Sunday, 14 June 2015

TV3 STESEN TELEVISYEN BERJIWA RAKYAT DAN WARTAWAN KAYU HULU KAPAK

Twitter @zainudinmaidin:
1- Tidak semestinya Muhyiddin ganti Najib.Apa salah Hishamuddin.Penggantian  urgent.Populariti Najib merudum, Bencian pada Rosemah dikait dg Najib. 
2-Late PM Tunku end his career though still popular,Perikatan leaders still supporting him but he respects Malays feeling. As compromise accept Hisham.

TV3 STESEN.......
Ruangan Cuit-Cuit  Zaini Hassan  Penulong  Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malayu yang juga Presiden Persatuan Alumni UITM( PAUiTM)   yang biasanya muncol di Utusan Malaysia setiap hari Rabu telah lenyap dan tidak mungkin akan muncul semula.Rencana Zaini terakhir  dikeluarkan ketika hampir dicetak yang amat menyinggong perasaannya sebagai Penulong KP.

Datuk Zaini baru sahaja dipileh semula sebagai Presiden PAUiTM yang mempunyai ahli lebih 600,000 orang di seluruh negara.

Semuga kolum Anekdot Ahad oleh Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussain yang diminati ramai kerana kritikal, keterbukaan dan intelektualitinya  tidak pula lenyap  dari  Mingguan Malaysia.
  
Sekalipun  ketika menjadi  Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu saya  menerima berbagai-bagai  tekanan  dari Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang diberi kuasa oleh Perdana Menteri mengawal media masa itu tetapi tidaklah sampai kepada peringkat ini- zam.

Bacalah " Alkisah kayu hulu kapak,nasihat Cikgu dan Proton"(Mingguan Malaysia 14 Jun 2015)
Oleh: Ku Seman Ku Hussain
kuseman kuhussain's profile photo
Pengarang Mingguan Malaysia

Saya memulakan catatan hari ini dengan ucapan syabas dan tahniah kepada
Proton kerana diberi "publisiti" besar-besaran selama tiga hari berturut-turut oleh TV3 baru-baru ini.

Bukan mudah untuk mendapat peluang "keemasan"begitu. Sebenarnya dengan rating TV3 tertinggi, "iklan percuma" pada waktu perdana yang diberikan itu terlalu tinggi nilainya.

Nasib baik TV3 memberikan secara percuma. Kita wajar menyanjung sikap pemurah yang ditunjukkan itu.

Kita juga wajar berbangga kerana stesen televisyen ini berjiwa rakyat dan mendengar "rintihan" pemilik-pemilik teksi yang mengadu kualiti kereta Proton terlalu rendah.

Pemilik teksi dikira bernasib baik kerana mempunyai TV3 yang mengutamakan keluhan mereka walaupun kereta Proton dijadikan teksi sudah hampir tiga dekad lalu.

Janganlah ditanya kenapa dan mengapa rintihan itu dilayan ketika ini. Elok
sangatlah media tempatan seperti TV3 memberikan "iklan percuma" kepada
khazanah negara seperti Proton ini.

Kalau hendak diharapkan media Barat seperti The New York Times atau The Washington Post, tidak adalah nampaknya. Lagi pun jangan percaya sangat dengan media Barat kerana mereka lebih cenderung untuk meruntuhkan daripada melestarikan yang sudah ada.

Proton bagi kita adalah sebatang pokok yang bertaraf balak. Mengambil masa berpuluh tahun untuk matang, tegap dan teguh menahan ribut dan taufan. Kalau dulu orang Melayu dihina oleh penjajah kerana tidak mampu membuat jarum,tetapi sejak tiga dekad lalu, kita sudah boleh membuat kereta. Proton dan beberapa lagi yang menjadi mercu tanda kecemerlangan dan legasi
bangsa adalah sebatang balak yang mengambil masa lama untuk berada seperti
yang kita lihat sekarang.

