Thursday, 16 July 2015

INGAT VIDEO SEX DAN JAM TANGAN OMEGA YANG TIDAK DIPERCAYAI RAKYAT


SUKAR UNTUK YAKINKAN YANG BAIK PADA NAJIB
KOMEN:
Anonymous17 July 2015 at 00:29
Saya fikir level of TRUST of the public kepada Ah Jib Gor must be at its lowest now kerana as a last resort dia sekarang terpaksa mengguna musuh musuh HARDCORE tradisi UMNO untuk membela dari 'serangan'Dr M.

Kita boleh menlihat bekas2 hardcore DAP dan PKR di kaca TV3 hari hari mengutuk DR M dan cuba divert dari isu kelemahan dan pembohongan dia. These assistance from these anti UMNO zaman Dr M MUST come at a cost and the sacrifice of UMNO's well being. Pelik Pahlawan Bugis ni sanggup menggadai MARUAH UMNO supaya diri nya TERSELAMAT!
SUKAR UNTUK YAKINKAN.....
Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan seolah-olah mendapat suatu tangkapan besar apabila mendapat video dari bekas Pengarang Sarawak  Report yang mendedahkan pemalsuan dokumen berkaitan dengan 1MDB.

Beliau tentunya berharap hal ini dapat membantu  mententeramkan  perasaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti keghairah  seorang menteri mendahuli pengumuman  AG  mengatakan  1MDB bersih untuk tujuan yang sama.

Tidaklah semudah itu untuk  menukar persepsi negatif hampir keseluruhan rakyat berbagai kaum dan berbagai lapisan  terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib sama seperti sukarnya untuk menukarkan persepsi baik terhadap  Anwar Ibrahim sebagai pemimpin besar Islam kepada pengamal sex bebas.

Biarpun video sexnya  diperlihatkan oleh TV dan media social disamping jam tangan Omega sebagai bukti tetapi rakyat tetap tidak mahu percaya kerana keyakinan kepadanya  berakar umbi di kalangan rakyat biasa.Imej isterinya yang sederhana dan merendah diri membantu simpati kepadanya.

Dalam kes Anwar sukar untuk meyakinkan yang buruk terhadapnya tetapi dalam Kes Najib kita sukar untuk meyakinkan rakyat  yang baik terhadapnya  kerana   Najib tidak datang dari rakyat biasa.

Betapun Najib cuba untuk menunjukan sifat kerakyatanya tetapi imej elitis kedua suami isteri mengatasi imej semula jadi  rakyat biasa yang ada pada Anwar Ibhrahim, Abdullah Badawi dan Mahathir Mohamad.

Zaman kepimpinan yang bersifat kebangsawanan telah berakhir selepas Tun Hussein Onn.

Dahlan mungkin seorang intelektual  dari Sabah yang mempunyai kalibar besar berpontensi untuk kepimpinan masa depan  tetapi jika beliau menyangka bahawa pembersihan 1MDB akan memulihkan imej Najib  terutama menerusi video maka itu adalah perhetongan yang salah,keyakinan yang menolak realiti sebenar di akar umbi

Ini adalah oleh kerana Najib tidak sekadarkan 1MDB tetapi Najib adalah bayang-bayang penghapusan ISA yang menimbulkan  berbagai masalah dalam keretakan hubungan kaum sekarang dan kegagalan kawalan keatas media internet.

Najib adalah flip flop Akta Hasutan, Najib adalah ketidak setabilan ekonomi, Najib adalah kejatuhan ringgit , Najib adalah GST, Najib adalah harga minyak,Najib adalah Lahad Datu, Najib adalah Obama, Najib adalah Rosmah.

Ya Allah ! hambamu  bermenung sedih pilu dalam menyambut Hari Raya ini. Aku  tidak pernah kehilangan keyakinan seperti ini walaupun  dalam krisis di era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi.

Dalam gema takbir yang syhahdu ini, Ya Allah  Ya Rahman  terimalah doa yang ikhlas suci  dalam harapan menggunung tinggi dari umat Melayu dan Islam negara ini. Negara ini telah sekian lama  berada di bawah lindunganMu dan rahmatMu dalam damai dan dalam  krisis di masa lalu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI KEPADA YANG BENCI ATAU YANG MEMINATI SAYA. MOHON MAAF DIPINTA

TAKBIR ITU

Takbir itu bergema lagi
Membawa hiba rindu sayu
Pemergian Ramadan yang syahdu
Kedatangan syawal yang mengharumkan kenangan.

