Wednesday, 19 August 2015

SUMBANGAN BESAR SEORANG KOMUNIS YANG TAK DIHARGAI

James Puthucheary
ANTARA JAMBATAN BENGKOK DAN JASA TUN ABDUL RAZAK
(lihat sajak untuk James Putucheary di bawah sekali dari Usman Awang)

Tidak ramai yang mengetahui  seorang komunis memberikan sumbangan besar kepada penggubalan Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang mereformasikan dasar ekonomi negara dengan drastic, radikal dan berani yang bertentangan dengan ideology pasaran bebas membenarkan campurtangan kerajaan bagi membetulkan   ketidak seimbangan   ekonomi negara.

Ini tidak akan berlaku sekiranya Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak tidak bersikap terbuka kepada sebarang idea kearah perubahan dinamik dan membataskan pemikiranya dalam menghadapi cabaran dari kaumnya sendiri yang mahu suatu perubahan segera kepada taraf kehidupan mereka selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Dalam keadaan inilah Abdullah Ahmad Setiausaha Politik kepada Tun Abdul Razak telah menemukan Tun dengan beberapa orang intelektual radikal yang pernah ditahan di Singapura kerana fahaman kiri mereka.

Diantara mereka ialah wartawan A. Samad Ismail, Abdullah Majid, Agoes Salim, Dr. Ungku Omar dan James Puthucheary tetapi yang paling menarik perhatian Tun Razak ialah formula yang dikemukakan oleh James berasaskan pada bukunya Ownership and Control In The Malayan Ekonomy yang ditulisnya semasa tahanan politik di Singapura dalam tahun 50an.

Kepada James hanya satu cara untuk membawa orang Melayu ke aliran  perdana ekonomi iaitu dengan campurtangan langasung kerajaan memberikan pembiayaan menerusi Perbadanan Berkanun.

Di Singapura Perdana Menterinya Lee Kuan Yew amat bimbang apabila bekas-bekas tahanan politiknya yang berfahaman Marxist yang pernah ditungganginya untuk kepentingan politiknya telah berada di keliling Tun Abdul Razak malah Tun telah melantik James sebagai anggota Majlis Perpaduan Nasional dan dan juga Majlis Perundingan Negara.

LKY terus merasa tergugat sehingga selepas Tun Razak meninggal dunia yang membuatkannya menghasut Hussein Onn yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri supaya menangkap Samad Ismail.

Beliau memberitahu Hussein yang menemuinya selepas kematian Tun Abdul Razak bahawa ada penyusupan komunis dalam media Malaysia termasuk aktiviti Samad Ismail anggota Parti Komiunis Malaya (PKM) dan juga rakan-rakannya dari Singapura sejak tahun 50an.

Lee Kuan Yew memberitahu Hussein bila Razak menjadi Perdana Menteri,Samad telah mendapat tempat  dalam UMNO dan menjadi tokoh “powerful" dalam New Straits Times dan  Berita Harian dan menghimpun rakan sekutunya di keliling Razak.

Menurut Lee Kuan Yew Hussein Onn bersetuju untuk menangkap mereka (buku Memoir Lee Kuan Yew From Third World to First halaman 272) . Di bawah pengaruh Ghazali Shafie yang membawanya menemui LKY sebaik sahaja Tun Razak meninggal dunia,Hussein  percaya kepada hasutan ini.

LKY tidak senang dengan Tun Abdul Razak dan meanggapnya sebagai orang yang tidak boleh dipercayai. Katanya “ The dificullty with Tun Razak however,was that every now and then he would change his mind and reopen an item already agreed upon ( Memoir LKY From Third World to First- Halaman 270).
Perdana Menteri yang cerdik Tun Dr.Mahathir  dapat menciumi ketakutan LKY bila mengetahui Samad membawa rakan-rakannya yang merupakan musuh utamanya  (termasuk James Puthucheary) mendekati Tun Razak dan  membantu beliau bagi penggubalan Dasar Ekonomi Baru selepas peristiwa 13 Mei.

Maka itu sebaik sahaja berkuasa Mahathir membebaskan Samad dan rakan-rakannya yang dituduh sebagai komunis dan kerana perasaan terhutang budinya juga kepada Tun Abdul Razak yang mencalunkannya sebagai Perdana Menteri, maka beliau  sangat sentimental mahukan Jambatan Bengkok didirikan sebagai tugu untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kita mempunyai jiran yang serong dan tidak boleh dipercayai.

