Tuesday, 16 June 2015

SANDIWARA BATALKAN JUALAN TANAH 1MDB TABUNG HAJI DI PARLIMEN


BERSATU DALAM SYAHDU PUASA 
Dalam kecamukan perasaan, mulai esuk kita  disatukan dalam damai kesyahduan  berpuasa kerana Allah. Ku kenang kampung halaman  dan kawan-kawanku  yang ada dan tiada  dalam rindu sayu. 
 SELAMAT MENYERTAI RAMADHAN

SANDIWARA.....

Gesaan ditimbulkan dalam Dewan Rakyat supaya dibatalkan cadangan penjualan Tanah Tabung Haji yang dibeli dari 1MDB seluas 0.63 kepada sebuah syarikat hartawan  besar Indonesia kerana sekarang terfikir akan mendatangkan keuntungan yang besar di masa depan.

Ini adalah suatu pementasan kesepakatan sandiwara politik di Parlimen  yang jelas kepada rakyat  untuk membetulkan keputusan penjualan itu yang  dibuat dalam keadaan panik untuk menyelamatkan kehilangan kepercayaan penabung  kepada Tabung Haji dan juga menyelamatkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang dianggap berada di belakang  pembelian itu.

Dalam keadaan panik keuntungan masa depan telah tenggelam.

Maka itu langkah untuk memulihkan keyakinan penabung dibuat dengan penjualan kepada hartawan  yang  dikatakan terkaya dari Indonesia yang muncol tiba-tiba dalam keadaan Tabung Haji terdesak.Semuanya berlaku dengan kelamkabut sekali.

Maka apakah jika  cadangan penjualan itu yang digembar- gemburkan dengan publisiti besar-besaran dibatalkan tidak melibatkan imej negara dan tidak akan menghakiskan keyakinan pelabur asing terutama dari Indonesia sendiri ?

Adakah anggota -anggota Parlimen yang disepakatkan  utuk mementaskan sandiwara di Parlimen itu memikirkan akibat ini semata-mata kerana hendak menunjukan Tabung Haji telah membuat suatu urusan perniagaan yang betul dengan IMDB yang sedang menghadapi krisis keyakinan negara sekarang? atau demi untuk memulihkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengikut nilai pemikiran Menteri Agama.

Apakah dengan desakan ini tidak menjejaskan  Imej  Pengerusi Tabung Haji yang juga anggota Parlimen dan juga Lembaga Tabung Haji yang membuat keputusan penjualan itu?. Siapakah yang melantik pengerusi ini jika terdapat ketidak kebijaksanaan dalam keputusan Lembaga Tabung Haji  yang melibatkan keyakinan penabung?  Atau ini langkah untuk membersihkan semula imej Lembaga dan pengerusinya   supaya beliau terus kekal sebagai Pengerusi Tabung Haji?

Pekara utama yang harus difikirkan dan diutamakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom Agama yang dikatakan bagitu emosi dan terharu dengan  sokongan untuk membatalkan penjualan  itu   ialah: Emosi keugamaan dan ke Islaman Penabung- Penabung Tabung Haji . Mereka tidak mahu Tabung Haji terlibat dengan sebarang kecemaran 1MDB  yang melibatkan kecemaran tabungan mereka. Mereka mahu kesucian sepenuhnya wang mereka.

Ingatlah dalam keadaan panik dengan prasangka buruk terhadap 1MDB mereka mahu  mengeluarkan  tabungan mereka dari Tabung Haji. Adakah Tabung Haji mahu kembali kepada keadaan ini dengan mengekalkan tanah TRX yang dibeli dari  1MDB.

Adakah Jamil Khir memikirkan dengan langkah pembatalan penjualan itu keyakinan penabung Tabung  kepada 1MDB telah dipulihkan seperti mudahnya Najib mengembalikan keyakinan NGO dan ketua-ketua UMNO baru-baru ini?

Sesungguhnya amat menarik sekali untuk menunjukan betapa naturalnya pementasan sandiwara kesepakatan di Dewan Rakyat  ini dengan menjadikan Datuk Liang Teck Meng(BN- Simpang Renggam) sebagai pelakon utama. Siapakah pengarahnya?.

