Saturday, 4 July 2015

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA BERUNDUR WALAUPUN MASIH DAPAT SOKONGAN

NAJIB HILANG KREDIBILITI TIDAK HANYA KERANA 1MDB


Autograph Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman di buku tulisannya Looking Back yang diberikannya kepada saya dan rakan-rakan selepas upacara pelancaran di kediamannya  semasa bersara di Bukit Tunku pada 18 Mei 1977. Beliau kemudiannya bersembang dengan kami sehingga larut malam mendedahkan berbagai cerita mengenai pengundurannya.


Apabila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib menuduh Tun Dr.Mahathir  berada  di belakang dakwaan Wall Street Journal (WSJ) mengatakan beliau telah menyalurkan  dana awam ke akaunnya,maka ini memberikan kredibiliti yang lebih  kuat kepada WSJ ( Wall Street Journal) yang menyebarkan berita itu.

Ini adalah berasaskan logik Mahathir masih mempunyai autoriti  yang tinggi sebagai pemimpin bertaraf dunia, dihormati lawan dan kawan , tidak sahaja di bidang politik tetapi juga ekonomi dan intelektualitinya. 

Dunia masih mengenangnya sebagai jaguh ekonomi  mematahkan serangan penyangak mata wang  yang menyelamatkan Malaysia walaupun negara lain terkapar. Soros sendiri mengakui kehandalannya. 

Beliau adalah suara dunia ketiga dan suara Islam yang disegani Barat.

Sementara itu Datuk Seri Najib masih berada pada taraf untuk keluar dari cabaran politik dan ekonomi bagi membina  semula sebuah kerajaan yang kuat dan diyakini diatas keruntuhan.

Langkah pemulihan yang dijalankannnya menerusi reformasi  lebih mempamerkan liberalisme, tolak ansur,kompromi, dan sikap tidak apa, iaitu kriteria   yang menyebabkan akhirnya Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman terpaksa mengundurkan diri dan memberikan laluan  kepada Tun Abdul Razak bapa kepada Najib.

Tunku sebagai seorang yang demokratik sanggup menerima realiti sekalipun pemimpin  parti   dan kerajaan di sekelilingnya masih kuat menyokongnya. Beliau  menyingkirkan orang yang tidak disenanginya. Namun  menciumi api sekam yang membara, ledakan sentimen  Melayu  kehilangan maruah dan kehilangan keyakinan, beliau akhirnya menyerah kalah. 

Beliau tidak bersikap "Buat Dak Sahaja"(BDS) sebaliknya  berundur secara terhormat tetapi menyimpan perasaan yang memedihkan hatinya sehingga keakhir hayat.

Pada malam pelancaran buku tulisannya " Looking Back" di kediamannya semasa bersara  di Bukit Tunku pada malam 18 Mei 1977, beliau  meninggalkan semua kawan-kawannya selepas upacara itu dan bersembang dengan kami  wartawan - wartawan kumpulan Utusan Melayu( hanya Utusan Melayu)  sehingga larut malam terdiri dari Allahyarham  Pak MelanAbdullah (Ketua Pengarang) Osman Abadi, Jiro, Harun Hassan  dan saya sendiri. 

Beliau membayangkan kepada kami "dalang"  yang menggerakan usaha mengundurkannya.Beliau tidak menyebutkan namanya tetapi menyebutkan negerinya ( bukan Mahathir  tetapi kami tahu siapa yang dimaksudkannya) 

Saya merasakan Datuk Seri  Najib sekarang  berada dalam keadaan yang sama seperti yang dihadapi oleh Tunku terutama dari perasaan orang Melayu ketika itu  tetapi tentangan yang dihadapinya secara terang-terangan sebaliknya Tunku tunduk pada maklumat terpendam dari pihak keselamatan , pegawai-pegawai tinggi kerjaan dan kalangan universiti yang memintanya berundur.

Letusan 13 Mei adalah ledakan dari api yang merebak dalam sekam.

Kehilangan keyakinan pada Najib  adalah akibat tidak ada konsistensinya  dalam usaha untuk pemulihan kuasa  selepas  BN kehilangan kuasa dua pertiga. Beliau pada mulanya nampak  gagah, garang dan berani dalam menerima kekalahan itu  dengan   mengecamnya sebagai Tsunami Cina tetapi kemudian  ternyata tidak ada ketegasan dan  kecekalan  dalam menghadapi cabaran ini walaupun wujud kesedaran. 

