Friday, 5 June 2015

NAJIB TIDAK SAHAJA MEMALUKAN DIRI TETAPI JUGA ANGGOTA KABINET DAN KERAJAAN


RUPA-RUPANYA SEKADAR HENDAK PROMO KETERBUKAAN

Datuk Seri Najib menjelaskan bahawa beliau telah di jemput ke satu forum tertutup "Nothing to Hide" tetapi tidak ada sesiapapun yang membaca berita mengenainya mengetahui forum itu tertutup dan khusus hanya kepada NGO.Sebab itu ramai yang hadir.

Kecendorongan penganjur  adalah untuk menunjukkan keterbukaan Najib maka itu Mahathir hadir sebagai rakyat biasa untuk mendengar kerana menyangka terbuka dan bukan untuk berdebat. 


 Penganjurlah  yang salah kerana keghairahan hendak memperomokan  Najib sebagai terbuka dalam keadaan persepsi umum beliau semakin  tertutup - Zam.


NAJIB TIDAK SAHAJA....
Perdana Menteri Datuk Seri Najib bukan sahaja  memalukan dirinya sendiri apabila membatalkan kehadirannya di forum terbuka Nothing To Hide tetapi juga melibatkan maruah anggota kabinetnya dan juga  kredebiliti kerajaan.

Tidak sewajarnya beliau sebagai perdana menteri yang dikelilingi oleh penasihat keselamatan tidak dapat mejangka pekara ini akan berlaku apabila dengan gah beliau mempormosikan "saya bersedia untk mendedahkan segalanya"

Oleh kerana ketidakikhlasan dalam penganjuran ini dan lebih kepada untuk menunjukan keberanian,keterbukaan dan" kebersihan" ,maka akibatnya adalah kehilangan kepercayaan rakyat yang amat parah.

Alasan pembatalan itu kerana keselamatan  dan atas keputusan polis sendiri dilihat sebagai membodohkan rakyat yang terbukti dari suara rakyat yang meletup  menyeluruh menerusi media sosial yang merasa mereka cuba dibodohkan.

Lebih memburukan imej Najib apabila hal ini berlaku sehari selepas beliau mendabik dada sebagai " Pahlawan Bugis" yang  gagah berani, yang tidak pernah takut melawan tetapi  beliau hilang dari medan perjuangan sebelum peperangan bermula.

Tujuan utama anjuran  Forum " Nothing To Hide'  adalah perang sarap untuk meyakinkan rakyat tidak ada apa-apa yang hendak disembunykian oleh Najib disebalik berbagai  prasangka buruk terhadapnya kerana  masalah kewangan 1MDB.

Dari awal saya mengesyaki  bahawa ini adalah suatu perancangan stage manage   perang sarap dari peringkat penganjuran, kehadiran, panel penanya,(yang tentunya dalam senarai moderator) hingga kepada tukang sorak dan pembicara-pembicara pembantu .

Mungkin oleh kerana terlalu yakin kepada Lim Kok Weng penasihat baru media,maka pejabat Perdana Menteri tidak mendapatkan nasihat pihak polis tentang pekara-pekara yang tidak diduga akan berlaku.

Kehadiran Mahathir mungkin tidak dijangka tetapi bila  forum ini dihebohkan sebagai terbuka maka saya sendiri telah bertanya bagaimana kalau Mahathir hadhir.

Sehingga  pagi ini beberapa orang profesional yang mengunjungi cafe saya di presint 8 Putraya telah bertanya tentang kemungkinan itu dan saya berkata mengetahui sikap  Mahathir  beliau akan hadhir. Dalam perjuangan Mahathir akan turun sehingga keperingkat  paling bawah, dia sanggup menjadi street fighter.

Mahathir hadhir untuk mendengar penerangan Najib  sebagai orang biasa dan bukannya untuk berdebat tetapi ternyata bahawa forum ini adalah drama pentas apabila para wartawan tidak dibenarkan masuk  dan kehadhiran Mahathir menjadi suatu masalah besar yang menyebabkan akhirnya forum itu terpaksa dibatalkan apabila Mahathir menggantikan Najib untuk memberi penerangan.

Kegagalan Najib menepati janji telah sekali gus menjatuhkan  keyakinan rakyat kepadanya kepada taraf paling rendah. Ketulusan , kejujuran dan keikhlasannya dipersoalkan serta merta di seluruh negara.

