Thursday, 30 July 2015

NAJIB HADAPI JALAN BUNTU UNTUK SINGKIRKAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Presiden UMNO Datuk Seri Najib menghadapi jalan buntu untuk menyingkikran Tan Sri Muhyiddin dari kedudukannya sebagai Timbalan  Presiden UMNO yang sepatutnya dilakukannya  dengan pantas setelah menyingkirkannya dari Timbalan Perdana Menteri.

Ini terdedah  apabila mesyuarat MKT yang dipanggilnya esuk disamping Taklimat Presiden UMNO  mengenai penyingkiran itu dibatalkan kerana dibimbangi akan menimbulkan kekecohan.

Walaupun Muhyiddin dan Shafie Afdhal  yang menjadi mangsa pemecatan tidak berpotensi untuk menimbulkan kekacauan tetapi kenyataan mereka untuk hadir di MKT sudah cukup mengancam perasaan Najib.

Ini berbeza dengan  Tun Dr. Mahathir  yang walaupun tidak pasti sokongan  terhadapnya tetapi  telah  memanggil mesyuarat MKT sebaik sahaja  memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri  tetapi Najib nampaknya tidak berani mengambil risiko walaupun  beliau pasti sebahagian besar anggota MKT menyokongnya.

Saya tidak boleh membayangkan  apa akan terjadi pada UMNO sekiranya Muhyiddin terpaksa dikekalkan kedudukannya hingga mesyuarat Perwakilan UMNO akan datang.

Dalam tidak menemui alasan yang kuat , Najib mungkin akan membuat kenyataan beliau tidak bermaksud untuk memecat  Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO tetapi sekadarkan Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Jika keadaan ini berterusan maka  Najib akan  menghadapi cabaran yang lebih besar kerana mesyuarat-mesyuarat Bahagian UMNO  yang sedang dipanggil  di seluruh negara pastinya yang akan menjmput Muhyiddin dan  tidak akan sepi dari perbincangan mengenai pembuangannya dan akan  membuat keputusan mengenainya.

Beliau tentunya tidak segera memanggil mesyuarat MKT jika beliau tidak mempunyai keyakinan bahawa semua proses penyingkiran Muhyiddin akan berjalan dengan lancar dengan didahuli mesyuarat MKT untuk pemecatan Muhyiddin dan dikuti dengan  taklimat kepada ketua-ketua UMNO.

Tetapi pembatalan kedua jadual ini membuktikan bahawa Najib telah mebuat salah perhetongan yang menambahhkan lagi jumlah kesilapannya   sekian banyak yang sedang dihetong oleh rakyat.

Jika belaiu  takut berhadapan  dengan wakil-wakil UMNO  di majlis taklimat maka  bagaimakah jika beliau dijemput untuk merasmikan mesyuarat -mesyuarat  UMNO bahagian?. Apakah beliau akan bersifat selective dengan menghadiri hanya mesyuarat UMNO bahagian yang diketahui menyokongnya?

Kenyataan  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin (Utusan Malaysia hari ini) meminta semua ahli UMNO menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO miskipun disingkirkan dari Timbalan Perdana Menteri tidak memberikan mesej yang baik kepada Datuk Seri Najib.

Akibat kelewatan tindakan Najib itu maka ada kemungkinan desakan-desakan akan datang dari bahagian-bahagian UMNO   supaya kedudukan Muhyiddin di kekalkan sebagai Timbalan Presiden

Malah  seorang veteran UMNO, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO dan  juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Aziz telah memberi amaran tidak secara langsung kepada  Najib bahawa beliau  akan dipersalahkan jika UMNO musnah dan hancur dari tindakannya menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Katanya seperti yang dilaporkan oleh The Star"Tindakan terhadap Muhyiddin boleh memusnahkan parti"

Datuk Khaled  juga menyatakan tidak akan menghalang mana-mana bahagian di Johor untuk menjemput Muhyiddin merasmikan mesyuarart bahagian masing-masing.