Bercakap tentang pokok balak, ingatan saya pantas melayang ke kampung
halaman ketika mula-mula menjadi wartawan di Utusan Melayu 30 tahun lalu.Di kampung ada seorang tua, guru pencen yang terus kekal dengan panggilan
hormat "Cikgu" dalam kalangan orang kampung. Cikgu pencen ini seorang
pembaca setia akhbar Utusan Melayu bertulisan Jawi.Dia sangat berbangga apabila saya bekerja di Utusan Melayu sebab dia kagum kepada tokoh wartawan, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).

Dia terkedu apabila saya memberitahu bekerja satu pejabat dengan Pak Sako. Dia kata, kalau Pak Sako menyertai UMNO, sudah lama Pak Sako menjadi menteri. Entahlah, saya tidak tahu cerita ini tetapi Pak Sako memang hebat, antara anak Melayu awal pernah jadi majistret zaman penjajah Inggeris.

Suatu hari apabila saya bercuti di kampung,Cikgu datang ke rumah dan berbual
panjang di tepi sawah tentang hal ehwal di Kuala Lumpur. Dia kelihatan ternganga apabila saya menceritakan tentang operasi di Jabatan Pengarang
Utusan Melayu yang bingit dengan bunyi mesin taip.

Cikgu banyak memberi nasihat kepada saya, antara yang saya tidak lupa ialah jangan sama sekali menjadi kayu hulu kapak.Ketika itu saya tidak faham sangat dengan kiasan-kiasan.Pening memikirkan kayu hulu kapak. Puas mencari maksud tersurat dan tersirat. Kata Cikgu, kayu hulu kapak itu dikiaskan kepada orang yang menjadi pengkhianat.

Cikgu menghuraikan, hulu kapak itu diperbuat daripada kayu yang asalnya sebatang balak. Kemudian dibuat hulu tempat memegang untuk digunakan bagi menebang pohon yang "sebangsa" dengannya.

Dalam lain perkataan,kiasan kayu hulu kapak ialah orang yang dipergunakan
oleh pihak lain untuk menumbangkan legasi atau khazanah milik bangsanya
sendiri. Ini adalah gambaran orang yang hilang maruah dan integriti kerana
sanggup menjadi alat untuk menghancurkan sesuatu yang menjadi milik bangsa.

Saya agak terkilan kerana ketika itu tidak mengambil endah sangat dengan
nasihat orang tua-tua. Pernah sekali itu Cikgu memberi amaran kepada saya,
katanya, “Aku tak mau dengar hang jadi wartawan kayu hulu kapak,
dipergunakan untuk meruntuhkan bangsa,”.

Saya terkedu. Sampai hati Cikgu kata saya "wartawan kayu hulu kapak". Tetapi
setelah lama bergelumang dalam dunia wartawan, melihat warna peribadi
pelbagai manusia termasuk yang menjadi sesumpah dan rama-rama, barulah saya sedar nasihat Cikgu sebenarnya sangat berharga.

Saya bertemu dengan banyak manusia seperti hulu kapak, mereka dipergunakan untuk menumbangkan pohon bangsanya sendiri kerana mengejar habuan dan
kedudukan. Mereka melakukan tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Oleh kerana Proton diumpamakan sebatang balak yang sudah mempunyai teras,
janganlah pula ada manusia yang berperangai seperti kayu hulu kapak yang
dipergunakan untuk menebang legasi kebanggaan bangsa itu.

Saya percaya tidak ada. Kalau ada, itu tandanya nilai integriti dan maruah mereka lebih rendah daripada sekeping roti yang basi.


32 comments:

  1. Sedih...Saya memakai jenama proton ...OK je..Dan Saya sayang Dan bangga dengannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa sedih? My father's original Proton Saga is about 25 years old today but remains as tough as a kereta kebal ... di Malaysia kite orang miskin pun mampu membawa kereta oi!

      Delete
  2. Tingkatkan kualiti proton agar setanding dgn Hyundai & Kia drp Korea..

    KUALITI..mnuntut Merit Integrity Transpareny Akautabliti yg trtingi skali..

    Jual dgn 'harga' brpatutan-terendah sprt Hyundai & Kia masuk pasaran Amarika

    Kenapa jual proton MAHAL dgn rkyat sndiri dinegara ini?

