Saturday, 5 September 2015

HIMPUNAN MARUAH MELAYU PASTI AKAN GAGAL

LIHAT DI BAWAH SYARAT MELAYU BERKUASA HINGGA KIAMAT

LEBIH BAIK BERPAKAT MENGADAP YANG DIPERTUAN AGUNG
Komen:
Tidak perlu ada himpunan, kerana yang memegang kuasa adalah Melayu yang masih punya Raja-Raja Melayu.Kesemua pemimpin Melayu,ketua-ketua,pengarah-pengarah,tokoh-tokoh,profesor-profesor,yang mewakili pelbagai institusi atau badan wajib memohon untuk mengadap Yang DiPertuan Agong agar Najib diberi cuti bagi membenarkan Kedaulatan Undang-Undang diletakkan di tempatnya.Perhimpunan untuk melawan Bersih hanya akan menambahkan kekusutan.Tunjukkan kepada dunia,sebagai penganut Islam kita sentiasa ada jalan penyelesai bijak dan terbaik.Jangan jadi macam si najib yang menari mengikut rentak DAP.Akibatnya,negara dalam gerhana.
TUKAR KEPADA BANTAHAN PEMBUNUHAN MASHURI KE2 LANGKAWI


Anina Saaduddin

Seorang Ketua Bahagian UMNO beritahu saya dari pengalamannya, tidak mudah untuk menghimpunkan ratusan ribu orang Melayu  dari seluruh negara  di Kuala Lumpur tanpa wang yang banyak,sebab yang besar,semangat yang tinggi dan tenaga penganjur yang cekap.

Sekarang nak panggil mesyuarat cawangan UMNO  pun susah jika tak ada wang poket,tak ada bihun, tak ada bekal untuk  bawa pulang tambahlah nak datang ke KL, nak sediakan bas, hotel makan minum dll,katanya

Beliau memberikan reaksi  terhadap sebaran berita(palsu?) menerusi media sosial mengenai rancangan  perhimpunan baju merah di Low Yat Bukit Bintang pada 16 September sebagai tindak balas terhadap himpunan  500,000 Bersih China4 di Dataran Merdeka menjelang hari kemerdekaan baru lalu.

Gempak ini diikuti oleh" gempak" yang sama dari  Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang juga mahu mengadakan himpunan atas tujuan yang sama.

Rancangan perhimpunan ini telah mendapat bantahan dari kumpulan yang mendakwa diri mereka  "Otai Reformasi"  kerana meanggap  slogannya  "Himpunan Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku"  berbau perkauman dan merbahaya dan mereka telah pun membuat lapuran polis.

Melihat senarai  bahagian  UMNO  dari seluruh negara yang setiap bahagian  akan menghantar beribu-ribu wakil  maka saya tidak mahu percaya sebaliknya    membuat kesimpulan ini adalah berita palsu, ini  "Gempak Keling2" setelah "Gempak Keling1"  dengan silat, taekwondo, orang kebal dan sebagainya yang tak nampak muka pada hari perhimpunan Bersih baju kuning tempoh hari.

Sukar untuk orang Melayu hadir secara sukarela tanpa  suatu sebab yang selari dengan semangat mereka selain dari untuk menunjuk reaksi balas terhadap perhimpunan Bersih Cina4 berbanding dengan orang Cina yang didorongkan oleh sebab yang besar.

Maka itu sekiranya demonstrrasi  itu bertujuan  untuk mengangkat "Maruah Melayu"ia  akan menjatuhkan  Maruah Melayu kerana kehadiran kelak akan  jauh lebih kecil dari himpunan lebih 500,000 orang Cina walaupun mereka bukan majoriti rakyat negara ini.

Kaum Cina mudah untuk menghimpukan suatu jumlah yang besar kerana dibangkitkan  oleh kesatuan perasaan dan semangat yang tinggi atas matlamat besar untuk merampas kuasa, menjatuhkan kerajaan UMNO atau Melayu dan untuk persamaan hak. 

Semangat tinggi  ini telahpun  terlihat dalam barisan pengundi Cina di Pilihanraya 13 . Mereka  sanggup pulang dari jauh, dari luar negara dan dari lain-lain  untuk pergi  kemana juga mereka terdafar sebagai pengundi walaupun terpaksa  menutup  kedai  dan meninggalkan perniagaan dan  pekerjaan mereka.

Mereka  berbaris panjang dalam kebangkitkan semangat  "Kali inilah untuk Malaysian Malaysia."

Perhimpunan  yang didakwa kehadirannya 500,000 orang Cina  di Kuala lumpur pada 30 Ogos lalu adalah perang sarap untuk meyakinkan orang Cina bahwa mereka  tetap mempunyai kekuatan untuk melakukan satu lagi Tsunami Cina pada Pilihanraya ke 14.

" Kali ini kita betul-betul boleh bersihkan kuasa Melayu  sekalipun tanpa Pas dan Anwar Ibrahim." Inilah mesej Himpunan Bersih China4.

Orang Melayu tidak mempunyai semangat yang tinggi seperti ini kerana mereka merasakan  berada dalam keadaan selamat  di bawah lindungan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja Melayu yang dibelakangnya  adalah  polis dan tentera  Melayu.

Cuma dalam keadaan sekarang orang Melayu merasa cemas,gelisah,bengong bimbang dan takut kerana berada di bawah tangan kepimpinan negara yang lemah dan tidak bersih tetapi mereka tetap percaya kekuatan akan dapat dipulihkan,UMNO akan kembali kukuh  sekiranya pemimpin ditukar.

