Thursday, 4 June 2015

KM SARAWAK TERGELINCIR DAN TERCICIR

Komen:
Mafeeah 5 Jun 2015
Zam what would you expect when in fact both leaders can easily forget how they rose to where they are today ? By Adenan putting Mahathir down so arrogantly, he does not realise or probably forgot that he is also indirectly criticising Taib who has held good rapport and support for Mahathir during his time. 

I can understand the reasons for praising Najib. But what I failed to grasp is that he was so silly or rather stupendous to run down Mahathir in his haste to make Najib look good. Of course his position is in tact. But do not expect favours for you Adenan when BN gets run down in the next GE. The game is slowly but surely changing. Never underestimate the undercurrents going on among the Rakyat. Najib and Adenan just cannot feel it. on KM SARAWAK TERGELINCIR DAN TERCICIR
Dalam menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem  telah terlanjur  dan  keterlaluan hingga menidakkan jasa Mantan Perdana Menteri Dr.Mahathir kepada Sarawak  dalam masa pemerentahannya selama lebih 22 tahun.

Beliau terlupa Mahathir  mengekalkan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak bagi kesenimbungan kestabilan politik dan kekukuhan kerajaan negeri sehingga Taib dapat menyerahkan kepimpinan kepada Adenan dalam keadaan aman damai.

Tentunya sumbangan ini tidak nampak seperti sumbangan pembinaan lebuh raya tetapi telah mengekalkan  hubongan politik yang kukuh dan stabil dengan Persekutuan yang  membolehkan Sarawak  memajukan pembangnan tanpa banyak gangguan.

Mahathir tidak mempedulikan tekanan berterusan untuk UMNO masuk  ke Sarawak dan sikap keras Taib menolaknya dan  tidak menghiraukan   segala fitnah  terhadapnya  kerana beliau lebih menilai kebijaksanaan dan kecekapannnya  mengekalkan perpaduan dan sokongan bumiputra Sarawak.

Tetapi selepas era Mahathir, berlaku beberapa percubaan untuk menggugat kepimpinan Sarawak  termasuk dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang telah terpengaruh dan mengikut  arus  kempen parti -parti pembangkang Sarawak untuk mencemarkan  nama Taib Mahmud.

Taib tahu siapakah kawan dan siapa musuh sebenarnya di Kuala Lumpur.

Ada pihak di Persekutuan yang  menyokong supaya Taib disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia  dan juga  disingkirkan dari jawatan Ketua Menteri untuk digantikan dengan orang lain.Jika ini berlaku maka Adenan Satem tidak menjadi Ketua Menteri Sarawak hari ini.

Mungkin ini bukan jasa Mahathir tetapi jasanya adalah dalam membantu dan mempertahankan  kesenimbungan kepimpinan negeri Sarawak

Saya tidak mendakwa bahawa saya rapat dengan Adenan  tetapi saya kenal lama. dengannya sejak di dunia kewartawanan.Saya tahu beliau seorang bookworm, luas pembacaannya, dinamik, radikal, dan kerakyatan sifatnya.

Beliau  bukanlah seorang yang  sanggup mengorbakan prinsip dan kepercayaannya kerana hendak mengekalkan kedudukannya untuk dinilai sama   seperti beberapa  orang  pucuk pimpinan negara  atau di negeri-negeri lain.

Maka itu sokongan Adenan  kepada Datuk Seri Najib adalah lebih berarti dari lain -lain menteri  dan menteri-menteri besar di Persekutuan.


Mungkin juga sokongannya kepada Najib bagi mempastikan lebih banyak projek-projek besar datang ke Sarawak di samping  peruntukan  kerajaan Persekutuan  dan juga  wang minyak untuk menjamin kemenangan besar Barisan Nasional di Sarawak dalam Pilihanraya negeri akan datang.

Tetapi dalam mengutamakan kepentingan Sarawak ini , beliau mengenepikan  keperluan untuk memelihara dan mengekal perasaan baik sangka antara rakyat  Semenanjung  dengan Sarawak  kecuali  yang diutamakannya hanya perasaan  Perdana Menteri kerana pada perhetongan beliau Najib sedang mendapat sukongan kuat rakyat  di seluruh negara.

Beliau juga mungkin telah keciciran dan ketergelinciran dalam membaca ,menjiwai dan menghayati anekdot sejarah, lalu terlepas pandang kepada sumbangan Tun Dr.Mahathir dalam pembinaan roh dan semangat  hubungan antara rakyat .

21 comments:

  1. bro...rakyat sarawak lebih mengetahui

    ReplyDelete
  2. Datuk Zam,
    Kawan2 saya orang biasa Sarawak bila cakap pasal Encik Taib Mahmud, dia orang berguling kepala mendakwa Taib cenderung kepada mementingkan diri berkumpul harta dunia. Tapi kawan2 saya itu setakat ini amat prihatin kepada semangat perjuangan dan kejujuran Encik Adenan Satem.