Impak kepada kejadian ini sangat berat kepada  kepada perancangan  Najib untuk mengadakan jerayawala(road show) di seluruh negara. Beliau akan berhadapan dengan rakyat yang tidak percaya kepadanya. Beliau berbohong kepada mereka mengatakan beliau seorang Wira Bugis, Pahlawan Bugis yang gagah berani.

Perasaan  demoralising  ini tidak sahaja  menekan  Najib tetapi pastinya turut dirasakan oleh seluruh anggota kabinet yang merasakan diri mereka ada integriti kerana mereka berada di bawah pimpinan seorang pemimpin yang telah hilang kepercayaan rakyat.

Tidak pernah dalam sejarah negara seorang perdana menteri di malukan sebegini rupa . Seluruh anggota kabinet wajib  memikirkan apakah langkah yang sewajarnya untuk mereka lakukan bagi menebus  maruah kepimpinan negara dam bagi mengembalikan keyakinan dan semangat rakyat sebelum pilihanraya akan datang.

ORANG DALAM SENDIRI ROSAKAN IMEJ NAJIB


Majlis dialog Nothing2Hide antara Datuk Seri Najib Razak dan pertubuhan bukan kerajaan semalam 'digagalkan' oleh pembantu perdana menteri itu sendiri, dakwa penganjur.

Pengerusi Pertubuhan Sukarela Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata pembantu Najib sendiri "bertindak berlebihan" menghalang perdana menteri bersemuka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ketika Najib dalam perjalanan dan dinasihati Ketua Polis Negara mengenai situasi di Pusat Dagangan Dunia Putra, pengajur berpendapat perdna menteri perlu hadir bagi membuktikan beliau berjiwa besar dan bersedia bertemu Dr Mahathir, sambil berbual mengenai apa jua perkara.

"Kami yakin jika pun program itu ditunda atas nasihat polis, pertemuan perlu diteruskan antara Najib dan Dr Mahathir dalam bilik tertutup kerana ini akan membuka lembaran baru dalam konteks politik Malaysia sekaligus meredakan hati pendokong-pendokong masing-masing," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Alang-alang datang, jangan halang

Malangnya, kata Khairul Anwar, pegawai berkenaan berusaha menghalang kehadiran Najib dengan menghantar laporan kurang tepat, menangguk di air keruh dengan menokok-tambah cerita.

Kata Khairul Anwar, pembantu perdana menteri berkenaan mendakwa Najib akan diejek jika tetap hadir ke PWTC.

"Walaupun penganjur akur dengan arahan polis supaya program ditangguhkan atas sebab keselamatan, namun alang-alang Dr Mahathir sudah bersedia untuk bertemu Najib, ia tidak sewajarnya dihalang.

"Isu keselamatan tidak timbul sama sekali jika mereka bertemu dalam bilik yang tertutup," katanya.

Semalam sepatutnya Najib menyampaikan penjelasan mengenai apa yang berlaku ke atas syarikat 1MDB yang kini menanggung hutang yang banyak.

Majlis itu menjadi perhatian ramai apabila Dr Mahathir - yang menjadi pengkritik lantang terhadap cara Najib menangani krisis berkenaan - turut hadir.

Bagaimanapun polis mengarahkan program berkenaan dibatalkan atas faktor keselamatan.

Tanpa kemunculan Najib, perdana menteri dilempar pelbagai tuduhan negatif, seperti penakut.

Khairul Anwar berkata, berdasarkan kejadian semalam, ada benarnya pandangan sesetengah pemimpin Umno sendiri, pihak yang merosakkan imej Najib bukanlah orang luar.

"Sebaliknya di kalangan orang dalam sendiri," katanya-
Malaysiakini.













R

39 comments:

  1. Najib boleh arahkan seluruh anggota kabinet dan geng baju merah untuk hadir beri sokongan atau setidak tidaknya kabinet dan geng baju merah seharusnya hadir untuk beri sokongan moral atau tolong tepuk tangan untuk najib.....

