Friday, 21 August 2015

JAMES A TRUE MALAYSIAN AT HEART

By Pro Dr Moaz

To Zam I say thank you for your excellent write-up on the late James Putucheary. I have in fact read all the books you have mentioned in your article. I agree with you that the late James Putucheary was an exemplary intellect, scholar and nationalist. 

Leaning towards Marxism and branded a communist by his friends and enemies he in actuality had a soft spot for the poor - the Malays, in particular, then. He was never a racist by nature, though. He had a dream for the nation where all races could live together with the least economic disparity among them. He never dreamt of seeking fame or decorations in life - but to sincerely pour out ideas that could help alleviate the plights of the poor.

 His ideas on race and the economy espoused in his book, "Ownership and Control In The Malayan Economy" embody the issues of economic inequality in the society then - the gap between the rich and the poor, and how to narrow this huge gulf of difference. 

Of course, he had the communist ideology and approach to this formula and process but this ideological preference of his did not make him less nationalistic or Malayan. In fact, he was more nationalistic then many of his contemporaries who were English educated during that time. 

The late James, being an Indian by racial origin was a true Malayan at heart, He felt for the poor Malays and it was this feeling of his that made him come up with solutions to help assist the nation in designing the NEP. Bangsa Malaysia was the vision of past leaders for the country and every Malaysian must be aware that one of the the NEP's thrust was to narrow the gap between the rich and the poor - irrespective of race.

To the late James, we cherish his contribution. And his name will always remain unblemished in the minds of Malaysians. And to Zam, again I say thank you for the write-up. I expect more from you on "patriotic" topics such as this.

Prof Dr Moaz

Bacalah posting terdahulu  mengenai James Putucheary di bawah

17 comments:

  1. Well expressed, Prof Moaz. I should not judge any person by his philosophical or religious inclination. James Putucheary was a true Malaysian.

    ReplyDelete
  2. RIP, Mr James. Kami tetap mengenang jasa saudara.

    ReplyDelete
  3. Zam foto di atas baru betul bukan yg posting terdahulu. Harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar terdahulu saya ambil dari google,mungkin semasa mendiang masih muda.Atau mungkin pic google juga silap.

      Delete
  4. panglimo potaseh21 August 2015 at 11:52

    Falsafah sosialis dan komunis pada sekian lama telah disalah ertikan. Wujudnya falsafah ini adalah akibat daripada golongan istana yang telah menekan rakyat dengan semahu mahunya, golongan ini telah diampu oleh puak kapitalis dan ugama. Mereka telah menyapu habis segala kekayaan negara dengan cara apa sekali pun dan dihalalkan oleh para agamawan yang turut sama ambil kesempatan membajak kekayaan.

    Wujudnya ide DEB adalah berasaskan landasan sosialis yang berkiblat kesamarataan. Tidak keterlaluan kolompok sosialis ini adalah kelompok pemikir kehidupan yang "real" dan sepatutnya. Pak Zam mungkin setuju pemimpin berpandangan jauh seperti Chedet fokusnya berkantakan sosialis. Ide gagasan tanah Felda adalah datangnya daripada konsep sosialis Russia. Hasilnya Felda bolehlah dianggap berjaya dan gagasan ini perlu terus dirancang dan dijaga dengan baik supaya ia terhindar daripada niat tamak dan jahat terutama daripada pemimpinnya.

    DEB bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan sosial dan ekonomi diantara kaum di Malaysia. Hasilnya didalam beberapa aspek DEB telah berjaya melonjakan kemajuan kaum yang tertinggal tadi tetapi malangnya jurang didalam kaum itu sendiri sudah semakan melebar. Sifat tamak haloba didalam kaum itu untuk mencari kekayaan yang tidak pernah cukup telah mencacatkan dasar murni ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Mahathir mix sosialisme and kapitalisme. Dia percaya kapitalisme besarkan kek tetapi sosialisme dan komunisme memperkecilkan kek.Maka itu pemimpin-pemimpin negara komunis makan kek yang kecil antara mereka dan rakyat tidak cukup makan.Ini saya lihat sendiri di Rumania, Russia, China. Yugoslavia dan Burma tetapi di Iraq dan Libya rakyat cukup makan dan pakai.

      Delete
    2. Maksud saya Iraq dan Libya makmur semasa pemerentahan Gadafi dan Sadam Hussein walaupun mereka kejam.

      Delete
    3. Salam Tan Sri Zam

      Saya bersetuju dengan pandangan Tan Sri bahawa Tun Dr Mahathir telah berjaya mengadunkan kapitalisme dengan sosialisme dengan baik sekali. Antara jasa besar Ayahanda Tun adalah dengan menubuhkan Institut Jantung Negara (IJN) yang menggambarkan berjayanya ' Private Public Partnership' dan pada masa yang sama, antara pusat surgeri jantung terkenal di dunia. Saya doakan agar Tan Sri Zam diberkati dan dirahmati ALLAH serta dikurniakan usia dan kesehatan yang berpanjangan.