Tahun depan masihkah aku menyedut udaramu.

Takbir itu melambaikan zaman kecilku
Kampung,sungai dan laut biru
Menunggu ibu memakaikan serba baru
Hanya sehelai baju,songkok dan sepatu
Terlupa hidup kurang serba serbi 
Dalam riang sersalin setahun sekali.

Mundar mandir keliling kampung
Dari pagi hingga petang
Sepatu baru menggigit tumit
Melompat walau dapat hanya seduit

Betapa anak dan cucu 
Tak pernah bertanya 
Tentang kampung yang sepi
Bagaimana boleh  sampai kesini
Melimpah rezki  berbaju baru setiap hari
Merasa  miskin kerana  mahu lebih kaya lagi.

Anak dan cucuku
Tidak aku salahkan kamu
Terbawa arus nilai negara
Mengejar  bahagia pada benda
Pemimpin jadi contoh  tamak haluba

Nilaiku kuno kekampongan 
Sedang negara pantas kehadapan
Bila takbir itu datang lagi
Dan aku sudah pergi
Masihkah kamu dalam syahdu  kebesaran Tuhan?
Atau  kiblatmu  hanya kebendaan? 

ZAM,

40 comments:

  1. selamat hari raya dato zam...semoga perjuangan tidak padam...

    ReplyDelete
  2. Salam Tan Sri.

    Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri....Maaf Zahir Batin buat sdra sekeluarga....juga kpd semua Pembahas2 berugama Islam yg sy hormati.

    Mengenai persepsi rakyat terutamanya org Melayu terhadap sikap baik...buruk ..kuat atau lemah Pemimpin2 Melayu seperti Najib...Pak Lah dan Anwar....semuanya dgn jelas diterjemahkan melalui keputusan undi pd GE 12 dan GE13.

    Yg kita tahu....pd GE12 PKR berjaya menarik ramai pengundi org Melayu dan Umno telah merudum.

    Dan pd GE13 pula...sokongan Melayu pd kedua2 Parti ini tidak lagi menujuk lonjakan yg memberangsangkan.

    Memang org2 Melayu berada dlm situasi yg sukar....kini menjadi lebih sukar dgn Presiden yg sudah tidak keruan dan plot.... (seperti yg sdra lontar diatas)..dgn tepat dan jelas sekali.

    Apa yg kuat tentang dia...cuma negatif semata2.

    Umum tentu setuju bahawa;

    ..."TIADA APA YG ISTIMEWA ATAU HEBATNYA TENTANG DIA ...SBG PEMIMPIN NEGARA
    .... MAHU PUN PD BANGSA DAN UGAMA....SEMUA TELAH DIA KOMPROMIKAN DGN MUDAH SEKALI".

    Anihnya pula dia masih DISAYANGI DAN DISOKONGI OLEH 160 Ketua Bahagian Haram J...justeru itu dia dgn MEGAH berkata berulang2 kali yg dia telah dipilih dan disokong oleh majoriti ahli melalui proses Demokrasi.

    Betul cakap dia....tetapi dajal dan busuk sungguh hati dia yg sebenarnya... kerana dia sendiri tahu sokongan itu adalah PALSU BELAKA.... kerana kecelaan sistem pemilihan yg telah diguna pakai sekian lama oleh Parti.

    Tetapi dia peduli apa...itu sahaja modal yg dia gunakan berulang kali mematah segala asakan untuk dia melepas jawatan.

    Pokoknya... dia cuma mementingkan kuasa dan kedudukan sahaja tanpa memperdulikan sentimen majoriti rakyat negara.

    Dan dia tahu semua ini...BUKAN PALSU tetapi dia peduli apa.

    Sy ulangi....modalnya tetap sama sahaja....'quote'..." sy telah dipilih rakyat secara demokrasi dan sy akan terus memimpin....bla bla.."

    Dan dia juga tahu semua ini mengarut belaka tetapi...dia peduli apa.