    Kenapa polisi MENINDAS rkyat masih terus dikekalkan lg?


    Bukankah "harga" proton yg tggi mencekik leher rkyat itu juga kini tlh mnjd KAYU hulu kapak terus2an memangsakan rkyat-BANGSA nya sendiri??

    Krn budaya KAYU hulu kapak(khianat) yg sengaja tidak diSEDARI itu, jualan serta pasaran proton kini terus2an layu dan mnjd smakin terus layu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok Din, Tongkang Yat.14 June 2015 at 17:04

      Adakah ini pun salah Mahathir?

      Delete
    2. ya kerana beliau syok sendiri. Bukan mengikut kehendak pembeli.

      Delete
    3. kalau begitu kita org msia jga perlu ada mentality negara maju. tahukah kamu negara kita pernah seiring dgn korea pada tahun 90an. kini kita ketinggalan dr segi teknologi 30 tahun kebelakang !

      jgn hanya salahkan kereta national. kita jga mainkan peranan. kecualilah kita semua mmg sudah pasrah sedia mengaku kita tidak mampu.

      perlindungan diberikan pada industri kereta kerana perlu. sekiranya kita ade kuasa teknologi seperti korea atau bermula awal seperti merce dan bmw maka boleh la kita berdiri sama tinggi.

      setiap negara jga akan melindungi assets sendiri sekiranya dlm bahaya.

      Delete
  3. Boss diTv3 tu kayu yg mungkin jenis lain kot... tak kan la tergamak....kayu datang dari pokok2 berlainan jenis dan nama

    ReplyDelete
  4. Tan Sri ,

    Bukan sahaja ruangan Cuit sudah tiada, pojok Awang Selamat pun sudah beberapa minggu tiada . Yang masih tinggal Selak dan Anekdot. Saya sangat meminati ruangan ruangan macam ni sejak sebelum Tan Sri menjadi KP lagi. Pada saya ruangan ruangan ini adalah tempat kutip ilmu idea. Saya juga terhutang budi dengan Utusan Malaysia kerana telah menyiarkan lebih 100 artikel saya sejak November 2001'hingga 2009 ( kalau tak silap ) Saya juga terhutang budi dengan Zin Mahmud yang ketika adalah pengarang utusan . Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi sebagai sistem pemerintahan ruangan seperti itu tidak wajar terganggu penyiarannya.

    ReplyDelete
  5. Sekurang2nya hulu kapak...yg salah yg buat kapak tu le.kalau kayu boleh cakap maka ia pun x sanggup jadi hulu kapak.need to revo and evo some perumpamaan yang agak mengelirukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma faham maksud yg ingin disampaikan sudah memadai..no need to revo & evo ..unless you're being ignoring & annoying

      Delete
  6. Asharaf: Awaklah yang dinilai lebih rendah dari sekeping roti basi oleh rencana ini.

    ReplyDelete
  7. salam, sedih bro beginilah nasib bangsa ku yang malang ooh tuhan,
    ada pm sibuk mengumpul harta siang dan malam ,anak bangsa sendiri dibiarkan bercakaran.
    Oh Tuhan berilah pertunjuk kepada manusia bernama najib razak supaya berundur demi keutuhan umat Muhamad di Bumi Bertuah Malaysia ini. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... amin...amin...

      Delete
  8. Proton dicaci, dihina, dimaki selama tiga malam berturut-turut di saluran televisyen utama negara dan disiarkan pada waktu perdana untuk sajian jutaan rakyat Malaysia.
    Produk yang menjadi ikon kebanggaan negara itu diperlekeh, ditertawa dan dipersenda semahu-mahunya tanpa sebarang belas kasihan. Sungguh keji perbuatan mereka. Tergamak mereka lakukan perbuatan terkutuk itu kepada produk keluaran negara. Maruah negara dicabul dan dinoda. Terasa sedih dan sayu apabila produk kebanggan diperlakukan sedemikian.
    Demi wang, pangkat dan kedudukan, mereka bertepuk tangan bersorak gembira apabila ikon yang menjadi kebanggaan negara sejak berdekad lamanya diaibkan sedemikian rupa di hadapan jutaan khalayak. Maruah negara telah dicabul dan dinoda. Dimanakah nilai jati diri nusa dan bangsa? Aku malu dengan perbuatan keji ini. Sanggup mereka mejadi pengkhianat kepada bangsa mereka sendiri.

