Tuesday, 15 September 2015

BAJU MERAH TUKARLAH KEPADA BAJU PUTIH TANDA " SURRENDER"

  1. TERPILEH DARI TWITTER
    Jamal jamin himpunan baju merah aman damai setelah bg impression sedia gaduh dengan silat pancak dan lain-lain seni pertahan diri. .Sekarang sedia ikut pindah ke Padang Merbok.Baju kuning tak pindah rendah.Tukarlah ke baju putih tanda surrender.Tak pasal-pasal jatuhkan maruah Melayu kalau tak dapat 500,000
  2. Ku Nan kata himpunan Baju Merah terbuka pd semua kaum. Kenapa tak cakap awal-awal lagi. Dah nampak ugly baru nak tunjuk wajah beuty.
  3. kata Najib dia akan terus pimpin selagi parti dan rakyat sokong.Hanya setelah Umno dikuburkan barulah Najib sedar bahawa dia telah lama mati
  4. Kemenangan PAP S'pore dgn kekalnya ISA jatuhkan maruah Malaysia yg dibina Mahathir. Kita sekarang dibawah pemimpin tak bermaruah
  5. Najib gantikan ISA dg POTA. Suatu pengakuan terhadap kesilapan kp bangsa agama dan negara. Nasi sudah jadi bubur dan akan berkuburlah Umno
  6. Hapus ISA utk demokrasi penuh bg masyarakat yg ramai tak terpelajar. Yang ramai terpelajar di Bandar.Maka yg pandai guna terpelajar dibandar. Hadiah elitis Najib pd Melayu
  7. Cuba ahli Umno yg setia pada Najib dan tak setia pd parti fikirkan apa jadi sekarang jika Najib tak dihalang hapuskan Akta Hasutan?
  8. Benar isu ISA sepi di P.Raya Spore.Sindiran Awang Selamat pd Najib di MM minggu lalu tajam sekali di bawah tajuk Tahniah S'pore.Patut tambah takziah Najib
  9. Kemenangan cemerlang PAP S'pore tamparan paling pahit kp Najib yg nak tunjuk pd Obama dia lebih demokratik dr Singapura.Cerdikah dia?
  10. Kata Awang Selamat ISA masih bertahan diterima rakyat S'pore. Di Malaysia yg tak terima hanya Najib dan bukan Melayu. Umno tolak. Jika tak dibantah keras dari dalam UMNO,Akta Hasutan pun dia sudahpun hapus
  11. Bekas Menteri Kanan Rafidah Aziz kata kesetiaan kp parti bukan kp pemimpin.Ini kenyataan semasa yg tak tak difahamii oleh hanya BAHLOL
  12. Dlm keadaan Najib kelemasan, ramai pak pandir moden boleh jadi hero Melayu

  13. Yang menunjul dua badan nak adakan perhimpunan Melayu. Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan dlm nak tunjuk kekuatan. Buat kerja tak siuman dan memalukan
  14. Kenaapa Melayu adakan perhimpunan 16 Septmber guna persatuan seni pertahan diri? Tak percayakah pada Askar Melayu dan Polis Diraja Malaysia?

26 comments:

  1. Aku malulah dengan para penyokong totok Najib, yang berbaju Merah ... semacam tidak ada fikiran waras sebagai rakyat Malaysia.

    Cuba fikir di kala rakyat sambut Hari Malaysia pada 16hb Sept .... di mana Najib dan Kak Rosmah? Ke London???? Biar betul? Betulkah? Atau ke Sabah ke?

    Kalau betul ke London .... kenapa Najib dan kak Mah tidak sama turun ke padang Merbok sama-sama abang Jamal? Ketika baju Merah di liputi jerebu, Najib dan Kak Mah seronok musim summer kat London.

    Kita harap semua rakyat Malaysia ... Askar juga rakyat, Polis juga rakyat, SPRM juga rakyat, parti pembangkang juga rakyat, Muhyiddin Yassin juga rakyat, Utusan Malaysia juga rakyat .... tapi diri Najib itu adakah dia berjiwa rakyat????

