Monday, 31 August 2015

PRESIDN UMNO DATUK SERI NAJIB LEBIH BAHAYA DARI DAP

  1. Saya telah memberikan pandangan saya menerusi twitter  terhadap kehadiran Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir  di Perhimpunan BERSIH CINA4  yang cuba dikelirukan oleh beberapa orang penyokong PM Najib dan Utusan Malaysia  tanpa memahami  Hidden Agenda Tun Mahathir.Saya kesal Utusan Malaysia  mengatakan  kehadiran Tun kerana menyokong rakyat tanpa menyebut beliau menegaskan  tujuan utamanya untuk  menyokong  rakyat yang mahu Najib segera berundur. Silalah baca  twitter  di bawah ini.

  2. Kepada ribuan peserta BERSIH Tun tegaskan dia mahu BN kekal tapi hanya mahu Najib undur. Dia tidak sokong Bersih.
  3. Kenaapa Tun hadir di himpunan Bersih Cina? Kerana Tun fikir Najib lebih bahaya dr Dap.tidakkah ini juga yg difikiran oleh orang Melayu?
  4. Jelas tujuan Tun in whatever cause Najib must go. Itu sebab utama dia hadir di BERSIH. Dia mahu Najib pergi kerana dia sayangkan Umno.
  5. Mesti juga fikirkan kesan kehadiran Tun di BERSIH kp kepimpinan PM Najib di mata dunia. Tun masih ada kredebilti. RM2.6b dll dipercayai
  6. Isolation of Malays, make Bersih4 look like Chinese solid unity. Proven without Pas,Dap just Chinese party like Umno without MCA,Malay Party
  7. Malaysian Malaysia pushed Malay to Unite and move with drastic action.13 may was the catylist. Bersih4pushing the Malay again.Dap forget
  8. Keaapa aku turut sayu rindu menjelang hari merdeka esuk.Masih adakah hari esuk seperti hari2 lalu utk cucu2ku.Telah terhakis maruah bangsaku
  9. Penggunting rambut India ex tentera tergenang airmatanya kenangkan kawan2 diperbarisan merdeka dan perjuangannya. saya ada jasa, katanya
  10. Penggunting rambut India ex tentera beritahu saya dia buka lewat esuk nak tengok barisan merdeka di tv.Tiapkali lihat ingat pernah sertainya
  11. Awang Selamat kata MB Azmin buat tak tahu pasal RM 30 bil DEIG. Salahkah kalau dia hanya ikut perangai PM Najib dan isteri?Tak elokkah?
  12. Apa ruginya Tun di himpunan BERSIH kecuali mereka yg fikir akan bagsatkan diri sendiri.beranikah Kit Siang ada ditengah Melayu yg sedang marah



54 comments:

  1. As'Salam... YBhg TS Zam n Fellow3 Malaysians..


    "AhJibGo - The EXclusive PM"

    -Its a FACT that AhJibGo will do ANYTHING to maintain power..

    -He doesn't care apa Rakyat FIKIR.. apa Rakyat CAKAP.. apa Rakyat RASA..

    -Dia MEMANG Dah TAK PEDULI!!!


    "By Hook or By Crook... By Any Means Necessary.."

    -IF dulu he resign nicely, he won't be SO HATED macam skrang ni...

    -BUT STILL AhJibGo MASIH boleh buat "muka selamber" aje..

    -MUKA TAK MALU tahap MEGA!!!


    "U Reap What U Sow"

    -Hari2 kita Rakyat dihujani dgn LIES, LIES n more LIES, this has to STOP..

    -U CAN fool some people FOR SOME TIME... -BUT- U CANNOT fool all the people ALL THE TIME..

    -Now Rakyat DESAK U resign.. but still U refuse.. U ni "tak faham bahasa" ke apa?!


    "Lead By Example" -atau- "Kepimpinan Melalui Teladan"

    -Pemimpin3 kita dah jadi 'BIADAP TERHORMAT'... Guna macam2 'KATA KESAT'..

    -Lepas satu 'BAD WORD', keluar lagi satu 'bad word', lepas tu satu lagi..n then satu lagi..

    -Kita nak didik 'Generasi Muda' jadi 'BIADAP' ke? Jadi 'CELUPAR'?? Jadi 'SAMSENG'???

    -Ini TAK ELOK for 'Generasi Muda'... IbuBapa pun tak 'sebut/guna' words like this..

    -"Nilai2 Murni Malaysia" akan 'PUPUS' seandainya sikap ini berterusan.. CONFIRM!!!


    "The Malaysian Dilemma"

    -Hari ni 'Hari Merdeka', tapi kita Rakyat nak sambut pun rasa SEBAK, SEDIH, SAYU...

    -Now kita DIJAJAH DARI DALAM.. AhJibGo dah 'CENGKAM' Kita.. Tapi masih ada lagi yg 'TAK SEDAR' kita telah dijajah semula.. "Cash IS King" kan???


