Sunday, 21 June 2015

JAWAPAN KEPADA SULTAN JOHOR

TIDAKKAH USAHA THE STAR INI  BERUPA HASUTAN?
Komen 22 Jun 2015:
Zam telah memberikan fakta yang jelas tentang usaha berterusan akhbar The Star untuk menghapuskan Sekolah Kebangsaan.
Menuntut penghapusan sekolah Cina boleh dituduh di bawah Akta Hasutan maka tidakkah  menuntut penghapusan sekolah Melayu( Sekolah Kebangsaan) menjadi kesalahan di bawah akta yang sama?.UMNO membisu,Perkasa diam,NGO Melayu tunggu upahan.
Saya harap seluruh rakyat  membuka mata terhadap usaha halus dan jahat The Star ini yang  sangat sensitif dan bersifat  hasutan untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat- MAHZAN

Penghapusan Sekolah Kebangsaan
(Merujuk kepada interviu The Star dengan Sultan Ibrahim pada 12 Jun 2015)

Oleh Zainuddin Maidin

DYMM Sultan Johor,
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sebelum kemerdekaan, orang Melayu mengharapkan kemerdekaan akan memberikan kedaulatan kepada mereka sebagai bumiputra, kedudukan raja-raja raja Melayu, pengiktirafan Bahasa Melayu dan kedudukan tertinggi agama Islam.

Sebagai pejuang kemerdekaan di barisan depan dan bukan sebagai penumpang, maka mereka dibakar sentimen nasionalisme yang menegakkan Sekolah Kebangsaan dengan pengantar Bahasa Melayu dari peringkat rendah hingga menengah yang melihat penghapusan Sekolah Inggeris, walaupun sekolah-sekolah aliran lain dibiarkan hidup.

Dalam kata-kata lain, Sekolah Cina dan Tamil tidak dihapuskan, tetapi Sekolah Inggeris dihapuskan, walaupun tidak menjadi ancaman kepada negara.

Walaupun sikap ini tidak rasional dan menghadapi berbagai-bagai masalah, terutama sekali ketiadaan buku teks dalam bahasa Melayu di peringkat menengah dan universiti, tetapi dengan langkah nekat dan drastik serta semangat yang tinggi atas keyakinan "cetuskan masaalah dan selesaikan masaalah" akhirnya, mencapai beberapa kejayaan besar dan menakjubkan dalam mengatasi masaalah kemasukan dan kekurangan anak-anak Melayu di universiti dan college awam dibandingkan dengan anak-anak di bandar.

Pada tahun 1970 bilangan siswa-siswa Melayu dalam Fakulti Sains Universiti Malaya hanya 20 orang dari 493 orang, seorang daripada 71 orang di Fakulti Kejuruteraan  15 orang daripada 40 orang dalam Fakulti Pertanian dan hanya 4 orang daripada 60 orang dalam Fakulti Perubatan. (Ucapan Tun Abdul Razak membentangkan rang undang-undang pindaan Perlembagaan di Dewan Rakyat pada 23 Februari 1971)

Bagaimanapun perkembangan proses Dasar dan Sistem Pelajaran Kebangsaan ini yang rancak dan positif pada peringkat awal, telah menghadapi kemerosotan keyakinan di kalangan bukan Melayu oleh kerana terdapat anasir xenophobia yang terasa oleh anak-anak bukan Melayu sebagai hendak meMelayukan dan mengIslamkan mereka dan bukan hendak mengkebangsaankan mereka.

Dalam kata-kata lain berlaku pendekatan bersifat melampau, sempit dan tidak mesra yang menyebabkan bukan Melayu merasa terasing di peringkat rendah dan menengah. Fahaman nilai politik masyarakat berbilang kaum dan agama tidak dihayati dengan fahaman yang luas oleh para pendidik.

Persaingan politik dalam parti, tekanan politik dan survival politik Umno sendiri telah menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO  berpendidikan Inggeris dan bersikap rasional terpaksa tunduk kepada sentimen Melayu yang sempit.

Pada satu peringkat pakaian kebangsaan Melayu hendak dipaksakan ke atas bukan Melayu untuk upacara konvokasi Maktab Teknik Jalan Gurney yang menimbulkan bantahan dari masyarakat Cina dan menyebabkan Menteri Pelajaran, Datuk Hussein Onn terpaksa campur tangan untuk menyekatnya.

Sekolah-sekolah Inggeris di zaman penjajah tidak menampakan hasrat dan pendekatan untuk mengInggeriskan orang Melayu dan bukan Melayu, tetapi setelah sekian lama berakar umbi di negara ini, akhirnya banyak rakyat Malaya yang berfikiran Inggeris dan mengamalkan cara hidup atau budaya orang Inggeris termasuk di kalangan keluarga di raja.

