Wednesday, 26 August 2015

TANPA RAJA PERDANA MENTERI JADI RAJA



SULTAN TAHU PUTRAJAYA BODOHKAN RAKYAT( Tun Mahathir sertai Sultan Johor ingatkan Najib jangan sangka rakyat bodoh- Lihat entry terkini blognya)

Titah ucapan baginda Sultan Johor,Sultan Ibrahim Sultan Iskandar  yang mengingatkan Putrajaya supaya tidak membodohkan rakyat mendedahkan baginda  sedar rakyat dibodohkan oleh pimpinan di Putrajaya.

Dengan titah itu, baginda  membuktikan bahawa bahawa walaupun berada diatas takhta tetapi baginda  dapat menyelami  dan menghayati perasaan sebenar berjuta rakyat di akar umbi ketika ini.

Memang rakyat merasakan mereka diperbodohkan, dipertontonkan dengan warna-warna indah untuk menyembunyikan hal sebenar.

Sehingga ini rakyat terus berada dalam krisis keyakinan yang meruncing kerana mereka tidak menemui penjelasan  yang kukuh dalam krisis 1MDB sebaliknya dikaburkan oleh sandiwara  penjualan  tanah 1MDB Tabung Haji  kepada hartawan Indonesia yang dibatalkan, penangkapan dan pertukaran pegawai-pegawai  SPRM dan pegawai polis, pemberhentian mengejut AG, pembubaran PAC dan Petugas Khas dan flip flop  siasatan 1MBD,

Rakyat tertanya-tanya jika pegawai-pegawai yang terlibat dengan pertukaran dan tangkapan adalah kerana membocorkan rahsia maka apakah yang mendorongkan mereka sehingga sanggup  berbuat demikian?

Adakah kerana mereka tidak mahu  dan tidak lagi sanggup berkongsi dosa melihat kemungkaran yang dahsyat?.

Penjelasan   mengenai  RM2.6 billion yang di masuk ke dalam akaun Najib juga semakin menimbulkan keraguan kerana informasi mengenainya longgar dan berbagai yang datang dalam bentuk politik,ekonomi dan juga keselamatan.

Informasi yang tidak dikoordinasikan dan tidak  profesional kerana menilai rakyat"bodoh" dapat menerimanya dengan mudah.

Pandangan  Bekas Menteri paling kanan  Rafidah Aziz bahawa penerimaan wang itu oleh UMNO akan mengikat negara ini menjadi alat asing  semakin membimbangkan rakyat.Patutkah pekara yang melibatkan maruah dan keselamatan negara didedahkan?


Terkini pertukaran seorang pegawai tinggi Bahagian Khas Polis di Raja Malaysia ke JPM dan kesanggupannya untuk mati demi   mendedahkan kebenaran menambahkan lagi keyakinan rakyat  bahawa  ada pekara -pekara besar yang mahu disembunyikan yang dimilikinya.

Memang tepat sekali anggapan Sultan Johor  Sultan Ibrahim  bahawa rakyat merasakan mereka dianggap bodoh dengan diberikan informasi  yang diwarna warnikan untuk menyembunyikan  hal yang sebenar." Jangan anggap mereka bodoh dengan memberikan berita-berita yang indah" titah baginda.

Dalam memberikan peringatan ini, baginda menegaskan tidak berniat mencampuri politik tetapi kenyataan  baginda ini menyebabkan rakyat sekarang memahami dan mengenali peranan Sultan dan Raja-Raja sebagai penyelamat rakyat dan mengapakah raja diperlukan.

Sultan Johor telah mengisi pengertian ini.

Rakyat selama ini hanya merasakan sebagai retorik sahaja Sultan-Sultan sebagai penyelamat bangsa dan sekarang rakyat sedar bila Sultan Johor tampil ke muka untuk mempertahankan maruah mereka dari terus diperbodohkan.

Dalam tradisi British rakyat memahami keperluan  mengekalkan Raja adalah untuk menyekat  Perdana Menteri dari ingatan hendak menjadi Raja. Sekarang rakyat negara ini juga sedar bahawa mereka  memerlukan Raja-Raja dan Sultan Sultan atas alasan yang sama, untuk menyekat PM dan isteri dari menjadi Raja dan Permaisuri.

Adakah wakil-wakil rakyat yang dipileh oleh rakyat  di Johor yang tentunya termasuk ketua-ketua Bahagian UMNO di seluruh negeri Johor dan MB Johor memahami apa yang tersirat dari titah baginda?

