Saturday, 25 July 2015

HOW TO MAKE SURE YOU ARE NOT BLOODY FOOL WHEN YOU ARE POWERFUL

LIHAT DI BAWAH  ANGGOTA MKT SOKONG MUHYIDDIN
Alat jentera kerajaan digunakan sepenuhnya untuk menggambarkan keadaan ekonomi yang sihat( rosy picture of economy) walaupun  wabak sebenarnya telah  dirasakan oleh rakyat dari atas ke bawah.

Gambaran ini diberikan oleh Bank Negara dengan simpanan luar negara yang kukuh selain dari berita-berita  kemungkinan penanaman modal asing,keuntungan syarikat- syarikat, projek-projek baru,kenaikan ringgit ( walaupun tidak stabil) )  dan berbagai lagi. Peranan memberikan rosy picture of economy ini dijalankan oleh agensi berita kerajaan  Bernama.

Perdana Menteri dan juga lain-lain jentera  ekonomi negara  yang pastinya tahu keadaan sebenar mestilah   berterus terang kepada rakyat supaya mereka dapat menyesoikan diri dengan keadaan dan tidak terlalu marah dalam menghadapi realiti  sebenar.

Ini pernah dilakukan oleh Singapura apabila menghadapi ancaman ekonomi suatu masa dahulu dan rakyat menurut nasihat kerajaan tentang apa yang mereka harus lakukan untuk membina ketahanan ekonomi negara.

Sebagai  rakyat bawahan saya dengan ikhlas ingin  memberikan feedback  tanda-tanda ancaman ekonomi yang sedang berlaku sekarang yang tidak mewajarkan lagi bagi Perdana Mengteri untuk berada dalam keadaan Denail Sydrom atau kata orang kedah " Buat Dak". Saya harap feedback ini tidak dianggap sebagai fitnah dan Najib tidak seharusnya lagi percaya kepada feedback ekonomi yang bersifat politik atau membuat kenyataan ekonomi berunsur politik.

Dalam politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib  boleh berpegang  kepada kata kata hikmah Allah Yarham Azman Atar Tokoh Lawak Politik UMNO  bahawa " If your are in power make sure you are powerful otherwise your are bloody fool " tetapi  kata-kata ini hanya terpakai untuk politik tetapi tidak untuk ekonomi. Orang-orang UMNO tidak boleh membantu Najib memperkasakan kedudukannya dalam ekonomi negara.

Apa yang saya kemukakan ini adalah bunga-bunga keruntuhan ekonomi yang membimbangkan. Mungkin  dianggap  fitnah dari saya tetapi kerajaan yang ikhlas yang mempunyai segala jentera berkeredibiliti boleh membuat kajian dan siasatan untuk mencari kebenaran.

Antara faktor yang saya temui sendiri ialah:

1- Program berbuka puasa di hotel-hotel besar dan sederhana tahun ini di seluruh negara anjuran kooporat atau syarikat perniagaan berkurangan.  Pasar-pasar Ramadan juga tidak semeriah  tahun lalu.
2- Penjualan berbagai pengeluaran hasil kering laut  yang popular di Tanjung Dawai Merbuk Kedah telah jatuh dengan teruknya. Penjualan  tak sampai 50% dari jualan cuti Hari Raya tahun lalu.( Saya dimaklumkan oleh beberapa peniaga yang saya kunjungi setiap tahun)
3- Banyak kereta baru yang dirampas kerana kegagalan bayaran ansuran  dan kereta-kereta  ini sukar  pula dapat dijual semula. Sila tanya dengan polis tentang pekara ini kerana laporan polis dibuat oleh" penarik kereta."
5- Kutipan zakat tahun ini  telah merudum dibandingkan dengan tahun lalu kerana ramai orang Islam yang hilang pekerjaan dan kekurangan hasil perniagaan.
6- Maruah  Ringgit Malaysia jatuh. Biasanya peniaga-peniaga di Mekah dan Madinah  terus menerima  ringgit Malaysia tetapi ramai jemaah yang menunaikan umrah di bulan Ramadan telah diiminta menukarkan ringgit  ke Saudi Rial lebih dahulu dan demikian juga di Thailand diminta tukarkan ke Bath lebih dahulu.
7-  Ramai orang  berebut-rebut mencari Singapore Dollar sehingga sukar untuk dapat dibeli di pasaran kerana mejangka ringgit Malaysia akan jatuh lagi dan mereka akan dapat membuat keuntungan.
8- GST tidak dapat di kawal dengan berkesan. Semalam saya minum teh tarik segelas RM1.80 di sebuah kedai mamak di  Presint Deplomat Putrajaya berbanding dengan kedai lain ditempat yang sama.
9- Penerbit-penerbit terpaksa memberhentikan pengeluaran majallah kerana GST( Sila siasat masalah yang dihadapi oleh Utusan , Berita Publishing, Karangkraft dll)

