Saturday, 29 August 2015

RIBUAN BANTAH PENYINGKIRAN MUHYIDDIN DI JOHOR

Komen: Terkejut Mahathir di himpunan Bersih? Biasalah. Dulu pun dia hadir di pentas PAS dan juga pembangkang di Taman Melawati. Dia akan buat apa juga untuk menjayakan matlamat politiknya demi bangsa,agama dan negara. Itulah Mahathir.Jangan ingat dia lebih bodoh dari Kit Siang. 
TUN SERU RAKYAT TUNJUK KUASA TURUNKAN NAJIB  

Sebahagian dari orang ramai yg hadir di Bicara Negarawan Tun Mahathir di Johor hari ini.

Ribuan rakyat Johor yang keluar  menghadhiri BICARA NEGARAWAN oleh Tun Dr. Mahathir di Pasir Gudang Johor jam 2 petang ini,tidak sahaja untuk mendengar ucapan Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir tetapi juga untuk menunjukan penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang mempertahankan mereka dari terus  diperbodohkan dan juga untuk membantah ketidakadilan dan penginanyaan terhadap Tan Sri Muhyiddin.

Apapun anggapan terhadap Tan Sri Muhyiddin tetapi apabila dihina oleh seorang Ketua Bahagian UMNO Selangor sebagai penderhaka yang perlu disingkirkan maka ini telah menyentuh hati sebahagian besar orang Melayu Johor dan tidak hanya penyokong UMNO yang mengenali Muhyiddin sebagai pejuang sejati UMNO.

Sambutan hangat kepada perhimpunan petang  ini adalah juga didorongkan oleh kabar-kabar angin yang mengatakan Tan Sri Muhyiddin akan disingkirkan dari jawatan Timbalan Presiden UMNO pada mesyauarat MKT 9 September ini. Usaha-usaha melobi untuk mempastikan sokongan kepada rancangan ini sedang dijalankan.

Tun Dr.Mahathir tentulah akan menyentuh semua pekara  mengenai keadaan politik dan ekonomi negara sekarang ini khususnya krisis keyakinan diri dalam UMNO sendiri dan ketidakpercayaan kepada pimpinan Datuk Seri Najib  di bawah tajuk MALAYSIA HARI INI KEMANA KITA?  kerana UMNOlah yang akan menentukan nasib masa depan negara.

Seperti kata bekas Naib Ketua Pemuda Johor Datuk Khairul Anwar ucapan Mahathir di perhimpunan  hari ini benar-benar akan mendedahkan segala-galanya kerana ia  merupakan The Return of Nothing2Hide yang gagal dilaksanakan oleh beliau  di PWTC tidak lama dahulu.

Katanya ,"Mahathir's appearance in Pasir Gudang this Saturday can be described as ‘The return of Nothing2Hide’.
"The warrior spirit and nobleness to face the public, proves that a leader does not run away from responsibility," he added in a statement today.


Dijangkakan  majlis BICARWA NEGARAWAN Tun Mahathir itu tidak sahaja akan dihadiri oleh orang Johor tetapi juga  ramai orang dari seulruh negara terutama dari Melaka   yang akan menjadikan perhimpuan ini penuh bersejarah dalam  menunjukan keperhatinan  terhadap nasib UMNO  yang dilahirkan di Istana Johor.

MAHATHIR SERU RAKYAT TUNJUKAN KUASA 

Dalam perhimpunan RETRUN OF NOTHING2HIDE  yang dihadiri oleh ribuan rakyat termasuk ketua-ketua UMNO di Pasir Gudang petang ini, Bekas Perdana Menteri menyeru  supaya rakyat tunjukan kuasa.

Beliau masih mempertimbangkan saamada akan menyertai himpunan Bersih yang puncaknya adalah esuk di Kuala Lumpur.Hari ini  himpunan itu telah berjaya mengumpulkan lebih 30,000 yang berjalan secara aman. Mereka  mahu tumbangkan kerajan rasuah yang dipimpin oleh Najib Tun Abdul Razak.



37 comments:

  1. Tulong beritahu semua kawan-kawan tentang himpunan besar di Pasir Gudang petang ini untuk dengar amanat penting dari Tun Mahathir.

