Thursday, 27 August 2015

KECUALI SALLEH SAID KERUAK DAN ABDUL RAHMAN DAHLAN


LIFE OF ANNIE
Saudara(Saudari?) Annie: Saya sering mengikuti blog saudara yang menarik,ringan dan kadang-kadang berat  dan saya merasakan saudara tidak dapat menciumi tujuan penulis yang berkenaan. Saya pun telah menyiarkannya tetapi delete setelah menyedari rekaannya. Bagaimanapun itu adalah hak saudara.Nama telah dibetulkan.Maaf jika tersinggung -Zam
Ada sesaorang yang menulis kepada saya secara subtle, tersusun licin faktanya,halus dalam penyampaiannya.Mungkin dia seorang" Intelligence" yang cuba menjustifikasikan RM2.6 billion yang dimasukan  ke dalam akaun Presiden UMNO Datuk Seri Najib sebagai sumbangan untuk perjuangan Malaysia menentang Syiah dan IS dan untuk usaha perdamaian di Filifina dan Selatan Thai.

Setelah sense tujuan jahatnya saya tidak menyiarkannya kerana ini adalah cerita pendek rekaan yang karut marut untuk membersihkan nama Najib. Bagaimanapun untuk mengetahuinya anda bolehlah membacanya di  Blog Life of Annie yang dipersembahkannya secara bijak juga untuk menarik anda membacanya dan sebagai menjalankan tanggungjawab kesetiaannya. 

Bagi saya tulisan ini jika disiarkan hanyalah akan menghilangkan kredibliti blog saya.Bacalah cerita ini  di Life of Of Annie dan kemudian anda akan juga dapat mengenali lebih dekat siapa Life Of Annie dan boleh belajar spinning informasi  tidak secara Bangang untuk menunjukan Najib tidk memerlukan wang itu kerana dia  sememangnya adalah dari keluarga kaya.

Penulis ini sebenarnya  cuba menggambarkan seolah-olah dia telah mendedahkan rahsia besar kerajaan untuk meyakinkan pembaca.

Apapun ia menggambarkan  posting Mahathir yang terkini mengenai RM2.6 Billion amat meyakinkan dan  menggerunkan yang memerlukan usaha untuk membersihkannya.
 Nota:
Maaf ada kesilapan fahaman saya dalam posting ini terdahulu yang telah dibetulkan.

KECUALI SALLEH KERUAK DAN RAHMAN DAHLAN
Sesiapa juga yang membaca entry terkini Mantan Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir yang  bertajuk DERMA RM2.6 BILLION  pasti akan benar-benar merasa diperbodoh-bodohkan dan dihina taraf pemikiran mereka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib kecuali Menteri Komunikasi  dan Multi Media Datuk Sri Salleh Said Keruak dan juga Menteri Kesejahteraan Bandar dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang lebih pintar dari orang lain.

Atau mungkin juga kedua menteri  ini sengaja membodohkan diri atau buat-buat bodoh.

Inilah posting terbaru Tun Dr.Mahathir:
DERMA 2.6 BILION
1. Dato’ Sri Najib dan penyokong-penyokongnya perlu berhenti untuk cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya adalah derma.

2. Tiada siapa percaya atau boleh percaya bahawa wang sejumlah besar itu boleh diderma oleh sesiapa kepada Dato’ Sri Najib atau kepada sesiapa sahaja atas apa jua sebab.

3. Menjelaskan bahawa ia telah diberi kerana pendirian Malaysia terhadap Islamic State (IS) adalah tidak munasabah kerana Islamic State mulai menunjukkan jenama keganasan mereka itu hanya pada tahun 2014 manakala wang itu masuk pada tahun 2013 atau sebelum.

4. Berkata ia adalah kerana sikap kesederhanaan Malaysia dalam Islam adalah juga tidak masuk akal kerana Malaysia tidak pernah berpendirian melampau dalam amalan Islam.

5. Mengapa 700 juta dolar? Sesungguhnya ini adalah terlalu besar untuk keperluan pilihan raya di Malaysia, kecuali ia adalah untuk merasuah pengundi Malaysia. Mengapa ada orang yang mahu merasuahkan pengundi Malaysia supaya Najib boleh menang. Rakyat Malaysia telah menyokong BN tanpa perlu dibayar rasuah besar oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi oleh orang-orang asing.