    "Biar Buta Mata -JANGAN- Buta Hati"

    Allah AWJ berfirman...
    Wahai UMAT manusia! SESUNGGUH-NYA Kami telah MENCIPTAKAN kamu dari lelaki DAN perempuan, dan Kami telah MENJADIKAN kamu BERBAGAI bangsa DAN bersuku puak, SUPAYA kamu BERKENAL-KENALAN (DAN BERAMAH-MESRA antara satu DENGAN yang lain). SESUNGGUH-NYA semulia-mulia kamu DI SISI ALLAH ialah orang yang LEBIH TAQWA-nya di antara kamu, (BUKAN yang lebih KETURUNAN atau BANGSA-nya). SESUNGGUH-NYA Allah MAHA Mengetahui, LAGI MAHA Mendalam Pengetahuan-NYA (akan keadaan dan amalan kamu).
    (Surah Al-Hujurat ayat 13)


    "Saya hadir sebagai SOLIDARITI kepada rakyat" - Tun Dr. M :-)

    -Moga Allah SWT sentiasa lindungi 'Semua3 Veteran2 Malaysia'

    ***Ameeenn**


    "Sambut Kemerdekaan Dalam Kedukaan" (Tema Peribadi Official)



    "The AhJibGo Factor"



    "Discussion Is Dead"
    "Diplomacy Is Dead"
    "Democracy IS Dead"


    Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu ko suruh najib resign, majority sekarang suruh di kekal sebagi PM... ko sape... mahathir sape... cuma matan... zaman dia dah lepas... dia sendiri org suruh brenti lama dah... bila pak lah ambil alih... pru 11 .. sokongan rakyat meningkat sehingga menjadi yg kedua terbaik dlm sejarah malaysia... itu menunjukkan mahathir org dah bosan...
      setelah itu... ape yg mahathir buat... buat kacau ...ni perangai maha zalim maha firaun... pencen tu buat cara pencen.. jadi macam pak lah... tak payah masuk campur hal pentadbiran lagi... kalu mahathir cakap dia sayang umno..sayang malaysia... org lain pun sayang... org pun ada keluarga...
      ko tu dulu ambik si zam ni jadi menteri penerangan ... menteri erection ... cam ni pun mampu jadi menteri..
      ko kata ko nak kayakan kroni lepas tu gomen dapat cukai 30%... 70% tu pulak jadi ape... jadikan kroni cina ko mampu menjahamkan usaha gomen .. mahathir ko tua... sedor lah...kalu tak boleh jadi garam jangan jadi langau... KO PAHAM TAK

      Delete
    2. Anon 11:26 - "Penjilat Tegar Najib"

      STUPID - Knowing the Truth, Seeing the Truth but

      still believing in Lies...

      Kaki Bodek Minda Lemah Otak Udang - Negara dah hampir jahanam, tapi masih "Buta, Pekak, Bisu".. Contoh Manusia Dungu Klasik!

      Delete
    3. Anon 11:26 - Dah lah bodoh, sombong pulak tuu!

      "...majority sekarang suruh di kekal.."


      Ko baru balik dari Planet mana ni???


      Siapa "Majority" tuu?? Cuba citer sikit...


      "Budak Sekolah beli ais-krim PUN kena GST" <- Ini MAHA Zalim!!!


      'Hasil Pembangunan Pentadbiran Dahulu' jelas boleh di lihat, tapi ko ni jenis "kacang lupakan kulit"... Dungu!

      Delete
    4. Contoh manusia kurang Takwa --> Anon 11:26

      Delete
    5. ..."Nilai2 Murni Malaysia" akan 'PUPUS'...

      'Anon 11:26' ni satu contoh jelas DAH pupus!

      Delete
    6. TS,
      Saya paham kenapa TS lepaskan komen di atas. Saya juga paham kalau pengomen di atas mengomen dari hospital bahagia. Pesakit mental pun boleh access internet, baca blogs dan komen. Tapi dari komennya kita tahulah dia pesakit mental hehehe.

      Delete
    7. Tak paham. Apa kau merapu ni

      Delete
    8. Berapa ah jib gong bauar anom 11.26 ....rm 100 ribu ... kasihan harga bunga di majlis perkahwinan anak ah jib gong pun cecah rm 3 juta ... betapa murahnya nilai diri dan minda anda ... lebih murah dari harga bunga di majlis perkahwinan ... anda patut minta lebih lagi ....

      er apa ... anda tidak dibayar ... betapa ruginya anda ... sedangkan di dalam akaun ah jib gong ada rm 2.6 bilion ... dan anda berjuang mempertahankannya tanpa upah ... anda adalah seorang gurkha yang rugi ...

      Delete
    9. Anon 11:26 menyempurnakan kekafirannya.

      Delete
    10. Anon 11.26 in my reality world, 95 % are against najib. I dont know where are the majority that u were saying coming from. Dari kandang lembu kah?

