Wednesday, 9 September 2015

HANYA SEJARAH MEMBANGGAKAN MELAYU ISLAM SINGAPURA


MELAYU SINGAPURA SHOULD BECOME COSMOPOLITAN

High fertility rate for Melayu doesn't work in singapore. Although their rate remains the highest since 1970 (2.69 vs chinese 1.65 vs indians 1.89) until 2014 at 1.43 (vs chinese 1.25 vs indian 1.31), they form only 13.3% of the population in 2014, down 1.5% from 14.8% in 1970. Chinese remain above 70% over those years, while indians increased from 7% in 1970 to 9% in 2014. 

Melayu singapura will remain a minority without any hope of regaining power. So forget about it. They should aim to become a cosmopolitan group, highly educated, sophisticated and influential. 

If you can't become the king, be the kingmaker. Powerful minorities the world over especially the jews not only follow the rules, they make the rules. Its time the Melayu singapura lead the way for all the other Melayu in nusantara.....the infrastructure is already there, find the means and grasp all opportunities with both hands. 

Melayu in Malaysia can only watch. Thats what they are good at. Thats what they are doing even now viz the najib saga....are they doing anything constructive about it ???

KOMEN ZAM: 
Inilah dinamisme yang diperlukan oleh orang Melayu Singapura.Pendapat yang realistic, practical dan pragmatic yang sepatutnya di ketengahkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu Singapura bagi perbincangan terbuka dan meluas  untuk menyedarkan orang Melayu Singapura supaya menghadapi realiti  dan tidak terus terkongkong dengan sentimen perkauman yang  terasing dalam masyaarkat kosmoplitan Singapura.

TIADA PARTI PEMBANGKANG MAHU MEMERINTAH

Dengan  hanya dua hari bersama dua orang rakan  meninjau Pilihanraya Umum Singapura dalam suasana tanpa Bapa Singapura Lee Kuan Yew, maka tentulah saya tidak dapat membuat analisis yang adil dan berkredIbliti. 

Bagaimanapun dapat pastikan berasaskan kepada beberapa fakta,  PAP yang telah menguasai Singapura lebih 50 tahun akan kembali berkuasa. Tidak satu pun parti pembangkang yang bertanding mengistiharkan mahu gantikan kerajaan ini.

Ini  diperkuatkan lagi oleh pekerja-pekerja pilihanraya  calon The  Workers'  Party  yang paling ke depan dalam mencabar PAP apabila saya berkesempatan berjumpa dengan mereka di Geylang Serai disamping beberapa orang calun. Mereka sekadarkan yakin pembangkang akan dapat menambah kerusi di Parlimen  untuk mempastikan PAP membetulkan kesilapannya. 

Dalam tinjauan ringkas ini saya dapat  merasakan pada keseluruhannya rakyat Singapura tidak merasa tergugat ,berada dalam keadaan relax dan penuh keyakinan, dalam  keadaan "susah susah orang senang"terpaksa membayar harga yang tinggi untuk terus menikmati kehidupan berkualiti dan untuk mengekal  taraf hidup  yang terbaik di Asia bagi generasi muda dan tua.

Yang berlaku di kalangan  rakyat adalah persaingan  kelas hidup negara  maju.

Tiada ketegangan dalam isu agama dan perkauman antara rakyat  malah semua lapisan   bersatu dalam kebimbangan menghadapi ancaman perkerja asing termasuk di bidang  porofesional yang mereka anggap mahu mengambil hak mereka.

Kemarahan mereka bertambah kerana bagi pertamakali seorang keturunan Kerala India bernama Salim yang baru sahaja menjadi rakyat Singapura dalam tahun 2004 telah dibenarkan bertanding dalam Pilihanraya Singapura . Dia mendakwa ada orang Singapura memangilnya " ...skin snake.You are an India,go to India" ( The Straits Times A12  7September 2015)) 

Kebimbangan masyarakat Melayu dan Islam juga  tidak bagitu ketara kerana kehidupan yang terjamin,dapat beribadat di masjid-masjid yang selesa dan bersih,  kebanyakan mempunyai perkerjaan tetap atau berniaga dengan pendapatan yang lebih cukup dari makan kecuali mereka yang malas.

Larangan wanita Melayu yang berkerja dengan swasta bertudung bukan isu hangat tetapi kebanyakan mereka mempunyai pandangan agama yang lebih luas terutama di kalangan terpelajar dan kerajaan juga  memberikan perhatian terhadap kegiatan agama dan budaya Melayu dan Islam yang tidak bersifat jumud atau melampau. Ini adalah  asas yang diletakan sejak era Lee Kuan Yew.Potongan Wang Simpanan Perkerja Islam digunakan untuk membina masjid. Lebih 24 Masjid baru telah dibina.

Kempen PAP terlihat memberikan keutamaan untuk  merawat perasaan orang Melayu  yang terpendam dengan mengemukakan beberapa program  di TV yang menunjukan orang Melayu mempunyai tempat tersendiri dalam sejarah Singapura dan peluang peluang mendapat tempat dalam perkerjaan yang selama ini diketahui sukar untuk disertai oleh mereka.  

