Friday, 14 August 2015

KEBANGKITAN WARTAWAN TENTANG NAJIB DARI DALAM UTUSAN

Walaupun dalam keadaan tertekan, tetapi wartawan-wartawan yang percaya kepada kebenaran, menilai harga diri dan prinsip, tetap bangun untuk bersuara berani tanpa mengambil kira bahaya kepada masa depannya.

Demikianlah sejarah berulang di Utusan Melayu yang menyimpan identiti kukuh sebagai akhbar perjuangan seperti yang disebutkan oleh William R. Roff dalam bukunya (Nasionalisme Melayu terjemahan ke Bahasa Melayu oleh Ahmad Boestamam).

Utusan sekarang sedang berhempas pulas berjuang untuk mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, tetapi dalam pada itu, Ketua Pengarangnya yang bijaksana, tidak dapat menahan kebangkitan dari dalam akhbar itu yang mendedahkan perasaan sebenar di sebalik sokongan yang diperbesarkan.

Mereka mestilah bersedia untuk menanggung akibatnya.

Pekara yang sama berlaku dalam era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Badawi yang melihat kebangkitan wartawan-wartawan berani yang sanggup berkorban.

Di era Perdana Menteri, Abdullah  Badawi, pemimpin-pemimpin UMNO takut untuk dilihat bersama dengan Tun Dr. Mahathir yang tidak mahu Abdullah, tetapi sekeping gambar yang tersiar di Utusan Malaysia yang menunjukkan Tan Sri Muhyiddin bersama Tun Dr. Mahathir di rumah Setiausaha Kerja UMNO, Raof telah memecahkan ketakutan ini.

Ini adalah sejarah berulang Utusan Melayu yang hanya silih berganti, pelakunya dari sejak lebih 50 tahun lalu.

Terbaru Utusan menggunakan gambar pertemuan mesra bekas TPM Muhyiddin dengan TPM baru  Zahid Hamidi di Johor yang menyebabkan beberapa bahagian UMNO telah menarik balik rancangan mereka untuk membatalkan jemputan kepada Muhyiddin bagi merasmikan mesyuarat bahagian masing-masing.

Di bidang kewartawanan, Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein telah menggemparkan kalangan penyokong Najib di ruangan tetapnya di MM dengan menolak wang RM2.6 billion yang dimasukan ke dalam akaun Najib sebagai wang UMNO.

Beliau berpendapat wang itu merupakan simpanan peribadi dengan alasan, sekiranya kepunyaan UMNO tentulah telah di ketahui oleh lain-lain pemimpin penting UMNO dan tidak hanya Najib seorang.

Kata Ku Seman "bila didedahkan sebagai wang UMNO, maka orang UMNO memikul  biawak hidup."

Apakah akibat kepada Ku Seman dari tulisannya yang dibantah keras oleh panglima-panglima barisan hadapan tentera penyerang Najib, diantaranya Ketua Pengarah Jasa, Puad Zarkashi dan Menteri Komunikasi dan Multi Media, Salleh Said Keruak. Mereka dan laskar-laskar lain dari JPM tentulah menalefon Ketua Pengarang Utusan Malaysia berkali-kali.

Setakat ini belum diketahui lagi nasib Ku Seman, namun telah heboh mengatakan beliau dipecat tetapi sumber saya mengatakan tidak.

Kebangkitan dari dalam ini telah juga disertai oleh beberapa orang anggota kanan Jabatan Pengarang Utusan Melayu lainnya dan ramai lagi yang sedang memendam rasa pastinya akan turut bersuara sama ada dari dalam atau dari  luar.

Setakat ini yang telah bersuara secara sinis,  ialah Penulis Kolum Cuit Cuit yang terkenal, Datuk Zaini Hassan yang juga ketua kepada persatuan bekas-bekas pelajar UiTM yang mempunyai ribuan anggota. Seorang lagi Pengarang Kanan yang juga kolumnis terkemuka Utusan Zulkfili Bakar.