      Delete
    11. apa nak bangga sgt palah dpt keputusan pru kedua terbaik 2004.
      awat tak sebut jugak keputusan pru terbaik di zaman tun M

      Delete
    12. Bila isu dibangkit itu fitnah & bukan akaun saya lepas terbukti benar ckp org derma &akaun dah tutup.... Dari situ Kredibliti dah hilang .... I Love BN not PM (DSN)... Apa kata dikumpulkan kenyataan berkaitan 2.6 dari mula sampai terbukti benar .... Siapa yg bxxxxxt.....

      Delete
    13. Anon 11:26 --> Satu contoh individu yang menulis sesuatu tanpa menggunakan akal.
      Nothing is more dangerous than sincere ignorance and conscientious stupidity.

      Delete
  2. TUN MAHATHIR JUGA YANG TERBAIK.......
    KITA SAYANG UMNO LEBIH DARI SAYANG PRESIDEN UMNO SEKARANG.
    LEADERS COME AND GO, BUT UMNO SHOULD REMAIN STOUT.....
    NAJIB SHOULD MAKE WAY FOR ONE WHO IS BERJUANG UNTUK UGAMA BANGSA DAN NEGARA.
    WE DONT NEED PARA MUNAFIKUN DALAM PENTADBIRAN NEGARA.

    ReplyDelete
  3. itulah yang kami lihat tentang kehebatan Pahlawan ulung Umno iaitu Tun Mahathir sanggup berkorban bersama Tun Siti Hasmah di tengah lautan manusia yang kuning jiwanya. Sekurang-kurangnya keberanian Dr Mahathir dalam menentang salah guna kuasa Najib telah membuka mata Islam itu benar dan berani menentang setiap kebatilan / kemungkaran tanpa rasa takut sesama manusia. Api permusuhan perkauman juga dapat terlerai kerana bangsa cina ini dapat diperingatkan dengan kuasa Melayu Umno yang masih bersabar dengan kehadiran Tun Mahathir yang sedia maklum mewakili jutaan jiwa Melayu yang sentiasa mengutamakan keamanan dan kemakmuran serta kesejahteraan Negara.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan, walaupun Tuan melabelkan najib lebih bahaya dari DAP. Itu tidak menggerunkan kami orang melayu yang boleh fikir.Apa Tuan ingat orang cina saja yang pergi Bersih?kami melayu pun berjuang dengan Bersih walaupun kami berlainan Parti. janganlah Tuan permain isu perkauman,kerana sejarah menunjukkan bukan orang melayu saja pejuang kemerdekaan, tapi bangsa2 lain juga berjuang mendapatkan kemerdekaan. Tuan jangan lebih sudu dari kuah.Kami adalah melayu sejati, tetapi Tuan adakah seorang yang betul2 seorang yang berbangsa melayu?Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehek ehek
      bahasa ko tunggang langgang..
      ko bukan melayu bhai..

      Delete
    2. Penulisan sejarah kemerdekaan menipu orang Melayu.Dato' Onn pejuang kemerdekaan sebenar.Beliau yang berjuang menyatupadukan orang Melayu menentang gagasan Malayan Union.Tunku 'hijack' usaha kemerdekaan dengan membawa cina dan orang India untuk mendapatkan kemerdekaan.Malayan Union berhasrat membatal Tanah Melayu sebagai hak milik orang Melayu.Sebaliknya kemerdekaan hanya akan diberi sekiranya orang Melayu sanggup berkongsi dengan cina dan orang India.Kenapa tuan tanah perlu dipaksa berkongsi haknya dengan pendatang?Tunku did just that......apa yang Inggeris nak.Semasa Jepun masuk ke Tanah Melayu,pemimpin cina yang dipanggil pejuang kemerdekaan ini lari ke India,sedangkan pejuang kemerdekaan bangsa Melayu terus berjuang di bumi ini.Rombongan kemerdekaan versi Tunku berjaya mendapat kemerdekaan kerana janji Tunku untuk orang Melayu hidup bersama-sama dengan orang cina dan India.Ini adalah semangat dan roh Malayan Union sebenarnya.Sebab itulah kemerdekaan senang dicapai,.....yang susahnya orang Melayu yang bergolok bergadai.Tunku menubuhkan Parti Perikatan,yang kini adalah Barisan Nasional dengan semangat Malayan Union iaitu berkongsi kuasa.Atas semangat Malayan Union inilah,walaupun pada PRU 13 orang cina tidak menyokong BN,namun mereka tetap dilantik menjadi menteri.Tidak ada spesis bangsa di dunia sebaik orang Melayu yang dengan sangat mudah berkongsi kuasa dengan pendatang yang tidak segan malah secara terang menunjukkan niat mereka.Apakah itu PKM dan perjuangannya???Apakah agenda DAP???Siapakah LKS?Parti Komunis Malaya a.k.a Bintang 3 tidak pernah menamatkan perjuangan mereka.Cuma genjatan senjata dalam rundingan di Hatyai,Thailand pada tahun 1989.Era Darurat sangat kejam,menyaksikan sifat orang cina kepada orang Melayu.Sepatutnya,kalau bangsa lain di dunia ini,......tidak ada pemberian kad pengenalan biru kepada kaum pendatang yang semacam ini.Namun ada segelintir melayu berjiwa petualang sanggup menjadi pecacai cina komunis ini.Mereka masih wujud sekarang.Kalau dahulu mereka menjadi hamba PKM,sekarang mereka menjadi hamba DAP.Perjuangan PKM lebih berjaya di dalam parlimen hari ini dengan bantuan melayu liberal,jika dibandingkan semasa berjuang di dalam hutan belantara dahulu.Sehati Sejiwa lebih sesuai untuk MCA,Gerakan dan DAP.