K'jaan mesti terima pandangan Muhyiddin

Oleh Reezal Merican( Dipetik dari Malaysiaikini)


Sebagai pemimpin Nombor 2 di dalam parti dan kerajaan, sudah pastilah Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pandangan dan kekhuatiran sendiri mengenai apa yang sedang berlaku mutakhir ini.

Pandangan ini, sama sekali tidak wajar diangkat sebagai asas atau percikan bahawa berlakunya pertembungan pemikiran di antara pemimpin Nombor 1 dan  Nombor 2.

Saya benar-benar mengharapkan agar kita tidak terlalu cepat melihat “teguran dan pandangan” Tan Sri Muhyiddin ini sebagai mesej bahawa berlaku masalah dalaman di peringkat parti.

Saya juga mengharapkan agar kita dapat menyantuni teguran Tan Sri Muhyiddin ini dengan komitmen dan tekad baru untuk memperteguh semula kepercayaan rakyat.

Saya ingin menzahirkan rasa kesal kerana ada portal dan platform media baru yang sudah memberikan label dan gelaran kurang sesuai kepada pandangan Tan Sri Muhyiddin ini. Pada saya, ini tidak wajar berlaku.

Jangan kita terlalu cepat menggelar pemimpin kita itu dan ini. Biarkan pandangan dan teguran kekal sebagai nasihat demi kelangsungan parti. Tidak ada alasan dan sebab untuk kita bersikap kurang adab dalam mendepani pandangan seorang pemimpin utama di dalam parti.

Pokok pangkal kepada semua yang berlaku ini adalah persepsi buruk rakyat kerana kurangnya informasi dan perincian yang tepat mengenai isu 1MDB. Pada saya, ianya sedang ditangani dengan baik dan telus oleh kerajaan. Siasatan sedang berlaku, malahan beberapa individu telahpun ditahan untuk membantu siasatan.

Mungkin, apa yang dicadangkan oleh Tan Sri Muhyiddin itu boleh dijadikan sebagai asas awal untuk menyelesaikan isu kekurangan maklumat ini. Saya bersetuju benar jika laporan awal berkaitan isu 1MDB itu dibuka untuk nilaian dan pandangan rakyat.

Kita tidak boleh ada jurang masa yang terlalu lama dalam mengisi pengharapan dan keinginan rakyat. Mereka mahukan informasi, dan ianya wajar diberikan melalui laporan awal tersebut.

Sementara itu, siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas (Special Task Force) dan pihak lain wajar diteruskan tanpa sebarang sekatan dan gangguan. Laporan awal tidak bersifat konklusif – maka dengan itu ianya masih terbuka untuk dianalisis dengan sekomprehensif mungkin apabila siasatan lain sudah lengkap nanti.

Keberanian kerajaan untuk membuka dapatan kajian ini pastinya memberikan dimensi dan perspektif baru kepada isu ini. Sudah barang tentu, sukar untuk mana-mana pihak untuk melakukan putar belit kepada sebuah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan. Yang penting, kita dapat menenangkan sedikit kekhuatiran yang sedang bermain di minda rakyat.