6. TPM baru mengatakan dia telah berjumpa Arab yang memberikan wang itu. Jikalau begitu hendaklah ia buktikan bahawa Arab ini mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara lain. Apakah sumber wang ini? Apa perniagaan yang dia buat? Apakah nama bank yang dia gunakan? Tunjukkan akaunnya di bank, cek-cek yang beliau keluarkan, terutamanya USD700 juta itu. Bank penerima mesti masih memegang cek-cek itu.

7. Semua maklumat ini mungkin telah pun disahkan oleh pasukan petugas yang empat itu. Tetapi Najib telah membongkarkan pasukan petugas dengan memecat Peguam Negara, menghantar ketua SPRM bercuti, dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia Kerajaan.

8. Sekarang SPRM dikatakan masih menyiasat 2.6 bilion itu. Ia adalah suatu SPRM yang telah dilumpuhkan. Jika Najib serius untuk menyiasat RM2.6 bilion kepunyaannya dalam Ambank, beliau perlu melantik semula pasukan tugas yang asal. Satu pasukan petugas baru yang penuh dengan orang-orangnya tidak mempunyai kredibiliti.

9. Bank perlu mengekalkan kerahsiaan perbankan. Tetapi bank-bank juga dikehendaki melaporkan pengubahan wang haram yang disyaki. Bank-bank Malaysia, bank-bank Singapura, bank-bank Switzerland dan bank-bank Amerika tidak patut merahsiakan perniagaan mereka yang melibatkan wang yang disyaki dicuri. Apa yang telah dilakukan mereka?

10. Apabila wang yang dicuri dimasukkan melalui bank-bank, objektifnya adalah untuk menjadikan ia halal, untuk menyucinya (launder). Namun wang itu telah lesap dari Ambank kerana akaun itu ditutup.

11. Apabila akaun ditutup, ini tidak bermakna bahawa jumlah wang yang besar itu dibawa keluar secara tunai. Ia semestinya telah dipindahkan kepada bank lain. Namun kita tidak mendengar mana-mana bank yang melaporkan wang ini ada pada mereka. Dua akaun dilaporkan dibekukan di Singapura. Itu sahajakah? Sesungguhnya pemegang akaun perlu disiasat. Tetapi setakat ini tiada apa yang kedengaran. Adakah bank-bank boleh ambil wang ini! Jika ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang perlu diambil, sudah jelas wang ini telah dicuci (laundered).

12. Jika ini adalah demikiannya, maka mengapa bank perlu meneliti sejumlah wang yang banyak yang didepositkan dengannya. Lebih baik mereka langsung tidak meneliti jika jumlah besar yang mencurigakan itu, yang menjadikan subjek penuh kontroversi ini, disimpan sahaja oleh mereka.

13. Orang ramai mempunyai hak untuk tahu kerana orang ramai tidak percaya bahawa RM2.6 bilion adalah hadiah peribadi kepada PM Malaysia untuk beliau memenangi pilihan raya. Rakyat Malaysia tidak mahu mempercayai bahawa calon mereka untuk pejabat tertinggi di negara ini merupakan penama seseorang dari negara lain. Apakah yang akan menjadi kewajipan beliau kepada penyokong-penyokong? Adakah beliau akan berkhidmat untuk rakyat Malaysia atau untuk negara asing?

14. Berhentilah berfikir bahawa rakyat Malaysia bodoh.

18 comments:

  1. Si Bangang Perdana suka membodohkan rakyat mementing diri sampai ia sendiri akhirnya mencapai makam Jemuan.

    ReplyDelete
  2. Salam Tan Sri..

    Ada lagi Penggilap Epal tegar....yg juga dgn bersemangat selain 2 org ini....tidak lain tidak bukan;
    # TPM (telah pun mengaku dia tahu dan kenal dgn Arab yg menderma)...
    # Ahmad Maslan
    # Shahril Samad.

    Mereka tahu...yakin...percaya..kenal dgn penderma dsb.

