Friday, 19 June 2015

WAYANG CINA DAP DAN DRAMA AGAMA PAS

twitter@zainudinmaidin: TV3 terus kutuk Mahathir di bulan puasa bagi pihak PM reaksi dri serangan Tun. Dua2 sama sahaja.Tun Nampak muka Najib sembunyi muka.

PKR BERPERANAN SEBAGAI PENGARAH


Oleh Amir Firdaus Khas              

Umno-BN belum mendapat manfaat dari perpecahan Pakatan. Umno hanya akan untung dari perpecahan ini sekiranya berlaku perubahan sikap pengundi parti-parti dalam Pakatan.

Pas, DAP dan PKR semestinya sudah merencana format kerjasama baru diatas keruntuhan yang sedang berlaku sekarang. Skrip nya barangkali berbunyi begini - Pas dan DAP masing-masing sangat membenci dan memusuhi pihak kerajaan. DAP meluatkan Pas dan Pas melihat DAP sebagai musuh Islam. Sikap permusuhan ini bakal meningkatkan 'appeal" DAP pada pengundi Cina dan electability Pas dikacamata orang ramai.

UMNO melihat krisis dalam Pakatan Rakyat sebagai keuntungan politik. Media UMNO atau BN  mengexploitasinya dan mereka mendapat ruangan yang lebih luas dan lebih kerap dalam national media.

Pemimpin-pemimpin DAP dan Pas akan diwawancara TV3 dan Utusan memandangkan approach politik mereka yang kini lebih baik dan lebih "berfaedah" bagi Umno. DAP dan Pas akan mendapat visibility baru bagi menentukan agenda pementasan politik negara.

Tiba PRU14 nanti PKR akan berperanan sebagai orang tengah mendamaikan DAP dan Pas melalui electoral pact ala Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990.

UMNO juga mungkin meninjau stratiji politik yang mungkin sekarang dianggap mustahil berlaku, senario lain masih boleh berlaku. Contohnya Umno-BN pula bekerjasama dengan DAP dan Pas dalam skop tertentu.

Di UK, Parti Conservatives dan Liberal Democrats bergabung dalam Kerajaan Campuran tapi masih bertekak di arena politik. Umno-BN tidak terkecuali dari meninjau strategi baru ini.
.
Bagaimanapun secara logiknya pengundi Pakatan akan menyokong Pakatan kerana bencikan Umno-BN. Mereka dididik sedemikian. Jika disuruh mengundi orang yang dibenci agaknya mereka mengamuk. Pengundi DAP tak sukakan Pas juga tapi tahap kebencian tak setinggi perasaan anti Umno-BN.

Makanya Umno-BN perlu melakukan perubahan besar-besaran mulai sekarang. Free up SPRM. Mungkin seorang tokoh Universiti yang sangat dihormati layak mengepalai SPRM. Ketua Satu SPRM tidak menerima arahan dari Kerajaan. Apa-apa yang hendak ditanya dan siasat panggil saja Ketua.SPRM ke Parlimen. Bagi mengelak suasana lynching dari  DAP dan Rafizi Ramli mengambil kesempatan meraih undi ,sesuai agaknya jika tidak ada kes-kes restrospective yang disiasat oleh SPRM.

Buka buku baru. Capai ketulusan baru. Siapa saja yang rasuah pasti kena. Proses ini bakal mengkekang cronyism dalam Umno. Pemimpin-pemimpin yang bergantung pada struktur yang elaborat dengan mempunyai wakil di setiap bahagian dan pelusuk kenalah merangka platform lain.

Paling bagus ialah dengan cara membicarakan idea polisi baru serta berdebat dikhalayak. Siapa yang disokong rakyat harus disokong oleh Umno. Kini terdapat mismatch. Pemimpin yang sangat popular dalam Umno kini tidak semestinya dilihat sebagai outstanding oleh rakyat.

Langkah penutupan political tap ini barangkali tidak digemari sesetengah operators dalam Umno. Mereka mungkin menyertai PKR. Silakan. Biar Azmin pening kepala. PKR ambil alih Umno liabilities.

Sekian sekadar pandangan

4 comments:

  1. panglimo potaseh20 June 2015 at 16:46

    DAP sememangnya sedang bermain wayang. Dulu namanya PAP, garap wayangnya nasib baik dapat di tapis oleh Tengku Derahman PM sulung kita. Beliau juga terkenal dengan lagak "happy" dan ada pengalaman berwayang dan terlibat dengan beberapa filem Melayu. Pada masa itu Malaya punya 52% penduduknya bukan Melayu. Bayangkanlah jika PAP tak dihalau ke Singapura?.

    Tapi ada juga orang kata jika LKW perintah negara ini, kita akan jadi sebijik macam Singapura ... bersih, tak rasuah, tak pecah amanah, keseksamaan, ... Kalau LKW PM, Raja dan Sultan aku tak tau apa jadi .... Mungkin Pak Sako jadi presiden pertama kot, lepas tu Pak Boestamam ... mungkin ... tapi ingat kebahagian itu tidak diukur dengan "wang ringgit", itu sebab negara yang paling "happy" didunia adalah Bhutan ... Tak percaya tanya "Rosmah dan Najib".

    PAS modal kecil ia hanya layak berdrama. Marketnya hanya merangkumi orang Melayu dan Orang Asli sahaja. Cerita orang Melayu tertumpu pada kesetiaan, ketakutan dan ketrampilan. Orang Melayu kena hormat dan setia secara "gila babi" dengan ustaz PAS sebab dia orang Ugama dan, boleh "online" dengan tuhan. Antara penyebab Melayu takut tak tentu arah pada agama hari ini adalah sebab drama PAS juga, sekarang ini plot drama PAS nak ditiru pula oleh UMNO.

    Tentang ketrampilan saya malas nak cerita anda lihatlah sendiri ketrampilan orang Melayu hari ini ... yang lelaki macam Abu Nawas yang perempuan macam perempuan Kristian dizaman pertengahan Eropah.

    PKR dan UMNO adalah sama sahaja "no money no talk". Berlakon nak tolong orang Melayu, tapi yang di tolong hanya pada orang Melayu dikalangan orang Melayu sahaja.

    ReplyDelete
  2. Betul cakap aku dah menyampah dengan tahap politik Malaysia. Themanya hendak jahanamkan Bangsa sendiri. Plotnya kutuk orang sana sini. Hina orang sana sini. Bunyinya macam bagus tapi sebenarnya MACAM SIAL.

    ReplyDelete
  3. Sama aje Umno n Pkr (bekas ahli umno) tapi dosa beso Pemimpin Umno mrk telah gadaikan Rezab Melayu kpd mata sepit.... belum lagi sejarah DAP PP rampas Rezab melayu.... kalau ade gila MEROYAN budak2 mamak yg jadi ahlu umno suku sakat Reezal Amerikan n the geng..... selagi umno tak amik balik rezab melayu yg mrk gadai kita kena tolak umno.......

    ReplyDelete
  4. Melayu jugak yg jahanamkan bangsa sendiri.. tengok aje kes terbaru MARA dgn pembelian apartmen di Australia..... lagi dosa beso pemimpin umno....

    ReplyDelete