Tuesday, 9 June 2015

SIAPAKAH SEBENARNYA MAHATHIR KEPADA SAYA

Terkini: Suatu sumber memaklumkan  ada billik berita diarahkan jangan lagi liputi Menteri Luar Bandar Shafie Apdhal. Betul atau tidak Shafie lah yang akan tahu. Mungkin ini tidak benar tapi apapun terjadi dia mampu bayar iklan di Utusan -Zam

DUA PERDANA MENTERI KUBURKAN JAMBATAN MARUAH BANGSA
Saya  tidak pernah mendakwa Tun Dr.Mahathir sebagai kawan saya dan jika saya menafikannya orang tidak mahu percaya, malah dalam sengketa Mahathir- Najib sekarang, saya dilabelkan dalam blog roky's bru sebagai Leading Anti Najib Blogger yang akan terus menyerang hingga Najib tersungkur.

Anggapan ini sudah terlalu lama. Terpahat di hati saya hingga saat ini pertanyaan Allahyarham Presiden Pas, Ustaz Fadzil Noor yang juga merupakan rakan saya di Maktab Mahmud Alor Setar "Berapa banyakkah Mahathir dah bagi pada you."

Dalam buku terbaru "Mahathir Bukan Kawan Saya" yang sudah berada di pasaran, saya cuba memberikan gambaran ringkas untuk diadili samaada anggapan ini benar atau tidak.( Selain dari kedai-kedai buku yang disebut di bawah, boleh juga dibeli di Zam Newsroom Cafe Putrajaya)

Antara lain saya mencatitkan:

"Saya tidak pasti mengapakah saya terus dianggap sebagai orang Tun Dr.Mahathir walaupun hubungan ini telah melalui proses turun naiknya.

"Saya dipandang serong oleh ramai orang kerana mengkritik Dr. Mahathir kembali campur tangan dalam pemerintahan negara ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Beliau telah pun berjanji tidak lagi akan kembali ke dalam politik dan pentadbiran negara."

Selepas Pilihan Raya Umum 2008, saya menyatakan Dr. Mahathir sewajarnya turut menerima tanggungjawab di atas berlakunya tsunami, kerana berbagai kecaman dan kritikannya telah mengalih sokongan rakyat dari BN.

Dalam Star keluaran 2 Mac 2008 tersiar kenyataan saya "Mungkin beliau tidak sedar, bahawa kredebilitinya sebagai bekas pemimpin masih kuat dan pengaruhnnya di kalangan akar umbi Melayu dan bukan Melayu sangat besar."

Saya juga mengkritik keenganan Dr. Mahathir untuk mengadakan pertemuan damai dengan Abdullah Ahmad Badawi menjelang Hari Raya Aidilfitri Oktober 2006. Usaha saya untuk mendapatkan orang tengah bagi mendamaikan kembali Dr. Mahahtir dengan Abdullah gagal, apabila akhbar The Star  mendedahkan orang tengah ini, walaupun Ketua Pengarangnya, Datuk Wong Chong Wai menjanjikan kepada saya yang memberitahunya sebagai kawan rapat untuk tidak mendedahkannya.

Rupa-rupanya beliau mempunyai hubungan rapat dengan orang di NST yang tidak senang dengan usaha untuk damaikan Mahathir - Abdullah.

NST yang dikuasai oleh Kalimullah bersepakatan dengan Khairy Jamaluddin dan geng tingkat 4 menentang usaha ini, kerana bimbang kedudukan mereka akan tersungkur bersama dengan kejatuhan Abdullah.

Saya tidak sahaja menegur Dr. Mahathir di belakang tentang ketidakwajaran baginya untuk kembali mencampuri urusan negara, tetapi juga dihadapannya sendiri dalam pertemuan empat mata di rumahnya untuk mendapatkan persetujuan tentang orang tengah pada 30 Jun 2006.