Sentimen ini menyeluruh dari segenap lapisan umat Melayu,dari rakyat di akar umbi di kampong-kampong,petani,nelayan, orang kampong, pelajar-pelajar,peniaga-peniaga  hingga kepada  pegawai tinggi kerajaan yang terasa mereka telah di demoralisekan dengan cara yang amat hina.Bagaimanapun mereka tetap nampak hanya UMNO penyelamat Melayu.

Sekiranya dalam keadaan krisis keyakinan ini, Pemuda UMNO atau lain-lain pihak mengambil kesempatan diatas sentimen rakyat untuk menghimpunkan mereka maka pastinya akan mendapat sokongan yang besar dari semata-mata untuk menentang Bersih4. 

Dalam hal ini  pembunuhan Mahsuri Kedua Langkawi Anina Saaduddin oleh UMNO   boleh digunakan sebagai bantahan  untuk  mengembalikan Maruah UMNO dan Melayu yang pastinya akan mendapat sukongan dan dukongan  dari anasir revolusi senyap dalam UMNO sekarang.

Anina sekarang dilihat sebagai wanita yang terinanya  kerana dibuang dari UMNO  semata-mata kerana ada peruntukan dalam Perlembagaan UMNO yang melarang ahli membawa kes parti ke Mahkamah sedangkan banyak kes  penyelewengan  yang lebih besar dalam UMNO yang tidak diambil tindakan segera.

Revolusi Senyap yang sedang berlaku dalam UMNO sekarang hanya menunggu tangan yang berani meledakannya.

Anina telah  terlihat sebagai seorang wanita  UMNO  yang mewakili perasaan terpendam semua rakyat,bukan hanya ahli UMNO dan bukannya hanya suara Melayu tetapi melampaui batas kaum.

Anina  sekarang  menjadi  Mahsuri Kedua Langkawi  kerana  dibunuh karier politiknya dengangopah gapah dan kejam oleh seorang yang bergelar Tunku tanpa perbicaraan yang adil  demi untuk menyelamatkan Maharaja UMNO.Beliau tidak dipanggil untuk membela diri.

Jika Himpunan Maruah Melayu  mahu  mendapat sokongan Aninalah yang boleh menjadi pulling crowd  dan jika perhimpunan membantah pembunuhannya diadakan atas thema Menebus Maruah Melayu kemungkinan besar ia akan disertai juga oleh perserta -perserta himpunan Bersih4 dan pastinya akan dihadhiri oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir.

KU SEMAN MAHU HIMPUNAN MELAYU BAJU MERAH DIHALANG

Difahamkan pada 16 September ini akan berlangsung perhimpunan Melayu
terbesar di beberapa lokasi majoriti Cina di Kuala Lumpur yang dianjurkan  oleh
Gabungan NGO  Melayu.  Ini adalah kesinambungan perhimpunan "baju merah"  pada 29 hingga 31 Ogos lalu sebagai membalas perhimpunan  serentak Bersih 4
yang terpaksa ditangguhkan.

Ketika banyak pihak mengutuk perhimpunan Bersih 4 yang didominasi oleh
kaum Cina,  saya tidak melihat faedahnya menganjurkan perhimpunan Melayu
yang khabarnya akan disertai oleh lebih 300,000 orang di  Bukit Bintang dan
Jalan Petaling.  Kita yang waras dan cintakan  keamanan sama sekali tidak wajar
menyokong perhimpunan yang akan meruncingkan lagi konflik kaum di negara
ini.

Apa lagi penganjur perhimpunan Melayu  ini ketika mempromosikan
penentangan mereka terhadap perhimpinan Bersih 4 telah memperlihatkan
elemen-elemen ganas seolah-olah hendak pergi "berperang".  Bayangkan apakah
yang akan berlaku sekiranya kumpulan baju merah dibenarkan berhimpun
ketika berlangsungnya perhimpunan Bersih 4  baru-baru ini.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Jamal Md Yunus berkata kepada Utusan
Malaysia (7 September 2015)  bahawa perhimpunan itu tetap diadakan
walaupun berlaku "hujan, ribut dan gempa bumi."  Kenyataan ini mencabar
pihak berkuasa bahawa sama ada diberi kebenaran atau sebaliknya perhimpnan
tetap diteruskan.

Saya menyokong penuh tindakan polis dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  tidak mengeluarkan permit kepada penganjur.  Sebabnya penganjur perhimpunan Melayu ini tidak boleh memberi jaminan tidak berlaku provokasi ke atas kaum lain semasa berhimpun.

Pihak berkuasa terutama polis tidak boleh bersikap  double standard  dalam membuat keputusan yang menyentuh isu perkauman di nagara ini.  Tindakan
polis dan DBKL tidak memberi kebenaran kepada penganjur Bersih 4 dipuji.Dan sikap yang serupa juga perlu kepada penganjur perhimpunan Melayu yang tidak
memberikan sebarang  kebaikan kepada masyarakat terutama orang Melayu di
negara ini.

Malah perhimpunan Melayu yang dikatakan terbesar ini hanya akan memalukan
orang Melayu.  Cara berhadapan dengan  cauvinis  Cina yang menyertai Bersih 4  bukanlah membuat sesuatu kerja huduh dan merugikan  sebagaimana banyak
kritikan kepada penganjuran Bersih 4.   Kalau begitu apakah bezanya
perhimpunan Melayu dengan perhimpunan Bersih 4?