Umpamanya suatu program TV mengemukakan cerita tentang seorang  pilot Melayu dalam Tentera  Udara Singapore, membangkitkan semula sejarah tentang Zubir Said dengan lakonan semula  sebagai penggubah Lagu Negara " Majulah Singapura." Lagu ini terus  dipakai hingga hariini walaupun Singapura menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasminya.

Dalam masa kempen pilihanraya ini juga dilancarkan Sambutan Bulan Bahasa di Tampines yang diadhiri oleh Menteri  di Pejabat Perdana Menteri Encik Masagos Zulkifli dan  dan Menteri Pendidikan Heng Swee Keat . Kedua mereka  berbaju batek Indonesia.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengadhiri majlis  pelancaran Bulan RLA ( Rahmatan Lil Alamin), sebuah gerakan  Islam yang bertujuan  untuk menunjukan sumbangan  ihsan dan kemanusiaan masyarakat Islam kepada masyarakat kosmopolitan Singapura yang melampaui batas kaum dan agama. 

Masalah agama dan perkauman tidak timbul  dari sejak pilihanraya tahun 70an hingga pilihnaraya ini kerana " The Effectiveness of  our equitable treatment of race and religion,they not figured at all in this and previous elections since the 1970s," kata seorang penulis dalam Straits Times Singapura.

Akhbar-akhbar Singapura terutamanya akhbar Bahasa Melayu  Berita Harian(BH) mengutamakan berita  kempen PAP dan BH boleh dikatakan membenamkan langsug berita dari parti-partri pembangkang.Saya tidak tahu bagaimana layanan akhhar-akhbar Cina.  

Hasrat utama saya  ke Singapura  untuk dengar kempen-kempen Pilihanraya tidak tercapai kerana  perjalanan kami ke Simei Road untuk  kempen Workers'Party  terhalang oleh kesesakan jalan.

Bagaimanapun esoknya saya lebih bernasib baik kerana dapat berjumpa dengan beberapa orang calun Workesr Partry  di hadapan Pasar Geylang Serai setelah sarapan pagi kacang pol Arab sini. Antaranyalah ialah Terence Tan Lin Chern dan Dylan Ng Foo Eng.

Seorang wanita yang turut berkempen setelah mengetahui saya dari Malaysia menyatakan  kesalnya atas sikap " seorang calun PAP Singapura  menyakitkan  jiran  dengan menyatakan dia bernasib baik tidak menjadi rakyat Malaysia dan tidak dlahirkan di China dan menjadi Singaporean."

Dia mengharapkan sokongan saya tetapi saya memberikan jawapan diluar jangkaannya dan mengecewakannya  apabila saya memuji sikap calun ini "Dialah sebenarnya seorang rakyat  Singapore tulin,true and true Singaporean dan saya berharap ramai orang Cina Malaysia juga mempunyai sikap sepertinya berbangga Malaysia sebagai tanah airnya,"kata saya

Dalam masa yang bagitu singkat,tidak banyak yang saya sempat dengar ,lihat  dan rasa di  Pilihanraya Umum  Singapura tetapi pada keseluruhannya  Singapore tetap bersih, tiada kekotoran dalam tutur kata,  beradab  dan berdisplin dan tiada cerita rasuah,skandal, gila kuasa,isteri bermewah-mewah  dan sebagainya.

 Tiada juga kempen bersifat  keugamaan dan perkauman. Semuanya  bergerak  dalam acuan  keperibadian demokrasi terpimpin dan berdisplin yang diwariskan  oleh Lee Kuan Yew.

Pemimpin-pemimpin Melayu tidak bagitu menunjul dalam Pilihanraya Singapura dan juga dalam kabinet Singapura . Dipermukaan orang Melayu  nampak dalam keadaan berpuas hati dan tidak merasa bimbang terhadap masa depan mereka.

Tidak ada peminta  sedekah dan gelandangan di kalangan orang Melayu, tiada penganguran kecuali  bagi mereka yang malas. Anak-anak Melayu dari Malaysia juga ramai berkerja sebagai pembantu di hotel-hotel atau di kedai-kedai makan dan lain perkerjaan kecil  di Singapura dengan pendapatan kira kira RM4,000 sebulan dengan diberikan tempat tinggal .

Bila menghadapi keadaan -keadaan yang mungkin mencabar orang Melayu, pemerintah  Singapura meyakinkan mereka dan mengatasi  kebimbangan mereka dengan menceritakan balik kegemilangan mereka di zaman lalu  yang membuktikan mereka pernah mempunyai tempat penting  dalam sejarah Singapura.

Saya tidak tahu sama ada mereka berada dalam keadaan puas hati mengenang  sejarah- sejarah gemilang masa lalu atau mereka berazam mahu  mencipta sejarah baru dalam masyarakat Singapura yang serba mencabar,yang mahu mereka menjadi orang yang mesti belajar dan bersaing dengan kerja keras dan semangat yang tinggi . Saya tidak fikir jika mereka  berkualiti maka mereka tidak akan mendapat tempat

Walaupun saya bukan anak Singapura tetapi saya tetap berbangga bahawa Ketua Pengarang dan Pengarah Urusan Utusan Melayu yang pertama  Allahyarham Yusuf Ishak adalah Presiden Singapura yang pertama dan hingga kini gambarnya di mata wang Singapura. 

