Thursday, 9 July 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA PERTEMUAN RAKAN LAMA


Malis berbuka puasa di kediaman Mantan Menteri Tan Sri Rais Yatim  yang berbentuk Minangkabau  di Ampangjaya  setiap tahun merupakan majlis pertemuan antara rakan-rakan lama.

Beliau tidak sekadarkan meraikan rakan-rakan rapatnya tetapi juga pegawai-pegawai dan kakitanganya  yang pernah berkhidmat dengannya.

Beliau benar-benar membuktikan dirinya bukan sahaja sebagai seorang peminat
budaya tetapi seorang yang berbudaya dan berbudi bahasa tinggi,

Saya tidak pernah mengabaikan jemputannya  kerana disinilah saya akan dapat menemui beberapa wajah-wajah lama yang banyak menyumbangkan  jasa kepada negara dalam bidang masin-masing.

Majlis berbuka puasa semalam  lebih berarti  lagi kerana dihadiri  oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi yang menurut Tan Sri Rais  pertama kali sejak tahun 1975, Ini juga memberi peluang kepada saya  menemui Tun Abdullah yang jarang sekali saya temui  sejak meninggalkan kabinet pada tahun 2008.

Gambar: Bercerita dengan Tun Abdullah ,Rais Yatim dan Datuk Abdul Aziz Sahar bekas SUS Rais sebelum berbuka puasa.  


4 comments:

  1. Datuk,

    Ada cerita menarik dibualkan pada pertemuan itu ke?

    ReplyDelete
  2. Saya percaya selepas pencen, Zam dapat mengenali lebih mana satu kawan mana satu lawan.

    Selepas pencen juga, saya percaya Zam dapat merasakan masih ada penghargaan dari segelintir walaupun jasanya kecil sahaja.

    Kehidupan selepas pencen mungkin agak sunyi sedikit, tetapi bebas dari dunia hipokrik politik dan lebih bebas dan terbuka untuk berkata-kata dan beri pendapat.

    ReplyDelete
  3. Siapa yang pakai jubah putih tu Tan Sri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. Beliau ialah bekas Setiausaha Sulit Tan Sri Rais Yatim semasa menjadi Menteri Penerangan dan juga bekas pegawai kedutaan kita di Jeddah. Namanya ialah Datuk Sri Aziz Sahar

      Delete