    Orang Melaka tak usahlah dengar cerita KM kamu sahaja, silalah ke Pasir Gudang petang ini untuk menunjukan kesetiaan kepada UMNO.Bukan jauh sangat Melaka ke Johor. Inilah masa untuk tunjuk setiakawan demi UMNO.

    ReplyDelete
  2. kami yang tak dapat hadir diharapkan ada hamba allah yang dapat uploadkan dalam web ..ataupun admin tolong uploadkan dalam blog..spot the blogger...kami orang utara dah tak sabar nak dengar tapi tak dapat ke JOHOR ...

    ReplyDelete
  3. panglimo potaseh29 August 2015 at 08:46

    Saya sangat tertarik mendengar khutbah jumaat ditempat saya semalam. Pengkutbahnya seorang anak muda yang hitam dahinya dan suka meremehkan hukum hakam. Tapi semalam nadanya sangat berlainan ... mungkin tanda nak matang kot. Antara lain isi khutbahnya ialah:

    "Allah hanya akan menolong dan memakbulkan niat atau doa pemimpin yang memimpin negara secara adil dan saksama ... tidak kira samaada negara itu diperintah oleh seorang Islam atau Kafir Laknat". Sambungnya lagi "Contohnya seperti negara Jepun, Singapura, German dan Amerika". "Cuba anda lihat negara Syria, Yeman, Afghanistan hancur ... ".

    ReplyDelete
  4. X usahlah buat ribut.......

    Sudah2 lah .....

    Masa mu telah habis.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini ribut nak lawan najib punya tsunami ganas

      Delete
    2. Nabi s.a.w. kata tanamlah juga anak pokok kurma walaupun kamu tahu esok akan kiamat.

      Delete
    3. Apa dah jadi pada Melayu Johor masa TSMY jadi menteri besar....

      MELAYU MUDAH LUPA.... kata Tun M.......?

      Delete
    4. Kenaapa bangkitkan masa TSMY sahaja,apakah MB yang lain tak ada dosa yang lebih besar?

      Delete
    5. Lagi anak dia tak naik...lagi tu la dia nak pusing satu Malaysia. Sebiji macam Mamak Nisfu.

      Pemimpin yg naik dgn menjatuhkan orang lain akan menerima nasib yg sama di kemudian hari. In future tunjuk perasaan/rally akan digunakan juga. Wallhualam.

      Delete
  5. Tun M tidak pernah ada EXPIRY DATE. Legasi yang selamanya akan dikenang walau nyawa tiada dikandung badan.

    Allah Peliharakan Sultan !
    Allah Berkati Johor !
    Allah Selamatkan Malaysia !

    ReplyDelete
  6. Sapa yg habis? Jibby ker?

    ReplyDelete
  7. Salam Tan Sri,

    Saya nampak semakin hari semakin banyak nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita di negara kita ini sebelum ini Allah tarik balik satu demi satu , terutama nikmat nikmat besar seperti kemakmuran kesejahteraan , perpaduan , kehebatan , kehormatan pemimpin dan sebagainya.

    Menurut kata para ulama dan pastilah bahawa antara sebab nikmat ditarik balik dan hilang rahmat Allah kerana terdapat di kalangan kita yang tidak mengsyukuri Allah di atas limpahan rahmat dan nikmat Nya .

    Oleh itu sama sama lah, pemimpin atau yang di pimpin bermuhasabah dan kembali lah kepada jalan Allah , hentikan segala perbuatan mungkar yang melanggar perintah Allah . Sekian.

    ReplyDelete
  8. Masa Najib pun dah begitu hampir nak habis.

    ReplyDelete
  9. Bangkit melawan atau tunduk ditindas......

    ReplyDelete
  10. Makmur Bachik. Melaka29 August 2015 at 11:41

    Orang Melaka yang kecewa dengan Ketua Menteri yang pengecut bolehlah datang ke Johor untuk menyertai keberanian orang Johor dan semangat rakyat Sutlan kami.