Dalam pertemuan ini Dr. Mahathir memberitahu saya, Abdullah telah memungkiri janji beberapa perjanjian mulut untuk meneruskan beberapa projek mega termasuk "Jambatan Bengkok"

Bagaimanapun saya mulai melihat kembali kebenarannya yang semakin terserlah apabila projek tertentu yang dibatalkan, dijalankan semula memakan kos yang lebih besar dan ada projek yang kos asalnnya hanya berjuta ringgit telah meningkat berbilion ringgit untuk dilaksanakan dan terpaksa ditangguhkan.

Sebuah Jambatan Monorail di Putrajaya terbengkalai hingga sekarang menjadi pandangan yang menjolok mata.

Sebuah lukisan Jambatan Bengkok tergantung di suatu sudut di Geleria Perdana Langkawi di Pulau Langkawi untuk menjadi nisan kenangan pahit dan pedih terkuburnya harapan tinggi Tun Dr. Mahathir untuk membangunkan maruah kemuliaan dan keberanian bangsa dan negara di pintu sebuah negara kecil yang sombong yang meanggap dirinya lebih kuat dan lebih besar.

Rakyat akan mengenangkan dua Perdana Menteri; Abdulllah Badawi dan Najib Tun Abdul Razak bertanggungunjawab menguburkan jambatan maruah bangsa ini.

Untuk cerita sepenuhnya dapatkanlah buku saya yang kini telah pun berada di pasaran  Mahathir Bukan Kawan Saya. Ia boleh dibeli di kedai kedai buku MPH termasuk di Alamanda Putrajaya, di kedai buku Mehraj berhampiran Tesco Ampang dan di Pustaka Rawang di sebelah 7 Eleven Presint 8 Putrajaya.

Lebih mudah ialah membelinya di  Zam Newsroom Cafe di Ayer @ 8, Presint 8 Putrajaya atau di kedai Gemlike bersebelahan dengannya. Saya bersedia memberikan autograph jika kebetulan berada di cafe saya.

Di Kelantan anda boleh mendapatkannya di Kedai Buku Syarikat Muda Osman KB,

Tempahan juga boleh dibuat melalui cek atas nama BYG Publishers & Distributors atau bank in terus ke akaun CIMB 86000178880 dan slip bayarannya berserta alamat difakskan 03-90570130 atau email byg publisher@gmail.com atau di WhatApp ke 012-2073338. Telefon Penerbit 03-0545286/03 -90591918 dan juga boleh menghubungi pengurus penerbitannya, Rosle Azmi 019-2622844.

14 comments:

  1. Mungkin Tun Mahathir seorang yang terlalu visionary,berjiwa besar dan mahu melihat Malaysia dan juga melayu dilihat gah dimata dunia sehinggakan orang2 yang berfikiran biasa susah nak memahami beliau dan akhirnya berselilih faham

    ReplyDelete
  2. Pi lah mamak...nak cari publisti murahan...you had your time in government, what have you done....NOTHING !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ang ni betui2 RACIST!!!!!!! org nak menyatukan bangsa ang lg nak pecahbelahkan...apa yg ang xpuashati sangat??? mai datang jumpa depan2 aku cabaq ang klu berani ucap lafaz ayat ang ni kt depan muka!!! ada teluq ka xdak? ka ang dah bagi anjing makan teluq ang?

      Delete
    2. Nordin Ahmad KL9 June 2015 at 17:06

      zam,buat apalah hang siarkan tulisan macam ini.Tentunya dari orang hasad dengki dengan hang.bakul sampahkan sahaja,siranannya menajiskan blog hang

      Delete
  3. Setuju anon 15:13

    Lebih penting mereka telah menanamkan cita-cita peribadi mengatasi citi-cita parti, bangsa dan negara. Semuanya gara-gara mereka sangkakan rakyat boleh diperbodohkan.

    Ramai orang yang sokong Tun Dr Mahathir bukan atas si9fat sebagai sahabat, malah ada yang tidak pernah berjabat tangan atau bersemuka pun, malah pandang dari jauh pun belum pernah.

    Semuanya kerana difikirkan apa yang Tun cakap ada kebenarannya kerana dia sudah melaluinya 22 tahun.

    Hormatnya sebagai seorang tua dan jangan derhaka selagi dia tidak menyuruh ke jalan yang salah.