 Selain dari penghapusan ISA yang ternyata gagal mendapat sokongan orang Cina,beliau mahu  menghapuskan Akta Hasutan yang amat dibimbangi oleh pihak polis dan juga orang Melayu.Jika difikirkan dengan waras tidak perlu ISA dihapuskan jika hendak digantikan dengan akta yang mempunyai kesan  bangkangan yang sama .Ini hanya menampakan  dasar yang flip flop.

Kehilangan kredebiliti Najib bukanlah hanya kerana IMDB tetapi  dari rangkaian berbagai  fakta yang bertali arus dari penghapusan ISA ,percubaanya untuk menghapuskan Akta Hasutan, jawapan  kepada penggunaan jet kerajaan yang tidak meyakinkan yang  tidak membawanya  pulang ketika bencana banjir besar  di Kelantan, penapian keluarganya  tentang harta pusaka, GST ,kelemahan dasar luar negara ,tolak ansur dengan Singapura dan sebagainya.

Pengurusan maklumat yang lemah yang merangkumi  kelewatan , tidak inclusive, tidak tepat menjawab soalan,menggunakan personaliti murah, tidak berintegriti  yang dikenali umum dan dalam banyak hal menampakan tidak profesionalisme menyebabkan usaha untuk memperbaiki imej  pimpinan dan mempromosikan imej kerajaan gagal.

Memberatkan lagi pemerentahan Najib apabila  negara telah timpa menimpa dengan  bencana besar dari masa kemasa, dari kemalangan bas yang memakan korban yang besar sehingga kepada kemalangan kapal terbang,bencana alam dari banjir besar kepada gempa bumi , ancaman keselamatan negara  dari gansterisme membawa kepada serangan di Lahad Datu dan pembongkaran mayat Rohingya di sempadan yang memalukan negara.

Ini semua petunjuk dari Allah kepada kepimpinan negara  dan juga kepada rakyat jika kita mahu insaf dan sedar.

Surah Al Isra' ayat ke 16 Allah mengingatkan" Dan apabila sampai tempoh kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri,kami perentahkan (lebih dahulu) orang -orang yang melampau dengan kemewahan diantara mereka(supaya taat),lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya.Maka berhaklah kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

24 comments:

  1. ...najib akan jatuh kerana tiada kebolehan...

    ...jawatan sebagai pm BUKAN seperti jawatan sebagai ceo

    ReplyDelete
  2. rasanya siapa agak-agaknya dalang disebalik perletakkan jawatan Tunku Abdul Rahman yeee.....barangkalinya sememangnya "melayu mudah lupa " amat tepat dgn situasi hari ini.....lupa ,lupa ataupun sememangnya pura-pura lupa.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana dulu Anwar Ibrahim hantar M V Raman untuk kerja2 PR di US hingga AI jadi pemimpin Asia yang digemari Amerika Syarikat, Najib telah hantar arwah JJ , penasihat dan rakan politik paling rapat yang bertaraf Menteri Kanan untuk jadikan Najib pemimpin yang paling di gemari Obama.

    ReplyDelete
  4. Looking Back membuatkan saya tahu bagaimana wujudnya perkataan " bangsawan"...
    dan juga " Think Big "...
    Datuk...
    Sungai Wang Plaza tu asalnya nama that animal juga le...

    ReplyDelete
  5. JIKA NAJIB BERJAYA

    Kecuali Tun Dr.Mahathir,semua Perdana Menteri Malaysia telah berundur atau meletakan jawatan kerana tertekan atau kerana keadaan kesihatan.

    Tunku Abdul Rahman berundur selepas peristiwa 13 Mei dan kerana tindakan bijak dari dalam parti dan juga dari luar. Tun Abdul Razak kerana sakit disamping dalam keadaan menghadai ancaman dari Datuk Harun.

    Hussein Onn kerana masalah kesihatan.Dr.Mahathir berundur dengan sukarela malah pengumumannya untuk letak jawatan mengejutkan negara termasuk kalangan pembangkang . Beliau terpaksa menyambung untuk seketika atas permintaan parti. Walaupun keadaannya masih mantap dalam parti tetapi memenuhi janji meletakan jawatan pada masanya..

    Abdullah Ahmad Badawi di minta mengundur diri setelah Mahathir mengatakan dia telah membuat pilihan yang salah.

    Hanya Najib yang belum pasti.Beliau sedang berjuang habis-habisan untuk mempertahankan dirinya dari serangan Mahathir yang menarik balik sokongan terhadapnya.

