Wednesday, 1 July 2015

BANK NEGARA PERLU SANGGAH KENYATAN 1MDB YANG TIMBULKAN KEADAAN PANIK.


BANK NEGARA PERLU SANGGAH.....
Dalam keadaan orang pantas percaya kepada pekara-pekara yang negatif, maka kenyataan 1MDB bahawa serangan berterusan Tun Mahathir terhadapnya telah menyebabkan kerosakan ekonomi, boleh menimbulkan keadaan panik di kalangan orang ramai.

Bank Negara sewajarnya mengeluarkan suatu kenyataan segera untuk menjelaskan kedudukan sebenar ekonomi negara  untuk mengawal kesan buruk dari kenyataan agensi kerajaan sendiri.

Jika kenyataan ini diharapkan oleh 1MDB akan menyebabkan orang mengalih tuduhan kepada Mantan Perdana Menteri  Tun Mahathir maka ini adalah perhetongan perang sarap yang tersesat.

Tun berada pada kredebeliti yang tinggi dan popularti Najib diperingkat yang  terendah sekalipun beliau telah berusaha untuk kelihatan berada setiap hari di Pasar Ramadhan dan menunjukan kemanusiaan  yang tinggi sehingga pada banduan Anwar Ibrahim.(Banduan bukan VIP tidak dapat layanan seperti ini. Jadi macam mana orang nak percaya penapian pihak penjara tiada layanan istemewa )

Di majlis more di surau-surau dan juga di kedai -kedai mamak selepas sembahyang terawih pekara utama yang dibincangkan orang ramai yang tidak bagitu memahami ekonomi ialah soal ekonomi dan yang terkini  ekonomi rosak kerana Tun Mahathir dan 1MDB.

Penyelesaian bagi mereka mudah sahaja. Jangan belanja wang,jimat cermat( minum teh tarik kedai mamak tak apa) yang tentunya akan membantut  hasrat kerajaan  untuk menggiatkan ekonomi  dengan menggalakan penggunaan termasuk wang pemberian BRIM.

Kenyataan 1MDB itu yang mengakui serangan Tun Mahathir terhadapnya telah membantut pengurusan perniagaannya  dan merosakan ekonomi negara  tambah meyakinkan rakyat kerana mereka berada dalam keadaan  yang meyakinkan mereka; kenaikan harga minyak,kesan GST yang masih belum terkawal,kenaikan harga ayam dan penangguhan pemilihan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Walaupun penangguhan itu telah berlaku berulang kali dan ada kewajarannya demi kepentingan parti tetapi pengumumannya dalam keadaan kedudukan Najib  tercabar dan terancam maka orang ramai mempunyai pandangan yang negatif.

Kenyataan 1MDB  menampakan kontradiksi dengan beberapa  kenyataan Bank Negara sebelum ini dan juga kenyataan Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara(MPN) Prof. Datuk Dr, Noor Azlan  Ghazali yang menapikan ekonomi negara merudum(Utusan Malaysia 1 Julai 2015).

Katanya ,tindakan sesetengah pihak yang mendakwa ekonomi negara berada dalam keadaan kritikal dan jatuh merudum adalah tidak beretika dan boleh mendatangkan kebimbangan kepada orang ramai.

Tidakkah kenyataan 1MDB yang berunsur politik itu  telah turut menyumbang kepada keadaan ini?

Jika dakwaan kerosakan ekonomi itu dibuat oleh  Tun Mahathir atau pembangkang tentu sukar untuk diterima tetapi apabila datang dari agensi penanaman modal kerajaan sendiri maka ia adalah pengesahan dan menyebabkan penerimaan negatif di kalangan rakyat.

Bank Negara tidak boleh membiarkan keadaan ini yang tentunya telah menjadi viral di seluruh negara hari ini.

19 comments:

  1. Itulah sebab orang kata Najib smart tetapi tidak cekap. Maka bila dah Perdana Menteri tunjukan simpati kepada bantuan ternama,maka susahlah pihak penjara nak buat kerja malah sekarang orang ramai percaya Anuar pada layanan istemewa sejak dia masuk penjara. Harap-harap bukan drama.Kalau nak bantu tak payahlah umumkan pada orang ramai untuk cari keuntungan politik. Ini tak boleh bantu 1MDB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dari segi 1MDB tidak mendatangkan faedah tetapi dari segi politik mungkin kemanusiaan Najib kepada Anwar Ibrahim akan melembutkan hati pemimpin-pemimpin PKR yang juga kebanyakannya berasal dari UMNO.