Jika Tun Razak dan timbalannya Tun Dr. Ismail masih hidup, Samad Ismail dan sekutunya tidak mungkin terinanya kerana mereka mengetahui sumbangan Samad dalam mendekatkan beberapa orang nasionalis kiri untuk merangka suatu dasar kukuh bagi menegakan sebuah masyarakat yang adil di Malaysia.

Tun Dr.lsmail dalam bukunya The Reluctan Politician dengan tegas mengakui sumbangan besar James Putucheary kepada  Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang yang mengimbangi antara keperluan rakyat miskin dan ketamakan kaum peniaga, usahawan besar dan pemodal-pemodal asing.

Kata Tun Ismail "It is difficult to dismiss the claim that Puthucheary exerted a strong influence on the formation of NEP. The thrust of his argument was that state intervention through public corporation was required if the imbalance resulting from the colonial economic structure and their lasting effect on inter-ethnic relations were to be rectified”(halaman 216).

 James pernah bersama Dr.Mahathir, Samad Ismail, Musa Hitam dan Abdullah Ahmad ke Persidangan Perpaduan Afro Asia di Ghana pada tahun 1964 dan dalam tahun 1965 menyertai Tun Dr.Ismail ke Algeria.

Saya merasa gembira dalam ceramah pertama saya sebagai Tenaga Adjung Universiti Putra Malaysia(UPM) kepada BA Eksekutif pada 15 Ogos lalu telah dapat menyampaikan pandangan saya kepada siswa-siswa yang ramai terdiri dari kaum India tentang bagaimana besarnya daya intelektual James Puthucheary dalam mambantu memberikan sumbangan kepada affirmative action untuk keadilan social dan ekonomi negara ini.

Bagaimanapun saya sedih jasanya tidak di kenang dan tidak dihargai. Saya sendiri memikirkan bahawa seperti Seniman Agung P. Ramlee dan juga pejuang-pejuang tulin lainnya, James Puthucheary tidak meminta jasanya diingati tetapi jika Anugerah Posthumous Tan Sri boleh diberikan kepada P.Ramlee maka apakah salahnya anugerah yang sama diberikan kepada James Puthuceary walaupun beliau seorang Marxist atau Komunis.

James bukan seorang Melayu dan beliau juga tidak percaya kepada agama tetapi sebagai seorang nasionalis pemikirannya melampaui agama dan bangsa yang terbukti dari pemikirannya dan sajak - sajaknya.

Sebuah dari  sajaknya telah mengambil sepotong  dari  ayat yang sering disebut dalam Al Quran ll Sirat ul Mustaqin yang diciptanya  ketika dalam penjara politik di Singapura(1951-1952) bersama A. Samad Ismail, Abdullah Majid, Devan Nair dan beberapa orang lagi nasionalis kiri yang di cap oleh British sebagai English Speaking Intelligentsia.(ESI)

Dibawah ini  hanyalah beberapa bait dari sajaknya yang diilhamkan dalam mendengar azan subuh dalam tahanan:

II SIRAT UL MUSTAQIN(THE PATH TO TRUTH)

Azan
The muezzin calls the faithful to Subuh prayer
Allah u Akhbar! Allah u Akhbar!
In Prison cells the faithful face the Ka’aba
Bismillah ir Rahman ir Rahim
Men bitter against oppressing  men
Yet with faith in the mercies of merciful Go.

God
Timeleaa yet embodies in time
Nameless yet name and invoked by name

God
Explanation of the inexplicable by thought and time

God
Maker of man yet made by man
A problem without solution
A solution elusive as death to a phonenix
A solution seeking understanding

Untuk mengetahui sepenuhnya tentang James Puthucheary dan juga sajak-sajaknya dapatkan lah buku No Cowardly Past  terbitan Strategic Information And Research Centre


Bergambar bersama sebahagian dari  siswa Bachelor Ekskutif Universiti Putra Malaysia(UPM).Duduk di kiri sekali Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi Bahasa Moden dan Komunikasi Syed Agil Alsagolf dan disebelahnya ialah Dr.Muhammad Rosli bin Selamat dalam jawatan yang sama. 











Image result for pic of Usman Awang 
Usman Awang

SAJAK SAHABATKU YANG TETAP SEZAMAN

Sajak "Sahabatku" yang ditujukan oleh Sasterawan Negara, Usman Awang kepada mendiang Dr.M.K.Rajakumar seorang sosialis rakan seperjuangan James Puthucheary juga sesuai untuk ditujukan kepada James .