Apakah ini tidak boleh menjadi cerita yang meyakinkan dan memberikan penghayatan kepada  orang Melayu untuk  kembali gemilang dalam sejarah baru Singapura.LKY mengambil Yusuf  kerana mengetahui beliau adalah seorang yang berkerja keras,jujur,tidak rasuah, amanah dan mati- matian untuk Utusan Melayu di tahun 30an hingga 60an

1 hour ago
PM Lee Hsien Long dekati Melayu di kempen pilihanraya Spore dg pelancaran bulan Rahmatan lil Alamin. See blog zamkata

Seorang perkerja Workers Party Singapura cuba menerangkan sesuatu kepada saya

29 comments:

  1. maksud tan sri, lebih baik cina memrintah dari melayu?

    ReplyDelete
  2. DAP dengan PAP bezanya langit dan bumi.

    ReplyDelete
  3. bagi saya, singapore cuba tiru amerika ,negara amerika buatan england. orang berfikir orang putih dan orang hitam masing menghina satu sama lain, he.he.he sebab kes pemadu bas cina langgar orang india mabuk dan pemandu larikan diri.
    tuduh menuduh sering berlaku.
    gaji 4k sinapore dan 1k dimalaysia diberikan tempat tingal hanya untuk perkerja asing di malaysia dan di singapore he.he.he warga tempatan kerja di kilang langsung tak disediakan rumah malaysia he.he.he itu peraturan dibuat kedua-dua negara.

    gaji 1300 di singapore berkerja hotel
    gaji 1300 di malaysia berkerja hotel
    sama je kalau ikut kos hidup mereka disana hidup dua2 negara, cuma mereka ada sediakan rumah untuk perkerja di banding majikan malaysia kedekut suruh sewa rumah sendiri
    kalau ikut tukaran wang memang siagapore tinggi , kos hidup perkerja dekat sinagpore tak ambil kira

    ReplyDelete
  4. TS Zam, bukan main puji lg singapore...'melayu singapore diingatkan mereka tentang sejarah kegemilangan lampau dan ada tempat dlm singapore'??
    Sekarang PM singapore cina, tpm 1 cina, tpm 2 india, presiden cina..melayu hanya seorang jadi menteri..melayu singapore dapat gaji rm4,000 da cukup power..sedihnya..presiden sekali saja tu la melayu, yusuf ishak yg penulis bangga banggakan tu..
    Dlm tempoh 50 singapore mandiri, tidak ada seorang melayu disana yg famous sbg ahli politik pemerintah, ahli politik pembangkang, bussinessman, ahli sukan, karyawan, ahli akademik,..hmmm utk melayu RM4,000 sebulan da cukup hebat..soalan hipotesis - dlm tempoh 50 tahun mendatang jika singapore perlu utk merge .. negara manakah mereka akan pilih , Malaysia atau Indonesia??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara silap faham .RM4,000 itu adalah pendapatan sehabis rendah bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Yang saya temui ialah dari Kelantan,Sabah dan Melaka.
      Melayu tidak mendapat tempat di Singapura bukan hanya kesilapan LKY. Jika baca sejarahi, pemimpin -pemimpin Melayu dalam PAP berkawan dengan komunis menyebabkan mereka tersingkir.
      Singapura akan memileh Malaysia untuk bergabung kerana kepentingan keslamatan. Indonesia tidak sefahaman dlm sistem politik dan juga pentadbiran .Keselamatan Malaysia dan Singapura saling bergantung. Hanya sentimen Melayu menjustifikasikan perasaan sedarah sedaging tetapi dalam realitinya tidak akan jadi demikian.

      Delete
    2. TS Zam,

      Saya penulis komen 17:01, di harap tuan tidak tersinggung dgn tulisan saya..
      Mungkin tuan bole melayar blog ipohmalay, dimana entry terbaru blog tersebut berkaitan respon rakyat singapore terhadap komen bodoh calon PAP..
      Diantara pengomen menyebut alangkah bagusnya menjadi rakyat malaysia..

      p/s: saya di antara ribuan pembeli buku tulisan tuan..

      Delete
    3. TS Zam hanya nampak luaran aje, atau berbual dgn pendokong pemerintah aje. Cuba tanya rakyaat marhean singapura. Jururawat, polis pekerja beruniform tidak dibenarkan berkerja memakai hijab. Dulu ada 200 buah masjid tapi kini tinggal 69 buah, 24 masjid yg baru dibina adalah hasil potongan gaji org islam setiap bulan. Dulu ada berpuluh madrasah kini hanya tinggal 5 sahaja dan setiap tahun hanya dibenarkan mendaftar 500 org murid sahaja bermakna satu madrasah 100 org murid.

      Setelah tanah2 wakaf dan pusaka milik orang melayu diambil pampsan tahi gigit dgn alasan untuk pembagunan negara, mereka jual berjuta2 harganya mengikut harga pasaran..
      Mereka kata meritrokasi tapi disebaliknya merit tok kasi berdasarkan warna kulit.

      https://jesscscott.wordpress.com/2015/09/09/pap-property/

      Delete
  5. Cina DAP belajar dari Lee Hsien Loong lah cara nak menambat hari orang Melayu...orang kita kan mudah lembut hati...

