Thursday, 2 July 2015

JIKA MAHATHIR MASIH PM MENTERI TIDAK AKAN DIBODOHKAN

Twitter
Zainudin Maidin
Memang pendedahan palsu pernah dibuat tentang billion simpanan Mahathir dan Daim oleh media Barat tetapi sumbernya tidak sekuat sekarang
Najib dakwa Mahathir dibelakang pendedahan itu. Ini tambah kuatkan kredebiliti kerana dia bekas PM.Perjuangan Najib yg berkrikil.

TINDAKAN WARAS TERHOMRAT TMJ

Suatu langkah terhormat,terpuji yang penuh dengan kewarasan apabila TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengistiharkan genjatan senjata perang mulutnya dengan Menteri Pelancongan Nazri Aziz.

Jika ini berpanjangan mungkin akan mendorongkan kepada suatu lagi krisis perlembagaan yang akan membawa kepada pindaan perlembagaan bagi kali kedua untuk membataskan pula kuasa anak raja. Pindaan Perlembagan membataskan kuasa Raja-Raja  adalah juga berpunca dari Johor.

Adalah tidak mungkin seorang Menteri dianggap tidak layak,bodoh,tidak berhemah kerana dia adalah pilihan  atas kebijaksanaan Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat

Bagaimanapun saya terfikir  bahawa jika Tun Dr.Mahathir masih mejadi Perdana Menteri maka semua ini tidak akan berlaku tetapi Perdana Menteri sekarang "Buat Dak Sahaja"(BDS) ( Itu cakap kedah tentang sikap tak ambil peduli)

Mahathir tidak akan membiarkan menterinya dikatakan bodoh atau tidak layak yang berarti turut memperbodohkan pilihannya.

Perdana Menteri sekarang cenderong  mengelakan diri dari kontroversi.Beliau banyak " Buat Dak Sahaja" (BDS) dan  menyerahkan  kepada keadaan dan percaya keadaan akan merubah segalanya. Beliau memadamkan isu dan bukannya menyelesaikan isu.

Sukar untuk rakyat melihatnya  bertindak tegas lebih awal dalam pekara-pekara yang menyentuh maruah perlembagaan  walaupun telah terdapat  tanda tanda untuk tidak menghiraukan pindaan perlembagaan mengenai kuasa raja.

Sekarang keadaan  menjadi lebih sukar apabila beliau sendiri  telah melibatkan Sultan dengan politik. Umpamanya baru- baru ini beliau telah mendawa Sultan Pahang menyokongnya  menghadapi krisis dengan Tun Dr.Mahatir. Maka salahkah TMJ campur politik?

TMJ Tunku Ismail dari generasi Y  telah terpanggil untuk  campur politik dalam keadaan rakyat kecewa untuk mendengar tidak ada apa yang hendak disembunyikan(Nothing2Hide).


Dalam genjata senjatanya yang diistiharkan menerusi Malaysiakini tentang apa yang telah berlaku antaranya dengan Nazri, beliau berkata " Terserah pada orang ramai untuk menilai dan menentukannya. Itu hak mereka tetapi saya tidak hipokrit"

Katanya "You have to understand that the role of politician is to serve the people".

Artinya jangan sampai raja-raja terpaksa mengambil peranan  jika orang politik tidak mempunyai daya kepimpinan yang meyakinkan menteri-menterinya  dan rakyat dalam keadaan mereka memerlukan.

Mana tahu suatu masa nanti TMJ terfikir  dan membuat keputusan bahawa beliau perlu meninggalkan warisan takhta untuk menggantikan kepimpinan negeri atau negara yang lemah.


11 comments:

  1. Najib tidak berwibawa - itu jelas telah terkesan orang ramai. Tapi Najib tidak kurang berhelah main politik divide-and-rule. Itu corak jemuannya.

    ReplyDelete
  2. Najib is an excellent politician. Lousy leader, bad for the country, though.

    Tak berbunyi langsung. Orang keliling yang terlompat sana terlompat sini. Bijak bijak,

    ReplyDelete
  3. Tak payah buang masa nak layan. Biaq pi depa lah..

    ReplyDelete
  4. Nazri has got a poor choice of words, if indeed he used the word "Whack". You do not expect a man like the TMJ to keep quiet, would you ? However, Nazri is indeed silly to poke his nose in a comment that had no mention of him. Want to look good in front of your boss ? If yes, go ahead and be prepared to get whacked too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh2 July 2015 at 17:25

      TMJ kalau nak masuk gelanggang Nazri, iaitu gelangang politik begitulah jadi nya. Zaman orang beradu satu sama satu tapi bawa pengiring sudah berlalu. Syabas Pendekar Labu Sayong.

      Begitu juga TMJ, saya hormat dgn keputusannya utk berdamai, ini teringat saya pada panglima agung Islam Sultan Salahuddin Al Ayubbi. Syabas juga TMJ, mari kita sesama selamatkan dan majukan negara ini.

      Delete
  5. I think we better have a monkey as a PM now which will definitely be better than Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik Jangan...Nanti Semua Menteri akan ikut si monkey tu pulak.

      Delete
  6. TSZ,
    Saya tertarik dengan catitan di perenggan terakhir TS.
    Bukan kah ini senada dengan apa yang di ungkap oleh
    Nazri.

    Cuma bezanya adalah cara penyampain message tersebut.
    TS bersopan santun manakala Nazri sikit koboi gayanya!

    ReplyDelete
  7. pulak dah Datuk ni...
    mun menteri cakap merapu macam kena sampuk... kan ke bengab panggilannya.. kalau sorang..let it go...but more than 2..
    than.....

    ReplyDelete
  8. Mmg PM skrg terkenal dgn "mainan selamat" sejak zaman "Tim Wawasan" lagi yg akhirnya beliau gak selamat....tak hairan talian hayat nya skrg Sultan Pahang jadi kan TMJ pangkat cucu baginda... "amik hati baginda"...... kalau ikut sokong rakyat tiada lagi nmpk nya......

    ReplyDelete
  9. TMJ masuk politik kalu, terukla kena londeh..

    faizu

    ReplyDelete