Tuesday, 28 July 2015

MUHYIDDIN JUG AKAN DIPECAT SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PARTI

ADAKAH MUHYIDDIN AKAN HADIR?
Berita dikemaskini 28 julai 2015:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tetapi belum memecatnya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Pemecatan Muhyiddn sebagai Timbalan Presiden akan mendapat sokogan sepenuhnya  pada mesyuarat MKT Jumaat ini kerana beliau  telah melanggar displin parti.

Adakah Muhyiddin akan hadhir untuk mempertahankan dirinya di mesyuarat MKT itu  seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semasa beliau mahu dipecat oleh Tun Dr.Mahathir yang hampir meletuskan kekacauan besar di PWTC?


MUHYIDDIN SELAMAT  DISINGKIR

Saya tidak mahu percaya berita yang disebarkan oleh beberapa portal mengatakan Tan Sri Muhyiddin akan disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam penysunan  semula kabinet yang akan berlaku pada bila-bila masa  sahaja.

Amaran-amaran kepada Muhyiddin  telah pun diberikan oleh blog - blog UMNO dan juga Speaker  Sabah Salleh Said Keruak dan sebuah NGO  yang memperkecil Muhyiddin sebagai melakukan beberapa kegagalan sebagai Menteri Pelajaran dan mempersoalkan kesetiannya terhadap Najib.

Takkan Speaker Sabah bagitu berani sekali menghina dan mencabar  Muhyiddin supaya berhenti jika beliau tidak mendapat signal.( Salleh telah dilantik jadi menteri)

Spekulasi ini menepati ramalan saya , maka nyatalah Datuk Seri Najib nikat dan berani mengambil risiko paling tinggi yang akan melibatkan masa depan UMNO dan negara demi untuk survivalnya-ZAM.

 SOKONGAN JOHOR PD MUHYIDDIN TINGGAL SEBAGAI KENANGAN.

Telah bangkit gelombang yang tidak mungkin dapat di tahan lagi. Nampaknya UMNO Bahagian Cheras menjadi pantai bertolaknya riak kecil  dari tiupan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir  yang kemudiannya menjadi gelombang apabila disambung tiupannya  oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Gelombang ini menunjukkan tanda-tanda akan menjadi  ribut apabila  negeri kelahiran UMNO telah menyertai  bersuara berani yang dijuarai oleh Mukhriz, Muhyiddin, dan Reezal Merican.

Suara  dari Utara ke Selatan ini  adalah senada dalam rentak  lagu kegelisahan dan kemarahan rakyat di akar umbi.

Desakan dari UMNO Johor datang ketika suara Tan Sri Muhyiddin dibenamkan   oleh Utusan Malaysia( Utusan Melayu) yang sebelum ini tersohor  sebagai bersuara berani  orang Melayu dan suara rakyat.

Jika suara Timbalan Presiden UMNO pun dibenamkan maka apakah lagi suara ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, suara ketua-ketua Bahagian UMNO di seluruh negara  dan suara rakyat jelata?

Namun semangat rakyat telah bangkit apabilaKetua Perhubungan UMNO Negeri Johor yang juga Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin  tidak mempedulikan tindakan  Utusan ini sebaliknya menyambung  luahan perasaan rakyat  di akar umbi yang mahu suara mereka didengar segera kerana telah terlalu lama mununggu dan penat mendengar nasihat bersabar.

Inilah kenyataan UMNO Johor:

Umno Johor mahu suara akar umbi didengari bagi tangani cabaran parti









Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai sebuah parti yang terbuka, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menahan sesiapa untuk menyuarakan pandangan masing-masing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2015.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai sebuah parti yang terbuka, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menahan sesiapa untuk menyuarakan pandangan masing-masing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2015.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri      Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai sebuah parti yang terbuka, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menahan sesiapa untuk menyuarakan pandangan masing-masing.
"Pokoknya, saya percaya pelbagai pihak ada pandangan dan ingin menyuarakan pendapat masing-masing.
"Malah sebagai sebuah parti yang terbuka, kita tak akan menahan sesiapa daripada berkata apa sahaja... kita ambil sikap terbuka," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama pembangunan hab latihan kemahiran teknikal dan vokasional yang bakal dibangunkan di daerah ini, di Kota Tinggi hari ini.
Mohamed Khaled, yang juga menteri besar Johor, berkata demikian ketika mengulas cabaran politik yang sedang melanda Umno dan kerajaan BN terutama berkisar isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap menutup mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras, menggesa kerajaan segera memberi penjelasan muktamad berhubung kontroversi membabitkan 1MDB bagi menamatkan kekeliruan rakyat dan memastikan isu itu tidak menjadi beban kepada Umno. – Bernama, 27 Julai, 2015.