    ReplyDelete
  2. salam tan sri..persepsi rakyat terhadap najib dah hancur..dan rasa nya umno boleh lah berfikir untuk mencari peganti presiden nya pada pemilihan akan dtg..

    ataupun MKT boleh bermesyuarat meminta supaya satu peralihan kuasa di lakukan. sebelum parti menghadapi PRU 14.

    jika tidak...bukan sahaja najib tapi kepimpinan umno dan bahagian yg punya suara mengundi teraksa menanggung sama kegagalan najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuan. Jika beliau kekal sebagai Presiden parti dan mengetuai Umno dalam PRU 14 akan datang, beliau mungkin boleh menang di kawasan beliau bertanding tetapi ramai pemimpin Umno akan kalah. Confirm..Malah parti-parti komponen lain yang bertanding atas tiket BN pun akan kalah. BN dikhuatiri kehilangan kuasa. Oleh yang demikian, perubahan pucuk kepimpinan hendaklah segera dilakukan untuk memulihkan keyakinan rakyat.

      Delete
  3. AKU PUN DAH AGAK.
    MEREKA TAK JANGKA TUN MAHATHIR AKAN HADHIR....

    ReplyDelete
  4. Salam Tan Sri.

    Saya "feel" for both DSN dan Tun. But they are not the same feelings. Feelings of coward is what i have for DSN..Pahlawan Bugis my S; hiding your tail.between your legs.
    But my dear Tun..sedih saya lihat Tun diperlakukan sedemikian. It reminded me of that time almost 15yrs ago when at the same venue Tun first indicated his intention to resign. Same setting pulak tu..belakang rostrum. Except the occasion and sentiment this time is very much different.
    Tuan IGP. Why is it that for this event ada security threat when the earlier 2 forums Tun attended takde pulak sebok nak batal kan? U need to move Bukit Aman HQ to convince rakyat that you were under orders.
    This is not your 1st folly. I suspect it won't be your last.

    DSN n DSR..sudah sudah la tu..stop embarrassing yourselves. Ingat la negara. The Rakyat is not stupid. We cannot let Pakatan lead the country. Please resign now and walk down that road to oblivion quietly.

    ReplyDelete
  5. Hilang kenyakinan disebabkan skandal 1MDB ringgit malaysia jatuh paling rendah berbanding dollar spore iaitu S$1 = RM2.75. Good luck Malaysia

    ReplyDelete
  6. Tak usah nak kata kabinet, saya sebagai seorang melayu biasa pun terasa malu dengan tindakan baculnya. Malunya mendapat pemimpin Melayu semacam ini. Apatah lagi orang berketurunan bugis. Tak tahu mana nak sorok muka. Saya tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga Tun Razak sendiri.

    ReplyDelete
  7. Pahlawan bugis? hehehe

    ReplyDelete
  8. Penakut rupanya Pee eeM kita. Kalau dulu aku bangga jadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang berani lawan Amerika tapi kini terpaksa tunduk malu dapat pemimpin yang berundur sebelum berjuang.sigh...

    * Tahun lepas semasa Presiden Barack Obama datang melawat Malaysia, beliau dengan tanpa segan silu turut sama menaiki kereta rasmi Presiden US iaitu 'The Beast', malah dengan bangga beliau menceritakannya kepada media. Apa sebenarnya yang nak dibanggakan? Mana maruah kita sebagai pemimpin? Reputasi negara jatuh ke peringkat terendah. Kalau ya pun nak tunjuk keakraban, tak perlu sampai macam tu sekali. Kita telah menjadi begitu 'murah' di mata dunia.
    Belum pernah ada pemimpin di mana-mana negara di dunia ini yang perdana menterinya 'tumpang sekaki' naik kereta Presiden US apabila ketua negara Uncle Sam itu membuat kunjungan hormat ke negara mereka. Mereka sedar mereka tidak perlu turun 'sebawah itu' untuk menunjukkan penghormatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for sharing such incidence. It really brought the morals of Malaysians so low in the eyes of International dignitaries.

      I simply agree with you but then again over my 30 years working abroad (still are) only Tun M is being remembered very very fondly. This I can share with you.

      Delete
  9. Nampak sangat Najib, the Prime Missing-er, takut jumpa Mahathir.
    PM ni dikelilingi dgn pakar itu dan ini, hinggakan telor pun dia dah bagi kat org lain jaga.
    Haprak betoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam man's telur dia take kecut.....