      Delete
  5. Air mata saya keluar lihat Tun M dan Tun Hasmah berdua menaiki komuter untuk menuju ke Bandaraya KL semalam. Dalam usia 90 tahun, dia masih gagah demi sayangnya pada negara dan parti.

    Ya Allah, kau tunjukkanlah jalan keluar buat pemimpin yang membawa keburukan dan membina nama buruk negara ini.

    Ya Allah, kau peliharakanlah dan panjangkan usia dengan kesihatan tebaik buat Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah yang amat aku sayangi.

    ReplyDelete
  6. Tan Sri, saya fikir agenda Bersih kali ini agak fokus kerana mendesak Perdana Menteri Najib Razak turun dari takhtanya. Saya percaya Bersih bukanlah untuk menggulingkan kerajaan seerti yang selalu diulang-ulangkan oleh Timbalan Perdana Menteri baharu, Zahid Hamidi. Kalau nak guling kerajaan orang tidak ada pergi ke Dataran Merdeka kerana guling kerajaan dilakukan oleh tentera seperti yang berlaku di Mesir atau Thailand. Malah rakyat kena difahamkan bahawa antara mengguling kerajaan dengan mengubah atau mentransormasikan pemimpin dari atas takhta jauh bezanya. Yang berlaku dalam negara ini adalah mengubah pemimpin (individu) bukan mengguling kerajaan. Malah kalau menggunakan cara undi tidak percaya pun bukan guling kerajaan kerana cara itu dilakukan di Parlimen dan sah di sisi undang.undang. Kalau undi tidak percaya itu guling kerajaan ini bermakna kerajaan BN telah guling kerajaan pembangkang di Perak dulu. Tetapi kenapa bab BN yang buat kita tidak sebut guling kerajaan tetapi bila bab Najib pada kedudukan yang sama dengan Nizar kita racun fikiran rakyat bahawa itu satu usaha guling kerajaan. Maaf saya tidak dapat terima kerja-kerja propaganda haprak untuk membodohkan rakyat. Tan Sri, kita kena berbuat sesuatu supaya propaganda membodohkan rakyat ini tidak berterusan dan saya sangat malu apabila kebodohan itu orang sekutukan dengan UMNO. Saya kesal kerana UMNO telah dirosakkan oleh puak-puak oportunis hingga mengaku duit RM2.6 bilion itu kepunyaan UMNO sedangkan UMNO sendiri tidak tahu kewujudannya walaupun selepas tiga tahun berlaku. Kalau ada orang meminjamkan akaun saya untuk memasukkan duit kepada orang lain dan saya tidak memberitahu selama tiga tahun, apa lagi istilah kalau bukan perbuaan tidak amanah? Ini kalaulah benar derma itu untuk UMNO. Satu lagi kalau akaun UMNO tidak dipercayai penderma dan terpaksa menggunakan akaun peribadi, tandanya UMNO telah tidak dipercayai lagi oleh dalam dan luar negara. Tetapi saya percaya derma itu tidak ada kena mengena dengan UMNO tetapi disebabkan banyak pemimpin UMNO kena cucuk hidung maka mengakulah mereka bahawa derma itu untuk UMNO. Mereka menanggung biawak hidup yang akan mencakar belakang. Ini satu kerja bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100%:

      1) Tiada siapa mahu guling Kerajaan. PM bukan individu tunggal yg membentuk Kerajaan.

      2) DERMA yang tidak diketahui tiba2 diakui sebagai untuk parti ? Akal tak mampu mengakuinya betul.

      Saudara Ku Seman, saya sudah tidak beli Utusan sejak tempohari Anekdot hilang dalam Mingguan. Sudah ada kembali ke ? Kalau ada, minggu depan saya beli.

      Delete
    2. Setuju sangat ku!