DATUK SERI REEZAL MERICAN ahli majlis tertinggi Umno dan MP Kepala Batas.
Tulisan Reezal  Merican ini menunjukan tidak solid lagi sokongan terhadap Najib dalam MKT walaupun Reezal sendiri meminta rakyat jangan anggap teguran DPM  Tan Sri Muhyiddin  sebagai tanda akan ada masalah dalam parti. Jika tidak diciumi masalah masakan PMO keluar kenyataan minta Muhyiddin bersabar dan Utusan bakul sampahkan ucapannya yang penting.

21 comments:

  1. Apabila negara dirosakkan oleh pemimpin yg tidak bertanggungjwb..

    ReplyDelete
  2. Keadaan pasaraya yang sesak dengan rakyat bershopping menjelang aidil fitri, penanda tidak ada kesan gst dan ekonomi merosot - nazri


    Keadaan bersesak di jalanraya semasa pergi dan balik beraya penanda ekonomi makmur - mukmu

    Kehadhiran lebih 80, 000 rakyat berhariraya di kediaman rasmi PM penanda Najib disokong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangang punya statement

      Delete
    2. Balun tetap balun...Yg 80,000 tuu....ramai antaranya yg lebih nak ambil kesempatan dapat makan free..sape X nak makan sedap2 kan!!! Lagipun bukan duit pm yg keluar!!! Bila time mengundi....tetap ngundi pembangkang....yg atas pagar tak keluar pun mengundi....balasan pada 'kebaikan' najib. So jgn perasan yea....pm masih mendapat sokongan....

      Delete
    3. phatetic...80k visitors on pm rumah terbuka?

      Delete
  3. Mat Saman Pencala.25 July 2015 at 14:59

    Dia orang hadir di hari terbuka rumah PM hanya nak makan free,kebanyakan bukan Melayu dan Melayu yang disung dengan Bas takut tak ramai tetapi kurang dari tahun lalu. Macam I Love you dan 1am4U. Lagi sekali pilihanraya tenggelam la you.

    ReplyDelete
  4. Maaf Tan Sri. Kenapa hang guna bahasa Inggeris kalang kalibut.

    TAK DAPEK DEN NAK NOLONG, TAN SRI.

    PONING DEN!!!!!

    ReplyDelete
  5. MOHON MAAF KELALAIAN SAYA( OVERLOOKED) ,TIDAK SAYA SEDARI. TELAH DIBETULKAN. JIKA ADA SILAP LAGI TULONG BERITAHU. TK

    ReplyDelete
  6. Ada anak Melayu yang dapat tajaan MARA belajar sampai ke luar negara. Ada yang pulang mengabdikan diri kepada bangsanya. Namun ada juga yang telah lupa kepada siapa sepatutnya dia utamakan pengorbanan. Jika anak Malaysia lupa pada sejarah siapa yang perlu dipersalahkan. Bukankah seorang mantan PM itu terlalu gairah memajukan mata pelajaran mathematik, sains dan inggeris hingga pembinaan tamadun Melayu, jati diri, asal usul, menentang penjajah dan perjuangan kearah kemerdekaan itu sekadar cerita-cerita penglipurlara. Zam juga mesti ingat bagaimana dia cuba membangunkan Pekan Merbok dengan menyerapkan nilai-nilai sejarah serta suasana desa dengan program Kampung Bestari, Batik Merbok, aktiviti menyelusuri Sungai Merbok, Candi Lembah Bujang dan banyak lagi untuk dijadikan pakej perlancungan. Berapa kerat sahaja yang perihatin keatas usaha ini. Zam juga gagal mendapat balik Kelantan untuk BN. Siri Bulan Gerhana melalui slot-slot RTM tidak langsung menjejas kedudukan PAS di negeri Cik on CUBAAN CETUSKAN 13 MEI GAGAL KERANA KEJAYAAN DEB

    ReplyDelete
  7. Lebai Mat Bagan Serai.25 July 2015 at 19:06

    Saya ingat saudara terlupa. Slot RTM Kelantan Dalam Gerhana hampir menjatuka kerajaan Pas Kelantan dalam pilihnaraya 2004 dan Teregganu Kita menggulingkan kerajaan Pas Terengganu. Silat lihat kembali keputusan pilihanraya 2004.