      Kekuatan Hang Tuah terletak pada huruf 'T'. Begitu juga kekuatan Tun Mahathir terletak pada huruf 'M'. Selain itu, fadhilat huruf 'M' menonjolkan istilah berikut :-
      M - Mahathir
      M - Muhammad
      M - Muslim
      M - Melayu
      M - Malaysia

      Semua ciri-ciri ini cukup sinonim dgn keperibadian Mahathir Mohamad, seorang Muslim, perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, pemimpin Melayu bertaraf dunia (world class leader).

      Sementara UMNO......
      United Malay National Organisation
      Under Mahathir No Oppostion

      Najib ada apa....?????

      Delete
  10. The bangang bogeysman is making use of his inner circle con-sultans to veil his burning guilt from the Malaysian people. But there's no stopping the evil lava from oozing out from every crevice in his hapless cabinet.

    ReplyDelete
  11. What do you expect. This was the guy a day before glorified himself as warrior. Blood flowing inside him was no ordinary blood. But what happened this morning at the forum was embarassing.
    He didn't even has the gut to be seen in public at his show let alone to speak and fielding questions from the floor. No where to be found in Nothing 2 Hide event. This is the guy supposed to be last man standing for the rakyat in the face challenges and threats instead he turns around and save himself first.

    ReplyDelete
  12. Tan Sri Zam ...

    Terus terang dikatakan , apabila perkara ini berterusan ia akan menampakkan keburukan pada Tun M sendiri . Semua yg dipertikaikan tentang 1MDB tidak ada " traction " untuk menjatuhkan DSN . Penjelasan telah diberi olih Arul Kanda , Datuk Husni dan PM sendiri dan terbukti apa yang dipertikaikan itu telah dijawab . Apa yang merisaukan orang2 kampong ialah perkara ini yang bolih diselesaikan dengan cara yang berhemah telah tidak diberi keutamaan . Sebaliknya cara konfrantasi diamalkan .
    Maka dengan demikian persoalan timbul dimana keikhlasan Tun M dalam hal ini .
    Orang2 kampong yg dulu kuat menyokong Tun M sudah mula bertanya mengapa mahu turunkan DSN . Apakan keburukan yg telah beliau lakukan yg memerlukan beliau letak jawatan . 1MDB ? Telah diperjelaskan dan tindakan selanjutnya dgn Auditor dan Pac sedang dalam proses .
    Adakah kerana DSN tidak aktifkan jambatan bengkok ? Atau projek kereta api itu ?

    Lagi lama perkara ini berterusan maka lagi banyak kebencian berlaku ............kpd Tun M.

    PN

    ReplyDelete
    Replies
    1. BRIM menghijab pandangan kebanyakan org kampung sehinggakan GST yang menyedutnya kembali denagn rakus pun tak terperasan. Bila dah tak ada duit nak bagi BRIM nanti, masa tu masing2 baru nak buka mata.

      Jemuan.

      Delete
    2. Sebenar depa tak jawab apapun. Bagi yang tak faham nampak macam dah jawab tapi sebenarnya tak ada isi langsung. Memang ini strategi mereka untuk sekurang-kurangnya mendapat simpati dari orang orang luar bandar yang tak berapa faham tentang 1MDB. Tapi yang faham dapat melihat jawapan yang diberi berbelit-belit, bercangahan. Dari cash tukar kepada units. Apake benda units tu?? Dah jadi bahan lawak satu dunia!

      Delete
    3. Anon 1.00 perhalusi permasalahan ini dgn hati dan minda terbuka. Bkn nak jatuhkan atau malukan sesiapa. Isu sebenar adalah ketelusan dalam kepemimpinan. Rakyat bkn lg di era 60an atau 70an.

      Delete
    4. Orang yang benci Tun macam kau membencinya sejak lahir lagi.Bagi mereka yang berfikir secara konsisten dan kasyaf memahami apa yang tersirat.Ini bukan soal politik lagi........ia lebih dalam dari itu.

      Delete
    5. Kenapa satu demi satu penasihat dibawa masuk???Dia sendiri tak boleh fikir kah???Atau orang ini terencat akal???Dia telah membuktikan kepada dunia akan sifat sebenar seorang Pahlawan Bugis.Pah-takut-lawan Mah!!!!

