khalid ibrahim, Syed Hussein Alattas dan ramai lagi akui kegagalan tun m itu, tun m berjaya bangunkan infrastruktur malaysia. tapi gagal bangunkan usahawan melayu berdikari, ushawan mahu tolong orang melayu meniaga , tun m gagal menbangun logistik dan pengedaran barang untuk usahawan melayu meniaga, tak ada pemborong dan pengerdar dikalangan bangsa melayu, itu kegagalan tun m itu.

    saya tanya ini telah 22tahun tun m memerintah ada tak peniaga pasar malam rata2 melayu menjual pakaian, alat main,sesosori wanita dan lelaki, buah-buahan beli ada tak ambil barang dari pemborong melayu sila jawab ikhlas, jangan cuba berbohong

    saya lihat hampir 99% peniaga pasar malam ambil barang dari pemborong cina itu.
    jutawan melayu cuma mee segera dari era tun m itu

    najib kena ubah benda ini jika mahu lihat usahawan melayu berjaya

    ReplyDelete
  4. apa salah nya kita berbaik2 parti lawan seperti pas itu lagi pun najib hanya melawat orang sakit dia orang islam juga, tun m cuba baik2 dengan anwar itu satu aku nasihat filem madu tiga (baik ada maksud) itu sila fikirkan zam apakah tun m pergunakan pkr itu macam dia pergunakan pentas pas itu dulu setelah dia buang dari umno, tun m cuba lakukan perkara sama pergunakan pentas dap itu ketika bersih dia dah lakukan kesilapan ketiga

    kedua2 nya tak berjaya
    mengunakan pentas pas berjaya
    mengunakan pentas pkr tak berjaya
    mengunakan pentas dap tak berjaya

    ingat tak kata2 ibrahim pendek filem ali baba 'apabila buah dadu buang lebih tiga kali kena sepuk, tun m gunakan strategi perang sama lebih tiga kali contoh atikal dia cet det kitar semula kes altantuya itu

    seseorang yg tahu sejarah hidup dia sendiri tapi sikap ego yg merosakan diri sendiri

    ReplyDelete
  5. Umno zaman dulu dulu best...betul betul buat demi rakyat. Memang tak perfect, ada masalah sana sini sepanjang zaman, tapi kerja jalan jugak. Umno sekarang? Dah lah tak mau jawab terus terang, nak spin sana sini sampai orang suruh masuk program maharaja lawak. 100,000 graduan menganggur, duit ringgit tumbang, makin ramai nak kena VSS, apa kabinet buat?

    ReplyDelete
  6. dap masuk wang derma dia dalam akaun peribadi ,kalau cakap najib masuk wang akuan peribadi buat malu je
    http://teresakok.com/2008/02/14/how-to-donate-to-the-dap-seputeh-campaign-fund/

    ReplyDelete
  7. TS Zam, I can accept some of your reasoning for Umno / BN but I will disagree on the following: -

    1. It is not just one mosquito but quite a few of them. In fact we are not sure if we are beginning to see many of them coming out slowly from other places and not just the kelambu. They have all followed and become like their leader in poor governance and irresponsibility in addressing the present needs of the people and Country. Then there are the mosquitos that don't know a thing except going for blood !

    2. It is a fallacy to think that only Umno / BN can rule and must rule. It is not Umno, but the type of leaders who can steer the country to be competitive like our neighbours and countries that were behind us just ten years ago. If these type of leaders are in Umno / BN, then well and good. But if they happen to be in other parties, then we have to give these people the space to lead the next generation of people. Remember, whatever we are doing now is not just for us, but the next generation.

    3. I will not count on DS Najib anymore to unite the nation because he has committed far too many mistakes and now trying to overcome them by covering his tracks and letting his people loose to distract the Rakyat from his mistakes. As many have said before, he is more interested in himself than the Nation because he realises that he carries an overblown baggage that he cannot dispose without anyone noticing it. The very fact that he wants to stay on proves this point very clearly.

    The bottom line is, we can accept any party or coalition to govern this country if they can demonstrate the ability to lead, govern and move this nation on par with other developed country, and not give us racial, religious and dogmatic lectures !

    ReplyDelete
  8. Maaf Datuk ...

    Bagi saya kalau kelambu itulah umno ... dan kalau najib itulah nyamuk ... bagi saya perumpamaan datuk itu silap ... kerana bagi saya ... dalam kelambu itu bukannya ada seekor nyamuk bahkan berpuluh2 ekor nyamuk ... bukan sahaja nyamuk bahkan ular, harimau, singa, coyote dan lain2 binatang berbisa ada di dalam kelambu itu ... rasanya lebih baik berlindung bebas tanpa kelambu kerana bahaya di dalam kelambu sama sahaja dengan bahaya di luar kelambu ....

