Sunday, 12 July 2015

NUR JAZLAN (PAC) JUGA AKAN JADI MENTERI KABINET

Berasaskan sikapnya yang non confrontational dan percaya kepada constructive engagement, maka tidaklah mustahil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam penyusunan semula kabinetnya selepas Hari Raya Aidilfitri kelak akan melantik orang-orang parti yang berpontensi menjadi bahaya besar kepadanya.

Saya meramalkan di antara muka baru yang dalam kategori ini, ialah Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi PAC (Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) yang setakat ini telah menampakan sikapnya yang non partisan dalam siasatan mengenai perbelanjaan jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya.

Dalam blognya bertarikh 16 Jun 2015, Nur Jazlan telah berikrar untuk menjalankan tugasnya dengan adil, telus serta berakauntabiliti dalam siasatan terhadap 1MDB yang dikatakan berhutang RM 47 billion yang membangkitkan kritik dan komen meluas orang ramai terhadapnya dan juga kerana kedudukan bipartisan jawatankuasanya di bawah Parlimen Malaysia.

Setakat ini orang ramai nampak kesungguhan dan keberaniannya, tetapi sebagai manusia UMNO tidak mustahil beliau akan menerima tawaran yang akan dikemukakan kepadanya dengan keyakinan akan lebih berkesan untuk membetulkan penyelewengan dari dalam.

Ini bergantung kepada nilai dirinya, sama ada berpegang kepada akaun diri atau akaun rakyat atau sama ada beliau percaya Najib masih lagi ada masa depannya atau akan tamat segera. 

Tweets & replies

Photos & videos
Zainudin Maidin ‏@ZainudinMaidin  5m5 minutes ago
Tahniah pd PM Najib jika benar berani lantik Sharir Samad jadi menteri. Lebih berani jika dilantik jadi TPM atau Menteri Dlm Negeri.

Zainudin Maidin ‏@ZainudinMaidin  29m29 minutes ago
Jika benar,saya alukan Sharir Samad tokoh  besar egoistik politik terpendam berabad kembali ke kabinet dlm krisis. Teruskan integriti berani
Zainudin Maidin ‏@ZainudinMaidin  6h
Pas Dap sah terputus. Akibat nafsu besar ulama kahwin kafir yg belum masuk Islam. Dah puas berzina lahirkan ramai anak haram. Bertaubatlah

21 comments:

  1. Tuan Zam,

    Mendalam betul ayat ni.

    Wasallam.

    ReplyDelete
  2. Jangan jadi pak hangguk dan pak sanggup sudah..

    ReplyDelete
  3. Saya cuma tahu shahrir samad adalah abang kepada Khalid gereja samad!!!bos lama dia dah bagi 3 pilihan kepada najib x nak ikut ke??ohhhh lupa....budaya umno lu tolong wa,wa tolong lu!!!!

    ReplyDelete
  4. Malangsia le jadinya

    ReplyDelete
  5. Zaman Shahrir ni lah yang menyebabkan harga petrol mendadak naik sampai RM 2.78, masa tu dia Menteri KPDNKK, menteri pengguna.

    Shahrir ni hanya tau melalak sahaja, tak tau buat kerja. Zaman dia jugalah harga barang naik melambung tak mampu dikawal, orang macam ni lantik jadi menteri, memang bodohlah yang melantik tu, melainkan yang melantik tu ada agenda nak kuatkan pengaruh dengan melantik ahli parlimen bebal menjadi menteri supaya senang jadi pak turut.

    ReplyDelete
  6. Congrats. Harap betul. Best piece of news. Shahrir seorang yang smart and brave. Heran juga Najib tak lantik dia jadi Menteri masa dia membentuk kabinet pertama semasa menjadi PM. Takut dituduh nepotism since Shahrir dua pupu dia. Ibu Najib dan ibu Sharir sepupu. Sepupu Hishamuddinpun dah menteri. Zaman Mahathir kita fahamlah since they are mutual 'enemies'. Both are strong and egoistic. Tapi ramailah yang rasa tergugat bila Shahrir masuk Kabinet. Especially Hisham. Muhyiddin poised to become PM. Dalam ramai-ranai menteri sekarang, cuma Zahid, Nazri yg honestly for PM. Yg lain ikut where the wind blows. So Najib perlu masuk Sharir dalam kabinet untuk perkukuh kedudukannya. Don't think Shahrir will be like Nuar Ibrahim who came from behind and stab others to become DPM.

    ReplyDelete
  7. Orang macam Shahrir ni apa dia boleh buat untuk negara?Kemahiran dia hanyalah mengutuk Tun Mahathir sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahrir ini eranya sudah berakhir sebagai MP, berilah peluang orang muda.

