Thursday, 24 September 2015

IMDB: KERAJAAN SALAHKAN KERAJAAN


  1. Saya terfikir pg ini wajarkah 1MDB yg didukong k'jaan soalkan kenyataan Gabenor Bank Negara. Indirectly k'jaan persoalkan kredibiliti kerajaan

  2. Tambahan: Kenyataan 1MDB ini yang sebenarnya menghakiskan lagi keyakinan kepada ringgit dan menjatuhkan lagi  nilai ringgit kerana membayangkan PM sendiri tidak percaya kepada GBN kerana 1MDB tidak boleh dipisahkan imejnya dengan Najib. Salahkah saya berfikir begini atau semua orang juga berfikir macam saya?
Bagaimanakah orang nak percaya pada kerajaan yang salahkan gabenor bank negaranya sendiri?

  1. Zeti kata 1MDB juga sebabkan ringgit jatuh. Seorang profesional yg jujur tak boleh kata yg tidak jujur. Zeti bukan 1MDB profesional politik.

  2. 1MDB says: unfair to blame us over weak ringgit. It is in very body mind caused by trust deficit. Ask Khairy Ketua Pemuda Umno
  3.  Sep 21 1MDB disappointed BNM Governor Zeti singled out the strategic development firm (1MDB) for Ringgit's weaknesses.Ask Najib to sack her

Dari Malaysian Insider:
PAS: NAJIB LEBIH PERCAYA  IMDB DARI BANK NEGARA.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih percayakan kenyataan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbanding teguran Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terhadap syarikat sarat hutang milik negara itu.
Timbalan presiden PAS itu berkata, tindakan Najib yang membisu terhadap saranan Zeti agar segala persoalan berhubung 1MDB dijawab bagi memulihkan nilai ringgit amat menyedihkan.
Najib yang merupakan pengerusi lembaga penasihat1MDB menurut Tuan Ibrahim, dilihat seperti mengiyakan kenyataan balas 1MDB terhadap saranan Zeti."Sebelum ini, Tan Sri Zeti Aziz berkata nilai ringgit akan pulih sekiranya isu 1MDB dijawab dengan sepenuhnya.
"Sedihnya saranan Zeti langsung tidak disambut Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan malah dibiarkan dicemuh 1MDB.
"Kebisuan Najib menonjolkan bahawa seluruh kementerian kewangan dan beliau tidak dapat bertindak dengan adil kerana Najib masih bertugas selaku penasihat 1MDB.
"Bahkan, ia memberikan gambaran yang sangat negatif kepada kewangan negara apabila menteri kewangan lebih mempercayai kata-kata satu syarikat yang dinasihati beliau daripada gabernornya sendiri," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
Disebabkan itu, PAS mendesak Najib agar melepaskan jawatannya selaku menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
"PAS bertegas Najib perlu melepaskan jawatan menteri kewangan dan penasihat 1MDB dengan serta-merta – supaya kedua-duanya tidak lagi bercampur-aduk dan pihak kementerian kewangan dapat mengambil tindakan sewajarnya ekoran nasihat daripada gabenor Bank Negara.
"Apakah Najib bimbang – tanpa beliau sebagai penasihat 1MDB mahupun menteri kewangan, 1MDB tidak mampu bertahan daripada siasatan yang cuba dijalankan pelbagai pihak?" katanya.
1MDB pada 22 September lalu menjawab saranan Zeti dengan menzahirkan kekecewaan apabila syarikat mereka dikaitkan dengan kejatuhan nilai ringgit.
Dalam kenyataannya, 1MDB berkata akaunnya menunjukkan aset syarikat melebihi hutang syarikat dan ia sentiasa mampu memenuhi tuntutan kewangannya.
1MDB berkata, mereka hairan apabila  Zeti mengaitkan syarikatnya dengan kejatuhan ringgit. – 25 September, 2015.


9 comments:

  1. Mungkin zam tak setuju kata2 saya ini, untuk najib berjaya 'najib kena hapuskan pengangroh macai2 tun m itu bunuh politik mereka , jika tidak dia tak berjaya jadi pm, ingat tun m ambil 14 tahun untuk macai2 tun hussie onn itu bawa masalah untuk umno. Macam kata2, pemimpin baru dapat pm dengan cara dia sendiri jika dia tak hapuskan macai tun m itu , setiap pemimpin baru naik pasti berhadapan dengan perangroh kepinpinan lama ,mereka tak puas hati jika terdapat cara kepimpinan baru yg pengangroh kalau boleh nak cara kepimpinan lama walau cara kepimpinan baru lebih baik dari kepimpinan lama , lihat je pak lah kesalahan baru satu jual agustar dan orang2 tun m kenakan pak lah menipu dia,
    Saya lngat lagi kata2 ahli veteran umno itu saya lupa nama dia, politik lebih kotor dari pelacur jika anda tak bertahan anda disingkir dan hina pada masa hadapan, apa dia kata2 itu saya cuba jadikan contoh apa berlaku pada pak lah itu

    Saya tanya pada zam ini? mampu mahyuddin atau zahid itu boleh memimpim cara dia sendiri ,jika terdapat pangroh kepimpinan lama cuba kacau pemtakbiran baru jawapan saya tidak, sila bagi jawapan iklas hati

    Zam tolong jangan sekat2 kata saya sikian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara kah apakah boleh letak tepi.
      orang ckp pasal skandal dan korupsi yg membawa kepada keadaan ekonomi skrng.Jawap dulu jangan tidak jawap.
      yang kau pergi sentuh pasal hapus geng lama geng baru ni kenapa. Apa gunanya siapa yg naik tatha kalau korup juga.


