Sunday, 16 August 2015

TIMBALAN PERDANA MENTERI JANGAN KELIRUKAN RAKYAT

JANGAN BESARKAN YANG KECIL DAN KECILKAN YANG BESAR


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi tidak seharusnya mengelirukan rakyat antara usaha untuk menggulingkan kerajaan dengan usaha untuk menngulingkan Datuk Seri  Najib sebagai Perdana Menteri.

Jangan membesarkan pekara yang kecil dan mengecilkan pekara yang lebih besar. Sebagai seorang Menteri DalaM Negeri beliau tahu hal yang sebenarnya.

Datuk Seri harus sedar bahawa ketidaksetabilan, kekecohan dan kemurungan  negara sekarang adalah  kerana  Najib mempertahankan  tahktanya  dan senghaja tidak mahu menghayati dengan sejujurnya perasaan rakyat terhadapnya dan isterinya sebailknya condong untuk menyalahkan kejahatan media sosial.

Hakikat ini tidak benar samasekali  kerana tentangan tidak sahaja datang dari orang luar,dari orang atas pagar dan juga dari penyokong-penyokong setia UMNO tetapi dari  dalam kepimpinan UMNO sendiri secara tersirat dan tersurat.

Timbalan Presiden UMNO  Tan Sri Muhyiddin sendiri telah mengkritik usaha untuk membendung dan menekan  suara  kebangkitan ini secara yang tidak demokratik. Apakah kritikannya boleh dipandang kecil sedangkan beliau  dipileh kejawatannya secara demokratik oleh ahli ahli UMNO.

Orang Melayu khususnya orang  UMNO sendiri sampai keperingkat  sanggup meminta dikencingkan  Najib bukanlah kerana mereka tidak sayang pada UMNO tetapi mereka mahu Najib diceraikan dari UMNO kerana telah tali menali pengurusannya  yang flip flop dari parti hingga kepada negara  sehingga tidak dihormati oleh pegawai-pegawai tinggi  kerajaan sendiri.

Malah kita boleh bertanya kenaapakah Naib Presiden UMNO Datuk Hishammuddin sendiri  menyatakan ketakutan terhadap masa depan UMNO. Apakah jika kempimpinan  meyakinkan beliau akan bimbang dan takut.

Bagaimanakah poster-poster anti Najib boleh dinaikan  dan tebiar beberapa hari di Johor sedangkan Menteri Besar sendiri adalah Pengerusi Majlis Keselamatan  Negeri. Adakah MB tidak tahu atau MB sendiri tidak berani memerentah diturunkannya? Kenapa MB tidak kutuk perbuatan  biadab  ini di negerinya sendiri.

Apakah benar dawkaan Pengarah JASA Puad Zakarshi yang  menggambarkan dirinya sebagai  jurucakap Istana mengatakan  hubungan antara Istana  Johor dengan Najib adalah baik? Rakyat hanya  akan percaya jika datang dari jurucakap rasmi Istana Johor sendiri . Bilakah Puad di lantik menjadi jurucakap Istana Johor? atau hidung tak mancong pipi tersorong-tersorong?

Datuk Seri Dr. Ahmad  Zahid Hamidi mempunyai segala sumber kuasa  untuk mengetahui dan mengesahkan bahawa apa juga yang dibuat oleh Najib untuk membersihkan dirinya sudah tidak lagi dipercayai  oleh rakyat kerana telah talimenali  pengurusannya yang flip flop,dari soal IMDB, SPRM, Tabung Haji, Tabung Dana Politik RM 2.6 billion,  GST, Akta Hasutan dan sebagainya yang menunjukan ketidak cekapan dan kepincangan dalam  pengurusan keselamatan, kewangan, politik  dan sosio ekonomi negara.

Yang tinggal hanya penampilannya yang segak dan kacak dan keupayaan luar biasanya  untuk buat dak,buat  sardin,buat tak reti.

Bagi rakyat cara  mudah untuk memulihkan keyakinan negara ialah dengan Najib berundur secara teratur dan selamat.

Mengikut conventional beliau hendaklah digantikan oleh  Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Muhyiddin hendaklah mengekalkan Ahmad  Zahid sebagai Timbalannya dan melantik Datuk Seri  Hashamuddin Hussein  sebagai Menteri Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri  Muhyiddin hendaklah  groom MB Kedah Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin untuk pemimpin  masa depan  negara dan memberikan tanggungjawab utama kepada mereka  untuk memulihkan keyakinan rakyat  terutama gulongan muda kepada UMNO.. Keduanya akan dapat diterima oleh semua kaum.