      Delete
    6. Betul,mdcasa....perhalusi apa sebenarnyayg berlaku,yg dijawab olehmenterikewangan ke2lebih kpd mengapa 1MDB terpalit hutang dan cara nak selesai hutang

      Kerajaan memang dah tak berduit,,PLKN tangguh,RELA pun tangguh, JPAM dah stop tak ikut lagi polis, polis bantuan dah dibekukan, JPA pun dah nak tutup permohonan jawatan2 baru, beli borang lapuk di majlis daerah pun kena GST !!!!

      Rakyat bukan bodoh, rakyat lihat dengan mata kepala sendiri

      Delete
    7. agak nakal dan lucu penjelasan ini apabila penulis ingin menegaskan bahawa perkara ini akan mengakibatkan aib pada TUN M, TUN M semasa pemerintahan beliau menekankan pendidikan jadi sekarang majoriti rakyat mendapat pendidikan tertinggi di dalam atau luar negara, mak, bapak kat kampung tentu kurang mahir dan celik IT tetapi apabila TUN M dilayan sedemikian rupa mereka akan menyampaikan perkara sebenar kepada ibu dan bapa mereka dan menjelaskan pasai pa ada hal dengan 1MDB dan kesempitan ekonomi mereka hadapi hidup dibandar, anda harus ingat penyokong TUN M ni orang KG je, tetapi mereka boleh lihat kejayaan negara dan anak2 mereka zaman pemerintahan TUN M, saya juga masih ingat apabila krisis kewangan tahun 1997-98 apabila bapa saya kata kalau tak Mahathir ni otak geliga kita akan dijajah sekali lagi tetapi pada masa itu saya tak dapat menangkap apa krisis ekonomi tetapi ibu dan bapa saya tekun membaca akhbar setiap hari dan bercerita berkenaan hal ini. jadi sekarang ialah masanya saya bercerita perkara sebenar pula pada ibu dan bapa di Kampung bagaimana pemimpin yang disegani malah rakyat semaju Jepun pun menghormati TUN M kita sendiri melayan beliau seperti beliau tidak berjasa akan membangkitkan nostalgia jasa-jasa TUN M kepada orang-orang yang ada kat Kampung yang tidak celik IT anda bayangkanlah mereka akan menyebelahi Najib atau Mahathir, saya rasa anda sudah ada jawapannya kan??? pada hemat saya jika Najib memberikan pentas yang sepatutnya untuk beliau kepada TUN M teruskan berucap sudah tentu rasa hormat rakyat pada Najib tidaklah seteruk setelah beliau menghentikan ucapan TUN M menggunakan Polis dan saya rasa perasaan hormat pada Najib akan meningkat seiring dengan tajuk program NOTHING TO HIDE, untuk pengetahuan penulis juga orang kampung saya bila saya bercerita bilamana TUN M dilayan sedemikian rupa dan memberi dia melihat sendiri video yang polis menghentikan majlis dengan spontan beliau terus memaki Najib dan mengalirkan air mata kerana TUN M dilayan sedemikian rupa, kerana anggapanya yang menonton berita TV3 pada malam itu tidak menyangka keadaan sebenar yang berlaku dan apa apabila mengetahui perkara sebenar simpati kepada TUN M terus diberikan. apakah ini akan menghakis kepercayaan dan meningkatkan kebencian kepada TUN M saya rasa penulis tidak pernah turun ke bawah atau dia tidak mempunyai Kampung yang mana aura TUN M sangat tinggi di dalam diri orang Kampung tak percaya silakan lah ke parlimen - parlimen rakyat marhaen di kedai - kedai kopi dan nilaikan sendiri

      Delete
    8. Betul apa yg berlaku itu bukan majlis Tun. Knp Tun cuba menjadi hero spt seorang "street fighter" utk mencari modal utk support Tun sendiri. Tun telah diberi masa 22 thn utk berbakti. Berilah orang lain peluang utk berbakti dgn cara tersendiri. Hal IMDB akan dijawab oleh PAC & AG. Knp Tun bermati2an mengadakan roadshow utk jatuhkan Najib. Sama spt apa yg berlaku pd Pak Lah!!

      Delete
    9. dah kantoi menipu...tun tanya soalan mudah je pun xboleh jawap...bongkak sangat kata darah pahlawan..Allah bayar tunai hari jumaat..najip xberani datang dialog...macam ni ke PM Malaysia yg dunia Islam kagumi...jaadi dia wajar undur diri atas isu 1MDB. dia PM dia Menteri Kewangan dia Penasihat 1MDB.mula mula nafi bermasalah lepas tu mengaku pulak ada masalah...