      Delete
    2. Akal saudara ternyata jenis yang cenderung kepada bercampur-aduk fakta dengan auta. Kesimpulannya, jika hati manusia terbeban oleh hasad dengki, tamak haloba, dan fikirannya tanpa aturan logik, maka akan terjadi bermacam2 hujjah yang tidak munasabah - macam macai2 Taigor Jib

      Delete
  2. Salam Tan Sri.

    Org2 didlm 1MDB sudah menjadi 'Besar Kepala' sebab....mereka berfikiran ....seakan2 syarikat ini milik Najib dan bebas dari apa2 sekatan dan perundangan.

    Memang itu yg telah Najib lakukan. Dia telah menjadikan syarikat ini seperti milik persendirian 'sole proprietorship atau Sdn Bhd'.

    Apa yg kita faham semua keputusan terletak ditangan Najib. Tiada siapa yg boleh menyoal....sama ada baik atau buruk syarikat ini ditadbir.

    Tentu sekali bila Zeti bersuara tentang skandal yg syarikat ini terbabit atau terlibat wajar diperbetul dahulu sebelum bercakap pasal kenaikan RM berbanding USD.....pihak pengurusan terus melatah dan marah. Mereka mesti cepat2 bersuara menafikan semua ini.......sebelum 'tuan punya syarikat' atau master bersuara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda lupa scandal bawa oleh tun m lebih banyak dari najib itu, tun m scandal lebih 10 scandal projek dan syarikat glc besar tun m hadapi semasa 22tahun di memerintah ,anda cari sendiri apa saya kata ini cuma dulu tak ada media baru jadi scandal diam bergitu sahaja, najib 6tahun memerintah hanya 1scandal je boleh diperbaiki ia tak membeban negara , kalau kes kapal selam dan helicopter ia bukan scandal ia faktar bodoh yg bagi macai pkr itu konon kes altantuya boleh bagi kapal selam harga mahal disebab dia, orang perancis tak rasa heren pun dengan pelacur mereka belambak2 euro itu, dcns tak penah upah altantuya itu juru cakap dcns itu

      Delete
    2. Anon 13:38.
      Aku naik hairan kenapa apa yg disebut skandal2 Tun M, ditarik2 masuk dlm kemelut 2 isu besar Najib ini.
      Seolah2, jika nak pekena Najib, bagi pekena Tun M dulu, bagi pekena Tun Hussien dulu, TAR dan Tunku etc.

      Tun M telah beberapa kali mencabar org2 seperti kamu, jika ada salah laku, salahguna kuasa, buatlah dakwaan di mahkamah, kemukakan bukti2.
      Semua senyap, menikus, hanya berani gebang di media2 sosial, letak bukti2 yg konon2 sahih tapi sebenarnya telah pun dijawab secara terus oleh Tun M sendiri.

      Aku ulangi, Tun M secara berani dan berdepan2 biasanya akan menjawab semua persoalan secara individu dlm majlis2 atau press confrn.
      Tun M jawab personally, sgt jarang dia membawa proksi atau melantik jurucakap bagi pihak beliau.

      Najib?
      Bukan sahaja menjawab berbelit2 tapi selalunya penjelasan drpd dia dan kuncu2nya akan menimbulkan lebih banyak soalan2 yg lain.
      Selalu juga, penjelasan mereka yg kurang matang menelanjangkan banyak sisi2 gelap sesuatu isu tersebut.

      Delete
    3. Sdra Addzam ...sdra dpt melihat kebenaran.....dan tertumpu pd isu....tetapi anonymous 13.38 nmpak emosi hingga berhujah diluar topik kerana mahu mempertahan Bugis.

      Isu disini adalah Bugis yg kuat 'kencing'....apahalnya dikaitkan dgn Tun M.

      Kasihan dia...bila terlalu mahu mengampu Bugis ini....hingga hujah begitu lemah dan tiada merit.

      Delete
    4. lucu lah anon 13:38.

      dia tuduh tun m ada 10 skandal tapi dia suruh kita pulak yang cari.

      kenapa? dah pecah kepala ke nak fikir apa 10 senarai tu. meraban tak tentu arah.

      dengar sini baik2. kalau lah ada 1 senarai pun sudah tentu dah lama Pak Lah guna untuk tutup mulut Tun M.

      Masalahnya puak2 yang nak defend PM Najib lebih banyak meraban daripada beri bukti.

      Nasihat saya. Baik anda semua terjun Sungai Klang....

      Delete
  3. orang orang kabinet dan umno pun buat pelbagai kenyatan mengarut....nak kencing pun logik la sikit, fikir dulu masak masak baru kencing, kalau tak bukan saja bau bangkai gajah, bau hancing pun tak boleh cover. Kecerdikan manusia sukar dinilai. Tapi kebodohan manusia (seperti mana yang ditonjolkan oleh anggota kabinet) amat senang dinilai...buat satu dua statement pun orang dah tau.

    ReplyDelete