      Kerjasama antara UMNO dengan PKR akan lebih mudah dari kerjasama dengan Pas yang mempunyai pegangan ideologi yang kuat,sempit dan fanatik tetapi sekiranya bekas-bekas Pas menubuhkan parti baru maka mungkin Anwar boleh pujuk mereka untuk kerjasama dengan PKR dan UMNO.
      Anwarinas yang sekarang berada di luar Pas tidak berbeza fahaman dengan UMNO cuma mereka baru sedar. Apa yang mereka cakap adalah apa yang telah dicakapkan oleh UMNO sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Cuma mereka baru keluar dari kampong.

      Mak aitu say ananpoak kenyataan Najib untuk membantu Anuar dalam kesakitan( Jika bukan drama) adalah suatu langkah ppolitik yang baik.

      Delete
    2. Same tactic as the interview on Daim ? What happened after that ?

      Delete
  2. panglimo potaseh1 July 2015 at 10:07

    Sememangnya kegiatan 1 MDB dan lain perlakuan tidak bermoral seperti beli barang lebih mahal daripada pasaran, rasuah di berbagai peringkat dan perlantikan penjaga amanah, yang dipilih daripada kalangan mereka yang pernah didakwa pecah amanah seperti Isa Samad, Syahrizat dan Annuar Musa, yang akhirnya akan membawa petaka ekonomi dan sosial negara ini.

    Semua orang tahu buat jahat dibalas jahat, bukan sebab kritikan Chedet dan gengnya yang membuatkan negara ini merudum. Skandal perbuatan tak bermoral kalangan penjaga amanah hari ini bukan datangnya daripada satu elemen malah berbagai-bagai elemen bersamanya menghaibkan jumlah wang yang tak boleh dibayangkan banyaknya.

    1 MDB nampaknya dah mula takut pada bayang-bayang sendiri, tak reti berjoget katanya lantai tak rata. Bila Chedet tanya, lain yang di tanya lain yang dijawabnya. Bila Chedet tanya balik, marah pulak katanya tanya berulang-ulang ... jawapan dah diberi ... tapi jawapan yang diberi bukan jawapan untuk soalan yang di tanya Chedet. Maka Chedet pun tanyalah lagi ... dan mereka kata pertanyaan Chedet yang berulang-ulang ini buleh meruntohkan ekonomi negara.

    Sekarang ini pertanyaan yang sama kita bukan saja lontarkan pada 1 MDB, malah pada FGV, MARA, PPFI, SRCI dan senarai ini akan berterusan ......

    ReplyDelete
  3. tan sri,

    mereka boleh buat apa saja kenyataan. rakyat merasa susah kini. itu mereka x dpt halang. itulah reaksi paling jujur dr rakyat tanpa biased pada perkara lain ataupn mengkut parti mana2 sekalipn.

    kenyataan positive dr kerajaan tetapi kesusahan yg dirasai oleh rakyat. mana satu akan rakyat percaya.

    sekiranya undi pada pru yang mengundi hanyalah ahli umno barangkali umno masih selamat.

    tetapi kesemua rakyat msia akan mengundi kelak.

    sekiranya hanya parti umno yg dibakulsampahkan tidak mengapa.

    tp nasib rakyat hari demi hari kesusahan yg dirasai akan kekal berpanjangan dek kepincangan kerajaan.

    sekiranya pembangkang mampu memulihkan keadaan selepas ini saya mmg terpaksa mengakui BN di bwh najib sudah menjadi parti perikatan x berguna.

    walaupn secara realisticnya saya melihat tiada perubahan akan berlaku.

    x mengapalah tan sri, berapakah umur para menteri kabinet kita kini? rumah kata mari kubur kata mari. kebetulannya org2 jahat corrupt semuanya bernyawa panjang, seperti presiden2 us. tp eventually, setidak2nya, 3/4 hayat sudah pn berlalu....

    kita berharap di bln mulia ini barangkali mereka boleh berfikir seperti org beriman, kepercayaan pada hari akhirat.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah , harga petrol naik lagi , dlm bulan ramadhan pula tu, tak berapa hari lagi nak raya pula ,tak boleh kah tunggu lepas raya. Boleh kan , sebab kita ada kuasa . Lainlah rakyat tak ada apa kuasa pun. Janganlah tindas sangat rakyat , tak baik. Ingatlah Allah sama. Ingatlah kuasa mutlak di tangan Allah . Yang pada kita itu hanya pinjaman dari Allah jua.