Cukuplah dengan titah baginda"  Jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah untuk  kepentingan umum dan tidak utamakan kepentingan diri."

Tetapi banyak ketua bahagian dan termasuk Sharir Abdul Samad yang lebih memikirkan kepentingan masa depan walaupun sudah tua.Suatu masa namanya agung kerana mempertahankan prinsip,Sayang!







13 comments:

  1. Daulat Tuanku......


    daripada:

    suku sakat Tun Mai Ulat Bulu dan Gonggok

    ReplyDelete
  2. We suffer like hell.

    ReplyDelete
  3. I help you, you help me, itu adalah slogan DS Najib

    ReplyDelete
  4. Dalam Quran, setiap pemimpin adalah amanah rakyat tidak kira apa jenis pangkat. Kalau pemimpin amanah kita sokong penuh. Kalau pemimpin tidak amanah kita mesti perbetulkan keadaan.

    Untuk lebih mudah memahami perjuangan untuk rakyat sila lihat khazanah filem dunia Melayu kita sendiri :

    1. https://www.youtube.com/watch?v=eCgCIpPNOZo

    2. https://www.youtube.com/watch?v=X8yMYJ7CO9c

    3. https://www.youtube.com/watch?v=BddCXJwHswA

    4. https://www.youtube.com/watch?v=lIyl0ToTNUQ

    Mata pena, skrip, filem dsb boleh menyedrkan rakyat.

    ReplyDelete
  5. TSZ,
    Apabila kita menjulang dulang, jangan angkat terlalu tinggi, kena bawa dengan berhati hati.

    Lihat lah laluan jangan sampai tersangkut bendul sampai tertiarap hingga jatuh bersepah barang dalam dulang yang di julang tadi tu!

    ReplyDelete
  6. Menteri & MP Umno kecuali 2/3 orang .... la ni ... memperjuangkan najib bukan orang melayu. Bila PR nanti harap mereka ini kalah.

    ReplyDelete
  7. AGONG masih tidur. Tak bolih ke suruh Dr mahahtir supaya gerakkan dan kejutkan Agong dari tidur dn sound sikit, ' memanda menteri hang kaki rasuah..tak kan nak duduk dan berdiri dn dengar nasihat kakit rasuah'...nak ikut process rule of law...memanda menteri yg rasuah sudah buat konk kalikong....

    ReplyDelete
  8. jika ada Pilihanraya Kecil dalam masa terdekat saya yakin umno dan pemimpin2nya tidak akan lagi berada dalam dunia penafian mereka....mereka pasti akan kembali sedar akan di mana kekuatan dan kelemahan mereka dan sama ada mereka masih menjadi pilihan.

    ReplyDelete
  9. Apapun pandangan kita tetapi yang penting ialah bagi seluruh orang Johor yang cintakan Menteri Besar dan juga yang setia kepada Sultan eloklah keluar beramai -ramai menghadiri perhimpunan dengan Tun Mahathir di Johor Baharu pada 29 Ogos ini bagi menunjukan bantahan kita terhadap sikap kurang ajar seorang Ketua Bahagian UMNO Selangor yang meminta MB kita berhenti kerana kunonnya bersikap hipokret terhadap Najib dan kita juga sebagai sokongan kepada Sultan kita yang tidak mahu kita dibodohkan oleh Najib.
    Ini adalah suatu kesempatan emas yang tidak sepatutnya disiasiakan oleh seluruh ahli UMNO Johor.
    Tak bolehkah Musa Hitam turut sama untuk menunjukan perpaduan rakyat?

    ReplyDelete
  10. Man Banun Sg Petani.26 August 2015 at 22:18

    Kalau dia tak anggap rakyat bodoh maka dia tak katalah Melayu akan bangsat jika tak sokong UMNO pada hal dia sendiri telah membangsatkan UMNO(orang Melayu) sehingga hiang kuasa 2/3 dengan teruknya dalam pilihanraya lalu.

    ReplyDelete
  11. Sultan ckp pun mcm x legal je.. mcm takut2 gak.. kan bgs ckp direct je suh najib letak jwtn. Ni asyik berkias aje.. boringnye....

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Bangsat itu apa ? Buah langsat ke? Warna apa? Mana rupa? Boleh beli dimana? Pe em em em em kita boleh jawab ke dak?

    ReplyDelete