Tindakan penyingkiran  Mahyuddin mungkin  akan memanjangkan hayat kedudukan Najib  sebagai Perdana Menteri tetapi belaiu tidak akan dapat menyekat cabaran-cabaran besar yang akan dihadapi dari  dalam parti akibat tindakannya yang tegesa-gesa.

Tidak ada jalan lain lagi bagi Datuk Seri Najib untuk  menyelamatkan dirinya kecuali dengan menambahkan tindakan-tindakan yang bersifat authoritarian.

Nota: Maafkan saya jika terdapat banyak kesilapan ejaan atau menggunakan ejaan lama- Zam


Timbalan Pengerusi Tetap Umno Datuk Mohamad Aziz memberi amaran bahawa rombakan kabinet, termasuk pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri, boleh memusnahkan parti.

“Ini tidak baik sama sekali untuk Umno yang mana tindakannya pada depan depan akan memusnahkan parti.

“Jika ia berlaku kita tahu siapa yang harus dipersalahkan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh TheStar.

Mohamad juga speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mengingatkan Najib bahawa kedudukannya, seperti Muhyiddin, dikecapi hasil sokongan akar umbi.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno semalam digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, tindakan yang dilihat penganalisis susulan kenyataan kritikalnya dalam isu 1MDB.

Menyentuh tentang syarikat pelaburan negara itu, Mohamad mempertikaikan apa salahnya seorang timbalan perdana menteri bercakap tentang “isu ang membimbangkan rakyat”.

“Najib patut tahu apa lebih penting – 1MDB atau kelangsungan Umno,” beliau dipetik sebagai berkata oleh harian berbahasa Inggeris itu










50 comments:

  1. pak zam..saya yakin muhyiddin akan disingkirkan dari jawatan timbalan presiden umno dalam masa terdekat ini dan walaupun saya pro pembangkang tapi saya masih yakin BN akan menang PRU akan datang dengan majoriti yang sangat rendah.Tapi yang pasti..menang tetap menang.

    ReplyDelete
  2. Ya. Saya juga yakin bagitu. Hanya delaying tactic.Power is Power and the Power of incumbancy.Dah lihat berapa Perdana Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar dari Che Det lah tu.

      Delete
    2. PAS dan PKR adalah kafir.

      Delete
  3. Salam Tan Sri,
    Pada hemat saya, TS Muhyiddin seorang politikus yang bijak dan berpandangan jauh. Beliau sudah nampak isu 1MDB akan memberi masalah kepada UMNO dan menimbulkan persepsi negatif ahli kepada kepimpinan UMNO. Justeru, sebab itu beliau nampak tenang sahaja, kerana jika isu 1MDB adalah benar mempunyai perkaitan dengan DS Najib, maka TS Muhyiddin terselamat. Kerana beliau telah memberi amaran kepada ahli tentang senario tersebut, dan beliau dilihat sebagai seorang yang tidak terlibat dengan hal demikian. Oleh itu, jika difikirkan secara rasional, kedudukan TS Muhyiddin sekarang dalam posisi terbaik! Selain hanya sebagai Timbalan Presiden UMNO, keputusan kabinet dalam pentadbiran kerajaan berkaitan permasalahan negara tidak melibatkan beliau. Pasti...akhirnya beliau akan kembali dengan rasa penghormatan yang tinggi dalam kalangan rakyat.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Najib bukan sahaja takut menghadapi pihak-pihak UMNO..... tapi bagaimana dia hendak menghadapi rakyat jelata .....

    ReplyDelete
  5. Salam TSZ..saya tidak fikir NR buntu. Dia cuma tunggu masa sesuai utk checkmate. Cuba TSZ sambungkan titik-titik kejadian terkini. Penyingkiran Gani Patail, siasatan ke atas Zeti dan bbrapa pegawai kanan Bank Negara, Lantikan member PAC ke dalam kabinet. Pertukaran pegawai kanan Bukit Aman, pasukan siasatan ke Thailad yang disebut oleh KPN bukan atas landasan pasukan petugas khas.