Sayang  seorang Menteri Ugama Jamil Khir pun memikirkan rakyat masih bodoh.

18 comments:

  1. Ada seorang sheikh berpesan: "Kebalkan lah jenteramu dengan kejujuran dan kebenaran, supaya Iblis tidak dapat mempekasakanmu."

    ReplyDelete
  2. malunya ada pemimpin islam yg boleh dianggap munafik..minta diberi amanah tp tidak beramanah...janji mungkir pulak tuu...

    ReplyDelete
  3. "Sayang seorang Menteri Ugama Jamil Khir pun memikirkan rakyat masih bodoh."

    Not surprising at all Tan Sri. Dalam Quran pun ada cakap pasal golongan "pembesar-pembesar agama" ni. Nah this is the prove that Quran itu benar!

    To me very easy, I will only believe people yg cakap pasal agama when they don't ask money from you. Ni baru sincere punya dakwah. Yang mintak duit tu (in the guise of donation or jual buku or jual kismis or berjawatan makan gaji) semua pun tak boleh dipercayai.

    Moga dijauhkan Allah yang kita ni dikalangan orang-orang yang tak tahu (dan tak mahu) berfikir..

    *BN Voter In PRU13*Will Refrain From Voting In PRU14 If Najib Still PM*

    ReplyDelete
  4. Salam tan sri zam,
    Bagi puak yang diangkat ostad ni mereka rasa kata kata mereka orang biasaakan ikut... kononnya tinggi ilmu mereka... jadi mereka akan muka tak malu sokong sandiwara ini... apatah lagi jika dah termakan budi..
    Pelik di malaysia ni, pencuri duit tabung masjid di penjara, tapi bila menteri agama islam salah guna kuasa guna duit zakat apa pun takda... maksum agaknya...

    ReplyDelete
  5. Saya dan beberapa orang kawan yang menabung wang di Tabung Haji ingin dapat penjelasan apakah benar Tabung Haji belum jual tanah yang dibeli dari 1MDB kepada hartawan Indonesia atau pun sudah dijual mahu dibeli balik.

    Dalam keaadaan apa pun kami adalah samasekali tidak menghalalkan wang kami dikaitkan dengan IMDB yang kehalalannya diragukan.

    Adalah penting bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berkaitan dengan agama memberitahu hal sebenar bagi kami membuat kuputusan samaada untuk menarik balik atau tidak wang kami dari tabung ini dan boleh kami simpan dalam ASB.

    ReplyDelete
  6. panglimo potaseh16 June 2015 at 16:54

    Pak Zam.

    Semasa Pak Zam dengan Utusan dulu, saya sering dan kagum dengan tulisan Pak Zam (juga Astora Jabat) tentang kekalutan dan fikiran sempit keugamaan masa itu seperti PAS dan Arqam.

    PAS masa itu tak sama dengan PAS sekarang, jari telunjuk mereka sentiasa bersedia untuk tunjuk siapa yang kafir dikalangan sesama Islam. Arqam pula sangat taksub dengan ketua mereka (yang kuat sex) dan boleh "direct" (masa tu tak ada "on line" lagi) dengan Rasullullah.

    PM masa tu adalah Dr. Mahathir (Chedet) dan sangat pintar menghadapi masalah PAS dan Arqam (Ironinya PAS dan Arqam tak geng). Kemudiannya PAS menjadi semakin lembut dan rasional apabila geng seperti Mat Sabu dan seangkatan dengannya mengambil tempat. Arqam diharamkan pada 1995.

    Sejak kebelakangan ini saya lihat aliran keugamaan (Islam) kita dah lain macam. Ajaran-ajaran Islam semakin meluas malahan silibus disekolah semakin bertambah, sekolah ugama dan tahfiz semakin banyak dan bercambah. Kaum hawa sudah ramai berjaya diselimutkan termasuk artis dan kalangan ahli politik. Tapi yang nyata arah tujunya masih belum jelas. Dalam keadaan keugamaan di Malaysia ini semakin tebal, malangnya Malaysia telah disenaraikan "top-ten" negara yang paling rasuah.

