Monday, 13 July 2015

DR MAHATHIR: AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

 SAJAK TERKINI TUN DI BAWAH SEKALI

COMMON DENOMINATOR BETWEEN ANWAR IBRAHIM AND NAJIB :

- Denial, Never Admission of Guilt, one is already proven, the current one will probably fall on his own sword, they don't die but live to fight a prolonged and losing battle!

- When Anwar fell, a good proportion of the rakyat were with him (blindly or not), remember the REFORMASI-Basi!

- Same scenario, Najib drummed his bugis, and warrior blood bla, bla, bla and gets good backing from the MT and Cabinet (Kitchen that is) but, totally disregarding the rakyat will just invite a total wrath from the rakyat and UMNO will be sent into oblivion and chances of being reborn (or Regrouped in that sense) will just be like dust annoying the people within and without! Don`t be so sure you can withstand the onslaught from the rakyats.

To Bugis and his footlickers and bootlickers, you are defending a crumbling Fort, only matter of time that Total Collapse going to happened!
-TAN MELAKA


SAJAK TERKINI DARI TUN DR MAHATHIR

AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015











21 comments:

  1. Kalau Kita Biarkan Negara Dipimpin RAJA PETRA – Makin Jahanam Jadinya

    Julai 13, 2015 at 1:18 pm Tinggalkan komen
    Mudah dan senang sangat jadi RPK ini. Buat cerita fiction. Bagi orang percaya. Seorang blogger senior maklumkan, RPK baru sahaja dibekalkan dengan BAJET baru untuk terus bergiat dalam mempertahankan apa yang tak boleh dipertahan.
    Agenda RPK mudah sahaja:-
    ‘Discrediting special task force’.
    Katanya bekalan duit raya untuk RPK pun boleh tahan. RPK mana buat kerja free. Semua mesti ada bayaran dengan gandaan yang berkali ganda. Katanya pertemuan RPK dengan Maestro baru komunikasi PPM (Pejabat Perdana Menteri) berlaku secara mingguan. Setiap minggu akan diberikan bahan dan cadangan baru. RPK pun bebas memberikan pandangan, dengan bayaran lebih besar jika cadangan itu diterima.
    Nama para pegawai Bank Negara Malaysia disebutkan dalam posting RPK. Tiga nama, yang kebetulan berada di dalam second liner Pengurusan BNM dilanyak secara terus terang. Bukti? Tak perlu. Janji lanyak dahulu.
    Yang RPK tak tahu, buat sekian lama BNM banyak kali menanggung malu kerana menerima query banyak pihak mengenai 1MDB. Sebagai sebuah badan paling atas di dalam pengurusan kewangan, tak ada perkara yang terlepas daripada pandangan BNM.
    Kalau kita terlalu bangga kononnya Monetary Authority of Singapore (MAS) itu sebagai badan paling unggul, tak ada salahnya kalau kita pun memuji BNM dengan kadar dan alasan yang sama.
    Betul, blog ini juga ada menegur Ungku Sharifah Zeti. Tapi teguran agar Zeti menjadi lebih bertanggungjawab dan berani ambil tindakan. Bukan tuduhan Zeti adalah pengkhianat dan bocorkan rahsia. Itu kita tak pernah buat.
    Nampaknya, cerita bohong RPK ini juga diambil oleh beberapa orang blogger elitis. Kononnya menjaja cerita yang sama. Ada pegawai BNM yang bocorkan rahsia.
    Apakah bocor rahsia yang jadi isu; atau pemimpin songlap yang lebih menjadi isu besar? Nilaikan sendiri.
    Kita mesti benarkan panel buat siasatan secara menyeluruh. Bukannya ada usaha nak burukkan individu tertentu.
    Cerita pasal 4/5/6 Tan Sri yang kononnya nak jadi perosak ini adalah game plan RPK yang dibayar untuk membuat onar.
    Dan ianya bukan soal samada

    ReplyDelete
  2. SAJAK YANG IKHLAS..JUJUR..DAN AMANAH..TERBIT DARI INSAN YANG BERJIWA BESAR. JADINYA, AKU TERHARU..MARAH..SEDIH..DAN KECEWA BERADA DITENGGAH KANCAH NEGARAWAN YANG AGUNG DAN PEMIMPIN YANG EGO LAGI GAGAL.

    ReplyDelete
  3. Paul Stadler akan memukul canang berterusan selepas ini "Pengerusi PAC telah mengumumkan yang Laporan interim AG mengenai akaun 1MDB tidak menunjukkan sebarang 'irregularities' ".

    Dengan rumusan begitu, secara prinsipnya sessi PAC dan AG mengenai kes 1MDB boleh ditamatkan. Yang tunggu sekarang yalah kenyataan NFA dari Pasukan Petugas Khas.