    ReplyDelete
  6. Kejujuran pemimpin untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum, agama, latar belakang etc, dapat dinilai oleh rakyat. Saya fikir kejujuran ini terserlah dikalangan pemimpin singapore, dan sebab itulah diterima baik oleh warganya sejak zaman LKY. Sifat provokasi untuk tujuan politik dalaman tidak digunakan. Kalau digunakan pun, tidak akan dilayan oleh rakyat. Inilah hasilnya rakyat yang berpendidikan taraf dunia. Semasa majlis penghormatan terakhir LKY, rakyat berbeza kaum melinangkan air mata secara terbuka. Satu kejujuran spontan yang ditunjukkan oleh rakyat, dan menjadi contoh untuk generasi seterusnya untuk hidup sebagai singaporean.

    ReplyDelete
  7. untuk mengekalkan penguasan kuasa politik cina singapura telah membawa masuk jutaan warga china untuk dijadikan sebagai warganegara dan sedikit dari india, dgn cara ini orang melayu tidak dpt lagi menjadi majoriti di singapura...alasan diberikan ia dpt mengembangkan kuasa membeli ekonomi negara tersebut...mereka boleh saja jadikan penduduk melayu dari negara berdekatan...tapi mereka tidak. orang melayu singapura sebenarnya tidak ada pilihan lain selain menjadi apa yg kerajaan mereka suruh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu mereka melaksanakan dasar pecah dan perintah dimana kawasan melayu di suruh jual tanah mereka dan di suruh tinggal di flat mejoriti bukan melayu konon perubahan padahal hapuskan popilasi melayu jadi dun pelimen singapore itu anda sendiri lihatlah taktik sama dilakukan oleh dap di malaysia . Kesilapan kita menbenarkan cina tak tahu bahasa melayu menjadi rakyat malaysia inilah hasil nya seoleh2 kita macam singapore negara tak ada identiti . Orang cina tak reti berbahasa melayu dengan baik boleh menyanyai lagu kebangsaan malaysia tapi tak tahu maksud nya, kita lihat,

      aku masih ingat kata2 Lee kuan yew (LKY )dulu,, ketika obamah menang di amerika dulu, ada wartanan cakap boleh kah bukah bangsa cina menjadi pedana menteri siangapore' LkY cakap sekarang bukan masa sesuai Jadi bukan cina pm. Mungkin zam boleh jawab apa dikata LkW itu seoleh2 tak menbenarkan orang bukan cina jadi pm di singapore itu, tanyakan soalan itu pada orang singapore yg berbangsa cina boleh kah buka cina jadi pm. Aku yakin jawapan beri amat memkecewakan

      Delete
  8. memang Islam dibenarkan di sana tapi biasalah hukum hukum Islam mana boleh jalan yang teroknya di negara ini melayu islam berkuasa tapi tak boleh lakasana hukum hukum Islam apa he ni kes terokl
    tutup auarat wajib bagi umat islam mana ada main tutup setengah separoh
    silap catur singa4 terlepas salah sapa ?
    kalau dulu susahsuasah dulu lani senang la kita
    apa nak buat dulu punay orang malayu nak cepat setuju ngan penjajah
    memang tujuan penjajah nak lemahkan Islam diTM

    ReplyDelete
  9. Hakikatnya, hanya 13% saja melayu yang tinggal di Singapura (see demographic)
    itupun termasuk indian muslim, arab, javanese dan lain lain lagi yang tidak
    mengaku diri mereka melayu kerana sukar menyara hidup mereka jikalau dilabelkan melayu kerana pandangan majority penduduk singapura menganggap melayu adalah kaum yang mundur, malas dan "terrorist".
    (propaganda secara halus)
    Oleh itu hanya 8% adalah melayu yang telah disepahkan di kawasan kawasan
    mengikuti quota yg ditetapkan oleh pemerintah.

    Oleh kerana hanya 8% adalah melayu, tidak logik lah utk menjadi
    Perjuangan Pembangkang.
    Perjuangan Pembangkang secara umum memperjuangankan secara halus
    Cina "Bukit" (Teochew, Hokkein ) Vs Cina "educated" English
    Melayu hanya sekadar menepati syarat utk mereka (cina) bertanding di GRC
    Cuba analyse secara mendalam dan memerhatikan.

    Melayu hanya tinggal hanya sejarah
    Sejarah yg tidak dipedulikan dan secara halus akan dihilangkan oleh majority
    bilangan penduduk Singapura (dgn lantikkan pembangkang)

    Penduduk asal Melayu tidak hanya menghadapi cabaran yg sukar untuk diterima dan tomahan secara senyap oleh majority penduduk majority SIngapura malah dengan juga penduduk Cina malaysia (2million) yg menetap di singapura kerana dendam mereka terhadap orang melayu
    terhadap orang melayu....



    ReplyDelete
  10. Melayu di Singapura dijajah secara mentality
    Propaganda yg sangat halus dimasukkan
    Kepada pemikiran mereka
    Semakin "Melayu" didalam pemikiran mereka, maka persepsinya adalah bangsa yg Tak boleh bersaing

    Melayu di Singapura hanya tinggal kurang Dari sepuluh peratus.
    Cina Malaysia menangguk air yang keruh
    Dgn keadaan Melayu di Singapura
    Dengan mengapi api Kan keadaan dan
    Mencantas sebarang peluang Melayu supaya tidak bangkit

    Jikalau sekadar perkerjaan biasa
    Tak Ada masa lah Bagi orang Melayu
    Kecuali Kalau perkerjaan itu ada kuasa ataupun berpengaruh....

