Saturday, 19 September 2015

JANGAN TERPERANGKAP DALAM RUANG SELESA CIPTAAN SENDIRI

  1. PRB TIDAK LEBIH DARI  NAK NAIKAN RATING PIMPINAN UMNO

  2. Tan Sri, saya bukanlah "wartawan politik" atau "penganalisis politik" tetapi daripada pengamatan saya Perhimpunan Rakyat Bersatu(PRB)  tidak lebih untuk menaikkan rating kepada kepimpinan UMNO sekarang. Kalau tidak, sudah tentu Noh Omar tidak membuat kesimpulan mudah bahawa kehadiran "200 ribu orang" itu sebagai tanda kepiMpinan sekarang diterima oleh rakyat.

    Begitu juga dengan keputusan pilihan raya kampus yang menunjukkan parti kampus yang menyokong kerajaan menguasai banyak universiti. Maka untuk menyedapkan hati ada pihak membuat kesimpulan bahawa generasi muda menyokong kepimpinan sekarang.

    Sesetengah daripada kita mencipta ruang selesa. Bagi saya ini satu bahaya kerana mereka menafikan realiti yang berlaku di alam nyata. Hakikatnya keadaan Barisan Nasional adalah sangat genting. Kalau tanggapan tentang perhimpinan baju merah dan pilihan raya kampus dijadikan indikator oleh UMNO sebagai "penerimaan" rakyat kepada kepimpinan sekarang, mereka mungkin akan kecewa selepas PRU 14.

    Saya fikir lebih baik kita dalam keadaan berjaga-jaga, tidak selesa dan sentiasa memikirkan tentang masa depan daripada terperangkap dalam ruang selesa yang kita cipta sendiri. Kalau kita menganggap perhimpunan baju merah menyatukan Melayu, adakah kita hendak menafikan perhimpunan baju kuning tidak menyatukan Cina? Tambahan pula saya melihat orang Cina lebih komited menyertai Bersih berbanding "rombongan Cik Kiah" dari seluruh pelosok ke Kuala Lumpur 16 September lalu.

27 comments:

  1. Zam mungkin tak baca pemikiran orang manusia, apabila bangsanya di ancam oleh musuhnya manusia akan bersatu tak kira mana kaum didunia ini, mereka penting bangsa, bagi saya dap dah melampau batas setiap tuntun dah penuhi oleh pm itu jadi hampir kesemua tuntun dah laksanakan tapi apa mereka mahukan lagi, manusia tak penah nya cukup dan bersyukur pemberian yg bagi, bagi sikit nak lagi, nak lagi itu sikap manusia ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benggang dari orang yang habis banggang dalam M'sia.

      Delete
    2. Benggang dari orang yang habis banggang dalam M'sia.

      Delete
    3. Anon 16.13

      Kalau awak faham masalah yang sebenar cuba anda tulis disini kesemua tuntutan ( bukan tuntun ) daripada 'baju kuning' dan anda tulis juga kesemua tuntutan ( bukan tuntun ) yang dah dipenuhi oleh PM. Kalau awak nak tahu, anak saya yang baru darjah 3 pun lebih cerdik akal fikirannya berbanding dengan awak yang 'habis banggang' seperti kata saudara Sobberi Salleh dan saya nak tambah yang awak ini tersangatlah 'benak nak mampus'. Membazir duit mak bapak awak saja hantar belajar ke sekolah waktu kecik dulu.

      Yang tak pernah cukup, bagi sikit nak lagi itu kalau awak nak tahu itulah sikap pemimpin-pemimpin negara masa kini terutamanya PM, majoriti menteri dan juga ketua bahagian dari parti umno yang telah memperbodohkan ahli akar umbi yang dari pendalaman datang berarak berbaju merah pada 16 September lepas dengan tidak tahu apa tujuan mereka dibawa ke KL kecuali diberitahu sekadar rombongan jalan-jalan makan angin dan kesemuanya ditanggung oleh umno...

      Delete
    4. Onon 16:13
      kau ni datang dari planet umno ni. Tapi saya tdk salahkan kau sebab kau di lahirkan banggang dan bahlol.

      Delete
  2. Abang Zam,

    Saya berpendapat hanya Najib/Kak Mah sendiri sahaja yang merasa selesa dengan tipuan angin palsu (tipuan kipas mengipas) dalam keadaan lebih 95% rakyat Malaysia sudah meluat dan benci dengan kedua couple ini.