    Janganlah Najib dan segelintir orang bawah dia seolah menghina semua rakyat Malaysia dengan sikap angkuh mereka, sikap mengejek mereka dan yang lebih buruk sikap macam nak berperang dengan Rakyat Malaysia.... menuduh rakyat bangsat, menuduh rakyat haramjadah dan menuduh rakyat seekor-sekor....

    ReplyDelete
  2. Zam, very simple. These cowards aka bacul are so afraid of DS Najib that the only way to point his failure is to organise things like this that will put him down. They are only intelligent in doing things indirectly in the hope that Najib gets the message. Of course Najib is more smarter than these dumb fools. He in turn gets his boys to show support to tell these fools that he actually called their bluff. So the plan to put Najib down has actually backfired on these bloody fools.

    ReplyDelete
  3. Kalau kita kira balik, penganjur perhimpunan Baju Merah ini telah bertukar tangan kepada beberapa penganjur. Kenapa jadi begitu? Katanya nak tunjukkan kesepakatan Melayu tetapi dari ikan bakar hinggalah pendekar silat. Memang benar kata Tan Sri dalam keadaan Perdana Menteri sudah nyawa-nyawa ikan, maka banyaklah badut yang berlagak hero muncul satu demi satu. Tetapi percayalah keadaan tidak berubah kalau yang hendak diubah itu kulit sahaja. Berhimpun dan hu hah hu hah itu kulit sahaja.

    Ini sama juga dengan perhimpunan Bersih, yang dilihat hanya kulit tetapi dari dalamnya ialah kebangkitan cauvinis Cina dalam politik Malaysia. Perhimpunan Baju Merah ada apa di dalamnya? Kalau kena gertak sikit sudah berubah ubah penganjur, jangan tanyalah pengisiannya. Akhirnya ke padang Merbuk sahajalah.

    Tetapi kalau diingat balik kenyataan Jamal ikan bakar itu, gempa membelah bumi pun mereka tidak gentar, rasanya tak sempat gempa membelah bumi baru gempa sikit pun dah lintang pukang. Kenapa tak tegap macam Bersih. Mereka kata nak dalam Kuala Lumpur, Bagi atau tidak itulah yang dilakukan. Beginilah sahajalah, kalau baik sangat tak payah tunjuk perasaan. Simpan sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pandangan saudara. Bg saya perhimpunan tersebut tidak perlu diadakan. Ia tidak mempunyai tujuan yang jelas selain dari ingin mengampu dan kebodohan penganjur semata mata. Amatlah memalukan apabila perhimpunan tersebut diberi nama perhimpunan maruah melayu dan dipimpin oleh seorang lelaki kurang cerdik bernama Jamal Md Yunus. Ini adalah satu penghinaan kepada orang orang melayu keseluruhanya. Saya amat kecewa kerana kerajaan pimpinan umno iaitu parti yg sepatutnya menjaga kepentingan org melayu memberi lampu hijau kepada kegilaan ini.

      Delete
    2. apa kah setelah agama anda di hina pun anda masih tak sedar diri lagi,
      Apa kah setelah marina mahathir sokong LGBT itu anda tak sedar diri lagi
      Apa kah bila melayu hina anda tak sedar diri lagi
      Apa kah anda lihat melayu kahwin sejenis anda tak sedar diri lagi
      Apa kah anda lihat melayu kahwin lain agama anda suka.
      Penah satu ketika dalam pentakbiran tun m itu dicadang bagi kondom percuma dan jarum percuma ini perbuatan anak tun m itu ngo aids hiv marina mahathir itu mendapat bantahan dari palimen, itu pun anda fanatik tun m itu, saya bukan fantik najib itu .kalau dia tak saya akan basuh dia

      Anda berfikir apa saya cakap ini

      Delete
  4. Di mana suara ulama tentang perhimpunan Baju Merah di Kuala Lumpur esok? Adakah haram atau halal di sisi agama? Sebabnya semasa ulama termasuk mufti mengatakan perhimpunan itu haram. Bagaimana pula yang dilakukan oleh tangan-tangan ghaib UMNO ini?