    Ini lah akibatnya.... Apabila tersalah pilih,
    Melayu Yg dahulu nya kaum majority menjadi menumpang di Negara sendiri
    Dan merasai akibatnya bukan nya generasi Yg memilih pilihan Raya waktu itu tetapi generasi Yg Akan datang yang merasai mereka menumpang dinegara nya sendiri...
    To save the rest of the Malays in semenanjung, Melayu di Singapura were sacrifice to ensure the future generations of the Malays live another day...receive eduction (Mara), land priority (bumiputera advantages ) etc.....

    ReplyDelete
  11. High fertility rate for Melayu doesn't work in singapore. Although their rate remains the highest since 1970 (2.69 vs chinese 1.65 vs indians 1.89) until 2014 at 1.43 (vs chinese 1.25 vs indian 1.31), they form only 13.3% of the population in 2014, down 1.5% from 14.8% in 1970. Chinese remain above 70% over those years, while indians increased from 7% in 1970 to 9% in 2014.

    Melayu singapura will remain a minority without any hope of regaining power. So forget about it. They should aim to become a cosmopolitan group, highly educated, sophisticated and influential. If you can't become the king, be the kingmaker. Powerful minorities the world over especially the jews not only follow the rules, they make the rules. Its time the Melayu singapura lead the way for all the other Melayu in nusantara.....the infrastructure is already there, find the means and grasp all opportunities with both hands.

    Melayu in Malaysia can only watch. Thats what they are good at. Thats what they are doing even now viz the najib saga....are they doing anything constructive about it ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kaum cina melaysia menolak untuk terima kerakyatan kerana policy PR bole membeli rumah, mereka membawa masuk rakyat Chinadan memberi kerakyatan untuk memastikan org melayu kekal bawah 15%, tapi kini hanya 13%. Mereka bawa masuh org kristen pinoy dan daftar sebagai bangsa melayu di IC mereka unutk menghilangkan identiti melayu itu islam.

      Delete
  12. Assalamualaikum Tan Sri.

    Anda hanya tinjau belukar.

    Kami Melayu Singapura macam Pak Kadok menang sorak kampong tergadai.

    Ini semua gara2 Melayu Malaysia tak tahu memerintah. Dizaman Tunku Abd Rahman telah ada undang2 ISA tetapi tak tahu nak gunakan untuk mereka yang mengapi2kan perkauman dengan MALAYSIAN MALAYSIA CONCEPT.

    Kini terlalu pandai pemimpin Malaysia hapuskan ISA maka tunggulah nanti nasib seperti kami di injak2 macam ayam kelaparan dikepok padi gara2 pemimpin berlagak pandai tetapi tidak berpijak dibumi nyata.

    Jika Tan Sri ingin bukti CUBA TANYA SAID ZAHARI BEKAS PENGARANG UTUSAN MELAYU BERAPA TAHUN BELIAU DITAHAN LEE KUAN YEW SEMATA2 TIDAK MAHU BERSEKONGKOL DENGAN LEE KUAN YEW SEPERTI MANA OTHMAN WOK MENGKHIANATI BANGSANYA.

    Saya sedih komen Tan Sri tidak berpijak dibumi nyata. Lupakah Tan Sri dengan kekata ESPIONAGE AND COUNTER ESPIONAGE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan anon 21:29,

      Melayu di mana-mana sama saja, baik di singapura, malaysia, filipina atau indonesia. Kampung dah lama tergadai, sorak pun tak menang. Kena boo bertalu-talu oleh bangsa lain adalah. Tak guna salahkan sesapa, waima pemimpin sendiri yg dah lama pergi. The world moves on. Tak kan kita nak tertinggal mengenang masa yg lalu.

      Kerana kita tidak berfikiran strategik, we backed the wrong horse/ayam sabung yg gagal. Kerana tamak/makan rasuah dan suka ambil jalan senang kita ditipu dan hak kita diambil dengan harga yg murah. Sampai masa, hak jadi raja ditidakkan oleh bangsa pendatang yg menjajah dan kampung gelam pun hilang tenggelam.

      Tapi itu semua masa dulu, tak guna ditangiskan, tetapi ambil lah pelajaran darinya supaya kita tidak mengulangi sejarah pahit maung itu lagi.

      Untuk bergerak ke depan semestinya memerlukan pemimpin yg berkebolehan, berilmu dan berintegriti yg berupaya mencaturkan pergerakan mantap menempuh cabaran demi cabaran dari pelbagai sudut dan berbagai jenis/sifat.

      Hasil dari pemikiran strategik pemimpin zaman lampau, Melayu pernah memiliki empire dan tamadun yg disegani dunia luar. Tidak mustahil perkara ini boleh diulangi jika Melayu sekarang mengubah sikap dan mendalami ilmu agar setanding dengan bangsa-bangsa yg mendahului ketika ini. Tidak perlu empire, cuma berupaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mereka, disegani dan tidak dipandang hina oleh sesiapa.

