Saturday, 11 July 2015

GABENOR BANK NEGARA DR.ZETI WAJAR LETAK JAWATAN

KOMEN

Whatever, hebat lagi Auntie Rosie dari suaminya ya. Cepat je dia bertindak bagi ultimatum kepada Zeti. Suami dia biarkan tuduhan liar terhadapnya drag on berbulan-bulan. If so, it's confirmed she's more powerful than hubby. Anyways saya rasa kemasukan wang $2 juta ke akaun dia tu palsu. Takkanlah bank masih terima ic lama. I bukanlah fan aunty tu. Tak sukapun kat dia. But if it's wrong, it's wrong.
ReplyDelete

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor  bertindak dengan pantas menerusi peguamnya meminta Bank Negara menyiasat apabila akaunnya di Afffin Bank yang dikatakan menerima simpanan RM2 juta terdedah.Beliau mahu pembocoroan itu disiasat dalam masa 72 jam.

Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan  orang ramai terfikir  bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu.

Rosmah memang mempunyai akaun di bank itu sejak 1984 ketika beliau bekerja dengan Island & Peninsular Sdn Bhd, tetapi samaada benar atau tidak kemasukan simpanan RM2 juta itu dipersoalkan oleh orang ramai.

Hanya atas kewujudan akaun itu, awam juga  membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain  SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan.

Menerusi peguamnya ,Rosmah memberikan tempoh 72 jam  kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya yang kejadian ini melanggar Akta Perkhidmatan Bank 2013.

Saya  kurang ariff apakah isteri  seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerentahkan Bank Negara  untuk kes peribadi  disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?
.
Pada pandangan saya integriti dan reliability Gabenor Bank NegaraTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz  yang selama ini dihormati di dalam dan di antarabangsa  yang  ternama sebagai di antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia, sekarang berada dalam keadaan tercabar yang melibatkan keyakinan kepada Bank Negara dan juga pandangan dunia kepada Malaysia.

Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan kewangan negara yang di ketuai oleh Menteri Kewangan telah berjalan dengan cekap dan bijak.

Soal yang berbangkit sekarang kenaapa Pasukan Petugas Khas  yang menyiasat 1MDB  hanya mengakui mengetahui wujudnya akaun Rosmah itu  setelah pendedahan dibuat oleh Sarawak Report?. Jika alasannya  masih dalam siasatan maka kenaapa  tidak berpegang pada prinsip ini sehingga tamat penyiasatan?.

Sentimen saya kepada Dr. Zeti  sama seperti sentimen saya  kepada bapanya  Pak Ungku Aziz seorang ahli akademik terulong negara dan ibunyaKak Azah  (Allahyarhamah ) sebagai s budayawan negara tersuhur   yang mendorogkan saya menulis buku biograpi bergambar Tun Abdul Razak untukYayasan Tun Abdul Razak.

Zeti  tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi yang telah menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakan jawatan sebelum pergi lebih jauh  dalam mission impossible


26 comments:

  1. pernah dengar bafia? tak kiralah bini pm ke, doktor ke... bafia pernah dengar?
    isu terima duit dengan maklumat sulit bank adalah 2 benda yang lain.

    ReplyDelete
  2. Sungguh menyedihkan dan memalukan negara apabila orang kuat Bank Negara diheret dalam kes 'not only of the year but also of the best of moderate muslim country in the world' yang disebabkan oleh incompetent and insensitive leader. This has also affected all the ministers in Malaysian cabinet. A snap poll will be the answer to all these problems. Bye bye BN

    ReplyDelete
  3. Kalau semua takut nak ambil tindakan...apakata kita angkat najib sebagai TUHAN!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru serupa dengan PAS dan PKR,masing-masing ada Tuhan sendiri.

      Delete
    2. Guling-guling gelak.

      Delete
    3. Semua TUHAN parti orang Melayu ini bekerja untuk cina.

      Delete
    4. Perkataan yg betul ialah dewa..gods yg biasa di gunakan dlm bahasa inggeris itu bermaksud dewa bukan tuhan..

      Delete
  4. Sejauh mana kepentingan atau penterlibatan setiap individu Task Force perlu diambilkira kerana situasi akaun rosmah memberi kesan integriti zeti.

    Banyak lagi pendedahan kemungkinan dibuat dan dibimbangi akhirnya yang perlu berundur bukan setakat Najib tetapi seluruh tangkai atau rangkaiannya

    ReplyDelete
  5. Malaun mana pula tunjuk kebodohan sikit-sikit snap poll. Main suka-suka cakap. Jutaan rakyat Malaysia lain masih sokong Najib dan menolak mainan politik persepsi pembangkang yang dah musnah.

    Hangpa punya bunyi sama nada dengan Doktrin Komunis Regimen RBA. Tak dapat kerajaan cara undi, maka hasut rakyat dengan menyebar kegelisahan. Lepas guling kerajaan.

    Terang2 anom 09:47 menghasut cara komunis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong membawa rebah....pikiaq2 sikit la...