    Betul seperti kata sdra.....mereka ini sama ada bodoh atau buat2 bodoh...dgn berfikiran bahawa rakyat Malaysia bodoh dan mempercayai semua rekaan mereka.

    Maka bercakap bohonglah bila sudah mencur....

    Sy jadi keliru dan merasa Agak PELIK bila mendengar Presiden berucap tentang 'Org2 Munafik'.

    "Bila berjanji ...org itu mungkir.
    Bila bercakap...org itu bohong.
    Bila diberi Amanah..org itu khianati."

    Betulkah apa yg dia kata.

    Wallahualllam.

    Allah sahaja yg mengetahui.

    Terima kasih.



    ReplyDelete
  3. Bagi kita yang cuma lepasan SPM pun sudah nampak betapa @#$%&%&$$ otak kedua pemimpin dari Sabah itu. Kita percaya kebanyakan rakyat Sabah semakin bijak dalam menilai wakil rakyat mereka, lebih-lebih lagi dengan betapa korupsinya pimpinan negara sekarang. Kita negeri lain juga sayangkan orang Sabah dimana rakyatnya banyak menyumbang kepada negara.

    Untuk memajukan sebuah negara dan kesejahteraan rakyat perlu ada pemimpin dan saf kepimpinan yang "sahih" berjiwa rakyat. Bukan hanya pemimpin yang adil dan sanggup menerima kritikan, tapi wakil rakyat tidak kira parti pemerintah maupun pembangkang berani memberi nasihat dan teguran yang membina dan konstruktif.

    Bukan itu sahaja, bahkan agensi-agensi kerajaan pun mesti bersifat berdikari dalam membuat keputusan selari dengan undang-undang negara dan adil kepada rakyat keseluruhannya.

    Saya bukanlah penyokong Mahathir tegar, tapi dalam keadaan sekarang beliau telah membuat satu keputusan yang tepat untuk menyelamatkan negara serta membuka minda rakyat. Sayang sekali pihak bulan, berserban tebal yang saya sokong selama ini, semacam tidak ada gerak minda dalam arus perdana, cuma sibuk dan kecoh dengan hukum kononnya "hudud" yang entah betul betul terdapat dalam Quran atau tidak. Kita sendiri mengkajinya secara mendalam. Jangan sampai membuat hukum ala IS atau Taliban yang sudah jauh lari dari Quran yang suka "membangsatkan" sesiapa yang tidak sokong mereka.

    Quran sendiri telah menegur Nabi Muhammad agar berhikmah dalam perjuangan dan jangan bersifat kasar serta jangan keluar perkataan yang tidak baik seperti "bahalol', "haram jadah", "bangsat". Tuhan sendiri telah tegur Muhammad agar jangan bermuka masam dalam surah Abasa'.

    Kesimpulannya Quran sahaja yang boleh dijadikan panduan untuk setiap manusia tidak kita apa bangsa, warna kulit, agama dll.


    ReplyDelete
  4. panglimo potaseh27 August 2015 at 14:55

    Salam Hormat dan Merdeka pada Ayahanda Chedet dan Pak Zam.

    Pada saya, kita tidak perlu tunggu UMNO tumbang untuk kita berasa bangsat. Sekarang ini juga , saya dan juga pada orang Melayu kebanyakan dan rakyat Malaysia keseluruhan sudah pun rasa dibodohkan dan dibangsatkan.

    Rakyat menjadi bangsat apabila pemimpin yang diamanahhkan memimpin terdiri daripada pemimpin yang bertaraf "keparat". Pemimpin yang "keparat" adalah pemimpin yang tidak beramanah dan munafik.

    Pemimpin seperti ini perlu berundur segera .. pemimpin yang keparat, tidak amanah dan memperbodohkan rakyat tidak diperlukan .. kemudiannya barulah kemerdekaan dapat dikecap dengan sempurna.

    ReplyDelete
  5. Zam nak jadi menteri balik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya umur 76 tahun dan saya senantiasa sedar diri saya. Darah daging saya bukan politik tetapi kewartawanan. Saya ingat awak tak kenal saya dan terlalu cetek dalam menilai saya.