Saya ada terbaca penganjur mendakwa perhimpunan Melayu terbesar ini
membuktikan penyatuan orang Melayu.  Saya pun tertanya-tanya kalau
perhimpunan ini menjadi bukti penyatuan orang Melayu,  maknanya perjuangan
UMNO lebih setengah abad  gagal menyatukan orang Melayu.  Benarkah UMNO gagal  menyatukan orang Melayu hingga mereka perlu disatukan dalam suasana yang tegang dan penuh sentimen perkauman?

Banyak pihak terutama pemimpin UMNO mengutuk perhimpunan Bersih 4 dan
saya setuju  dengan perhimpinan  yang berbara  sentimen perkauman itu.  Maka
saya sama sekali tidak menyangka  kaum saya sendiri membuat kerja huduh dan
bodoh  yang sama dengan Bersih 4.  Ironinya yang menganjurkan perhimpunan
Melayu ini pun pemimpin UMNO juga.

Saya tetap mengutuk dan menentang perhimpunan  Melayu ini sama seperti saya
menentang perhimpinan Bersih 4 kerana menjejaskan hubungan kaum yang
rapuh di negara ini.  Oleh yang demikian saya juga mengutuk perhimpinan
Melayu yang  tidak membentangkan gagasan yang munasabah selain "menunjuk
perasaan" di atas keceluparan  peserta Bersih 4.

Adakah pemimpin UMNO  lain juga bersikap seperti saya yang menolak sebarang  perbuatan yang boleh menjejaskan hubungan kaum di negara ini?  Adakah mereka boleh bertindak waras  menentang perhimpunan Melayu ini di atas dasar  kepentingan kesejahteraan pelbagai kaum?

Saya tidak menafikan tindak tanduk sesetengah peserta Bersih 4 begitu biadab
kerana melemparkan provokasi yang menjatuhkan maruah orang Melayu.  Saya
juga sama sekali tidak setuju tindakan memijak gambar pemimpin,  tidak kira
Melayu, Cina atau India, bukan sahaja gambar Najib.

Tetapi ini bukanlah  alasan  yang boleh mewajarkan perhimpunan Melayu pada
16 September ini.   Pemimpin Melayu sepatutnya ada   pendekatan  untuk
membalas  provokasi Bersih 4. Sudah tentu    dengan cara yang lebih bijak,
bertanggungjawab dan tidak menjatuhkan maruah orang Melayu. Saya orang
Melayu tetapi saya tidak setuju sesuatu tindakan waima untuk mempertahankan
maruah Melayu dengan cara yang tidak bijak dan mengundang faedah kepada
orang Melayu.

- KU SEMAN KU HUSSAIN

SYARAT KUASA  MELAYU HINGGA KIAMAT

Oleh: Raja Ahmad Niza

PERGELUTAN yang berlaku dalam UMNO dan kerajaan sekarang berpunca dari agenda satu-satu kumpulan dan isu-isu yang ditimbulkan satu demi satu adalah alat untuk menghasilkan agenda yang tersembunyi.

Akibatnya, sekarang Melayu dan UMNO sudah berpecah kerana munculnya kumpulan yang menyokong Najib, Mahathir dan Mahyuddin. Ramai pula penyokong ketiga-tiga pemimpin itu menjadi batu api atau lebih tepat disebut tukang laga.

Maka, pemimpin Melayu yang disanjung dan disayangi selama ini terluka, dilukakan oleh bangsanya sendiri. Melayu tikam Melayu,

Percayalah, UMNO tidak akan mati ditembak musuh, tapi UMNO boleh mati diracun oleh pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri. Berkemungkinan PRU 14 nanti UMNO akan lenyap akibat sikap orang UMNO sendiri.

Sekarang, riuhlah politik Melayu, dedah mendedahkan, buruk memburukkan, membuka pekung di dada dan sudah tentu pelurunya fitnah. Ini kerja Melayu.

Tidak kedengaran para pemimpin besar Melayu bersuara memarakkan agenda penyatuan Melayu. Dalam perang fitnah tentu sekali mereka terlupa agenda paling penting penyatuan Melayu.

Ini negeri Melayu, namanya dulu Persekutuan Tanah Melayu. Tapi pemimpin Melayu juga yang membuang nama Tanah Melayu, Bahasa Melayu, tulisan Jawi Melayu, Sekolah Melayu dan sekarang Melayu mahu bunuh Melayu pula.

Penyatuan Melayu penting tapi tidak dipentingkan. Dalam parti terbesar Melayu, UMNO dan PAS sendiri, tidak pernah membentangkan usul khusus di Perhimpunan Agung UMNO atau di Muktamar PAS membahaskan usul penyatuan Melayu.

Dalam hal penyatuan, pemimpin Cina lebih cerdik kerana mereka berjaya menyatukan lebih 90 peratus kaumnya di bawah DAP. Kaum Cina golongan minority menjadi lebih kuat. Ahli-ahli MCA dan Gerakan pun undi DAP.

Melayu perlu ikut cara pemimpin Cina. Kononnya, dalam masyarakat Cina tidak ada fitnah, dengki, dendam dan batu api atau tukang laga. Kalau ada pun, mereka tak layan, maka fitnah akan mati sendiri. Tugas pemimpin Cina ialah kuatkan ekonomi kaum dan cari lebih kuasa. Fitnah-fitnah tak main.

