Monday, 3 August 2015

EXPERIMENT MALAYSIA DENGAN DEMOKRASI BARU TELAH BERAKHIR

RAKYAT MAHU SULTAN JOHOR SELAMATKAN UMNO.

SEMBAHYANG HAJAT HILANG KEYAKINAN PADA NAJIB(lihat komen)

Harapan Presiden UMNO  Datuk Seri Najib untuk ketua -ketua bahagian UMNO di seluruh negara menutup mUlut  berhubung dengan ISU 1MDB  nampaknya tidak mungkin lagi apabila Menteri Besar Johor Datuk Seri Muhamed Khalid Nordin memberikan mesej supaya  seluruh ahli UMNO tidak lagi berdiam diri kerana UMNO telah dikhianati.

Tulisan dalam facebooknya hari ini, Datuk Seri Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor memberikan gambaran bahawa rasuah sekarang  sudah menjadi budaya UMNO

Ini telah disokong pula oleh anaknya Akmal Saufi Pengerusi Jawatankuaa Keselamatan ,Undang-Undang dan Belia Parlimen  dengan mengemukakan 15 soalan untuk di jawab oleh Datuk Seri Najib berhubung dengan 1MDB berikutan dengan pengesahan SPRM wang RM2.6 billion telah dimasukan ke dalam akaunnya( Lihat berita sepenuhnya di bawah).



BERAKHIRNYA SUATU EKPERIMENT....

Setelah mencapai kemenangan gemilang pada Pilihanraya Umum 2004, Perdana Menteri Abdullah Badawi atas nasihat menantunya Khairy Jamaluddin dan lain-lain ditingkat empat JPM telah menjanjikan kebebasan dan demokrasi yang lebih luas untuk negara dan rakyat.

Tindakan segera yang dilakukan untuk memperlihatkan sebagai langkah pemulihan demokrasi  yang mengejutkan dan memberikan impak besar ialah dengan melepaskan  Anwar Ibrahim dari penjara.

Ini diteruskan lagi  dengan menunjukan komitment terhadap keadilan dengan menghadiahkan  berjuta ringgit kepada beberapa orang hakim yang terinanya.

Semua perbuatan  ini memberikan  tamparan hebat kemuka  Mantan Perdana Menteri Tun  Dr.Mahathir atas keyakinan akan segera menjadikan imej kepimpinan dan kewibawaan  Abdullah di kalangan pembangkang dan  rakyat lebih besar dan lebih hebat dari Tun Dr.Mahathir .

Sekaligus terlihat  kepada rakyat bahawa Abdullah  bukanlah authoritarian seperti  Dr.Mahathir yang melantiknya sebagai Perdana Menteri dan meyakinkannya menghadapi Pilihanraya Umum 2008 tetapi beliau telah membayar harga yang sangat mahal bagi euphoria kebebasan ini  sehingga terpaksa diundurkan dari jawatan Perdana Menteri lebih awal.

Orang Melayu dan khususnya UMNO telah melihat  kebebasan yang diberikannnya itu membangkitkan serangan bertubi-bertubi ke atas Perlembagaan di bawah kebebasan yang  tidak terbatas lagi dan sekaligus mengalihkan persepsi terhadap  media yang mempertahankan Perlembagaan sebagai racis dan media yang menentang status Perlembagaan sebagai nationalis.

Yang terluka parah akibat serangan ini ialah  Utusan Malaysia( Utusan Melayu)   kerana tertunjul sebagai  satu-satunya akhbar yang tidak ikut arus sebaliknya terus  mempertahankan Perlembagaan  sebaliknya lain-lain akhbar perdana  terutama NST terus memberikan beberapa pendedahan terhadap ketidakadilan Perlembagaan  untuk menunjukan perjalanan demokrasi baru di bawah pemerintahanAbdullah Badawi.

Provokasi membangkitkan keistemewaan kedudukan agama Islam  dan institusi Melayu berlaku dengan sewenang-wenang menerusi berbagai berita dan rencana.