Walaupun  saya tahu  Tun  Mahathir  pernah menolak secara bersurat suatu jawatan yang ditawarkan oleh Datuk Seri Najib sebaik sahaja  menjadi Perdana Menteri  tetapi saya percaya Tun Mahathir akan menerimanya jika beliau dilantik oleh Muhyiddin untuk menjadi penasihat tidak rasmi kepada kerajaan Malaysia.

Ini adalah sangat penting untuk memulihkan keyakinan dari dalam dan luar negara terhadap keselamatan dan ekonomi.

Bua masa ini Datuk Seri Ahmad  Zahid tidak perlu bimbang dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan kerana yang lebih bahaya  api dalam sekam di dalam UMNO dan orang Melayu umumnya  yang sedang membakar dan bersedia untuk  membakar hangus UMNO dalam pilihanraya akan datang jika Najib masih kekal.

Rancangan untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana hendak memenuhi cita-cita sesaorang yang mengidam untuk  menjadi Perdana Menteri tidak mungkin menjadi realiti, tidak akan disokong oleh orang Melayu,  tetapi  yang lebih  penting kepada tugas Zahid sekarang ialah menyelamatkan negara dan bukannya menyelamatkan Najib dan Rosmah.Aturkanlah  laluan selamat  dan terhormat kepadanya.

Zahid juga adalah seorang yang  berpindidikan agama seperti Muhyiddin dan dalam keadaan yang runcing ini kembalilah kepada Allah,mintalah petunjuk dari Allah  dengan sejujurnya dan janganlah berpolitik dengan Allah kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.

Tuhanku aku telah menyampaikan seikhlas hatiku apa yang tersirat dihatiku-Amin





36 comments:

  1. Itu jugalah yang tersirat di hatiku wahai Tan Sri Zam yang dihormati dan diminati.

    Cuma Ahmad Zahid sebagai TPM untuk Tan Sri Muhyiddin seperti ada janggalnya.

    Kenap orang Sabah, Mohd Shafei tidak boleh? Pak Lah bukan Naib Presiden yg nombor satu, begitu juga Dr Mahathir ketika mereka dilantik sebagai TPM dahulu.

    Muhyiddin dan Shafei sama sama kena "groom" dan berikan Mukhriz dan KJ tugas yg mencabar di Kabinet. Menteri Pendidikan untuk Mukhriz, KJ pula Menteri Penerangan / Komunikasi atau Menteri Perdagangan Antarabangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis la umno kali ni. Nak rosakkan parti lain..parti sendiri di belot oleh presiden sendiri hahhahaha. Nampak tak kuasa allah? Buta lagi ke

      Delete
  2. ...pemimpin yang bersih adalah seperti bunga yang sedang kembang mewangi dimana banyak lebah yang akan menghurunginya untuk mendapatkan madu dan akhirnya madu itu berguna untuk kebaikan manusia sejagat, manakala pemimpin yang kotor adalah ibarat selonggok najis, hanya lalat dan langau saja yang sudi menghurunginya dan akhirnya lalat dan langau itu mendatangkan kemudaratan kepada kita semua...
    petikan dari blog komando kedai kopi

    ReplyDelete
  3. Salam Tan Sri,

    PM Najib asyik sibuk mengatakan mengenai derma politik kesana-sini. Bercakap tentang Jawatankuasa Khas Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang akan ditubuhkan. Hal ini seperti memperbetulkan keadaan seolah-olah ada berlaku kes parti-parti politik yang menerima derma terus masuk ke akaun persendirian. Jadi,helah ini memberi suatu tangkapan bahawa parti politik lain boleh buat begitu, kita pun boleh jugak buat begitu;belum ada bukti lagi tentang itu. Jadi sekarang beliau kenalah bercakap tentang pembiayaan politik berintegriti kerana sebelum ini pembiayaan politik tidak berintegriti.

    Tan Sri,keadaan orang bercacakp tentang PM Najib dimana-mana. Namakanlah saja tempat yang manusia boleh berkumpul seperti rumah terbuka,kedai kopi dan apa saje tempat yang manusia boleh berkumpul semua bercakap pasal derma 2.6 billion masuk ke akaun PM Najib.

    Ada orang kata,"kalau betullah derma untuk parti politik kenapa tidak masukkan kedalam akaun parti politik(UMNO) bagi menyelesaikan kontravesi ini?"

    Ada pulak yang kata,"derma dari siapa tidak menjadi persoalan tetapi kenapa masuk dalam akaun sendiri? "

    Dalam keadaan sekarang, isu 2.6 billion mesti kena selesaikan sebelum PRU 14 jika tidak hancurlah UMNO. Begitu ramai pemimpin dan ahli UMNO,masalah Presidennya sendiri pun tidak boleh nak selesai. Bukankah akta persatuan membenarkan untuk memanggil Sidang Perhimpunan Khas jika 1/5 daripada ahlinya mengemukakan memorandum bagi tujuan itu?