      Delete
  8. Assalamualaikum tan sri,

    Datuk Shahrir ni memang seorang yang vokal dan nampak daring, tapi masa beliau jadi menteri perdagangan, saya lihat prestasi beliau biasa-biasa sahaja. samalah macam KJ, nampak banyak idea, tapi result kementerian belia dan sukan? lagipun, lantiklah siapapun, kalau individu tu menyokong DS Najib dab 1MDB, memang tak ke manalah Kerajaan.

    Salam Ramadhan

    budak jawa

    ReplyDelete
  9. Kalau kita ambilkira nasihat Musa Hitam, perlantikan Shahrir sekadar "menempah maut" dan setakat ini pembelaan Shahrir di luar kabinet masih ada integriti.

    Shahrir Samad juga sudah di penghujung hayat politik, parlimen JB milik DAP di PRU akan datang...

    Taraf Shahrir lebih kurang Nazri..secara nyatanya mereka sokong Najib...tetapi setakat mana pengaruh dan undi yang mereka boleh bawa untuk menyokong najib.

    ReplyDelete
  10. Lepas ni bolehlah lantik gani,zeti,Khalid timbalan perdana menteri ke 2 selepas mahyudin tpm 1....punya terdesak najib!!!!kahkahkah...ingat anwar dah masuk dalam penjara dah habis skrip yang digunakannya untuk dipertontonkan kepada kita...tuptap...najib recycle balik!!!!kahkah...menangis tun razak kalau beliau masih hidup!!!!

    ReplyDelete
  11. Jangan ghairah sangat mengutuk saudara sebangsa dan seagama. Nanti meludah kelangit jatuh kemuka sendiri. Takpe lab jugak, jangan nanti dah meludah jilat balik.

    Ingat2lah Ramadhan dah dipenghujung. Takut tak jumpa Ramadhan tahun hadapan nanti tak sempat minta maaf.

    jangan jadi Melayu Bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu bijak sokong najib???

      Delete
    2. Aku lebih rela digelar melayu bodoh asalkan x bersubahat melakukan kemungkaran!!!!berkaitan najib x perlu dimomokkan dengan permasalahan bangsa sebab najib bukan melayu sebab beliau bangga dengan darah puihhhlawan bugisnya!!!ada faham macai najib!!!ni dekat raya pmo dah bank in ke belum durian runtuh????saja Tanya!

      Delete
  12. Kah!...kah!..........kah!........... Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin untuk semua muslimin dan muslimat.

    ReplyDelete
  13. Rahmat Batu Pahat12 July 2015 at 22:39

    Sekiranya Nur Azlan telah menerima tawaran meanggotai kabinet maka eloklah beliau meletakan jawatan sebagai Pengerusi PAC dari sekarang supaya sebahagian dari kerjanya yang baik akan di hargai tetapi jika beliau meneruskan tugasnya dalam keadaan kaki sebelah hampir melangkah ke dalam dan sebelah kaki di luar maka ini akan menyukarkannya untuk meneruskan tugas denagn jujur,ikhlas dan adil dan orang ramai yang cerdik akan dapat menilai dan menciumi samaada beliau masih bebas atau berkerja dengan sikap hipokrasi.

    ReplyDelete
  14. Kelihatan sekarang Rahman Dahalan sedikit senyap kerana banyak masanya dihabiskan untuk membela Najib sehingga Kem Kesihatan nak menyaman PBT2 yang cuai dalam mengekang penyebaran penyakit deman denggi!

    ReplyDelete
  15. Pengerusi PAC patutnya pembangkang dan naib pengerusi lak pihak kerajaan. Itu syor saya selaku pengundi BN sejak 3 PRU terakhir :)

    ReplyDelete
  16. Bersangka baik...penstrukturan semula kabinet..Najib berundur digantikan Muhyiddin yang membersihkan segala daki dan kotoran tanpa ada sesiapa yg didakwa.

    Sampah sarap sapu ke bawah karpet - umno style

    ReplyDelete
  17. Yes that is a great possibility. But then it is up to the conscience of Nur Jazlan whether to accept it given the current scenario of the investigation and the man who is implicated, isn't it ?

    ReplyDelete
  18. Saya kongsi pendapat yang sama, kalau Najib nak kekang 'kuasa dan pengaruh' anak Tok Mat ni yang bagi saya berpotensi menjadi 'no 1' pada masa hadapan kalau dia teruskan sifatnya yang 'tidak memihak demi kebenaran'. Bila dah berjawatan menteri atau timbalan maka NJ akan terpaksa melepaskan jawatan pengerusi PAC kepada MP BN yang lain pulak. Maka Najib boleh la pilih seorang daripada banyak pengampu lagi penjilat yang setia kepada dia.. Shahrir JB dah cukup tua untuk bersara terus daripada politik. Dia pernah disangka permata tapi setelah digilap ternyata hanyalah kaca...

    ReplyDelete