zamkata:
SALAHKAH SAYA JIKA MEANGGAP SUARA KETUA PERHUBUNGAN NEGERI JOHOR INI SEBAGAI SOKONGAN KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN DALAM MENCURAHKAN PERASAAN ORANG UMNO  DI AKAR UMBI YANG SEDANG MEREBAK SEPERTI API DALAM SEKAM DI SELURUH NEGARA?.SALAHKAN SAYA KALAU MEANGGAP KENYATAAN INI ADALAH  MEMBANTAH SUARA SUMBANG SPEAKER SABAH SALLEH SAID KERUAK MENDESAK MUHYIDDIN LETAK JAWATAN KERANA TELAH  MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ORANG KEDUA TERKUAT  DALAM PARTI YANG MENJADI TEMPAT PERGANTUNGAN UTAMA RAKYAT DALAM KRISIS KEPIMPINAN  SEKARANG?











37 comments:

  1. Di manakah Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang bernama Khairy Jamaluddin? Apakah dia sedang mengumpul tenaga dan fikiran untuk survive dalam keadaan keruncingan?

    ReplyDelete
  2. Ramai yg tengah menunggu, tengok arah angin, arah mana yg kuat.

    ReplyDelete
  3. Syabas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Sekurang-kurang kami rakyat biasa yang bukan ahli UMNO merasakan semangat kami dipulihkan. UMNO Johor dalam sejarahnya tidak pernah menunjukan sikap takiut dalam keadaan apapun.Ketakutan yang terlibat adalah ketertiban dan kebijaksanaan yang tersembunyi. Datuk Seri telah menghayati ini dan saya angkat topi. Semuga Allah menyelamatkan UMNO.

    ReplyDelete
  4. speaker sabah perlu tahu apakah yang telah disuarakan oleh bekas timbalan perdana menteri itu yang terkini... minta pm ambil cuti kaannnn... lupe ke??

    ReplyDelete
  5. Kepimpinan perlu ikhlas demi rakyat. Bertindak lah sewajar nya sebagai pemimpin sejati. Jaga kekuatan Parti. Kuat Parti..kuat lah kepimpinan. Sekarang ini, Nampak nya masing-masing cuma nak memperkuatkan KEDUDUKAN. Jangan sampai nanti: menang sabung, kampong tergadai. Ingat: Asas kekuatan Melayu itu adalah dari PARTI nya yang kukuh.

    ReplyDelete
  6. Walau pun saya bukan ahli UMNO-BARU tetapi dengan tindakan berani ini saya merakam kan ucapan syabas diatas keberanian UMNO-BARU Johor untuk menyuarakan ke bobrokan pemerintahan yang di laku kan oleh PM yang berbibir merah itu sehingga menyusah kan rakyaat marhean, khas nya di Negeri Johor. Malang nya mengapa UMNO-BARU Johor tidak melakukan apa apa tindakan berkaitaan dengan GST yang telah di utarakan oleh Al-Sultan sedikit masa dahulu. Bukan sahaja itu, yang menyedih kan mengapa mereka yang bergelar "ULAMAK" turut diam membisu.

    ReplyDelete
  7. KJ kisah pasal dia je. Buat apa dia kelam - kabut ambil risiko.

    Bila dah terang baru dia suluh.

    Pangkah PAS ajalah. Senang. Tak payahlah nak berharap pada UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Sharul Nizam
      PAS sekarang ni sokong Najib. Saudara mungkin tidak mengikuti berita terkini.

      Delete
    2. haji ady pun sedang tengok arah angin juga..hehehee

      Delete
    3. PAS? No need. No meaning.

      Delete
    4. Inilah sebab Hadi Awang Sang Takfir itu adalah pengkhianat bangsa Melayu. Dia lah yang serukan amanat mengkafirkan orang Melayu UMNO pada zaman kegemilangan negara Malaysia yang terpimpin oleh Tun Mahathir. Tapi hari ini Hadi mahu menyokong Ah Jib Gor dengan segala penyelewengan kuasanya - amalan Realpolitik memang tidak kenal malu atau pertimbangan moral.

