Sunday, 19 July 2015

CUBAAN CETUSKAN 13 MEI GAGAL KERANA KEJAYAAN DEB

NEP has little to show but this poor boy(Malaysiakini)

















Anak Muda Sharul Anwar Abdul Aziz yang tidak mengaku bersalah atas tuduhan mencuri telefon bimbit di Low Yat bersama dengan peguamnya.
Image result for Pic Khairy jamaluddin
Khairy Jamaluddin

Berasaskan kepada kenyataan Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar, seorang penulis di Malaysiakini membuat konklusi mudah bahawa Melayu yang menjadi pencuri talipon bimbit di Low Yat adalah mangsa kegagalan Dasar Ekonomi Baru(NEP)

Kiranya benar anggapan ini maka perbuatan jenayah  kecil itu tentunya telah mencetuskan suatu rusuhan kaum yang akan menjadi 13 Mei yang kedua.Kali ini bukan di kawasan eksklusif Melayu tetapi di kawasan Cina sendiri.

Hal ini tidak berlaku kerana orang Melayu juga memerlukan keselamatan dan ketenteraman untuk menjamin harta benda mereka dan pencarIan hidup  mereka berbanding dengan kemiskinan sebelum 13 Mei  1969.

Memahaminya dengan mudah situasi ini ialah sekarang ini di Kuala Lumpur, jika kereta Cina terbakar kereta Melayu juga akan turut terbakar, Jika rumah Cina terbakar rumah Melayu juga turut  terbakar.

Setelah lebih 40 tahun peristiwa  berdarah itu berlaku,orang Melayu sedikit sebanyak telah  mempunyai  perkongsian ekonomi  dalam pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur dan sekitarnya  kerana langkah-langkah perimbangan ekonomi yang dilakukan dengan drastik,dinamik dan berani di bawah perancangan bervisi Dasar Ekonomi Baru.

Ketika meletusnya peristiwa 13 Mei,pendudukan orang  Melayu hanya  tertumpu di kampong -kampong di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, hanya sejumlah kecil tinggal di Petaling Jaya. Mereka tinggal seperti rumah setinggan di Kg Baru dan Datuk Keramat.

Perancangan dinamik dan berani Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris  di bawah PKNS membolehkan orang Melayu  membuat pinjaman mudah dan membina rumah batu di Datuk Keramat dan Kampung Baru dan PKNS membina kawasan kediaman  teratur di Ampang Jaya, Datuk Keramat, Kg Congo dan lain-lain.

Tun Abdul Razak menggerakan penghijrahan ribuan orang Melayu secara teratur  dari luar bandar terutama Melayu miskin dari  Pantai Timur  ke Kuala Lumpur yang mengwujudkan beberapa buah lagi perkampongan Melayu sekitar Kuala Lumpur.

Pembanguan pelajaran menyaksikan sekarang ribuan pelajar Melayu berada di Universiti-Universiti sekitar  Kuala Lumpur disamping kediaman Melayu yang bertaraf tinggi di Shah Alam, Bangi,Putrajaya, Taman Tun Doctor Ismail dan lain-lain.

Sebagai seorang wartawan yang dapat merasai denyut nadi orang Melayu sejak lama sebelum 13 Mei dan berada di tengah-tengah letusan  kejadian itu, saya melihat ini sebagai trajidi  dari keliaran mulut mereka yang menghayati Malaysian Malaysia yang ditinggalkan oleh Lee Kuan 5 tahun sebelumnya.

Mereka mempersoalkan hak orang Melayu sedangkan pada masa itu  orang Melayu merasakan tidak mempunyai apa-apa hak kecuali Raja dan hak yang hanya tertulis diatas kertas Perlembagaan.

Mereka tidak memahami kenapa mereka  di halau balik kekampong sedangkan mereka  hanya  menumpang hidup dipinggir pinggir kota Kuala Lumpur milik orang lain.