    ReplyDelete
  5. How come the comments of one man could cause ripples to our country's economy ? It is either this person is more believable or the truth has indeed come out.

    ReplyDelete
  6. I refer to anon 14.48pm.

    Awak tau tak harga seliter minyak petrol di singapura SD2.20 = RM6.10.

    Minyak naik harga 20 sen awak marah. Tapi kebanyakan rakyat Malaysia hisap rokok bakar duit tak tentu pasal boleh pulak. Kan bodoh namanga tu.

    Ada pula sesetengah rakyat Malaysia tinggal rumah setinggan tapi pandu kereta harga ratusan ribu. Nak berlagak saja taunya.

    Semua Nak salahkan kerajaan. Kaki tangan kerajaan rasuah kerajaan salah. Kaki tangan kerajaan tak bayar hutang PTPTN kerajaan salah. 1MDB hutang berbilion2 kerajaan salah. Tony Phua dan pembangkang merosakkan Malaysia gak salah.

    Cuba belajar pandang keluar. Contoh Singapura ada TEMASEK HOLDING sebagai platform pelaburan pemerintah, mereka juga rugi berbilion2 dibawah pimpinan isteri perdana menterinya. Tak kecoh pun rakyat mereka.

    Ini tidak belum apa2 dah menuding jari. Biarkanlah auditor general dan PAC buat kerja dulu. Ini tidak yang fitnah dikatakan genuine. Yang genuine dikatakan kelentong.

    meluat saya tengok blog che det. Zam kata. Dan din turtle.

    tak ada klas. Saya bukan penyokong najib atau UMNO tapi saya benci dengan orang Melayu yang menghina bangsanya sendiri.

    SAYA SAYANG BANGSA SAYA ORANG MELAYU. WALAU PUN SAYA BUKAN WARGA NEGARA MALAYSIA.

    Dirgahayu bangsaku MELAYU BERAGAMA ISLAM.

    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan.
      Orang melayu kalau marah kat nyamuk habis kelambu dibakar.
      Kalau aku tak dapat jangan harap kau pon akan dapat.

      Delete
    2. Kerugian Temasik Holding diketahui sebabnya.Tetapi wang 1MDB kemana perginya?. Sebutkanlah dimana tertanam,bukan Mahathir nak tengok cashnya.

      Rakyat Singapura tidak bising kerana mereka bukan rakyat negara demokratik dan menteri mereka tidak tunjuk kemewahan melampau.

      Saya setuju tentang hipokrasi rakyat Malayia. Memang kita lebh makmur hidup dan mewah dari negara lain tetapi bila isteri Perdana Menteri pakai beg tangan harga beribu maka rakyat merasa diri mereka terlalu miskin.

      Isteri PM pakai jet kerajaan keliling dunia shopping tapi suami balik lawat banjir Kelantan dengan kapalterbang commercial. Macam mana orang tak marah.

      Delete
    3. Bukanlah kosong sembang,
      masa banjir Najib pulang seorang.
      Rosemah masing hilang
      masih atas kapal terbang.

      Bukan fitnah bukan temberang,
      satu dunia terkejut jet kerajaan hilang
      orang terkini tidak bangang
      hanya bahlol naik berang
      di mana muka rosemah masa banjir menggarang?.

      Kalau nak jawab baca dahulu
      jangan hanya hentam melulu
      nanti nampak macam lembu
      hanya buat malu.

      Ceritra beg RM500 ribu
      satu dunia tahu
      jadi sebab kalau pilihanraya lalu
      orang tahu dia kaki belanja
      yang karut pun orang percaya.

      Sekarang dia dikatakan no 2 cantik di Asia
      sebenarnya ratu fesyen tua nombor satu didunia.

