Friday, 28 August 2015

JAWAPAN KEPADA PEMBANTU ISTERI PERDANA MENTERI ROSMAH MASOR

Rosmah Mansor
Merujuk kepada  berita yang tersiar di Malaysiakini dan inilah jawapan saya:




















Melaporkan berita atau rencana yang bersifat negatif atau positif dalam masa Krisis Perlembagaan antara Istana dan Kerajaan yang melibatkan secara langsung Almarhum Ayahanda kepada Duli Yang Mulia Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah dilakukan tidak sahaja oleh saya sebagai Ketua Pengarang  Kumpulan Utusan Melayu, tetapi juga oleh semua akhbar dalam tahun 1992-93.

Ini adalah fungsi akhbar atau media pada setiap hari terutama; dalam masa krisis atau peristiwa-peristiwa besar lainnya dimana; rakyat memerlukan maklumat lebih pantas dan lengkap untuk pengetahuan,fahaman dan pertimbangan mereka.

Bahawa Rizal Mansor, Pembantu Khas kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor menimbulkan fungsi ini sebagai suatu kesilapan yang dilakukan oleh saya dalam membandingkan sikap dan sokongan saya sekarang kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor menunjukkan ketidakfahamannya terhadap tugas media dan kecelaruan fikiran kerana mungkin didorongkan oleh sentimen untuk membela semata-mata sehingga hilang pertimbangan.

Jika itu merupakan pandangannya sendiri bolehlah dimaafkan,tetapi jika kenyataan itu adalah bagi pihak isteri Perdana Menteri, maka keupayaan dan kelayakannya tentulah menjadi persoalan, tidak sahaja kepada saya, tetapi juga pengamal-pengamal media lainnya yang tidak bangang.

Tambah merendahkan pandangan saya terhadap Rizal, apabila beliau membangkitkan kesilapan saya menyebutkan perkataan erection dan election dalam satu interviu dengan sebuah TV stesen lama dahulu, seolah-olah saya tidak memahami perkataan itu.

Sekarang ini barulah saya tahu, rupa-rupanya dialah yang tidak putus-putusnya menimbulkan hal ini yang pernah  ditimbulkan oleh orang-orang Anwar Ibrahim pada masa demonstrasi Bersih yang pertama. Saya ingin tahu adakah Rizal pernah menjadi penyokong Anwar ?

Selain dari itu, Rizal juga tidak memahami tulisan saya tentang perihal pentingnya negara ini mengekalkan sistem beraja demi untuk menyekat Perdana Menteri atau Isteri untuk menjadi Raja dan Permaisuri.

Tidaklah pandangan ini saya ditujukan kepada negara Malaysia sahaja, tetapi saya mengemukakan Great Britain sebagai contoh yang baik, kerana rakyat terus menghormati tradisi ini walaupun mereka mempunyai hak demokrasi yang luas.

Ini adalah oleh kerana mereka berpegang kepada kepercayaan dengan adanya Queen maka perdana menteri tidak merasakan bahawa dia mempunyai kuasa mutlak, walaupun berkuasa dari segi perlembagaan, sebaliknya selalu ingat ada kuasa yang lebih tinggi darinya, walaupun kuasa itu bersifat Raja Berperlembagaan.

Oleh kerana tidak ada rajalah, maka telah berlaku di Indonesia, Filipina, Pakistan dan lain-lain negara Asia dan Afrika,  presiden atau perdana menteri  mereka menjadi raja menjadi sehingga dibunuh atau digulingkan oleh rakyat.

Saya tidak tahu kiranya ingatan ini ada pada Datuk Seri Najib atau Rosmah sehingga pembantu Rosmah merasa sensitif untuk memberikan reaksi kepada pandangan saya yang ikhlas itu.