    ReplyDelete
  5. Jawapan mudah je
    zam telalu fanatik sangat dan memikir kejayaan tun m , sehingga merosak diri sendiri, gagal memikirkan kejayaan masa hadapan, zam di buway mimpi tun m itu,
    macam mana kita mahu maju jika kita melihat telalu melihat masa lampau lebih baik pada masa depan
    Orang tak mahu menerima peredaran zaman orang itu akan gagal.
    Sejarah harus di ingati, kenang dan pengajaran bukan memikirkan kejayaan masa lampau.

    Pekara ini saya pegang masa kini ,jika tak mahu malaysia berjaya anda fikir masa lampau kejayaan tun m itu ia anda fikirlah kata2 saya ini, zam sebagai penulis buku politik anda faham maksud saya ini

    sekian terima kasih
    Mak lampir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang setuju kita jangan terlalu obsess dengan kejayaan masa lampau sebab....err.....benda tu dah lampau. Sepatutnya kita teruskan kejayaan itu dan perbaiki lagi. Kalau dulu millionaire, sekarang mesti billionaire....camtu lah sikit lebih kurang kot cik Mak?

      Tapi masaalahnya, tengok lah sekarang, habok pun tarak. Kalau sekarang macam ni, akan datang macam mana? Najib memang kena pergi, tapi sapa nak ganti? Takde pun kelibat sesapa yg bley diharap....

      So, nak bagi sedap hati, kita ceciter ajelah pasal kejayaan kita masa lampau, khususnya zaman Dr Mahathir....dah nak cerita apa lagi? Lepas tu kita tidor n mimpi kejayaan kita sekarang n masa akan datang....mimpi!

      Delete
    2. Ya lah macam ore isle hanya kagum 1400 tahun dulu tapi sekarang umat isle tak der teloq. Bahkan semakin hancuus.
      Ya Allah apa balasan Engkau umat Mu yg bodoh2 ini.

      Delete
    3. Masa lalu,adalah pedoman utk kita pada hari ini.....sbb banyak pengajarannya.

      Delete
  6. Mak Lampir - Zam tidak dibuai mimpi kejayaan lampau. Zam memikir pasal kepangsungan kejayaan yang sudah sedikit tempang di zaman Pak Lah dan terus patah satu kaki di zaman Tok Jib • jangan sampai kaki ke dua patah, abis Malaysia ! Layu Melayu !

    ReplyDelete
  7. Saya tidak tahu dalam kontek apakah saudara memikirkan saya fanatik pada Tun Mahathir. Jika dalam kontek kekalkan ISA saya fanatik kepada LKY yang tidak mencampakan dasar ini untuk dilihat sezaman sebaliknya telah meperkukuhkannya supaya Singapore senantiasa sezaman dan dapat pastikan w ajenda wawasannya untuk membangunkan Singapore yang maju, mantap ekonominya dan stable hubungan kaumnya, malah dirasakan aman damai oleh setiap pengujungnya .
    Tetapi negara kita di bawah pemimpinan yang tidak realistik telah meruntuhkan asas kekuatan yang dibina oleh pemimpin terdahulu, mematahkan tiang-tiangnya.

    Apakah Singapore gagal kerana mengekalkan ISA yang tidak ikut perdedaran zaman?.
    Orang rang tak dengar ucapan Najib atau membacannya walaupun dua anggap dia sezaman tetapi jika Mahathir semua orang akan beri perhatian walupun dia tidak sezaman.Ini adalah realiti dan survey yang telah dijalankan.
    Inilah alasan yang diberikan oleh Najib tetapi akhirnya balik kebelakang ganti dengan POTA yang tidak lagi ditakuti rakyat kerana flip flopnya.Dia menjadi pemimpin mainan yang langsung tidak dihormati i oleh pembangkang dan juga sebahagian besar rakyatnya sendiri.
    Dalam keadaan serangan ekonomi 97-98 kita tegak megah walapun negara lain tersungkur tetapi sekarang kita beri alasan jika orang jatuh apa salahnya kita jatuh,Inikah yang saudara banggakan sebagai memandang masa depanm atau hancurkan masa depan.
    Orang yang tidak tahu menghargai sejarah sahaja yang tidak nilai kejayaan masa lampau dan mengkagumi pemimpin hanya berketrampilan tetapi telah menjatuhkan maruah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100% pendapat Tan Sri bahawa Najib telah memperbodohkan dirinya sendiri dengan memansuhkan ISA.