    Tapi bukan kumpulan-kumpulan pembodek Najib yang mereka-mereka ini bertungkus-lumus membuat sesuatu, menyatakan sesuatu atas kepentingan politik wang dari Najib. Mereka ini sebenarnya menggelabah tidak tentu pasal sehingga kenyataan politik, ekonomi dan sosial semuanya merapu. Contoh ... lihat sahaja kenyataan A Maslan (GST), Salleh Syed Keruak, Ahmad Dahlan, Rustam dll yang macam memalukan orang Melayu sendiri sahaja sifat mereka.

    Kumpulan yang satu lagi ialah pakcik, makcik dari kampung kena tipu kau-kau dengan kumpulan baju merah, diberi Rm30 dll. Kasihan mereka-mereka ini yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, walhal Kah Mah ketawa melihat dalam TV dari bilik aircon melihat telatah baju Merah berarak bawah panas dan jerubu.

    Yang kasihan budak-budak muda terpekik terlolong Hidup Melayu, sedangkan 95% pemerintahan politik orang Melayu dalam kerajaan sekarang. Seolah-olah mereka seperti hidup dibawah pemerintahan komunis Cina. Apa yang mereka hendak sebenarnya? Kalau Najib memang bersih, pemerintahan etika baik tak apalah, tapi terang-terang siang hari Najib banyak isu, mereka buat pekak badak. Kasihan melihat generasi muda ini "dikencing" oleh Najib. Betullah "kencing" seperti kata serikandi dari Langkawi (bumi Mahsuri) itu.

    Tibalah orang Melayu sendiri meninggikan martabat mereka dan jatidiri mereka sendiri. Ini bukan masalah orang Cina. Orang Cina tidak kisah orang Melayu perintah negara, asal mereka dapat buat perniagaan, kerja, buka kedai makan, masuk universiti, buka kolej swasta dalam keadaan aman damai dan dilindungi oleh undang-undang negara Malaysia.

    Begitu juga bangsa lain seperti India, Ibang, Kadazan, Orang Asli mereka ini tidak bodoh dan tidak buta sejarah.

    Yang bodoh ialah apabila orang Melayu sendiri yang berkuasa tapi banyak rasuah, korupsi, sifat rasis, tidak telus, senyap-senyap, menafi itu ini dsb. Virus ini lah yang merosakkan tubuh UMNO itu sendiri.

    Orang tidak benci UMNO itu sendiri. Tapi bila UMNO yang awalnya dulu-dulu "handsome" tapi sekarang sudah macam "zombie" gila siapa tidak meluat melihatnya. Yang suka zombie itu tidak lain orang yang sudah banyak kurap dalam otak fikiran mereka.

    Bagaimana nak selamatkan UMNO? masa depan Melayu? ranking universiti IPTA? dll.

    Jangan "kencingkan" bendera Malaysia kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serikandi dari Langkawi itu fanatik tun m, jika tanya pelembagaan umno pun dia tak tahu, siapa lantik orang kurang cerdik itu kalau aku tuduh korang marah aku pulak kalau buka ketuanya geng menyuarat tingkap itu ketuanya tun m kot walau pun hanya gurawan je, kalau aku jadi dia susun statergi 15 bulan lagi nak jatuh najib secara demokasi dalam umno itu kumpulkan orang2 tertentu paksa mt pemilihan umno kali ini buka jawatan presiden di pertandingkan, lepas itu bertandinglah bila kalah nanti tolong terima kekalahan dan tolong hormati pelembagaan parti umno itu, aku tengok kebanyakan orang umno terutama proksi tun m takut hanya tahu bercakap belakang je dan takut menhadapi cabaran ini, lepas itu serikandi dari Langkawi buat manifosto dia sendiri dalam umno itu. Hidup kena pandai berfikir ada faham.

      Delete
    2. Komen ini adalah contoh pencacai bangang najibrosmah yg sukerela dikencing oleh duo pengkhianat bangsa. Kamu memang pandai berfikir tapi bangang tahap gabang.

      Delete
    3. "hidup kena pandai berfikir" sememangnya bukan saja aku tapi ramai lagi yang faham. dengan itu jelas sekali kamu nih pandai cakap tapi tak pandai berfikir. komen kamu tidak mengikut tajuk dan tiba tiba saja nama Tun diselitkan dalam komen kamu. Mengapa? kalau kamu jenis orang cakap serupa bikin, dah tentunya kamu komen mengikut tajuk atau pun kandungan.

