Wednesday, 29 July 2015

MELIHAT KABINET BARU NAJIB SECARA RASIONAL

TOKOH2 BERKALIBER BESAR DARI SABAH

Perimbangan dan kualiti dalam perlantikan  Kabinet Baru menampakan pertimbangan dan pemilihan  yang rapi telah lama dibuat  tetapi pengumumannya dengan tergeas-gesa sehingga menapikan keperluan menyiapkan  segera laporan 1MDB,  telah  menampakan kepada rakyat survival Datuk Seri Najib lebih diutamakan.

Orang ramai nampak keperluan Najib menyegerakan rombakan  itu kerana beliau  telah nampak bahaya yang  datang dari kenyataan  Muhyiddin yang mengancam mengenai 1MDB di UMNO bahagian Cheras.


Jika Najib mengambil berat terhadap  kepenatan penantian rakyat terhadap laporan 1MDB  maka tentulah beliau menangguhkan dahulu pengumuman kabinet barunya  yang memerlukannya mengambil tiga orang yang sedang menjalankan tugas menyiapkan laporan hasel siasatan  itu .Demikianlah juga penyingkiran Peguam Negara Ghani Fathil yang terlibat dalam tugas yang sama.

Walaupun saya sedang berkabong ekoran pengumuman kabinet baru itu tetapi saya cuba untuk melihatnya secara rasional dari sudut-sudut positif  untuk mengeluarkan diri saya dari kesedihan.

Pertama: 

Kabinet baru ini  akan memberikan  semangat dan kekuatan baru kepada Datuk Seru Najib untuk memanjang hayatnya sebagai Perdana Menteri  sehingga Pilihanraya Umum akan datang.

2- Perlantikan Datu Dr. Ahmad Zahid Hamidi  ini akan membantu  memastikan  laluan mudah bagi  sepupunya Datuk Seri  Hishamuddin  Hussein untuk mengambil tempat sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri pada masa yang sesuai.

3- Dengan popularitinya  yang  tertinggi dalam parti  dan latar belakang pelajaran ugamanya serta kelebihan sebagai seorang orator  yang baik maka pemilihan Datuk Dr. Ahmad  Zahid Hamidi  sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan dikekalkan sebagai Menteri dalam Negeri menambahkan  aura  kekuatannya  untuk memulihkan imej nasionalisme UMNO  dan keyakinan di kalangan  orang Melayu dan Islam dengan langkah-langkah keselamatan yang seimbang.

Pegangan kepada kedua jawatan ini pernah disandang oleh Allahyarham  Tun Dr. Ismail selepas pemerintahan Majlis Gerajan Negara. Timbalan Perdana tanpa jawatan yang lain tidak menampakan kekuatan dan  penguasaan. 

Walaupun hubungan lalu antara  Zahid  dan Anwar Ibrahim sering  diperkatakan tetapi keyakinan Najib kepada Zahid menunjukan bahawa beliau tetap setia kepada Najib walaupun berada  di bawah Anwar.

(Dalam pada itu harus diingatkan pada masa itu untuk survival,semua orang mempunyai hubungan baik dengan Anwar termasuk Mahyuddin dan Najib sendiri tetapi oleh kerana melihat potensi Zahid maka beliau dilimpahkan beberapa kelebihan)

4- Perlantikan Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Timbalan Menteri di JPM   dengan imejnya sebagai aktivis moderate Islam, seorang modenis Islam dan intelektual Islam  yang dihormati fikiran dan kebolehannya  akan dapat membantu penerapan nilai -nilai keterbukaan  dan progresif Islam dalam menghadapi cabaran yang semakin agresif dalam politik liberalisme dan globalisai masyarakat berbilang kaum di negara ini. 

Dalam hal ini ,Asraf dan Zahid boleh saling membantu dalam menghadapi dan mematahkan provokasi terhadapi nilai-nilai agama dari segi keselamatan dengan secara logik, rasional dan terpelajar. 

Mungkin mereka  juga akan dapat membantu dalam pendekatan kearah yang lebih meyakinkan rakyat berbilang kaum jika diperlukan kerjasama antara PAS dan UMNO untuk kestabilan dan ketenteraman negara. Orang agama lebih mudah bercakap dan memahami bahasa agama antara mereka.

5-Pengekalan dan perlantikan  tokoh tokoh  politik yang berkalibar  besar dari Sabah yang terbukti dalam keupayaan mereka mempertahankan Najib  dengan fakta dan rasional akan memperkuatkan lagi sokongan rakyat Sabah kepada BN. 