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bimbang, penubuhan UKM dengan pengantar Melayu akan melahirkan orang-orang Melayu yang berfikiran sempit, introvert, tidak bersifat universal dan tidak mempunyai kemampuan sosial, tetapi beliau kalah dalam persaingan politik antara pemimpin-pemimpin UMNO sendiri dan tekanan sentimen Melayu.

Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail, Mohd Khir Johari dan lain-lain pemimpin UMNO walaupun nampak kesan negatif kecendorongan ini, tetapi demi survival politik Melayu, terpaksa tunduk kepada tuntutan tekanan persatuan guru-guru Melayu, persatuan penulis Melayu dan golongan nasionalis Melayu dan intelektual Melayu, terutama dalam menjadikan Melayu sebagai pengantar di universiti.

Kebimbangan Tunku menjadi kenyataan, apabila kegiatan sosial dan politik pelajar dan pensyarah UKM terasing dari arus perdana,tidak dapat  umenghayati falsafah pimpinan UMNO dan negara. UMNO dilihat tidak Islamic dan tidak cukup Melayu.

Melihat perkembangan melampau ini di UKM, saya sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu  telah mensifatkan UKM sebagai Universiti Kampung Melayu(UKM) dalam pojok Awang Selamat apabila pensyarah dan siswa sehingga membantah konsert Sudirman diadakan di UKM.

Bagaimanapun, terdapat tenaga UKM dan siswa-siswa yang sedar, telah menyahut cabaran dengan sikap positif disebalik pelbagai tekanan negatif untuk memberi nailai sezaman kepada UKM, walaupun dalam keadaan serba kekurangan dari segi tenaga pengajar yang berkualiti dan juga buku bahan-bahan rujukan dalam Bahasa Melayu.

Tidaklah dapat dinafikan, UKM kini telah meningkat maju dan telah memberikan sumbangan yang besar dengan menyalurkan revolusi sentimen dan emosi kepada tindakan-tindakan yang realistik bagi meningkatkan kualitinya di bidang akademik dan juga dalam tanggungjawab pengisian jurang kekurangan anak-anak Melayu sebagai tenaga pengajar di universiti-univesiti awam dan juga  di berbagai-bagai bidang profesional.

Pernahkah kita memikirkan bagaimana universiti-universiti tempatan dapat mengatasi masalah tenaga pelajar dari anak negeri sendiri?

Sementara itu seorang jurutera Melayu, Tan Sri Ainuddin Wahid dari Jabatan Kerja Raya yang ditukarkan oleh Perdana Menteri, Tun Razak menjadi pengetua Maktab Teknik Kuala Lumpur telah menukarkan nisbah pengambilan anak Melayu dari hanya 52.7% kepada 91% bagi sesi 70/71 (interviu dengan penulis untuk buku Jejak Bertapak Tun Abdul Razak terbitan Yayasan Tun Razak dan UP % D  1997). 

Keluaran maktab ini ramai yang telah berjaya mendapat kedudukan tinggi dalam perkhidmatan Awam dan juga di pelbagai bidang kejuruteraan di negara ini.

Kejayaan anak-anak Melayu dari sekolah rendah Melayu yang terpaksa melalui kelas peralihan untuk mengambil peperiksaan MCE dalam bahasa Inggeris, sewajarnya dilihat sebagai kemampuan mereka untuk menyahut cabaran dalam keadaan yang memaksa, kerana ketika itu ketiadaan buku-buku teks dalam Bahasa Melayu.

Dan demikianlah juga keadaan yang dihadapi oleh anak-anak Melayu dari SPM, apabila melanjutkan pelajaran ke luar negara, walaupun telah mengikuti kelas-kelas pra universiti. Tetapi mereka bukanlah anak-anak yang bodoh.

Di samping pensyarah-pensyarah Universiti yang berasal dari SPM, yang mengambil ijazah lanjutan di luar negara, ramai pula anak-anak dari kelulusan SPM yang dihantar belajar keluar negara dan berjaya dengan cemerlang.

Walaupun Bahasa Inggeris mereka lemah, tidak boleh bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik, tetapi mereka dapat mengikuti kuliah dengan baik dan berjaya, tidak menghampakan harapan negara.

Selain dari bidang kedoktoran, ramai yang berasal dari SPM menjadi jurutera yang kini sedang berkerja di beberapa buah negara Arab dengan pendapatan tidak kurang antara RM 30,000 hingga 50,000 sebulan. Anak-anak mereka pula bersekolah di sekolah-sekolah Inggeris Antarabangsa. Suatu proses mengantarabangsa dan memodenkan anak-anak Melayu yang di luar perancangan kerajaan.

Kelulusan bidang perubatan UKM yang pernah dihina oleh DAP dalam Parlimen sebagai tidak berkualiti, akhirnya dapat melahirkan bukan sahaja doktor Melayu, tetapi juga doktor Cina yang ramai di terima berkhidmat di Singapura.

