Tuesday, 25 August 2015

BEKAS KETUA POLIS NEGARA KESAL CARA DATUK HAMID DITUKARKAN

SULTAN JOHOR MINTA PUTRAJAYA JANGAN BODOHKAN RAKYAT( lihat di bawah rencana ini)
Walaupun saya tidak bersetuju  dalam beberapa hal dengan MD dan Ex Ketua Pengarang Akhbar The Star Datuk Wong Chun Wai tetapi hari ini saya angkat tabik hormat kepadanya.  Star  sedapat mungkin dalam keadaan yang amat tertekan membuktikan dirinya sebagai akhbar berani bersuara untuk rakyat, moderate  dalam artikata tidak extreme dalam hendak menyembunyikan fakta  dalam keadaan rakyat dahagakannya .

Hari ini The Star menyiarkan pembelaan seorang bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor terhadap seorang bekas pegawainya yang bagitu setia dan dedikasi,bijak dan pengalaman yang amat berguna yang telah dipindahkan dengan mengejut ke Jabatan Perdana Menteri.

Ada pihak yang mengatakan bahawa PM Najib  tidak terlibat  dengan pertukaran ini. Mereka hinakan rakyat dengan anggapan  berada di darjah satu.

Bolehkah kita percaya bahawa PM tidak tahu menahu  mengenai kedudukan tenaga-tenaga penting dalam Polis Diraja Malaysia .?

Adakah beliau tidak diberitahu dan beliau tidak mengambil tahu mengenai perubahan penting yang akan dilakukan  dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia? Jika demikian maka apakah beliau seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab?

Saya berharap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin,Menteri Besar Johor,
Menteri Besar Kedah,Ketua Menteri dan lain lain Menteri Besar bacalah  dengan teliti  interviu Bekas  Ketua Polis Negara Tan Sri  Rahim Noor dengan akhbar The Star muka 6 hari ini.

Walaupun berita ini  dikecilkan  tetapi sangat besar artinya kepada keselamatan negara.

Adalah sejawarnya malah wajib bagi seorang Ketua Pemuda UMNO tidak memikirkan kepentingan dirinya sahaja,beranilah menemui Bekas Timbalan Pengarah SB Datuk Abdul Hamid yang merasa dirinya terinanya supaya Pemuda UMNO seluruhnya mendapat gambaran sebenar.

Janganlah kerana takut pada Najib,tidak pula mahu menemuinya. Temuilah beliau dan juga Tan Sri Rahim Noor  demi kepentingan UMNO,demi keselematan bangsa dan negara. Janganlah memikirkan kepentingan masa depan yang tidak pasti.

Di bawah ini adalah sebahagian dari terjemahan  Berita TRANSFER OF ABDUL HAMID WORRYING,SAYS FORMER IGP di muka 6 The Star hari ini:

Petaling Jaya: Keadaan sekitaran mengenai pertukaran Timbalan Pengarah Bahagian Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid adalah "amat membimbangkan,"kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor.

Katanya, telah pun timbul kebimbangan apabila Ketua Bahagian Khas DCP Datuk Akhil Bulat telah digantikan pada Julailalu, beberpa minggu sebelum kontraknya tamat.

" Nombor Satu sudah tidak lagi disana dan sekarang No Dua juga sedang dipindahkan

" Sesiapa juga yang berfikiran waras akan tahu untuk kesenimbungan,adalah lebih baik tidak ditukar dua orang tertinggi  dengan serentak" katanya.

Rahim menyatakan bahawa beliau tidak memihak tetapi merasa terpaksa untuk menyuarakan perasaan tidak puas hatinya diatas cara pemindahan itu dilakukan.

DCP Abdul Hamid telah bekerja di bawah Rahim ketika  dia menjadi Pengarah Bahagian Khas hampir empat tahun(1986-1989).

Menurut Rahim "Dia adalah sangat pintar dan dedikasi. Dia benar-benar seorang pegawai yang bijak( intelligence officer through and through).Itu adalah dalam darahanya.

" Sebagai seorang ketua , saya tidak pernah mempunyai prasangka terhadapnya,Kepentingan keselamatan dan negara adalah yang paling utama baginya.

" Dedikasinya adalah  kepada SB. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjamin integriti,imej dan keagungan  SB"

Rahim berkata bagi pihak dirinya dia sangat bersimpati dengan DCP Abdul Hamid.

" Ini seolah-olah ada suatu gerakan untuk menutup mulut siapa juga yang menentang kepentingan pihak tertentu dalam isu 1MDB".

Rahim juga memuji DCP Abdul Hamid kerana sanggup mendedahkan kepada umum  mengenai pertukarannya.
" Bahawa dia sanggup membuat kenyataan semasa dia masih dalam kerajaan menunjukan keperibadiannya yang sebenar. Itulah orangnya.

