Wednesday, 8 July 2015

NAFAS TERAKHIR UMNO DI TANGAN PEMIMPIN SEBELUM RAKYAT MENCABUTNYA

Saya  tidak dapat membaca ajenda tersembunyi media asing yang paling berpengaruh WSJ  menyokong usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang dijuarai oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir yang dulunya dianggap Barat sebagai " The enemy of the state." Saya berkongsi dengan kebimbangan seorang kawan dalam hal ini.

Dengan pendedahan berasas yang terus menerus dilakukan oleh WSJ maka rakyat semakin dapat melihat kebenaran Tun dalam alasan tindakannya untuk menyelamatkan UMNO dan negara.


Najib berada dalam keadaan dilema; jika  berundur mengesahkan tuduhan dan jika tidak berundur maka  sudah jelas kepadanya keadaan tidak lagi memihak padanya.Apa juga yang dilakukannya tidak lagi  akan  dapat memulihkan imejnya.

Jika kehendak rakyat dan Allah berlaku maka inilah pertama kali seorang Perdana Menteri Malaysia  yang berbangsa Melayu dan berugama Islam jatuh secara yang paling tidak terhormat.Tentunya sekaligus melibatkan maruah UMNO.

UMNO telahpun kehilangan kepercayaan dari orang Cina  dan kepercayaan dari orang Melayu sedang terhakis dengan parahnya.Najib sebagai pemimpin besar mereka berada dalam keadaan cedera parah.Skandal kewangan yang berlaku menyebabkan mereka membuat konklusi mudah untuk menolak " sahlah cerita selama ini UMNO parti rasuah."

Tembok kukuh dan megah  yang dibina sejak lebih 60 tahun lalu sedang runtuh dengan pantasnya diruntuhkan oleh kuasa besar  media Barat.

Tindakan Najib mengambil tindakan Mahakamah tidak lagi boleh menyelamat dan membersihkan dirinya. Ia sekadarkan dapat memanjangkan kuasanya buat sementara  dalam keadaan tidak diyakini rakyat; ketidakstabilan politik  dan kekerohan ekonomi.

Sekarang hanya terserah kepada para pemimpin UMNO untuk memutuskan samaada untuk membiarkan keadaan ini terus berlaku sehingga berlaku keadaan yang lebih buruk dan lebih memalukan.

Mereka mesti membuat pilihan  yang bijak dan keputusan tegas berani samaada   untuk menyelamatkan Najib atau untuk menyelamatkan UMNO sekalipun terpaksa mengorbankan Najib. Jika UMNO disukong oleh orang-orang menjiwai perasaan rakyat maka mereka akan  dapat membuat keputusan yang tepat dalam keadaan yang runcing.

Orang Melayu tiada lagi  tempat kuat untuk bergantung, Pas juga sedang runtuh, UMNO berada pada taraf moral yang cukup rendah. Apakah ini yang dilihat oleh media asing sebagai suatu peluang untuk  meruntuhkan kuasa Melayu dan Islam yang telah bertakhta di negara ini  sejak lebih 60 tahun lalu.

Nafas terakhir UMNO sekarang berada di tangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sebelum rakyat mencabutnya

19 comments:

  1. ....umno ni parti pau..pau
    kadang2 ketua takut pada pengikut... kalau ada duit, ketua buat semua ikut..

    ReplyDelete
  2. "Tembok kukuh dan megah yang dibina sejak lebih 60 tahun lalu sedang runtuh dengan pantasnya diruntuhkan oleh kuasa besar media Barat."

    Satu artikel boleh runtuh UMNO.

    Ini pasal penyeleweng UMNO saja, tak payah tunguk jari pada orang lain, kuasa luar etc.

    Take responsibility please, don't blame others

    ReplyDelete
  3. Yang menjadi masaalah besar sekarang ini masih adakah pemimpin melayu yang benar-benar berwibawa sekarang ini. Melihat pada cara ahli kabinet and ahli MKT umno menangani isu Najib dan 1MDB, macam tak ada harapan! Selepas Tun tak nampak satupun yang bolih diyakini. Tapi dalam hati ini berkata-kata tak kan lah dari berjuta orang melayu tak ada yang betul betul bagus? Di mana mereka ni? Kita memerlukan mereka untuk tampil ke depan demi masa depan orang melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bagus awal awal lagi dicantas. Yang pandai awal awal tarik diri sebab tak tahan suasana memandai. Yang alim awal awal cabut dah berbau kefasikan.