      Delete
    10. Mana dapat maklumat mengatakan orang kampung mula tak suka TDM?Saya pun orang kampung,dalam sepuluh orang,ada la satu atau dua penyokong Najib.Lapan atau sembilan orang lagi tu,kalau ada muka Najib kat tv,automatik saja bangkit tukar saluran lain.

      Anon di atas buat auta,fitnah.Ingat pdosa pahala sama...

      Delete
  13. Sekurangnya tunjuk muka hadir...pastu polis iring balik..ada le sikit nampak berlakon tu real..

    At list ahmad maslan berani muncul dpn Tun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada ahmad maslan berani,...dia tunggu najib tapi bila tun muncul ahmad maslan hilangkan diri tak dapat dikesan !

      Delete
  14. Dalam keadaan serba panik, penyokong Najib memberi pelbagai alasan dan spin.

    Semua ini menyebabkan Najib dipandang begitu pariah..low class prime minister...

    Umpama negara berpetang..general dah cabut awal2...

    ReplyDelete
  15. Demi wang dan sedikit peluang utk bersama2 pembesar yang kini sedang berada di Corridor of Power, Lim Kok Wing sanggup belakangkan seorang kawan lama yang telah banyak membantu dalam perkembangan perniagaan dia.

    Nampaknya Lim Kok Wing sudah menjadi Lim Kok Wang

    ReplyDelete
  16. Tan Sri,
    Lim Kok Wing sudah biasa 'swim with the sharks'. Boleh survive ke kali ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. It takes the biggest shark to lead the shark pack - Legacy Lim won't just survive, he'll be thriving.

      Delete
  17. UMNO sekarang cukup terdesak sekiranya Najib aka pahlawan bugis tak ada telor masih tak berundur. Najib masih boleh jadi presiden umno lagi disebabkan tahap "pemurah" Najib. Tapi untuk jadi PM di PRU akan dtg ... terlalu nipis.

    Kesepakatan PAS dalam mengusir talibarut DAP dan Anwar membuahkan hasil. PAS dilihat cukup bersih sekiranya keluar dari PR. Saya cukup yakin undi melayu akan ke PAS sebagai parti politik yang bakal memperjuangkan melayu dan Islam.

    Umno tidak lagi memperjuangkan melayu. Lihatlah bagaimana Najib melayan bangsa Cina dan India. Beliau dikelilingi oleh golongan ini. Banyak GLC sudah dicinakan oleh Najib... tengoklah Petronas dan akan datang MAS.

    Ahli UMNO seperti saya, jangan sebab sayangkan Najib seorang... kita semua, UMNO akan rugi.

    Berfikirlah... takkan sampai sekarang tak nampak lagi.

    ReplyDelete
  18. next election no matter what, I will vote for the opposition. Dr Mahathir my idol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn berfikir guna kepala lutut. Look at bigger picture - Mahathir, Najib, Zam, etc will go but apa akan terjadi kpd perjuangan Melayu/Islam. Wallahualam

      Delete
  19. penganjur silap jangkaan..mereka cuba nak kena kan Tun M tetapi akhirnya mereka yang terkena..siapa sangka Tun M hadir seawal jam 8 pagi diiringi bekas MB Terengganu yang diketahui menyimpan banyak rahsia 1MDB..seperti Tan Sri Zam kata kan ini semua perang saraf dari team Ds Najib..akhirnya Tan Sri Lim Kok Wing kena buat lebih banyak kerja untuk bersihkan Imej Ds Najib :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib mana ada ciri ciri kemelayuan .Lihat pada cara hidup dia, pendiddikan dia,dan juga kepercayaan beliau lebih kepda bangsa asing,ccina ,india dan orang putih.Dia merujuk apa apa pun kepada mereka ini,yang kita sedia dimaklumkan orang orng itu.

      Kesilapan tidak dibetulkan.Ketua ketua besar Umno leka dengan kesenangan wang ringgit dan kuasa.Sejarah kejatuhan kerajaan kerajaan semua dari punca yang sama.Inilah "Barisan Melayu Mudah Lupa".

      Delete
  20. terimakasih banyak sangat membantu...

    ReplyDelete
  21. Kesenangan dunia merupakan penipuan yang akan menyesatkan dan merosakan akidah

    ReplyDelete