      Delete
  8. Saya pasti nilai Ringgit akan mula menunjukkan peningkatan apabila lebih ramai ahli politik BN bersuara mengenai ketelusan dalam isu 1MDB. Apabila nilai Ringgit kembali 'sihat' atau sekurangnya sama atau lebih kukuh dari nilai Baht, maka kesan GST akan menampakkan kesan positif. Walaubagaimana pun, harga barangan amat sukar untuk turun semula kerana sikap peniaga yang tamak. Kalau tidak kerana tamak, dari pengalaman lalu, bagaimana harga barangan dan perkhidmatan boleh naik, setiap kali kerajaan umumkan kenaikan gaji kakitangan awam?

    Mengenai KPN yang secara tidak langsung telah 'menumpulkan taring' Polis, saya setuju dengan TS Zam. KPN mesti berhenti bertwit. Nampak seperti berpura-pura dan cuba mencari popularity seperti yang dilakukan oleh ahli politik.

    ReplyDelete
  9. Salutation for your bold, wise and bravery act... It's time to stand and fight for 1m'sian right not for 1mdb

    ReplyDelete
  10. UMNO Sembrong macamana?

    ReplyDelete
  11. Salam Tan Sri,
    Saya menyambung apa yang saya perkatakan semalam, iaitu perhatian saya adalah kepada UMNO bukan parti virus ebola yang cenderung membawa bahana seperti PKR atau parti cauvinis tegar seperti DAP. Ahli UMNO peringkat bawahan sekarang ini sedang berada dalam keadaan tidak tentu arah! Kenapa? Kerana kepimpinan UMNO sendiri tidak tentu arah. Kenapa kepimpinan tidak tentu arah? Kerana kapten kapal UMNO itu sendiri tidak tentu arah. Sebelum kapal ini pecah dan karam, ia perlu diselamatkan! Kerana UMNO ada 3 juta ahli dan ramai lagi simpatisan yang ikhlas berjuang demi maruah bangsa Melayu dan Bumiputera. Kita perlu berani, kita perlu menjaga negara ini untuk anak cucu kita, bukannya menjaga satu keluarga Melayu aristokrat, tetapi jutaan keluarga Melayu Bumiputera yang bergantung harap kepada UMNO. Oleh itu, UMNO dan survival Melayu & Bumiputera lebih penting..bukan DS Najib apatah lagi DS Rosmah. Tetapi jutaan pengundi lain. DS Najib perlu berundur untuk menyelamatkan UMNO! Suara akar umbi perlu didengar, jika tidak kita akan melihat UMNO hanya gah dipaparkan di Muzium Negara oleh anak cucu kita. Terima kasih Tan Sri.

    ReplyDelete
  12. Org UMNO dh x larat lagi dah jadi tukang cibok Jibby & Rosy...PRU lepas isu Altantunya, cincin Rosy d jaja giler2 sampai ramai undi lari...next PRU nie plak, cerita keborosan Rosy dgn shopping sakan x beringat, satu baju je dh beratus ribu, wedding of d century, bunga wedding permata yg x tau berapa juta, gift beg tangan hermes, kak ros punya beg tgn dh mengalahkan harga rumah, party boy Jho Low, minum sakan ngan Paris Hilton, kemewahan ank tiri Najib, 1MDB duit hilang, hutang RM42B kena bail out...mcmne nk settle GST lagi? p berambus je la Jibby

    ReplyDelete
  13. Kalau Najib sudah,

    1- Cantas orang MT, Cabinet dari persoal 1MDB,
    2- Dengar nak rombak Cabinet (dengan TSM dan Shafie Apdal tersisir),
    3- Dapat membuai Ketua Bahagian dan sebagai nya hanya dengan 1MDB Fact Sheet,
    4- Bergaya KUAT dengan membenam lesen SR, The Edge & FD,
    5- Mengertak WSJ (walau tak dimakan gertak) dengan saman (konon),
    6- Berulang kali kata Tunggu Audit, sekarang kata tunggu Siasatan TF selesai,
    7- Tetap berdegil tak ambil peduli nasihat Tun M apa lagi TSM dari melepaskan jawatan,
    8- Terus-terusan menghentam Tun M (dimana tiada kesan)

    Apa peluang yang rakyat ada semakin memberi kesan UMNO akan benar benar terkubur dan melayu-muslim-bumiputera redha dan melepas geram dengan Tsunami melayu pula maka Raja Bugis tidak akan peduli? CASH IS NOT KING!

    Dilihat Najib seorang yang degil masih boleh rakyat terus buat penilaian tapi diikuti MT UMNO yang terus terusan 'kow-tow' tanpa ada rasa gementar penghapusan UMNO itu akan jadi NYATA tidak menggerunkan, kesimpulan yang rakyat boleh andaikan hanya lah diantara dua telinga manusia yang berjawatan MT & Cabinet sekarang memang kosong belaka!