    Jgn lupa juga kebakaran di Bukit Aman semalam. Adakah benar ianya secara kebetulan dan yang terbakar tu koridor shj

    ReplyDelete
  6. Tan Sri,

    Saya yakin umno /bn akan menang besar lebih 2/3 majoriti pada pru akan datang ini, ia kerana :

    1. Melalui tindakan memecat tpm dan AG najib dilihat seorang yang tegas dan berpandangan jauh .

    2. Semua ahli pas di bawah pimpinan hj.hadi akan sokong najib dan mengundi bn.

    3. Isu isu besar seperti 1MDB akan ditangani dengan jayanya oleh agensi perang saraf untuk menawan hati rakyat melalui gerakan kempen massa di bawah kementerian komunikasi .

    3. Kabinet baru membariskan mereka mereka yang sangat berpengalaman serta berpengaruh di kalangan semua lapisan masyarakat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke...atau kau mengigau di siang hari

      Delete
    2. Betul cakap..

      Delete
    3. Anon 30/7@1035.

      Benar ke tindakan najib tindakan tegas dan berpandangan jauh? atas fakta apa? Apakah kesalahan TSMY sbg TPM ataupun sbg Timb Pres Umno? Ada dakwaan jenayah ke spr mana kes 1998 dahulu?

      Adakah bercakap mengenai 1MDB didalam forum Umno itu satu kesalahan? Belaiu kan Timb Pres. Apa tidak boleh kah beliau bercakap tentang 1MDB?

      Kalau Najib benar tegas dan berpandangan jauh, cuba ceritakan bagaimanakah 1MDB diwujudkan? Dibawah peruntukan akta manakah ianya diwujudkan? Dibawah peruntukan undang2 manakah Menteri Kewangan dan Perdana Menteri berkuasa mengujudkan satu badan spt 1MDB ini?

      Adakah Kabinet telah dirujukan dan dibawa kepada perbincangnakhusus tentang cadangan utk mengujudkan 1MDB?

      Seterusnya, adakah pengujudan Pemandu sah dibawah Perlembagaan Persekutuan?

      Adakah tindakan PM/Menteri Kewangan mengujudkan 1MDB dan Pemandu tidak ultra vires Perlembagaan Persekutuan?

      Adakah perlantikan semua penasihat2 asing itu tidak ultra vires Perlembagaan Persekutuan?

      Team legal UMNO boleh jawab ke?

      Selain penasihat undang2 dilantik ie. firma Dtk Hafarizam itu, adakah UMNO mempunyai inhouse legal advisor sendiri?

      TS Zam, boleh tolong jawab kan ke persoalan2 diatas?

      Delete
    4. Mengigau di siang hari la mu ni....!!

      Delete
    5. Anonymous31 July 2015 at 11:30,

      pernah tahu pasal Keluhuran Perlembagaan tak? Kedaulatan Undang-Undang , tahu?

      Ra'ayat Malaysia warganegara tulen tahu dan faham tentang Rukun Negara tau dak?

      Orang cakap pasal perkara serius komen nak membodohkan orang saja tahunya.

      -- Umno member since 1995

      Delete
  7. Salam Tan Sri,
    Mohon huraikan kedudukan DS Shafei Afdal, apa situasinya. Beliau adalah naib presiden ke-3 mempunyai sokongan dari ahli UMNO termasuk sebahagian besar sokongan dari negeri dibawah bayu. Kenapa UMNO Sabah masih tidak memberikan pandangan berkaitan rombakan kabinet ini? Apakah impak pemecatan shafei kepada UMNO di Sabah terutama di Semporna? Begitu juga kedudukan UMNO di Johor. Terbukti ahli dan kepimpinan Johor tidak gembira dengan keputusan tersebut. Minta Tan Sri ulas senario tersebut sebagai memperlihatkan kesan rombakan dan pemecatan tokoh-tokoh tersebut kepada kelangsungan UMNO di dua kubu kuat UMNO di Malaysia

    ReplyDelete
  8. Najib ada lagi buat silap. Walaupun 4 ahli PAC sudah dilantik menjadi Timbalan Menteri dan terpaksa mengundur diri, masih ada lagi cukup yang korum untuk PAC terus berfungsi dan bersidang tanpa menunggu perlantikan seterusnya.