      Delete
  6. rosmah layak menghantar surat demand itu kerana dia rakyat malaysia menggunakan sistem bank di malaysia, sama seperti saya seorang pemandu teksi. cuma kalau saya hantar surat, mungkin pak guard je yg sambut. mungkin nama rosmah di mata BNM lebih layak dibaca si zeti dari saya, din teksi.

    ReplyDelete
  7. Matlamat ulong mereka adalah menyerang apa jua entiti melayu yang ada.Umno.Mara.Felda.Uitm.Islam/melayu.Pemimpin politik/pertubuhan melayu.Persediaan untuk PRU 14 dengan menghasut anak muda melayu membenci apa jua yang berentitikan melayu.Nampaknya mereka berjaya.Sekadar renongan apakah kesudahanya dgn Arab Spring?

    ReplyDelete
  8. Syabas Tan Sri,diatas keberanian Tan Sri menyatakan sesuatu yang benar,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah Jib Gor and his groupies are becoming malignant virus in the societal system of Malaysia.

      Delete
    2. What about those people yang suka buat business haram.Rumah pelacur.Rumah urut.Rumah judi.Rumah proses dadah.Ahlong.GRO.Yang suka suka hati naikkan harga barang.Who are these people actully?

      Delete
  9. Skandal Watergate tidak sebesar skandal ini pun menyebabkan presiden US dipaksa letak jawatan.

    Malaysia???

    ReplyDelete
  10. panglimo potaseh11 July 2015 at 15:00

    Dr Zeti sedang berada di penghujung kariernya. Sebelum ini perjalanan kerjaya nya sangat terpuji, sehingga mengangkat organisasinya di pesada dunia. Dr Zeti adalah seorang Gabenor, jawatan yang dianggap setaraf dengan Sultan.

    Apa dah jadi pada Dr Zeti sekarang?. Dimana hilang jiwa besarnya? Dr. Zeti bukan sahaja berada di penghujung karier, malah aku kira sedang memilih persimpangan untuk di titi.

    Kalau nak difikirkan kemelut yang melanda Dr. Zeti. Kemelut itu hanya datang daripada sosok tubuh yang tak punya apa-apa kuasa. Kuasa yang ada adalah daripada suaminya. Kalau pun berkuasa ia tidak boleh dilakukan dengan semberono.

    Mengapa perlakuan gelap mata dari pada kalangan berkuasa terus berterusan. Saya juga kelam dibuatnya ... segala bukti dah dipaparkan ... tetapi masih belum ada pengakuan.

    Kita hanya tanya, ada buat ke atau tidak, contohnya rakyat tanya nombor akaun bank itu nombar awakkah ... tapi jawapannya, saya sesen pun tak ambil duit ... kata nak saman, tetapi hanya setakat sebut sahaja.

    Semua pertanyaan ini dikatakan fitnah ... kebelakangan ini sibuk kemajlis keagamaan pula ... Hai mintak tolonglah, dahlah ugama aku ini dipandang sangat negatif dimata dunia ... kalau kita tak larat untk contohi Muhammad Nabi Besar kita dapat ikut cara Sultan Salahuddin pun jadilah.

    Ayuh Dr Zeti, tunjukkan sifat serikandi mu.

    ReplyDelete
  11. salah tu Tan Sri. setahu saya orang Bank Negara yg betul2 siasat dan nak benda ni di hentikan. bila agensi2 lain tak cooperate baru benda ni leak. kalau tak leak, sampai sekarang susah nak buat apa, sebab agensi2 ni semo report pada org yg kena tudoh.

    ReplyDelete
  12. Berapakah upah untuk pelakon handalan yang bernama Ali Tinju untuk dia buat kecoh bagi menggagalkan Nothing 2 Hide di PWTC tempoh hari?

    ReplyDelete
  13. Dr Zeti jd Gabenor zaman akhir2 Tun M, lama dah dia jd Gabenor. Umur pon dah lepas usia bersara wajib kakitangan awam. Saya kira Dr. Zeti tidak akan rugi apa2 kalau berani kerana benar. Hilang jawatanpun dia x rugi, diapon bukan org politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, negara ini amat memerlukan perwira dan perwiri yang berperibadi ulung untuk menyelamatkan impian dan nasib rakyat jelata.

      Delete
  14. Whatever, hebat lagi Auntie Rosie dari suaminya ya. Cepat je dia bertindak bagi ultimatum kepada Zeti. Suami dia biarkan tuduhan liar terhadapnya drag on berbulan-bulan. If so, it's confirmed she's more powerful than hubby. Anyways saya rasa kemasukan wang $2 juta ke akaun dia tu palsu. Takkanlah bank masih terima ic lama. I bukanlah fan aunty tu. Tak sukapun kat dia. But if it's wrong, it's wrong.

    ReplyDelete
  15. Actually Zeti in the situation of kaldai punya susu,himar dapat nama..

    ReplyDelete
  16. Thanks TS Zam kerana menggunakan komen saya sebagi intro. Tak berapa pandai tapi itu pandangan saya yang ikhlas. Saya memang peminat setia blog ni. Dan mengikuti semua tulisan Bapak sejak dulu lagi.

    ReplyDelete
  17. Bro zam sy puji ante Punya idea ..

    ReplyDelete