Saya masih ingat apabila saya sebagai Timbalan Menteri Penerangan  menegur NST kerana menyiarkan gambar kartoon Nabi Muhammad SAW maka dengan senghaja akhbar  ini yang mempunyai hubungan khas dengan PM Abdullah Badawi telah mengulangi siarannya semata-mata untuk menunjukan kekebalannya.

Akhbar The Star mencanai  berita dan juga rencana kolumnis  kolumnis tetap yang percaya kepada nilai globalisasi Barat dan terus menegur kecacatan demokrasi baru Malaysia seperti ketiadaan  hak lesbian dan homosexsual  malah yang terakhir ketiadaan  hak untuk orang Cina berpakaian  biadab ke pejabat-pejabat kerajaan.

Akhbar The Star menjuarai kumpulan liberalis yang menghentam gerakan-gerakan nasionalis Melayu dan agama dibawah slogan  moderation dengan memperalatkan beberapa kerat  Western Oriented Gentelment(WOG) Melayu sehingga mereka merasa lebih besar dari diri mereka yang sebenar.

Najib memberikan impak yang lebih besar kepada wajah demokrasi barunya dengan menghapuskan  ISA yang   menggemparkan negara dan meningkatkan lagi suhu euphoria kebebasan  supaya   demokrasi Malaysia terlihat setanding dengan Demokrasi Barat dan tidak lagi terikat dengan nilai-nilai kebebasan di bawah Wawasan 2020.

Nilai-nilai kebebasan  ini  terpancar menerusi  kebebasan bersuara, kebebasan akhbar,kebebasan media sosial, kebebasan portal berita, kebebasan politik,kebebasan agama dan kebebasan kehakiman.

Pengamal media, pengamal undang-undang , kalangan pembangkang dan generasi muda negara mengexploitasi sepenuhnya udara kebebasan baru ini.

Gembira dengan keyakinan Barat yang semakin tinggi terhadapnya, Najib   telah melangkah  keperingkat untuk menghapuskan Akta Hasutan yang sekian lama menjadi tunjang kepada kekuatan  bangsa,agama dan negara tetapi partinya sendiri UMNO  yang sedang gementar dengan ketiadaan ISA   dan juga pihak keselamatan negara telah menyekatnya.

Kita harus kembali kepada sejarah untuk mencari  pengajaran dan membuat perbandingan: Pindaan Akta Hasutan selepas trajidi 13 Mei 1969 sebenarnya bukan hanya untuk menyelamatkan UMNO dan orang Melayu tetapi juga parti-parti  bukan Melayu yang berkawan dengan  UMNO  dari terus  menjadi sasaran bersifat perkauman dari parti-parti pembangkang dan gulongan cauvanis Cina.

Tetapi di bawah kebebasan baru Abdullah&Najib tembok sekatan  ini runtuh dalam pilihanraya 2008 dan menjadi tsunami dalam pilihanraya 2013.

Tujuan pindaan itu sebenarnya adalah untuk  mencegah dari  dibangkitkan semula hak-hak rakyat yang  terjamin  dalam perlembagaan yang  menyebabkan  MCA dan MIC berada dalam keadaan tidak dapat mempertahankan diri  kerana mereka terpaksa mempertahankan Perlembagaan atas fahaman terhadap sosial kontrak yang menjadi  asas kemerdekaan negara.

Ini  dijelaskan dengan terus terang oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri  Allahyarham Tun Dr. Ismail dalam bukunya The Reluctan Politician muka 237 :

"We therefore enshrine the issue in the Constitution as subjects that cannot be raised in any form by the Oposition. Thus the weakness of our partners is protected. 

"In future the MIC and the MCA cannot turn to UMNO and say they face difficulties with these issues bercause from now on they will not be trouble by such issues"

Saya mengemukakan pekara ini adalah untuk menunjukan betapa kita sendiri telah meruntuhkan tembok perlindungan bangsa yang hanya disedari  apabila memakan diri sendiri.

Tindakan keselamatan yang terpaksa diambil dalam menghadapi tekanan dengan cara  tergesa-gesa menampakan pengunduran yang jauh dari peradaban demokrasi.