      Delete
    4. ...meluat konon... tapi baca... piiraahhh ...lu selupa itu diva mulut longkang #menate

      Delete
  7. Anon 2241pm. Awak tuduh ada bukti. Jgn dengar ckp enggang makan buah belolok dengar ckp orang terjun masok lubok. Pakai akal sedara jgn fitnah melampau ikut gendang pembangkang DAJJAL CINA LAKNATULLAH. KESIAN BANGSAKU CKAP MCAM ORANG PANDAI TAPI BAGHAL MACAM KELDAI

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh2 July 2015 at 12:44

      Anon 2254.

      Kita Cina tak tau pun ini Melayu bolo macam keldai ... ha ha butot ka ... gua tak cakap aaa Melayu jugak yang cakap. Tapi kalau Melayu kencing Melayu sampai basah-kuyop, ini selupa binatang apa pulak ... Kalau Melayu, ditanya lain dijawab lain binatang apa pulak ... itu Melayu beli haltatanah lebih mahal juta-juta daripada halga sebenar mau panggil binatang apa pulak.

      Gua aaa, gua suka jadi bulong melak (merak) ooo ... jadi lipan pun buleh ... itu aluah Din Belamboi cakap lipan asal dari selipar butot ka ... Din Belamboi dia buat lawak dia takda kencing olang ... Al Fatihah untuk dia ... Soli aaa gua Cina tapi gua Islam (Ini panggil binatang apa pula???).

      Delete
    2. Oooh....oghang potaseh yo? Kat potaseh takdo lak se donga ado cino kat situ. Kok mualap (tu lah namo binatang eeh) kawen dongan anak daro/jando kampung tu tak tau lah se. Tapi mang boto, melayu kito jam ni dah takdo malu, takdo sogan buek kojo mencurik, menyamun, merompak. Samo lah cam zaman tok nenek kito dulu, masuk roban sendiri curik ayam mak eh....tapi memang kojo eh mencurik sobab bodoh takdo kojo lain. Ini masing-masing bergolar datok, tan sri, belajar tinggi, dibagi amanah habih dipocah heh! Hanco melayu macam ni tok panglimo oii!

      Delete
    3. panglimo potaseh3 July 2015 at 08:00

      Pak Zam

      Tu la deh waghih ... tapi den kesian nengok anak orang asli sekolah tahun ompek di Kelantan kono ikek dan dibelasah oleh tigo cikgu sobab curik duit salah sorang cikgu tosobut (the star). Ini angkaro kemiskinan ... budak asli tersebut mungkin takdo duit bolanjo kosokolah, hari-hari nolan air liur di kantin?.

      Pasal yang bergolar dan dah kayo rayo disuruh jago amanah ... dah maleh den nak coghito ... tapi salah kito jugak, kebanyakan yang jago amanah adalah dikalangan yang ponah pocah amanah ... Apo pun yang dah kono hukum dulu, adolah anak kocik orang asli tadi.

      Delete
    4. Saya turut sedih membaca cerita ini. Saya terfikir guru -guru ini mungkin dari kalangan parti politik yang taksub dan fanatik. Mereka tidak ada tolak ansur kecuali menghukum ikut fahaman Islam yang sempit. Jika Negeri tak boleh potong tangan,mereka akan dahului potong tangan.

      Patutnya guru-guru ini disiasat dengan serious dan tidak maaf bagi mereka. Ini keturunan yang dipengaruhi oleh tok guru ideologi sempit.

      Delete
  8. Tak tahu siapa cina, siapa Melayu tulen, tapi kalau cina sekalipun tapi jiwa raga dia macam muslim sejati seperti Pakcik Ridhuan Tee okeylah. Yang sibuk sangat nak pertahan Najib nak buat apa. Lebih afdhal sekiranya kita ramai2 minta dia cakap benar dan berdebat ngan Tun Mahathir, habis cerita, lagi pun mereka adalah manusia beradab keturunan pahlawan, bangsawan mesti penuh hikmah ketika berdebat nanti. INsya Allah.

    ReplyDelete
  9. Panglima Potaseh:
    Tulisan baik tetapi saya tak boleh siarkan kerana ada unsur menghasut,buanglah perkataan derhaka.

    ReplyDelete