    Saya kuwatir acuan keugamaan yang lain macam ini, ada kiatannya dengan gerakan Tablik di India semasa Kaum India berjuang untuk kemerdekaan dahulu. Pada masa itu pejuang Tablik Islam dan Hindu di India bersatu menentang British untuk menuntut kemerdekaan.

    British atas dasar pecah dan perintah telah menghampiri ulama Tablik dengan cara membantu mereka untuk berdakwah. Ulama-ulama ini telah dibantu dan menjadi mewah, akhirnya menjadi segan dan malu untuk melawan British malahan menjadi rakan baik pula.

    Akibatnya gerakan Tablik ini mula mengabaikan konsep perjuangan mereka iaitu, jihad kenegaraan dan menentang kepimpinan yang jahat dan maksiat.

    Tablik hanya menekankan dan tegas pada konsep dakwah dan ibadah, masjid dan fardhu ain, Mereka hanya bercakap tentang iman dan amal. Mereka tidak langsung menyentuh pemimpin, kepimpinan dan kenegaraan.

    Berbalik pada negara ini, contohnya kita kebelakangan ini bila masuk bulan-bulan tertentu, ustas-ustas kita (dgn berpandukan beberapa hadis yang belum pasti sahihnya) sibuk memberi pesan betapa besarnya berkat bulan itu dengan pahala yang berbukit dan bergunung untuk sesuatu amalan sehingga boleh menutupi dosa dan kejahatan lampau.

    Wah senang cari pahala padanlah orang sekarang ini sewenang-wenagnya buat dosa seperti rasuah , pecah amanah, guna duit tabung (contohnya Tabung Haji)) untuk penuh poket sendiri. Lepas tu pergi umrah "settle".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua arqam yang kuat sex...hahaha

      Delete
  7. Pandangan saudara adalah pandangan saya. Kita menuju ke Araban bukan ke Islaman. Tidak ada lagi pemimpin Islam yang berani dan dinamik. Orang Melayu lemah budayanya terutama dalam melihat ugama sebagai jalan mudah ke surga.

    Anak-anak membuang masa bertahun di kelas hafiz dan tidak dapat menyumbang kepada negara kecuali kejumudan berfkir dalam menghadapi dan menganalis cabaran dunia yang berbagai,tidak ada keupayaan menganalisis sesuatu dengan rasional kecuali dengan wahyu.

    Kebimbangan saudara adalah kebimbangan saya. Telahan saya dalam Awang Selamat 15- 20 tahun lalu tepat berlaku.Saya buntu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pandangan pak zam

      Delete
    2. Pemimpin di Malaysia lebih memperkayakan diri sendiri.... Lihat sendiri cara hidup mewah mereka, walaupun berjawaran menteri atau bekas menteri atau pegawai kerajaan tapi kemewahah yang ditunjukkan bagai jutawan dunia.....jawablah sendiri di alam kubur nanti....insya Allah

      Delete
  8. Zam adalah masih yg dulu. Skeptikal terhadap agama.

    ReplyDelete
  9. Yes I am. Parti Islam patut di haramkan di Malaysia kerana telah terbukti membawa pembunuhan sesama Islam di mana Islam dijadikan politik.Kebanyakan pemimpin Islam tidak mempunyai analytical mind. Hanya ikut perasaan dan wahyu.Saya tidak berubah pandangan kerana apa yang kita lihat bertahun lalu telah menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  10. Acuan dan resepi org2 spt Zam utk mengurus tadbir Malaysia ini pun tak membawa Malaysia ke mana2. Masalah sosial, jenayah, pecah amanah makin berleluasa. Biarlah pelajar tahfiz bertahun2 menghafaz Quran. Dari mereka dibiarkan jadi merempit, sosial dan maksiat. Hanya 5% Hafiz al Quran di Malaysia yang terjebak dengan salahlaku serius. Tapi orang2 berfikiran spt Zam rasanya 95% terjebak dengan pelbagai permasalahan, longgar pegangan agama, korupsi, pecah amanah, sosial dll.