    ReplyDelete
  9. Melati Wilayah30 July 2015 at 10:48

    ZAM, maaf kata jangan yakin sangat BN bolih menang dalam PRU2018 nanti. Ekonomi negara semakin buruk dan kejatuhan ringgit menambah beban hutang negara dan memahalkan semua barang import. GST benar benar memiskinkan kami orang Melayu marhaen dan peringkat Melayu pertengahan. Graduan Melayu juga paling banyak menganggur dan tidak dapat membantu ekonomi keluarga. Satu graduan untuk satu keluarga bagi mengeluarkan keluarga Melayu dari jurang kemiskinan kini sudah tiada makna lagi.

    Kami terpaksa memikirkan pilihan lain pada PRU 2018 nanti dan mencuba yang baru untuk kelangsungan hidup kami. We have nothing to loose as even under current government we have lost so much!

    ReplyDelete
  10. saya yakin kebenaran akan mengatasi pembohongan dan Allah SWT akan memberi petunjuk kepada kita.TPM yg dulu2 dipecat ada alasan kukuh tp TSM dipecat keranan meminta "boss"nya beri pencerahan.Tindakan DSN memecat TSMY adalah prerogatif sbg PM tak boleh dipersoalkan itu hak PM.Tim Presiden dipilih oleh Perwakilan UMNO bukannya oleh Presiden.sedemikian serahlah kpd perwakilan untuk menentukanya.

    ReplyDelete
  11. Encik zam. Saya pasti Kali ini seperti kata TSMY BN @ UMNO pasti kalah. PRU lepas harga 'smart phone' agak mahal jika d bandingkan setahun ini. Alam smartphone tak ada berita baik pasal BN atau UMNO.

    ReplyDelete
  12. Ambik masa, kena tanya konsultan dulu, apa nak buat ?

    ReplyDelete
  13. PM Najib semakin jadi mainan masyarakat di laman sosial terutamanya FACEBOOK dan Twitter ... Imej beliau ditahap ZERO sekurangnya dikalangan generasi berusia 15-40 tahun.

    ReplyDelete
  14. BN tak akan menang pilihanraya dengan tindakan pembohongan dan penyelewengan kuasa Najib Gor. Rakyat dah tak percaya apalagi mahu dipimpin oleh mereka?

    ReplyDelete
  15. Ia BN akan menang tapi dengan majoriti tipis , itu pun kalau Najib tidak lagi memegang jawatan PM , tapi kalau najib masih sebagai PM sehingga pru 14 saya yakin BN kalah tapi tipis , kerana terlalu banyak skandal muncul sejak akhir akhir ini dan cuba bayang dengan imej sebegini rupa (tiada amanah dan menyamun) ada kah kamu ingat majoriti pengundi ketika itu iaitu umur 25 -45 (60%pengundi) yang mempunyai asses kepada internet secara meluas dan tak pernah baca Utusan malaysia serta perjuangan mereka lebih kepada kesinambungan hidup daripada memikir hal bangsa akan memilih parti yang membawa imej tak amanah yang sudah sinonim dengan najib sekarang , fikir fikir la sikit .

    ReplyDelete
  16. TSMY dan MKT UMNO membuat kesilapan besar setuju dengan saranan DSN supaya pemilihan UMNO tahun hadapan ditanggohkan. Sepatutnya diteruskan baru seronok kita tengok DSN dan sepupunya H2O menggelapar minta nyawa.

    Pelan A gagal. TSMY dan TMM mesti laksanakan plan B dan check mate DSN. Kita anggapkan penerimaan DS ZAHID sebagai Timbalan PM adalah blessing in disguise dan bersifat sementara untuk mengelakkan H2O berkuasa melangkah bendol.

    So marilah kita berdoa semuga DSN dan petuLang bangsa Melayu dan Ugama Islam akan tersungkur dengan kehinaan Allah. Tan Sri Zam. Teruskan analisa dengan memberikan idea jalan keluar yang tuntas.

    AMIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Ya Rabbal Alamin....