    ReplyDelete
  9. Saudara Mafeeah,
    dan Anonymous:
    Saya nampak apa yang saudara berdua nampak. Saya setuju tetapi saya juga nampak kekotoran yang sama dalam parti-parti pembangkang kerana kebanyakan mereka saya kenali dan pernah dekati.

    Saya tidak percaya kepada pimpinan agama.Saya juga tidak nampak ada pemimpin yang bersih dalam PKR(Khalid disingkirkan kerana tidak pandai salurkan wang kerajaaan kepada parti),Khairy bijak, talented as a leader tetapi telah kotorkan namanya sebelum berkuasa.

    Dalam parti baru yang hendak ditubuhkan banyak tukang karut dan comedian.
    Manakah parti yang boleh tunjukan keupayaan to lead dengan pimpinan yang bersih dan berkaliber?

    Bagaimanapun sayu masih berharap Khairy akan dapat melakukan suatu revolusi besar dari dalam parti. We have to be pragmatic and compromise. He can be accepted by youngs and all races.

    Janganlah ingat semua kaum telah keluar dari kepumpong kaum masing-masing.Realitinya tidak seindah yang kita fikirkan.
    Ingatlah sistem negara ini,beraja dan beradat yang menyebabkab kita tidak boleh berlari tanpa menoleh ke belakang.
    UK hanya ada satu raja tetapi Malaysia ada raja setiap negeri.
    Kita harus berfikir dengan realistic dan tidak idealistic semata.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu khalid di singkir sebab tak sangup bagi 15juta untuk anwar ibraham setiap tahun elaun itu meningkat , khalid tak sangup bela biawak hidup jadi beban pada kerajaan negeri selangor di sebab berbelanja mewah2 tak ada satu pelaburan di bawa masuk ke malaysia pergi luar negara semata2 minta derma parti dan berpoya2, selama anwar jadi penasihat kowangan saya sendiri tak penah dengar anwar umumkan projek mega selangor dan tak penah bercakap tentang laporan kowangan negeri selangor di dun selangor walau pun dia hanya penasihan kowangan selangor itu
      Anwar ibraham hanya biawak hidup di bela oleh kerajaan selangor itu dia tak tahu menbuat kerja, bagi saya itulah kelebihan anwar ada hanya berkempin dan menarik orang mendengar ucapan dia itu kelebihan dia ada.

      Mungkin orang gunakan akal pasti tahu apa saya cakap ini, macam saya cakap lah' lembu punya nama, sapi dapat nama

      Delete
    2. Betul tu... Sayang sekali ramai org yg masuk politik kerana nak rebut kekayaan peribadi bukan kerana cita2 perjuangan utk memajukan agama dan bangsa justeru pemimpin negeri dan negara datang lah dari kalangan ahli politik yg sebegini. Pemimpin parti politik bukan hanya berpolitik melawan parti lain tetapi setiap hari berpolitik juga.dengan org bawah...ahli2... dan rakyat. Formula org politik dah jadi kotor.... siapa pegang kepimpinan... boleh kaya dan ada kuasa... semua berlumba2 nak pegang jawatan dalam parti dan kerajaan... kerana itu acuan parti2 di Malaysia ini serupa. Berapa org yg tinggal yg betul2 ada cita2 dan impian berpolitik secara jujur utk agama dan bangsa. Semaklah harta mereka. Kalau2 masih ada pemimpin2 parti yg sedang memerintah... atau yg nk memerintah... yg jujur tinggal dirumah teres... anak belajar sekolah/ kolej kerajaan... kehidupan keluarga ala kadar... kereta sendiri ala kadar ... dan dalam akaun hanya ada 3-4 ribu mcm kita rakyat biasa...

      Delete
  10. Tambahan:
    Sepatutnya UMNO telah dikuasai oleh pimpinan rakyat sejati setelah Dr.Mahathir mengambil alih pimpinan UMNO jika Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam masalah moral termasuk dalam kehidupan bermewah( Saya percaya kepada semua tuduhan terhadapnya kerana saya kenalnya dan kawan-kawannya lebih dahulu dari Mahathir). Saya kasihan kepada orang-orang yang percaya kepadanya.
    Sepatutnya dari Anwarlah, kita putus dengan pimpinan UMNO yang bersifat elit dan feudal tetapi Abdullah Badawi juga mengecewakan.
    Saya tidak setuju UMNO dihapuskan. Biarlah kekal dengan tradisi Parti Conservative dan Parti Buruh seperti di UK. Saya tidak ada perasaan prejudis pada UMNO seperti perasaan saya pada PAS atau lain-lain parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg berjasa adalah pemimpin2 umno lama. la ni umno baru.