Walaupun permulaannya tidak begitu menyakinkan, UKM telah melalui proses kematangannya, penambahbaikan kualiti tenaga akademiknya, penambahan pelbagai bidang akademik, hasil kajian dan ciptaan yang inovatif di berbagai-bagai bidang yang diakui di peringkat antarabangsa.

Semuanya adalah hasil dari program kilat, pantas dan nekad tanpa mengutamakan kualiti dalam keadaan yang mendesak, tetapi akhirnya memberikan sumbangan yang besar kepada pengisian tenaga profesional Melayu yang ditingkatkan kualiti mereka menerusi program latihan, pendedahan dan lanjutan ijazah dan sebagainya. Kita melahirkan yang berkualiti dan yang tidak berkualiti dan sekarang dalam proses untuk membanyakkan lagi yang lebih berkualiti terutama di bidang perubatan.

Generasi pendidikan Inggeris  zaman penjajah, tidaklah boleh mengharapkan generasi baru lancar berbahasa Inggeris sebaik mereka, tetapi mereka telah memberikan sumbangan yang besar dalam mengatasi kekurangan tenaga Melayu, terutama di bidang kedoktoran dan kejuruteraan, perakaunan dan lain-lain bidang profesional mengikut perancangan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara.

Dari masa ke semasa, timbul soal rating universiti-universiti awam di negara ini yang jauh lebih rendah dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia. Yang sering menonjolkan hal ini ialah akhbar The Star.

Apakah motif The Star? Ia adalah sebahagian dari perjuangannya yang berterusan untuk merendahkan Sistem Pelajaran Kebangsaan dan kualiti universiti-universiti tempatan yang menggunakan pengantar Bahasa Melayu, walaupun penekanan kepada pengajaran dalam Bahasa Inggeris sedang ditingkat dengan giatnya dari peringkat rendah hingga ke universiti. The  Star tidak akan berpuas hati selagi Sekolah Kebangsaan tidak dihapuskan.

Terakhir The Star cuba menjustifikasikan perjuangannya dengan menggunakan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mahu diwujudkan hanya  sekolah pengantar Inggeris sebagai jambatan perpaduan rakyat negara dan dihapuskan sekolah kebangsaan (Lihat The Star12 Jun 2015) dengan mencontohi dasar pelajaran Singapura.

Ini adalah suatu pandangan yang tidak diimbangi dengan sejarah kebangkitan bangsa dari sejak sebelum merdeka dan selepas merdeka. Hasil kemajuan pelajaran negara tidak sahaja boleh diukur dari pencapain penguasaan bahasa Inggeris sedangkan ribuan pelajar kita yang berasal dari pengantar Melayu yang kebanyakan dari luar bandar telah dapat mengisi keperluan bagi pembangunan negara pada keseluruhannya.

Merekalah yang memenuhi hasrat utama Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan matlamat DEB untuk menghapuskan identiti Melayu hanya sebagai petani dan nelayan dan pekerja kampong yang miskin.

Lebih 80,000 pelajar kita yang terbaik dari sekolah-sekolah negara ini sedang menuntut di luar negara akan kembali untuk mengisi keperluan negara di pelbagai bidang atau mungkin tidak akan kembali, kerana mereka juga laku di pasaran luar negara.

Sebenarnya yang menghadapi masalah besar untuk memasuki arus perdana bidang  pekerjaan dan sosial  di negara ini ialah pelajar-pelajar keluaran sekolah Cina yang menjadi mangsa dari sikap kecinaan dan perkauman mereka. Bukan sahaja bahasa Inggeris mereka lemah tetapi bahasa Melayu mereka juga masih bahasa pasar yang mengasingkan identiti mereka sebagai Malaysian. 

Masalah kualiti aliran Melayu yang dibesar-besarkan oleh The Star, sebenarnya selain dari simpatinya kepada masalah nilai sekolah Cina, ialah perasaan terpendam tidak mahu mengiktiraf dan menerima supremacy bahasa Melayu di negara ini.

Dalam hal ini saya suka menarik perhatian umum terhadap berita NST pada 11 Jun 2015 muka 24 yang bertajuk "Rangking not true  measure of success, The Best Students should be proud of local higher institutions dari pandangan Naib Chanselor Open Universiti Malaysia (OUM) Professor Emiritus Tan Sri Anuwar Ali dalam ucapannya kepada kepada Institute of Marketing Malaysia baru-baru ini. (berita ini tidak disiarkan oleh The Star)


Katanya "Chasing ranks among Malaysia's Higher Education Institute(HEI) is a misguided culture and quality.


"Malaysia HEIs were listed with those from the United Kingdom,the United States and Australia because Malaysian spoke " a bit of English" while the much better HESs in Japan and Europe were non-English speaking countries.


"The true measure of succes should be your students quality. If chasing of ranks is being pushed ,the quality of teaching will decline because lecturers' main concern would be to produce impressive research papers and not teaching their students."


Anuwar noticed how graduates would tell people that they came out of " just  a local university," instead of proudly saying that they were the product of University Kebangsaan Malaysia,Universiti Malaya or Universiti Putra Malaysia.