    Tun M betul dgn niat dia mahu Najib berundur.

    Ini terbukti bahawa tiada apa salahnya Tun M bila bertindak memecat Anwar dari jawatan TPM dan mengantikan Pak Lah.

    Malah org2 yg sama menyokong tindakan Tun M terhadap 2 personaliti tersebut kini menentang apa yg dia cuba lakukan pd Najib.....dgn alasan bahawa Tun M tidak adil dan mempunyai rekod buruk bila mengulangi tindakan yg sama terhadap Najib.

    Bagaimana terjadi begitu pula...sedang Najib lebih teruk dari Pak Lah....dan nmpak lebih kurang serupa sahaja dgn Anwar....cuma dia tidak meliwat sahaja.

    Jika tidak kerana tindakan Tun M....layak kah Pak Lah dibenar berterusan memerintah?

    Jika tidak kerana Tun M...layak kah Anwar sbgai PM negara?

    Kini.....kita mesti bertanya soalan yg sama.....LAYAK LAGIKAH NAJIB MEMERINTAH NEGARA....SELEPAS 1001 KESENGSARAAN YG TELAH DIA BERIKAN PD RAKYAT....DISAMPING TERLIBAT DGN TUDUHAN PECAH AMANAH DAN SKANDAL 1MDB?

    Jika kita berkata Najib wajar meletakan jawatan sahaja.....kira segala apa tindakan dan kecaman Tun M pd Najib....memang TEPAT DAN BETUL BELAKA.

    Tetapi sdra Zam ....apa lagi yg boleh kita katakan.....jawapan nya ada ditangan ahli2 tertinggi dan Ketua Bahagian Haram J.....yg kenyang2 belaka.

    Dangkal sekali ketua2 Melayu seperti mereka....kerana Ketua seperti Najib pun masih disayangi....semata2 kerana imbuhan belaka.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai orang Islam gunalah kebijaksanaan didlm mengeluarkan sbrg pendapat lebih2 lagi jika dah bergelar Tan Sri yg perlu jadi cth kpd orang2 muda. Cuba renungkan hadith serta ayat Quran utk menjadi petunjuk kpd kita sbg orang Islam. Wallahualam.

      Hadith:
      "Barang siapa beriman kpd Allah & hari akhirat, maka berkatalah yg baik & jika tidak, maka diamlah.”
      (Hadith Riwayat: Bukhari no. 6018 & Muslim no. 47).

      Al-Hujurat: 12
      "Wahai orang-orang yg beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yg dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; & janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan & keaiban orang; & janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yg lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kpdnya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yg tersebut) & bertaqwalah kamu kpd Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani".

      Delete
  3. Sama ada persepsi rakyat itu berubah atau tidak itu tidak penting sangat. Tetapi sebagai seorang Islam, kita patut kira penglibatan diri kita sendiri dalam mempromosikan fitnah dan tuduhan jahat melulu oleh golongan-golongan yang ada agenda mereka tersendiri. Kalau kita umat Islam melihat kepentingan untuk mempertahankan kebenaran lebih penting dari agenda politik, maka persepsi kita tidak akan jadi begitu.

    Apa yang saya lihat ialah sikap benci pada Najib didahulukan. Kes 1MDB hanya satu alasan untuk kita menyerang beliau. Najib mungkin di perhitungkan oleh rakyat. Persepsi itu penting untuk membentuk persepsi rakyat. Tetapi yang lebih penting, kita ini diperhitungakan oleh Allah S.W.T. Mungkin kita benci Najib atas sebab-sebab tertentu. Tetapi jangan kerana kebencian kita pada seseorang menyebabkan kita tidak bersikap adil terhadapnya.

    Wallahulam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jsngan lupa amal ma'ruf nahi munkar.