    ReplyDelete
  11. 'Sehati Sejiwa' itu lebih tepat untuk kaum cina,kerana MCA,GERAKAN dan DAP itu sangat bersatu.Sebagai pendatang mereka wajib bersatu padu.Tidak hairanlah kalau ada antara mereka dari BN yang tersasul menyokong Bersih atau Chin Peng ke.Untuk bangsa Melayu,politik tidak pernah dan tidak akan sama sekali menjadikan kita sehati sejiwa.Lihat lah sejarah politik Malaysia.PAS adalah pecahan dari UMNO.Daripada PAS lahir pula parti HAMIM yang tidak lagi wujud.Kini PAS melahirkan Gerakan Harapan Baru.UMNO pernah melahirkan Semangat 46,yang kini tiada lagi.Kemudian melahirkan PKR yang kuat menyokong DAP.Jadi kesimpulannya adalah perpecahan yang sangat merugikan Islam,bangsa Melayu dan tanahair.Cuma sekali sahaja Melayu bersatu iaitu semasa menentang Malayan Union.Apabila nyawa dihujung tanduk dan pada masa itu bukan situasi nak berebut kuasa menjadi PM atau sebagainya.Jadi,demi Islam,bangsa Melayu dan tanahair tercinta,maka bersatulah kita semua menentang penjajah ketika itu.Situasi sekarang sangat berbeza.Ternyata dalam keadaan aman orang Melayu tidak akan bersatu sehati sejiwa,kerana kelas-kelas agama oleh tok guru tidak mengajar kita ilmu bersyukur,sebaliknya ilmu perpecahan dan kebencian sesama sendiri.Mana tidaknya,...kebanyakan yang belajar agama adalah lulusan dari negara yang berpecah belah,berpuak-puak,tembak sesama sendiri,berbeza-beza pegangan dan akidah.Inilah yang dibawa balik ke Malaysia.DAP akan terus pecah dan perintah,manakala politik Melayu pula membantu mereka mencapai tujuan,pendek kata,kita pecah tapi tidak perintah.Itulah yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor.Politik dan demokrasi ini hanya merugikan Islam,bangsa Melayu dan negara.Sistem ini tidak akan berjaya menjadikan kita umat yang kuat.Untuk sistem yang ada ini kelihatan relevan,kita memerlukan sekurang-kurangnya seorang pemimpin seperti Dr. Mahathir yang kuat berpegang kepada perjuangan asal Melayu.Kita akan gagal sekiranya ada pemimpin yang cuba hendak menjadi hero dengan mengubah itu dan ini untuk kelihatan lebih hebat daripada era Mahathir.PM sekarang adalah umpama seorang wanita yang banyak melakukan pembedahan plastik untuk mencapai kejelitaan maksimum.Antara pembedahan itu adalah pemansuhan I.S.A.Hasilnya ialah wajah yang asalnya tidak perlu apa-apa pembedahan kini sudah rosak teruk dan kelihatan sangat hodoh.

    ReplyDelete
  12. Mahathir betul2 menggunakan waktu yg ada. kualiti yg patut dicontohi. Jgn dh tua2 nk duduk ats tikar sembahyang shj. Tunggu mati.... ISLAM tu CARA HIDUP... jd.... teruskan hidup. Kerja perbetulkan yg salah berterusan sampai KIAMAT.

    ReplyDelete
  13. Sekiranya tiap-tiap weekend kita adakan soal jawab sebagini lebeh menunjukan terkebukaan berpolitik diMalaysia buat masa kini.Harap dapat diadakan diseluruh Malaysia,tetapi jangan di langkawi nanti tak cukup farry.

    ReplyDelete
  14. Mat Saman Pencala.30 August 2015 at 09:44

    BERSIH napikan himpunan hanya dari satu kaum. Tak usahlah nak berselindong di sebalik sehelai lalang,dua tiga orang sembahyang nak tutup ribuan yang berperangai suka telanjang, hanya yang buta tak nampak belang,malam kata siang,percaya pada Cina yang suka temberang, nanti duduk bersembang seorang,contoh dah terang,keluar penjara pun dah dilupakan orang.Yang untung lain orang.