      Delete
    4. Fezreen Faizan kenapa takut jatuhkan najib cara demokasi dalam umno ke, macai anwar macai itu pergi blog cet det puji2 orang tua itu , lepas itu suruh orang tua lakukan provakasi itu kerja macai pkr itu. Umno tak akan berpecah sampai dua ada faham, Ingat tak kes kuli lawan dr mahathir dulu sampai duit cawangan dan bahagian dalam akuan amahan umno di sekat oleh mahkamah, terpaksa lah orang umno gunakan akaun peribadi yg di dermakan oleh orang untuk selamatkan umno itu ada faham. Sebab itu kalau orang tak tahu pelembagaan umno rancangan untuk jatuh presiden umno itu gagal sebab, semua cerdik2 dari pkr dan kroni tun m itu tak tahu pelembagaan umno itu main belasak je , contoh kes serikandi dari Langkawi sebab terlalu cerdik lah tak baca pelembagaan umno itu dia jadi macam itu dan tak tahu cara jatuhkan orang , senang je dia dipergunakan orang dari ahli mesyuarat tingkap itu

      Delete
    5. Anon 16.54

      Kau tulis srikandi dari Langkawi tu mungkin tak tahu perlembagaan umno aku tak bangkang tapi kalau iya pun takde lah teruk sangat sebab dia pun cuma 'bekas' ahli wanita biasa saja tapi perlu dipuji pasal ada semangat dan keberanian menegur salah silap pemimpin. Kenapa kau tak nak tulis sama pasal kesemua ahli Majlis Tertinggi umno yang kononnya berkedudukan tinggi dalam parti tapi kesemua pun tak tahu atau 'buat-buat tak tahu' hal perlembagaan umno mengenai duit parti mesti diletakkan atas nama 'pemegang amanah' yang dilantik dan dimasukkan ke dalam akaun bank milik parti bukannya dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden yang kononnya sadakah dari pak arab untuk parti. Selang berapa bulan akaun bank ditutup kemudian duit baki hilang entah kemana tak pulak dimasukkan dalam akaun bank parti. Pangkat tinggi lah kononnya, jangan kata berani nak menegur presiden nak tegur isteri presiden yang tak tutup aurat pun tak ada sorang pun yang berani termasuklah yang dikatakan 'ulamak' umno serta menteri agama...

      Delete
    6. dulu semasa kuli vs dr mahathir 11ahli umno bahawa ke mahakamah , kenapa tak iktiraf dia wirawan malaysia nick bagan, anda tak penah baca apa maksud pemegang amanah jaul bezanya dengan akaun amanah, baca pelembagan umno fasa 27, mt dah lantik najib jadi pemegang amanah jadi punya suka masuk wang akaun pribadi janji bagi pada mt akuan itu dan mt pun tahu janji bagi tahun mt orang mula2 bagi tahu mahyuddin yassin, cuma mahyuddin yassin tak terima nya ramai mt terima keputusan itu .zaman umno dulu pun ada dua akaun satu akaun amanah dan akaun peribadi untuk gunakan kerja2 parti.

      kalau orang cakap najib masuk wang dalam akaun peribadi, dap pun masuk wang ahli palimen dalam akaun peribadi, dap tahu kalau parti di haramkan dia boleh gunakan akaun pribadi dia selamat parti mereka, dap ada pakar undang2, kalau parti diharamkan duit nak cekup dari mana kalau bukan akaun peribadi

      sebab itu parti2 di malaysia ada tiga akaun
      1)akaun amanah parti
      2)akaun peribadi guna nama sendiri untuk parti
      3)akaun syarikat nama atas nama parti
      para penderma parti boleh pilih mereka suka

      pkr,dap,pas,umno dan yg lain2 pun buat macam itu ,hanya orang baru berjinak2 dengan tak tahu perkara ini

      Delete
    7. Ahaiii
      Anon 16:58

      Kau boleh tunjuk bukti ada parti2 politik Malaysia yg guna akaun peribadi?
      Begitu juga syarikat yg guna nama UMNO utk bukak akaun.
      Takat ni yg terang dan nyata cuma Najib sahaja, bukan UMNO!!!
      Aku dah lebih 30 tahun ikut bermcam2 pertubuhan sosial dan politik, tapi belum jumpa yg berani guna akaun peribadi utk terima derma atau sumbangan.
      Yg buat mcm tu samada dia bodoh atau saja2 nak tempah bilik jel.
      Sebab dlm semua mesyuarat2 tahunan pertubuhan, mesti kena declare penyata kewangan dan minit mesyuarat utk dibentangkan seterusnya dihantar salinan kpd pendaftar pertubuhan.

