Monday, 27 July 2015

RUMAH TANGGA ADUN DAN PARLIMEN PEMBELOT PAS DALAM KEADAAN ZINA. HUKUMAN MAJLIS FATWA DITUNGGU

Lihat posting sebelum ini MKT UMNO pecah

Umat Islam di Malaysia sedang   menghadapi  ujian  terhadap keyakinan  dalam pegangan agama  yang tidak pernah dialami sebelum ini akibat dari ajaran sesat yang di tinggalkan oleh Tok Guru Pas yang boleh mengakibatkan keruntuhan   institusi kekeluargaan Islam dengan bagitu mudah.

Ini tidak boleh dilihat sebagai hanya masalah orang Pas kerana jika Bai'ah dilaksanakan seperti kehendak Tok Guru maka pastinya pandangan bukan Islam terhadap Islam bagitu rendah sekali. Maruah Islam tercabar,tidak ada keadilan terhadap wanita dalam Islam kerana mereka boleh dijadikan bahan permainan politik.

Dalam Interviu dengan Mingguan Malaysia semalam Setiasusaha Agung Pas yang baru Datuk Takiyuddin Hassan mengakui bahawa semua calun Pas berbai'ah tetapi di Kelantan lebih berat lagi kerana kena ceraikan isteri bila jadi pembelot atas kehendak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya" Semua negeri ada bai'ah tetapi di Kelantan ada talak. Itu saya nak tegaskan kehendak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dia menjadi saksi. Jadi kepada mereka yang sekarang mempersoalkan bai'ah seolah mempersoalkan Tok Guru"

Nampak jelas bahawa SUA Pas ini walaupun seorang yang terpelajar tetapi  juga fanatik dan taksub pada ajaran Tok Guru ini tanpa mempersoalkan dari segi logik kemanusiannya.

Saya percaya   anggota -anggota  Parlimen  atau Dewan Negeri Pas yang terlibat sekarang menyesali perbuatan mereka itu yang  tidak Islamic dan melampau kerana mereka tentu lebih sayangkan isteri,anak - anak  dari  ajaran Tok Guru  yang bersifat kejam dan tidak berperi kekamusiaan.Mereka menjadi rasional dan keluar dari ajaran  Islam Pas yang unIslamic.

Nasib isteri-isteri yang bakal diceraikan itu jika suami mereka merasakan berada dalam keadaan zina jika terus bersama , telah pun mendapat perhatian dari wanita-wanita Islam dan bukan Islam di negara ini.

Setakat  ini Yang Dipertua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi) Tan Sri Dr. Rafiah Salim telah pun menyatakan" Tidak sepatutnya sebuah parti politik berbuat demikian dalam memastikan kesetiaan ahli parti tidak berbelah bahagi."

Bekas Pengerusi Persatuan Jaringan Wanita Bumiputera Malaysia(WENA)  Nuraizah Shamsul Bahari berkata" Tidak sepatutnya politik dikaitkan dengan amanah Allah "

Ketua Penerangan UMNO Rosni Zahari berkata " Pekara ini tidak sepatutnya berlaku,bai'ah sampai jatuh talak tiga terhadap isteri jika lompat parti menunjukan mereka memperdagangkan maruah isteri masing-masing demi kepentingan politik.

Berapa banyakkah lagi  fatwa-fatwa dari ulama-ulama sempit,jumud dan taksub yang tidak seimbang  dengan  dengan kehendak akliah atau kata seorang pemimpin Pas terpelajar yang  " tidak mempunyai analytical mind" yang telah menyesatkan umat Islam di negara ini.

Malangnya kita telah sekian lama  mempunyai Ulilamri di negara ini yang takut untuk menegur ,mencabar atau mengambil tindakan berani   menghalang ajaran ajaran sesat ini kerana kebanyakan guru ajaran sesat ini menyerupai mereka,berjubah,berserban,berkupiah putih,berjanggut dan sebagainya.