    ReplyDelete
  4. Nukilan yang bernas Tan Sri ,

    Tidak dapat dinafikan tindakan dan keputusan yang dibuat olih Tun M pada masa beliau dulu amat berpatutan dan bersuaian pada masa itu . Tindakan beliau yang tegas lagi berwawasan menempatkan beliau sebagai saorang pemimpin yang dihormati dan dikagumi .

    Walaubagaimanapun zaman sudah berubah dengan drastik . Kemunculan internet telah merubah segalanya . Semua informasi sekarang dihujung jari . Kemunculan RBA telah membuka mata orang2 melayu bahawa mendiamkan diri itu bukan option lagi .
    Maka ramai yang jadi bloggers dan sesemut .
    Malangnya , ramai pulak yang mengigit tangan yang telah menyuap mereka .
    Bukannya nak lawan Ultrakiasu DAPig tu . Menyedihkan !!

    Lebih sedih dipergunakan olih Ultrakiasu DAPig melalui ' Trojan horse ' mereka saperti 'moderate WCW ' dan ' Termerloh rejek S ' .

    Ya , orang kampong amat hormati Tun M sebagai saorang bapa dan juga sebagai ssorang pemimpin yang dikagumi . Sudah sampai masa kita menyediakan lapisan pemimpin baru sebagai penganti beliau . DSN sudah kita lantik dan amanahkan sebagai pemimpin melalui adat dan tradisi kita . Sekiranya beliau tidak menunaikan tanggung jawab yang diamanahkan tu maka elok dan molek dibawa kehadapan adat dan tradisi kita .

    Cara2 melatah dan RBA itu tidak membawa kebaikan kepada kita semua .

    Tan Sri Zam ... paling cantik kalau tajuk buku itu menjadi Tun M .. ketua saya . Nampak positif .

    PN

    ReplyDelete
  5. Buku ini perlu ADA di rak-rak perpustakaan awam, perpustakaan sekolah, perpustakaan pusat pengajian tinggi awam/swasta dan pusat-pusat penyelidikan di seluruh negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zainudin Maidin10 June 2015 at 06:38

      Terima Kasih atas ingatan yang baik tetapi harus saya ingatkan bahawa tajuk buku ini ialah satu bab dari 42 Bab mengenai pengalaman saya di dunia kewartawanan yang sesoai untuk bacaan ringan.

      Utusan Publication & Distributors sedang mencetak semula buku " Mahathir Di Sebalik Tabir " fokus kepada Mahathir dalam serbaserbi kehidupan dan perjuangannya. Buku ini telah menjadi best seller dan naskah Melayunya telah habis di pasaran.

      Delete
  6. fikran tun melangkaui zamannya..budak yang bersekolah menengah pun sokong apa yang tun M katakan..lawatan kerja pm tidak lebih dari menonjolkan brim hingga merendahkan taraf kehidupan rakyat. golongan remaja hingga dewasa mampu menilai yang mana satu kaca berbanding permata.. bukan sekadar 1mdb, orang melayu telah bayak kehilangan maruah bangsa di zaman pak lah dan najib. ada baiknya kepimpinan melayu di negara ini ditukar ganti sebab pemimpin negara wajib mengutamakan kedaulatan negaranya di mata dunia dan najib tidak memiliki itu semua.

    ReplyDelete
  7. jika siapa melihat khairy dan rosmah sesuatu yang berbeza,ia merupakan kebodohan yang paling nyata!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolih dinyatakan dgn lebih berhemah .?

      Delete
  8. SyabasTan Sri,walau pun di asak dengan berbagai komen yang jahat tetapi semangat kental dan keikhlasan hati Tan Sri untuk menyatakan yang benar tidak pernah berubah.

    ReplyDelete
  9. Salam Tan Sri,.........dari bilik berita.........ARAHAN: .....jangan buat liputan untuk Shafie Apdal.

    ReplyDelete
  10. Harga berapa pak? Guna pos ada autograf? Hihi
    Mahathir disebalik tabir dalam tangan saya tiada sain pak

    ReplyDelete