    ReplyDelete
  15. Tan Seri,......saya sangat kecewa bila membaca berita Tun Mahathir menyertai Bersih.Bagi saya Bersih adalah agenda jahat DAP Bintang 3 untuk menjatuhkan Islam,bangsa Melayu dan tanahair,sedangkan Dr. Mahathir adalah seorang juara dalam membela Islam,bangsa dan tanahair.Buat pertama kalinya saya rasa Dr. Mahathir menjadi tidak konsisten dan beliau seorang yang sangat kecewa.Saya tidak kisah beliau di pentas PAS,kerana rata-rata PAS adalah Melayu.Jika inilah tahap kedukaan Dr. Mahathir,maka saya rasa lebih elok lagi sekiranya beliau keluar dari UMNO buat selama-lamanya dan tubuhkan parti baru.Ini amat dinanti-nantikan oleh rakyat yang sayangkan beliau.Di pagi Ahad ini saya sangat berduka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh30 August 2015 at 11:51

      Anon 10.09

      Kita tak perlukan DAP untuk hancurkan dan bangsatkan kaum Melayu ... kita tak perlu DAP untuk putar belit dan jatuhkan Islam. Najib dan Rosmah laki-bini dah cukup memberi sangsara.
      .
      Sesuatunya manusia Islam dinegara ini yang cuba menyebarkan Islam adalah Chedet. Kehadiran Chedet di Bersih janganlah dilihat pada sudut yang kecil dan sempit, perlu dilihat pada gambaran yang lebih luas .. saya tahu Chedet tahu apa yang beliau buat.

      Sudah sekian lama kita sangat susah nak cari orang Islam yang sanggup sebarkan ugama ini. Yang tegakkan Islam ramai sebab ia lebih mudah dan selalunya sangat menguntungkan.

      Islam pun ada menyuruh kita sebarkan ugama dan belajar dengan orang China?

      Delete
    2. Jangan berduka. Tujuan beliau sangat jelas. Beliau mahu Najib berundur.Dia tak pergi jumpa pemimpin DAP pun

      Delete
    3. Ayat berapa dalam Al-Quran yang suruh kita belajar dengan orang China?

      Delete
  16. Saya benar-benar angkat topi kepada Tun Mahathir yang berani hadir di perhimpunan orang Cina yang cauvanis kerana saya tidak fikir Lim Kit Siang akan berani hadir di majlis orang Melayu yang menyimpan dendam marah kepada DAP yang anti hudud dan anti hak istemewa orang Melayu.
    TAHNIAH PADA TUN HADIR DI PERHIMPUNAN BERSIH
    Bagaimanapun Mahathir sangup hadir kerana kepadanya yang penting bukannya sikap mereka tetapi fahaman mereka untuk menggulingkan Najib. Menggulingkan Najib bukan berarti akan menggulingkan kerajaan Barisan Nasional. Salah sangka ini adalah kerana ada orang Melayu yang masih melihat Najib sebagai penyelamat bangsa Melayu tetapi kepada Mahathir dialah orang membangsatkan bangsa Melay
    Maka itu kehadiran Tun di perhimpunan Bersih itu tidak sedikitpun menjejaskan maruah bangsa Melayu.
    Dalam keadaan sekarang Mahathir tidak patut dikeluarkan dari UMNO sebaliknya Najiblah yang mesti di keluarkan dari UMNO sehingga menyebabkan orang meanggap kerajaan Melayu pimpinannya adalah kerajaan rasuah, dimukannya tertulis RM2.6 Bilion.
    Orang Cina lupa daratan kerana beliau menjanjikan kebebasan dan kemudiannya menjilat semula. Salah siapa. Siapakah yang beri harapan dengan hapuskan ISA dan nasib baik ahli UMNO yang cerdik sekatnya dari hapuskan Akta Hasutan.Pemimpin yang berpandangan jauh baginikah yang hendak dikekalkan? .

    ReplyDelete
  17. Anon 10.09,aku pun tak suka cara TUN turun padang tapi kita kena berlapang dada dan terima hakikat itu hak TUN sebagai rakyat biasa.Cuba renungkan kembali kalau dulu lagi jika najib ikut nasihat TUN supaya najib turun dgn cara terhormat tentu perkara begini tak akan berlaku.Walau apa pun marilah kita teruskan berdoa semoga negara Malaysia selamat selama-lamanya.Sekian salam ikhlas dari Singapura.

    ReplyDelete
  18. Salam,

    Saya anak Melayu. Saya orang Islam. Saya baca Quran. Saya kagum jadi rakyat Malaysia.

    Saya percaya kebanyakan pembaca di laman blog ini bersifat patriotik bangsa Melayu.