Sebenarnya, Melayu boleh kekal berkuasa hingga kiamat sekiranya benar-benar ikhlas bersatu macam Cina.

Kalau UMNO dan PAS bekerjasama PRU 14, Melayu boleh memerintah negara tanpa sokongan MCA dan Gerakan. Biarlah 100 peratus Cina undi DAP, tapi Melayu mesti undi UMNO atau PAS.

PRU 13 dulu, UMNO menang 88 kerusi Parlimen dan PAS menang 21 kerusi. Kalau dicampurkan menjadi 109 kerusi dan dari Sarawak 25 kerusi, semuanya 134 kerusi.

BN boleh mendapat 2/3 majoriti (148) dibantu oleh parti-parti komponen BN lain di Sabah dan Sarawak. Melayu dan bumiputra boleh memerintah dan kabinetnya terdiri dari menteri-menteri Melayu dan bumiputera sahaja.

Soalnya, mengapa Melayu tidak boleh bersatu walaupun dalam keadaan sekarang Melayu, Islam, raja-raja dan Bahasa Melayu dihina hingga gambar pemimpin-pemimpin Melayu pun dipijak.



Oleh itu, setiap kepala orang Melayu mesti berfikir, bercakap dan bertindak berani ke arah penyatuan Melayu. Bak kata penulis Abdullah Ismail: “Berhentilah menjadi hantu Melayu…” – RAJA AHMAD NIZA








55 comments:

  1. Penganjur himpunan perlu jawab satu soalan, siapa calarkan maruah melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DATOK SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK.

      Delete
    2. Hari ini 15/9/2015, jawapannya masih belum berubah yakni:

      DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK.

      Delete
  2. padan kena buang' pelembagan umno 20.7 dan 20.8 yg dicipta oleh dr mahatir tak mahu baca oleh Anina Saaduddin sendiri betul zam
    Kami nak ketua mesyuarat tingkap letak jawatan tun mahathir itu ,kami lebih hormati dr mahathir ,kami tak hormati tun mahatir itu betul,
    Hidup dr mahathir kami lebih menyokong anda dari tun mahathir yg jadi melayu mudah lupa itu, tun mahathir merosok umno itu, dr mahathir lebih berjasa dari tun mahathir yg perosak umno
    Kata tidak pada tum mahathir itu
    Kata ia pada dr mahathir itu

    zam saya menyokong dr mahathir dari tun mahathir yg perosak umno itu.
    Sila fikirkan nya ia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak faham dengan komen ini. Berbelit sekali.

      Delete
    2. Komen mcm ni boleh terbelit urat kepala otak org yg baca...

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Ketika pm adalah dr mahathir..
      tun mahathir hanya muncul selepas bersara...itu pun susah..

      Delete
  3. Malayu yang beramanah, tidak rasuah, tidak berbohong, tidak mementingkan diri, tidak putar alam, tidak tiris, tidak mainkan ugama, tidak beli tanah kerajaan dengan harga murah kemudian jual dengan harga berganda. Itulah maruah Melayu namanya.

    Nak kumpul 1 juta orang berbaju merah, samalah lakunya untuk saman WSJ ... auta keling.

    ReplyDelete
  4. Apa juga perhimpunan Melayu setakat ini akan gagal lebih-lebih lagi atas dorongan semata-mata untuk membela Najib atau membela Anina.

    Keadaan selesa tidak akan membuatkan mereka (Melayu) buat kerja bodoh. Tanpa upah lumayan lebih mereka melayan gajet. Tanpa tersepit, tanpa nyawa dihujung pedang manamungkin Melayu akan bangkit.

    Kalau Melayu berkumpul untuk memenuhi cita2 pemimpin Melayu penganjur kaki ampu dan kaki jilat, itu petanda malang orang Melayu yang mudah ditipu oleh pemimpin mereka.

    Kecuali PERKASA dan PERGERAKAN PEMUDA, yang lain jangan berangan jadi hero. Selepas Anwar tidak ada pemimpin yang mampu berpidato dan berhujah membakar semangat reformasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah beberapa kali saya nak buat PR(press release)hal Malaysia pada wakil2 berita Malaysia yg ada disini(Jakarta).Saya nak buat PR atas kapasiti saya selaku Ketua Gabungan NGO Asean.Saya bukan nak hentam tapi cuma nak ingatkan pemimpin2 Malaysia agar.perihatin pada kehendak rakyat dgn berkata jujur,pernah saya kirim email PR saya pd akhbar Malaysia sarankan agar mana yg terlibat(yg memipin?)di Non Activekan dulu sementara,bukan sebagai org no.1,tapi sbg Finance.Minister dan.President UMNO.Tapi email saya tak dilayan.Ingin saja saya panggil press Indonesia yg mana pasti ramai dtg kalau saya panggil,tapi takut diputar belit.Akhir kata.saperti kata anak2 muda Jakarta"emang gua pikirin".