      Undang undang POTA lebih menampakan AUTA dari realiti. Najib menghancorkan perpaduan Bangsa Malaysia yang dibentok lebih 58 tahun dahulu.

      Malu Negara mempunyai Perdana Menteri graduan Notingham University baghal macam lembu.

      Delete
    2. Abang Zam,

      Saya setuju sangat apa yang anda maksudkan dan saya fahami.

      Saya tidak sokong UMNO/BN atau Mahathir. Itu saja.

      Tapi saya hormat Mahathir. Setiap PM ada kekuatan dan kelemahan.

      Visi Mahathir saya cukup kagum. Wak ima apa orang kutuk dia dahulu, saya masih suka style dia cakap, style dia jawab wartawan, style dia ceramah. Tak ada cacat cela pun. Tak ada rasa benci pun.

      Lihat apa hasil visi dia, dengan pembangunan Putrajaya, KLCC, LRT, Multimedia Universiti dll.

      Tapi si Najib ini .... apa yang saya suka visi transformasi dia macam hebat transformer. Cuma ... yalah nampak angin saja.

      Sikap tidak terus terang, sikap senyap-sepi, sikap membisu, sikap suka membangsatkan orang Melayu. Sikap semacam itukah nak kita kenang dia dalam sejarah!!

      Delete
    3. Anda penah ke pergi ke Di puterajaya itu pun ada projek monorel hanya ada tiang je, di puterajaya dulu ada projek filem kampung filem siap jackie chan rasmikan ,mana projek kampung filem itu sekarang ia dah jadi kawasan perumahan bukah itu satu bil out , macam ini pilipina lebih maju dari malaysia ini mereka ada pembuatan cartoon terbesar hollywood mereka industary anime mereka maju dari malaysia, cartoon computer garfik mereka terima oleh hollywood, sepatunya tun mahathir itu belajar apa komputer garfik pada jepun bawa masuk pelabur komputer 3d graphic dari jepun mereka mahir dalam menghasilkan video games puterajaya tun m tak lihat itu dia sendiri biarkan projek kampung filem itu gagal dan sepatutnya tun m itu buat tempat mana Computer 3d graphic dihasil untuk filam dan video games. Projek lrt lebih menafaat pada rakyat dari projek klcc hanya bermegah-megah anda penah pergi ke sana kalau anda makan je di situ kalau tak ada 15rm keatas anda jangan makan disitu itu pun di medan selera ,di restorel hanya kaya makan di situ, di klcc baju kalau ribu2 baik tak payah cakap, kecuai isetan itu kalau ada sell je murah, klcc pun takbir orang putih,

      tun m boleh lakukan dalam masa 6 tahun bina puterajaya betul tak, apa boleh anda lakukan baru buat 1981 -1995 mehabis 14 tahun, putera jaya 1995-2001siap ,cyber jaya 1997-2006 9tahun siap bina, klcc 1993-1997 4tahun untuk orang kaya , 6tahun anda boleh buat puterajaya itu
      sila anda fikirkan

      Dasar pandang ke timur berjaya angap berjaya saya juga terima kasih pada nya

      Macam ini korean selatan kereta dia standar dia sama macam malaysia tapi kereta berjaya export ke amerika dan negara arab anda fikir sendiri. korean selatan syarikat kereta dia menghasilkan van, lori, bas, lori korak pasir, korean hasil sendiri mereka bermula industari hanya tahun 1970an dah macam mereka hasil produk malah syarikat kereta mereka hampir bankrap semasa krisis ekonomi 1997-98 mereka berjaya bangkit dan memasuki pasaran amerika dan negara2 arab lain, tapi apa saya lihat proton hanya suka bermain politik je amat menyedihkan saya ini

      Jawapan mudah je apa anda boleh lakukan jika saya bagi masa 6tahun itu buat puterajaya pun makan masa 14tahun, dasar pandang ke timur tapi saya lihat produk jepun, korean dan china mendominasi pasaran malaysia ini, lihat je buatan jepun made in malaysia ini adakah ini dasar gagal pandang ke timur itu gagal, kita lihat je dasar korean selantan pandang ke euro dan jepun lebih berjaya dari malaysia ini, kita bukan mahu belajar cara mereka bekerja tapi mahu pelajari teknologi mereka ada,

      Delete
    4. Macamana projek 6 tahun tak jadi 14 tahun SEBAB MASA HENDAK DIBUAT RAKYAT MALAYSIA YANG BEBAL DAN BANGANG MACAM ANON 0215 ASYIK BANGKANG SAJA.