Di bawah ini adalah petikan dari Blog Ku Seman Ku Hussein www.kayangdailypost.blogspot.com

Ku Seman Ku Hussein
Tersiar di Utusan Malaysia, dua orang kuat Perdana Menteri Najib Razak, Ketua Pengarah JASA, Puad Zarkashi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Salleh Said Keruak  telah "menjawab" tulisan saya dalam Mingguan Malaysia semalam mengenai derma RM2.6 bilion.

Bagaimanapun kedua-dua panglima  ini sama sekali tidak menyentuh isu yang saya bangkitkan iaitu  derma RM2.6 bilion itu bukan milik UMNO,  hujah saya seluruh kepimpinan tertinggi termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak tahu tentang kewujudan derma itu.

Jadi, secara logiknya apabila orang penting UMNO tidak tahu  mereka  tidak layak mengaku  derma yang  banyak itu milik mereka  melainkan mereka  bersedia memikul biawak hidup.  Sekarang UMNO memikul liabiliti  Najib yang akibatnya boleh meruntuhkan keyakinan rakyat  termasuk ahli UMNO kepada UMNO.

Yang ini tidak dijawab sebaliknya mereka spin  tulisan saya seolah-olah saya menuduh derma itu sebagai rasuah. Maka mereka  pun berkata, SPRM sudah mengesahkan derma itu bukan rasuah. Kenapa mereka menjawab suatu yang saya tidak mempersoalkan?

Kedua-dua panglima  ini menjawab seolah-olah saya mempertikaikan status derma itu.  Mereka ini kaki spin, sebab itulah cybertrooper  yang diketuai Puad  hanya layak dibaca oleh pengampu-pengampu UMNO sahaja.  Cuba cari dalam tulisan saya  adakah  ayat yang membawa maksud saya mempertikaikan derma itu sebagai rasuah?  Saya hanya mengatakan derma itu sebagai hak peribadi.

Puad juga mahu mengajar saya menulis.  Dia berkata sepatutnya saya  tanya adakah dana politik salah di sisi undang-undang.  Apakah Najib mencuri duit 1MDB dan apakah salah akaun  peribadi digunakan untuk menerima derma.

Untuk pengetahuan Fuad,  saya sangat faham  bahawa dana politik tidak salah di sisi undang-undang. Sebab itu saya tidak membangkitkan isu dana politik.  Saya juga tidak kata Najib mencuri duit 1MDB kerana belum terbukti  dan tidak mungkin dapat dibuktikan.  Saya juga tidak membangkitkan kesalahan menggunakan akaun peribadi untuk menerima derma kerana memang tidak salah.

Yang saya bangkitkan adalah derma  itu kepunyaan  Najib.  Kalau dana politik UMNO,  sudah tentu UMNO tahu sejak awal lagi.   Sebenarnya jawapan kedua-dua panglima Najib ini membuatkan rakyat melihat  pemimpin kanan UMNO  dilihat terlalu dungu hingga tidak tahu apa yang ada dalam akaun parti.  Derma disalurkan dalam akaun peribadi memang tidak salah, sebab itulah saya tidak membangkitkannya.

Mereka berdua juga tidak menjawab pertanyaan saya,  kenapa sebaik sahaja selepas The Wall Street Journal mendedahkan ada transaksi RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib,  ada pemimpin UMNO berkata bahawa itu dana politik?  Kenapa masing-masing diam termasuk Puad dan Salleh yang sekarang beriya-iya spin rakyat bahawa itu dana politik?  Janganlah menyembunyikan suatu yang tidak cerdik dengan tindakan yang tidak cerdik.

Sepatutnya mereka menjawab soalan cepu emas anak Menteri Besar Johor dulu sebelum menjawab tulisan saya.  Sebenarnya apabila membaca kenyataan mereka di Utusan Malaysia hari ini yang cuba memperendahkan hujah saya, tiba-tiba saya hilang hormat kepada mereka.

Mereka cuba menonjolkan diri sebagai pembela Najib tetapi pada masa yang sama tidak mempunyai kecerdikan yang tinggi. Maka akhirnya Fuad dan Salleh hanya boleh disamakan dengan juak-juak UMNO yang telah disihirkan  supaya menjadi tukang angguk.  Sama ada mereka mahu menjadi pembela buta dan tuli, itu soal mereka tetapi jangan menggunakan kuasa untuk menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang betul.