Malaysian Malaysia membangkitkan semangat revolusi orang  Melayu yang mendorongkan kepimpinan Melayu  yang  waras dan bijak mengevolusikan sikap mereka dengan dasar perimbangan ekonomi  yang adil, bervisi,dinamik, praktik dan konkrtik  yang dijalankan dengan pantas, tegas dan bijak  untuk menjamin ketenteraman  masa depan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Walaupun tidak mencapai kejayaan sepenuhnya tetapi kegagalan untuk mencetuskan 13 Mei kedua di  Plaza Low Yat membuktikan  orang Melayu merasakan keadaan mereka  lebih selamat  sekarang dari sebelum peristiwa 13 Mei kerana sedikit sebanyak mereka telah mempunyai perkongsian dalam pembangunan ekonomi negara yang akan turut merugikan mereka jika berlaku kekacauan.

Bukan sahaja penduduk Melayu di Kuala Lumpur bertambah tetapi cerdik pandai Melayu meningkat dan ribuan anak -anak Melayu berada  di pusat -pusat pengajian tinggi berbanding dengan sebelum 13 Mei, hanya  seorang dua di Universiti Malaya dan  di Technical  College Jalan Gurney Kuala Lumpur. UTM dan UKM belum wujud.

Gagalnya Low Yat menjadi   tapak letusan 13 Mei kedua  dari hanya suatu kejadian jenayah kecil  adalah oleh kerana keyakinan diri yang meningkat oleh suasana persekitaran yang berubah yang  merasionalisasikan perasaan mereka dengan bukti jelas kejayaan beberapa  dasar  DEB terutama di bidang pelajaran.

Walaupun pencapaiannya masih kecil tetapi sekurang-kurangnya mereka merasakan bahawa mereka memerlukan keselamatan kerana mereka juga telah ada perkongsian hidup di Kuala Lumpur.

Perasaan mereka tidak lagi mudah  digugat oleh sentimen kebencian,hasutan, ancaman,kabar angin dan sebagainya sekalipun pemimpin politik yang degil dan dengki masih dirasuk hantu cauvanisme terus mercuni pemikiran mereka.

Racun ini lebih liar  disebarkan di bawah perlindungan kebebasan internet setelah ISA dihapuskan dan di bawah  kepimpinan negara yang kebaratan yang   lebih  liberal dari Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj,  yang bukan sahaja tidak menjiwai Mahathir tetapi tidak mewarisi semangat Bugis bapanya sendiri.

Orang Melayu dan kerajaan harus bersikap positif apabila orang Cina atau bukan Melayu tidak dapat melihat pencapaian bumiputra setakat ini  dan melihatnya sebagai kegagalan DEB.

Ini akan menjustifikasikan peruntukan yang  lebih besar dan tindakan  lebih dinamik  dan drastik jika diambil oleh kerajaan dengan  DEB  diberikan pengertian baru sebagai  Dasar Ekonomi Berontak yang akan memberikan semangat baru untuk mendorongkan perancangan dan tindakan yang lebih inovative.

Segelintir  orang Cina suka mengulangi rhetoric  mendiang Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura bahawa DEB tidak memberikan keadilan kepada orang Melayu sendiri.(Memang ada juga kebenarannya tetapi ribuan anak Melayu di pengajian tinggi dalam dan luar negara  bukan keadilankah?)

Benih kebencian dan hasad engki kepada  Melayu yang ditaburkan oleh LKY menerusi racun  Malaysian Malaysia berkembang sehingga mencetuskan Tsunami Cina  yang hanya berani disebutkan sekali sahaja oleh PM Najib kerana beliau cepat percaya kepada slogan I Love You dan 1M4U

Sayangnya Jambatan Bengkok yang diilhamkan oleh Mahathir  untuk mengingatkan rakyat Malaysia tentang  negara jiran yang telah cuba membengkokkan dasar Perlembagaan Negara  tidak jadi dibina.Najib tidak nampak patriotisme dan nasionalisme dalam Jambatan Bengkok ini.