      Delete
    2. HOI SEDARA!!!!
      ANWAR IBRAHIM TU AUTA KELING SAMA MACAM SUKARNO. DUA2 GILA BETINA

      Delete
  5. Perhimpunan nie more on menyokong Najib berkuasa lagi...tlg jgn terpedaya....kita nk Najib letak jawatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhimpunan ni bukan untuk najib. majoriti join bukan suka najib pun. tapi mereka buat ni semua untuk bangsa melayu sendiri. bukan sebab najib. bukan main susah payah nenek moyang kita perjuangkan tanah melayu, kita senang2 nk bagi kat org luar? kita baru je merdeka. dah lupa ke pengrbanan nenek moyang kita dulu bermandi darah perjuangakn tanah kita ni? mmg silap pemimpin skrg dlm mentadbir. tapi tu bkn bermaksud kita yg lain perlu diam aje. sudah cukuplah kita dipijak bangsa lain. aku sendiri tak sokong najib. tapi ini semua untuk bangsa melayu. ketuanan melayu. cina kalau nak bli malaysia ni. sekarang pun bolehlah. dorg byk duit, apa ada hal. tinggal nk jatuhkan pemimpin melayu je dulu. sbb dorg bersatu. tapi kita sesama melayu? tak boleh bersatu

      Delete
    2. Mungkin ramai yg mahu DSN letak jawatan... selepas itu bila TSM jadi PM dan Shafie atau Mukhriz jadi TPM... buat perhimpunan UMNO bersama rakyat... boleh jadi ramai yg turun menyokong dengan kerelaan sendiri... skrg ini objektif perhimpunan baju merah mengelirukan. Apa yg ingin dibuktikan... nk tunjuk sokongan kpd DSN ker... sorry la... tak sanggup nk buang masa ...

      Delete
  6. Beberapa laporan dari media Cina juga memberi gambaran bahawa jika Himpunan Maruah Melayu berjaya diadakan di Bukit Bintang dan Petaling Street, maka kebangkitan politik Melayu yang akan 'menendang' mereka keluar dari Tanah Melayu bukanlah satu omong kosong.

    # UMNOKINI.tumblr.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dimata dunia, melayu mana ada maruah lagi...ada ke bermaruah pi sokong seorang bugis yg dapat RM2.6billion untuk anak dan bininya.

      Delete
    2. Ahhhh!!!!

      GEMPAK AJE LEBIH. MELAYU MELAYU.

      Delete
    3. MELAYU UMNO ADA BODEK KE.

      SEMUA BACUL. GEMPAK AJE LEBIH.

      Delete
  7. Tidak perlu ada himpunan, kerana yang memegang kuasa adalah Melayu yang masih punya Raja-Raja Melayu.Kesemua pemimpin Melayu,ketua-ketua,pengarah-pengarah,tokoh-tokoh,profesor-profesor,yang mewakili pelbagai institusi atau badan wajib memohon untuk mengadap Yang DiPertuan Agong agar Najib diberi cuti bagi membenarkan Kedaulatan Undang-Undang diletakkan di tempatnya.Perhimpunan untuk melawan Bersih hanya akan menambahkan kekusutan.Tunjukkan kepada dunia,sebagai penganut Islam kita sentiasa ada jalan penyelesai bijak dan terbaik.Jangan jadi macam si najib yang menari mengikut rentak DAP.Akibatnya,negara dalam gerhana.

    ReplyDelete
  8. TS Zam,

    Himpunan Bersih 4 memang lah ramai tapi tidaklah sampai 500 ribu orang..maksimun pun dari 120 ribu orang ke 150 ribu orang..walaubagaimanapun, saya setuju yg Himpunan Maruah Melayu akan gagal.atas sebab ianya di buat secara tergesa sedangkan Bersih dirancang urus sudah hampur 5 tahun..
    Hendak menghimpunkan 200 ribu org bukan mustahil dgn syarat dirancangurus dgn kemas srkurang kurangnya 6 bulan secara sistematis..

    * Jamal Md Yunos ( toke restoran sekinchan ) nampak sangat pengampunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib ada lagi belen duit dari 2.6b.Nak heran apanya.Tu baru sorang yang derma.

      Delete
  9. Najib dengan bangga mengatakan dia keturunan Bugis. Bugis yang kuat melanin..dan terrima rasuah.

    Melayu shj yang bangang pi sokong dan mempertahankan bugis yg dapat RM2.5billion dan juga RM42juta dari wang pension melayu.

    Bangangnya melayu ...dan menjatuhkan maruah orang melayu shj...Kalau ia HIMPUNAN MARUAH BUGIS..ada aku ambik pot?????

    Yang pasti melayu dan Raja2 melayu telah dikencing olih seorang bugis.

    ReplyDelete
  10. Siapalah nak berhimpun untuk selamatkan pemimpin corrupt macam Najib? Takde siapa yang nak demo free-free untuk selamatkan lanun bugis. Kalau dapat bayaran tu kira macam kerja part-time. Suka tak suka, setuju tak setuju.. dah dapat gaji.. berhimpun ajelah. Dah kata "Cash Is King".. tak gitu?

    ReplyDelete
  11. 500k?
    Aku tengok penonton di stadium bukit jalil masa bola dulu lebih ramai dari cina dap bersih 4 tu.
    Eh.. stadium tu 95k je tempat duduk, tu pun dibenarkan hanya 85k sahaja.

    ReplyDelete
  12. Abang Zam,

    Bagi saya, tujuan untuk mengadakan Himpunan Maruah Melayu itu kalau benarnya, maka ini menunjukkan semakin bodohnya puak penyokong Najib ini di mata dunia.