      Kalau kau cakap janji Najib bagi akaun tu kpd MT, mana bukti akaun tu.
      Penyata Kewangan Umno 2013 ada tunjuk ke duit masuk 2.6b utk Umno tapi telah dimasuk atau guna akaun Najib.
      Kenapa tak ada seorang pun yg tahu hingga dibongkar oleh WSJ barulah isu ni meletup.
      Duit bukan sikit, bukan seratus atau seribu, juta ribu atau bilion2.
      Ada tak mana2 pengakuan lisan atau minit2 mesyuarat MT menunjukkan mereka tahu duit 2.6b ni wujud dan telah digunakan.
      Adakah kau beranggapn TSMY bodoh sangat nak mengaku dia tak tahu apa2 tentang duit tu. Bukan dia tak tahu serangan2 yg akan diterima jika buat pengakuan bodoh macam tu.
      Atau memang ada pakatan haram dikalangan MT utk menyokong Najib dgn janji2 dunia yg muluk2.
      Komen kau akan menambah lagi pak lawak dlm kandul Najib.

      Delete
  3. Tahniah ali rustam...sekarang nama dah masuk paper selalu...terubatlah luka dan duka direjectkan oleh warga melaka. Lepas ni jadi menteri kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ali rostam pernah berkataa
      apalagi cinnaa mau???
      dendam ali da terbalas.

      Delete
    2. Dendam apa si ali ni pada cina? Cina tak undi dia, tapi undi melayu lain. So apa nak dendam? Di singapore, bila undi popular PAP jatuh, dia orang tak ada dendam. Dia orang dengar masalah rakyat. Lepas tu dia orang buat apa yang patut. Kali ni undi popular PAP naik, kerusi bertambah. Cam tu laa caranya.

      Delete
    3. Anda sendiri kenal tak kenal ali rustam di penganruh kuat dalam ngo melayu pesaka silat dan ngo 4B ,apek dap memang nak jatuh dia dari awal2 lagi mungkin zam tahu betul tak..
      najib bijak pilih ali rustam sebagai penanjur pemhimpunan melayu bersatu, tun mahathir tahu penganruh ali rustam dalam persatuan silat dan ngo 4B, sebab itu dap memburuk pesaka dari awal lagi ingat tak dap cuba haram pesaka di pinang tapi gagal, kami tahu perkara itu dap cakap pesaka resis sebab dia sendiri takut persatuan silat melayu ini

      Delete
    4. Ali Rostam pun macam Najib juga. Baru ni saja sedar selepas bertahun dok jilat pungkok Cina.

      Nampak gaya Ah Jib Gor dah bertukar balik jadi Najib Razak selepas menghadiri dan merasmikan majlis silat di Melaka. Tapi rm2.6 billion telah merosakkan dignitynya...

      Delete
  4. baju2 merah terjerit2 "Hidup Melayu".....ehhhh...melayu tak hidup ke? kan Malaysia dipimpin olih pemimpin Melayu... kenapa salahkan org Cina...

    ReplyDelete
  5. Mungkin kaum aku ini adalah kaum yang paling sengkek dalam dunia ini. Bayangkan dengan tegaknya sembilan Sultan daripada kaum aku, tidak termasuk kerabatnya seperti Datuk Undang di negeri sembilan. PM juga dari kalangan kaum aku .. begitu juga TPM, menteri-menteri, gabenor, ketua askar, ketua polis sehinggalah ke DO .. semuanya diteraju oleh kaum aku. Malangnya maruah kaum aku dah dicalarkan malahan katanya dicalar oleh kaum lain.

    Kaum aku telah berbaju merah untuk menunjukkan perasaan tentang bagaimana maruah mereka telah dihenyak dan dicabul. Macam mana boleh jadi begini .. dah 58 tahun merdeka semua urusan negara dipacu oleh kaum aku .. tapi keadaan kaum aku masih duduknya seperti sebelum merdeka dulu ..nombor corot .. dulu bolehlah disalahkan penjajah .. la ni nak salahkan kaum lain pulak.

    Aku tak tahulah .. benda remeh seperyi bahasa kebangsaan pun tak selesai selesai lagi .. dibawah kaum aku, kita boleh pergi Notting Hill di Sungai Buloh .. siapa yang meluluskan nama ini. Aku mati mati ingatkan Alamanda di Putrajaya sebagai "alam anda" .. tapi seorang pegawai kaum aku dengan banganya memberi pencerahan bahawa Alamanda itu adalah bahasa Sepanyol .. Sepanyol tu kat mana ye?.