" Dia berani kerana dia percaya dia benar" kata Rahim sambil menambah  Kebenaran mesti dipertahankan mengenai 1MDB"

Nota:

Mohon maaf , banyak kesilapan ejaan dalam posting terdahulu. Telah dibetulkan.

TERJEMAHAN DARI MALAYSIAKINI

SULTAN JOHOR: JANGAN BODOHKAN RAKYAT.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail memberi amaran kepada Putrajaya jangan membodohkan rakyat dan melindungi masalah yang dihadapi oleh negara.

"Beta suka mengingatkan wakil-wakil  yang dipilih oleh rakyat supaya menjalankan tangungjawab  yang diamanahkan kepada mereka dan mengenepikan kepentingan diri.
"
"Rakyat hari ini adalah generasi yang cekap dan terpelajar yang boleh memileh informasi yang mereka terima

"Maka itu jangan anggap mereka bodoh dengan memberkan berita- berita yang indah dan informasi untuk menyembuyikan apa yan sebenarnya berlaku." titah baginda dalam ucapan sempena ulangtahun ke 50 Pasukan Regiment Khas Johor


10 comments:

  1. Sebelum ini diwar-warkan sirul akan mendedahkan "atas arahan siapa" dia melakukan pembunuhan (?) ke atas wanita monggolia. Sampai hari ini tidak dengar khabar berita malah ada sumber yang menafikan war-war itu.

    Hari ini walaupun keluar dari mulut DCP Abdul Hamid, hingga sekarang masih tertangguh untuk pendedahan (kenapa bertangguh(?)).

    Saya kurang yakin akan ada pendedahan selepas ini dan jika ada pun, sudah bertukar tajuk dan cerita.

    Sukar untuk menerima di masa ini ada manusia yang sanggup bekorban untuk ugama, bangsa dan negara. Orang politik lah yang sepatutnya menunjukkan contoh, tetapi adakah ada contoh ini sekarang (?)

    Hanya seorang tuan berumur 90 yang sepatutnya berehat dengan tenang terpaksa, dipaksa memikul sekali lagi tanggungjawab. 30 juta yang lain kategori bacul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya termasuk kamu pun bacul lah yer...begitu?

      Delete
  2. Syabas tuan.
    Kenyataan yg amat tepat sekali. Terutama kebaculan 30 juta org!. Rakyat la tu.
    Benda dah benar tapi asyik tangguh mcm skrip lama. Skrg ni bukan masa nak dengar cerita2 panjang berjela atau menceritakan kebangsatan bangsa...SKRG ADALAH MASA UTK BERTINDAK! Itu kenyataannya. Nak tunggu apa lagi? Jika tidak jgn buka mulut langsung...pergi pindah diam2 atau letak jawatan. Jgn jadikan permainan tarik tali pulak.
    Be a man....kata dato hamid. So? Jadilah lelaki yg budiman yg menolak pembohongan ini.
    Setakat ni dua org buat kenyataan akan kuasa Allah.
    Dato bahri dan dato hamid. Dato bahri terus sepi dgn kuasa Allah beliau....
    Come la....hari masing2 dah senja. Asyik semua nak mengadu dgn Tun. Ingat Tun suka ke? Beliau pun mencari2 ada atau tidak warga seberani beliau? Setakat ni.....TIADA.
    Ke bangsa melayu ni kalau marah penuh dgn sopan santun dan budi bahasa? Tak rasa apa ke dgn pembohongan dan jawapan menteri2 yg tak cerdik langsung ini?
    HAKIM MAIN MATA DGN MALING.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kutuk orang saja...tanyalah apa yang anda telah buat. Sekurang kurangnya mereka tampil kedepan.Kalau anda ditempat mereka, bolehkah anda buat seperti mereka, atau......?

      Anda sepatutnya tujukan kemarahan anda kepada semua ahli2 biasa UMNO..Itu tindakkan yang lebih tepat.

      Delete
    2. Tak perlu mendabik dada apa yg telah saya lakukan. Namun ianya tetap bergerak. Tak perlu menunjukkan kemarahan demi mengikut kehendak nafsu dan iblis....itu bukan cara saya utk mencuci umno. Anda bagaimana?
      Akal hati menggerakkan ketertiban saya utk bertindak. Jika tak berkena jgn bersalah sangka. Anda juga tak perlu mengajar saya apa yg perlu saya lakukan...sbb anda telah saya tinggal kan bertapak2 d belakang demi keutuhan agama bangsa dan negara.
      Utk pengetahuan saudara dato saudara saya antara yg berada d mekah mencari hari dan tarikh merdeka. Darah umno lebih lama bertapak dlm diri saya. Sila rujuk d muzium umno.....
      Sekian.