      Delete
  17. Kalau pecat dari kabinet atas dasar collective responsibility. Nak pecat dari Umno atas alasan apa? Langgar disciplin parti? Tapi apa kena mengena umno dengan 1MDB? Kalau ikut lojik yang patut dipecat ialah presiden sendiri kerana dia yang bawa malapetaka besar pada pada parti. Adakah akar umbi umno dapat menerima pemecatan ini?

    ReplyDelete
  18. Tan Sri, dalam UMNO kalau takde jawatan kerajaan selalunya akan dilupakan...sebab takde kuasa to award. Macam Kuli sebut, "Politik perut".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jaga perut mulut kena jaga.

      Delete
  19. Salam Raya idulfitri.Kalau UMNO Johor Kedah dan lain lagi memberi sokongan dan berdiri teguh di belakang Muhaiyuddin dan Shfie Afdal dan mengekalkan jawatan yang mereka sandang sekarang UMNO akan lebih demokratik dan akan ujud satu pasukan atau satu gabungan atau Majlis dalam Umno sendiri yang mana mereka ini adalah permerhati dasar kerajaan .Majlis boleh menegur kerajaan dalam melaksanakan sesuatu usaha pembangunan dan pembaikan yang perlu dilaksanakan . Tidak membiarkan ianya diberi sepenuh kuasa pada satu orang yang membuat kata putus. Saya rasa ini dapat membendung dari salah guna kuasa dan rasuah . Badan seperti PAC dan lain Agensi yang ada, adalah bertindak setelah sesuatu itu didapati tidak betul dalam perlaksanaan dan salah guna kuasa maupun rasuah .
    Kalau Umno mau kekal dan dipanjangkan kewibawaan dan ujudnya sebagai wadah memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan untk rakyat maka perlulah ada satu badan atau majlis yang terdiri dari kalangan Veteran UMNO dan juga kalangan Professional dari kalangan ahli Parti yang boleh memberi teguran dan nasihat kepada sesuatu perkara besar yang mau di laksanakan .
    Kalau Muhayyudin dan Shafie tidak diberikan tempat dalam kerajaan tak apa tapi kekalkan mereka dalam jawatan yang disandang supaya UMNO lebih telus dan demokratik . Muhaiyuddin membuat teguran tempoh hari bukanlah di platform umum tetapi diatas pentas UMNO .Apakah itu salah . Sebab setiap salah laku atau dalam satu isu besar Ahli dan juga orang besar dalam UMNO perlu menjawab dan menghadapi pertanyaan dan persoalan yang perlu dijawab kepada umum .
    Saya berdoa semuga ada rasa rendah diri pada setiap ahli UMNO dalam mengukuhkan dan memertabatkan UMNO untuk meneruskan perjuangan yang telah diamanahkan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong kenyataan anda...! Kalau taknak UMNO bungkus Najib kena kekalkan TSM sebagai Timbalan Presiden. Tetapi secara logiknya orang dah benci mana suka tinggal dengan orang itu sebantal dan sebumbung. Benci lah katakan, bukan setakat muka tetapi selipar org yang dibenci pun kita taknak lihat. Saya rasa Najib akan berusaha pelbagai cara melucutkan jawatan TSM selaku Timbalan Presiden! Tunggu dan lihat permainan kotor Najib!

      Delete
  20. Regim Najib akan cuba korek fail2 lama yg membolehkan TSMY disabitkan dgn salah laku yg mana akan jd alasan utk Regim Najib memecatnya daripada jawatan timbalan presiden parti.

    ReplyDelete
  21. Kalau parti UMNO BARU musnah Najib boleh tubuh parti UMNO BARU BARU jangan lupa ..............

    ReplyDelete
  22. hahahha...kita lihat siapa yang kena....

    ReplyDelete
  23. sebagai umno presidenlah dia selamat. xde oramg umno berani kacau.Kacau acah acah je. sebagai PM dia susah. Mcam macam isu mari.