      Delete
    2. saudara granmarquis,

      Nampaknya saudara masih belum memahami intipati mengapa sebahagian rakyat menolak Najib. Rakyat bersuara mengenai isu yang nyata. GST , 1MDB , Petrosaudi bukan soal fitnah atau khayalan. Pelaburan berbillion didalam Petrosaudi yang kini bertukar kepada unit adalah nyata bukan fitnah. Walaupun tiada peyelewangan atau salahlaku namun langkah membuat pelaburan menunjukkan kebodoohan kepimpinan. Kita boleh menyalahkan SR atau The Edge tapi kita tidak dapat menjawab persoalan kebodohan kepimpinan. Kebodohan kepimpinan Umno blh menyebabkan negara kekancah kekalutan. Saya menjangkakan penolakan keatas Umno akan berlaku kerana rakyat tidak dapat menerima pemimpin yang bodoh apa tah lagi adanya tambahan unsur tidak bersih dan penyelewangan.

      Pendukung Umno harus segera faham bahawa penolakan terhadap Umno bukan soal fitnah tapi berdasarkan kebodohan pimpinan.

      Delete
    3. Siapa yang bodoh sebenarnya. Jangan syok sendiri.

      Delete
    4. Bangsa asing bukan Islam tengah pukul gendang dan ramai Melayu Islam dok naik sheikh dah.... Melatah tah tentu pasai selagi apa yg berlaku di negara Islam yg lain tak berlaku di Msia. Tunggu saja kejatuhan satu lagi negara Islam, baru padan muka. Kita lihat dunia tunjuk Suharto tak betui, maka tumbanglah dia, kemudian Sadam, Gaddafi, Morsi, Erdogan, Assad, dll - seterusnya adakah Najib???

      Delete
    5. Kalau ada fakta, bila bila masa boleh pukul gendang. Tetapi kalau susah sangat nak cari fakta, lebih baik duduk diam dan cari jalan nak terjun. Bila bangsa asing bukan Islam pukul gendang kata Najib bagus, pengikut setia pahlawan bugis kuat bersorak. Tapi bila orang sama tunjukkan dokumen pasal Najib, bising satu kampong. Awak ingat semua orang Melayu Islam macam awak ke ?? Suruh jadi buta kita ikut. Suruh jadi bisu kita turut. Kalau awak nak jadi macam tu silalah. Kami lebih rela jadi pahlawan Melayu.

      Delete
  4. Soalnya ialah Najjib telah melencong dari kebenaran dan amanah ayahnya dari awal lagi;penyelewengan dari ISA sampai kepada tolak ansur kepada gulongan liberal sehingga hampir mengorbankan Akta Hasutan yang menyebbkan kemunduran dan jatuhnya maruah bangsa dan agama.Bagitu bebas hak-hak orang Islam dicabar sekarang ini.
    Sentimen pada sesaorang pemimpin tidak seharusnya menyebabkan ktia menutup pintu kebenaran dan tidakmemikirkan bahawa fitnah yang berlaku senang diterima oleh rakyat apabila berasaslkan kepada pembohongan-pembohongan dan putarbelit untuj menegakan kebebnaran dalam soal-soal yang tidak benar. Umpamanya penggunaan kepalterbang kerajaan untuk urusan peribadi sehingga suami terpaksa pulang dengan kapalterbang commercial untuk melawat banjir dan sebagainya dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  5. http://www.rockybru.com.my/2015/07/lester-melanyis-confession.html

    Lester Melanyi's Confession Part 1

    WAKAKAKAKAKAKA, putar lagi lah nampaknya, cuba jangan tak cuba ..... satu untuk anda, satu juta lah untuk saya .....

    ReplyDelete
  6. https://en.wikipedia.org/wiki/Sarawak_Tribune

    "2006 Muhammad cartoons controversy"

    "During the Jyllands-Posten Muhammad cartoons controversy, the daily reprinted a collection of the cartoons on page 17 of the 4 February 2006 edition to illustrate a story on the topic titled "Cartoon No Big Impact Here". The publication drew flak from the Malaysian government, which consisted predominantly of Muslim politicians. As a result, Lester Melanyi, an editor of the newspaper, resigned from his post for allowing the reprinting of the cartoon."

    chers,
    ./mkh

    ReplyDelete
  7. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/07/15/Rahman-video-plot-topple-najib/

    Rahman Dahlan: I've seen video confession of person involved in plot to topple Najib

    --

    http://www.sarawakreport.org/talkback/more-clutching-at-straws/

    More Clutching At Straws.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagipun Haji Hadi yang sokong dia tempoh hari pun ada kata video ni kita tak bolih pakai sebab dia besi!