Rajakumar  rapat dengan beberapa orang wartawan kiri Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur yang  merupakan  comrade-in-arms dalam perjuangan menegakan sosialisme di Malaysia yang dihayati dari Indonesia. Rajakumar  membantu mereka semasa melancarkan mogok terpanjang dalam sejarah pada tahun 1961.

Bagaimanapun bagi saya mogok ini bukanlah untuk mempertahankan kebebasan akhbar tetapi untuk mempertahankan perjuangan Utusan Melayu kearah menegakan Melayu Raya gagasan Presiden Soekarno untuk menjadikan Malaya sebagai sebahagian dari wilayahnya.


Inilah empat para  dari Sajak SAHABATKU yang masih sezaman dan terus menjadi penghayatan rakyat terutama generasi muda :

Bilakah kita dapat memadamkan
Perbezaan keturunan yang kian membakar kita
dan membiarkan curahan minyak yang kian menyala
Oleh mereka yang sering bermuka dua?

Bilakah kita dapat mempertaruhkan nasib
anak-anak kita yang tak berdosa
dan generasi akan datang keturunan kita
oleh mereka yamg mementingkan laba dan kuasa?

Bilakah kita dapat menembusi jurang perbezaan
kemiskinan dan kelaparan dengan kekayaan berlebihan
Antara dua golongan darjat masyarakat
Suatu janji dari erti kemerdekaan rakyat

Bilakah semua warga negara mendapat hak 
layanan dan keadilan yang sama
dikenal dengan satu rupa nama:
Bangsa Malaysia?







18 comments:

  1. Dato..gambar mcm dato dominic putuchery...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah check dengan google gambar itu betul. Siapa ini mesti orang lama macam saya juga.

      Delete
    2. TS ZAM. Gambar itu betuilah gambar Dominic Puthucheary, peguam: https://batangkalimassacre.wordpress.com/2009/09/01/batang-kali-group-to-soldier-on/

      Delete
    3. Yang disiarkan malaysiakini baru betui: http://www.malaysiakini.com/news/309131

      Delete
    4. James & Dominic tu adik-beradik. Patutlah muka lebih kurang sama. https://www.google.com.hk/search?q=james+puthucheary&newwindow=1&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ved=0CDAQsARqFQoTCKjT1vjcvscCFQwG2wodyuQMgg&biw=819&bih=491

      Delete
    5. Dato saya pon adakalanya jumpa dato dominic sambil menumpang ilmu orang lama...

      Delete
    6. Sekarang mereka tiada lagi. Mungkin sdr banyak cerita tentangnya,tetapi mungkin dia tidak sehebat abangnya.

      Delete
  2. Terima kasih kerana mengimbau kembali cerita2 lama yang budak macam saya ni tak tahu... cerita2 sebegini membuatkan saya seolah menghirup udara keharmonian yang dapat mententeramkan diri... TQVM Tan Sri...

    ReplyDelete
  3. Bagi saya setiap orang ada fahaman masing-masing. Ada sokong ini ada sokong itu.

    Tapi akhirnya, apa yang penting adakah seseorang itu mempunyai sifat-sifat kemanusiaan, etika yang baik dan bersih serta bertanggungjawab dalam masyarakat?

    Walaupun dia kata dia ahlul sunnah wal jamaah, tapi masih mengamalkan korupsi walhal yang seorang fahaman komunis mengamalkan kejujuran dalam berkerja ... siapa yang betul?

    Kalau serban tebal, tapi masih suka mengkafirkan orang lain, apakah itu sifat Nabi Muhammad?

    Quran bukan sifat menghukum. Quran bersifat kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah manusia. Quran bukan bersifat kasar, tapi snatun terhdap insan sejagat.

    Ya.... Quran ada beri amaran keras. Tapi kalau polis beri amaran keras jangan pandu laju di jalanraya, adakah polis itu kejam atau pemandu itu bodoh? Siapa yang rugi kalau kemalangan jalan raya berlaku?

    Hanya Quran saja panduan sebenar.