Demi kesejahteran masa depan rakyat Malaysia ,DEB dengan istilah baru tidaklah seharusnya terlalu memfokuskan kepada  metrialisme, yang mempercayai kelahiran beberapa  jutawan Melayu akan mengembangkan taburan ekonomi yang lebih luas  di kalangan orang Melayu.(Taburan yang lebih jelas berlaku ialah isteri yang diceraikan mendapat lima enam juta ringgit)

Semangat metrialisme  telah menyebabkan orang Melayu  dari peringkat bawah hingga ke Istana berlumba-lumba  untuk menjadi  lebih kaya dari yang kaya yang semakin meluaskan jurang perbezaan ekonomi dalam masyarakat yang kaya,melahirkan orang Melayu yang merasa miskin kerana mahu lebih kaya. (Aku masih miskin kerana aku memakai Proton tetapi engkau memakai Jaguar walaupun telah mendapat asas kemudahan yang sama)

Perasaan tidak puas hati yang wujud sekarang ialah bukan kerana ketidakcukupan makan tetapi kerana melihat  model kehidupan pemimpin dan isteri pemimpin yang melampaui batas kehendak ketuhanan.

Bagaimanapun  dari segi positifnya semakin pesat perkembangan ekonomi metrialisme  akan lebih cepat menyuburkan penerimaan  perjuangan politik sosialisme  yang sihat di Malaysia untuk dianuti oleh  semua kaum   yang majoriti   berada dalam perasaan yang sama.

Pastinya sosialisme ini tidak boleh  berasaskan kepada komunisme, cauvanisme atau agama yang menjadi identiti hitam  DAP atau Pas.Sosialisme ini bukan berarti penghapusan Raja Raja Melayu.( Di beberapa  negara-negara Barat, Raja Raja masih di kekalkan supaya Presiden atau  Perdana Menteri tersekat hasrat untuk  menjadi Raja)

Sayangnya  saya tidak nampak pun sekarang ini seorang  Melayu yang  berkaliber besar  dan berkarisma megnatik seperti Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO  untuk diberikan tugas suci   perjuangan ini diatas  keyakinan bahawa masa depan UMNO sudah tidak ada lagi di bawah pimpinan konservative yang ada sekarang kecuali kebangkitan suatu revolusi dari dalam.

Dan untuk itu Khairy mestilah sanggup untuk mengorbankan kekayaannya yang dikumpulkan semasa bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri.

TWITTER
 
Wajarkah KPN mempunyai FB utk mesra rakyat sebaliknya menghilangkan protokol fear dan hormat awam. Tujuan baik tapi impak negatif. Stop pls


22 comments:

  1. kj? tan sri bergurau? lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kj bukanlah contoh seorang melayu yang boleh dibanggakan. bagaimana dengan tuduhan exco pemuda umno terlibat skandal mara di Australian. Adakah dia juga bersubahat? Akibatnya pelajar melayu cemerlang seramai 31 orang terkandas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di UK kerana Mara kehabisan wang. Sila jangan tipu melayu.

      Delete
    2. My niece yang baru habis A level pun tak dapat nak buat degree overseas pasal Mara tak ada peruntukan biasiswa. Convertable loan pun tak ada. Yang ada hanya study loan yang interest pinjamannya agak tinggi. My niece has no choice but to continue his study locally.
      Tak sangka keadaan kewangan negara begitu tenat. Anak yang belajar cemerlang tak boleh sambung belajar pergi oversea. Duit untuk tabur Brim ada pula. Banyak duit negara dihabiskan untuk beli sokongan ketua bahagian dan menggilap imej pemimpin daripada dibelanjakan untuk untuk kepentingan rakyat.

      Delete
    3. Doktor dah over supply.

      Delete
  2. The best yet. Low Yatt adalah pergaduhan antara kongsi gelap cina yang melindungi Low Yatt dan kongsi gelap melayu. Mengapa IGP tidak jelaskan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap macam special branch. Lebih gah dr polis. Jgn macam tin kosong!!

      Delete
    2. setujulah ZAM. Budak Melayu muda tu pun tak tahu apa itu geng kongsi gelap sebab dia hanya sekadar pencuri jalanan.

      Delete
  3. si kitol jadi pm? Apa kejayaan dia masa jadi ketua pemuda umno?

    ReplyDelete
  4. Saya setuju. Dulu memang saya anti KJ tapi setelah diperhati dan dihalusi, Kj mmg ada aura dan kuasa magnetik yg pemimpin umno sekarang zero nilainya. Kj perlu berbaik dan bersatu sama Mukhriz demi UMNO.