Walaupun Shafie Afdal tersingkir tetapi  penggantiannya dengan Datuk Seri  Salleh Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multi Media  akan memerlihatkan peningkatan sumbangan  Sabah dalam politik negara. Saya mempunyai keyakinan Salleh berupaya menjalankan tugasnya dengan berkesan. 

Walaupun saya tidak bersetuju dengannya tetapi saya mengakui kemampuannya menangkis serangan dengan pantas berasaskan fakta-fakta sejarah yang kuat dan benar dalam mempertahankan Najib dan tidak seperti kebanyakan ulaq ayaq yang digunakan oleh TV3.

Dua lagi  Menteri dari Sabah ; Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan ,Datuk Abdul Rahman Dahalan  dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman  telah terbukti tidak mengecewakan. Abd Rahman dan Salleh  tidak sahaja berkeupayaan dalam pendekatan  politik tetapi juga dalam penulisan.

Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah adakah  perlantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri hanya bersifat sementara bagi memberikan laluan ke puncak kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin yang juga peranah menjadi Menteri Dalam Negeri dan banyak menyimpan rahsia-rahsia penting kementerian itu.

Apapun  dalam politik tidak ada perancangan dan  janji yang kekal. Nasib Zahid dan Hsihamuddin dalam kedududkan sebaga Perdana Menteri akan ditentukan  oleh pemilihan MKT UMNO  selepas Pilihnaraya Umum  akan datang sekiranya BN atau UMNO masih berkuasa dan sekiranya Najib merasa perlu untuk berundur.

Bagaimanapun yang jelas sekiranya Khairy Jamaluddin terus bermain politik untuk survival dan tidak mempunyai keberanian untuk mengambil risiko daam keadaan-keadaan yang diperlukan oleh rakyat maka harapannya untuk menjadi Perdana Meneri dalam usia muda adalah semakin jauh terutama dengan cabaran yang semakin terserlah dari bakat bakat besar politik dari Sabah..


27 comments:

  1. Salaam Tan Sri.. tq for this rational write.. I believe this is the best cabinet line up so far since NR became PM.

    ReplyDelete
  2. Salaam Tan Sri... very rational...TQ. This is the best cabinet line up so far.

    ReplyDelete
  3. Dear Datuk Zam,
    Please spare yourself and us the trouble of examining the intrigues of a so-called leader who has sunken to the depths of irrational means to justify his abjectly selfish ends.

    ReplyDelete
  4. Buat apa khairy mahu gegak gempita mengenai Perubahan dalam kabinet najib!!!!??? bukankah sebelum ini beliau juga perdana menteri???masa beliau sudah berlalu....anak menantu sapa la ni???Pak lah!!!!

    ReplyDelete
  5. I respect Zahid, tp bila dia gembira dipergunakan Najib utk mengekalkan dirinya, hilang dah my respect to Zahid.
    Kedegilan Najib bakal menybbkan UMNO hilang kuasa.
    Patut call for EGM. Jgn sampai kemarahan rakyat dan kebencian rakyat terhdp Najib menybbkan UMNO dijatuhkan sekali.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Tan Sri,
    awat banyak sangat kesilapan ejaan / penggunaan ejaan lama dlm post kali ni? naik pening + tergelak pun ada bila baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri org lama.....biasa ler tu....he..he..yg penting maksudnya sampai....

      Delete
    2. TS Zam translate dari jawi ke rumi.. hehe.. #otai..

      Delete
  7. Kabinet Tok Uban,Kami golongan muda dipinggirkan...patutlah golongan muda cenderung pada pembamgkang.Patutlah cara berpolitik seperti Panca Sitara.

    ReplyDelete
  8. Tan Sri, I really do hope tht this is a sarcastic post

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tan Sri. Pasai apa hang hilang fokas. Ejaan dan jalan bahasa pun hancus no. Awat hang analisa camtu. Bagilah yang terbaik Tan Sri.

    Semuga Tan Sri lebis fokas dan berhati dengan hujjah dan natijah ilmuan.

    Jangan sembrono Pak.

    ReplyDelete
  10. Bagaimana dengan seorang Menteri yang telah masuk, keluar dan masuk kembali ke kabinet..Kenapa tidak ambil anak muda yang bersih dan tidak terjebak dengan rasuah diangkat naik sebagai Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiyah, kalo ambik baru lan muda lanti Jibgor peciah lobang somua mah dia punyo kongsi gelap.