    ReplyDelete
  4. Kalau mendiang masih hidup usianya dah 92 tahun. Dua tahun lebih tua dari Mahathir.
    Keturunan India tapi berjiwa Malaysia.
    Sayang ramai generasi muda tidak banyak mengetahui tentang tokoh ini.
    Kipidap Zam cerita-cerita seumpama ini.
    Bukan semua bukan melayu tidak bersemangat nasionalis.
    Selamat ulang tahun ke 58.

    ReplyDelete
  5. Jika dibaca semua buku Lee Kuan Yew maka kita dapat menciumi bahawa tahanan Samad Ismail di KL adalah suatu penginayaan oleh kerana seorang manusia yang bercita cita untuk menjadi Perdana Menteri,

    Pada hari perpisahan Malaysia dan Singapura Ghazali Shafee telah berkejar ke Singapura dan berpelukan dengan Lee Kuan Yew dan sama-sama menangis dan sedih kerana cita cita kedua mereka sama sama hancur.
    Samad Ismail memang seorang Marxist yang percaya kepada kuasa Melayu menerusi Melayu Raya tetapi Tunku Perdana Menteri lebih cerdik bahawa di di belakang Melayu Raya ada China yang kuat sedangjan Indonesia miskin yang akan bergantung kepada China..

    Tetapi Samad juga telah sedar yang jelas didalam bukunya Samad Ismail di Singapura bahawa rakan-rakan seperjuangannya di Indonesia juga telah tidak dipedulikan oleh rakan-rakan yang mendapat tempat dalam pemerintahan Soekarno.
    Apabila Samad di tahan Samad di KL telah pun berjasa pada Tun Razak dengan pengambilan alih Straits Times dan di Malaysianieskan dari pegawai dagang dan juga dalam sumbangannya kepada DEB bersama rakan-rakannya.

    Eloklah dikaji dengan mendalam betapa Samad dan rakan rakannya yang dianggap sebagai komunis telah menjadi mangsa kepada cita-cita seorang yang cerdik hendak menjadi PM dan dia berjaya mempengaruhi seorang PM yang kurang cerdik untuk mencapai matlamatnya. Allah juga maha mengetahui.

    ReplyDelete
  6. Panglimo potaseh20 August 2015 at 08:10

    Manusia semacam James Puthucheary tidak melihat anugerah dan pingat kebesaran sebagai lambang penghormatan yang jujur. Malahan perjuangan dan falsafah manusia seperti ini dilihat lebih islamik berbanding dengan kalangan mereka yang menjaja dan mendagang islam kehulu kehilir.

    ReplyDelete
  7. Dalam memperjuangkan ideology,tentulah gulongan sosialis dan komunis ini tidak memikirkan apakah balasan yang akan mereka dapat kelak selain dari matlamat untuk memakmurkan rakyat tetapi terbukti Marxism telah menyempitkan pertumbuhan ekonomi dan akhirnya menyebabkan negara miskin dan bila kemiskinan berlaku pemimpin lebih mementingkan perut mereka,makanan yang sedap,hidup yang mewah kerana merasakan diri mereka berhak sebagai pemimpin dan terbiasa dg kehidupan mewah setelah mendapat kuasa.

    Inilah yang berlaku di Rumania,Russia,Burma dan Vietnam, Di Rumania rakyat akhirnya membunuh pemimpin mereka. Tidak mustahil jika komunis berkuasa di Malaya maka pekara yang sama berlaku malah Pol Pot telah membunuh ribuan manusia untuk ideology yang dianggap suci.

    Besar kemungkinan ini akan dilakukan oleh pemimpin pemimpin sosialis dan komunis di Malaysia. Syed Hussein Ali atau Kassim Ahmad mungkin tidak bersetuju tetapi terbukti mereka juga mahukan kehidupan yang mewah.

    Bagaimanapun Tuhan telah menyelamatkan kita semua.

    Pemimpin pemimpin kita yang liberal di Malaysia seperti Tun Razak, Tunku, Tun Ismail dan Tan Siew Sin telah dapat mengimbangi antara kehendak idealism sosialis dan realiti dunia kapitalism.