Ini terasa oleh rakyat dan terlihat oleh dunia dengan pemberhentian serta merta Peguam Negara,pengambilan anggota kabinet dari kalangan yang sedang menjalankan penyiasatan atas 1MDB dan yang paling menggemparkan penyingkiran Timbalan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin kerana  kritikal terhadap 1MDB.

Rakyat melihatnya sebagai usaha   untuk melindungi rasuah,penyelewengan wang  dan penyalahgunaan kuasa tanpa mempedulikan lagi kesannya kepada nilai moral dan wajah  demokrasi.

Rakyat yang berada dalam euphoria kebebasan baru  tidak boleh disalahkan bila mempunyai prasangka buruk terhadap kerajaan atas tindakan-tindakan yang dilakukan kerana mereka merasa kebebasan yang diyakinkan kepada mereka sejak zaman Abdullah Badawi hingga ke Najib  telah ditarik balik.

Mereka tidak lagi  dapat  mengenali antara  kebenaran  dan pembohongan tetapi pada keseluruhannya  membuat perhetongan Datuk Seri Najib dan kerajaannya sedang meruntuhkan sendiri kebebasan yang dibinanya  dan menyekat  nafas-nafas demokrasi  walaupun tali hayatnya belum dicabut.

Secara ringkas kita dapat membuat kesimpulan bahawa telah berakhirlah honeymoon atau masa Malaysia berbulan madu dengan demokrasi baru,telah terhentilah  experiment Malaysia   untuk memberikan kebebasan yang lebih luas kepada rakyat sejajar dengan nilai Demokrasi Barat,

Imej demokrasi Datuk Seri Najib telah tercalar dan tercemar di mata negara dan juga dunia.

Singapura tidak terlihat sebagai mundur kebelakang dari demokrasi walaupun meneruskan pemeritahan authoritarian  kerena  pemimpin-pemimpinnya tidak pernah memberikan harapan kepada suatu  demokrasi baru kepada rakyat sebaliknya mengingatkan rakyat supaya terus berada  diatas landasan  wawasan  yang ditinggalkan  oleh  Bapa Pembangunan dan Kemerdekaan Singapura Lee Kuan Yew. Singapura tidak menghapuskan ISA.

Rakyat Singapura yang cuba menceroboh nilai kebebasan  ini menerusi media social dicantas dengan pantas dan keras.

Bagaimanapun  dalam pengunduran dari Demokrasi Baru,Malaysia tidak seburuk Thailand yang kembali kepada kuasa tentera setelah menjalani  pemerintahan demokrasi.

Di bawah sistem demokrasi  UMNO dan  Malaysia, Datuk Seri Najib boleh terus menjadi Perdana Menteri sekalipun telah kehilangan moral authority dan selagi beliau berupaya menjadikan Money Is The King.

Pengunduran Malaysia dari eksperiment demokrasi ini  tidak seharusnya memalukan  kerana Amerika Syarikat sendiri sebagai juara demokrasi dunia telah menghalalkan pembunuhan  ribuan manusia di Timur  Tengah dan orang Islam atas nama de



4 Aug 2015(Malaysiakini)

Khaled Nordin: Rekah Umno dah mula nampak

Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin terus tampil dengan gesaan pembaharuan dalam Umno, termasuk keperluan bersuara terhadap amalan rasuah.

Pemimpin Umno itu menegaskan bahawa perjuangan Umno untuk bangsa dan parti dan bukan kepentingan peribadi.

Beliau juga menyeru Umno berubah kepada sebuah parti yang lebih proaktif dan dominan dan berdiam diri atas alasan kesetiaan dan disiplin mentaati pemimpin

“Kalian tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah di khianati,” katanya.

“Umno tidak boleh hanya membisu bila parti, tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti.


Khaled berkata demikian ketika merasmikan persidangan Wanita Umno Pasir gudang pada Ahad lalu.

Petikan ucapan itu dimuatkan kembali dan diketengahkan dalam Facebook beliau hari ini.

