Monday, 15 June 2015

ORANG JOHOR JANGAN TERLALU EMOSI PUNCANYA MB DAN PM

Orang Johor jangan terlalu emosi dalam menyokong Tengku Mahkota. Memang benar kata Menteri Pelancongan, Istana tidak boleh campurtangan politik tetapi selepas era Tun Mahathir yang mempekuatkan Pindaan Perlembaan untuk mempeteguhkan Raja Berperlembagaan kelonggaran kepada pematuhannya telah berlaku di Johor sendiri kerana ketidak tegasan MB dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib sehingga ternampak campurtangan di raja dalam urusan pemerintah.

Kita menanggung akibatnya sekarang.Kata-kata Nazri adalah mengangisi nasi yang sedang menjadi bubur. Akuilah puncanya  dari kelemahan kepimpinan pusat , dari kesilapan penghapusan ISA hingga kepada penodaan kuasa rakyat yang terjamin dalam Perlembagaan.Sedih sekali- 
ZAM

DEMO BANTAH NAZRI DAN SOKONG TENGKU MAHKOTA

Ramai orang dari NGO dan juga secara persaorangan berkumpul di hadapan perkarangan Istana Bukit Serene Johor  petang ini 16 June 2015 untuk menujukan sokongan kepada Tengku Mahkota dan membantah sikap Nazri Aziz tidak hormarti baginda.(pic- Malaysiakini)







18 comments:

  1. KU DIN KU SEMAN LANGKAWI15 June 2015 at 18:55

    PADAN MUKA,BARU KENA BUKU DENGAN RUAS.SANGKANYA DIA BOLEH JADI SAMSENG BERKELAYAKAN BAGI PIHAK PERDANA MENTERI BUAT SELAMANYA TETAPI SEKARANG NAK MASUK JOHOR PUN DAH GEMENTAR.

    ReplyDelete
  2. Agak2 TV3 suku kuar tak berita ni.....?

    ReplyDelete
  3. Tan Sri betul dalam mengingatkan Najib jangan ambil sampah dan samseng untuk jadi porpagandis yang akan mengakibatkan Datuk akan tertimbun oleh sampah.

    Wartawan- wartawan hulu kapak sedang menengelamkan pula Datuk Seri dengan isu proton. Sungguh malang sekali buat Najib,timpa menimpa,satu demi satu masalah timbul yang memberikan imej buruk.Bukan salah ibu mengandung.

    ReplyDelete
  4. Seluruh rakyat Johor mari kita tunggu berita TV3 jam 8 malam ini, ada tidak berita Tengku Mahkota ingatkan Menteri bukan Tuhan dan rakyat berhak untuk berikan pendapat dalam soal 1MDB. Jika Nazri kritik orang boleh mereka siarkan walaupun dia bukan Tuhan maka kenaapa berita Tengku Mahkota yang bercakap bagi pihak rakyat tak boleh siar. Kita tunggu. Jika tak ada, ini adalah kerja mamak kuti Datuk Ashraf yang sekarang menjadi kepala wartawan hulu kapak di TV3 . Orang-orang Johor sila ambil perhatian.

    ReplyDelete
  5. Good thing attracts goodness, rubbish attract its own kind. dah itu saja kemampuan najib. lepas ni kalau ada rombakan bertambah-tambah lagilah orang yangmarah pada najib. kalau kena hujahnya pun akan dimarah, kalau tak kena hujahnya apatah lagi. rakyat perati je. adakah rombakan untuk tingkatkan prestasi kerajaan dengan menggugurkan deadwood bagi menjaga kepentingan rakyat atau rombakan untuk tingkatkan prestasi sokongan dengan mengekalkan dan menaikkan deadwood, apple polisher, yes man minister bagi menjaga kepentingan peribadi. kami tunggu.

    budak jawa

    ReplyDelete
  6. Daulat Tuanku. Kita menyanjung raja seperti ini yang berani untuk menegur Menteri yang bongkak,sombong dan kurang adab sopan. Kita lihat samada Najib masih nak kekalkan Menteri Samseng sebegini atau todak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amacam dgn raja yg jual tanah kpd Pemaju dari China, jual pasir kpd Singapura, dll. Apa yg menteri kata memang betul. Kita tahu Datukship boleh dibeli apatah lagi tanah balak yg diusahakan oleh taukeh balak. Siapa punya angkara??? Jgn ingat Raja lebih kuasa...Allah subhanahuataala lebih dari segalanya.