      Delete
    3. Saudara Fendi Ahmad,
      Mengenai kolum Anekdot itu saya fikir kehilangannya menggembirakan sesetengah pemimpin UMNO. Lagi pun selepas tiga minggu tidak disiarkan belum ada lagi tunjuk perasaan di depan Utusan meminta dikembalikan kolum itu. Maknanya tidak penting sangatlah tu. Lagipun bukankah itu kehendak sesetengah pemimpin UMNO yang menunjukkan mereka berkuasa penuh ke atas Utusan?

      Delete
    4. Ku Seman masih di Utusan ker? Dgr aritu mcm nk kena 'quarantine' sbb kluar statement ttg 'manusia terhebat & terfofular seantero donia'. Maklom laa dah berkurun mokcik stop baca utusan & stop tonton tv3suku. Doa makcik semoga Ku, TS Zam, TS Kadiaq, Tn.Syed Ostb, dinturtle, apanama, jebat must die dll blogger pro kebenaran agar diberi kekuatan & keberanian oleh NYA....berjuang di pentas maya. Percayalah berjuta rakyat yg cintakan kebenaran bersama2 anda....

      Delete
    5. Yang tulus dan ikhlas .... We're very proud that our negara has such kinds of journalistic representation. Thank you.

      Delete
    6. Mokcik kena baca semua media. Saya selalu menyarankan kepada rakan-rakan supaya membuka diri kepada perbezaan pandangan dengan membaca dari sumber yang pelbagai. Saya membaca semua sumber; Malaysiakini, Malaysian Insider, Harakah dan The Edge. Walaupun saya berkerja di surat khabar UMNO tetapi setakat ini saya menulis dari sudut pandangan saya, kalau kebetulan memuji UMNO itu kerana perkara berkenaa wajar dipuji. Kalau UMNO mahu saya menulis dari sudut pandangan UMNO lebih baik UMNO melantik saya sebagai pegawai promosi UMNO bukan wartawan. Jadi, mokcik kenalah membaca Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

      Delete
  7. OK apa Tun pergi Bersih. Kami generasi muda. Cool apa Tun turun demo. At least he meets the real people, Mat and Minah Public.
    Kami sayang Tun

    ReplyDelete
  8. Get real la orang umno, get real, be realistik. Najib punya pasal, umno akan rebah. Pemimpin dan ahli perlu pertahankan umno, bukannya najib. Tapi kita rakyat biasa paham, pemimpin umno ada sindrom Dilemma Habuan 2.6. Kita paham, kita paham. Bila kita rakyat biasa reject umno nanti, umno pun kena paham, umno pun kena paham. Dah meluat dah.

    ReplyDelete
  9. lah zam, mahathir lakukan perkara sama dia lakukan dulu gunakan pentas pas anda ingat kami buta sejarah mahathir lakukan ulang perkara sama apabila di buang dari umno itu. lepas itu tulis buku malay delema dasar 30% dasar ekonomi bumiputera gagal, saya melihat isu 2.6billon itu vs bankrap malaysia 1998 siapa buat bukan kah bil out buat oleh mahathir kesayangan kau itu dan banyak sangat bil out lakukan pada pentakbiran mahathir itu, celcom, mas,pkfz, perwaja, tolong anak mahathir bankrap,porton,bank bumiputra, bangunan daya bumi, pwtc tipu oleh jepun, sebab bil out ini negara kita tak bertahan ketika hadapi krisis seperti yg minta jawapan dari ia menjawab mahathir bukan salah saya,

    buat buku malay delema, tapi dasar 30% ekonomi bumiputera gagal itu negarawan bodoh nama nya,

    sebenarnya aku tak hormati najib sejak dia hapuskan isa bukan isu 2.6billon itu, mahatir tak ambil duit ke kalau tak kenapa anak2 dia kaya sila fikirkan kalau bukan duit umno, berani kah sprm siasat apa belaku atas aku cakap akan tadi kalau mahathir pun boleh mainkan bpr nama lama sprm itu sebelum dia jadi suruhanjaya

    fikirkan masa depan orang melayu, aku bukan fikirkan masa depan kedua-dua kroni mahathir dan kroni najib itu

    satu hari nanti raja2 melayu di hapuskan
    satu hari nanti melayu hanya jadi macai pada dap
    satu hari nanti hak bumiputera di hapuskan
    satu hari nanti malaysia bukan negara islam

    31 ogas hari merdeka bukan hari merusuh ,ini kah yg di ajarkan mahatir setelah 22tahun memerintah sila jawab zam kami bukan mahu jawapan jangan anda fanatik sangat pada mahatir itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:36 - Mahathir tak ajar merusuh laa..

      Jangan nak spin la.. Lu blah la..