    Habis cerita, Najib menang besar!!! TDM kalah teruk dan boleh terus berdendang sajak 'Aku akan pergi tak lama lagi'. Hehehehehe

    ReplyDelete
  4. Ingat tak berita NST Raja Petra memecahkan rahsia yang dituduh oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu menyekat Najib hadir di forum Nothing2Hide ialah
    Setiausaha Politik PM pad hal Malaysiakini tak sebutpun dan kemudian naib pemuda itu meletakan jawatan.

    Bukti jelas orang JPM ada link dengan Raja Petra. Dia alah orang upahan JPM tetapi ada kalanya dia terlajak seperti menuduh pegawai BNM terlibat yang dinapikan oleh BNM. Betapa profesionalnya orang-orang JPM. Buat malu Najib sahaja.

    ReplyDelete
  5. Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.

    ReplyDelete
  6. Bagi Najib dan penjilatnya lebih cepat Mahathir lebih baik bagi mereka tetapi tidak bagi rakyat jelata yang terlalu mengenang jasanya dari pertukaran waktu,clock ini,Malaysia boleh dan segala yang membanggakan bangsa dan negara.

    ReplyDelete

  7. MOHON MAAF TERPADAM:

    MAAF SAYA TERPADAM ENAM KOMEN YANG TELAH DITERIMA. ARAP YANG TERLIBAT MENGHANTAR SEMULA.

    ReplyDelete
  8. Pada anon 14:48...kamu ingat penyesiatan PAC dan oudit negara tu rakyat percaya ke?,semuanya membuang masa je...,main wayang...dan keputusan dah tahu ,Najib menang dan Mahathir tentunya kalah. Tetapi kamu kena ingat rakyat bukan sebodoh itu dan penentangan rakyat tidak akan berakhir di situ saja malah ianya akan berterusan sehingga kami mendapat kemenangan .Dan yang jelasnya perjuangan ikhlas YAB Tun tidak akan kami persiakan ...insyallah......

    ReplyDelete
  9. Sedih sangat baca poem Tun M ni. Pilu hati orang mcm Tengku Aziz bekas orang kuat DAPig diberi peluang dan ruang untuk mengutuk Tun dalam TV3 dan NST. Siapa Tun dan siapa Melayu celup tu? Ramai cicak keredik entah dtg dari lubang manapun dapat soundbites dalam TV3. Rakyat mana mereka wakili? TV gila ni dulu memuja Nuar peliwat. Sampai terpeleut lidah newscasters dia nak bercakap bahasa baku. Sekarang pula mencaci DrM. Tidak ke TS Zam dan Kadir Jasin berpengaruh menyuruh hentikan perbuatan meluat ni. Siap menyuruh taxi drivers condemn Proton. Malam kelmarin memuji Perodua sedangkan 30th anniversary Proton tak diendahkan. Jangan ceritalah tak hormati birthday Tun ke-90. No journalism ethics at all. Shameful. Tak salah nak sokong Najib tapi jangan sampai terlalu over yg menjengkilkan.
    Raja Petra pula ada kita kisah. Dulu bukan main lagi menjilat Nuar dan pembangkang. Sekarang dah tukar kiblat pulak. Padan muka Cina dan India yang mrndewaksn dia sangat. Nothing to him but an opportunist and mercenary blogger.

    ReplyDelete
  10. BNM, AG, PDRM..tiga tiga ni memang power. Apa nak tunggu lama lama siasatan ni. Track record semua ada..data data semua boleh trace..backtrack semua ada. Umum kan segera samada dari rekodrekod tu ada ataupun takda transaction. Selagi lama badan badan Power ni nak umumkan lagi itulah rakyat akan kata badan badan ni tak telus...cuba cover Mr PM. Ker nak tunggu lepas Raya..yerla kan bagilah member tu beraya dulu....yang PM pun satu,, kalau betul betul palsu semua tuduhan tu ..teruss kata semua benda tu tak ujud ...bukti takda, ini tidak...cuma main dengan kata kata jer yang banyak..lagilah rakyat tak percaya.

    ReplyDelete
  11. Sebelum Ayahanda Tun menutup mata buat selama-lamanya, marilah kita sebagai rakyat Malaysia tunaikan hajat beliau. Insya Allah. Tuhan sentiasa bersama kita.

    ReplyDelete
  12. Salam Tan Sri.

    Sdra dulu seorg Menteri kabinet..telah lama mnjadi ahli Umno...dan seorg yg cukup faham adat resam dan asam garam politik negara....lebih2 lagi sbgai seorg penulis veteran sdra tentu senang dan mudah memprolehi maklumat2 terkini tentang sesuatu isu2.