    ReplyDelete
  3. nor ishak ismail4 June 2015 at 22:06

    Di negara ini, negeri yang terkaya dengan sumber alam adalah Sabah, Sarawak dan Terengganu tapi malang seribu kali malang bahawa negeri ini jugalah yang berpenduduk paling miskin malah daif dari segi pendapatan.

    Manakah perginya hasil daripada sumber yang melimpah ruah itu. Mereka ada minyak dan balak. Lihat saja hutan Sarawak/Sabah melalui "Google Maps" dan bandingkan dengan hutan Kalimantan. Hutan Kalimantan hijau dengan pokok tetapi hutan Sarawak/Sabah penuh dengan trek lori balak. Ini menunjukkan betapa majunya industri balak dinegeri tersebut. Sekali lagi kita bertanya manakah pergi hasilnya. Mengapa rakyatnya masih ramai yang miskin malah daif.

    Apakah kemudahan yang telah disediakan untuk pengangkutan sungai. Semalam 6 terkorban di sebuah sungai di Sarawak setelah enjit bot rosak ... bukan bocor tapi enjin rosak ... apasal pelampung tidak digunakan atau tidak ada pelampong. Berita ini hanya sepintas lalu sahaja ... tidak ada pembelaan.

    Jadi apa yang cakapkan oleh KM Sarawak, Tan Sri Adenan Satem perlulah di lihat secara rasional. Najib sebagai ahli politik seperti biasa hanya mengambil kesempatan daripada kesongsangan sosio-ekonomi Sarawak selama ini. Macam-macam janji dan slogan dah dibuat oleh Najib untuk Sarawak kebelakangan ini. Jadi kita tengok sahajalah.

    Saya sangat berharap pada Adenan supaya terus berjuang dengan jujur dan menebus kembali hak dan kemudahan rakyat yang telah terlalu lama terbiar.

    ReplyDelete
  4. Dalam kapasiti kepentingan rakyat, tidak penting Mahathir dihargai atau tidak oleh politik semasa tetapi apa untungnya Adenan menyokong berlebihan kpd Najib kerana akibatnya dia menjadi tiada beban batu digalas.

    Situasi sekarang Najib lebih memerlukan Adenan dan bukan sebaliknya. Sepandai pandai Adenan pun adakah dia tidak pandai baca kecenderongan rakyat sarawak dan semenanjung. Masih dalam mode syok sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak tahu ke apa pandangan Adenan tentang isu yg d bawa TDM.?

      Focus on the issue not to the persons...

      Delete
  5. Zam what would you expect when in fact both leaders can easily forget how they rose to where they are today ? By Adenan putting Mahathir down so arrogantly, he does not realise or probably forgot that he is also indirectly criticising Taib who has held good rapport and support for Mahathir during his time. I can understand the reasons for praising Najib. But what I failed to grasp is that he was so silly or rather stupendous to run down Mahathir in his haste to make Najib look good. Of course his position is in tact. But do not expect favours for you Adenan when BN gets run down in the next GE. The game is slowly but surely changing. Never underestimate the undercurrents going on among the Rakyat. Najib and Adenan just cannot feel it.

    ReplyDelete
  6. kemajuan negeri terletak kepada kebijaksanaan pentadbirnya..adnan satem tak perlu cakap banyak tetapi kerja lebih untuk majukan negeri sendiri.. rakyat sarawak sedang memerhatikan anda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. He did it. And now we (sarawakian) enjoying the progress that he made.

      Stay calm and As Salam.

      Delete
  7. Thank you Zam for publishing my comment above. This next piece may not be directly related but I will still say it after what happened this morning.

    I will and always stand by my words that some of our country's anomalies was started before or during Mahathir's time, and carries on until today. Nevertheless, I will also have to say that this man i.e. Tun Mahathir has got the guts to go public whenever he is expected to do so. Never mind if he is right or otherwise. But this man is a real man. I have no idea if he was like this when he was the PM but when he says he wants a question answered, he means it. As they say, the guns are out although Mahathir does not have or carry one.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Mdm,
      While waiting for the "answer", you may go with your TDM. Let us stand with our CM.

      Remember; in here (Malaysia), not only TDM got the guts to go public. And Malaysia is not belong only to TDM and his supporter.

      We share.

      Delete
  8. Memang betul apa yang di katakan oleh Adenan tengtang Tun M. Selama 22 tahun memerintah secara fizikalnya apa yang kita boleh lihat ialah Projek Bakun. Itu pun banyak masaalah. Projek yg dikendalikan oleh kroni terpaksa diambil alih oleh Sime Darby. Bakun hanya memberi menafaat kpd Smelters dengan tarif yang amat rendah berbanding dengan tarif yg dibayar oleh rakyat.

    ReplyDelete
  9. Dlm sinerio politik skrg ape2 pn permintaan KM/Rakyat Sarawak pasti akan dilayan PM Najib krn rata2 veteran BN/Umno semenanjung tidak lagi menyokong kepimpinan beliau.... mmg sepatutnya Najib perlu berundur krn kegagalan mentadbir negara yg menjurus kpd muflis...... jom tolak Najib....