Saya mencabar sama ada Salleh (Menteri RTM)  atau Puad  supaya mengatur debat dengan saya mengenai isu fundamental derma RM2.6 bilion yang saya anggap bukan kepunyaan UMNO ini. Kalau disiarkan secara langsung di RTM lagi bagus  supaya mereka lebih kelihatan sebagai pembela Najib.  Saya sanggup untuk berdebat satu lawan dua dengan Salleh dan Puad.


UTUSAN TOP GUNS DON'T BUY RM2.6b STORY

Since Sunday, three articles by Umno mouthpiece Utusan Malaysia has dropped hints that the newspaper was not convinced by explanations about Prime Minister Najib Abdul Razak's receipt of RM2.6 billion in "donations".

Yesterday, the newspaper's senior editor Zaini Hassan wrote that he had been questioned recently by an acquaintance for keeping quiet about "donations and donors".

"His friends who have heard it all, burst out laughing. I replied 'keeping quiet' is better. Sometimes, what's implied in our hearts is better than saying it out loud.

"We all laughed again. But be it a Hari Raya function or a wedding, the gossip and topics are the same," wrote Zaini (photo).

He warned that the opposition is taking advantage of the "ongoing turmoil".

"DAP is clearly strategising quietly. So is PAS and others," he wrote.

This was Zaini's short opinion on the RM2.6 billion controversy and he did not elaborate further.

‘Restore Task force’s bite’

The day before, another senior editor Zulkiflee Bakar urged Putrajaya to restore the "special task force's bite".

Zulkiflee was referring to the task force initiated by former attorney-general Abdul Gani Patail four years ago, but was disbanded by his successor Mohamed Apandi Ali.

The task force involved multiple government agencies and was tasked with plugging leakages in government sources of revenue.

It later was involved in the probe on 1MDB, the RM2.6 billion "donation", and SRC International Sdn Bhd.

Soon after being appointed attorney-general, Mohamed Apandi (photo) announced that the task force was no longer needed.

Although Putrajaya has closed the chapter on the task force, Zulkiflee said that the task force had shown stellar results and should be given more emphasis.

"The integrity and strict attitudes of the task force made them a nightmare for syndicates. But as they were busy doing their duties, suddenly, they were silenced. There are rumours that the task force was disbanded because others were jealous.

"But under Mohamed Apandi, it is hoped that he would bring the task force to greater heights. The task force was not meant to make anyone popular or usurp the powers of any other agencies. Instead, the task force makes enforcement work better," wrote Zulkiflee.

BN leaders criticised

But perhaps the most overt criticism of the RM2.6 billion "donation" claim came from Ku Seman Ku Hussain in his article on Sunday.

Ku Seman criticised BN leaders for initially dismissing The Wall Street Journal report on the deposits in Najib's personal account, only to now claim that it was a donation or political funding for Umno.

He said that it has been established that it couldn't have been party funds because party leaders were unaware of it.

"Ordinary people know the difference between (donation and political funding). Political funding ends up in a party account and is subjected to auditing.

"But a donation into a personal account is an individual's right. The public is now urging Umno not to consider individual rights as Umno's rights.

"Thus, Umno needs to stress that the RM2.6 billion was (Najib's) personal matter. Don't say it is the party's right if party leaders themselves are unaware of its existence. Strange, isn't it?" asked Ku Seman.

Ku Seman also wrote of his support for the MACC and urged them to expedite their probe on SRC International.( From Malaysiakini)

20 comments:

  1. dalam dua tiga bulan ni nak beli utusan dan dilihat baca utusan pun saya rasa malu dan segan sebab depa dok bela najib sangat.
    la ni mungkin keadaan makin berubah sesuai dgn sentimen rakyat pembaca utusan yg mahukan kebenaran dlm isu 1mdb bukannya berita cover up.

    ReplyDelete
  2. Mmg terbaik la Ku Seman ni, berani kerana benar. Bukan Yes Man.