    Cuma saya berpendapat saya sedih masih ada lagi sifat elemen-elemen perkauman bila kita membincangkan masalah poltik negara kita Malaysia.
    Ketika kita membincangkan masalah ekonomi, maslah system pendidikan negara, masalah kepimpinan negara, masalah korupsi dsb, kita masih mendengar tuduhan tidak berasas terhadap kaum Cina di Malaysia ini seperti kebencian terhadap DAP, tuduhan parti cauvinis, tuduhan DAP komunis dsb.

    Pada zaman abad ke21 ini, kalau kita masih lagi ada perasaan kebencian melampau terhadap bangsa Cina ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa, maka Tuhan tidak akan meninggikan martabat kita sebagai bangsa Melayu yang berjaya. Quran ada sebut melarang kita bersifat assabiyah.

    Dalam proses pembangunan negara bangsa Malaysia, adakah pencapaian negara Malaysia hanya disebabkan oleh titik peluh bangsa Melayu semata-mata? Laksamana Cheng Ho sudah datang ke Tanah Melayu lebih 600 tahun dahulu atau mungkin lebih awal bagi pedagang Cina yang lain.

    Bagaimana rakyat Malaysia bangsa Cina yang berkerja di jabatan kerajaan seperti cikgu, polis, ketenteraan, menteri-menteri dsb. Adakah dalam kepala mereka ada niat jahat hendak menjatuhkan bangsa Melayu di Malaysia? Kenapa otak kita masih berlegar di zaman sejarah komunis di Tanah Melayu yang sudah orang tidak mahu tahu lagi cerita-cerita lama yang sudah busuk itu?

    Bagaimana bangsa Cina yang peluk Islam dan berkahwin dalam keluarga kita Melayu, yang menjadi ustaz dsb? Bagaimana kalau ayah Melayu emaknya Cina, adakah emaknya ada niat hendak menjatuhkan maruah suaminya bangsa Melayu?
    Tuhan telah mentakdirkan bangsa Cina tersebar ke seluruh dunia baik di Asia Tenggara maupun ke USA, Kanada, Australia, New Zealand ll. Adakah rakyat USA masih sangsi dengan bangsa Cina di Chinatown di New York, London? Adakah rakyat USA marah dengan Cina yang bekerja di NASA, syarikat korporat, university-universiti? USA pun negara yang majmuk, ada orang putih keturunan Jerman, Irish, Perancis, Russia, kulit hitam, Arab, Latin dan sebahagian kecil keturunan Melayu.

    Adakah Bersih 4.0 dikatakan agenda Cina nak perintah negara Malaysia dan menghalau orang Melayu ke negara lain? Apakah yang diucapkan perserta Bersih? Nak jatuhkan Melayukah atau nak bersihkan sistem politik negara? Jangan kita nanti ditertawakan orang lain kerana fikiran yang bukan-bukan.

    Kalaulah bangsa Cina itu memang ada niat jahat, kenapa perlu ada bangsa Cina di kementerian dan kabinet parlimen Malaysia? Bukankah dalam kerajaan banyak rahsia negara?

    Saya sendiripun tidak setuju kalau kita juga menghina bangsa lain seperti menghina kaum Mamak, kaum Dayak dsbnya. Apakah bumi ini, hanya kepunyaan Melayu semata-mata? Adakah kita ni betul-betul tulin bangsa Melayu atau mana tau datuk-datuk nenek kita dahulu ada bangsa Cina?

    Kaum Cina sendiripun tidak ada masa nak layan hal-hal nak menjatuhkan bangsa Melayu, ketikamana mereka hanya tumpu pada perniagaan, pendidikan dsb demi pembanungan negara.

    Masalah sekarang yang banyak melakukan korupsi hanya bangsa Cinakah?

    Sudah-sudahlah retorik kebencian, sangka buruk tak berasas kepada Cina atau bangsa lain.

    Sekarang masa kita nak sama-sama membangunkan negara Malaysia dan orang Melayu sebagai kepimpinan yang dihormati bukan sahaja di Malaysia tapi juga di seluruh dunia.

    Yang bersih wangi kita sokong, yang busuk kita buangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh30 August 2015 at 16:40

      Anon 15:24

      Setuju sepenuhmya.