    ReplyDelete
  9. Sungguh malang bangsa Melayu. Salah sendiri juga memilih ketua yang tidak bangga dengan ciptaan bangsa sendiri. Dia lebih bangga di panggil Ah Jib Gor. Di juga tidak mahu di panggil Melayu. Dia Bugis. Patut LKY kata tak ada Melayu; yang ada hanya Jawa, Minang, Bugis. Sepatutnya Ah Jib tak mahu lagi jadi ketua Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nak jadi ketua Cina.

      Delete
  10. Tan Sri...

    Sedih tgk bila proton diherdik mcm teruk sgt kualitinya...Saya pakai proton wira sejak 2002...Ok jer setakat ni....Tukar2 sparepart tu perkara biasa...semua kereta pun akan ada masalah yg sama...

    ReplyDelete
  11. Macam anak kita juga. Walau macam mana buruk dan hodoh sekalipun, janganlah kita sekali-kali menghina dan memburukkannya kepada orang ramai.

    ReplyDelete
  12. Salam Tan Sri,
    Saya pun perasan dah 3 minggu ruangan Awang Selamat sudah hilang. Begitu juga ruangan cuit. Setelah puluhan tahun dari sekolah rendah saya adalah pembaca setia Utusan Malaysia.
    Akan tetapi meluat dengan cara pemberitaan UM saya sudah berhenti membeli UM sejak bro bulan yg lepas cuma membeli UM hari rabu kerana ruangan Cuit Dt Zaini dan Mingguan Malaysia bg ruang Awang Selamat dan Ku Seman.
    Kita tengok berapa lama Ku Seman boleh bertahan.
    Bila mana rakyat ditekan intelektualitinya...disitulah bermula segala SPRING yg akan melantun samada ala Arab Spring atau sewaktu dgnnya. Ya ALLAH lindungilah tanah air ku.

    ReplyDelete
  13. Salam Tan Sri,
    Saya pun perasan dah 3 minggu ruangan Awang Selamat sudah hilang. Begitu juga ruangan cuit. Setelah puluhan tahun dari sekolah rendah saya adalah pembaca setia Utusan Malaysia.
    Akan tetapi meluat dengan cara pemberitaan UM saya sudah berhenti membeli UM sejak bro bulan yg lepas cuma membeli UM hari rabu kerana ruangan Cuit Dt Zaini dan Mingguan Malaysia bg ruang Awang Selamat dan Ku Seman.
    Kita tengok berapa lama Ku Seman boleh bertahan.
    Bila mana rakyat ditekan intelektualitinya...disitulah bermula segala SPRING yg akan melantun samada ala Arab Spring atau sewaktu dgnnya. Ya ALLAH lindungilah tanah air ku.

    ReplyDelete
  14. Mengapa marahkan Tun Mahathir proton menjadi mangsa . Proton bukan milik Tun Mahathir seorang juga bukan milik satu kaum tertentu sahaja tapi ia milik negara , milik semua rakyat . Hendaknya tak ada faktor lain selain faktor politik dan peribadi . Saya cukup bimbang tindakan menyerang proton ini ada tujuan yang tersurat dan tersirat . . Allah jua yang maha mengetahui, minta mintalah Allah tunjukkan perkara yang benar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun M jahat, PM kita baik tu lah orang hentam Tun M? harap Allah akan beri petunjuk niat jahat mereka?

      Delete
    2. Masaalah nya proton diterajui oleh Tun. Kereta dikeluarkan tidak menepati cita rasa rakyat. Kurang bermutu dan mencekik.

      Delete
    3. Anon 22.30 dan anon 23.40 kamu dua ekor rasa saya masih mimpi syok dengan pak ajib gor , sampai tak tau apa yang musibah yang sedang berlaku pada negara sekarang ini , kamu boleh kutuk la apa saja , tapi pemimpin pujaan kamu satu apa faedah pun masih tak nampak hasil yang dia dah buat yang nampak dok jadi barua kuasa barat ada lah tak ada nilai sayangkan bangsa dan negara tapi hanya menjadi bangsa yang hina termasuk kamu berdua.