    ReplyDelete
  24. menang sorak kampung tergadai..itulah najib..lain kali ambillah penasihat negara dan parti lebih dikalangan ahli umno tulin..DSN dan TSM sama level, masing2 layak menjadi presiden umno, cuma kepimpinan lebih memihak kpd TSM. tambahan pula, DSN hanyalah presiden umno ikhsan MKT bukan undian ikhlas ahli umno malaysia. Agak kurang selesa adalah zahid yang berpaut di dahan yang rapuh dan harap zahid pandai membawa diri kerana imej DSN menghantui rakyat dan ahli umno sendiri..

    ReplyDelete
  25. Saya ni rakyat marhean. Bosanlah dengan benda2 mcm ni. Melayu kita ni mmg mcm tu ke mentaliti? Tiada ke ada Melayu2 yang boleh dibanggakan. Sekarang ni mmg jadi diluah mati mak, dibuang mati ayah. Nak kata malu mengaku orang Melayu tidaklah, ttp memang memalukan. Apalah nak jadi, mcm dunia bumi ni jer yg wujud. Macam terus hidup kekal selama2nya.
    Ku undi pembangkang mmg banganglah ttp ku undi UMNO yg memalukan .... Lagilah bangang. Ku rosakkan undi .... Banganglah jugak.... So the morale of the story .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn dok selindung sebalik Anonymous. Berani krn benar. Cakap yg benar demi Allah.

      Delete
    2. kahhhh..kahhhhh...hentam sajalah labuuuu..

      Delete
    3. Hangat-hangat taik ayam.

      Delete
  26. Najib sedang menghala senapang ke arah diri sendiri.Kalau dulu Islam Hadhari makan tuan,....sekarang wassatiyyah pula sedang makan diri.Jangan main-main dengan peringatan Allah agar pemimpin wajib ada sifat amanah dan bersederhana,...ianya akan makan diri jika diungkap di bibir sahaja.Jangan salahkan sesiapa jika kamu dijatuhkan,kerana kamu yang memulakannya.

    ReplyDelete
  27. Kita perlukan PM yang sentiasa meletakkan kalimah Allah ditempat yang paling atas sekali dan berani berkata kepada Presiden Obama dan orang-orang kafir, "You and your Zionist friend can go to hell!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap luar gelanggang boleh la!! Tttp ingat siapa kita dulu. Guna otak sblm keluarkan sbrg pandangan, Wallahualam

      Delete
    2. Cakap luar gelanggang boleh la!! Tttp ingat siapa kita dulu. Guna otak sblm keluarkan sbrg pandangan, Wallahualam

      Delete
  28. Dia anggap UMNO itu sebagai Bani Najib Razak; jadi semua ahli dewan terpaksa sumpah setia kepada dirinya ... atau patut di singkirkan. Demokrasi jenis tahi unta kah ini?

    ReplyDelete
  29. Tan Sri, sejak bila guna akhbar the Star sbg reference. Dulu kata tak boleh pakai!!! Yang mana baik utk Tan Sri boleh pakai pulak. Yenna dey!!!

    ReplyDelete
  30. Melayu dok sibuk berkelahi....DAP dlm proses tambah ahli & pengundi Cina di Selangor menjelang GE14. Tahniah kita semua.....

    ReplyDelete
  31. Salam Tan Sri,
    Toksahlah Tan Sri nak pening menaroh harapan BN akan menang besar atau tipis. Kalo menang pon dah tentu sebab pakai duit. Tan Sri sendiri kalah kat Sg. Petani dulu sebab tak pakai duit cam orang lain. Peribadi begitu lebih dihormati sebab Tan Sri orang yang ada harga diri. Tan Sri berenti jadi menteri tapi nama tak busuk sikit pon. Tak dengar cerita sok-sek sok-sek pon pasal Tan Sri apa lagi kena ngadap PAC. Menteri lain macam-macam hal kita dengaq. Tan Sri tak jugak jadi papa kedana sebab takdak jawatan bahkan makin berumuq makin hensem. Tu rezeki Allah Taala bagi kat Tan Sri. La ni kita doakan yang terbaik je lah untuk parti, rakyat dan negara.

    ReplyDelete