      Delete
    2. Apa pulak sokong apa yg mahathir buat maknanya fanatik kat mahathir? Kita sokong apa yg dia buat ie. suruh najib turun atas segala kesilapannya sebagai PM termasuk tidak amanah, berbohong, rasuah dsbnya. Najib juga salah guna kuasa dan pecat AG, TPM, menteri dan sebagainya. As long as mahathir buat perkara yg betul kita sokong. Kesilapan najib nyata dan tak boleh dimaafkan. Kesalahan mahathir dulu kebanyakannya andaian dan tuduhan semata-mata. Bila suruh bagi bukti (sehingga sekarang) takde sapa datang ke depan bagi bukti. Anak dia kaya pakai duit UMNO ke? Bukti? Buleh bagi? Nanti jatuh fitnah nanti!

      Delete
    3. Ade ke orang merusuh hari 31 ogos ni? Orang berbaris ade le!

      Delete
    4. PAS dan PKR kafir.

      Delete
    5. merusuh merupakan jalan terakhir itu cakap mahathir , aku tengok siapa spin, kalau terakhir bererti kau setuju apa dia cakap itu dulu cakap merusuh tak baik, inikah negara negara spin itu. kau ucapan ucapan dia youtube dulu cakap lain sekarang cakap lain macam keling , dia aku bukan fanatik sangat sampaikan rosakan acara merdeka itu. Polis bagi amaran jika mereka murusuh pada 12 jam aku ucap taniah pada polis halau macai kroni tun m dan macai dap itu, lepas ini tun m buat buku najib taik bulat2 selepas apa dia buat semua ulang sejarah dia penah lakukan ia,

      Delete
    6. berapa gaji pun ketika dia jadi pm mahathir 30ribu je
      berapa tanah dan aset dia ada UNTUK bina syarikata KENCANA ITU JIKA BUKAN AMBIL DUIT UMNO ITU SILA JAWAB.

      untuk membina 1mbd kerajaan ambil aset dari kerajaan sebab syarikat glc, seperti petronas,perwaja,proton, dan lain2

      sila jawab kenapa perwaja dan mas sehingga sekarang bankrap, siapa salah, seperti jawapan mahathir jawab bukan salah saya.

      rakyat bertanya ini? kita tahu dasar kerajaan kaya bumiputera tapi tapi kenapa gagal dasar 30% DBE itu mungkin buku malay delema boleh bagi jawapan pada mahathir sendiri atau pun dia mudah lupa pembuatan nya sendiri,
      aku ingat kata2 fadzil noor itu walau aku tak suka pas,antara kata beliau mahathir melihat kemusnah yg dia buat sendiri

      SILA JAWAB TERUS TERANG KAMI BUKAN BODOH

      Delete
  10. Such a world difference in the Merdeka speech between Najib and Muhyiddin. The Bugis has become more bold in professing threats and insisting that he is not going anywhere soon, or is it?

    How one man can easily be subdued by the power in his hands thinking he could outfoxed the rakyats and eventually the Almighty Allah!

    Dia lupa orang solat hajat untuk negara di lindungi daripada bencana yang dibawa pemimpin yang sombong dan bongkak....jatuh lah kamu wahai Najib sesungguhnya kamu tidak mahu turun dengan tertib, Amin!

    ReplyDelete
  11. Saya pun kalau ada pilihan mahu Najib berundur demi pemulihan UMNO dan orang Melayu. Tapi saya rasa apa yang Tun lakukan ni satu kesilapan (bukan kesalahan) yang besar.

    Untuk memaksa Najib berundur, bukan sokongan orang yang bencikan kerajaan yang dia perlukan tapi orang Melayu dan penyokong UMNO sendiri. Rata-rata nampak jelas orang Melayu kini telah menolak Bersih sebagai agenda DAP dan orang Cina. Dengan hadir ke perhimpunan Bersih, samada sengaja atau tidak, Tun telah memberikan gambaran yang dia semakin terdesak setelah pelan A, B dan C nya semuanya gagal sehingga sanggup bersekongkol dengan Ambiga dan Kit Siang yang dilihat sebagai ikon anti Melayu Islam.

    Apa yang saya lihat setelah tamatnya Bersih 4 dengan dominasi Cinanya dan Tun yang kini turut dikaitkan dengannya ialah kedudukan Najib menjadi semakin kukuh. Bagi saya jelas yang Tun telah "shot himself in the foot".

    ReplyDelete
    Replies
    1. En/Cik anon 13.15...kan Tun dah cakap kt pasir gudang...dia X sokong bersih. Dia ke sana kerana membawa suara rakyat. Sbb skrg nie rakyat dah tak ada tpt utk mengadu. Semua dah tak tahan dgn isu2 bangang, bangsat & berbagai2 B lagi!!! Buat lapuran polis, sprm, saman dah berbakul2....tapi X jln!!! Last2 sdri yg kena investigate!!! Last2 yg berani bersuara kena pecat...demokrasi sgt laa weiii!!!