      Delete
    2. Politik bukan pentas orang bagus apatah lagi betul betul bagus. Pentas yang jijik dan meloyakan bukan untuk semua orang..:(

      Delete
    3. Politik ini untuk orang yang pandai pusing, snake charmer.

      Delete
  4. Tan Sri. Tujuh tahun lepas saya pernah email Tan Sri mengenai espionage dan Counter espionage.

    Inikah episodnya? Harap Tan Sri dapat recall.

    Inikah episodnya?

    ReplyDelete
  5. Tan sri,
    Hari ini saya rasa sungguh kecewa bila baca kenyataan AG dari pasukan petugas siasiatan khas sebab dah keliru dengan kenyataan ,hari sabtu lepas. Walaubagai mana pun saya rasa pergantungan orang terhadap UMNO memang sudah sampai dipenghujungnya. Jasa jasa UMNO sudah dikira tinggal sejarah sejak perdana menteri ke 4 berhenti , dan selepas dari saat itu UMNO terus berubah haluan kerana mereka pemimpin pemimpin UMNO lebih kepada meperjuangkan kedudukan dan kemewahan , cuma bila berdepan dengan rakyat terutama orang kampong mereka akan bercerita tentang jasa UMNO ,tapi semuanya dilakukan oleh pemimpin dahulu, segala polisi dan perancangan impaknya dari pemimpin dahulu , bukan dari pemimpin sekarang yang tidak langsung membawa impak ketara , jadi Tan sri kalau orang melayu menolak UMNO sekarang adalah kerana kesalahan kesemua orang umno dari bawah sehingga ke pucuknya , mungkin masa UMNO luput dalam sejarah sudah sampai ,dengan dan mungkin perjuangan baru hala tuju baru terpaksa di fikirkan oleh anak anak muda melayu kerana , kepimpinan yang ada sekarang sudah semakin rosak dan sukar di pulih semula.

    ReplyDelete
  6. Datuk Zam, keruntuhan moral telah berpanjangan zaman pasca WWII selari dengan keperkasaan Saudi Arabia dengan dakwah Hanbali-Wahhabinya yang radikal dan tidak beradab ke seluruh pelusuk dunia. PAS telah jadi alat untuk memecahbelahkan ummat Melayu memesongkan kita daripada akidah yang benar dan akhlak yang luhur, warisan tok nenek moyang dulu kala.

    ReplyDelete
  7. Putera Gunung Jerai.9 July 2015 at 07:09

    TS Zam.
    Umno sudah tidak ada harapan lagi bila presiden umno punyai kekotoran dan dipalitkan isun yang cukup besra dan memalukan orang Melayu.
    Sebenarnya bukan presiden sahaja yang tidak bersih.Malah ramai lagi pemimpin Umno yang dilihat kotor dan terlibat memalukan orang umno dan Melayu.

    Semua ini adalah berpuncanya amalan politik wang dalam parti ,amalan rasuah dalam kerajaan dan tidak amanah dikalangan pemimpin Melayu.
    Gejala ini berjalan sejak sekian lama.Akhirnya sampailah keruntuhan Umno dan kerajaan BN.

    Umno sudah tiada lagi masa depan yang baik dan bersih.

    Susah tiba masa nya sebuah parti baru untuk orang Melayu diwujudkan segera bagi ganti Umno yang cukup parah.

    Kalau ada lagi Umno pun sebenarnya orang sudah hilang kepercayaan dengan kemungkaran yang cukup memalukan.

    Sedih juga bila ada hulubalang upahan untuk terus bela kemungkaran.Pada hal sudah jelas ada kaitan

    Slogan terbaru pemimpin umno/SUAgong Umno.

    Bertenang---bertenang--bertenag.