      Delete
  13. Saudara masih dalam khyalan tahun 5Oan. Said Zahari dan Samad Ismail mahu memperjuangkan Melayu Raya yang dibelakangnya adalah PKI( Parti Komunis Indonesia) yang didalangkan oleh China.

    Jika Melayu Raya berjaya ,kita dikuasai oleh Indonesia atau menjadi tanah jajahan Indonesia dan ditindas oleh Pemerintah Indonesia seperti mana mereka memeras Acheh apatahlagi orang Melayu di Malaya dan Singaoura yang halus budi bahasa.
    Sedarah sedaging adalah khayalan. Dalam realtinya tidak demikian. Orang China tak pernah masuk rumah orang Melayu merompak danm embunuh tetapi ini dilakukan oleh orang Indonesia.
    Nasib baik Tunku dan Lee Kuan Yew dapat membenteras komunis dan menjadi dua negara makmur. Orang Melayu Singaoura tidak akan hidup mewah seperti sekarang kalau dijajah oleh Indonesia atau komunis demikian juga orang China.
    Selarang Spore melimpahkan kekayaannya kepada Malaysia.
    Jadilah orang yang realis dan jangan terus berkhayal demi untuk masa depan orang Melayu Singapura.

    ReplyDelete
  14. The comments made by anonymous 14:07
    clearly isn't from a Malay .
    Most probably a Chinese, Malaysian chinese
    to be exact as an example how they pit against the Melayu Singapura and Melayu Malaysia
    The structure and the tone of the paragraph spew hatred And sow discord among the Malays on who's a better community.

    It's the individual rather than the community.

    speaking from working experience in MNC in Singapore, the Malaysian Chinese often incite hatred tabout The Malays in Malaysia thinking that I am a Singapore Malays saying that if the Malays in Malaysia are as efficient as Singapore Malays, Malaysia will be as good as Singapore.

    My reply was, if Malaysia develope too fast
    as Singapore, Malaysian might not be able to catch up and this will eventually lead to even more poorer citizen and disunity in Malaysia

    Since that incident, I met others Chinese Malaysian that incite hatred to a point I am convince that most Malaysian Chinese hold grudges against Malaysian malays

    One of the strategies that I learn working in Singapore is that umno should make use of Melayu Singapura who can find solutions to
    counter or understand how Chinese application of "Sun Zhu art of war" in business or in dealing with politics.
    They are the "wild card"
    Or the Malays in Malaysia should work in Singapore and interact with other races
    And understand the different cultures way of thinking

    Take the good and throw the bad stuff

    Having said that, I wish all real Melayu Singapura the best for their future generations
    They have to pay for
    all the mistakes the past generations did
    So that the other Malays Malaysia learn from it
    My conclusion is
    As long as Singapore exists
    Umno will forever be in a preference choice for the Malays

    ReplyDelete
  15. Tan Sri Zam,

    Saya anon 14.07. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana meletak komen saya di atas sana....I feel honoured. Juga atas komen balas TS yg reinforces mesej saya. Saya masuk sekali lagi untuk berbincang dgn anon 01:45.

    Anon 01:45, I am a Melayu Malaysia. I understand your sentiment against what I wrote. I had been there ie. I had myself worked in MNCs in UK. When I came back to work for a local company, I had occasions to negotiate and and work with MNCs in Singapore represented inevitably by Chinese - Singaporean, Malaysian, several even from Hong Kong. One thing which I noticed was that these people respect true professionalism, regardless of who you are or where you come from. My negotiations with them usually came out successful satisfying both sides. Of course there are disappointments along the way, but then thats life, prejudice, warts and all. Much as I wish my experience reflects the general attitude and situation, it could be unique to me and different for you and others.

    Looking back at history, we lost Singapore through our own faults, as individuals, as families and as a society. There were always infightings. The leaders were not farsighted enough and the masses were not rebellious enough to effect the necessary changes.

    Perhaps the realities of life during those times were such that theres not much leeway for the leaders, community and individuals to maneuver to their best advantage. What sad was we allowed ourselves to be taken advantage of by outsiders, foreigners who came far and wide just to partake of the natural wealth that we had. Those they took out of our hands, at will, and we didn't do much about it until we got united to fight Malayan Union. Then the infightings started again. Had we been as cunning, as aggressive as the imperialists and remained united, our history might have been radically different.

    Theres no point in trying to sow discord among the Melayu, be they from Singapore or from Malaysia or anywhere. Even without trying theres always discords among them. Melayu Malaysia is a case in point where theres discords even in UMNO itself, hence the seemingly unending problem that we're facing today. The standard practise outside is a leader resigns when theres a whiff of a scandal brewing, let alone given overwhelming evidence. But not here, pahlawan bugis "pecah dan perentah" sikit, bayar sana sini, guna power tak kena tempat, he survives. What do the rest of us do? As I said in the earlier post, "We just watch"......perhaps soon we will wrestle among ourselves to show who is the more macho; or else we'll have another "kenduri". We are always losing the plot.

    Its time we change our attitude and the way we look at how the world works. We have to take bull by the horns.

    ....bersambung

    ReplyDelete
  16. Sambung....

    I see in Melayu Singapore whose community is small with a higher proportion of educated and successful members, a possibility of leading the way to get "there". They are more exposed to the norms of the global/international communities, by being in a First World country, where the infrastructure is simply superb to begin with. The first step is to identify visionaries who are capable, highly knowledgable and of unimpeachable integrity to unite and lead. Tun Dr Mahathir did his best, was successful up to a point. WE need more and better.