      Delete
  12. Zam ni pun dah nyanyuk juga nampaknya. Kafir harbi DAP x mungkin lebih baik dari orang islam seperti Najib. Kau tenguk Pulau Pinang dan Singapura sudahlah, apa jadi dengan Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara. Kalau lah kita panggil pekerja melayu tukang sapu dkt Singapura untuk kerja kerani di Malaysia yg kerajaan nya org Melayu. Agak nya dia nak tak dengan tukar mata wang makin hari makin lemah. Setahu aku makin ramai rakyat Malaysia yg ke Singapura iaitu kerajaan Cina/ Kristian. Kalau kita muda jgn panggil org tua nyayok. Hormati org walaupun berbeza pendapat. Zam maaf kan lah dia. Amin

      Delete
    2. Woi pegi iraq la mati syahid
      Bodoh !

      Delete
  13. Tidak semestinya seorang kafir harbi tidak lebih baik dari seorang Melayu dan Islam yang sedang menggali kubur untuk bangsa dan agamanya,menggelapkan wang RM2.6 bil yang diterima entah haram atau halal yang tidak diketahui punca rasminya,memberikan kebebasan kepada kafir harbi untuk menawan bangsanya sendiri dengan ,menghapuskan ISA yang merupakan tembok kekuatan bangsa dan agama Islam.
    Kafir harbi mungkin seorang tetapi bila seorang Islam tidak pandai memerintah dan menyebabkan berjuta kaumnya tergadai dan tidak lagi bermaruah maka tidakkah dosanya lebih besar dari Kafir harbi.Fikir-fikirlah dan timbang-timbanglah

    ReplyDelete
  14. Bukan setakat dap...malahan en najib lebih merbahaya dari semua itu. Beliau telah menjadi tanda aras kemusnahan sistem pentadbiran negara. Baik perlaksanaan undang2,ekonomi, perhubungan kaum, penipuan besar2an dan RASUAH....duit serta kuasa. Tidak kah itu terlalu merbahaya? Pernahkah kita jumpa pemimpin seperti ini?
    Demi mengikut telunjuk bini beliau lakukan apa saja keatas rakyat.
    JGN BERBOHONG.
    HAKIM MAIN MATA DGN MALING.

    ReplyDelete
  15. Bukan setakat dap...malahan en najib lebih merbahaya dari semua itu. Beliau telah menjadi tanda aras kemusnahan sistem pentadbiran negara. Baik perlaksanaan undang2,ekonomi, perhubungan kaum, penipuan besar2an dan RASUAH....duit serta kuasa. Tidak kah itu terlalu merbahaya? Pernahkah kita jumpa pemimpin seperti ini?
    Demi mengikut telunjuk bini beliau lakukan apa saja keatas rakyat.
    JGN BERBOHONG.
    HAKIM MAIN MATA DGN MALING.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pun macai kroni tun m yg apek cakap pak lah mengikut telunjuk bini, sekarang pun cakap perkara sama, taktik sama tak berkesan lagi tak payah penipu kita orang ini korang ingat rakyat pm kita seperti marcos itu ke setiap kali mahatir tak suka ikut alasan ikut telunjuk bini aku ingat lagi apa dikata kan oleh macai pembangkang dan macai kroni tun m itu pak lah ikut telunjuk bini, najib ikut telunjuk bini, asalan sama dah tak boleh pakai lagi, cuba korang fikirkan, cuba korang fikirkan lah ia apa cakap ini

      29 kampung melayu di jual oleh apek dap tak satu pun parti melayu bersatu vs 1 banggunan ngo apek di jual oleh apek sendiri 'apek mca dan dap bersatu jatuhkan gerakan itu fikirlah apa aku cakap ini

      Delete
    2. Anon 20:41 - Apa yg ko membebel ni???

      Ko minta org fikirkan apa yg ko cakapkan, tapi macamana org nak faham bila mana nak baca 'karangan ko' ni pun perlu telan panadol... Pening!!

      Kalau iye pun nak beri 'pendapat/luahan', buat la dgn betul... 'taip/karang' la dgn jelas, baru la org boleh faham apa yg ko cuba sampaikan.. okay?

      Tiada 'Manusia Sempurna'.. SEMUA penuh KESILAPAN.. termasuk KITA semua.. TETAPI yg pentingnya KESANGGUPAN kita untuk PERBETUL/PERBAIKI segala kesilapan yg kita semua pernah lakukan..