Tidaklah seharusnya sokongan saya kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, dianggap sebagai saya hendak menjadi hero kepadanya kerana bagindalah yang telah menjadi Hero kepada rakyat dalam keadaan rakyat diperbodohkan dan rakyat Johor malah rakyat seluruh Malaysia sewajarnya berbangga mempunyai seorang raja berjiwa rakyat seperti ini

Baginda telah bercakap bagi pihak  rakyat dan rakyat yang berada dalam keadaan amat tertekan amat menilainya. Dengan tindakan itu juga baginda menyedarkan rakyat bahawa raja sebagai simbol kedaulatan rakyat tidak hanya retorik semata-mata.

Janganlah Rizal Mansor memikirkan saya hendak menjadi hero kepada Sultan Johor kerana hendak mendapat gelaran dan sebagainya kerana saya sudah cukup dengan segala gelaran yang tidak terpakai oleh saya. Saya tidak boleh menghadiahkan satu pun darinya kepada Rizal kerana itu adalah amanah dari Sultan-Sultan, Gabenor dan juga Seri Paduka-Seri Paduka Yang Di Pertuan  Agong kepada saya.

Saya  menjalankan tugas saya sebagai wartawan dengan kesedaran berada di bawah naungan  Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan saya serta seluruh rakyat yang sedang berada dalam keadaan duka nistapa sekarang tidak ada lagi tempat untuk mengadu dan menaruh harapan kecuali kepada Majlis Raja-Raja yang amat dihormati dan disanjung tinggi.


26 comments:

  1. Rosmah Mansor ada berapa orang pembantu, boleh tak Najib atau Rizal jawab dan berapa gaji mereka. Tolong sampaikan soalan ini tuan ZAM

    ReplyDelete
  2. Rizal Mansor must be commended for doing his job, that is to score points for his bosses opponents. But in his quest to score many points at once, he may have inadvertently scored some own goals.

    Yes, I too remember that Zam wrote that. But the question here was it the truth, or did he make them up ? If he made them up, then he could have been charged under the Sedition Act and treason at that time ?

    Coming to the present issue, DYMM Sultan Johor and the TMJ have made statements supporting the Rakyat. What is so wrong with us who agree and have the same thought to support those statements ? Tell us under which Law have we violated ?

    You thought you would look splendid by writing against Zam. I understand that you are being paid to do your job. But choosing the Sultanate of Johor to hit back at Zam is very mischievous and obviously it has hit back on you instead. I bet you would have been very happy after giving that piece to Malaysiakini, of all the media.

    Did you have an Erection thereafter ? Actually we the Rakyat prefer an Election instead !

    ReplyDelete
  3. Daulat Tuanku !

    Saya anak jati Johor Darul Ta'zim, ALLAH PELIHARAKAN SULTAN !

    * Sepanjang usia saya mahu masuk 33 tahun ini Tan Sri, baru sekarang saya sedar kewujudan JURUCAKAP KHAS kepada isteri seorang Perdana Menteri. Walaupunsaya ini minat politik dan isu-isu negara, rupanya saya BANGANG bab ini. Saya tidak TERPERASAN yang Tun Dr Siti Hasmah juga dua isteri Pak Lah ada jurucakap rasmi. Pembantu Khas mestilah wujud tapi seperti tidakl;ah pula menonjol seperti isteri PM sekarang ini. Saya bangang agaknya Tan Sri walaupun sedang nak menyiapkan ijazah kedoktoran, aduh.

    ReplyDelete
  4. Rizal Mansor jenis jilat boss tak habis habis.

    ReplyDelete
  5. PANDAI PENGAMPU TUN MAHATHIR INI MENGGUNAKAN ISTANA DAN SULTAN BAGI MENUTUP KEJAHILAN BELIAU...ZAM KAMU MEMANG SEEKOR MENTADAK...BERUBAH MENGIKUT CUACA DAN MASA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalaluddin Kepong28 August 2015 at 12:09

      Zam, jangan ambil kisah orang seperti ini. Itu sahajalah daya mereka kerana daya otak mereka di kepala kutut,hidiup penuh dengan prasangka dan perasaan sentimen melulu,sampai ketualah duk macam tu

      Delete
    2. Anon 11:15,
      Are you a freaking jibgor chameleon changing your colors to criticize and slander others in cold-blooded fashion?