    But what TS said up there: "....untuk menyedarkan orang Melayu Singapura supaya menghadapi realiti dan tidak terus terkongkong dengan sentimen perkauman yang terasing dalam masyaarkat kosmoplitan Singapura..." applies to all Melayu, regardless of where they are. As individuals, we have to prime ourselves for change, however drastic as long as its for the better, for us and for those around us.

    My final point is even if its true that Malaysian Chinese hold grudges against Melayu Malaysia it won't get them anywhere if the Melayu behave professionally at work and conduct ourselves civilly at all times. We have that in our DNA. At the end of the day, we are only answerable to Allah, and Allah loves most the "muttaqi", regardless of who you are.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I SUPPORTED YOUR POINT 100% BROTHER.

      Delete
    2. Salam Satu Malaysia,

      I am proud that you got where you are today, no doubt about it.
      First and foremost I am proud that you make full use of the system
      to reach your dream.
      But what my concerns are those Melayu Singapura who are
      subjected to perception such as "mundur" due to the repercussion of Malaysia's system and external factors from middle east.

      Having said that, if you are born in Singapore, no matter how good you are do you think you will have the same fate as you are today without the "perception" being the obstacles and also the opportunity that the Malaysia's system had provided you?

      Before we get to the present and future and blame anyone, lets learn about the past after the separation so as to understand the environment for you to succeed.

      Singapore
      post1965 : The Malays intellectuals are separated into 2 (Singapore/KL)
      meaning not getting the best, starts again from what's left of it.

      1970s : Malays are exempted from National Service (army)
      Due to this policy, The MNC couldn't employ a Malay, not because he's a Malay but because they couldn't employ a employee that will leave
      anytime soon if they got call up to serve their country.
      During this period, most didnt have proper jobs and became "mundur"
      and didnt have the money to sent their children to the BEST school.

      1980s : The butterfly effects of the previous generations and the surge of
      migrants Malaysian Chinese turn Singapore Citizen who view Malays for their failure in life.

      1990s :Ripple effect of Malaysian Chinese descendants turned Singaporean. Government view malays as a threat to the nation.

      "If, for instance, you put in a Malay officer who's very religious and who has family ties in Malaysia in charge of a machine gun unit, that's a very tricky business. We've got to know his background... I'm saying these things because they are real, and if I don't think that, and I think even if today the Prime Minister doesn't think carefully about this, we could have a tragedy."
      SM Lee Kuan Yew, Straits Times, September 19, 1999 on Malays in the Singapore Armed Forces

      and so forth

      The point is what I am saying here is,
      due to the policies in Malaysia,
      be it indirectly fair or unfair to others (to a point where malaysian migrate),
      you were given that PLATFORM to succeed in Malaysia at that period of time to where you are today.
      To say, the current system is flawed after you have cross the "bridge"
      is unfair.

      Instead of burning that "bridge", you could provide a 2nd link
      to those who need it.

      Delete
  17. - I am very proud to see Malays in Singapore.
    I am very proud to see Chinese in Singapore.
    in fact, I am very proud to see other races doing well in Singapore, too.

    - Take care of your country so that, we in Malaysia, will continue to have a great neighbor like you for a long time to come in providing jobs, business opportunities and security.

    - If the Malays in Singapore continue to resist change and not willing to adapt, you shall die natural death. I am not going to cry for you. You choose your destiny, I choose mine.

    - If the Malays were to "die" in Singapore, others will take over your place. No two way about it. Perhaps you may consider migrating to Malaysia. You too will "die" here like the rest of the Malays here under UMNO.

    - PAP does not "kill" Malays in Singapore. DAP does not "kill" Malays in Malaysia. It is UMNO that "kill" Malays in Malaysia and left Malays to "die" in Singapore.

    - Only UMNO can "kill" Malays.

    ReplyDelete
  18. - My father was never a party member of USNO. But, he voted USNO all his life so his children would be free.

    - So, naturally I voted for USNO too in its struggle to provide opportunities for Malays and Bumiputras. I never gave my votes to other parties because I loved USNO. My YB and MP were not educated, but, it did not matter to me as the struggle was very important.

    - Afterall, the first four Prime Ministers were highly educated, hard working and not corrupt. UMNO policies were good for me, but, not to all. When sharing, some get more, some get less, but everyone gets something.

    - Naturally, it was good to have one strong party to run a country after independence. Malaysia and Singapore are proofs of that. We need strong leadership to drive the country.

    - Can Malaysia and Singapore afford to do that in next 50 years? In Malaysia, we can't do that anymore. In Singapore, I don't know. We ought to have a two-party system, the like of UK, USA, Australia, New Zealand and Japan. If Malays do not want to adapt to such system, we Malays will "die" natural death. Do not blame the Chinese, the Indian and the rest.

    - I will vote for DAP for the first time, not because I love the Chinese. It is the only party that is not corrupted like UMNO.