The are 80,000 of our studens studying overseas and these are the best students from  our schools.



"They are probably studying in mediocre overseas college when they could be in the best of our own HEIs.


Langkah sebaiknya untuk memulihkan imej dan nilai Sekolah Kebangsaan, ialah dengan perlaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan menjalankan apa juga langkah drastik untuk meningkatkan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar ( Umpamanya mewajibkan berbahasa Inggeris di kelas tertentu) tanpa perlu menghapuskan Sekolah Aliran Kebangsaan.

Saya diberitahu oleh orang penting dari parti Gerakan yang ikhlas dan jujur "Inilah yang paling di bimbangi oleh sekolah-sekolah Cina" tetapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Kho Tsu Koon menyatakan kepada saya dalam suatu penerbangan ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur ketika saya menjadi menteri penerangan "Kita mesti mempertahankan Bahasa Ibunda Kita" ketika cadangan mengInggeriskan matematik dan Sains sedang hangat diperbincangkan tetapi saya faham "Bahasa Ibunda Kita" yang dimaksudkannya bukannya bahasa ibunda negara ini.




30 comments:

  1. Sultan yang berkuaso itu sobonar eh dah digula2kan olih bintang WCW .

    WCW ni dari dolu lai oghang kuek DAPig yang anti melayu . Modus operandi WCW ni cukup licik . Dio pasang Trojan horse dalam bentuk " voice of moderate " , lopeh tu dio guno oghang2 lomah agamo dan lomah semangat melayu untuk balun oghang melayu .

    Artikel yg keluar dari surat khabar WCW tu sumo berunsur balon melayu . Dio jugo promosikan melayu2 yang dah dipsychokan .

    Cubo pikir ponahtak WCW ceritokan tontang syarikat2 bukan gomen yang hanyo ambik oghang bukan melayu . Pengurusan syarikat2 ini 90 % dipenuhi oghang bukan melayu . Yg 10 % tu untuk wayang .

    Api nak dikato , Sultan yg " berkuaso " tu duduk atas permaidani empok . Bilo dibelai olih oghang macam WCW tu .. tidor leno lah dio .

    All For Nazri .
    Waghih.

    ReplyDelete
  2. Tuan.posting yg akademik.tapi terdapat pertindihan banyak ayat yang di ulang ulang.APA pun selamat menjalani ibadat puasa.

    ReplyDelete
  3. Kita harus melihat 'cause and effect' dari polisi yg dijalankan. Dengan Malaysia memerlukan pelabur luar melabur di Malaysia, kemampuan bahasa inggeris harus dipertingkatian. Apa akan jadi kalau Petronas, Proton dan GLC yg lain tiada di Malaysia? Harus diakui bahawa rata2 anak2 Melayu memang lemah dalam Inggeris kalau tidak gesaan mengajar ilmu hisab dan sain tentu saja tidak akan timbul. Tapi tidak mengapa kerana Kerajaan dan GLC akan sentiasa membuka peluang pekerjaan kepada lepasan2 sekolah yg lemah bahasa inggeris mereka kerana ini tidak penting.

    ReplyDelete
  4. Tun M's solution is the best - PPSMI. Unfortunately it was cut short by orang2 yang berkepentingan. What a waste! Another good idea of Tun M is Sekolah Wawasan. Too bad there are too many racists among us to let the idea being implemented. So now we reap what we sow. Malaysians are more divided. Sekolah Kebangsaan is turning to Sekolah Agama. Our kids macam katak bawah tempurung. Can't communicate with people other than their own group.

    Sultan Johor's solution may not be the best. It is almost impossible to implement. I can imagine the objection!! Unsurmountable I'm sure. BUT we can partially implement it. Have SRJK (English). Those parents who think their kids can handle being taught in English can send their kids there. Start small, have one or two schools in urban area first. Then expand if there are more demands.

    Bottomline, give rakyat choice since majority can't afford to send their kids to private schools. Oh and less religion in schools please!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ano 1005
      Ide tuan itu bagus kalau dapat dilaksanakan. Saya fikir terdapat ramai orang yang tertutup fikiran yang akan menentang ide ini.

      Delete
  5. Bahasa melayu boleh bawa kemana? Anak2 menteri, cucu cucu menteri semua international school..Muhyiddin is a failed education Minister as well.

    ReplyDelete
  6. Dalam bidang perubatan, UKM berjaya menghasilkan doktor berkualiti baik sebab lebih 90% pengajaran dan bahan adlaah dalam Bahasa Ingeeris. Sekirannya mereka menggunakan bahasa Melayu, sudah mereka lama mampus dan bungkus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazmi bekas UKM21 June 2015 at 17:40

      Artinya mereka mampu untuk ikuti kuliah walaupun asalnya dari pengantar Melayu tetapi harus diingatkan bukan semua kurus perubatan dalam bahasa Inggeris. Itu sebabnya doktor bukan Melayu dari UKM pandai menggunakan isitilah-istilah perbauatan dalam BM bila bercakap menerusi TV.