      Delete
  11. Wawasan 2020 secara hakikatnya tamat pada saat Dr. Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Pak Lah.

    ReplyDelete
  12. Nak kita undi umno? Jawab dulu pak arab mana derma rm1.6b. Pas tu saman WSJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tertanya tun m ini duit 2.6juta
      Wsj Cakap itu wang derma dari arab
      Tun m cakap wang dari 1mbd
      Mana satu betul,

      Ikut anasis aku aku mereka cuba jatuh najib terima derma dari arab,cara mereka seperti parti di isreal terima wang derma dari warga amerika berketurunan yahudi konon nya bina penempatan haram di baltumukadis tapi syarikat itu bagi pada pm isreal parti tunbang kan oleh rakyat isreal itu,..kalau ikut undang2 malaysia ia tak salah pun dari segi undang2 malaysia jika wang istiharkan apanya tujuanya, sebab itu anwar terima wang dari sasakawa dari jepun, kerajaan tak menyekatnya jika anwar istiharkan wang itu di bank negara

      Aku sendiri tengok tun m terperangkap dengan perangkap dia bina sendiri
      Pembangkang ambil kesempatan
      Saya bertanya pada ramai ahli politik mereka cakap menerima derma dan memasuk wang derma dalam akaun peribadi perkara biasa di malaysia ia lakukan dari zaman dulu lagi dari zaman tun ku lagi dan parti2 di malaysia lakukan perkara sama

      Anda harus lihat blog ini

      http://teresakok.com/2008/02/14/how-to-donate-to-the-dap-seputeh-campaign-fund/

      Delete
  13. TS Zam, I will agree that there may be leaders in Umno / BN who fit the bill. However given the present moment, environment and situation in Umno / BN, there is no way I would agree that Umno / BN be the only party to govern because the quality of leaders is nowhere what you see in developed countries. This is not just about scandals, donations and racists. They exist all over the world. This is about nation building. This is about how we develop our people to face the new economy and compete to create new technology for the betterment of the country. This is about character building and encourage all races to work together to achieve it. Do we see that happening now ? Just go to the schools and workplace and you will know what I am talking about.

    I know the opposition and BN alike. There are stooges, idiots and leaders in all parties be it from BN or the opposition. But just compare the type of leaders and how they would fare when given the job. We all know what Tun Mahathir was those days. We have not forgotten what he has done in the past. But the businessmen knew that he could develop the nation despite his character and leadership style. The had confidence even when the economy was bad during some years.

    Ask the same businesses today. What do they think of our present leadership ? We started well in 2009 when we talked about High Income Nation. Do you think we will achieve it now or even in 2020 ? No way with the present leaders in Umno / BN.

    ReplyDelete
  14. Nak saman WSJlah, nak Saman Sarawak Reportlah ...... itu semua bising nyamuk sahaja. Auta saja abang Najib ni. Nak saman bukan main-main. Yang dia hendak saman itu orang bodohkah? Segelintir rakyat bolehlah diperbodohkan, itupun yang totok sokong Najib.

    Kasihan sesiapa yang sokong Najib tanpa peduli dia banyak isu "tahi". Apalah nasib rakyat yang tidak guna undi untuk mengundurkan orang yang banyak rasuah dan korupsi. Kita undi orang yang betul-betul amanah, bukan main songlap duit rakyat sahaja.

    ReplyDelete
  15. Tun M pro melayu ke?turun pun x himpunan melayu..berkawan baik dengan semua cina2 kaya..ckp je lebih melayu..ini org panggil melayu tahit kucing!! puiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafla. Yg tu bukan himpunan melayu. Tu himpunan utk najib. Tak nmpak ker najib punyala happy ingat melayu upahan turun utk dia.
      Maaf byk2la utk tun turun himpunan cmtu. Itu pun takleh pk, patutla ko turun.
      Himpunan melayu konon. Berjuta2 lg melayu yg geli nk turunla.

      Delete
  16. Apa yg berlaku pd umno kini menyebabkan org melayu mula meluat dgn umno. Mereka juga tak yakin dgn Pas yg hanya ortodok dlm isu2 semasa terutama agama. Pas telah melangkah kebelakang.
    Disinilah peluang dap dan amanah isi vakuum tsb. Tak pelik samad said pilih dap.
    Kerana tak der pilihan.
    Umno pas mengecewakan.

    ReplyDelete