      Delete
    4. think bigger la. xkan la proton baru berapa tahun nk diharap bertanding ngan keta dh 50 tahun atau lebih bertapak. eventually bila proton dh ok boleh la bertanding sama adil. setakat ni masih perlukan support dr rakyat.

      itulah beza kita dgn org2 negara maju. bila diminta support buatan negara byk bunyi. kalau org luar seperti german uk bkn main megah menyokong product sendiri. xde byk bunyi pn. kita ni nk bende hebat mcm negara maju tp mentality masih third world. itulah masalahnya.

      lagipn proton dh tunjuk byk improvement. suprima dan preve bagi saya cuma tinggal minor improvement, soft part kene improve, mungkin kene pecat bahagian QS. quality dh ade. beli nk beli ikut kemampuan. kamu xde rasa bangga kah sebagai org malaysia ? tahap patriotism org kita amat menyedihkan. sudahlah semakin liberal, negara sendiri pn x mahu support. kalau kita jahanamkan proton takat iswara adakah kita akan nampak preve dan suprima ?

      sekarang dh ade blueprint utk 4 wheel drive. adakah kita masih nk menjahanamkan kereta negara sebelum nampak hasil baru ? kalau x silap perodua pn lebih kurang je harga kalau x lebih mahal. mana bunyi org2 semua?

      engineering bkn perkara mudah, especially bila kita nk bina platform baru. byk know how added value RnD semuanya berkumpul sikit2. lain lah kalau kita ni rajin mcm org korea atau jepun. kamu mungkin mahu tgk2 mungkin ada sanak saudara abg2 kakak2 kamu kerja di proton. adakah sanggup keje lebih masa mcm org jepun. ahad pn bekerja.

      lagipn isu teksi ni apa? byk cantik complaint pasal kereta. servis mereka adalah tahap terburuk di dunia. bukan hanya sbb kereta tetapi sikap. dgn menipu cekik darah x pakai meter. wah sekarang ni mereka mangsa pula ? boleh percaya ka org mcm ni maintain kereta elok2? saya pakai elok saja.

      org proton di mana? kenapa kamu diam saja? kenapa biar tun m yg tangkis segala serangan? mana board directors. bende ni effects sales kot.

      Delete
    5. Pakai perodua lagi baik. Jimat dan bermutu. Pekerja proton ditarik hidung. Ramai dah berhenti.

      Delete
  15. Saya menggunakan Proton Iswara Aeroback 2004 selama 11 tahun tanpa sebarang masalah dan dijual pada awal tahun ini. Kos selenggara Proton Iswara saya tersebut, pada akhir-akhir ini hanya RM85 untuk tempoh 3-4 bulan. Proton Iswara ini lah yang membolehkan saya mencari nafkah membesarkan 6 orang anak saya. Celakalah mereka-mereka yang menafikan kereta nasional ini semata-mata takut kepada bayang-bayang kejahatan mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proton kena berubah ikut kehendal pelanggan.

      Delete
  16. Memang benarlah PM kita ni bukan Melayu. Tak mengaku melayu tapi mengaku sebagai pahlawan bugis.

    Membenarkan penasihat menggunakan TV3 untuk menghina Proton samalah seperti menghina Melayu. Memang benar Proton bukan milik Mahathir ataupun Melayu tetapi rata2 orang melayulah yang bekerja di sana. Orang melayu lah yang mengangkat martabat Proton.

    Saya harap dengan tragedi penghinaan bersiri demi kepentingan peribadi ini akan di balas dengan cara paling bertamadun iaitu memperbaiki kualiti jenama kebanggaan kita ini.