      Delete
    2. 'perubatan' kot yang Tuan doktor maksudkan dengan 'perbauatan',......atau maaf, saya yang tersalah anggap kerana ini istilah perubatan dalam BM?

      Delete
  7. Saya setuju dengan anonymous 10:05. Mengembalikan SRJK (English) dalam sistem sekolah nasional di mana kejayaan nya telah terbukti, kenapa dihapuskan sesuatu yang telah melahirkan ramai professional Melayu? Biarlah ibu bapa memilih yang terbaik untuk anaknya sementelah lagi kos pendidikan sekolah antarabangsa sangat tinggi. Saya lulusan SRJK Inggeris, masuk UKM berpeluang bekerja dengan kerajaan dan conglomerat cina, melanjutkan pelajaran lebih tinggi, dan menetap di timur tengah bertanding dengan professional antarabangsa. Ini memberi pendedahan yang bukan semua lulusan tempatan dapat nikmati. Pengalaman dalam negara yang aman dan merdeka di zaman Tun Dr Mahathir, meletakkan saya dan mungkin ramai lagi golongan professional, sentiasa berada di atas dari segi kebolehan dan kepakaran setanding dengan professional dari US dan UK. Saya berani katakan sistem persekolahan kebangsaan kita gagal setelah sekolah cina dan tamil dikekalkan manakala sekolah aliran inggeris dihapuskan, Sistem ini gagal menyemai perpaduan kaum, hasilnya lihatlah sikap dan prejudis sesama kaum di negara ini. Rakyat bukan Melayu masih gagal menguasai bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan. Saya juga kurang yakin dan masih skeptikal samada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 yang baru dilancarkan dapat mengubah landskap pendidikan negara kita dan mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan ilmu dan kemahiran belia kita. Setahu saya Najib belum dan tidak pernah lagi berjaya dalam apa bidang pun. Yang nyata setiap program nya telah transform Malaysia kebelakang menjadi negara dunia ketiga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju dengan Tuan,....dasar transformasi hanya indah khabar dari rupa.Hanya orang yang jahat sahaja berniat untuk memadam apa yang dibangunkan oleh Tun Mahathir.Orang sebegini langsung tidak ada jati diri,apatah lagi ingin membangunkan negara.Dasar yang sangat tidak konsisten,yang hanya membawa kita bergerak laju ke belakang dalam sekelip mata.Hebatkah seorang pemimpin yang hanya dikelilingi oleh hulubalang seperti Ali Tinju (bukan Muhammad Ali peninju legenda tu)?

      Delete
  8. panglimo potaseh21 June 2015 at 15:10

    Saranan Sultan Johor untuk guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan memacu perpaduan, jika dilihat secara serius agak dangkal bunyinya.

    Apa yang kita hendak lagi dengan BI ... kehidupan kita seharian sarat dengan BI, dulu dekenali sebagai bahasa penjajah, bahasa kafir dan sebagainya. Di TV sarat dengan BI, papan tanda BI, nama taman dan bandar pun nama Inggeris, Bayangkan di Sungai Buloh ada sebuah taman perumahan diberi nama "Notting Hill", bayangkan macam mana nama ini boleh diluluskan?.

    Najib seronok cakap BI. Jabatan kerajaan pun namanya Inggeris malahan ada usaha untuk guna BI dalam buat laporan dan surat menyurat. Bekas ahli DAP seorang Melayu yang kebelakangan ini kerap kutuk Chedet tak sepatah BM pun pernah terhembur daripada mulutnya yang senget tu. Kalangan beberapa keluarga Istana pun dah berketurunan Inggeris ... abih camno.

    Setakat yang saya tahu sekarang ini Bahasa Melayu telah dihenyak dan dihina dengan sebegitu teruk sekali ... layaknya BM dicakap didepan jamban atau ditapak pembinaan atau di ladang-ladang ... kekadang bertanyo jugo diri ini mengapo Orang Bangla, Vietnam, Myanmar malahan Nigeria lobih fasih berbahasa Melayu daripado Chino Malaysia.

    Itu sebab kaum Cina bertepuk tangan bila Sultan Johor buat cadangan tentang BI. Mereka sanggup buat apapun untuk menghaibkan BM dari Tanah Melayu ini. Walaupun dengan "trade-off" dengan menghapuskan Sekolah Cina untuk Sekolah Inggeris kesemuanya.

    Untuk perpaduan ala Singapura kunonnya ... tapi Singapura peratusan penduduk Cina 80% ... dan kaum Cina ini macam ikan dilautan, walaupun laut itu masin tapi dagingnya tetap manis ... kaum Melayu anda lihat lah sendiri, kadang-kadang mereka segan untuk berbahasa dan berbudaya Melayu, keadaan ini menjadi lebih teruk lagi apabila kaum Cina menolak bahasa dan budaya Melayu secara total.