Berapa banyakkah  buku-buku Nik Aziz dan Haji Hadi yang berada bebas di pasaran yang tidak pernah diambil berat oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam negeri,Ikim, Jakim dan sebagainya  atau oleh Majlis Fatwa untuk diselidik  dan dan dikaji ,dihalusi samaada bertentangan atau tidak dengan ajaran Islam.

Apa yang mereka takut adalah pandangan rasional dari gulongan terpelajar Islam,buku- buku yang berunsur intelektualisme agama,fikiran-fikiran Islam yang dinamik dan progresif  tetapi pandangan sempit lagi  menyesatkan  dan membodohkan orang Islam dari ulama-ulama politik dibiarkan bertebaran dan bersebaran dengan luas dalam pasaran. di masjid-masjid, di surau surau dan sebagainya.

Berapa juta umat Islam yang telah disesatkan oleh ajaran Tok Guru, dikafirkan dan tidak disahkan amalan sembahyang  mereka kerana penilaian politik,  Bai'ah hanya suatu contoh kecil tetapi  satu demi satu akan  timbul apabila lebih ramai orang Islam dari Pas kembali kepada Islam yang sebenar.

UMNO telah berada di landasan benar  dalam soal agama dari awal penubuhannya dengan tidak mencampur adukan agama dengan politik  sampai kepada peringkat  UMNO dikafirkan.

Maka itu UMNO  menolak dengan tegas homosexual dari menjadi ketua mereka tetapi Pas menerimanya atas fatwa Tok Guru  demi kepentingan kuasa  dan akhirnya  memecahbelahkan parti itu atas hukuman Allah  kerana penyelewengan mereka dari prinsip Islam dan kerana dosa  sekian  lama membodohkan umat Islam di negara ini.

Yang ditunggu oleh seluruh umat Islam di negara ini sekarang ialah apakah hukum Bai'ah Tok Guru Pas ini  boleh dipakai, sah  haram,sesat dan menyeleweng dan sebagainya.

Jika bekas penderhaka Pas tidak dapat menerima hukuman bai'ah ini ,maka apakah Majlis Fatwa masih takut untuk memberikan fatwa yang sebenar ataun mengharamkannya  bagi menyelamatkan wanita-wanita Islam dari terus menjadi mangsa politik agama? Ini perlu disegerakan kerana melibatkan maruah umat Islam di negara ini.


20 comments:

  1. Salam Tan Sri,
    Saya ingin mencelah,saya tidak kisah apa yang berlaku dalam PAS atau PKR atau DAP apalagi GHB. Yang saya kisahkan apa yang berlaku dalam UMNO! Spt yg saya nyatakan dahulu pd Tan Sri (wp guna nama anonymous), DS Najib perlu berundur secara terhormat..wp TS Muhyiddin bukan calon terbaik, tetapi dia adalah satu-satunya calon yang kita ada untuk meredah badai politik skrg. Saya rasa dia lebih ditakuti oleh org Cina berbanding DS najib dengan satu Malaysianya..Sebagai PM, DS Najib tidak boleh tersilap langkah..dan beliau telah tersilap banyak langkah dalam menguruskan negara ini. Dan saya terkilan kerana Tun Mahathir yg terbukti memacu negara kepada kemajuan turut menjadi musuh beliau...oleh itu, apa lagi DS najib tunggu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib makin hari makin terjadi Keldai Freemason - dia tengah menyelesaikan perjanjian Trans Pacific Partnership Agreement mendedahkan Malaysia kepada skim2 Si Ultra-Kaya sedunia.

      Delete
  2. Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim nampaknya macam tidak sabar mahukan Tan Sri Muhyiddin gantikan Najib. Dalam kenyataannya beliau berkata Muhiyddin hanya bercakap tetapi tidak bertindak sambil merujuk kepada kekesalan Muhyiddin diatas tindakan kerajaan menggantung The Edge dan beliau juga mahukan laporan 1MDB didedahkan.