      Delete
    2. Hadi Awang tak boleh pakai .... dulu dia kuat mengkafirkan Dr. Mahathir dan segala yang bawah naungan UMNO ... hari ini dia sorak menyokong Najib yang ternyata melanggar syariatul Islam!

      Delete
    3. Hadi seorang agen iblis,dia hanya akan menyokong orang yang tidak beriman dengan Al-Quran.

      Delete
  8. kesian si haji rocky, boleh lah dia pi revive Sarawak Tribune after all this, padan lah, secocok ..... LOL

    ReplyDelete
  9. TS Zam, Selamat Hari Raya to you and family. By reading your blog, I believe this will be one of those Raya that has excited you in terms of the country's direction and leadership. However, there is nothing wrong if what is written is the truth.

    There are times when we do not have the facts due to the fact that we are not privy to it or do not have the authority to demand for it. Consequently we judge based on what we see, hear and perceive to be the truth. If what we believe is the truth by looking at the motive or behaviour of the person(s), then that is our perception and belief. There is nothing that can change that simply because the person is no longer TRUSTED and therefore cannot change our perception even though someone said something to defend him. Remember that a person just cannot tell himself that I am doing good things. He must also be seen and I mean clearly seen to be doing good things, especially if you are a LEADER.

    Therefore Rahman Dahlan, you are too late to the party. If indeed this whole thing was fabricated from the start, then your LEADER could have refuted the allegation immediately. Just imagine this. If someone fabricated and openly published a bank statement to show that Mr X deposited RM 1 million into my Xbank account on 16 July 2013, what would be the first thing I would do ? I will go to the bank concerned and ask them for a printout of the account transactions. If I am advised to make a police report, I would do so immediately. WHY ? Because I do not have a Xbank account in the first place or even if I had, I know for sure there was never a RM 1 million deposited by this Mr X. Simple and straight forward. Tak payah buang masa pusing-pusing lah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Mafeeah,
      Pandangan saudara dalam para pertama dan kedua adalah menepati diri saya. Though sometimes guided by intuition but journalism experience forbid me from writing with sentimen and without facts. Because far from inner circle I do ask myself whether I am wright or wrong.

      Saya percaya orang tidak akan mengikuti saya kalau tidak ada keseimbangan antara sentimen dan fakta dalam tulisan saya.

      Delete
    2. Agreed. Not just you, but even people like TDM, T Razaleigh, Tun Daim, D Nazir and many others would not be saying things if they didn't have the relevant facts or information to back them up. The difference here is the ordinary man does not have access to the truth, facts and information that is now being perceived as diligently kept away from the public for reasons unknown to us and only known to the perpetrators.

      Inilah kesilapan paling besar yang dilakukan oleh pemimpin BN/UMNO yang tidak sedar strategi mereka dan orang yang diberi tanggungjawab serta dibayar akan hanya mendatangkan mudarat dan memakan diri masing-masing. Facts or fiction, BN is losing the plot by the day.

      Delete
    3. I like what is happening in Malaysian politic as described by RPK as foollows:
      "The rule here is very simple. If a government leader accuses an opposition leader of something, then you must prove that allegation. When an opposition leader accuses a government leader of something, however, then the government leader must prove that that allegation against him or her is not true — the other way around.

      Same thing when people said sth about anak2 Tun M jadi kaya raya - Tun M minta bukti. Knp dlm kes 1MDB, Najib pulak kena bagi bukti?? Yena dei mamak M + mamak Z???

      Delete
    4. As the government if you say a citizen has made gains through corruption, then you have the power to charge that citizen in court. A common citizen cannot charge a government official in court for corruption. However, if evidence is shown by media that money has gone into a government official's bank account, then it only right that the official has to reply or sue the media if it is false. He cannot just keep quiet and reply to something else which is irrelevant to the issue.

      Delete
    5. Zainul Ariffin, you must be one of those perfect examples of an imperfect and poorly educated person. Instead of addressing the issue, you have gone on insults to prove your point. You must be a disgrace that Najib has been talking about aka Bangang.

      There is already proof given by the accuser. It is obvious you don't read or understand this basic thing. Now talking about TDM, any proof on his sons ? If you have show it. Kalau tak ada bukti tolong senyap or omputih kata, just shut up !