    Nabi kita suruh kita belajar hingga ke China, Chedet juga suruh kita pandang ke timur dan dalam riwayat Islam Empayar terakhir dunia ini akan meletus di Timur, mungkin juga Tanah Melayu siapa tahu?.

    Kita lihat bagaimana negara timur seperti Jepun dan Korea maju dengan bahasa mereka sendiri, lihat juga negara China, Thailand dan Indonesia yang sedang membangun. Atau cuba kita fikir apa sebab Melayu sangat seronok nonton cerita Korea dalam bahasa Korea.

    Itulah bahasa Melayu semakin terkebelakang malah mungkin akan dijubori. Dulu
    kita ada ramai pejuang bahasa Melayu antaranya Pak Zam sendiri. Saya tak tahu Dewan Bahasa tengah buat apa sekarang ini ... melainkan bangunannya yang semakin tinggi dan berita beli buku harga RM500 dengan harga RM5000 seperti dilapurkan oleh Odit.

    ReplyDelete
  9. saya sekolah kebangsaan, lepas tu ke mrsm, lanjut lagi ke itm. dulu-dulu, bila pi us, ok je. takde masalah komunikasi. saya percaya saya juga berdaya saing macam orang di luar. orang lain beli kad phone untuk hubungi keluarga, saya guna yahoo messenger (free, buleh nampak muka lagi). apa sebenarnya masalah sistem pendidikan kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan.
      Saya berkerja dgn MAS.Buat a/c maintenance.Jurutera ada melayu cina india bengali orang putih pakistan iraq bangla.Semua manual dlm bahasa inggeris seratus peratus.Jurutera melayu langsung tak ada masaalah.Malahan lebih bagus dari orang putih dan bangsa lain.Masaalahnya ultimate goal mereka ialah divide and rule.

      Delete
  10. Ah saya mungkin terlambat dalam perbincangan ini tapi tidak mengapa. Dah lama tak jenguk blog saudara Zam. Harap-harap perbincangan ini masih belum sejuk lagi.
    Saya menganggap keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI adalah tepat. Ya, niat Kerajaan dulu untuk meningkatkan tahap kecekapan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah adalah murni tetapi saya berpandangan bukan itu caranya.
    Sains dan Matematik adalah subjek yang agak sukar jika hendak dibandingkan dengan subjek-subjek lain. Kedua-dua mata pelajaran ini memerlukan daya perhatian dan penghayatan yang mendalam dalam usaha seseorang murid untuk benar-benar memahami subjek berkenaan. Oleh yang yang demikian, bahasa memainkan peranan yang sangat penting. Bahasa yang memudahkan mereka untuk faham sepatutnya digunakan.
    Tujuannya disini adalah untuk membolehkan seseorang pelajar itu untuk memahami subjek Sains dan Matematik. Jika bahasa Melayu memudahkan mereka untuk faham maka gunakan Bahasa Melayu. Jika penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris menyebabkan pemahaman kepada kedua-dua subjek itu tercapai, mengapa berkeras untuk menggunakannya? Bukankah ianya sesuatu yang amat merugikan murid tersebut kerana terpaksa belajar melalui medium yang mereka rasa janggal. Kesudahannya bukan saja tahap kecekapan Bahasa Inggeris mereka tidak bertambah malah mereka juga lingkup dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Keadaan ini pastinya tidak akan terjadi jika seseorang murid itu dapat belajar kedua-dua subjek yang amat penting tersebut dalam bahasa yang mereka rasa selesa dan seterusnya lulus dengan cemerlang.
    Cuba kita lihat pencapaian para pelajar kita di sekolah-sekolah di luar bandar. Nun jauh di pedalaman. Pelajar-pelajar yang dunianya memang di kampung. Tinggal di kampung. Membesar di kampung. Tiada pendedahan dari dunia luar. Dunia mereka hanya persekitaran kampung halaman mereka. Bahasa ibunda adalah bahasa Melayu dengan loghat yang segala macam. Ianya menjadi bahasa perantaraan mereka.
    Mak dan Ayah bekerja sebagai penoreh getah, petani, dan pesawah. Apabila genap umur untuk dihantar ke sekolah, Ibubapa mereka ini akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah berhampiran dengan harapan satu hari nanti anak-anak ini dapat mengubah nasib mereka.
    Bila masuk sekolah, dek kerana dasar PPSMI, murid-murid ini belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Bahasa yang sangat asing bagi mereka. Memang asing. Belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris seolah-olah seperti belajar Sains dan Matematik dalam bahasa German. Apabila guru mengajar di depan, murid-murid ini hanya terlopong dan terngaga apabila mendengar perkataan-perkataan Inggeris yang keluar dari mulut guru mereka.
    Apabila keputusan peperiksaan bagi kedua-dua matapelajaran tersebut keluar, pencapaian anak-anak desa ini dalam subjek Sains dan Matematik amat mendukacitakan. Jika sebelum ini, rata-rata pelajar ini mempu mencapai gred B dan C bagi matapelajaran Sains dan Matematik, namun dek kerana PPSMI ramai pelajar yang mendapat gred D dan E sekaligus merosakkan pencapaian mereka bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.
    Apabila ini terjadi, mereka tidak dapat melanjutkan pengajian ke tahap yang seterusnya. Persoalannya, adakah gred-gred yang diperolehi oleh para pelajar ini menunjukkan pencapaian sebenar mereka dalam kedua-dua subjek tersebut? Bukankah perkara tersebut terjadi kerana masalah bahasa? Mengapakah kita menjadi begitu kejam sekali untuk 'impose' dasar ini ke atas pelajar-pelajar kita di luar bandar?
    Apabila perkara sebegini terjadi, secara tidak langsung ianya telah menggelapkan masa depan mereka dan menutup peluang mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat selanjutnya. Dan mereka ini akan terus kekal tinggal di kampung-kampung seperti ibubapa mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga pendapat saudara yang cukup berhujjah. Saya pun satu masa dulu duduk dirantau pendalaman Trengganu ketika PPSMI dilaksanakan dan telah menyaksikan keadaan murid2 sebagaimana anda tersebut. Hanya saya hendak memesankan beberapa point lain:

      (1) Guru2 yang mengajar PPSMI kebanyakan mereka tidak fasih dalam Inggeris maka penyampaian mereka kurang efektif dan efisien.
      (2) Buku2 teks PPSMI adalah dwi-bahasa dan itu amat baik dari sudut pedagogi.
      (3) Cikgu2 PPSMI terpaksa menyampaikan isi pengajaran subjek Math dan Sains semata-mata dalam bahasa Inggeris (ini di amati oleh inspektor2 Kementerian) - ini saya rasa adalah ciri kekurangan projek PPSMI dimana pengajar dan pelajar berdua-dua kurang fasih dalam Inggeris tapi cikgu tidak di izinkan bertampung penyampaian isi subjek dalam bahasa Melayu.
      (4) Saya dapat tanya beberapa budak sekolah rendah di kampung saya itu - antara ibubapa mereka ada yang petani dan nelayan - mengenai PPSMI dan adapun antara adik2 yang reda dengan penyampaian dalam English juga (demografi Malaysia moden kita di kampung pinggiran kini pun sudah cepat berkembang orang2 muda yang terpelajar di peringkat IPT, iaitu anak2 petani dan nelayan)
      (5) Ramai anak2 desa jika tidak di rangsangkan dengan program PPSMI yang efektif maka mereka akan terus dibelakangkan pada permohonan jawatan kerja pada sektor swasta - kekurangan penguasaan tuturan English adalah kelemahan jitu orang Melayu untuk beberapa dekad kebelakangan kita. Dia tidak akan berkesan dalam sistem ekonomi baru yang bercorak global, dan tertinggal dalam perbincangan sosio-politik yang berkembang dalam masyarakat majmuk Malaysia

      Delete
    2. Pendapat bernas dan berpandangan jauh. Kita mesti wujudkan suatu keadaan keterpaksaan kepada guru dan murid-murid jika hendak memahirkan mereka dengan BI dan juga untuk masa depan mereka. Wajibkan bertutur BI pada kelas tertentu secara tegas atau guru-guru yang pandai berbahasa Inggeris hendaklah bertutur BI dengan murid-murid.

      Jika anak -anak Melayu boleh hadapi cabaran untuk ambil MCE dalam BI walaupun datang dari Sekolah Pengantar Melayu maka kenaapakah anak-anak sekarang yang lebih terdedah pada kemudahan belajar Inggeris(internet) tidak boleh diletakan pada suatu keadaan tercabar. Buang sentimen Melayu yang merugikan.

      Yang sampaikan kita pada taraf sekarang ialah dari pemimpin yang berpelajaran Inggeris tetapi mereka tidak mengInggeriskan kita.

      Delete
    3. Saya cadangkan semua sekolah di'etnikkan' supaya para pelajar tidak merasa 'asing' dengan apa yang dipelajari.Wujudkan sekolah untuk orang klate,ganu,jawa,benggali,iban,dayak,urdu dan macam-macam lagi.Baru budak-budak tidak rasa terasing.Mungkin dengan pemikiran ini pembangunan negara akan jadi lebih hebat?Apakah bahasa menjadi halangan sebenar?Kononnya bangsa Jepun dan Korea boleh maju tanpa bahasa Inggeris.Benarkah hujah ini?Nama pun 'belajar'kan,sudah tentulah pada peringkat awalnya ia ada kejanggalan.Kalau nak senang buatlah kursus di hotel 5 bintang untuk para guru, belajar macamana nak makan budu,tempoyak,sambal belacan,keropok lekor dan setaraf dengannya kerana sudah pasti perkara ini tidak asing bagi kita.Hendak seribu daya.Salut, je m'apelle 'kuat makan budu'.Enchantee de te rencontrer.