    Beliau juga mendakwa bahawa anggota kabinet dan orang ramai belum dapat jawapan yang jelas mengenai 1MDB dan kes ini akan membawa kepada keruntuhan BN dalam pilihanraya akan datang.

    Ramai yang sependapat dengan Muhyiddin termasuk Mahathir sendiri dan bila Pas juga mahu tindakan dari Muhyiddin maka bolehkah kita fahamkan sebagai Pas nampak boleh berkerjasama dengan UMNO di bawah pimpinan Muhyiddin?

    ReplyDelete
  3. TS Zam,
    Pada pandangan saya PAS selalu ' back the wrong horse '. Dulu masa Dato' Nik Aziz berkuasa PAS menyokong kuat seorang pemimpin peliwat dan sekarang ni Dato' Hadi memberi sokongan kepada Najib yang sekarang ini bagaikan orang yang sedang kelemasan. Sebaiknya PAS menyokong usaha untuk mencari kebenaran dan menghalang atau menghapuskan kemungkaran - tidak kira siapa pun yang terlibat.

    ReplyDelete
  4. Dari dulu lagi saya komen dalam blog tan Sri Dan saya masih berulang Kali persoalkan 'jika bagi saya satu jasa Nik aziz dalam membangkit syiar Islam di Malaysia harini juga saya masuk pas' namun hampa beribu Kali hampa kerana tiada seorang pun Dari berjuta atau berbilliom pengikut parti kahak hijau memberi saya satu jawapan hatta separuh jawapan.jika di Iran mereka menggagung Khomeini di Malaysia apa kurangnya menggagung Nik aziz.kesian mereka tan Sri!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan tidak boleh menghukum orang lain berdasarkan kenyataan Takuyudin, memandangkan orang yang seorang lagi sudah meninggal dunia. Orang yang sudah meninggal dunia tiada boleh membela diri. Jika Tuan percaya pada Takiyudin bolehlah dianggap Tuan juga bangang macam dia.

      Delete
    2. Bukan Takuyudin seorang yang mengatakan sedemikian bahkan Ketua Pas Rantau Panjang,Abdul Fatah Haron juga menyebut perkara yang sama. Hal itu bukan baru bermula sejak tahun 1990 lagi,kata beliau.

      Delete
  5. Salam TS Zam..

    Saya menghormati tuan kerana keberanian bersuara mengkritik kerajaan tetapi saya tidak faham apa sebearnya kaitan isu yang cuba tuan tuliskan kali ini. Apa kaitannya dengan keadaan negara terkini dan apa pula kesannya yang mungkin akan terkesan dengan kehidupan rakyat Malaysia hari ini dan masa depan berkenaan isu yang cuba tuan bangkitkan.

    Maaf kalau saya katakan cara penulisan tuan agak ketingalan dan agak susah nak difahami maksudnya. Dan maaf juga kalau saya katakan tuan dahulu pun adalah menteri penerangan yang pernah bersungguh sungguh bertindak menjadi 'juara kerajaan daripada menjadi juara rakyat' walaupun tuan tidak lama memegang jawatan tersebut.

    Adalah lebih baik tuan Zam teruskan menulis mengenai isu-isu semasa negara sahaja daripada menulis perkara yang tiada berkepentingan nasional dan tidak juga akan diambil peduli oleh majoriti pembaca dan apalagi rakyat Malaysia.

    Sekian terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAMAIKAH YANG TIDAK FAHAM SEPERTI ORANG INI ATAU KERANA KAFANATIKANNYA DIA TIDAK DAPAT MELIHAT BENCANA YANG MENIMPA KELUARGA ISLAM AKIBAT DARI BAI'AH AJARAN SESAT TOK GURU.
      DIHARAP ADA ORANG YANG DAPAT MEMBANTUNYA .

      APAKAH MASALAH BAI'AH YANG SEDANG DIHADAPI OLEH PEMIMPIN PAS YANG TINGGALKAN PAS BUKAN MASALAH SEMASA?