    ReplyDelete
  10. Tak perlu Zam pertikaikan pendirian Adenan Satem . Sebabnya tidak ada perkara yg hendak dipertikaikan . Kejujuran dan keikhlasan Adenan terserlah .

    Kami orang kampong sudah tidak nampak kejujuran dan keikhlasan itu pada Tun M.

    PN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ya you u... !!!

      Kpd TDM, sila budgetkan sikit kesucian anda.

      Delete
  11. Saya pikir... rmi org Sarawak yg komen di atas...
    Patutlah Sarawak tidak maju. Negatif benar pemikirannya. Kamu boleh benci Taib Mahmud, eh org Sarawak juga rupanya. Patutlah x ada kualiti... Sarawak is always Sarawak... full of negative..
    Tp bila kamu libatkan TM... kenapa pula ? TM hanya org biasa. Dia x sehebat Adenan Satim.. tidak sehebat Pahlawan Withouy Balls !!
    Tp... jgn nafikan apa yg dibawanya....
    Once u're Sarawakian... u're always Sarawakian ! N hopefully i will never any Sarawakian arounds me anymore.. plz dun come to Semenanjung...
    Percayalab dgn Adenan... tentu bnyk peluang kerja d Sarawak skrg...

    BAKUN ? ada apa yg dgn Bakun. Hanya org bodoh dan tolol saja yg bina ayat "Hanya Bakun saja projek d Sarawak"... bodohnya kamu yg berpikiran sebegiu cetek dan sedikit bodoh (sori ya... itu saja yg sesuai). Bakun akan jana kuasa elektrik yg menjadi jantung dlm menggerakkan apa jua pembangunan selepas itu... adakah kamu hanya nak guna pelita minyak utk terangu ratusan bangunan !

    Kamu Sarawakian akan marah pada saya.. marahlah. Itu hak kamu.. sebagaimana kami yg marah pada kamu bila kamu hina TM... jgnkan kamu, hatta Pahlawan Bugis yg kekurangan telur pun kami marah...
    Mungkin Pahlawan Banjingan itu saja yg layak memimpin kamu.. TAPI TIDAK PADA KAMI !!

    Plz forgive me Sarawakian !....
    Kamu jual... aku beli !
    Ckp siang pndg2.. ckp mlm sgr2..
    Sekali kamu hina org, berkali2 kamu lebih hina dr org !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Such a typical malayan....

      "Sekali kamu hina org, berkali2 kamu lebih hina dr org"

      Kamu sendiri pun menghina org... Pastu nak sekolahkan org lain pulak...

      Tidak d nafikan, bnyak sumbangan TDM kpd Malaysia. Tapi d SWK, sumbangan brbentuk fizikal tramat kurang jika d bandingkn dgn SM. Dan amat menyedihkan, SWK bnyak menyumbang dr segi sumber asli kpd Malaysia. Ini Fakta.

      Kami tak benci kamu, TDM, dan Najib. Itu sifat syaitan.
      Kami tak marah kamu, TDM dan Najib. Sebab marah itu bukan hak kami.

      Kami cuma nak HAK kami.


      Mino
      Miak Kpg Tupong



      Delete
  12. I am not sure if the Sarawakians themselves have commented above. If they have then well and good. I declare that I am not a Sarawakian but as someone said above, this is Malaysia and we can share commenting on anything because we are Malaysians. I can see where Adenan is going. He knows that he will be in comfort zone by supporting Najib. As for the work Adenan is doing, perhaps the Sarawakians get see and tell better because you live there. If you want to know the definition of a leader, look at Taib. Did he have to run down Mahathir or Badawi when the PMs visit Sarawak ? He talks about local issues and convinces the people of his leadership. And he survived well and good till the last drop and still surviving better than Adenan.

    So to you people above, I hope you can increase your numbers and TS Zam gives you more space to write and comment. But putting down Mahathir is going to take Sarawak nowhere. You will see soon what we in Peninsular are now seeing. Seeing is believing right ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "but putting down Mahathir is going to take Sarawak nowhere"

      Who is TDM now? Wow..!!!

      Adenan stand for sarawakian. TTM stand for himself. Different leader, different approce. Because the world that you see today might be different tomorrow.

      Delete
    2. Wow ! If that is what you say, the Adenan you see today will be different tomorrow or some other day isn't it ? As for your question of who TDM or (TTM) is now, I know very well who he is and who I am. But I cannot say the same for you. Salam.

      Delete
    3. As Salam.
      The problm here is; u only know TDM..!

      Anyway; have a nice day...

      TDM - Tun Mahatdir
      TTM - Tun Taib Mahmud (as u mentioned above)

      Delete
  13. Dato...mampukah KM mempertahankan sarawak spt mantan ts taib mahmud? 19% melanau tidak mampu mendominasikan dayak yg majoritinya..

    ReplyDelete