    Beliau sedang menghadapi keadaan yang cukup runcing dan jika beliau berjaya keluar dari tekanan ini walaupun dalam keadaan berdarah ,parah cedera parah maka beliau akan terlihat oleh rakyat sebagai Perdana Menteri yang terkuat yang mengatasi kekuatan Tun Dr.Mahathir untuk membawa Malaysia menjayakan Wasasan 2020.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin.

      Najib menang atau kalah. Saya dan keluarga tidak lagi bersama UMNO.

      Delete
    2. SAYA BOLEH TERIMA UMNO DAN SAYA BOLEH TERIMA NAJIB DAN SAYA AKAN SOKONG UMNO TETAPI SAYA TIDAK BOLEH TERIMA ROSEMAH.

      Delete
    3. Saya yakin pada BN yang terbaik tapi tak percaya pada UMNO berjuang untuk rakyat, mereka berjuang untuk diri mereka. Terang-terang salah pun tetap nak sokong. Dan saya percaya dan sangat yakin pemimpin yang tak boleh memimpin anak isteri sendiri tidak akan berjaya memimpin negara. Najib boleh jadi PM terbaik jika dia bijak, x boros, x kejar popular, x syok sendiri, x lantik kaki2 ampu jadi menteri kabinet.

      Delete
    4. Saya tak pernah menyokong umno dari dulu kini selamanya sebab saya tahu umno akan kecundang juga sebab pemimpinnya banyak menipu melayu.sekian.

      Delete
    5. Saya benci Pakatan Rakyat dan tak sokong parti-parti komponen BN. Saya sokong UMNO tapi tak sokong Najib. Sebaliknya, saya lebih cenderung kepada ISMA dan PERKASA. Rasa-rasanya saya akan terus berada dalam keadaan dilema sehingga PRU 14.

      Delete
    6. Kamal telah membuat kesilapan besar kerana sentimen dan tidak berpandukan kepada pertimbangan yang adil. Maruah bangsa Melayu yang dulunya hanya petani dan nelayan telah bertukar menjadi orang-orang profesional, doctor dan sebagainya . jJasa siapa?.

      Berapa banyak universiti dan institusi kewangan dikuasai oleh Melayu. Nama Malaysia sebagai negara Islam harum dengan pendekatan Mahathir dan Tunku meninggalkan pertandingan AlQuran yang terus gah diarena antarabangsa,berapa ramai anak Melayu sedang berada di belajar di luar dan dalam negara.,

      Universiti unPversiti dikuasai oleh orang Melayu,berapa juta duit Melayu dlm ONB,Tabung Haji. Jangan cakap bodoh. Saya hanya tak sokong Najib tapi say tak sokong parti yang bodohkan orang Melayu.lahirkan orang yang taktak tahu berfikir dan hanya tahu mengkafirkan orang tapi akhirnya berkawan dengan kafir dan orang dia pun jadi kafir lepas toik guru. Mereka keluar Pas kerana baru nampak parti bodoh
      .

      Delete
  6. Datuk Seri Najib mungkin akan come out cleas dari tuduhan menyalurkan wang 1MDB ke akaunnya. Agak sukar untukj orang percaya kerana tentunya beliau tidak sebodoh itu untuk membolehkan orang ramai mengetahuinya. Beliau boleh gunakan berbagai nama lain jika mahu.

    Bagaimanapun the damage has been done. Ramai orang percaya kerana beberapa pekara yang tidak dapat dinapikan dengan meyakinan oleh beliau sebelum ini.

    ReplyDelete
  7. Corak atau gaya berfikir Najib lebih cenderung ke arah seorang penghibur macam si mata lebam,daripada seorang pemimpin pejuang bangsa sejati.Dia tidak berjiwa besar,sebaliknya seorang yang berhati besar.Kenderaan yang ada ramai pemandu dan cuma seorang saja penumpang itu,adalah keranda.PM ini memilih untuk menjadi penumpang,kerana dia tidak tahu memandu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendek kata, Najib berperangai semacam sultan megah yang tidak berprihatin kepada rakyat.

      Delete
    2. Pendek jugak yg kata.... Kalau boleh undur secara terhormat, lebih banyak menjawab makin banyak yg terselak, bailk ngaku siang2

      Delete
  8. panglimo potaseh6 July 2015 at 08:11

    Perkiraan saya secara sosial zaman Tunku punya pentadbiran yang lebih bersih dan amanah dan "happy go lucky". Fikiran rakyat lebih santai dan terbuka. Pengacau utama adalah LKY dan mereka sesama menghadapi ancaman komunis.

