Saturday, 1 August 2015

DI MANA ANDA BOLEH DAPAT BUKU "MAHATHIR BUKAN KAWAN SAYA"

Kedai-kedai buku atau individu  yang ingin mendapatkan buku "Mahathir Bukan Kawan Saya" yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 Presint 8 Putrajaya bolehlah menghubungi Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd No 1 & 3 Jalan 3/91 A, Taman Shamelin Perkasa Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Tel: 03-9285 6577.

Utusan Publications & Distributors telah dilantik oleh BYG Publisher & Distributors sebagai pengedar tunggal  buku ini ke seluruh negara.

Buku yang berharga senaskhah RM 25.00 ini boleh juga dipesan melalui pos dengan harga yang sama termasuk bayaran pos dengan cara Bank In  terus ke akaun BYG Publisher & Distributors di CIMB 8600178880. Slip bayaran dan alamat email  byg publisher@gmail.com, telefon 03-90545286, fak 03-90570130 atau WhatsApp ke 019-2202737 atau 019-2622844.

Di bawah adalah gambar-gambar upacara pelancaran buku "MAHATHIR BUKAN KAWAN SAYA" pada  1 OGOS 2015 di Zam Newsroom Cafe pada 1 Ogos 2015 yang berlaku dalam suasana santai sahaja.
TURUT HADIR DI UPACARA INI IALAH PENASIHAT SOSIO-BUDAYA KERAJAAN MALAYSIA, TAN SRI RAIS YATIM,  BEKAS KETUA POLIS NEGARA, TAN SRI RAHIM NOOR DAN  BEKAS PENGERUSI EKSEKUTIF UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD, TAN SRI KHALID ABDULLAH  DAN PRESIDEN PERKASA DATUK IBRAHIM ALI DAN  RAKAN-RAKAN ZAM YANG KEBANYAKAN  PARA WARTAWAN KALANGAN PROFESIONAL DAN PELANGGAN-PELANGAN TETAP CAFE INI.

DI PUTRAJAYA  BUKU  MAHATHIR BUKAN KAWAN SAYA  BOLEH , BOLEH DIBELI DI MPH ALAMANDA, DI ZAM NEWSROOM CAFE DAN DI KEDAI SEBELAHNYA GEMLIKE DAN DI PUSTAKA RAWANG PRESINT 8.


Cucu Zam Zulhaimy Zairin memegang buku "Mahathir Bukan Kawan Saya" yang telah diserahkannnya kepada Tun Mahathir untuk pelancaran.

Zam sedang memberikan ucapan kepada para hadirin

Diantara mereka yang hadir ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Khalid Abdullah berhadapan dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Rais Yatim.

Cucu saya Suhaili Salhadi dan suaminya  Reeza

15 comments:

  1. Salam,

    Saya dah beli masa mula-mula berada di pasaran menjelang nak Puasa tempohari. Menarik sangat. Banyak coretan di siarkan tahun 1978, mengimbas kisah-kisah tahun-tahun selepas Merdeka hingga 1970an.

    Terima kasih sebab ianya diterbitkan. Saya akan sentiasa sokong TS Zam !

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tan Sri.

    Saya belum lagi membaca buku terbaru Tan Sri yang dilancarkan pagi tadi.

    2 Walau bagaimana pun SYABAS saya ucapkan kerana Tan Sri masih lagi menulis untuk menambahkan perbendaharaan buku Negara.

    3 Apa yang saya dambakan ialah penulisan yang dapat menjana pemikiran anak Bangsa agar lebih tuntas mendepani isu2 yang semakin mencabar.

    4

    ReplyDelete
  3. Tahniah TS. Semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan buat TS untuk teruskan perjuangan mulia TS.

    ReplyDelete
  4. Kalau TS Zam nak tahu, setiap hari saya akan bukak blog ini 10 kali pagi petang malam, mana tahu ada update.

    Ptg tadi ayah saya yg berusia 66 tahun, kata "kalau org lain cakap dalam internet, selidik dlu. Tapi kalau yg tulis tu zainuddin maidin sama kadir jasin boleh percaya terus"

    Dia mmg dalam otaknya ingat zam adalah org kepercayaan dr M. Sayapun x tahu macam mana dia boleh ada kepercayaan itu hehe

    ReplyDelete
  5. Penyingkiran Mahyudin sebagai Tim Presiden UMNO juga akan jadi kenyataan...melihat kepada tabiat orang melayu itu sendiri...mudah sangat sebenarnya untuk najib membeli perwakilan yang rata-rata lebih menjaga jawatan masing-masing dari berkhidmat utk masyarakat...TAPI perlu diingat apabila pilihanraya tiba...rakyat yang jadi penentu...adakah najib dan mereka-mereka itu tidak sedar akan kesannya...tersangatlah SEDAR dan tahu...tapi oleh kerana najib dan mereka-mereka itu berbangsa melayu...tabiat mereka serupa... KEPENTINGAN DIRI MELIBIHI SEGALANYA

    ReplyDelete
  6. Angkatan 80an ahli Umno.2 August 2015 at 18:29

    Sdr Zam
    Kalau boleh sdr Zam dapat menulis mengenai trejgedi pengguguran TS Mahyudin sebagai TPM yang tak berdosa.
    Sebenarnya Najib dengan Mahyudin ini memang tak sebulu dalam Umno sejak dari dulu lagi.
    Cuma cari alasan dan sebab musabab sahaja.
    Sdr Zam tentu banyak maklumat mengenai isu ini.

    Sekarang kumpula Najib sedang merayakan kemenangan politik menjatuhkan Mahyudin.

    Harapan saya agar sdr Zam dapat memikirkan cadabngan ini.

    ReplyDelete
  7. Datuk, I wish that more people will come to see the light, with regards to the noble values you and Dr. Mahathir stand for.

    ReplyDelete
  8. TSZ. Tahniah atas pelancaran buku terbaru. Kalau dapat dijual di Newsroom senang sikit bagi orang2 yang singgah minum nak beli..(p/s mcam sya..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli di kedai sebelah cafe saya GEMLIKE dan insaalah akan saya adakan juga di cafe saya dalam sehari dua ini i. Saya dah minta tambahan kerana kehabisan.

      Delete
  9. Congratulations TS Zam on the launch of your new book. I hope this book will inspire you to write more on the problems plaguing our country with the doings of a few morally retarded individuals. I will read your book to get to know your better.

    ReplyDelete
  10. Tan Sri,
    Insha Allah saya akan kunjungi Zam Cafe di Presint 8 untuk dapatkan buku tersebut dan tandatangan Tan Sri sendiri...

    ReplyDelete
  11. Sila beritahu saya bila ada di cafe supaya saya boleh datang untuk autoprapkan. Saya tinggal berhampiran.

    ReplyDelete
  12. Untuk makluman tidak ada jemputan di keluarkan kapada pelancaran buku saya "Mahathir Bukan Kawan Saya " pada1 Ogos lalu di Cafe saya . Majlis itu diadakan secara santai sahaja dan terbuka kepada siapa juga yang hadir yang kebanyakannnya pelanggan tetap yang dimaklumkan sebelumnya daan beberapa orang rakan rapat yang saya maklumkan menerusi phone..

    ReplyDelete
  13. Those worthless chinese menial workers and the dead cibai lee will spit all over your face before you die together and be cremated noisily with them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. How on earth crazy people like you can type and read freely...u should be detained in tjg rmbutan...

      Delete