    ReplyDelete
  17. salam Tan Sri Zam semoga sihat walafiat

    saya baru sahaja tiba di kolej tempat saya belajar, sempat juga saya melihat berita di tv3 dan saya sedar sejak kebelakangan ini tun M sering menjadi hentaman di media massa disebabkan kelantangan tun m dalam mengkritik pentadbiran dato najib. tetapi disebabkan tidak puas hati segelintir pihak terhadap tun m. industri automatif negara kita iaitu proton telah digunakan sebagai alat untuk menyerang tun m. saya berfikir kalau tun m tidak mencetuskan idea untuk mencipta produk keluaran kereta jenama proton serta tidak berani untuk menubuhkan syarikat keluaran kereta negara malaysia sendiri sudah tentu sekarang negara malaysia tidak ada apa yang boleh dibanggakan. tapi ada segelintir pihak yang tidak senang dengan cara tun m lalu telah menggunakan jenama proton sebagai alat untuk memburukkan tun m. entah apa agaknya yang mereka fikir

    ReplyDelete
  18. Yang menarik untuk membaca Uts.Msia hanya rencana dan ulasan2 yg menarik oleh wartawanya.Selebihnya propa saja.Kalau itu pun ditiadakan apa lagi yg Uts.Msia ada.Berita yang haprak la kot yang tinggal lagi.

    ReplyDelete
  19. Grand Plan yang dirancang sekian lamanya oleh Bintang 3 kali ini amat berjaya dengan bantuan Pak Kadok.Negara harus dilumpuhkan secara ekonomi mahu pun spiritual,sebelum diambil alih sepenuhnya oleh musuh, yang sejak persaraan Tun
    dapat lolos lepas dengan laluan-laluan baharu.PAS dan PKR sangat sukses dalam perjuangan mereka untuk merosakkan kerajaan dengan membantu DAP.Penyokong kedua-dua parti ini mendapat balasan yang tidak mampu ditolak sama sekali,iaitu 'surga'.Kemudian datanglah Pahlawan Bugis untuk memperbaiki labu menerusi transformasinya.Pahlawan ini hendak mencipta sejarah baru negara.Pak Lah dalam masa singkat itu memulakan dasar 'delete' apa yang dibangunkan oleh Tun.Jadi,orang Bugis ini rasa dia tidak perlu memadam 'intro' sebuah lagu itu,kerana ia telah dilakukan oleh orang sebelumnya.Kini dasar pahlawan ini adalah menyerang pencapaian negara yang dibangunkan selama 22 tahun.Sekiranya berjaya memadam apa yang Tun usahakan,berapa tahunkah si Najib perlukan untuk pembangunan semula yang jauh lebih hebat???Seorang pahlawan bangsa tidak sekali-kali akan bertindak bagai seorang pengkhianat negara walaupun tidak bersetuju dengan pemimpin lain.Dia sering melaungkan transformasi dan inovasi,tapi orang seperti Ali Tinju menjadi pilihannya sebagai hulubalang.Bolehkah badut-badut ini meletakkan negara setaraf negara maju dengan inovasi yang luar biasa?Musuh penuh di dalam Parlimen dan juga sudah tembus ke dalam pejabat PM.Mereka menguasai perkhidmatan awam dan bilik-bilik berita.Kenaikan pangkat adalah dikalangan mereka,dan SPA sendiri dikuasai mereka.Akibatnya 70% penjawat awam adalah penyokong pakatan.Saya perasan ruangan Cuit sudah tidak ada agak sekian lama,dan saya sangat faham apa maknanya.Tinggal Ku Seman yang mungkin sedang meniti hari-hari terakhir.Bagi saya,mereka adalah pejuang negara sebenar.Tan Sri,saya harap sesuatu wajib dilakukan.Apakah nak biarkan sahaja kebodohan bermaharajalela dan musuh bergembira?Orang Cheruk Tok Kun busukkan negara sehingga batik kita pun dihinanya,dan kini datang orang Bugis mempunyai sifat dan nilai yang sama.Apakah mereka ini layak menjadi pemimpin bangsa Melayu???Saya yakin kalau di negara lain orang seperti ini sudah tinggal nama,dan stesen TV pun turut dibakar kerana khianat kepada negara.Apa yang saya nampak daripada masalah 1MDB ini adalah,pertahanan negara sudah tergugat.

    ReplyDelete