Kepemimpinan bukan dewa

Khaled antara pemimpin Umno Johor yang dilihat lantang bersuara selepas tokoh timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri.

Penyingkiran Muhyiddin itu dispekulasi meluas susulan kelantangannya bersuara dalam isu 1MDB, syarikat pelaburan kontroversi negara yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, dalam ucapan itu juga, Khaled berkata Umno harus tampil menyatakan apa yang benarnya terbuku di hati dan kepimpinan harus berlapang dada dengannya.

“Zaman ini bukan lagi zaman di mana kepemimpinan itu dilayan laksana separa dewa.

“Sifat dan budaya feudal bukan budaya Umno. Budaya Umno adalah tentang nilai-nilai yang baik, yang terpuji, luhur dan mahmudah.

“Umno bukan milik pemimpin. Ia milik kita semua. Jawatan tidak ada turun menurun.” katanya.

Beliau juga berkata sama ada ada suka atau tidak, orang Umno harus menerima hakikat bahawa parti sedang berhadapan dengan krisis kredibiliti yang luar biasa.

Ia, katanya, bukan lagi krisis persepsi tetapi menular sebagai krisis kewibawaan dan rekahan kepada kesatuan parti telah mula jelas kelihatan.
Sementara itu ahli-ahli  UMNO disarankan  oleh Penolong Setiausaha Pegerakan  Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dNoor Azleen Ambros supaya  tidak takut dan menggunakan peluang yang ada untuk mengetengahkan isu dan cabaran dihadapi kepimpinan parti Melayu itu ketika ini,
 Noor Azleen berkata, ahli perlu meluahkan pandangan serta suara hati mereka kerana itu amanah yang dipikul selaku ahliAhli adalah denyut nadi parti dan mereka juga akar umbi yang menjadi teras kepada kelangsungan parti.,katanya.

20 comments:

  1. Zaman UMNO akan berakhir dengan Najis sanggup menggunakan segala helah untuk kekal berkuasa.semakin lama najib bertaHan semakin tipis peluang UMNO dalam PR14. Syabas!

    ReplyDelete
  2. DS Najib juga adalah Bapak Pelingkup sistem pendidikan Malaysia: Naza

    ReplyDelete
  3. Pagi ini di gerai minum semua yang berada berdekatan saya bercerita pasal "derma". Ya, memang saya mendengar perbualan orang yang tidak dikenali duduk berdekatan saya.

    Kata WSJ dan SR menabur fitnah pasal duit masuk ke dalam akaun Najib di Ambank. Bila ditanya, kata siapa bodoh sangat nak masuk duit 1MDB ke dalam akaun sendiri. Kami sudah sedia maklum duit ini tidak datang terus dari 1MDB. Habis siapa 'philanthropist' yang bagi duit yang mengandungi 2,6 dengan lapan angka kosong dibelakang ? Sedangkan duit dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura kerana undang-undang ketat Negara. Inikan pula duit sebanyak 2.6 Billion boleh masuk ke dalam akaun Najib dengan senang-wenang. Adakah Bank Negara diberitahu ? Adakah bank yang menerima duit ini dan Najib sendiri memberitahu Bank Negara dibawah Akta 613 ?

    Yang hairan ada pula anggota kumpulan pengampu setia Najib yang cuba mempertahankan perbuatan ini dengan menjustifikasikan kemasukan duit ke dalam akaun peribadi Najib dan disamakan dengan "Holding of Trust for UMNO". Saya tidak tahu sama ada ini perbuatan "desperate attempts by the kaki bodek setia to make their boss look good in public" ataupun satu tindakan yang bodoh sekali dan tidak beretika ?

    At the end, Najib the son of the highly respected former PM the late Tun Abdul Razak, has been disgraced publicly all over, regardless of whether it is libel, slander or in fact the truth !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kak mah...mungkin beg2 tangan mewah dibeli dari duit derma...bakar je la beg2 tu klau betul...

      Delete
  4. Literally..., you're on the money! In good faith that is.