      Delete
  5. Salam Abang Zam,

    Saya berpendapat apa saja kefahaman setiap rakyat Malaysia tidak kira peringkat mana, bangsa mana asalkan tidak menyusahkan rakyat keseluruhannya maka itulah yang kita idam-idamkan sekarang.

    Apa yang saya maksudkan ialah, kenapa sekarang seakan-akan kurang wajah Malaysia dalam masyarakat.

    Contoh :

    1. Pada tahun 70an/80an dalam bidang bolasepak, kita ada Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh, K Arumugam dll. Lihat betapa pasukan bolasepak Malaysia di geruni bukan sahaja di rantau Asia Tenggara bahkan rantau Asia. Kalau dulu, fan bolasepak orang Korea/Jepun takut bila mendengar nama Mokhtar Dahari gerun di hati mereka. Minta maaf, sekarang dengan Timor Leste pun kita dah di malukan. Lihat saja teknik permainan bolasepak Malaysia bila menentang German pada tahun 1972 ..... world class. Sekarang, nak hantar bola pun kelaut China Selatan. Kalau dulu penonton Cina,India penuh stadium. Sekarang liga Malaysia, nak cari penonton orang muda Cina/India di stadium pun susah nak nampak. Kecuali .... bila ada pasukan EPL mcm Liverpool, Manchester United, barulah nampak orang Cina/Inda di stadium. Nak salahkan siapa sekarang?

    2. Lihat industri muzik tahun 70an/80an .... AlleyCat betul-betul wajah Malaysia, Kenny Renny Martin, Andre Goh ..... wow. lagu mereka hebat walaupun bangsa Cina. Sekarang, hatta penyanyi Melayu sendiri pun susah nak lagu ala-ala wajah Malaysia.

    3. Lihat TV sitcom komedi bahasa Melayu awal 80an ada Achapan, ada komedian Cina , sekarang, susah nampak dua bangsa ini dalam arus perdana TV/Astro komedi.

    4. Sekarang, nak lihat orang Cina (bukan semua) bila di interview dalam TV, kebanyakan cakap bahasa English, kurang sangat bahasa Melayu, walaupun rancangan TV itu dalam bahasa Melayu. Apakah mereka malu nak bercakap dalam bahasa Melayu? Atau susah nak cakap? Malulah kalau tak pandai cakap bahasa Melayu dengan betul, sedangkan sekarang ini orang muda Russia, Iraq, Jerman, China sebagai contoh, boleh bertutur bahasa Melayu dengan bagus. Apakah kebanyakan rakyat Malaysia bangsa Tiong Hua tidak mahu betul-betul fasih berbahasa Melayu? Ini fakta sebenar. Lihatlah dalam TV betul-betul. Yang paling sedih kalau orang Melayu sendiri malu nak bertutur bahasa Melayu. Tak salah nak berbahasa Inggeriskah, Jermankah, Jepunkah, Koreakah. Itu bahasa sahaja. Tapi sifat patriotik sebagai bangsa Malaysia kena kuat. Taklah nanti kita ditertawakan orang negara lain. (Nota : Mengikut sejarah lama, Residen British Sir Frank Swettenham sendiri fasih berbahasa Melayu, Laksamana Cheng Ho...mungkin?)

    5. Jadi ..... bila lagi ada wajah Malaysia? Bahasa penyatuan bangsa Malaysia.

    Sekadar pandangan rakyat Malaysia yang rindukan zaman dimana anak Melayu, Cina, India sama-sama main guli di laman rumah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara ankn 1434.

      saya setuju dengan catitan dan perbandingan saudara dulu dan sekarang.

      saya rasa untuk betulkan keadaan hapuskan sekolah jenis kebangsaan dan jadikan satu aliran sahaja sistem pembelajaran Malaysia. Kalau tidak polar perkauman akan makin parah. Cuba kita bandingkan Indonesia, Thailand dan Singapura. Mereka hanya ada SATU ALIRAN BAHASA PENGANTAR di Sekolah. Lihat bagaimana mereka lebih maju dari Malaysia dalam perpaduan kaum.

      Najib mesti bertindak cepat bukan main wayang. Zaman honeymoon dan habis.

      Jangan nanti berlaku lagi RUSUHAN KAUM. NAK SALAHKAN SIAPA?