    ReplyDelete
  3. Kalu Ku Seman tak kena pecat pun dia tentu kena tukar jawatan ke kerusi pengarang hiburan atau setaraf dengannya. Mustahil dia kekal dijawatan sekarang. Puak-puak tentera Bugis dan IQ 3.85 tak leh dok diam lihat Ku Seman godam mereka lagi. Hi hi hi.... Alahai Hang Takdak teloq dan Hang Pi Mana. Tak ape...pilihanraya bukan esok...bukan lusa....lambat lagi....

    ReplyDelete
  4. it is all about Rosmah.....never ending story from young to dead end age

    ReplyDelete
  5. Syabas Ku Seman ! Maka tak salah dan tak silap walau SATU SEN pun apabila saya katakan di blog TS Zam ini tempohari bahawa saya beli Mingguan Malaysia hanya sebab ruangan Anekdot karya Ku Seman mahu saya baca. Kalau tidak memang tak beli dah.

    ReplyDelete
  6. Hok aloh...Zam kena pecat dari jawatan Ketua Pengarang Utusan kerana isu artikel mengenai bahasa bukan politik pun. Ini kes Ku Seman soal artikel politik sentuh PM..berani potong anu dia kena pecat. Hehehe....

    ReplyDelete
  7. ini semua salah rosmah.
    hahaha...hohoho.......!!!

    ReplyDelete
  8. Saya sokong Ku Seman. Saya menolak kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Najib Razak, akan tetapi saya tidak menolak Umno (belum lagi).

    ReplyDelete
  9. Bila manusia menggunakan akal fikiran dengan waras maka sempurnalah ia menerima sesatu,tetapi apabila sesaorang menggunakan nafsu lebeh dari akal maka yang keluar cacamarbalah jadinya.Inilah yang terjadi dalam Malaysia sekarang ini,lain ditanya lain jawapanya.Kelentong lebeh banyak dari apa yang patut untuk diketahui oleh Rakyaat. Syabas saudara Ku Seman dengan penerangan anda menepis penerangan mereka-mereka yang mengguna nafsu untuk menjawab.

    ReplyDelete
  10. SAUDARA MASH TULONG LEMBUTKAN SEDIKIT BAHASA BOLEH SAYA SIARKAN ASALKAN MAKSUD TERCAPAI.TK

    ReplyDelete
  11. Negara kita telah dirasuk iblis dan setan.
    Jangan marah ye ! Hang Takdak Biji

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Tan Sri,

    Pada saya Ku Seman dan rakan sepertinya di utusan merupakan aset penting kepada utusan pada ketika ini. Dalam senario politik ketika ini adalah mustahak bagi sesebuah syarikat akhbar memiliki wartawan /editor sepertinya . Ada keperluan intelektual untuk khalayak massa di samping faedah komersial untuk syarikat . Jadi tindakan pemecatan atau pertukaran posisi sekalipun sangat merugikan semua pihak . Sikap pembaca terdorong untuk membeli sesebuah akhbar antara lain kerana daya keintelektualan para editor dan wartawan nya.

    ReplyDelete
  13. Ku seman lagenda kewartawanan dalam pembikinan setaraf zam,kadir jasin,subky latif....tabik untuk beliau!!!!

    ReplyDelete
  14. Syabas KuSeman.Teruskan penulisan anda dengan penuh rasa tanggungjawab untuk menyedarkan khalayak.Agak malang dalam pemerhatian saya pemimpin umno di peringkat cawangan dan mungkin terdapat juga sedikit dibahagian sangat naif tentang isu semasa.Mungkin disebabkan akedemik yang rendah sangat memalukan bila mendengar mereka ini tumpang semangkuk membahaskan sesuatu.Jika membaca akhbar sekalipun tidak gemar membaca rencana yang berilmu.Tapi meraka inilah dipilih memegang jawatan kerana boleh berkerja tanpa banyak soal bersedia berrarak kesana kemari bila pemimpin besar datang.