    ReplyDelete
  5. sy anti KJ kerana dia amal kan rasuah dan cuba mengambil alih tender dan projek org lain. utk membina "war chest" nyer. tapi ramai akan berprasangka baik kerana skrg dia dah pandai melayan rakyat melalui PA nya yg pro DAP. dan kengkawan dia spt aziz putra, khalid johor MB dan Norza, semuanya kaki sembahyang.

    ReplyDelete
  6. Jika Khairy tidak sanggup menjawab cabaran ZAM maka beliau tidak lebih dari seorang oportunis yang tidak sanggup berkorban dan tidak berabu mengambil risiko.sebaliknya lebih mementingkan kedudukan sekarang.

    Orang bagini tidak boleh diharapkan untuk menjadi no satu dalam negara ini.

    ReplyDelete
  7. Jambatan bengkok dan Pelabuhan Tanjong Pelepas. Ekonomi yang terlepas kerana 2 PM yg mengutamakan kepentingan Singapura dari negara sendiri.

    ReplyDelete
  8. Melayu mesti melestarikan Sistem Perekonomian Sendiri / Mandiri. Sistem menyokong rangkaian kepenggunaan tersendiri. Mulakan.

    KPN mesti lebih rasional. Jangan Melayu di sambal belacankan !

    ReplyDelete
  9. Khairy Jamaluddin mesti sanggup untuk jadi seperti pemimpin revolusi Cuba Che Guevara yang sanggup korbankan kesenangannya untuk memimpin rakyat.

    Marxisime tidak sesoai lagi tetapi semangatnya dan perasaannya pada rakyat tertindas masih relevan untuk dijadikan contoh bagi membangunkan kesatuan rakyat Malaysia dan membersihkan UMNO .

    Kesanggupan pengorbanan seperti ini akan membasuh dosa awak membuat kekayaan dan bukankah kekayaan itu dihimpunkan untuk perjuangan menjadi Perdana Menteri. Buktikanlah kejujuran kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat "Altruism" dalam seorang manusia tidak dapat dilahirkan secara minda sahaja. Semangat "perwira terkorban" itu adalah sesuatu fenomena yang terlahir dengan hati yang terkawal daripada nafsu ammarah. Dan kecerdikan akal nya mesti di kamilkan supaya menyatakan hikmah - bab ini bukan daripada helah politik atau hidangan "mee segera". Maafkan aku.

      Delete
  10. KJ as PM? Entahlah Tan Sri... macam tak boleh aje. Remember Tun M said about Dollah and Najib? Before jadi PM, bagus. Bersih. Mr Clean. Tapi lepas jadi PM... baru tunjuk their true self. KJ before jadi PM pun dah tunjuk perangai tak bagus - 4th floor, money politics, glamourous lifestyle. Itu belum jadi PM lagi tu... if jadi PM, tak tahulah betapa teruknya nanti. Lagi satu, KJ ni macam Anwar the 2nd. Sangat menakutkan.

    Saya lebih suka Mukhriz jadi PM. Dia lebih nampak down to earth than KJ. Tapi if ada pemimpin muda lain yg langsung takde kena mengena dengan previous PMs lagi bagus. We need PM yang rakyat friendly. Yang tak boros and tau manage the economy. Yang tak ada kaum keluarga yg tersangat opportunist and materialistic. So far tak nampak lagi bayang-bayangnya :(

    ReplyDelete
  11. Tan Sri ,

    Saya kira selain dari ciri seseorang calon bakal pm kepada negara ini seperti yang dinyatakan anon 10.56 ialah seseorang itu MESTI mendapat pendidikan rendah dan menengah menerusi sistem pendidikan negara ini , bukan negara luar .Di peringkat pengajian tinggi oklah dari luar. Ini supaya dirinya dan jiwanya diorientasikan berasaskan nilai dan norma masyarakat malaysia. Dengan itu barulah cara berfikir dan bertindak selari dengan kehendak rakyat serta keperluan pembangunan sosial, ekonomi dan sahsiah bangsa malaysia . Barulah hala tuju kepimpinan nya jelas . Rakyat pun turut mendapat nikmat pembangunan yang secukupnya . Negara juga turut dihormati dan disegani oleh pihak lain .