      Delete
    2. Begitu juga dengan rancangan TV, saya yakin kebanyakan kita menghabiskan masa terluang setidak-tidaknya 1-2 jam sehari. Ambil contoh iklan-iklan yang disiarkan di waktu perdana (6-10pm), setiap kali pengucapan Melayu dan gerak mulut tidak sekata maka amatlah menjengkelkan. Cukup mudah kerja mereka, hanya import iklan dari negeri-negeri jiran dengan wajah Pan-Asian, alih bahasa dengan skrip yang tangkap muat (asalkan muat dengan gerak mulut) dan sajikan kepada konsumer. DI mana norma-norma tempatan/Malaysia, siapa kisah? Demikian juga kegemaran kita meniru rancangan-rancangan luar (US, Korea) yang kosong pengisiannya tetapi asalkan meningkatkan 'rating', 'viewership' dan potensi pengiklanan maka tidak mengapalah rakyat-rakyat kita disodorkan dengan sampah sarap asing. Setidak-tidaknya bagi media-media kita, fikiran massa akan menjadi tepu dengan madat, kita dicandukan dengan pengisian picisan dan akhirnya tidak mampu untuk menganalisa permasalahan yang lebih besar ("isu 1M**? krisis ekonomi? sorilah beb gua malas nak fikir! tukar channel, gua nak tengok AF.")

      Delete
    3. Radion IKIM paling tidak cakna Bahasa Melayu. Juruhebah suka suka guna perkataan Ingriss walaupun perkataan Melayu ada. Rindu pada Datuk Mohammad Rahmat diRTM dulu, amat tegas orang nya.

      Kesian perkataan "tempat" tidak ada tempat dalam surat kabar hari ini , diganti dengan "lokasi". Bagaimana Zaaba menulis berita menunjukan ketekunan tanpa guna perkataan kommit, komited dan komitment. Adahai Bahasa Melayu, akan mati mu seperti tulisan Rumi di Nusantara ini.

      Delete
  6. Sekadar mengimbau kembali ....
    Lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa' amat indah tempo nya , ringkas , tetapi tepat dan padat isinya. Tidak pasti siapa penciptanya. TS Zam, 'zaman itu telah berlalu' kah?!

    Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
    Marilah amalkan ramai-ramai.
    Bahasalah menyatukan kita semua
    Yakinlah bahasa jiwa bangsa

    Marilah mari rakyat semua
    Buktikan taat setia
    Dengan satu bahasa
    Maju bangsa dan maju negara
    Megahkan bahasa kita
    Bahasa jiwa bangsa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika lain2 Negara di rantau Asia hanya ada satu aliran pembelajaran kebangsaan.

      Kenapa mesti Malaysia mengamalkan sistem aliran pembelajaran Jenis Kebangsaan.


      Diman rasionalnya? Sudah 58 tahun Merdeka. Dimana keberhasilan penyatuan bangsa Malaysia. Sekadar slogan Muhibbbah tetapi HAMPAS. Sistem terdahulu gagal maka SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN MESTI DIHAPUSKAN DAN DIGANTI DENGAN SEKOLAH SATU ALIRAN KEBANGSAAN MALAYSIA.

      Hasilnya kita akan lihat 20 tahun dari sekarang. Yakinlah.

      Sekolah Cina dan Tamil adakah telah membuahkan hasil SATU BANGSA MALAYSIA? Jawapannya TIDAK. Polar perkauman semakin parah. Bertindaklah wahai pemimpin JANGAN JADI SEPERTI AYAM KOKOK BERDERAI DERAI TAPI EKOR BERGELUMANG TAHI.

      Delete
  7. Mr. James Putucheary must have been a nightmare for brahmin-caste chauvinists and every self-serving bangsatwan ....

    ReplyDelete
  8. Jangan libatkan agama atau di"agamakan" sekolah aliran utama di negara ini, Sabjek agama atau hal-hal berkait agama jangan dicampur adukkan. Jadikan sekolah kebangsaan betul-betul neutral. Ramai nanti pelajar semua kaum minat ke sekolah ini.
    Kes Singapura - LKY tidak melarang sekolah2 aliran jenis kebangsaan pada permulaannya. Tetapi apabila sekolah aliran utama menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, ini menjadi tarikan orang ramai. Dengan sendirinya sekolah jenis kebangsaan lingkup. Yang hidup dan maju sampai sekarang ialah sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

    Dalam konteks Malaysia perkasakan sekolah kebangsaan dengan bahasa Melayu tetapi juga hendaklahdi perkasakan pengajaran bahasa Inggeris dan jangan jadikan sekolah kebangsaan sekolah seolah-olah untuk orang Melayu sahaja dengan meng"agama"kan sekolah ini. Jadikan sekolah kebangsaan untuk semua kaum. Ini akan memikat lebih ramai belajar di sekolah kebangsaan.

    Sekolah jenis kebangsaan termasuk juga sekolah Agama selain sekolah Cina dan Tamil. Elok jika sekolah-sekolah jenis ini tidak lagi wujud jika sekolah kebangsaan boleh dijadikan 'School of Choice for All". Harus kena ada "political will" semua kaum untuk mencapai matlamat ini.

    ReplyDelete