    ReplyDelete
  15. Bagusla Ku Seman buat begitu, klu Utusan terus menulis cerita 'indah-indah' ttg Najib, maka akhbar tersebut akan menyaksikan kejatuhan secara mendadak jualannya di pasaran..Utusan sebenarnya telah menyedari hakikat bahawa rakyat menjauhi akhbar milik UMNO itu..dengan menjadi 'pembodek' Najib, semakin ramai pembaca setia Utusan turut sama beralih arah..Utusan tidak mahu perkara tersebut berlarutan kerana jika berlaku, kantung syarikat akan berkurangan dan akhirnya tidak mustahil akan lingkup..walaupun dana boleh disuntik, apalah ertinya jika akhbar tidak dijual..pengakhirannya, sesuai dijadikan pembungkus nasi lemak sahaja.

    ReplyDelete
  16. salam tuan,

    saya selalu mengikuti kolumnis ku seman sejak beliau mengkritik filem di pawagam di dalam ruangan tetap beliau di akhbar Utusan. Bagi saya, beliau mempunyai pemikiran analisis yang kritikal.

    Apabila beliau mengutarakan isu derma ini, saya merasakan beliau sudah tidak dapat menahan diri dari mengikut sama rentak dan emosi hampir keseluruhan rakyat Malaysia ketika ini.

    Saya merasa kagum kerana bukan sahaja beliau yang menulis, tetapi kepada ketua editor yang membenarkan penulisan itu di terbitkan. Saya amat yakin tuan lebih arif tentang hal seperti ini. The Edge adalah contoh terdekat.

    Rakyat biasa seperti saya percaya tindakan seperti ini umpama mencurah pasir ke nasi. Walau bagaimanapun, dengan sifat patriotik yang mementingkan masa depan negara dan bangsa, wartawan ku seman ini sanggup mengorbankan diri beliau demi menentang yang batil.

    Saya memuji tindakan beliau. Terima kasih kerana bersuara bagi pihak rakyat Malaysia yang sayang pada negara dan bangsa.

    ReplyDelete
  17. Tan Sri Zam !

    Pagi ni saya KECEWA. Anekdot Ku Seman TIDAK ADA dalam Mingguan Malaysia. Apa sudah jadi ?

    Apa Ketua Pengarang sudah tertewas ka :(

    Cuma sedikit pengubat hati, walau tajuk muka depan adalah pasal kenyataan TPM Ahmad Zahid tapi ada diselitkan penafian dan muka Tan Sri Muhyiddin juga.

    ReplyDelete
  18. Zam bila salleh ketiak n puad sarkas nak sambut cabaran debat dari ku seman ?
    Tak berani kot ?

    ReplyDelete
  19. Harini tulisan KU SEMAN tiada lagi terpapar di akhbar Mingguan Malaysia...adakah beliau telah 'dpeti sejukkan'? Najib perlu ambil iktibar bahawa segala tindakannya selama ini diperhati dengan teliti rakyat...mereka yang dahulu tidak berminat, mula menunjukkan protes terhadap sesuatu tindakan dilakukan...Najib jangan fikir beliau mampu mendiamkan rakyat dengan cara kuku besi...ini bukan zaman batu...bukan juga zaman rakyat hanya dibekalan maklumat menerusi mainstream media sahaja..ini zaman maklumat di hujung jari...mereka akan merujuk kepada portal-portal berita, blog-blog dan laman sosial yang mampu bekalkan maklumat yang tidak diperolehi dari media kawalan kerajaan.

    ReplyDelete
  20. Kecewa kerana Utusan ternampak seperti tidak memahami gelombang rakyat yg rata2 tidak berpihak kepada Najib dan pengampu2nya. Kerana itukah tulisan saudara Ku Seman sudah tidak muncul di ruangan Anekdot? Sekalipun Utusan adalah benteng Umno, biarlah ia menjadi benteng bagi pemimpin yg benar. Bukannya sama seperti badut2 disekeliling Najib sekarang..yg membutakan mata, memekakkan telinga dan mengeraskan hati demi survival politik mereka lebih dari survival parti dan bangsa. Saudara Ku Seman, terus menulis demi kebenaran. Dan Utusan, kembalilah ke landasan asal..anda adalah suara org melayu yg tulen, bukannya pelawak2 dipentas politik yg kotor dan memualkan

    ReplyDelete