      Delete
    6. Hmm..very clear points from @mafeeah.. dah lama dah dok perati @zainul ariffin ni. He just don't get it..

      Delete
  10. Saya tidak faham. Kenapa mereka tidak saman SR dan gunakan rakaman itu sebagai senjata/bukti mereka dalam mahkamah?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tan Sri dan selamat hari aidilfitri .

    Pada fikiran saya berdasarkan sedikit pengetahuan dalam bidang propaganda dan perang saraf (GSPS) cara terbaik untuk menggilap semula imej serta reputasi nya ialah dengan melepaskan jawatan nya ketika rakyat memerlukannya berbuat demikian . Maka beliau akan dilihat sebagai seorang gentleman , bermaruah , bijak , berhati bersih dan berperibadi mulia . Namanya akan dikenang sepanjang zaman dan akan tercatat dalam lipatan sejarah sebagai pemimpin yang berintergriti tinggi.. Dan ketika itu semua generasi bangsa akan memujanya sebagai wira sejati . Apatah lagi jika pelbagai isu semasa ketika ini yang menjadi faktor buruk terhadap dirinya bertukar sifatnya maka ketika itu nama dan imejnya melonjak megah dan indah di mata hati bangsanya . Inilah pandangan ikhlas saya , tanpa sebarang prejudis . Namun terpulang lah kepada beliau sendiri membuat keputusannya . Atas paling baik sekali dalam situasi sekarang ini dengan membanyakkan solat istikharah .

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Tan Sri Zam dan semua Muslimin muslimat.

    Saya sebagai warga Singapura keturunan Melayu sedih dengan senario politik seberang Tambak. Saya sedih kuasa politik Melayu Malaysia dipenghujung usia. Melayu telah kehilangan kuasa ekonomi. Sekarang kuasa politik sedang nyawa2 ikan.

    kesian bangsaku. Bakal merempat seperti kami di Singapura. Nasib Pak Kadok menang sorak kampong tergadai.

    semuga Allah lindungi bangsaku orang Melayu Islam. Najib WAJIB kembalikan ISA. ITU ADALAH KEWAJIBAN YANG FARDHU BUAT MASA INI. JIKA TIDAK TUNGGULAH BALA ALLAH.

    Allahu Akbar.

    ReplyDelete
  13. Najib percaya untuk menggilap semula imejnya menerusi pilihanraya. Untuk itu beliau sanggup mengambil risiko menggadaikan dirinya dan tergadai UMNO dan bangsanya malah sekalipun terpaksa ke penjara selepas pilihanraya.

    Beliau tidak percaya kepada mempertahankan maruah dengan mengundur diri dalam keadaan tertekan kerana ini akan dianggap mengaku salah.

    Pandangan ikhlas saudara adalah juga pandangan saya tetapi Najib tidak bebas untuk membuat keputusan sendiri mengikut pertimbangan rasional rakyat.Ada kuasa disebalik kuasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry i'm late to the party. 'Ada kuasa disebalik kuasanya' ?? Macam X-Files pulak. Clearly kuasa nafsu semata-mata je. Don't blame others. We don't need another Twilight Zone cover up.

      Delete
  14. Ramai rakyat yg berkongsi rasa yg sama spt puisi Tan Sri itu. Rahman Dahlan....Husni Handzalah gali dan koreklah segala bukti waima hingga ke lubang cacing...untuk mengembalikan keyakinan rakyat kunun2nya isu panas yg berlaku ini adalah fitnah & tohmahan semata.

    Seandainya didapati ianya 'benar' fitnah....namun utk menawan kembali hati kami tidak sekali2. Rakyat bukan bodoh untuk membuat pertimbangan. Kalau dulu mungkin rakyat boleh dibodohkan dgn sajian tv3 tapi kini tidak lagi. Bak kata Tan Sri...bukan isu 1mdb ini yg menjadi penyebab penolakan rakyat....tapi isu2 sensitif yg lebih awal (tak kuasa saya nak senarai satu persatu)....telah gagal ditangani oleh beliau. Ber retorik saban hari di tv3 di hdpn 'penyokong palsu'...sgt lah memualkan. Saya yg dulunya TAK PERNAH MISS menonton buletin utama tv3....kini sanggup tidak menonton tv apatah lagi tv3 suku.