    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn tengok Najib sorang saja woi!!!! Tanya geng2 lain juga suruh pakat sumpah laknat tak pernah masuk akaun sendiri maupun atas nama orang lain!!! Inioah Melayu, pakat dok berdengki sampai tak habih2. Cina start lepas tu biar Melayu melatah sampai habih lingkup.

      Mana ada Cina DAP cakap ttg Cina MCA.....awat depa betui & bersih kaaa?????

      Delete
    2. Kalau najib diturunkan sebab kesalahannya sendiri, lingkup ke Melayu?? Kalau kita buat sesuatu atas kebenaran dan untuk memperbaiki UMNO apa yang melatahnya? Kita akan bertambah kuat....peduli apa sama DAP dan MCA!

      Delete
    3. Bubuhla nama kalau nak cakap. Dok sembunyi dlm kelambu buat apa??? Lebih baik dok diam2

      Delete
    4. Yang orang benci sekarang Najib bukan UMNO atau mana-mana orang melayu. Kebetulan dia itu PM kita maka oleh sebab seekor kerbau membawa lumpur, habis sekandang terpalit. Ikan pun kalau busuk bermula daripada bahagian kepala juga. Seseorang pemimpin itu bukan sahaja mesti bersih tapi harus juga kelihatan bersih.

      A. Najib

      Delete
    5. As long as towkay blog ni benarkan (siarkan) suka hati lah nak bubuh nama ke tidak. Hang nak bubuh nama ke tidak ada aku kesah?? Hang tulih merpu aku jawab....x bulih? Lu sapa?

      Delete
  4. Well said...!!! Overall, this is the most rational post for the week....tahniah!

    ReplyDelete
  5. Zahid hamidi ni tin kosong!!!!mana dia bukti aktiviti syiah gred a??dalang pencerobohan lahad datu???memualkan jika terbaca bahawa beliau bakal p.m Malaysia!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pu tak berapa berkenan dengan Zahid ni. Suara hanya lantang sokong Melayu bila ada PAU.

      Delete
  6. Salam...
    Saya sangat-sangat bersetuju dengan pandangan Tan Sri

    ReplyDelete
  7. The country has lost its bearing all because of poor leadership. Umno and Barisan Nasional will lose the next general election if Najib remains as prime minister. The economy will continue to slide. This will make life more difficult for the rakyat. Najib's leadership - sorry to say - has disappointed the nation, Umno and Barisan Nasional. Public opinion on Najib has gone into the negatives. No matter how and what he and his few sycophants turn and twist in their defence with regard to the "turmoil" Najib has created, nothing can be done anymore to salvage the latter's image. Toadying to their client is not going to help in the present scenario. The defensive strategies adopted by these boot-lickers have become too irrational and at times dull-witted. This image of Najib and his sycophants will also reflect badly on Umno. Najib and his defenders should understand that the people out there cannot accept their rhetoric and sneaky moves and motives anymore. They just want Najib to leave the scene. I totally agree with Zam that removing a prime minister through votes of no-confidence is democratic. Or, asking a prime minister to quit for his serious "misstep" is also democratic. This does not tantamount to toppling a government. The target here is only the leader who has lost all his stature as a leader to all Malaysians. If we love the country, we should do the rightful thing - no matter how bitter it's going to be for some. There are 30 million citizens out there who want a good life and if a leader has failed them, it's the leader that has to leave the scene. Blame not the rakyat.

    ReplyDelete
  8. Yang pasti,depa dapat laporan dari caw.khusus..yang bijaN dah tak boleh pergi daa..Imej dia tercalar beyond repair.Bersikap jujurlah kepada akar umbi UMMO yang seorang leader itu perlu kelihatan bersih walaupun sekurang2nya nampak bersih...Jika tidak...piirahh

    ReplyDelete
  9. Salam Tan Sri,.....saya adalah penjawat awam yang bekerja di sarang pembangkang.Seumur hidup menyokong BN pun sudah tidak bererti dan tidak bermakna,kerana penyokong parti pengkhianat bangsa si mata lebam dan Bintang 3 menguasai jabatan kerajaan daripada budak penghantar surat sampai lah boss.Ini berlaku apabila parti pemerintah iaitu UMNO menjadi korup dan sama seperti parti-parti lain.Apabila Presiden UMNO sendiri mengatakan "cash is king",maka sempurna dan nyatalah kejahatan politik ini.Demokrasi dan politik ini merugikan Islam,bangsa Melayu dan tanahair.Seisi keluarga saya sebulat suara tidak akan memangkah BN pada PRU 14 nanti.Diharap parti Bebas pejuang sejati akan menguasai Parlimen kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib kita serupa...PRU14 sama sekali saya takkan memangkah BN.