      Delete
    2. Laksamana Cheng Ho itu beragama Islam,dan dia bukan cina DAP atau Bintang 3.Surah dan ayat apakah dalam Al-Quran yang melarang kita bersifat assabiyah?

      Delete
    3. Saya sebagai Sabahan amat terasa apabila isu Ketuanan Melayu di laungkan seolah olah hanya kaum Melayu sahaja yang menjadi tunjang Pembentukan Malaysia. Kaum kaum bumiputera Sabah dan Sarawak di paksa untuk menerima Ketuanan Melayu sedangkan kami adalah sebahagian dari kaum yang bersama sama menbentuk Negara baru iaitu Malaysia. Tanpa kami tiada lah negara ini cuma yang ada Tanah Melayu.

      Delete
    4. Menarik pendapat kamu namun realiti di luar sana siapakah yg mengamalkan sifat racist secara berterusan?
      Mungkin kamu tidak pernah mengalami diskriminasi dr kaum yg kamu katakan itu.kita rakyat malaysia tapi melayu telah begitu lama bertolak ansur.
      Saudara bacalah sejarah terpisahnya singapura dari malaysia dan kesinambungannya hingga kini.

      Delete
  19. Sekarang presiden UMNO dan Presiden 2x5 saja .ke2 tak faham kehendak ahli parti kerana dikelilingi oleh ramai tuan punahsihat

    ReplyDelete
  20. Sekurang2nya Tun berani...tak mcm kebanyakan pemimpin setakat jd tukang menyalak, tukang jilat, tukang kencing, tukang spin..semua nk jaga kantung dan perut sendiri. Nk tunjukkn sokongan kpd rkyt mmg jauh la...

    ReplyDelete
  21. jawapan, umno dan zam selaku pemimpin vetera umno itu patut suruh kroni tun itu letak orang lawan sama najib dalam pemilihan presiden umno nanti apa katazam itu gentlemen , aku ucap syabas orang melayu mula berpecah di sebab kobodohan disendiri,zam tak pergi merusuh ke? macam mahathir kesayang kau itu tak tahu hormati hari merdeka itu

    aku mula hilang hormati pada tun mahathir kesayang macai itu dan najib sekali,
    najib hapuskan lagi isa ikut cakap majis peguam dap dan mahathir gagal dalam dasar ekonomi 30% bumiputera itu telah 22tahun di bagi peluang apa mahu lagi,

    sedar lah dap tunggu masa ambil malaysia ini, 29kampung melayu dah dijual penang tak pun melayu macam kroni tun m dan kroni najib bantu malah bergaduh antara satu sama lain semata-mata jaga kepentingan jaga kroni masing , cina bersatu apa bila tanah ngo jual apek itu sendiri meraka dah lama tak menyokong bn apabila tun m fitnah di lemparkan pada zaman pemerintahan paklah lagi pada pru 2008 cina dah lama suruh anak pergi mengundi apabila kepentingan tergugat,mereka tak akan sokong najib pun walaupun mahathir sokong najib pada pru 2013 lagi mahathir seperti tikus baiki labu pada 2013, aku ucap syabas zam tak berfikir epikasi bakal terima orang melayu itu
    aku tak heren pun jika satu hari melayu sudah tak dihormati disebab pergaduhan kedua2 macai mahatir dan macai najib itu,
    betul cakap bos aku itu dulu tempat kerja aku, penang jadi singapore jika melayu saling bergaduh.

    zam selaku kawan pada mahathir nasihat dia, ada anda suka jika apek dap tak hormati hari kemerdekaan, lihat penang apek sudah tak hormati hari kemerdekaan itu dengan suruh kanak bersekolah dan tak menbenarkan mereka menyertai hari kermerdekan malaysia

    aku tak marah pun kalau betul tun m dan najib ambil duit aku sebagai ahli uno tahu siapa ambil duit kalau tak kenapa anak masing boleh jadi kaya raya,jawapan mudah je sebagai ayah mana tengok anak miskin, dulu yg paling marah macai apek dap lansung tak hormati hari kemerdekanan itu. sepatut pada hari kemerdekaan tahu hormati hari merdeka tapi hanya tahu merusuh je

    ReplyDelete
  22. Cina komunis sembunyi di sebalik BersihCina4.0 utk tutup kejayaan Melayu Merdeka.

    ReplyDelete