    ReplyDelete
  11. Mungkin sumbangan Zam sebagai wartawan sukar untuk dilihat tetapi merkea yang berfikiran terbuka, berkelayakan yang kebanyakannya dari pendidikan Barat memberikan sumbangan yang besar kepada negara dalam memberikan maruah kepada orang Islam di negara ini walaupun mereka mengamalkan cara hidup kebaratan.
    Pembangunan Pusat Islam,menubuhkan Tabung Haji, IKIM, PERKIM pertandingan Quran yang mulanya tidak boleh disertai oleh Qariah kerana suara aurat mengikut fatwa Tok Guru Nik Aziz tetapi telah menjadikan negara Malaysia terkenal dan dihormati di kalangan negara Islam.
    Pemerentahan Hafiz meninggalkan negeri Kelantan yang miskin dan tidak bermaruah,rakyatnya mencari makan di luar Kelantan,menjadi fantik,jumud dan tidak boleh berfikir secara uiversal. Bukan semua mereka jahat dan bukan semua hafiz baik. Itu persepsi yang tidak rasional
    Orang-orang agama tidak boleh perentah negeri,mereka tidak tahu mentadbir dan hanya lebih tahu menghukum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr.Haziq....
      mungkin apa yg.adr.kata tuh ade betulnya, tapi ade juga yg. x betul nya. Barangkalinya pemahaman politik di M'sia sdr.kurang...,

      Sdr.memperlekeh pemerentahan K'tan, nanti marah pula mereka...,
      Suka sy.tanya sdr..., sebagai contoh;
      Kelantan nih bukan komponan M'sia ke...?? Klu negeri2 lain di M'sia boleh mendapat gran bantuan tahunan dari kerajaan pusat, berbagai agensi mendapat pinjam mudah dan, dan...., dari kerajaan Persekutuan tapi Kelantan mengemis mcm pendatang asing dekat Chowket. Tengok saja royalti minyak, gas, kejap kata royalti, kejap tukar wang ihsan. Mcm2 lagi kerajaan buat dkt. rakyat Kelantan. Abih mcmna Kelantan nak bernafas.
      Tau kah sdr.perkara2 ini...??
      Bercakap siang, tengok2. Bercakap malam, dengar2 kata orang bru molek....!! Maaf sdr.

      Delete
  12. Draman Ampang Jaya.19 June 2015 at 22:38

    Hafiz tak ada kelayakan,tak ada SPM tak boleh ke uiversiti,akhirnya tak ada kerja.marah kerajaan dan akhirnya jadi IS.

    Di Malasyua ad ajenayah,rompak dan sebagainya tetapi tidaklah seburuk di negara Islam seperti Pakistan berbunuhan sesama Islam kerana menanggap hafiz lebih baik dari yang bukan Hafiz.

    Masalah dunia tidak mungkin akan dapat dijawab oleh Hafiz.

    ReplyDelete
  13. Ya betul. Tapi pemimpin dedah aurat, tak reti baca Quran, kaki betina, kaki botol, kaki judi dan fikiran sekular lebih teruk dari Hafiz Quran. JAKIM ada menyediakan diploma dan sijil utk Hafiz Quran. Dan majoriti pelajar Hafiz Quran pun sekarang dah ambil SPM dan melanjutkan pelajaran ke Univ. Tidak seperti dulu. Rekod IS Malaysia yang ditangkap majoritinya ahli perniagaan dan penganggur. Tiada Hafiz Quran. Kalau tuduh mereka IS, itu satu fitnah.

    ReplyDelete
  14. Menghafaz Quran adalah suruhan Nabi. Tidak ada satu alasan untuk kita menyanggahnya. Walau anda sekular atau liberal atau skeptikal bagaimana pun, anda tidak boleh menyanggahnya. Kalau anda benci lebai2 Pas dan Tahfiz2 Pas, kena pula menyerang Hafiz Quran?

    ReplyDelete