      Delete
  10. kalau ikut cara perubatan modern, bahagian badan yang gangrene dipotong buang, tapi depa tak mau yang modern ni, depa nak pi berubat kampong... kalau dah kalah nanti baru teriak bergulin. They are not very bright, are they?

    ReplyDelete
  11. ADA PEMIMPIN UMNO YANG SO STUPID TAK DAPAT BEZAKAN ANTARA
    ........ JATUHKAN PERDANA MENTRI...........DENGAN
    ......... JATUHKAN KERAJAAN.........
    THEY ARE TWO DIFFERENT ISSUES, JELAS BANGANG YANG TERSERLAH !

    ReplyDelete
  12. Melayu bukalah minda tu luas luas. Selagi Melayu Islam yang perintah Malaysia ni, sampai kiamat pun Melayu akan dihuru hara kan. Tak ada individu Melayu Islam yang disokong dengan ikhlas. lagi mudah pula apabila Melayu sendiri yang mengusahakan adu domba. Fikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu terbukti akan jatuhkan bangsa sendiri baru puas hati. Biar bangsa lain yg perintah baru padan muka. Setiap pemimpin dipilih , jadi tunggulah pilihanraya. Dok lempak fitnah pasai apa???? Masa Tun M sampai 22 thn awat tak pa pulak. Habih orang suruh turun, tapi dia kata ada byk hal yg blm selesai. Biar Najib selesaikan apa yg blm selesai - lepas tu tukarlah semasa pemilihan UMNO atau pilihanraya!!!! Awatla dok kalut sgt.....

      Delete
    2. Tukar semasa pemilihan umno... Tahun bila tu?

      Delete
    3. Time najib banyak benor benda yg dah selesai.....jangan negara tergadai udah le!

      Delete
  13. Salam Tan Sri.....barangkali bala sudah sampai dimuka pintu UMNO. Ketua Bahagian dan MP umno sudah buta hati akibat terlalu banyak dosa pada rakyat Malaysia. Mereka sanggup lihat umno hancur demi mempertahanhan najib untuk menunggu peruntukan besar yg dijanjikan. Sayang seribu kali sayang, mp umno sebahagian besar terlalu jahil dan tidak takut pada Allah. Mereka kurang yakin dg rezeki Allah, apa yg mereka nampak, peruntukan besar yg akan dapat jika terus menyokong najib.
    Tunggu lah pilihan raya nanti, bila ahli umno buang umno.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi syok betui dok hentam org kata jahil, tak takut Allah, dll. Cermin diri sendiri & jgn melakukan ghibah buruk padahnya. Wallahuallam

      Delete
    2. Dah cakap Anon 23:06 tu memang betoi, nak buat camna? Pi tengok cermin 20 round pun, sama jugak.....cakap dia betoi!!!

      Delete
  14. Walaupun saya tidak sukakan Khairy, tapi saya terpaksa setuju dan sokong cadangan TS Zam ini.

    Kalau diberi 'jalan selamat' pun masih tak mahu pergi, alamatnya nanti.......faham-faham saja lah.

    Terima Kasih, sekali lagi Tan Sri Zam..

    ReplyDelete
  15. ... Frank Sinatra
    for what is a man, what he has got
    if not himself, then he has naught
    to say the things he truly feels
    and not the words of MAN WHO KNEELS ...
    ... what a coward and makan roti kosong punya kaki ..

    ReplyDelete
  16. Dulu orang marahkan Mahathir tu biasalah. Mahathir ada nampak bukti apa yang dia hasilkan untuk negara. Kita lihat betapa santunnya isteri Mahathir.

    Sekarang orang marahkan Najib .... maaf cakap ...macam nak lemparkan tahi kemuka Najib yang tak tahu malu. Muka buat dek, selamba, tebal macam besi... Mahathir hasilkan benda taraf dunia. Najib hasilkan GST, harga barang naik dsb...

    ReplyDelete
  17. Saya sayangkan BN. Tidak pernah seumur hidup saya memangkah selain daripada BN. Tetapi undi PRU 14 kali ni, saya tak akan turun mengundi. Takkan sesekali memangkah selain dari BN. Selagi org diatas adalah PM sekarang, selagi tu saya takkan turun memangkah kali ni. Sedih kerana tak dapat menolong BN kali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah..saya pun tak akan pi mengundi..buat rugi petrol dan buang masa shj..dahlah skrg ni serba mahal!