    ReplyDelete
  8. Carrying on from where I left, if WSJ wanted to concoct lies, why didn't they perform such act on Mahathir instead of Najib ? Isn't Najib seen more friendly towards the West and foreign media ? Why sacrifice Najib for Mahathir ? Sorry to ask this but why defend a 90 year old man who Najib's supporters claim as a "has been" in place of a sitting PM of this country ? If this was an agenda by the Western powers or press, isn't it baffling that they pick on this alleged bank transfer in particular ?

    I will agree with your Tweet that Najib has to go. Bukan kerana orang paksa atau suruh dia berhenti. Tetapi kerana beliau tidak faham akan isi kandungan berita WSJ sehingga meminta peguamnya untuk bertanya. Beliau ttidak dapat menjawab soalan yang sungguh mudah jawapannya (simple questions with yes or no answers). Kalau benda macam ini pun tak boleh jawab, macam mana nak berdialog dan menjawab pada masa persidangan antarabangsa when the press is all over you. Remember Sepp Blatter when he could not handle the press conference before he decided to step down ? And don't you ever think of sending those below you, since it is better for them to be the PM and not you.

    ReplyDelete
  9. panglimo potaseh9 July 2015 at 10:07

    Berdasarkan pada keadaan Melayu hari ini, saya yakin Najib akan terus belayar kehadapan dengan perahu bugisnya yang semakin penuh dengan muatan. UMNO pula setelah disalurkan cukup oksijen terutamanya pada ketua-ketuanya disegenap cawangan, maka UMNO akan terus segar bagai bunga pelastik yang habuknya buleh digilap setiap masa.

    Sekarang ini adalah masanya kerajaan tarik duit melalui bermacam cukai dan tol, sementara itu minyak dah naik tiga kali walaupun harga minyak antarabangsa jatuh bawah paras RM 60 setong. Sudah tentu rakyat bising dengan hal ini. Tapi itu tak jadi hal, kerajaan tarik duit dan sedikit daripada "duit tarik" tersebut akan disediakan untuk mengumpan kembali orang Melayu.

    Melayu ini cukup senang untuk di tadbir-urskan, Melayu senang untuk digertak dan ditakutkan. Melayu sangat taksub dengan apa saja yang berlambangkan Arab. Melayu mudah lupa, Melayu cari duit dengan jalanpintas atau pintas bangsa sendiri.
    Melayu cukup senang diumpan dan dibodoh-bodohkan. Dengan keadaan psiko-budaya Melayu semacam ini, mudahlah Najib dan penasihatnya buat kerja.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Tan Sri ,

    Cuba perhatikan (tadabbur) ayat al quran ini, surah al hadid ayat 20. Allah berfirman (maksudnya ) : " ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah mainan dan senda gurau , perhiasan dan saling bermegah megah (berbangga ) antara kamu serta berlumba lumba dalam kekayaan dan anak anak adalah seperti hujan gerimis menyuburkan tanam tanaman yang mengagumkan para petani , kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menjadi kering dan akhirnya hancur . ( Ingatlah ) Di akhirat kelak ada azab yang keras bagi pendusta dan pengampunan Allah bagi yang beriman . Dan kehidupan dunia itu tidak lain daripada hanya kesenangan palsu " . Wallahualam.

    ReplyDelete
  11. Long live umno. Long live umno.Long live umno.Siapa yang KO?

    ReplyDelete
  12. Benarlah kata rasul bahawa umatnya telah mengambil al-Quran sebagai sesuatu yang tidak dipedulikan.

    Who is your Lord?
    Kalau bukan Allah maka sudah tentulah kamu sedang mengikut Dajjal!

    Siapa yang menghalalkan riba?
    Siapa yang berniaga dan meminjam wang dengan riba?
    Siapa yang cuba berdiri tegak setelah terpalit dosa riba?

    Sudah tentulah mereka ini sedang diperangi oleh Allah dan RasulNya.

    Kebenaran itu adalah dari Allah dan keselamatan atas mereka yang sentiasa mengikut petunjukNya.

    Pada hakikatnya mereka yang telah mengambil musuh yang ditegah Allah (gabungan Zionist puak Kristian, Yahudi dan Islam) untuk dibuat kawan dan sebagai penolong itu, sudah hilang kelayakan dan sudah tidak ada kena-mengena dengan agama suciNya.

    ReplyDelete
  13. kalau tiada angin masakan pohon bergoyang..

    ReplyDelete