      Saya sekarang menjadi Tenaga Adjung UPM di samping Karyawan Tamu UUM. Ini kebanggaan saya disamping blog saya yang tak ramai dikunjungi orang kira kira hanya antara 7-8 ribu sehari dan dan bila diguna oleh Malaysiakini dan Malaysian Innsider mungkin ratusan ribu.Jangan menilai diri saya macam taraf berfikir awak.

      Delete
    2. TS Zam. Tak payah layan org2 yang tohor pemikirannya. Hanya orang2 yang berjiwa besar boleh menilai macamana TunM, TS Zam, Dato Kadir Jasin dll menggunakan pena dengan pemikiran yang tuntas dan tajam dalam menegakkan kebenaran. May Allah reward all of those who have fought and who are still fighting for a beautiful Malaysia that we have lost . Thank you , from the bottom of our hearts. -young Malaysian

      Delete
  6. klu ada 30juta orang mcm anon 12:56 .aman m'sia.

    ReplyDelete
  7. Dari dulu lagi Aku tak pernah percaya dengan orang politik dari Sabah, terutamanya anak Taik Keruak. Dia ini mementingkan diri semata-mata!

    ReplyDelete
  8. Dah puas attack najib still x step down, kena buat cara lain la, attack umno pula, baru org2 sekeliling najib attack najib pulak

    ReplyDelete
  9. Macam mana nak menuju negara maju kalau pemimpin senantiasa memperbodohkan rakyat.

    ReplyDelete
  10. Abdul Rahman Dahlan sebok mencari idea untuk menyelamatkan Najib. Kenapa tidak dia mencari jalan mengurangkan harga rumah sedangkam dia adalan mentero perumahan.

    ReplyDelete
  11. Adakah benar seorang yang sudah kaya tidak lagi memerlukan wang seperti yang didakwa oleh seorang penulis yang menolak kemungkinan Najib mengambil wang sumbangan Arab untuk dirinya sendiri.

    Dia ini lupa kepada human nature. Seorang Raja yang sudah ada sebuah Istana mahukan sebuah istana lagi.Seorang isteri yang mempunyai sebuah beng tangan berharga RM50,000 mahukan pula beg tangan yang berhargaRM 100,000. Kenapa?

    Jawapannya ialah orang kaya compete dalam kelas mereka sendiri dan mereka merasa lebih miskin jika kekal dengan hanya sebuah Istana sedangkan raja yang lain mempunyai empat lima buah istana.

    Yang miskin pula hanya pakai proton saga dan dia juga tidak puas hati kerana kawannya pakai honda walaupun asas kemudahan yang dimiliki sama.

    Maka itu logik yang dibuat oleh seorang intelligenceNajib tidak boleh dipakai.

    ReplyDelete
  12. Keupayaan Najib yang paling dibangga oleh Rakyat Malaysia adalah memahsyurkan kata-bahasa 'bangang' dan 'bangsat' sehingga tidak lagi tergolong dalam perkataan kesat.
    Contohnya: Kalau dulu, blogger seperti Din Turtle tidak akan menyiarkan komen menyumpah yang mengandungi dua perkataan diatas, tetapi sekarang beliau lepaskan.

    Mungkin dengan berbuat demikian, dua perkataan menghina itu boleh dikembalikan semula kepada orang yang popularkan pengunaannya.

    Hanya seorang Pemimpin yang bangang dan bangsat, sanggup menipu hidup-hidup rakyat jelata demi kemewahan hidup.

    ReplyDelete
  13. Tiga blog yang setiap hari saya wajib bukak ialah Che Det, Tok Kadir Jasin dan TS Zam. Si Rocky Bru sama Raja Petra baca juga tapi macam kena bayar jek hehe. Opss sayalah rasa, maaf.

    ReplyDelete
  14. Zam. ...apakah ekonomi kita akan bertambah baik jika Najib kekal di PMO

    ReplyDelete
  15. Saya fikir saudara tidak usah melayan Salleh Keruak dan Rahman Dahlan itu. Mereka itu kalau Najib kata bulan berwarna biru pun mereka akan angguk dan mencanangkan bulan berwarna biru. Tidak usah ambil hati kerana barangkali takdir mereka dilahirkan oleh menjadi seperti mana yang saudara lihat sekarang.

    ReplyDelete