    Andai diguna suku-akal sekali pun dari SETIAP comment dimana mana blog dari rakyat yang dah jemu memberi kata luahan dan diguna pakai 'multiplier-effect' dimana seorang yang comment kemudian meluah kepada suami-isteri, anak-anak, adik-beradik, sedara-mara, kekawan dan sekaki dikedai kopi bercampur santai meluat kepada pemimpin sedia ada UMNO masih tidak GERUN???

    Contoh terbaik di FB Najib cukup memberi gambaran yang cukup jelas!

    UMNO dan AMT dan CABINET, lu orang pikir lah sedalam 6 kaki!

    ReplyDelete
  14. VP UMNO No.3 dari Johor tu senyap je..x seahluan dgn UMNO Johor ke?

    ReplyDelete
  15. Salam Tan Sri,

    Saya agak terkejut juga membaca tulisan tan sri kali ini . Macam mana tan sri boleh kondem utusan malaysia yang merupakan akhbar yang dilahirkan tan sri sendiri . Tan Sri pula wartawan paling lama saya rasa yang bekerja dengan um.

    Ini tentulah barangkali ada yang tidak kena dengan utusan . Sebagai pengasas utusan malaysia dan orang lama tan sri pasti tahu peranan nya .

    ReplyDelete
  16. ADA BEBERAPA KOMEN YANG SAYA TERIMA TELAH TER. DELETE. HARAP MEREKA YANG TERLIBAT KIRIM SEMULA.

    ReplyDelete
  17. Tan Sri, kami ni dah letih nak basuh tahi yang orang berak kat tepi jalan! Maksudnya, kami letih nak perjelaskan sebab kenaikan harga barang kerana GST (disebabkan kelemahan Kastam & KDNKK), isu 1MDB (TS Muhyiddin dan kabinet pun tak faham isu ini), judi haram (kelemahan PBT), jalan rosak (JKR), isu Low Yat (rasuah penguatkuasa), pendatang asing (imigresen asyik tidur aje), cincin dan berlian DS Rosmah dan macam-macam benda lain yang kami perlu jadi tembok disebabkan oleh kegagalan kerajaan. Maka dengan itu, berundurlah secara terhormat DS Najib.

    ReplyDelete
  18. Kalau TSMY digugurkan maknanya Najib perlu cari sokongan luar untuk terus berkuasa. Apakah dia akan berkerjasa dengan Anwar? Buat perjanjian untuk lepaskan Anwar dari penjara. Gani Patail pun dah kena pecat. Azizah baru baru ini pun ada kata PKR dan UMNO tak ada bezanya.

    Apa langkah TSMY untuk melawan arus ini? Tentunya dia akan memerlukan TDM. Bagaimana dengan Azmin? Ada kabar angin yang TDM ada bertemu Azmin di London baru baru ini. Apa yang mereka bincangkan? TDM macam mana pun tidak akan merestui Anwar di lepaskan. That is out of question.

    ReplyDelete
  19. Salam Tan Sri,
    Andai benar DS Najib mengambil tindakan untuk menyingkirkan TS Muhyiddin, maka saya yakin tindakan tersebut adalah satu siri daripada banyak episod kesilapan yang dilakukan oleh DS Najib dalam menunjang UMNO! Dan jelaslah beliau tidak mampu untuk menanggani permasalahan dalam parti yang disebabkan oleh masalah peribadi beliau sendiri. Kami akan pastikan jika TS Muhyiddin digugurkan, maka DS Najib juga akan menerima nasib yang lebih buruk nanti..UMNO bukan parti kerabat beliau..UMNO lahir dari susah tangis orang Melayu. Bukan anak aristokrat spt Najib yang sedikitpun tidak berasa susahnya menanggani kenaikan harga barang hatta untuk membeli sebiji nyiur untuk dibuat rendang raya...apa lagi DS Rosmah (kami tak kisahpun jika dia menggunakan botox). Nyata...DS Najib seperti lain-lain pemimpin...takut berhadapan dengan kebenaran. Perlu diingat! Muhyiddin juga ada sokongan dari rakyat dan ahli UMNO bawahan. Jika benar berlaku, maka kelamlah sokongan org Melayu terhadap UMNO kelak.

    ReplyDelete
  20. sah najib gugurkan muhyiddin....beraninyer dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di gantikan dengan konconya ya?