    ReplyDelete
  6. Salam Tan Sri.

    Seperti yg sy tulis sebelum ini...mengenai Perhimpunan Baju Merah.....ianya memang nyata suatu agenda politik yg jelek...kotor dan berbaur hancing ciptaan 'the power that be' bersama No 2 dan Pengampu Hrm J Tegar dia.

    Ianya bertujuan mengalih pandangan rakyat dari isu salah laku dan 1001 pembohongan disamping membeli masa....kunonnya org Melayu masih sayang pd dia.

    Sebenarnya sdra Ku Seman....Najib dan Tpm tahu tentang hakikatnya.....Perhimpunan Baju Merah ini mengarut dan adalah suatu 'gimmick' politik mereka sahaja.

    Mereka pun tahu mana mungkin maruah bangsa boleh ditebus dgn 1 hari Perhimpunan begini...walau pun ianya adalah 'phoney'.

    Tetapi dia peduli apa. Ibarat kata...bila seorg itu sedang tengelam dlm air....puntung macis yg terapung pun dipautnya untuk menyelamat diri.

    Dia kini dlm kelemasan kerana kes salahlaku yg teruk dan terpaksa berbohongan berterusan....dan apalah sngat dgn satu lagi 'penipuan' seperti perhimpunan ini.

    Yg sedihnya... bila org2 Melayu yg buta mata dan hati telah dipergunakan berterusan hingga ketahap maksimum.

    Sdra Zam...sdra Ku Seman...mahu pun Najib..TPM dan ramai lagi org2 Melayu memang tahu apa sebenarnya motif atau agenda Perhimpunan ini....tetapi Najib peduli apa....janji dia masih kekal berkuasa.

    Betul kata sdra Ku Seman..."Jgn terperangkap dgn ruang selesa ciptaan sendiri"....kerana padah menunggu pd GE14....tetapi sebebarnya....org Melayu sudah pun terperangkap....diperangkap oleh ketua2 yg tidak amanah...tidak jujur dan kuat berbohong.

    Kasihan bangsa ku......didajalkan berterusan oleh bangsa sendiri.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Perhimpun melayu 16 september secara tidak langsung adalah terdiri daripada ahli umno bahagian masing2 dengan pengetahuan presiden juga. kalau harapkan ngo dan persatuan silat saja, berapa kerat sangat...nak berarak pun malu tak lebih dari kawat hari merdeka saja. Tanpa bantuan cash is king, nak sewa sound system pun tak mampu. Penganjur pula terasa berjaya menyakinkan kekuatan najib..pada hal yang untung adalah orang yang sewaktu dengan pm saja. Apapun perhimpunan melayu bersatu tidak lupa dengan kata manis dari bibir bibir penganjur. Seandainya najib masih tak berubah..perhimpunan melayu bersatu akan bertukar sebaliknya.

    ReplyDelete
  8. Kesian tengok bangsa melayu ku yang 'bergaduh' di ruang siber ni dengan menggunakan bahasa kesat sesama sendiri. Tak boleh kah kamu berbahas cara baik dengan memberi penjelasan yang jelas dan bukannya dengan meletakkan otak kamu di lutut.

    ReplyDelete
  9. Punca permasalahan bukan sesiapa,hanya pertanyaan yang diajukan berkenaan 1mdb dan 2.6b tidak mendapat jawapan yang sempurna.Inilah menyebabkan berlarutan pekara-pekara yang kurang enak berlaku.Tanyalah diri masing-masing siapakah penyebab ketegangan semua.Siapakah orangnya?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Melayu di bawah ni amat confused skrg ni..

      Sapa aku nk undi ni? Kami betahun2 undi Umno.

      Skrg depa dok kata Presiden Umno tak baik.. Confused brader..

      Majlis Tertinggi nampak mcm OK jer dgn Presiden.. siapa kah kami golongan bawah ni nk complain..

      Tak tahu mcmana nk explain kat golongan2 muda ttg Umno.

      Kami tidak di ajar utk membeci Umno dan presiden kami..

      Baju Merah dah berjaya menakutkan baju kuning.. Bagus sgt tu..Kami gembira.

      Nampaknya parti melayu yg kami patut undi adalah PAS. Tidak ada masaalah langsung.

      Delete
    2. PAS tempat DAP dan PKR kencing lah...ha ha

      Delete
    3. PAS lah pulak untuk kali ni... kencing ke tak ker ...mana kita tahu... yg dah confirm kencing skrg ni UMNO PM.....

      Delete