    ReplyDelete
  8. To Zam I say thank you for your excellent write-up on the late James Putucheary. I have in fact read all the books you have mentioned in your article. I agree with you that the late James Putucheary was an exemplary intellect, scholar and nationalist. Leaning towards Marxism and branded a communist by his friends and enemies he in actuality had a soft spot for the poor - the Malays, in particular, then. He was never a racist by nature, though. He had a dream for the nation where all races could live together with the least economic disparity among them. He never dreamt of seeking fame or decorations in life - but to sincerely pour out ideas that could help alleviate the plights of the poor. His ideas on race and the economy espoused in his book, "Ownership and Control In The Malayan Economy" embody the issues of economic inequality in the society then - the gap between the rich and the poor, and how to narrow this huge gulf of difference. Of course, he had the communist ideology and approach to this formula and process but this ideological preference of his did not make him less nationalistic or Malayan. In fact, he was more nationalistic then many of his contemporaries who were English educated during that time. The late James, being an Indian by racial origin was a true Malayan at heart, He felt for the poor Malays and it was this feeling of his that made him come up with solutions to help assist the nation in designing the NEP. Bangsa Malaysia was the vision of past leaders for the country and every Malaysian must be aware that one of the the NEP's thrust was to narrow the gap between the rich and the poor - irrespective of race. To the late James, we cherish his contribution. And his name will always remain unblemished in the minds of Malaysians. And to Zam, again I say thank you for the write-up. I expect more from you on "patriotic" topics such as this.

    Prof Dr Moaz

    ReplyDelete
  9. Satu pendedahan yang amat penting untuk pengetahuan anak2 generasi kini yang terbenam dengan dunia teknoloji ,kebendaan dan hiburan.Ini lah legasi yang di tinggalkan Almahrum Tun Razak untuk pemimpin dan rakyat Malaysia sepanjang zaman.
    Satu legasi jiwa nasionalis yang bermula dari penentangan jajahan kuasa British dan di lanjutkan dengan ideoloji penentangan pengaruh kuasa kapitalis barat(pro Western Capitalist) yang membawa kepada amalan rasuah dan kehancuran ekonomi negara apabila di amalkan oleh pemimpin negara membangun saperti Marcos di Philipine dan Suharto di Indonesia.Di Singapura pula LKY walaupun dapat memajukan negara yang cemerlang dari segi ekonomi telah membentuk rakyat 'political illiterates ' dengan kehidupan yang hanya pentingkan kebendaan dan hiburan.
    Tun Razak dengan penasihat2 yang berjiwa rakyat telah dapat menggubal polisi2 yang rata2 beri pembangunan dan pembahagian harta negara yang dirasai dan di nikmati rakyat majoriti.Juga polisi luar yang telah meningkatkan daulat dan martabat negara di mata dunia sambil mengekalkan kedudukkan tidak berkecuali, atau terpengaruh dan bertunduk kepada mana2 pihak.
    Tun Mahathir apabila mengambil alih kuasa juga telah lanjutkan legasi ini dengan lebih berkesan lagi dan hari ini telah tersohor kejayaan, 22 tahun pemerintahan Tun M.
    Dunia maseh belum lupa akan polisi2 Tun M antaranya 'Buy British Last' , 'Look East Policy' ' Rejecting IMF bailout and USD Peg' dan ucapan meletup beliau 'The Jews rule the world by proxy ' di OIC. Namun begitu polisi2 yang nyata juga mengundang penentangan yang hebat dari luar dan dalam.........................(akan bersambung....terpaksa keluar beli groceries)
    Salam..Tan Sri Zam .. maaf kegunaan bahasa yang berterabur...

    wak
    I'm not a writer nor a fighter.

    ReplyDelete
  10. Bagus dato' tulis kembali cerita/peristiwa lama. Dah meluat cerita pasai najib.

    ReplyDelete
  11. Wak above touched on Marcos of the Philippines. I note that the Philippines was a leading S.E.A nation in the fifities and the sixties during the years of of Magsaysay, Garcia and Macapagal. If Marcos (and Imelda) didn't behave the way he did, it might be at par with Singapore now if not better. Marcos brought ruin, and it took them about 30 post-marcos years of painful recovery, handheld by IMF. Now they are again established on a growth path with GDP averaging 6% the past 10 years. They are now classified as tier two emerging market or newly industrialised country. Is Malaysia going down the Philippines way? Hailed as a booming market economy the past 30 years or so, is it on the road to ruin precipitated by Najib's (and flamboyant aunty Mah) lame, frivolous and irresponsible administration, with the law abused and overturned to keep him in power? Once ruined, how long will it take us to recover (assuming we are able to boot him out of Putrajaya soon enough)? It took the People Power a.k.a the EDSA revolution of 1986 to oust Marcos. What would it take us to OUST Najib?

    ReplyDelete