    As it is, the situation has turned from Bad to WORST coupled with Anak si Maslan and anak si Dahlan followed by the Tomboy-Minister where they come out with after another statements that only made clear these goons are pandai-pandai-bodoh!

    UMNO dah tak kisah pun tenggelam ke, terkubur ke, hancur ke, terburai ke, terlondeh ke sorak tetap sorak untuk si Kepalanun-Bugis!

    ReplyDelete
  5. Salam Tan Sri.
    Ulasan terbaik dari kaca mata seorang yang berpengalaman berada dalam pentadbiran dan dunia kewartawanan. Teruskan wacana seperti ini, untuk menyedari kepimpinan kini yang sedikit tersasar dari landasan sepatutnya.

    ReplyDelete
  6. Najib mengamalkan apa yang disebut sebagai KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN dengan cara negatif.Dia melaungkan dasar negara berpendapatan tinggi, yang mana dia telah buktikan sendiri bagaimana sebagai seorang pemimpin negara beliau pandai berusaha untuk mendapat pendapatan tinggi itu.Natijahnya kepada negara adalah rosaknya sistem yang telah dibina.KEDAULATAN UNDANG-UNDANG sudah boleh digugurkan dari senarai Rukun Negara.Demi untuk kebebasan bersuara,Najib sanggup buang I.S.A.Dia jamin kebebasan internet.Dalam berita semalam menteri penerangan yang baru bercakap soal memperketatkan dan menggubal akta baru bagi mengawal pengguna media sosial.Akta baru ini nanti akan mengejar ke mana sahaja mereka pergi.Sekarang semuanya tidak lagi KONSISTEN.Najib hampir buang Akta Hasutan.Sekarang semua orang adalah penghasut dan pemfitnah terhadap PM.Apa kata kalau PM bawa balik I.S.A?

    ReplyDelete
  7. HANYA JOHOR BOLEH SELAMATKAN UMNO
    Jika UMNO di bangunkan di Johor maka Johorlah yang diharapkan oleh rakyat di seluruh negara untuk menyelamatkan UMNO.

    UMNO Johor seharusnya sedar dan membuat kajian di akar umbi di seluruh negara bahawa keloh kesah rakyat t di akar umbi dan juga di kalangan pegawai kerajaan tinggi dan rendah terhadap kepimpinan Najib adalah benar.

    Sembahyang hajat yang diadakan oleh pegawai-pegawai tinggi SPRM sesudah pegawainya di tahan sudah cukup bagi pemimpin-pemimpin UMNO untuk mengukur betapa ketidak yakinan dan ketakutan mereka pada Najb malah kebencian sudah tidak terbatas lagi.
    Saya tidak ada lagi tempat untuk mengadu. Kalau saya mengadu kepada Raja dan Sultan supaya menasihatkan Najib letak jawatan ,mereka tidak akan mendengar. Mungkin hanya kepada Sultan Johor saya hendak mengadu. Berkatilah kekuatan UMNO dengan suaramu kerana di Istana Johorlah UMNO di lahirkan.
    Suara saya bukan suara kesaorangan tetapi suar keloh kesah berjuta orang Melayu di seluruh negara.Tuanku harus mencatitkan sejarah sebagai penyelamat UMNO dan penyelamat bangsa Melayu. Masa sudah terlalu suntuk.Maaf patik Tuanku, tiada lagi tempat untuk mengadu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!!!!

      Delete
    2. Saya setuju juga!!! Tolonglah saya dan semua ibubapa di Malaysia ini yang mana anak-anak sangat sedang memerhati dengan menganalisa. Dulu orang luar nak datang Malaysia sebab ada rasa ingin tahu bagaimananya rakyat Malaysia di bawah pimpinan hebat dikenali dunia tun dr.mahathir. Kini rakan anak-anak saya menasihati agar keluarlah dari Malaysia. Saya jenuh ingatkan kita ada sultan-sultan lah..jangan fikir negatif sangat akan teruk sangat masa depan. Anak-anak memperlekehkan dengan menyindir ya kah? Mana? Mana respond sultan-sultan? Tolonglah kami....