    Bersih 4.0 walaupun nampak macam orang Cina lebih banyak, kita mesti ingat bahawa objektif sebenar menuntut pengunduran Najib adalah masalah nasional. Ini masalah atau krisis keyakinan terhdap Najib begitu serius dengan melambak-lambaknya masalah ekonomi, GST, rasuah, kos hidup yang mencengkam semua rakyat, bukannya orang Cina semata-mata. Adakah orang Cina sahaja sakit kena GST? Hairan ada orang Melayu sokong GST dalam TV... macam nampak bodoh!

    Kebanyakan rakyat mahu Najib undur demi menyelamatkan Malaysia, bumi bertuah kita. Apa yang Cinanya? Apa yang komunisnya?

    Bagi seluruh rakyat Malaysia, janganlah kita dibodohkan lagi istilah-istilah Cina Komunis, Cina Bintang itu ini dsb. Kalau istilah komunis itu memang jahat sangat, buat apa Malaysia mengadakan hubungan dengan negara China Komunis. Apa yang panda dari negara komunis itu buat dekat Malaysia? Siap beranak lagi.

    Adakah lagi saki-baki komunis dalam hutan Malaysia pada abad ke21 ini?

    Adakah Cina di seluruh Malaysia ini sifat komunis? Yang budak belajar medical kat negara Russia itu bukankah Russia negara komunis?

    Ketika kita hendak menghapus salah tadbir urus negara yang kian menghancur di momokkan lagi cerita basi komunis pulak.

    Adakah negara kita Malaysia sekarang masalah komuniskah...... atau masalah sistem ala diktator Najib?

    .... atau masalah UMNO itu sendiri????

    Adakah sebegitu bodoh kita membuat andaian banyaknya kaum Cina dalam Bersih 4 itu adalah hendak mencapai cita-cita negara komunis Malaysia?

    Andaikan kaum CIna tidak banyak dalan Bersih 4, hanya kaum Melayu... apakah lagi alasan Najib/UMNO terhadap Bersih 4.0???

    Adakah nanti orang Melayu dalam Bersih 4 atau 5 nanti di gelar "se ekor-se ekor" atau "bangsat" atau "haramjadah"???

    Siapa yang bangsat sebenarnya, sehingga hilang wang berbilion-bilion??? Siapa yang bangsat sebenarnya sehingga orang-orang kuat UMNO pun "di lucutkan"jawatannya atau ... di pecat sebenarnya???

    Hanya fikiran dan otak yang "Bersih" akan memahami keadaan politik sekarang.

    ReplyDelete
  13. Janganlah nak jadi hero ke heroin ke macam Anina ( Puteri Mahsuri Langkawi).
    Nanti Anina tak kesampaian; ANIAYA yang dapat.
    Almaklum bukankah Malaysia di perintah OLEH SAMSENG KAMPONG DUSUN?????

    ReplyDelete
  14. Ahli mesyuarat tingkap tak terima cara pentakbiran baru macam mana malaysia nak maju, macam ini lebih baik zam ambil buku pelembagaan umno itu baca pada para ahli mesyuarat tingkap dsb, kalau veteran pun dah tak hormati perlembagaan 20.7 dan 20.8 dibuat oleh dr mahathir sendiri macam ini 'baik jangan jadi ahli umno. Kalau orang tanya aku aku hormati dr mahathir dari tun mahathir itu, dia bersara itu makin menjadi perangai mudah lupanya. Mungkin zam Lupa sejarah dr mahathir dulu tak disukai oleh tun hussie onn itu, tapi kenapa tun mahatir tak nak letak jawatan 'jawapan aku mudah je tun hussie onn tak boleh menerima cara pentakbiran tun mahathir, jadi najib kena biasakan kiritikan tun mahathir, tun mahathir tak boleh terima pentakbiran najib,

    bagi sejarah berulang kembali
    Tun hussie onn tak boleh terima pentakbiran dr mahathir
    Tun mahathir tak boleh terima pentakbiran najib

    Korang fikirkan lah apa aku cakap ini terutama zam itu

    ReplyDelete
  15. Pada aku perhimpunan melayu ni kerja bodoh sepatutnya org melayu berhimpun agar pemimpin yg rasuah seperti najib yg menyelewengkan duit 1mdb dan rm 2.6b tu jika benar di hantar ke sg buluh itulah perjuangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..bukan itu sahaja dik, Najib kena pulangkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan wang rm2.6 billion dan wang rasuah rm42 juta tu..lepas tu barulah hantar bugis tu keSg Buluh.

      Delete
  16. Kalau bagi duit poket setiap seorang RM300 aku PASTI himpunan ini akan jadi kenyataan. Itu sahaja cara yang ada untuk merealisasikan himpunan ini.

    ReplyDelete
  17. WSJ dan SR mendedahkan 2.6 billion dalam akaun Najib. Kata nak saman tapi masih hangat tahi Unta padang pasir. Kata Arab yang bagi tapi Arab mana tak berani sebut. Kata Nampak cek 100 juta tapi itu pulak tidak disebut oleh WSJ. Nak gempak besar kat low yat tapi bila polis larang jadi gempak burung unta.

    Orang asing datang ke Negara ini dan taruk najib bertubi tubi di persidangan IACC tapi najib pegang bawah dan diam menghilangkan diri. Macai pula hebat nak bela panglima bugis yang terencat akal. Setahu saya yang patut memerintah Tanahair ini adalah orang Melayu. Tapi dia kata pula yang dia panglima bugis.