    Dulu saya selalu berpesan pada anak2 agar sentiasa bersyukur & berterimakasih pd kjaan yg memerintah.....tapi kini perasaan itu telah terpadam dlm diri saya sendiri. Sangat menyedihkan sekali perasaan negatif sebegitu terbuku di hati ini.....

    Akhir kalam.... Selamat Hariraya Maaf Zahir Batin utk Tan Sri.....moga terus bahagia di samping keluarga & diberikan kekuatan oleh NYA utk berblog.... dlm melahirkan pendapat sendiri tanpa pengaruh sesiapa melainkan kebenaran jua....Wasallam.

    ReplyDelete
  15. uncle zam. selamat hari raya. terima kasih tulis 'lembut' dan sedikit baik tentang anwar.

    saya bukan zahra. tapi saya pun sayang Malaysia

    ReplyDelete
  16. Salam Tuan, walaupun saya menyampah pada Tuan, tetapi bila Tuan mengakui akan kebaikan Anwar, jadi saya juga mahu orang lain dari parti lain turut begitu. Tuan kena ingat bahawa kami menyokong Anwar adalah sebab dia ikhlas, yang lainnya adalah mainan politik yang susah rakyat nak percaya.

    ReplyDelete
  17. Saya fikir level of TRUST of the public kepada Ah Jib Gor must be at its lowest now kerana as a last resort dia sekarang terpaksa mengguna musuh musuh HARDCORE tradisi UMNO untuk membela dari 'serangan'Dr M.

    Kita boleh menlihat bekas2 hardcore DAP dan PKR di kaca TV3 hari hari mengutuk DR M dan cuba divert dari isu kelemahan dan pembohongan dia. These assistance from these anti UMNO zaman Dr M MUST come at a cost and the sacrifice of UMNO's well being. Pelik Pahlawan Bugis ni sanggup menggadai MARUAH UMNO supaya diri nya TERSELAMAT!

    alfie

    ReplyDelete
  18. Darwis Balingan.17 July 2015 at 07:52

    Dahlan telah memalukan UMNO dan BN. Tidak mengenal orang ada atau tidak kredebiliti .Pakai tangkap muat sahaja. Jangan ingat terpelajar tahu semua dalam soal komunikasi. Bila guna orang sembarangan maka nampak sangat Najib dalam kelemasan. Habislah Najib macam ini. Sebagai ahli UMNO saya malu kerana saya telah mengikuti sejarah dua orang ini sejak sekian lama terutama yang dibuang masa Taib Mahmud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masa Taib buang.

      Delete
    2. Dibuang masa Taib.

      Delete
  19. TS Zam, saolan saya..
    Wartawan samada di peringkat tinggi atau biasa mempunyai maklumat serba luas, terdekat, tersurat dan tersirat... tetapi kalatuju politik seperti sokong siapa, bunuh siapa, racun siapa ditentukan oleh majikan..Ketua Pengarang? Editor?

    Kenapa agaknya suratkhabar mengambil pendirian berbeza dengan apa yang mereka tahu sebenarnya.....

    Apakah mereka sama keliru dengan rakyat...
    Apakah mereka fanatik..
    Apakah mereka sudah diterap dan dicuci otak oleh majikan mereka..
    Atau jawapan paling tepat Cash Is King

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. Datuk Zam, Selamat Aidil Fitri!

      Cash is their King and Ah Jib Gor is the Chief Priest of these Wayang Kulit Mushrikin!

      Rasulullah telah berpesan kepada orang yang berikrar Muslim:
      "Sesungguhnya, saya khuathir atas kalian unsur syirik yang tersembunyi dalam diri kamu ... pada masa depan Muslimin akan berjumlah banyak tapi kebanyakan mereka hanya macam buih atas air lautan (tidak ikhlas atau benar)."

      Delete
  21. Sentuhan menghiris dr Tan Sri. Teringat dulu-dulu baca Utusan. Dan puisi itu... Teruskan suaramu, perjuanganmu. We really need a scholar like you to voice our heart out.
    Allah bless us all.

    ReplyDelete