      Delete
  18. Forward :

    ‘KOMPLOT JAHAT’?

    Baru-baru ini beberapa pemimpin kerajaan mewar-warkan konon wujudnya ‘komplot jahat’ dan adanya ‘dalang-dalang’ yang cuba menggulingkan kerajaan.

    ‘Fakta’ ini dimomokkan berulang-ulang kali.

    Masyarakat cuba disogokkan dengan ‘idea’ yang digelar sebagai ‘penggulingan kerajaan’.

    Namun hal yang sebenarnya hanyalah khabar-khabar angin bahawa Perdana Menteri cuba ‘ditukarkan’ menerusi ‘jalan’ Parlimen, menerusi kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang. Suatu cara yang sah dan dibolehkan.

    Sebenarnya, usaha ini berkemungkinan timbul setelah adanya pelbagai fakta sahih, dakwaan skandal dan tuduhan negatif terhadap Perdana Menteri yang mana dikatakan telah menjejaskan maruah dan kredibiliti negara.

    Sebagai contoh, matawang negara dilihat terjejas ekoran kredibiliti negatif ini (sekalipun ia bukanlah faktor total yang menyebabkan mata wang negara jatuh merudum) dan pelabur-pelabur luar di dakwa menjauhkan diri daripada pasaran negara ini. Perdana Menteri pula dilihat teragak-agak dalam tindak-tanduknya. Saman terhadap akhbar antarabangsa belum dikemukakan sehingga kini, sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat. Ia mencipta persepsi negatif ‘takut kerana salah’. Akses rakyat terhadap laman-laman web tertentu pula di hadkan (masih boleh diakses melalui TorBrowser atau proksi) dan soalan demi soalan terus-terusan bercambah tanpa sebarang jawapan pasti.

    Pada mulanya, Perdana Menteri diminta berundur sementara, atau setidak-tidaknya mengambil cuti sehingga siasatan selesai dijalankan. Ini tidak dilakukan beliau. Sebaliknya, masyarakat melihat beberapa jawatan penting yang berkait dengan siasatan tersebut telah ditamatkan, sementara tuduhan dan tangkapan pula dilakukan ke atas ahli-ahli pasukan penyiasat.

    Yang ikut bertanya dipecat dari jawatan, digugurkan dan diganti. Yang menyemak rekod kewangan syarikat tersebut pula dilantik ke jawatan ekslusif menyebabkan pemeriksaan tertangguh. Lebih menarik, watak-watak yang sebelum ini telahpun dilihat terpalit dengan skandal tertentu dilantik ke jawatan menteri.

    Di luar negara, sekiranya berlaku tuduhan dan skandal, tokoh politik tersebut akan segera meletak jawatan bagi menjamin kredibiliti keseluruhan pasukan. Ini adalah sikap terhormat sebagai ‘team player’ yang mengutamakan maruah daripada kepentingan peribadi. Salah atau betul akan ditentukan siasatan. Tiada campur tangan.

    Kini dikatakan wujudnya suatu daya usaha menggantikan Perdana Menteri melalui JALAN SAH YANG DIHALALKAN PERUNDANGAN. Dan tindakan ini pula dilihat signifikan dalam memulihkan imej kerajaan. Tetapi dituduh sebagai usaha ‘penggulingan kerajaan’.

    MASUK AKALKAH KEJATUHAN PERDANA MENTERI (SEORANG SAHAJA) DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI ‘PEROBOHAN KESELURUHAN INSTITUSI KERAJAAN’?

    LOGIKKAH USAHA MENUKAR SEORANG PERDANA MENTERI (SEORANG SAHAJA) MELALUI JALAN PARLIMEN DAN KAEDAH YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG, TANPA PEMBUBARAN DEWAN RAKYAT (CONTOHNYA), TANPA PIKET DAN PEMBERONTAKAN BERSENJATA DITUDUH SEBAGAI ‘USAHA MENGGULINGKAN KERAJAAN’ DAN USAHA ‘PINTU BELAKANG’?

    BUKANKAH INI SUATU USAHA MENERUSI JALAN ‘PINTU DEPAN’?

    TIDAKKAH USAHA MEMPERTAHANKAN SEORANG PEMIMPIN DENGAN JALAN MENGHURU-HARAKAN PELBAGAI INSTITUSI BERKAITAN SIASATAN YANG LEBIH LAYAK DIANGGAP SEBAGAI USAHA ‘PINTU BELAKANG’?

    ReplyDelete