      Delete
  6. Assmkm Y. Bhg. Tan Sri

    Saya bagi pihak semua pembaca blog Tan Sri, memohon artikel mengenai Mengapa Raja Perlu, dikekalkan buat masa ni supaya lebih ramai dapat member pendapat dan komen.

    Artikel ini boleh membangkitkan banyak isu-isu yang amat penting bagi masa depan negara dan anak cucu kita.

    Terutamanya -- isu berkenaan legitimate atau tidak sesebuah kerajaan, berasaskan pendapat Ibn Khaldum. Sila baca buku beliau bertajuk MUKADIMAH

    Kedua isu-isu sempadan dan kesesuaian (applicability) konsep-konsep yang selalu di pakai seperti,

    1. It is the PM's prerogative -- misalnya to appoint and to sack DPM and other Cabinet ministers,

    2. Konsep dimana Raja dan Sultan tidak boleh campur tangan didalam urusan politik. Adakah konsep ini terpaksa diguna pakai tanpa sempadan, walaupun negara kita didalam didalam bahaya dan sedang menuju kehancuran?

    Perlu di-ingat Negara Zimbabwe -- oleh kerana kerakusan Mugabe -- hari ini tidak ada mata wang sendiri. Rakyat terpaksa menggunakan Dolar Amerika!!

    3. Konsep check and balance -- apakah peranan 5 tunggak pentadbiran negara didalam menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara. 5 Tunggak ini adalah

    1. Sultan, Raja, Gabenur dan Majlis Raja-Raja
    2. Parlimen,
    3. Mahkamah, dan sistem perhakiman,
    4. Pentadbiran Kerajaan yang dimainkan oleh PTD Malaysia, dan
    5. Kabinet jemaah menteri-menteri didalam menentukan perlaksanaan polisi

    Isu-isu ini amat penting dan semestinya berat. Biarlah pembaca2 bolg Tan Sri mendapat ruang untuk memberi pendapat dan komen masing.

    Artikel ini perlu di pamir sehingga tidak lagi komen2 yang diberikan. Setakat ini saya dapati komen yang diberikan berbentuk ringan.

    Syabas Tan Sri pantas menjawab bedilan pihak tertentu melalui budak berhingus yang ber-bin Mansor. Lebih dari itu -- Tan Sri jangan layan layan sangat. Jelas sangat dia ni budak suruhan.

    Mesaj yang Tan Sri sampaikan amat penting. Namum -- taktik kill the messenger because they do not like the message - telah digunakan.

    Terima kaseh dan wassalam

    Ekonomis Kampong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Ekonomis Kampong. Saya tidak akan buang rencana ini.Jika ada entry baru pun,masih dapat dibaca sebab saya kekalkan. Saya ada isu lain lagi yang hendak ditulis,umpamanya esuk ribuan orang Johor akan keluar kerana mengambil kesempatan kehadhiran Mahathir di Nothing2Hide2 di Johor esuk.

      Mereka tidak sahaja akan hadir untuk dengar ucapan Mahathir tetapi juga kerana Muhyiddin dihina malah dianggap derhaka oleh seorang Ketua Bahagian UMNO Selangor dan juga oleh kerana hendak berterima kasih sokongan kepada baginda Sultan yang membela mereka sebagai bukan bodoh.

      Delete
  7. Tan Sri jangan dok ambil pot lah dengan budak berhingus tu. Buat buang masa sahaja.

    ReplyDelete
  8. Orang melayu terkenal dengan budi bahasa yang tinggi dan lemah lembut dalam berbahasa, sekiranya kita lihat anonymous 11.15, kita pasti beliau bukan orang melayu sebenar (adakah orang bugis berbahasa begini), atau serba kekurangan dalam penggunaan bahasa ibunda. Mungkin terikut-ikut dengan cara ketuanya yang menggunakan bahasa kesat seperti bangsat, bangang dan haram jadah.