      Delete
    2. Pemuda-pemuda yang beriman akhir zaman harus membawa diri lari kedalam gua. Memang ramai anak muda yang bersih dan tidak terjebak dengan rasuah dalam Malaysia ini sebab itulah mereka tidak diangkat naik jadi Menteri kerana 'tiada pengalaman'.

      Kabinet yang tersusun rapi ini cuma sesuai untuk dijadikan bahan api neraka kelak.

      Delete
  11. Kenapa banyak ejaan salah Tan Sri, tak berapa seronok membaca jika banyak kesalahan ejaan, contoh jelas Bekas Peguam Negara Ghani Patail, bukan seperti Tan Sri ejakan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya menjalankan blog ini sendirian tanpa pembantu. Pengalaman saya berkerja sebagai Ketua Pengarang atau reporter di masa lalu di akhbar , ejaan dibetulkan oleh proof reader dan lagi pun umur sudah lanjut untuk belajar ejaan baru. Asalkan pembaca dapat menangkap dan memahaminya cukuplah.

      Saudara tidak seharusnya membiarkan diri saudara terseksa dengan meneruskan pembacaan blog ini kerana banyak kesilapan ejaan.

      Setiap hari blog saya dikunjungi antara lima hingga sepuluh ribu pembaca dan mereka tidak pula ambil kisah tentang ejaan yang tidak sempurna.

      Dalam zaman bahasa SMS ini, barangkali kita perlu menyesuaikan diri dengan singkatan dan kesilapan ejaan supaya kita sezaman.

      Delete
    2. Satu hujah balas yang mapan dan padu daripada Tan Sri. Sepadu tumbukan tinju peninju heavyweight Mike Tyson. Lepas ni mesti tiada lagi yang akan complain pasal ejaan.

      Delete
  12. Sudah terlambat untuk Najib menjadi bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapo terlambat pulo?? 1mdb kan ado..hhhh

      Delete
  13. salam Tan sri,

    jika MP dari BN menjadi MP bebas, maka penguasaan majoriti mudah BN akan berakhir di parlimen. Jika itu berlaku, maka kerajaan campuran baru akan diperlukan.

    Kenapa MP dari BN tidak berupaya untuk melakukan sesuatu yang drastik demi negara sendiri? Terima Kasih

    ReplyDelete
  14. Jangan marah Tan Sri nanti kena jual

    ReplyDelete
  15. Saudara Zam, I think you are missing the point here. Kalau kapal DAH nak karam,changing the crew hands pun makes NO different! It will still SINK before reaching its destination.

    Saya fikir its a BLESSING for TSMY and Shafie Afdal to get OFF Board kapal yang sedang nak KARAM. As least dlm sejarah nanti mereka akan di ingati sebagai orang2 yang BIJAK kerana meninggal kapal sebelum karam dan juga 'prediction'mereka yang bantara dah BOCOR adalah BETUL.

    alfie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapal belum nak karam lagi. Yang nak karamkan ialah TDM dan sekutunya.

      Delete
  16. Salam Tan Sri,

    Minta maaf..saya tak nampak tang mana yang rasionalnya barisan kabinet baru ni. Orang yang dah kompem fail masuk balik atau dinaikkan pangkat. Zaman Tan Sri jadi Awang Selamat yang ikut tiupan angin tu dah lama berlalu. Kalau betul Tan Sri sayangkan parti, bangsa dan negara..tak salah berkata benar.

    ReplyDelete
  17. Sekitar tahun 70an, Hollywood mengeluarkan siri tv paling popular, Six Million Dollar Man. Kini TV 3/4 sewel kita juga mengeluarkan saban hari siri 42 Billion Dollar Man. Tapi..tak pasti popular ke tidak? Anda jawab sendiri..!

    ReplyDelete
  18. It's a mind blowing fact that Rosmah is mightier than Najib and Zahid for the removal of Mahyudin, Shafiee Afdal. All these men are nothing by virtue that they can't even lift their balls without the help of the little sparrow. In contrast, Rosmah without any assistance, she's enable to lift & remove both Gunung Ledang & Gunung Kinabalu.

    ReplyDelete
  19. Tan Seri komen tentang survival person/personal.

    Mungkin Tan Seri komen pula survival UMNO.... Adakah UMNO akan suvive dengan perkembangan terkini ini ?...

    Untuk pencerahan minda.

    ReplyDelete