      Delete
    2. Saudara Zam, betul apa yang dilontarkan oleh pembahas di atas. Masalah PAS is none of your business.Tuan tidak boleh menghukum orang yang sudah tiada di dunia ini lagi.Masalah agama masalah diri sendiri,Tuan patut tumpukan pada isu semasa yang melanda kepimpinan negara yang kononnya memperjuangkan nasib agama, bangsa, dan tanahair.atau singkatannya. alif, ba, ta. Lebih baik tuan bincangkan masalah umno sebab umno pun bukan parti yang baik seperti juga dengan PAS.

      Delete
    3. Susah jugak nak bercakap dengan orang yang tak faham! Bukankah TS Zam itu bekas wartawan yang tidak asing lagi di negara ini? Selaku wartawan,fungsi dan peranannya sememangnya bertepatan. Tak terfikir di minda ini, ada orang yang nak dictate beliau hak menyuarakan pandangan.

      Delete
  6. Ustaz Nik Aziz telah menyeleweng dari akidah Tauhid Ashaairiyah-Maturidiyah (kaum tua) oleh sebab dia mengistiharkan bahwa Allah Subhanahu wa Ta 'Ala berjisim dan duduk bersila diatas singgahsanaNya. Iktiqad pelik golongan Hanbali-Wahhabi (kaum muda) ini sudah lama berlanggar dengan fahaman orang Melayu tradisional pasal keEsaan Zat Allah Yang langsung tidak ada perumpamaan dengan sifat makhluk dan manusia yang tercipta olehNya.
    Allah Al-Khaliq tidak merupai makhluk milikNya yang berjisim dan berjirim - inilah prinsip Tok Guru Pondok Melayu berkurun-kurun.

    https://www.youtube.com/watch?v=7yCUZ9o9sYc

    Kaum muda Wahhabi yang merujuk kepada Sheikh Ibnu Taymiyyah itu (kurun 7 hijriyah) telah mengingkar pesanan Nabi Muhammad supaya jangan seorang menghukum orang Muslim lain sebagai kafir - hanya sebab ia tidak mengiyakan bawakan mereka. Oleh kerana dalil ini, maka boleh dikatakan Nik Aziz telah menganiayai pasangan suami isteri orang mukmin Melayu untuk berpuluh tahun panjangan.

    Semoga Allah mengampuni dosa Nik Aziz. Semoga Allah menyelamatkan ummat Melayu dari kebatilan dan kezaliman fatwa Nik Aziz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaiman pula dengan Haji Hadi yang menghukum umno kafir sebab tak laksana hudud.sila jawab, jangan pusing-pusing.

      Delete
  7. PAS? No need. No meaning.

    ReplyDelete
  8. Saya rasa dalam hal hukum hakam ini biarlah mereka yang berilmu membahaskannya.

    Hukum adalah satu perkara..kelemahan manusia satu perjara lain..
    Kelemahan manusia tidak boleh mengatasi hukum..lebih lebih lagi kalau mereka faham dan lakukan dengan relahati.

    Jangan gunakan akal logik sahaja lebih lebih lagi berhujah dari sudut politik.

    Masih ada pihak lain yang perlu dipertanggungjawabkan untuk tangani isu ini.

    ReplyDelete
  9. Saya sangat setuju dengan pandangan TS Zam mengenai ketelanjuran PAS mengunakan Agama demi politik; baca kemewahan hidup. Lihat saja puak pembelot dari puak ini yang membuta-tuli menggunakan kata-nama Gerakan Harapan Baru (New Hope Movement) yang jelas bercirikan Evangelist. Puak-puak ini ternyata jelas sanggup mengadai agama demi undi (baca WANG) bukan-Melayu. Yang jelas, kita dapat teka siapa yang membiayai sumber kewangan GHB ini.

    Saya kagum dengan tulisan TS Zam dibawah.

    "Berapa banyakkah lagi fatwa-fatwa dari ulama-ulama sempit,jumud dan taksub yang tidak seimbang dengan dengan kehendak akliah atau kata seorang pemimpin Pas terpelajar yang " tidak mempunyai analytical mind" yang telah menyesatkan umat Islam di negara ini.