      Delete
  21. Najib adalah Pahlawan 'Bogus' yang hanya tahu buat silap sahaja.Dengan penyingkiran TPM,ianya hanya akan mempercepatkan lagi kejatuhan Najib.Zahid Hamidi jangan dok seronok dapat jadi TPM baru,kerana usia politik hipokrit anda juga akan berakhir.Perancangan Allah jauh lebih besar.Najib adalah pemimpin yang membawa rebah.Negara menanti pemimpin sejati yang bermaruah dan ada teloq.

    ReplyDelete
  22. Kegilaan apakah ini? Apakah yang dilakukan oleh DS najib? Kenapa babitkan masalah sendiri dengan menyingkirkan orang lain? Salahkah untuk membaiki kerajaan? Dan akhirnya...sokongan banyak ahli umno kini terarah kepada Muhyiddin, bukan lagi Najib. Teruskan khidmtmu Muhyiddin! Biarkan Najib dan Rosmah bersama kapal yang semakin karam. Bangunlah...selamatkan negara ini!

    ReplyDelete
  23. With the removal of Gani and Muhyiddin, it is now confirmed that Najib is the most stupid and the most corrupt PM of Malaysia. His integrity can't go any lower. It is in the gutter and will stay there forever. Will he remove Mukhriz as MB of Kedah next?

    What he should do if he is truly innocent is to remove himself as MoF and then take leave of absence until the investigation is completed. But we all know that he is guilty as sin. His recent moves merely confirmed the fact. Shame on you Najib!!

    ReplyDelete
  24. Assalam Tan Sri,

    Khabar angin dah menjadi kenyataan..DSN akan terima akibatnya selewat-lewatnya pada PRU akan datang..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  25. Aidilfitri tahun ini kita ada 2 rumah terbuka TPM.Rumah terbuka TPM baru di Bagan Datuk perlu dibuat bagi merayakannya,...kerana tahun depan belum tentu lagi.

    ReplyDelete
  26. Salam Tan Sri

    Rasa hati Tan Sri apa kesudahan episod ini.

    2. Agak2 ada tak Jenderal kita dalam ATM yang berani macam Gen Rabuka dari Fiji atau Gen Zia Ul Haq dari Pakistan atau Tariq Ibnu Ziad.

    3. Dimana pemimpin seperti Sultan Salahudin Al Ayubi versi Malaysia.

    4. Jawapqn Tan Sri saya dambakan.

    ReplyDelete
  27. semakin hari UMNO menjadi parti politik yang tidak menarik.
    Pun begitu ketua2 bahagian masih merasakan UMNO popular.
    Mereka masih dalam sindrom denial walaupun undi popular tak sampai 50 peratus.

    ReplyDelete
  28. Kelakar juga ngan INFOTEIMEN tuan zam ni... Mungkin dah tua kot Dan terlupa DASAR UTUSAN mencorak HANYA PUTIH dan SELAMAT BN cara totok. Harap infoteiment tuan kini adalah BENAR Dan sahib. Go tuan incitement go.

    ReplyDelete
  29. Tan Sri.
    Izinkan saya bertanya, mungkinkah DS Najib menggunakan akal pendek (pendek=rosmah) untuk menyingkirkan TS Muhyiddin?

    ReplyDelete
  30. Najib punyai kuasa untuk memecat menteri2 nya. Tetapi pemecatan AG adalah penyalahan kuasa. Sebab itu najib harus pergi bercuti. Satu jalan lain ialah mengadakan undi tidak yakin untuk "mencutikan" najib agar semua penyiasatan dapat di jalankan dng adil. Saya percaya dng ahli parlimen yg mementingkan keutamaan negara dapat menepikan perbezaan parti untuk menyelamatkan negara ini dari gejala kehancuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ag perlu dua buah pinggang baru. 3 bulan lagi dah nak pencen. Tak kan nak sambung lagi. Udah@ le tu.

      Delete
  31. I have read through and have some feelers on this incident. It smells really bad to note that a man, who has brought along his carcasses along each and every way he took and left them in the corners of his journey, has now got into a trap set up and executed by his own plot makers.

    Although almost all of Najib's supporters think that he cannot and never will be that stupid, he has unknowingly got himself into a very big and deep mess created by his own doing. You cannot really blame his advisors (if there are any), because the onus is for him to think and act using his own brains.

    If he has had sleepless nights in the past, perhaps this time it will be worse knowing that the enemy is all over the place. Has Najib been cornered and unable to come out of his own trap laid out by his own doing ? Stay tuned.

    Sorry folks no popcorns on sale as the GST has really hit our pockets !

    ReplyDelete