    ReplyDelete
  12. In the current political scenario, KJ can only move up if he has the support. But in Umno, is there support for someone who has calibre, brains and charisma but not a strong war chest ?

    ReplyDelete
  13. kj sewaktu dgn najib....masa ni najib dah timbunkan m'sia dgn utang yg mencanak naik dgn rakyat m'sia jadik pembayar..zaman kj terus jadik mcm Greece malah lebih terok kot...

    ReplyDelete
  14. Tan Sri,KJ ni kalau nak kata cerdek sangat tu rasanya terlalu jauh,tetapi kalau dari segi penampilan beliau memang menonjol dan beliau diminati oleh gulongan muda.Tetapi disini ingin saya bertanya kepada anda semua diluar sana ,apakah untuk memilih seorang pemimpin kepada negara yang amat kita sayangi dan berdaulat ini kita memilih pemimpin yang punya keterampilan bukan kebijaksanaan dan keikhlasan??.........fikir2 kanlah.

    ReplyDelete
  15. Wahhhh...seperti membaca Utusan zaman kegemilangan pak Zam dulu2. Dulu saya sanggup asingkan duit belanja utk baca tulisan semacam ini, ada roh!
    Azimi

    ReplyDelete
  16. Ada anak Melayu yang dapat tajaan MARA belajar sampai ke luar negara. Ada yang pulang mengabdikan diri kepada bangsanya. Namun ada juga yang telah lupa kepada siapa sepatutnya dia utamakan pengorbanan.

    Jika anak Malaysia lupa pada sejarah siapa yang perlu dipersalahkan. Bukankah seorang mantan PM itu terlalu gairah memajukan mata pelajaran mathematik, sains dan inggeris hingga pembinaan tamadun Melayu, jati diri, asal usul, menentang penjajah dan perjuangan kearah kemerdekaan itu sekadar cerita-cerita penglipurlara.

    Zam juga mesti ingat bagaimana dia cuba membangunkan Pekan Merbok dengan menyerapkan nilai-nilai sejarah serta suasana desa dengan program Kampung Bestari, Batik Merbok, aktiviti menyelusuri Sungai Merbok, Candi Lembah Bujang dan banyak lagi untuk dijadikan pakej perlancungan. Berapa kerat sahaja yang perihatin keatas usaha ini.

    Zam juga gagal mendapat balik Kelantan untuk BN. Siri Bulan Gerhana melalui slot-slot RTM tidak langsung menjejas kedudukan PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang. Yang kembang itu Zam sendiri. Waktu itu media sosial telah memainkan peranan yang hebat mengatasi media konservetif yang masih menjadi peganggan hidup Zam.

    Sebagai Menteri Penerangan yang mempunyai pengalaman yang hebat dalam sejarah politik Zam sebenarnya gagal melaksanakan tanggung jawab yang telah diberikan kepadanya.

    Dia hanya boleh menulis namun setelah diberi peluang untuk mempratikkan apa yang ditulisnya dia adalah seorang yang GAGAL. Orang yang gagal perlulah muhasabah dirinya sedalam-dalamnya baharulah tampil kehadapan membayar hutang kegagalannya dengan menyokong kepimpinan yang sedia ada kerana orang2 UMNO di Merbok pernah memberi sokongan itu kepadanya. Walaupun jauh di sudut hati mereka tahu Zam bukanlah seorang yang hebat.

    Kenapa ketika zaman Pak Lah Zam tidak pertikaikan pengaruh KJ. Zam tahukan pengaruh KJ boleh memindahkan Zam dari Parlimen Merbok ke Parlimen Sungai Petani. maka Zam kecundang di Sungai Petani.

    Bila kecundang Zam terus lupa kepada petugas-petugas, pembantu-pembantu dan penyokong setianya. Ada di antara mereka terus ditinggal begitu sahaja tanpa sepatah pun ucapan terima kasih. Dari kami SAYONARA Zainuddin Maidin.




    ReplyDelete