    ReplyDelete
  8. HOW TO MAKE SURE YOU ARE NOT BLOODY FOOL WHEN YOU ARE POWERFUL, the same to all and to you too, Zam

    ReplyDelete
  9. En Zam, dptkan maklumat tepat.
    Bil 1- program buka puasa = sy melihat spt tahun2 sblum sama jer.
    Bil2- Kat merbok sy kurang pencerahan.
    Bil3- bglah knyataan fakta, suruh rakyat dewasa waras (23juta) pi Tanya balai.. Dah mcm hassan malek or Ahmad maslan 3.85 lak ...
    Bil5- bentangknlah laporan Dan sumber rujukan.
    Bil6- kejatuhan ringgit..ni OK lab
    Bil7- berebut Dan ggal mendapatkn nilai dollar.. Hanya yg baru berjinak tidak faham Cara urus..
    Bil8- gst.. Ini sama sealiran fikiran rakyat dan dimana2 tempat Dan ceruk semua mengeluh kesal pentadbiran najib.
    Bil9- majaalah, utusan sambutan kurang.... Kerana KESAN pembaca yg memilih laporan lebih telus dan bernilai...
    Komentar tuan Zam beransur baik... Tapi olahan TAHAP GABAN penulisannya macam masih diUTUSAN MELAYU lama dulu-dulu.. Apalagi rakyat msia dah amat tahu Cara tuan Zam mencorak segala bentuk berita.... Tu yg ramai rakyat msia can susah nk terima bulat2... Tp kini tuan Zam sedikit berubah.. Mungkin kerana dah tua not... Tp oklah tu..

    ReplyDelete
  10. Sekurangnya masa krisis 97/98 dulu, PM Dr Mahathir yang amat saya sayangi itu terus terang apa yg berlaku, apa yg tidak baik dan beritahu satu negara apa yang dia mahu buat dan dia berjaya "jual" ideologinya dengan berjaya walaupun ada dihambat isu pemecatan timbalannya. PRU1999 Karpal Singh sama Lim Kit Siang pun kalah. Boleh Najib buat benda yg sama?

    ReplyDelete
  11. pm hanya interested menjaga dirinya sendiri sekarang. dia tidak ada masa untuk rakyat dan negara.

    rasanya dia tidak pernah kisah. malang kita beroleh pm yg hanya memikirkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  12. Jangan emo la Tuan Zam. Hati mau bersih ba..Jangan jadi perut hijau. ...Semua orang tak betui....tanya cermin..
    Mirror Mirror on the wall....who is the corrupt of them all....sure gambaq.....????

    ReplyDelete
  13. Dalam sesi parlimen dah dicadangkan jawatan menteri kewangan diberi pada orang lain. Dihujahkan kenapa. Xde respond dari semua mp. Sebelum ge13 lg najib mmg xreti handle ekonomi. Dia tak layak pegang menteri kewangan. Berlakon boleh handle. Xde sekor menteri kewangan berani ckp kt najib ks la jawatan menteri kewangan tu ke orang lain. TAK..najib ckp xde orang yg sesuai. Xtau nk ckp pe dah...najib tu tertutup hati hati hitam kering batu.

    ReplyDelete
  14. Mudah2an selepas ini pemberian BR1M dikaji semula, gunakan duit rakyat untuk mencipta peluang pekerjaan. Kaji juga had umur persaraan, beri peluang orang muda pula bekerja.. mereka yg dh umur lebih 55 tahun(kebanyakannya bukan semua) ni x mampu menyumbang apa2 lg dah melainkan memenuhkan ruang2 di warung2 dan kantin berjam2..

    ReplyDelete
  15. panglimo potaseh26 July 2015 at 12:24

    Gawat ekonomi ... Masa saya kecil seronok atuk-atuk saya cerita tentang gawat zaman Jepun. Duit cap pisang dan siang malam makan ubi. Seguni duit baru dapat buat satu tiang rumah katanya.