    Kalau panglima terencat akal ini masih berkuasa, di mana pula nak letak maruah Malaysia ? Sebenarnya Melayu sudah pun berkuasa di Negara ini. Kalau nak himpun lagi baik himpun untuk bergotong royong. Nyamuk banyak brader !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsj, mahyuddin yg dedah kan wang itu duit derma arab, buat takut, sampai tun mahathir putar alam punya cerita. zam patut tanya pada mahyuddin itu ia betul ke itu wang derma ia siapa keluarkan video yutube itu. Tak akan mahyuddin kot, lupa kalau
      Kalau ikut pelembagan fasar 27 umno najib tak bersalah, jangan lupa kalau ikut pelembagaan umno itu , kalau ikut lembagaan umno yg tambah dr mahathir fasar 20 itu anina di dapati besalah , ros tak boleh buat apa2 sebab ros yg meluluskan pelembagaan umno itu
      Menyalak macam mana pun anina itu tetap akan kalah

      Delete
  18. Salam Tan Sri,

    Demi perpaduan dan keharmonian saya rasa tak payahlah nak kait dengan "jenama " kaum . Kesannya amat buruk untuk jangka panjang . Lebih buruk lagi kesannya saya rasa bila permit diluluskan untuk satu kaum tidak untuk kaum. Bila negara tak aman aktiviti sosial dan ekonomi terganggu dan justeru pertumbuhan ekonomi terencat . Ini akan menyebabkan negara dan sekali menjadi susah. Gunakan nikmat ruang masa yang Allah bagi ini untuk aktiviti yang berfaedah baik kerajaan mahupun rakyat. Cukuplah dengan isu isu yang sedia . Bagilah ruang waktu kepada pasukan keselamatan untuk membuat tugas tugas lain yang sedia ada . Semoga negara ku sentiasa aman , tenteram dan makmur hingga ke akhir zaman.

    ReplyDelete
  19. Adakah lagi Maruah orang Melayu?????

    ReplyDelete
  20. i dont think bersih 4 is mainly for chinese only, actually initially it never be organized as a chinese assembly and i believe nobody want to threaten the role of majority pupulation in this country. bersih is mainly a way to express a dissatisfaction about the way our country is running now, and pls stop making it as a racial game

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hallo Mark..these Chinese already rude by stepping on The Malay leaders. This is already racist. It makes the Malay angry because of their rudeness. I was nuetral but after this I support the red rally.

      Delete
    2. Aih, tapi bila pengikut umno pijak gambar lks lge & karpal singh, penyokong DAP takde pun buat jadi hal perkauman. I mengaku amoi pijak gambar najib & hadi adalah salah, tapi jangan jadikan ini isu perkauman. Salam

      Delete
    3. Nasib baik gambar najib je.. kalau najib ada kat situ, najib pun kena pijak.

      Delete
    4. Badang You're a stupid idiot.What does stepping on a piece of paper with Najib's face got to do with his race or religion? There is a soap packet wrapper with a white person's face on it,If I step on it, am I disrespecting Christianity or Caucasians? Please don't be so stupid badang!

      Delete
    5. Hello Badang. I think u are not neutal but u are brainless.
      u want to kniw what is neutral?
      Let me tell. I dont agree with the act of stepping on DSN and Awang Hadi photo by those few bad apples n I disagree with red rally that is so racist. This is call neutral stand. What u did is u condenm the bad apples n u joint the racist. We want harmony. Hidup melayu n bangsa lain. Hidup Malaysian.

      Delete
  21. Salam Datuk,

    Agenda sebenar, 100% pure, agenda nak julang Najib sebagai pemerintah Malaysia yang sangat muluk.

    Maruah Melayu cuma propaganda meniru dan cemburu dengan kejayaan DAP menghimpun ratusan ribu rakyat atas slogan Turunkan Najib.

    Rakyat dan orang Melayu jangan keliru dengan gimik murahan daripada balaci2 Najib ini.

    UMNO dan orang Melayu akan terus kekal bermaruah kerana UMNO lahir daripada darah, keringat dan airmata pejuang2 Melayu Islam.

    Merdeka, Merdeka, Merdeka.

    Jangan lupa merdekakan diri dari tipudaya Najib !!!!

    ReplyDelete
  22. Salam Tan Sri.

    Sy amat setuju dgn pandangan sdra.

    Malah...sy beranggapan bahawa Perhimpunan Maruah Melayu PMM ini akan makan diri 'backfire'... pasti memalukan bangsa sendiri...jika yg menghadiri nya jauh lebih rendah bilangan dari 500ribu org Ciba semasa Bersih 4.

    *jumlah 500ribu sy ambil dari apa yg media lapurkan.

    Org2 Melayu wajar bertanya soalan2 ini;
    - apa tujuan PMM ini.
    - mengapa mesti diadakan.
    - apa kewajarannya.

    Jika ianya diadakan semata2 kerana bantahan pd kaum Cina kerana Bersih 4...ianya bererti Org Melayu masih keliru dan berada didlm 'denial mode' ...dan masih mahu Najib dan Penjilat2 Tegar Haram J bertakhta dan menerus memerintah negara.

    Ianya juga mencerminkan sifat bendul atau bodoh Melayu kerana masih mahu menerima Ketua Melayu seperti Najib yg bukan sahaja lemah tetapi terlibat didlm pelbagai salahlaku dan salah guna kuasa.
    Atau atas nama Melayu sahaja...ketua yg mengarut pun boleh diterima.