    Malangnya kita telah sekian lama mempunyai Ulilamri di negara ini yang takut untuk menegur ,mencabar atau mengambil tindakan berani menghalang ajaran ajaran sesat ini kerana kebanyakan guru ajaran sesat ini menyerupai mereka,berjubah,berserban,berkupiah putih,berjanggut dan sebagainya.

    Berapa banyakkah buku-buku Nik Aziz dan Haji Hadi yang berada bebas di pasaran yang tidak pernah diambil berat oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam negeri,Ikim, Jakim dan sebagainya atau oleh Majlis Fatwa untuk diselidik dan dan dikaji ,dihalusi samaada bertentangan atau tidak dengan ajaran Islam.

    Apa yang mereka takut adalah pandangan rasional dari gulongan terpelajar Islam,buku- buku yang berunsur intelektualisme agama,fikiran-fikiran Islam yang dinamik dan progresif tetapi pandangan sempit lagi menyesatkan dan membodohkan orang Islam dari ulama-ulama politik dibiarkan bertebaran dan bersebaran dengan luas dalam pasaran. di masjid-masjid, di surau surau dan sebagainya."

    Tahniah TS Zam kerana berani berkata benar.
    Selain dari isu 1MDB, perpecahan Melayu akibat menyalah-gunakan Agama dalam berpolitik juga merbahaya, sama seperti pe'el seorang peliwat yang pintar memperagakan Agama untuk mengaburi tabiatnya gian main pungkok anak-jantan muda.

    ReplyDelete
  10. Yang dah meninggal tak payahlah kita gaduhkan. Yg digaduhkan dengan wajar ialah kelemahan dan kegedilan PM
    Najib yang seperti buat tidak faham bahawa sentimen terhadap beliau adalah ditahap negatif yg memang sudah mustahil untuk dicerahkan walau apapun dikatanya.

    Sebelum UMNO-BN lagi parah maka berundurlah segera.

    ReplyDelete
  11. Setuju.... tak payah nak tengok pasal PAS. Mereka dah dewasa untuk menentukan halatuju mereka.

    Lebih baik tengok UMNO sekarang. Dah dalam keadaan nazak...disebabkan anak Tun Razak yang tak pandai menilai denyutan nadi rakyat. Bukan saja pengundi atas pagar, tapi orang umno sendiri sudah menolak beliau. PM syok sendiri.

    Pergi di mana saja di Malaysia ni. PM kita dijadikan bahan jenaka... semakin hari semakin teruk.

    Najib berundurlah secara terhormat sebelum kamu dikeji seumur hidup kamu.

    ReplyDelete
  12. TS Zam, putting religion aside if you notice now, a lot of statements has been coming out since the death of Nik Aziz. This is probably one example quoted by a man who supports the present leadership and hudud of PAS. How come when Nik Aziz was alive, none came out ? Of course there was no GHB when the Tok Guru of Pas was alive. I think people are going on a wild ride using a dead man's name and they know that the dead man does not walk and talk anymore. I hope they do not misquote Nik Aziz because that will be a sin. Furthermore using politics as means to separate a family is a bigger sin.

    By the way, what about the biggest sins going on in our Tanahair ? I am laughing after reading the PMO's statement.

    ReplyDelete
  13. nampaknya ramai yang butthurt bila ts zam bercakap pasal pas. merka mahu ts zam cakap pasal umno dan keburukannya saja. apa yang ts zam nak sampaikan mudah je. umno sedang menghancurkan melayu dan Negara dengan mismanagement dalam ekonomi dan pentadbiran manakala pas sedang menghancurkan melayu dengan fatwa dan amalan yang merepek dan lari dari islam. pendek kata dari aspek pengaruh politik, melayu boleh kata hancur dunia dan akhirat. ini satu resipi bencana yang sangat berbahaya kalau dibiarkan tanpa ditangani.

    jentayu

    ReplyDelete