      SEKARANG BARU NAK SALAHKAN ORANG LAIN.

      WAHAI ANON 0215 JANGANLAH AWAK MENYERLAHKAN LAGI KEBODOHAN ANDA TARAF KELDAI LAGI.

      PERGI MAIN JAUH JAUH.

      Delete
  8. Tan Sri, of course you are entitled to defend the ISA. Much has been written by ex-ISA detainees about their plight. Even our courts have previously ruled as unlawful the detentions of several of the detainees due to the overzealousness of our authorities. In a nutshell, this legislation has been abused in the past. In this day and age, such a legislation whereby people can be locked up indefinitely is an anachorism. Do you then endorse LKY's detention of Said Zahari ? Where is yr sense of compassion and fairplay? I recalled that you almost gave up writing yr blog following a sedition investigation by the police. I am sure you felt that you were being unfairly treated. Just imagine those activists/politicians/journalists who were detained under the ISA over the years. Did you Tan Sri ever wondered how they and their families must have felt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak napikan bahawa ISA telah disalah gunakan,umpamanya penahanan yan lebih dari sepatutnya( Kp Said Zahari) dan juga tahanan Samad Ismail di Malaysia untuk kepentingan politik untuk sesaorang menjadi Perdana Menteri dan dalam masa yang sama undang-undang civil digunakan untuk menyekat Datuk Harun menjadi perdana Menteri tetapi pada kesluruhannya ISA telah berjasa besar dalam menyelamatkan negara ini dari jatuh ketangan China Komunis atau menjadi tanah jajahan Indonesia.

      Jika LKY tidak selamatkan Singapura dari Komunisme maka pastinya Malaysia akan menghadapi masalah yang lebih besar lagi dari ancaman cauvanisme DAP sekarang.

      Bagaimanapun sekejam-kejam ISA tidaklah sampai ke peringkat Pol Pot membunuh berjuta manusia untuk tegakan komunis.

      Saya kesalkan ISA dihapuskan sedangkan pindaan boleh dibuat untuk memperbaikinya tetapi di bawah Pota sekarang penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa berlaku lehih dahsyat berlaku atas nama demokrasi
      Penguakuasa yang hendak menegak keadilan boleh ditukarkan,pegawai bank dan lain lain yang mendedah melihat penyelwengan dan semuanya berlaklu atas nama demokrasi setelah harapan lebih besar diberikan kepada rakyat dengan penghapusan ISA.
      Kita juga melihat bagaimana agama disalahgunakan oleholeh orang agama sebelum mereka berkuasa sehingga sampai kerperingkat orang yan telah bernikah berada dalam keadaan berzina. Orang Islam di kafirkan. Jika tidak ada ISA mereka ini akan lebih liar lagi.
      Penyahgunaan kuasa berlaku dalam sistem apapun tetapi yang penting kita berpegang teguh kepada kepercyaan kepada sesuatu yang terbukti lebih banyak mendatangkan kebaikan dari kerburukan dan bukan membuangnya sehingga rakyat boleh beraja di hati,memperokperandakan sistem negara,menghilangkan keyakinan rakyat.
      Jika semuanya salah maka tidak adalah buku Universiti Kedua dari Kassim Ahmad hardcore Marxist,tetapi malangnya sekarang Kasim pula mentafsirkan Qur'an according to Marxism

      Delete
    2. Zam mana tun m dari johor sangup ke bersih 0.4
      Tun m Dari cyber jaya tak sangup pergi himpunan melayu bersatu
      tun m dah jadi melayu mudah lupa

      Delete
    3. ayahanda tun tak p sbb himpunan merah nyokong najib perasuah eh err'penerima derma'...