    Atau adakah PMM merupakan strategi DARI PM dan TPM yg mahu mengalih perhatian rakyat walau pun merugikan negara...'at the expense of the nation'...dari isu sebenar iaitu 'rakyat tidak lagi boleh menerima Najib sbg PM'....dgn menunjuk bahawa org2 Melayu masih menerima dua dan membantah apa2 desakan untuk dia turun seperti yg dilakukan oleh Tun M...Anina...Khairuddin dll dan termasuk perhimpunan Bersih 4.

    Jika PMM diadakan semata2 kerana marah pd kaum Cina semata2....sy kira ianya tiada merit langsung cuma mengundang ketegangan kaum sahaja.

    Tetapi jika spekulasi sy bahawa ianya adalah agenda Umno semata2 oleh Penjilat Tegar Haram J dgn restu PM dan TPM....ianya jelas menunjuk mereka sudah hilang kawalan dlm isu keyakinan rakyat terhadap Najib dan dgn sekali gus menujuk betapa jahil dan lemah org2 Melayu yg boleh diperkudakan dgn mudah....tetapi masalah sebenar tidak ditangani.

    Mungkin ia akan nengundang satu krisis perkauman ditahap yg baru yg sy beranggapan telah distrategikan untuk menutup krisis iaitu keyakinan tergadap Najib.

    Soalan yg org Melayu mesti bertanya adalah...siapa ug menganjurnya dan kenapa.

    Dan jawapannya adalah org2 tertentu dlm Umno yg dibawah gengaman Najib belaka....dan motif nya?

    Tanyalah diri sendiri.
    Sy harap org Melayu akan sedar bahawa ini permainan politik kotor oleh bangsa sendiri demi survival diri mereka sahaja....tetapi atas nama PMM.

    Lebih baik...seperti kata sdra....org Melayu memperkasakan sahaja pemuda dan pemudi serperti Anina disamping...Tun M...Khairiddin..Sanusi dll.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. very positive thinking and i salute you!

      Delete
    2. Thnks...very sad indeed.

      Ketulusan dan kedaifan bangsa telah diperguna dan dipermainkan ketahap maksimum oleh Ketua2 Melayu Umno yg sebangsa semata2 kerana survival diri mereka sediri.

      Malah...kekayaan dan kemewahan hidup yg mereka nikmati cukup besar berbanding majoriti bangsa...tetapi kepuasan mereka tidak pernah ada penghujung.

      Kasihan bangsa ku.

      Delete
  23. Saya setuju sekiranya perhimpunan ini diadakan dalam ruang terkawal contohnya di Stadium Bukit Jalil atau di Dataran Putrajaya supaya lalulintas di bandaraya Kuala Lumpur terus terkawal serta lancar. Operasi pentadbiran dan perniagaan di Bandaraya KL juga terus aman tanpa kebimbangan. Saya fikir kita tidak perlu terikut-ikut gaya sarkas sepertimana permainan politik di Thailand beberapa tahun lalu dengan pertembungan dua fahaman politik yang akhirnya memadamkan wawasan penyatuan dan toleransi hidup masyarakat majmuk. Perhimpunan aman seperti di Stadium Bukit Jalil atau di Dataran Putrajaya lebih disetujuk serta masih mampu melontarkan mesej yang jelas untuk membuktikan penyatuan umat Melayu tanpa perlu kita menimbulkan kesesakan lalulintas serta menimbulkan persepsi bandaraya Kuala Lumpur semakin tidak aman untuk dihuni manusia waras. Cukuplah kita dihidangkan dengan aksi jijik dan meloyakan oleh golongan ultra kiasu Kumpulan Bersih 4 yang tidak segan silu membakar bendera Malaysia dan memijak gambar pemimpin Melayu. Saya sendiri sangat merasa terhina apabila bendera lambang maruah Negara dibakar hidup-hidup. Tetapi harus diingat, umat Melayu bukan hanya baru ini dicabar maruah malah sejak lebih 500 tahun dulu. Tetapi dengan kebijaksanaan kepimpinan politik Melayu ketika itu yang diwarisi sejak bertahun maka segala krisis maruah umat Melayu dapat ditangani secara bijaksana, licik dan berhemah. Tiada pun tercatat sejarah pertumpahan darah sewaktu menaikkan bendera merdeka. Takkan Melayu hilang maruah didunia sekalipun majoriti kita Melayu tidak bersama dalam himpunan yang tidak jelas arah tujuan itu. Kembalikan diri kepada penyatuan Melayu yang lebih bersifat konstruktif dan berhemah bukan kepada emosi, destruktif dan sembrono...AMIIN.

    ReplyDelete
  24. Panglima Bugis banyak duit $42,000,000,000. Bagi lah Se bungkus Nasi lemak , sebotol air dan $50 , adik adik bodoh Akan berhimpun . Calaka betul Bugis ini

    ReplyDelete
  25. send chinese immigrant back to their tongkang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifat perkauman kamu cukup kuat. Syabas. Jawaplah bila diakhirat nanti.

      Delete
  26. Woh....woh....auuuuuuuuu...woh...woh

    ReplyDelete
  27. Wah so many dogs ah...at night barking , so noisy one...haiya..tiu liama hai

    ReplyDelete
  28. gi mampus la lu zam.

    500k kau kata? nak membohong pun agak2 lah.

    bila cina buat himpunan, kau kata, tak apa. tak apa. bila melayu buat perhimpunan. kau kutuk macam2 dengan alasan macam2 pula.

    dah jadi pentaksub mahathir nampak.

    kah kah kah.

    ReplyDelete