    Untuk nyahkan LKY, Tunku terpaksa korbankan Tanah Melayu Singapura. Tapi bila kita bayangkan balik jika Singapura masih dalam Malaysia. Apakah impaknya ya dari segi sosiso-ekonomi.

    ReplyDelete
  9. Putera Gunung Jerai.6 July 2015 at 08:31

    Najib memang gawat sekali.

    ReplyDelete
  10. Najib tidak tahu ada berapa guni lagi file bukti yang dalam simpanan WSJ tetapi WSJ tahu apa yang dalam seluar Najib. Bodohkah WSJ tidak semena-mena mengadai kredibilitinya sebagai sebuah akhbar gergasi di dunia untuk mendedahkan maklumat yang palsu atau 'half past six'?. Apakah WSJ berani cari pasal berumah di tepi pantai kalau tidak berani dilambung ombak?
    Media hari ini tidak sukar menghidu sesiapa pun. Ambil contoh yang terkecil apabila pergerakan isteri Najib dapat dihidu hampir semua media dari Australia, London, New York, Singapura, Indonesia, Khazakstan, Peranchis, Dubai, Abu Dhabi, Qatar hampir 90 peratus negara G7.

    ReplyDelete
  11. Najib kata dia pertimbangkan nak saman. Siapa dia tak sebut. WSJ, SR atau TDM. Apa hujjah yang dia ada nak saman?
    Adakah dia ada bukti yang 2 account ambank tu palsu tak wujud? Kalau benar-benar wujud, macam mana nak defend.
    Atau dia ada bukti duit tak masuk malaysia. Apa BN ada bukti?

    Kalau dia tak ada benda benda asas di atas macam mana nak defend. Kalau dia ingat nak buktikan yang dia tak guna wang tersebut untuk peribadi, itu akan disangkal sebagai tak relevant dalam kes sebab WSJ and SR tak buat dakwaan tu. Dia sendiri yang but dakwaan dan dia sendiri yang sangkal.
    Kalau dia nak saman TDM, TDM tak ada pun buat dakwaan macam WSJ dan SR. Nak saman apa?

    ReplyDelete
  12. Regardless of the outcome and purported claims of spin. I am glad that WSJ wrote this. All of a sudden we have statements from the AG which was never known by the ordinary man in the street. You can call it a conspiracy of sorts, but let's not forget that WSJ is standing by its story and not going to back down on any legal challenge. Sarawak Report has even challenged detractors to sue them. Eventually the rest like BNM, PDRM, MACC etc have no choice but to start talking. This is what a man in the street wants: The Truth. But then again, when talk of conspiracy looms over our heads and the excessive shadow plays that has been going on for years, we ever wonder if the truth will come out now or ever ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, Lord grant us the Truth and deliver us from the oppressors!

      Delete
  13. najib didesak oleh tun M supaya berundur secara terhormat setelah hilang keyakinan dengan sikap dan corak pentadbiran beliau. Malangnya najib enggan menerima nasihat tersebut dan memilih untuk mempertahankan diri. najib dengan anwar ibarat adik beradik seperguruan dari barat..jika najib memilih untuk bertahan, maka pekung dirinya akan terdedah satu persatu.. kekuatan najib hanya mendapat sokongan terpaksa dari ahli parti saja, terlalu lemah jika dibandingkan dengan anwar yang pernah tersingkir. jika najib terjatuh, beliau akan rebah spt batang reput yang tiada berguna lagi..

    ReplyDelete
  14. Common denominator between Anwar and Najib :-

    - Denial, Never Admission of Guilt, one is already proven, the current one will probably fall on his own sword, they don't die but live to fight a prolonged and losing battle!

    - When Anwar fell, a good proportion of the rakyat were with him (blindly or not), remember the REFORMASI-Basi!

    - Same scenario, Najib drummed his bugis, and warrior blood bla, bla, bla and gets good backing from the MT and Cabinet (Kitchen that is) but, totally disregarding the rakyat will just invite a total wrath from the rakyat and UMNO will be sent into oblivion and chances of being reborn (or Regrouped in that sense) will just be like dust annoying the people within and without! Don`t be so sure you can withstand the onslaught from the rakyats.

    To Bugis and his footlickers and bootlickers, you are defending a crumbling Fort, only matter of time that Total Collapse going to happened!

    ReplyDelete