    Sama ada tepat atau palsu pun mudah sdra ketahui.

    Hakikatnya...dari komen2 sdra...pembaca dan pembahas memang maklum bahawa sdra juga resah... kecewa dan tertekan dan berkongsi sentimen ramai yg mahu PM Najib meletak jawatan Asap.

    Sdra faham sngat dgn cara kepimpinan Ketua atau Presiden Parti Umno ini sama ada....lemah...kuat...bahaya pd parti atau cuma memudaratkan bangsa Melayu..Ugama dan Negara sahaja.

    Kini...umum termasuk sdra tahu bahawa Najib bukanlah seorg Pemimpin yg cekap dan bijak... malah jauh dari itu dan kini telah pula terlibat dgn kes dan tuduhan Pecah Amanah.

    Tuduhan ini sudah dikira cukup berat dan dari apa yg kita lihat....dia masih tidak mahu mengaku dan tidak pula mahu menyaman media WSJ dan Sarawak Report dgn tuduhan2 salah laku dsb...tetapi sebaliknya masih mahu berpaut pada kuasa dan jawatan sbgai PM negara.

    Ini suatu yg diluar jangkaan semua dan segala apa tuduhan yg dilempar....dgn satu persatu dinafikan beliau.

    Dari lapuran audit akaun 1MDB...bank statement AmBank mengenai duit USD700m dari Petro Saudi...lapuran Singapore Monetary mengenai duit 1MDB USD1.3b di bank BSI dari Caymen Island dll yg melibatkan MOF.. BNM...Auditor semua kelihatan mahu disembunyikan pula.

    Perihal kekayaan luarbiasa anak tiri..kemewahan dia suami isteri seperti Maharaja dan penafian tentang keakraban dia dan Jho Low pun seperti tidak menjadi apa2 masalah lagi dan dia beranggapan rakyat boleh menerima semua ini dgn begitu sahaja agaknya barangkali?

    Bukankah ini akan mempercepatkan lagi kejatuhan Parti pd pilihanraya kelak? seperti kata Tun M..kerana Rakyat terutama org Melayu sudah bosan dan rasa ditipu oleh pemimpin seperti dia?

    Jika semua ini berlalu begitu sahaja tanpa apa2 tindakan terhadap dia..sy kira...sdra tentu setuju bahawasanya Malaysia bukankah suatu negara yg betul2 wujud didunia yg nyata... ianya cuma suatu khayalan sahaja.

    Ugama dipermainkan.
    Bangsa diperlekehkan.
    Salahlaku tidak pula dihukum.
    Yg berkuasa menyalah guna kuasa....dan yg dikuasai ditekan terus terusan..
    Duit juga adalah segala2nya.
    Pembohongan sudah menjadi perkara biasa dan disokong oleh penjilat2 dgn rakus kerana imbuhan belaka.

    Memang jika tiada apa2 pendakwaan atau hukuman terhadap dia....semua yg kita lalui adalah khayalan sahaja.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Alahai merayu rayu pulak tm ni. Kesian bangsa la apa la tapi masa diia dulu apa dia buat untuk orang melayu. Renungkan lah yang pernah hidup dizamannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya orang yang buta hati,buta perut,tat ada otak yang tak nampak jasa Tun Mahathir. Dunia pun kagum dengan Tun M maka apa kita nak heran jika jakun seekor ni tak tahu nak hargai

      Delete
    2. dah puas renung....hidup di zaman Tun memang best.
      gaji kecil tapi macam2 boleh beli
      tapi la ni gaji besar macam2 tak boleh beli

      Delete
    3. Nasir Tamara. Gurun Kedah18 July 2015 at 12:41

      Zaman Soeharto di Indonesia dikutuk oleh generasi yang tidak mengenal kemakmuran yang dibangunkannya, yang timbul hanya rasuahnya,kekayaan familynya tetapi setelah meninggal baru mereka sedar beras mahal,barang mahal dan jenayah bertambah,peangguran meningkat dan mereka kesal dan mahu kembali ke zaman lalu.
      Demikianlah manusia Indonesia yang sedang dicontohi oleh rakyat Malaysia yang tidak tahu bersukur.Mahathir masih ada,serahkanlah kembali kepadanya sementara kesempatan masih ada . Dua tahun cukup untuknya kembalikan keyakinan rakyat dan betulkan negara.

      Delete
  14. Datuk Zam,

    Contoh teladan Najib yang selfish, greedy and devious mahupun dengan sepakatan konco2nya sudah cukup jijik di mata rakyat. Apa, kumpulan buruk ini mahu memimpin generasi muda Malaysia - pendidikan rohani dan akal mereka?