    ReplyDelete
  19. Nampaknya ramai pembaca melayu Malaysia TS Zam yang masih lagi terkongkong dalam mentality 50an dan 60an. Memang tidak boleh dinafikan Melayu Singapura kini berbeza daripada Melayu Malaysia. Dari satu sudut, kita boleh katakan yang Melayu Singapura lebih yakin diri (quiet confidence) dan lebih berdikari jika dibandingkan dengan Melayu Malaysia. Simptom "tongkat", "dan “nolstagia” (sehingga tidak sanggup melihat ke depan) yang amat ketara di kalangan Melayu Malaysia tidak kelihatan di kalangan Melayu Singapura. Sama serumpun tetapi amat berbeza halatuju dan definasi maruah mereka.
    Sebagai contoh, kerap kali Melayu Malaysia akan mengeluh and menyindir Melayu Singapura atas hilangnya kawasan kampong beridentiti Melayu seperti Geylang Serai. Tetapi untuk ramai anak Singapura berbangsa Melayu, Geylang Serai adalah maruah and tanda kejayaan mereka. Geylang Serai kini adalah satu kawasan yang serba moden dengan kawasan perniagaannya sendiri. Di Malaysia, walaupun dengan pelbagai usaha kerajaan untuk membangunkan and menbersihkan kawasan Kampung Baru (dari zaman Dr M lagi), ia menemui jalan buntu atas pelbagai faktor (termasuk faktor nolstagia).
    Dari segi pendidkan, ramai di antara Melayu Singapura yang berupaya menghantar dan mebiayai anak mereka ke university di dalam and luar Negara secara merit (di sini pertubuhan seperti Mendaki banyak membantu). Jika berpeluang, Melayu Malaysia patut melawat madrasah dan masjid di estet-estet perumahan di Singapura. Walaupun jika dibanding dengan Malaysia, bantuan direct oleh kerajaan Singapura boleh dikira kecil dan ‘loudspeaker azan” tidak seberapa, madrasah dan masjidnya lebih “moden” dan complete. Lihat juga kepada perumahan dan pengurusan kewangan, Melayu Singapura walaupun sudah mempunyai flat HDB sendiri sekarang berupaya membeli rumah di Malaysia tanpa subsidi kerajaan. Bandinglah dengan Malaysia di mana kouta bumiputra sering tidak dipenuhi dan tanpa MARA, begitu ramai ibubapa Melayu Malaysia yang masih tidak berupaya membiayai pendidikan anak mereka.
    Bukankah ini maruah dan kebangaan Melayu Singapura?
    Di sini, ada pembaca blog ini yang mungkin rasa TS Zam memperkecilkan Kerajaan Melayu Malaysia dan mengagungkan LKY, Tetapi kalau pembaca membaca isi and memikir secara kritikal tulisan TS, pembaca akan sedar yang TS Zam cuba menyedarkan pembacanya akan pentingnya sebuah kerajaan yang cekap dan bersih dalam membentuk sebuah masyarakat yang progressif dan forward looking. LKY bukan sahaja mengubah Cina Singapura tetapi juga Melayu Singapura.
    Saya percaya yang TS Zam dalam lawatannya ke Singapura, sendiri sedari perbezaan di antara melayu singapura dan melayu singapura apabila berurusan dengan pegawai kerajaan bangsa Melayu Singapura. Tahap keyakinan mereka amat berbeza. Boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan bahasa melayu mereka boleh dikatakan setanding dengan melayu Malaysia. Percaya atau tidak, perbezaan ini pernah diutarakan di rencana Utusan Malaysia beberapa tahun lalu. Adakah ini kerana semata-mata "Good and clean government” LKY dan barisan pemimpin generasi pertama seperi Goh Keng Swee, Hon Siew Sen, Rajaratnam, Othman Wok dan Yusuf Ishak? Ini mungkin boleh didebatkan. Tetapi di sini saya harap yang Melayu Malaysia tidak memperkecilkan jati diri dan maruah anak Singapura berbangsa Melayu.
    Di bawah adalah eulogi Encik Sidek Saniff (seorang menteri Melayu cabinet LKY) untuk LKY?
    Dengan sifat Melayunya yang “humble” dan “soft spoken”, adakah beliau kurang melayu jika dibandingkan dengan perusuh di Low Yatt dan pendekar “baju Merah”.

    https://www.youtube.com/watch?v=sQ5ZGu9z5X8

    ReplyDelete
  20. - At one time in the past, there was a Malay leader who wanted to champion the cause of Malay diaspora by going round the world from Sri Lanka to Cape Town, South Africa. He was corrupted to the core.

    - At one time in the past, there was a German Chancellor who wanted to champion the cause of the his people after Germany was humiliated by the Versailles Treaty. He died humiliated by the world.

    - It has been proven many times in the past, there is someone from that race who wants to be seen as a champion of his race. Some are genuine. Most are fake.

    - PM Najib is the fake one.

    - Choose him, the Malay will suffer.

    - Choose UMNO, the Malay will be worse off because the system is corrupted to the core.

    - You can't repair the system because the next UMNO man to replace Najib is the same as Najib. Only the name is changed, but not the system.

    - I will not vote UMNO anymore. Period.

    ReplyDelete
  21. One of opposition...Han Hui Hui
    Typical Malaysian Chinese turned Singaporean
    Political of Hate
    https://www.change.org/p/singapore-government-revoke-han-hui-hui-s-singapore-citizenship

    ReplyDelete