    ReplyDelete
  9. Salam Tan Sri,
    Bestnya membaca tulisan Tan Sri daripada kaca mata individu yang rapat dengan kepimpinan negara dahulu & kini....info ini sangat berguna kepada kami yang tidak tahu maklumat dalaman negara. Teruskan usaha Tan Sri sehingga kebenaran dapat ditegakkan dan kebatilan dapat dipatahkan..

    ReplyDelete
  10. Salam brader Zam.. Brader ni mmg berani sgt la..especially bila ramai sekarang yg kene sacked, retired, transferred, forced leave, etc. etc.

    Tapi saya percaya, you know what you are saying. Simply because you have seen Malaysia, and UMNO, since Tunku days smpai ke sekarang. Tak ramai yg masih hidup lagi yg experienced and exposed mcm you.

    You may not really know what is best for Malaysia, but you know what is NOT RIGHT !

    PM and politicians come and go. But I truly want UMNO and our multi-racial coalition BN stays, forever !

    ReplyDelete
  11. Woi!!Sial betol mamak tua ini. Turunkan lah gambar tu. Nak bantai Najib takpe, jangan la engkau kacau bini orang. Ptuihhh. Haramjadah betul mamak keling ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engkau tak suka tetapi mana engkau tahu bini Najib tak suka? Engkau buat nilaian engkau dan takkan sama dengan penilaian Rosmah. Itu hak engkau lah mamak tua yang berfikiran muda.

      Delete
  12. Amboi tan sri....saje lepas ke komen2 yg tak beretika ni? Saya baca pun tak seronok. Setidak2nya hormati lah tan sri kerana pengalaman tan sri bukan sedikit. Ni lah bangsa melayu yg tak berpelajaran dan pengetahuan...yg sanggup menghina diri sendiri. Sbb tu payah nak bersatu. FAKTA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila baca tulisan Economist Kampung diatas untuk menilai diri dan taraf berfikir saudara dalam kebenaran menilai diri saya. Kerana tak berpelajaran dan berpengetahuanlah maka tulisan saya menarik perhatian ramai termasuk dari orang yang tak terpelajar.

      Delete
    2. Tan sri telah tersalah sangka dgn kenyataan saya. Komen saya adalah merujuk kpd @ anon 14.27 28/8/15 d atas. Bukan kpd tan sri. Komen beliau menggambarkan tahap mentaliti yg amat rendah. Setidak2nya beliau harus menghormati tan sri kerana pengalaman tan sri bukan sedikit. Jgn berkata sesedap mulut begitu. Perbuatan beliau hanya menghina diri sendiri.Komen beliau jelas tidak beretika. Bukankah itu pertanyaan saya d awal permulaan? Sbb tu saya kata saya tak seronok membacanya.Itu mmg jelas d pihak saya....bukan mengata tan sri tak berpelajaran atau tiada pengetahuan.Saya juga tak perlu rujuk kpd komentar lain kerana saya tahu nilai harga maruah diri serta tahap pemikiran saya. Harap tan sri maklum. Dari jawaban tan sri itu....mmg tersasar sangat lah.....sbb saya bukan menilai diri tan sri. Mengapa jadi begitu?
      BERANI KERANA BENAR.

      Delete
  13. Oh Saya mohon berbanyak-banyak ampun dan maaf. Memanglah saya tersasar. Kurang hati-atau atau terburu-buru. Apa juga kata terkasar yang terkeluar adalah kerana salah faham. Jangan ambil hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaam buat ts zam.
      Nampak? Sbb tu saya suka membaca coretan ts zam. Sifat begini cuma ada pada pemimpin2 dahulu. Kesilapan ts zam tidak dapat saya maafkan kerana ts zam TIDAK bersalah dgn saya.....dan saya tidak langsung terasa hati. Saya tetap BANGGA dgn sikap ts zam yg ternyata cukup berpengalaman. Bagi saya mudah,sewaktu dlm kabinet dulu ts zam TETAP berjasa kpd negara. Mana mungkin tidak.Bagi saya jika seseorg itu mampu menghasilkan buku2 yg baik adalah seorg yg bijak dan ada kelebihan tersendiri. Bukan kerja senang tu!
      Apa pun syabas ts zam.
      Terima kasih.
      Sekian.
      Salaam hormat dari saya.