    ReplyDelete
  15. Anon 8::23,
    Anak muda, saya lahir sebelum merdeka dan telah hidup dibawah pemerintahan semua Perdana Menteri.
    Kepada siapa anda nak menafikan sumbangan Tun untuk orang Melayu dan negara?
    Walaupun bukan ahli UMNO saya berbangga menjadi orang Melayu terutamanya semasa pemerintahan Tun.

    ReplyDelete
  16. There is great confusion among the "elite of the ill informed" that this is a fight between TDM and Najib. When you read the blogs favouring the least favoured, it is about TDM exacting revenge on Najib because certain things were not done.

    This is the crap dished out by the blongangs (blogger bangang) just to divert attention from the real issues that affect not just the Malays, but every single race in Malaysia. If you do not realise, then here are some names: KWSP, KWAP, PNB, TH. What do these organisations have in common ? $$$.

    Therefore beware that if you accidently dropped the sugar or left it there, the ants are not going to return them to you. Angkut jer and belah !

    ReplyDelete
  17. Bagi saya Najib secara semulajadinya bukanlah dilahirkan ke dunia untuk menjadi 'ahli politik'. Najib berada di tempat sekarang adalah kerana ber'bin'kan Tun Abdul Razak seorang pemimpin Melayu yang sangat disegani dan dihormati hingga diberi label Bapa Pembangunan Malaysia. Untuk dibandingkan dan diseterukan dengan seorang 'politikus genius' lagi 'ahli pemikir' seperti Negarawan Tun Dr Mahathir amatlah tidak adil untuk Najib. Diperkatakan kepakaran Najib adalah menabur wang untuk pengaruh serta sokongan. Tetapi dengan terdedahnya dakwaan salahlaku demi salahlaku dalam pengurusan wang negara maka tidaklah sepakar manapun Najib ini kecuali semakin terserlah pulak kepakarannya mengikut telunjuk 'penyangak wang haram' dalam bidang menjana pendapatan dengan meminjam dari bank bagi membeli secara murah kemudian dijual pulak secara mahal segala aset-aset negara kononnya untuk tabung wang negara. Memang betul wang yang dijana itu bukanlah untuk kegunaan sendiri seperti yang telah diakuinya tetapi wang yang dijana itu sebenarnya adalah untuk dibahagikan kepada keseluruhan keluarga besar 'barisan pemimpin UMNO/BN yang korup', kroni bukan dari kalangan pemimpin UMNO/BN yang korup dan juga untuk bagi meneruskan kelangsungan cara hidup mewah keluarga mereka dan keluarganya sendiri apabila wang yang dijana itu tidak langsung digunakan untuk membayar balik pinjaman kepada bank. Modus operandinya, pinjam untuk modal beli secara murah. Jual dengan jika ada untung dibahagi bahagikan. Kemudian pinjam lagi untuk bayar faedah pinjaman lama. Secara mudah.. korek lubang untuk tampal lubang. Lama-lama dimana mana pun akan kelihatan berlubang dan tidak rata...

    Tun Mahathir dah mendapat maklumat awal lalu secara baik dia pun meminta Najib dengan sukarela meletakkan jawatan PM dan Presiden UMNO sebelum terlambat dan sebelum negara Malaysia ditimpa bencana yang lebih besar akibat tindakan Najib ini. Selama 22 tahun dengan bersusah payah cuba dibangun dan dimajukan oleh Dr Mahathir tetapi dalam waktu hanya 6 tahun saja telah dimusnahkan oleh Najib. Tapi Najib enggan mendengar nasihat dan tetap mahu mengekalkan jawatannya dengan menuduh Dr Mahathir berkomplot mahu menjatuhkannya secara tidak demokratik. Kerana enggan maka terpaksalah Dr Mahathir menyuruh secara pulak kerana Dr Mahathir faham akan akibatnya nanti andaikata Najib sudah tidak berupaya lagi meneruskan segala 'putar belit' terhadap segala penyelewengan yang telahpun terdedah sedikit demi sedikit kepada umum andai nanti 4 orang Tan Sri yang berkuasa menyiasat tidak lagi memihak kepadanya maka Najib bakal menjadi pemegang rekod PM pertama Malaysia yang akan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan salahguna kuasa dan juga penyelewangan wang negara. Dr Mahathir bertambah sedih kerana mentornya Tun Abdul Razak seorang 'bangsawan negara' tetapi Najib pulak adalah seorang 'bangsatwan negara' akibat mendengar nasihat dari pihak yang salah yang mahu mempergunakan Najib untuk kekayaan peribadi...

    ReplyDelete
  18. https://youtu.be/-cn-WPdbfTQ

    ReplyDelete