      Delete
  9. Jawapan mudah je kita tunggu dan lihat lihat lee keluarga mampu berkuasa lagi pada penggal kedua ia manusia tak akan berasa puas keadaan dilihat, pada mulanya tun m berpuas hati najib dalam mulut tun m langsung mebantahnya hapuskan isa bantah kalau betul membantah dah lama dia bagi marah pada najib itu, saya lihat tun m hanya memetingkan kroni je tak langsung tak ambil tahu apabila isa dibatalkan ketika perkasa memaksa isa itu kembalikan mana muka tun mahathir hanya berdiam diri je lihat je, bila kroni tun m kontrak kroni di batalkan oleh najib, kroni tun m yg meroyan dia sampai dah bankrap sebab pembuatan sendiri meroyan pada tun m itu, anda lihat sendiri usahawan mee segera di bina tun m itu, sila kita fikirkan apa saya cakap ini, 1997-1998 jika tidak kerana tan seri nor itu mencadangkan tambatan ringgit ikut cara negara china kalau tak dah lama malaysia bankrap betul cakap orang lembu punya nama sapi yg dapat nama, kita terpaksa meminjam jepun wang memulih ekonomi kita ada simpanan 40billon apa anda lakukan fikirkan apa saya cakap ini

    ReplyDelete
  10. - Aku memang hairan juga, tiap kali Tun M keluar TV, apa yang dia kata macam suatu rahmat, sedap di dengar, puas hati, hilang segala rindu.....seolah olah kita rasa tenang. Bukan aku saja, anak2 ku pun begitu, orang rumah aku pun begitu, malahan kanak2 lain yang masih kecil pun begitu.

    - Rasa rindu dengan Tun M.

    - Tapi malang sekali bila Najib keluar TV, semua rasa meluat...terus tukar channel...tak ada orang nak dengar...sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Saja saja.

      Mahathir ... tidak kira kawan maupun lawan semua hormat pada dia. Aura dia itu memang semacam. Isteri nya memang saya kagum memang sifat keibuan, kalau kak Mah (jaga-jaga, bahaya)

      Tapi abang Najib ni, dia punya aura, sampai orang UMNO sendiri pun nak saman dia (bayangkan betapa teruknya dan betapa bencinya dari akar umbi).

      Mahathir berucap sampai berjam pun kita suka walaupun slow timer, tapi Najib ni, bila dah mula nak berucap, cara jelingan matanya pun haiyaaa ...
      Bila dah mula bunyi macam orang bersajak berapi-api mengalah budak Tingkatan 5 Sastera.

      (Geleng kepala saya) : Apasal abang Najib kita ni sampai begitu hitam auranya??? Bayangkan kak Mah menyikunya dan tak abang Jib tak kata sepatahpun!!

      Delete
    2. Saya langsung tak boleh dengar ucapan najib...melihat rupanya serta ambil tahu apa cara beliau mentadbir. Sbb? Beliau seorang yg gagal dlm serba serbi. Yg saya nak tahu bila beliau akan bersara dari semua urusan negara dan menjawab segala masalah nya dgn undang2. FAKTA

      Delete
  11. A drowning man will clutch to any straw he can get hold of. The whole idea of this September 16 "red or black"shirt rally is actually tacitly endorsed by the drowning man and supported by his sycophants. These sycophants are not interested in the country and race but behave as such for their self interests. In actual fact, the majority Malays are against this racially-tinted rally. Even BN component parties are against it. But the drowning man and his sycophants are adamant that it has to go on. I doubt this rally can rope in 500 000 or more people like what Bersih4 managed to garner. The number will be less than 40 000, is my estimate. This rally will fail and the more the people will hate the drowning man and his team. Leaders must know when to leave when he is no more wanted by the people. Stop using the people to rally in support of unwanted leaders. It's so obvious now that the people want a change. Just heed the people's desire and leave the scene. I am sure there are many capable Malays who can lead the country.

    ReplyDelete
  12. Masalah jibby ni semua berpunca drps rosmah. Caya aku lah!

    ReplyDelete