      Delete
  7. Dalam keadaan PM Najib tertekan,sewajarnya orang sekeliling membantu untuk membersih atau memperkuatkan lagi imejnya tetapi dua pekara yang berlaku sewajarnya diberikan perhatian serious oleh Najib sendiri atau penasihat yang tiada berkepentingan kerana akibatnya telah mengikis imej Najib di Johor.

    Pekara-pekara itu ialah:
    1- Seorang Setiausaha Politik Najib telah didedahkan sebagai orang yang dituduh Timbalan Ketua Pemuda Johor penganjur Nothing to Hide sebagai orang memberikan nasihat yang salah supaya Najib jangan hadir ke forum itu sedangkan beliau tidak menyenbutkannya dalam berita Malaysiakini.

    Berikutan dengan itu SUP pula menuduh Ketua Pemuda itu berkonsfirasi dengan Mahathir untuk jatuhkan PM. Ini disebutkan dalam tulisan Raja Petra yang disiarkan oleh NST.Apakah bijak bagi SUP memberitahu Raja Petra bahawa beliau adalah orang tertuduh? Kiranya beliau sendiri yang memberitahu Raja Petra maka nyatalah dia bukan seorang SUP yang matang apatahlagi apabila beliau menuduh Timbalan Ketua Pemuda Johor berkonspirasi yang tentunya menimbulkan kemarahan kalangan pemuda Johor.

    SUP Najib sepatutnya memelihara hubungan yang baik dengan UMNO Johor di semua peringkat dan tidak membuat tuduhan sembarangan.tetapi sekarang nasi telah menjadi bubur.

    Sedang luka baru belum sembuh,dilukakan pula perasaan orang Johor oleh menteri yang diketahui sebagai rakan rapat Najib yang juga hendak membantu Najib dalam menghadapi masalah 1MDB tetapi malangnya mulutnya sangat celupar kepada Tengku Mahkota Johor yang keceluparannya sekarang menimbulkan krisis istana dengan Najib pula.

    Najib menghadapi sokongan membawa rebah. Siapakah yang bersalah? Tidakkah ini akibat Najib sendiri tidak mahu mendengar nasihat orang atau mempunyai ramai penasihat yang salah.

    Orang Kedah kata sikap Najib adalah sikap buat dak.

    Saya amat bersimpati dengan keadaan yang dihadapi oleh Najib sekarang.

    Betapapun beliau cuba membetulkan persepsi ramai tetapi malangnya nampak seolah-olah beliau tidak lagi dapat keluar dari perangkap yang dipasangnya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. undurkan diri...1mdb masallah Negara...

      Delete
  8. rasa pelik lah dgn isu ini...bila agama bangsa dihina..tiada siapa pun drp istana melaung....og cina muar hina lagu negara ku....sepi...agama dihina dgn menu buka puasa ..ketua agama diam....dan macam macam bila kaum lain mengata bangsa dan agama kenapa sepi..tetapi bila isu dibangkitkan olih bangsa sendiri heboh.....rasa nya nawai itu amat diragukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana bangss sendiri itu sudah jadi KAYU ULU KAPAK.
      Sakitnya sampai ke ulu hati.

      Delete
  9. Nampaknya krisis Nothing to Hide telah berpindah dari PWTC ke Istana. Nazri tentunya mendapat rastu dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk menunjukan kekuatan kepada Istana selain daripada Tun Dr Mahathir. Syabas Nazri. Sila anjurkan pula sokongan rakyat kawasan YB yang menyokong YB dan menentang Tengku Mahkota.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong Nazri 100%. Kita tahu apa yg raja dah buat. Dlm isu kalimah Allah hanya Sultan Selangor yg bersuara dan bertegas tanpa ada sebarang sokongan dpr Sultan atau raja yg lain. Kenapa tak bersuara sedangkan sultan merupakan ketua agama??? Kenapa Sultan & raja2 Melayu tak memainkan peranan utk jadi pihak yg cuba satukan puak Melayu yg bertelagah??? Kenapa pihak istana terlibat dlm perniagaan & akan menjamin rakyat mendpt pertimbangan yg adil dlm tender process?? Kalau berani tegur beranilah terima teguran. Syabas Nazri.....

      Delete
    2. panglimo potaseh18 June 2015 at 07:24

      Kita sangat beruntung sebab ada 9 Raja dan Sultan, dan 1 Agung, ini belum dikira lagi kerabat mereka. Raja dan Sultan ini adalah pembela ugama, bahasa dan bangsa Melayu.

      Apa pun mitosnya saya sokong Nazri 100%.