    Pada awal 1970 an saya lihat gelagat Pakcik-Pakcik saya yang bertani hadapi gawat ekonomi sebab harga getah jatuh sehingga 15 sen sekati. Nasib baik Ayah saya kerja guru, hujung bulan duit tetap datang.

    Sepuloh tahun lebih sikit kemudiannya, giliran saya pula menghadapi gawat. Gawat disebabkan kejatuhan harga komoditi. Saya melihat gawat masa itu sangat teruk sekali. Impaknya berangkaian dimana semua sektor ekonomi terkena, banyak perusahaan tutup, 90% rakan seijazah saya yang baru gred mengganggur ... tak ada kerja.

    Saya bernasib baik dapat kerja sebagai pengurus hartanah syarikat keluarga seorang Datuk. Datuk ni bekas pegawai kerajaan dan saya tak faham seorang yang makan gaji dengan gomen boleh jadi kaya raya dan punya berbidang-bidang
    tanah. Datuk seorang yang merendah diri masalahnya adalah pada anak-anaknya yang bongkak ... ini lah yang menganggu perjalanan kerja saya. Setelah 2 tahun kerja saya bertekad untuk cari syarikat lain. Masa itu saya ada dengar cerita mulut tentang "kemelesatan ekonomi" (internet belom ada). Tapi di media perdana semua cerita ekonomi macam OK je. Malah dalam laporannya Ku Li cakap ekonomi tahun 1985/86 positif. Berasaskan ini saya berhenti ... Datuk berat nak lepaskan aku. Lepas tu baru saya sedari perjalanan aku kearah gua yang gelap, ... realiti nya kemelesetan ekonomi sangat teruk masa itu, ia diibaratkan macam lepas perang. Rakyat disalahkan sebab tak bekerja???.

    Alhamdulilah Chedet menebus kegagalannya dengan membawa ekonomi negara ini dengan kadar kanaikan 10% setahun untuk sepulah tahun berikutnya. Chedet meramalkan jika keadaan ini berterusan maka pada 2020, kita setaraf macam Singapura atau Australia pada tahun 1990an.

    Pada penghujung 1990an kita gawat lagi, disebabkan spekulasi matawang Asia. Saya bernasin baik kerja dengan Hicom ... kerajaan telah bantu Hicom ... katanya simpanan negara sangat banyak sebab itu Chedet berjaya kurangkan impak gawat tersebut dan tak perlu bantuan IMF macam Korea. Pada saya gawat hujung 1990an ini tidaklah seteruk gawat awal 1980an dulu. Tapi persoalannya bagaimana Korea walaupun dibantu oleh IMF boleh berkali-kali lebih maju daripada Malaysia sekarang ini, Pak Zam???.

    Sekarang ini dah mula gawat balik ... peliknya Najib kata matlamat 2020 boleh dicapai tak de masalah ... Chedet kata dalam keadaan sekarang ini tak boleh capai.

    Pada saya Najib cuba berselindung daripada realiti dengan cara yang amat-amat tidak cerdik sekali. Najib melihat rakyat masih bodoh ... dan rakyat akan jadi betul-betul bodoh bila Najib mula main hulur-hulur duit. Ini yang saya risaukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nasib sahaja tuan.Saya rasa tuhan kita serta bumi bertuah.Selain kita terdapat berjuta pendatang asing yg menumpang mencari rezeki di bumi bertuah ini.Yang memberi adalah lebih baik dari yg menerima.Only trying to look things on the brighter side!

      Delete
  16. Datuk, no one can deny that a fool in power is a bloody mess for the powerless.

    Stupid quote of the day:
    "Don't crave for kailan when you still got kangkung."

    ReplyDelete
  17. datuk..jgn tulis mcm pembangkang...rakyat tak sebodoh pembangkang..wpun saya bukan ahli umno..tapi cuba berlaku adil dan realistik

    ReplyDelete