      Delete
    2. Yang penting bagi kita di hari tua menyedari atau sedar akan kelemahan kita. Memang benar kita cepat nak marah dan sebagainya tetapi jika kita sedar maka kita a dapat mengawalnya.

      Kesedaran ini timbul kerana pembacaan dan pergaulan kita.

      Dalam Parlimen saya banyak belajar cara Lee Kuan Yew dan Mahathir mengawal emosi mereka,menjawab serangan dan memberikan fikiran dengan teratur.Mereka tidak marah2 dan tidak mengangkat suara tinggi tetapi meyakinkan berbanding dengan yang bergantung semata-mata kepada wahyu dan cuba mempengaruhi orang dengan eomosi.

      Ini juga berfaedah kepada saya sekalipun dalam rumah tangga sendiri.
      Kita lihat banyak bencana dari kemarahan dan emosi yang tak terkawal. Terima Kasih.

      Delete
    3. Setuju sangat. Dari kemarahan, timbul bencana yg membawa penyesalan tak sudah..sekarang rakyat dah tak percaya langsung pada kepimpinanan PM Najib. Tambahan sifat isteri yg lebih sudu dari kuah.Ego nya mengalah mak mertua Tun Hjh Rahah yg juga pernah menjadi isteri Perdana Menteri Malaysia juga.
      Wassalam.

      Delete
  14. Salam Tan Sri,

    Satu lagi realiti yang patut kita sama sama akui.ialah.faktor usia sangat mempengaruhi emosi dan pemikiran kita. Lagi lanjut usia kita lagi cepat atau mudah kita tersentuh . Saya sendiri misalnya sejak usia menghampiri tujuh puluhan ni tak boleh silap sikit gaduh ( mudah) nak terasa (tersinggung) .

    Terapi yang selalu saya selalu saya gunakan ialah istigfar atau tasbih . Setakat ini al hamdulillah Allah izinkan . Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan seorg tua yg berilmu. Alhamdulillah...teruskan kerana itu yg terbaik. Tersentuh itu adalah kerana jiwa yg semakin halus dan pengalaman lalu yg membina hari tua kita. Sbb itu saya suka berbual dan mengasihi org2 yg lebih berumur dari saya. Setidak2nya pengalaman mereka menjadi panduan yg berguna buat saya.
      Salaam hormat tuan.

      Delete
  15. Hang Jebat.Melaka29 August 2015 at 11:29

    HEY ORANG MELAKA. SILALAH KE JOHOR. JANGANLAH IKUT KM MU YANG JADI HANG TUAH KETIKA RAKYAT MEMERLUKAN HANG JEBAT. DIA TIDAK TAHU PERASAAN RAKYAT JELATA KERANA DIA NAMPAK NEGERI MELAKA ELOK BELAKA TETAPI KEKECEWAAN RAKYAT TIDAK KERANA TIADA PEMBANGUNAN TETAPI KERANA KEHILANGAN RM2.6 BLLION YANG TIDAK DAPAT DICARI GANTI.

    MARILAH KITA BERHIMPUN DI JOHOR HARI INI UNTUK MENUNTUT SUPAYA WANG ITU DIKEMBALIKAN KEPADA AHLI UMNO DAN RAKYAT.

    ReplyDelete
  16. Nurain Shamsuddin.29 August 2015 at 11:30

    CANTIK SUNGGUH GAMBAR ROSMAH INI.MEMANG SESUAI DENGAN PERWATAKKANNYA

    ReplyDelete