      Delete
  3. Siapakh yg lbih power Dr pm? Rasanya tuan2x telah tahu jika tajam mata hati.
    Siapakh yg sdg diacu pistol dikepalanya? Dan takut mati tetapi tetap kna mati?
    Ternyata kumpulan INI telah berpijak di putrajaya pm hnya mandur mandul shja.
    Anuar tahu, mahathir tahu, SB tahu, agensi perisikn tahu. KPN pun tau.
    Tunggu picu sebenar meledak shj
    Terlupa kh kita kata2x kebimbgn dato jaafar onn?
    Dia jgk telah tahu grak kerja kump INI cuma mulutnya trtkunci, Njib trtkunci, kpn trtkunci.
    Maka kumpulan MNA yg sbenarnya sdg mrlawan kumpulan zionis INI?... Jika and tahu, mulutnya and jgk dikunci krn Blum sampai waktunya.

    ReplyDelete
  4. Yg mudah ialah najip letak jawatan.dia yg buat isu 1mdb isu 2.6b.ringgit makin jatuh tapi dia pulak dgn bangga cakap tanpa umno melayu jd bangsat.
    Paling utama kena balik ke landasan asal membentuk negara maju biarlah lewat sedikit dari muflis berpanjangan.
    Nwo ke dajjal ke freemason ke mereka tetap menjalankan kerja mereka secara sembunyi.itulah tugas pemimpin dan ajensi bertanggungjawap menangkis operasi jahat mereka.bukan memudahkan jalan untuk mereka menjatuhkan negara.
    Lihatlah apa yg pemimpin utama kita lakukan sekarang.
    1.membangunkan negara?
    2.menghancurkan negara?

    ReplyDelete
  5. Dua orang bekas Ketua Polis Negara tidak senang dengan pertukaran tiba-tiba bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador ke Jabatan Perdana Menteri.

    Seorang lagi ialah Tan Sri Musa Hassan yang mengikuti Tan Sri Rahim yang menegaskan bahawa sebarang pertukaran pegawai tinggi polis ke mana-mana jabatan perlu melalui Suruhanjaya Pasukan Polis untuk kelulusan.

    Saya ingin mendapat penjelasan KPN sekarang apakah pertukaran Datuk Abdul Hamid mengikut peraturan itu dan tidak semata mata ikut arahan JPM sehingga peraturan tidak diikuti.

    Musa juga bersetuju dengan Tan Sri Rahim bahawa Abdul Hamid merupakan seorang pegawai yang baik ,rajin dan boleh dipercayai.Kenapa KPN tidak pertahankan sekiranya batatang tubuh tidak bersetuju?Ada campurtangan dari luar ke?

    Saya juga ingin mendapat tahu dari Khalid apakah kebakaran yang berlaku di Bukit Aman baru baru ini tidak melibatkan fail-fail Datuk Seri Najib dan Rosmah?

    Nampak kebakaran itu macam sudah bersedia untuk di kawal.

    Banyak pekara pekara pelek berlaku dalam masa pemerintahan Najib yang tidak pernah berlaku sebelumnya dan tindakan-tindakan yang berlaku dalam masa beliau pun banyk yang tidak berlaku di bawah PM PM sebelumnya.Kebanyakannya menimbulkan prasangka rakyat.

    Barangkali tugas KPN sekarang ini adalah lebih berat dari KPN2 sebelumnya kerana termasuk untuk meyakinkan rakyat terhadap pekara-pekara yang dilakukan oleh Najib termasuk meyakinkan Sultan Johor.

    KPN juga harus memikirkan dari sekarang laluan yang selamat bagi Datuk Seri Najib sekiranya atas takdir Allah beliau terpaksa berhenti. Wallahualam.

    ReplyDelete
  6. Kita dah dengar dua kenyataan dari bekas dua Ketua Polis Negara tetapi kita heran bagaimakah Tun Hanif yang banyak terlibat dengan peranan politik yang kena mengenai dengan keselamatan dalam masa perkhidmatan beliau hanya mendiamkan diri sahaja.

    Tidaklah sewajarnya beliau tidak memberikan langsung pandangan dalam krisis keyakinan yang dihadapi oleh negara terutama terhadap peranan polis sekarang.Brangkali Tun Hanif juga masih memikirkan masa depannya?

    Kita hidup tak lama Tun.Bila negara memerlukan pengorbanan, Tun harus sanggup memberikannya.

    ReplyDelete
  7. Saya rasa patut bersyukur kerana tidak tergolong dalam golongan yang menafikan kebenaran di sebalik pertukaran luar biasa bekas Timbaan Pengarah Cawangan Khas PDRM. Tidak kita percaya dengan pembohongan bahawa pertukaran itu satu reward kepada individu berkenaan. Tan Sri, kita yang minoriti ini tidak tergolong bersekongkol dengan pencabul undang-undang negara. Saya berbangga kerana bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas itu tidak takut kepada gertakan walaupun akan berdepan dengan tindakan disiplin kerana menceritakan satu yang benar kepada media.

    ReplyDelete