      Delete
    3. Lebih 3 juta orang asing cari makan di Malaysia.

      Delete
  8. Salam,

    Apa kata Najib pada tahun 2012?

    Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=HrwIjjwmWNo

    kah kah

    ReplyDelete
  9. Sesungguh nya Hang Tuah itu tidak mitos ! (Rujuk Dekan Fakulti Bahasa Moden - Sejarah Hang Tuah)

    Maka mitos melayu-melayu moden berkiblatkan barat mesti di hapuskan segera konon demokrasi dan kebebasan sebenar. Betapa mitos ini memang mitos barat untuk menghancurkan Islam.

    Melayu Islam tertipu lagi di bawah transformasi, Islam hadhari dan atas acuan budak tingkat 4 bersama 1st lady of Malaysia... sekarang semua musuh menikam mereka bertubi-tubi !

    ReplyDelete
  10. Orang kata, DSN 'kurang cerdik' bila sejak akhir-akhir ni setiap tindakannya semakin lama semakin menampakkan usaha 'menyelamatkan diri'. Tapi pendapat aku itu bukan semakin lama semakin kurang cerdik. Itu semakin lama semakin 'BERANI'. Kebalkah dia?
    Mampukah PRU mengubah sesuatu? Aku rasa tak.
    Apa pilihan yg kita ada? Pun aku rasa tak ada.

    #prayformalaysia

    ReplyDelete
  11. Datuk Zam, hamba fikir bahawa kepincangan pentadbiran sosial dan urusan ekonomi dibawah kepimpinan Najib adalah kerana niat yang tidak betul dan hati yang kurang lurus. Maka terhilang mutiara hikmah dan pedang perwiraan yang ternilai pada prinsip agama dan perlembagaan negara.

    ReplyDelete
  12. Who is the real ruler of this country, the real Ruler of Malaysia (RM)? Not the Illuminati, not the Bilderberger gang and definitely not najib. Najib the "PM" is only the front man who get "things" for the real RM, not only done but also for keep. Najib is like a software driven fool of a robot, not smart enough to think for himself it seems, but programmed at the behest of the real RM's whims and fancies. Nobody can get to the real RM except via najib. Thats why Tun M asked najib to resign. Thats the only way to stop the real RM from continuing to "bermaharajalela" or from "beraja di mata, bersultan di hati". But najib is holding on....why? Is it out of loyalty; or he's too dumb to know whats going on; or he got his knickers or teloq in a twist he has no other choice but to stay and obey? Lets wait for Tun M's next move. He's the only one who can checkmate this real RM, our Tun....

    ReplyDelete
  13. Bukan hanya ada tukun dalam kabinet, malah ada tukun tiruan..

    Joe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau pun tukun tirian tapi tak bisu.

      Delete
  14. Tahniah atas ulasan yg bernas dari Tan Sri Zam. Kami rakyat tidak perlukan blogger prabayar untuk menerangkan atau menjelaskan kepada kami apa sebenarnya terjadik. Kerana kami sedar blogger prabayar menulis menafikan mempertahankan kerana ????? Tahu sama tahu sudah.

    ReplyDelete
  15. KRONOLOGI CICAK VS BUAYA(DI INDONESIA KPK/KOMISI PEMBERANTASAN KORUPSI VS POLISI,DI MALAYSIA SPRM VS POLIS):Sama saja Malaysia dan Indonesia.Dan waktunya juga hampir sama,hanya Malaysia kemudian setahun.Saya jadi garu kepala,kerana nilai RUPIAH jatuh begitu juga RINGGIT akibat 'TANGAN2 AJAIB BERMAIN',SOALAN SAYA?adakah ini dari 'Magic power dari Negara Jauh?'untuk wilayah kita ini?Adakah ini utk 2 Negara Islam rantau Asean?entahlah.saya hanya insan kerdil yg kurang faham hal politik dan kewangan,sebab sekolah tak 'Tinggi'.

    ReplyDelete