      Cuba hidup dgn 'berprinsip' begitu, tak rugi apa pun, lagi untung ada la... :-)

      Delete
  16. sebenarnya parti politik apek semua mendapat sokongan dewan peniagaan apek disitu sumbar kowangan mereka, aku sendiri tahu dewan peniaga cina ini seperti lalang, aku tengok tun m seperti pergunakan oleh mereka dan tak tahu menbezakan keburukan bawa dap itu, ketika 2008 dewan peniaga cina menyokong dap itu, pada 2013 dewan peniaga cina seperti lalang

    kalau zaman zam dulu dewan peniaga cina dan persatuan guru2 cina boleh mereka tempat mendapat sokongan, zaman sekarang dah berubah yg mana persatuan ada wang dia berkuasa, persatuan cina guru hanya sampah je di mata dap itu, sebab mereka tak ada wang, setiap parti politik perlukan wang untuk hidup, persatuan peniaga cina menberi sokong pada dap apabila banggunan mereka cuba jual oleh apek itu

    29 kampung melayu vs 1 bangunan ngo apek yg jual oleh apek itu sendiri
    melayu tak bersatu,
    apek lebih bersatu bela nasib ngo mereka itu

    ReplyDelete
  17. Tidak lama lagi ekonomi dunia akan jatuh.
    Ekonomi Malaysia tidak akan terkecuali. Pasaran saham Wall Street akan jatuh the moment US naikkan interest rate.
    Bagi negara yang banyak dagangan dengan Cina akan terjejas teruk. Justru ekonomi Cina yang tidak menentu atas banyak faktor.
    Apa yang saya takuti banyak pelabur akan lari dari pasaran Malaysia. Akan banyak orang yang jatuh muflis dan ribuan orang akan hilang pekerjaan.
    Jangan sudah terhantuk bafu hendak terngadah. Sudah terlambat.
    Malang Malaysia tidak mempunyai a good and smart leader.
    Malaysia hanya banyak a GUNDU and SEMAK leader termasuk politician nya.

    ReplyDelete
  18. peniaga melayu bankrap di sebab macai dap itu kena fikir pasar malam jalan Tuanku Abdul Rahman pada hari sabtu macam tun m nak banyar ganti rugi ke? dia mana fikir orang melayu apa fikirkan kepentingan kroni dia je

    ReplyDelete
  19. I have noted the comment by Ku Seman above. I have some comments and a question for him.

    1. Yes, Bersih can never overthrow the government because they were never trained for any warfare. This is not a case of terrorists or coup where the opposite side will be armed. Was Bersih armed ? Only the fools of the century will believe the lies propagated about Bersih's main intention.

    2. Ku Seman, you have obviously woken up when story of the 2.6 Billion was out. A fellow media and journalist like you, but from overseas had to expose it. No one from Malaysian media knew that story until SR and WSJ wrote about it. Am I correct to say this ?

    3. This 2.6 billion does not in any way look like a political fund for Umno and BN because no one knew about it until the foreign journalists broke the news. And this donor insisted that it was put into najib;'s personal account. So was it a personal donation ? So if it was a personal donation, no one is supposed to know right ? But wrong. The foreign media picked it up and none of the local media knew until then.

    4. So Ku Seman, finally my question to you now. Why suddenly you are questioning via Utusan despite knowing your fate ? What made you come out after some weeks later despite the story coming out in June ? Do you realise many local blogs with the Bloggers' names given out had actually reported this issue but Utusan and other local media were silent at that time. Perhaps you wanted to do some research before you wrote. But why the long wait ? Were you initially barred from writing this piece but suddenly found the courage to write it anyway ?

    I ask you this question because you know what Utusan stands for and we all know what Awang Selamat stands for too.

    ReplyDelete
  20. KENAPA ZAM TAK CAKAP PERKARA DEIG YANG DIURUSKAN OLEH AZMIN ALI SAMA SEPERTI DIA MEMPERTIKAIKAN IMDB YANG DIURUSKAN OLEH DS NAJIB.........ADA MASUK KE ZAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang tahu,mamang saya kaki masuk. Cuba tanya semua kawan-kawan saya

      Delete
  21. Tan Sri, saya melihat promosi Bersih 4 lebih hebat berbanding promosi hari ulang tahun kemerdekaan ke 58. Apa yang Salleh Keruak buat sebagai perancang utama sambutan hari kemerdekaan tahun ini? Saya kesal kerana sejak sekian lama ulang tahun kemerdekaan menjadi premis UMNO menyebarkan propaganda politiknya. Pejuang-pejuang bukan UMNO telah dipadamkan. Pejuang kemerdekaan dalam kalangan ulama, wartawan dan guru tenggelam di sebalik penonjolan melampau politik UMNO.

    Saya fikir rakyat bukannya tidak patriotik tetapi meluat dengan penyalahgunaan premis ulang tahun kemerdekaan oleh puak-puak tertentu dalam UMNO. Saya dengar Najib berucap sempena kemerdekaan pun hanya kitar semula, tidak ada gagasan besar tentang kemerdekaan.

    Jadi kalau saya tutup TV semasa Najib berucap bukanlah tandanya saya tidak patriotik tetapi saya tidak mahu anasir tertentu mengaulkan ideologi politik dalam sambutan kemerdekaan. Semangat patriotik rakyat semakin tinggi, buktinya mereka sayangkan negara ini dan menghalang pihak yang mahu menghancurkan negara ini dengan meruntuhkan sistem perundangan dan kehakiman.

    ReplyDelete