Monday, 17 August 2015

PUAD ZARKASHI GAGAL LINDUNGI KEADAAN SEBENAR HUBUNGAN NAJIB DENGAN ISTANA

KOMEN:
PUAD NEVER LEARNS
JV18 August 2015 at 08:59
Puad never learns. Perhaps he just does not want to learn or he is not capable of learning. When you run your mouth, you got to be careful especially involving the Royalty. What is worse is that you were not in the picture or discussions involving the Royalty.

So Puad, you must have got the story from DS Najib that everything was okay. So did Najib really tell you or did you simply assume that everything was alright, now that the TMJ asked you not to say anything because you don't know anything ?

I just fail to understand why you guys like to run your mouth to protect a man, but not the Country, Rakyat and the Laws of Malaysia ??
PUAD GAGAL ....

Pengarah JASA, Puad Zarkashi gagal untuk melindungi keadaan sebenar hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim apabila anaknya Tunku Mahkota Johor, Brigidier Jeneral, Tunku Ismail mengatakan kepada Puad "Tak Tahu hal sebenar, jangan cakap."

MStar telah melaporkan Puad sebagai berkata, tiada sebarang masalah antara Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Najib.

Berikutan dengan itu, blog zamkata telah mempersoalkan kenyataan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu, tentang dakwaannnya mengatakan hubungan Najib dengan Istana Johor dalam keadaan baik.

Kata Zam kenyataan itu mengambarkan seolah-olah Puad seorang jurucakap Istana. "Bilakah Puad dilantik menjadi jurucakap Istana atau hidung tak mancung, pipi tersorong-soron," tanya Zam

Sementara itu Tunku Mahkota Johor dalam facebook Johor Southern Tigers menegur Puan Zarkashid seorang pemimpin Umno Johor  kerana membuat kenyataan, bahawa tiada masalah antara Sultan Johor dan Perdana Menteri.

Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, seseorang itu tidak perlu membuat sebarang kenyataan tanpa menyedari cerita sebenar berkaitan perkara itu.

“Merujuk pernyataan yang dibuat oleh seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara sultan Johor dan perdana menteri; ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar,” katanya.

Menulis di Facebook Johor Southern Tigers Tunku Ismail juga berkata hanya ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.

“...dan oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum,” tulisnya.

Mstar kelmarin melaporkan Puad (gambar) sebagai berkata tiada sebarang masalah antara Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak

Kenyatan itu dibuat selepas muncul gambar Sultan Ibrahim dan Najib menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura di republik itu pada 9 Ogos lalu menjadi viral di media sosial.

Ia menunjukkan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah berjalan di hadapan Sultan dan anakandanya Tunku Ismail.

"Saya bertemu dengan beliau (Najib) baru-baru ini dan beliau memberitahu saya tidak ada salah faham dengan Sultan.

"Malah, Najib turut menyapa baginda sebelum permulaan perarakan Hari Kebangsaan di Padang,” beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno bahagian di Batu Pahat.


KENYATAAN PENUH TMJ

Merujuk pernyataan yang dibuat oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara Sultan Johor dan Perdana Menteri; ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar.
Jangan membuat spekulasi berkenaan DYMM Tuanku ada masalah dengan Perdana Menteri atau tidak, kerana hanya DYMM Sultan dan saya sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut, dan oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

10 comments:

  1. Nampak nya is sudah menjadi kebiasaan SEMUA ahli ahli kabinet Ah Jib Gor ini terdiri dari kaki pembohong juga macam President parti mereka.

    Bila wang sudah di anggap 'segala2 nya 'ia itu CASH is KIng,sudah tentu akhlak Ah Jib Gor is adalah RENDAH kerana menganggap DUIT itu ada lah TUHAN.

    Sudah jadi budaya 'carte blanc' pada penjilat2 Ah JIb Gor membohong untuk cover tembelang boss mereka.

    alfie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jibgor dah mensyirikkan Tuhan dengan tingkah laku "sembah wang" nya, mahupun kecenderungannya utk yang tidak moral terhadap rakan dan rakyat.
      Negara2 mana yang beryakinan untuk berhubung perdagangan atau buat perjanjian diplomatik dengan seorang pemimpin yang "ruthless" ini?

      Delete
  2. Useless posturing of people who think the world of themselves. Ultimately,.....who cares?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, we don't need their approval and neither should we suffer their disapproval - these psychopathic politicus narcissists.

      Delete
  3. Saya golongan 50 keatas. Apa yang saya perhatikan keadaan sekarang ialah tentang jati diri anak-anak muda dalam arus politik negara.

    Kita tidak kisah parti mana yang anak muda pilih. BN atau PR dsb.

    Tapi saya mahu melihat dalam keadaan krisis politik sekarang saya ingin melihat apa yang anak muda penyokong UMNO buat atau berani untuk bersuara dengan jelas? Mananya anak muda kelab penyokong UMNO luar negeri?

    Kita hendak anak muda yang berjiwa kental, ekspresif, tegas dalam berprinsip. Tapi kalau cuma membisu ..... kasihanlah begitu lemahnya pemikiran anak muda yang jumud, takut-takut.

    Saya tahu, anak MB Johor ada memberi beberapa soalan untuk Najib dalam FB, tapi mana yang lainnya?

    Kalau secara amnya, anak muda di IPTAkah atau IPTS, ada berani bersuarakah? Kalau di sekat, bila lagi nak lahirkan pemimpin yang berani kerana benar, bukan berani menipu!!!!

    ReplyDelete
  4. ada manusia sanggup jadi pecacai mempertahankan ketidak benaran
    murah sungguh harga diri manusia jenis itu

    ReplyDelete
  5. Dalam UMNO ni tiada yg pandai pandai sekarang ini yg ada kaki bodek & ampu. Kalah dlm pilehanraya Najib bagi jawatan Pengarah JASA. Meaning duit dapat tiap tiap bulan. Sebagai mengenang budi kena jadi kaki bodek & ampu.

    ReplyDelete
  6. Puad never learns. Perhaps he just does not want to learn or he is not capable of learning. When you run your mouth, you got to be careful especially involving the Royalty. What is worse is that you were not in the picture or discussions involving the Royalty.

    So Puad, you must have got the story from DS Najib that everything was okay. So did Najib really tell you or did you simply assume that everything was alright, now that the TMJ asked you not to say anything because you don't know anything ?

    I just fail to understand why you guys like to run your mouth to protect a man, but not the Country, Rakyat and the Laws of Malaysia ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. The blessed Prophet s.a.w. once said that if a man guarded his own two organs properly he would have safe passage to the hereafter: that being, his vocal organ and his sexual organ.

      Mr. Puad should note that another hadith says that if that lump of flesh in the breast called the heart becomes foul, then its evil will permeate the entire man.

      Delete
  7. Menjelang pilihanraya ke13 dulu berbueh mUlut Najib memohon maaf daripada rakyat terhadap kesilapan kerajaan menipu rakyat.

    Kali ini untuk PRU 14 apa pula Najib nak kata.

    Saya rasa menjelang PRU 14 mesti Najib menyuruh Kakmah memakai jilbab untuk mendapat restu TGHH dan TGHD supaya mendapat sokongan dari PAS.

    ReplyDelete