      Delete
  10. All for Nazri .

    Kalau takdo oghang macam Nazri ni , punah Nogori dan Negaro di kojokan olih mereka yang ' berkuaso ' .

    Dah banyak kejadian berlaku . Yang ' berkuaso ' boda kadi hinggo mampuh .
    Tengku Wong mengojokan tanah2 bukit hinggo kojeng .
    Anak2 yang ' berkuaso ' ni nak jadi hero hinggo sanggup pinggirkan oghang melayu . Ini supayo mereko dinamokan melayu moderate .

    Camno pun mereka ni hampeh .

    Waghih.

    ReplyDelete
  11. Istana Johor merupakan Istana yang besar menikmati privilege. Mana ada unit kecil dalam komponen besar (dalam context sebuah negara dalam dunia) mempunyai angkatan bersenjata sendiri? Sepatutnya Pasukan Timbalan Setia Johor dimansuhkan kerana seseorang ketua negara pasti akan berasa insecure dengan adanya pasukan seperti ini. Rasionalnya perasaan insecure ini adalah kerana sapa tau mereka akan merampas kuasa atau melancarkan perang ? Tetapi kerajaan pusat terus membenarkan pasukan ini wujud walaupun begitu kontroversi kerana kewujudannya semata-mata kerana hubungan baik Sultan Johor dan Queen Victoria bukan kerana hubungan keselamatan anatara dua negara (1885). Pun begitu, Istana Johor jugak dilihat PATUT TUTUP MULUT dengan tidak mencampuri urusan politk dan pentadbiran kerajaan Pusat dengan mengambil kira kewujudan Timbalan Setia Johor sehingga ke hari ini.

    ReplyDelete
  12. Istana Johor merupakan Istana yang besar menikmati privilege. Mana ada unit kecil dalam komponen besar (dalam context sebuah negara dalam dunia) mempunyai angkatan bersenjata sendiri? Sepatutnya Pasukan Timbalan Setia Johor dimansuhkan kerana seseorang ketua negara pasti akan berasa insecure dengan adanya pasukan seperti ini. Rasionalnya perasaan insecure ini adalah kerana sapa tau mereka akan merampas kuasa atau melancarkan perang ? Tetapi kerajaan pusat terus membenarkan pasukan ini wujud walaupun begitu kontroversi kerana kewujudannya semata-mata kerana hubungan baik Sultan Johor dan Queen Victoria bukan kerana hubungan keselamatan anatara dua negara (1885). Pun begitu, Istana Johor jugak dilihat PATUT TUTUP MULUT dengan tidak mencampuri urusan politk dan pentadbiran kerajaan Pusat dengan mengambil kira kewujudan Timbalan Setia Johor sehingga ke hari ini. Jika benar TMJ membuat teguran demi rakyat kenapa tidak menegur secara am kesemua ADUN DAP yang melanggar Protokol Istana dengan tidak memakai songkok sewaktu majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor. Kenapa diam? TAKUT? Bleh blah TMJ …. Jgn pandai menyalak jika silap itu drp org melayu tetapi kecut jika cina yang mempersoalkan agama islam, hak istimewa org melayu hatta keistimewaan Raja2 melayu seperti KAU, TMJ !

    ReplyDelete
  13. panglimo potaseh20 June 2015 at 16:06

    Saya melihat kaum Melayu seperti apa yang terdapat dalam hikayat "kerbau dengan tali".
    Cerita nya bermula dengan anak kerbau jantan yang telah diikat hidungnya oleh tuan nya, sebab anak jantan yang semakin remaja ini lincah dan riang merayau hingga masuk dalam kebun orang lain.
    Apabila diikat hidungnya anak kerbau ini telah cuba sedaya upayanya untuk melepaskan diri daripada tali tersebut. Pada masa itu jiwanya besar dan lincah. Tapi malangnya tali itu terlalu kuat untuk seekor anak kerbau.
    Akhirnya anak kerbau tersebut "give-up" untuk melepaskan dirinya daripada tambatan tali tersebut.
    Sebagai nyawa yang telah diikat sekian lama, maka jiwanya menjadi semakin kecil walaupun badan kerbau semakin sasa, kuat dan membesar. Telah tertanam dalam fikiran kerbau itu, bahawa tali tersebut tidak akan boleh direntap. Tali itu tidak boleh diputuskan, dikalahkan ianya seakan "tuhan" ...disembah dan tak boleh dilawan?. Adapun pada hakikatnya tali itu semakin mereput dimakan masa ...

    ReplyDelete