      Delete
  11. Mana yg umor 52 kebawah semu dari aliran BM. Tak de masalah pun......... Perkasa kan bahasa malayu tapi mesti juga tau bahasa inggeris. Asyik flip flop policy yg menyusahkan rakyat...... Guru sains and maths dah fasih mengajar dalam bm tiba ada pm cerdik suruh tukar. English entah kemana, maths and sains hancur. perkasakan sekolah kebangsaan, aircond kan sekolah, tambah waktu english and other languages, latih tenaga pengajar, jangan lupa diluar bandar tu...... Saya dari aliran melayu and now ramai mat saleh reports to me.

    ReplyDelete
  12. Salam Tan Sri Zam yang amat saya minati sejak kecil,

    Saya Gen-Y yg membesar di zaman Malaysia Boleh inspirasi Dr. M yg semestinya idola selamanya.

    Saya nak bagitahu, buku Mahathir Bukan Kawan Saya telah "ditemui" akhirnya di MPH, Melaka. Rm25 yang amat berbaloi.

    Ini buku Tan Sri Zam ke 6 yg saya miliki selepas buku tentang Tun Razak, Mahathir sebalik tabir, wira tak didendang, surat dari Mahathir dan pasal Utusan.

    Tan Sri Zam sama Datuk Kadir Jasin mmg kesukaan saya !

    ReplyDelete
  13. Salam Fendy. Bagi saya yang penting dan yang menggembirakan ialah apabila orang membaca buku saya dan saya percaya beberapa catitan dlm buku itu walaupun pernah diterbitkan lama dahulu tetapi saudara belum membacanya. TK

    ReplyDelete
  14. Mereka yang kuat menghentam Dr. Mahathir sebenarnya tidak sedar yang sekiranya mereka ini menceburi politik,mungkin antara mereka ini boleh menjadi PM yang jauh lebih hebat daripada Tun.

    ReplyDelete
  15. http://wankamarul701.blogspot.com/2015/06/penulisan-yang-baik-dan-menarik.html

    ReplyDelete
  16. Terima Kasih Wan. Suatu sudut pandangan yang lain dan adil. Saya telah melawat blog anda.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih Tan Sri kerana melayari blog saya. Sekadar berkongsi pandangan mengenai penulisan Tan Sri yang mempunyai kelainan tersendiri... =)

    ReplyDelete
  18. Bila DYM Sultan Johor mengemukakan cadangan The Star, The Edge dan NGO2 yg mempromosi BI seolah-olah mendapat nafas baru dalam perjuangan mereka. Ceritanya diulang-ulang setiap hari dengan tujuan mempegaruhi rakyat. Diharap pemimpin yang ada sekarang berpegang teguh dengan polisi yang ada. Jika kerajaan bertukar tangan dapatkah ini dipertahankan lagi. Sama2lah kita renungkan.

    ReplyDelete
  19. Wow, that must have really hit a sore spot! Else why the impassioned defence of the status quo?

    I have no qualms about posting this in English. Much as I have no qualms in stating that your arguments are a load of poppycock.

    Let's cut to the chase, shall we?

    Are the products of the national education system truly employable in an open free-market economy where a premium is placed on language capabilities, skills and technical abilities?

    Why is it that Singapore's workforce is consistently ranked as being among the best in the world? Could the Singapore education system (which Singaporean Malays participate in) be a contributory factor?

    It's a tad surreal to claim that university rankings don't matter in the overall scheme of things. I suppose, given your arguments, there is no advantage for Malaysians to study at Harvard, Cambridge, Oxford or MIT than if they were to study at UM, UKM, USM or UiTM?

    If that is the case, then the government should impose a hiring quota on the private sector (including the SMEs, MNCs and foreign investors) to hire X% of local graduates every year. While they are about it, why not impose mandatory hiring quotas based on race/ethnicity?

    If you are so convinced about the merits of the national education system and our local universities, that should be the way to go, isn't it?

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Singapore education system did not also produce government officials with creative accountability skills?

      http://www.tremeritus.com/2015/06/25/the-largest-financial-discrepancies-in-spore-ever/

      Delete
  20. Menjawab pandangan Tebing Tinggi:

    Pertama sekali saya harus menegaskan ramai dari produk Sistem Pelajaran Kebangsaan Malaysia yang telah di terima dalam free market economy di US, UK dan di negara-negara Timur Tengah selain dari yang pulang berkhidmat dalam negara.

    Diantara mereka ialah Doktor , Jurutera dan bidang koporat. Yang tidak ada dalam pasaran ini ialah anak-anak di luar sistem iaitu Sekolah- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
    Ramai doktor dari UKM dari kalangan kaum Cina yang diterima berkerja di Singapura. Sila dapatkan datanya dari UKM atau Kementerian Pelajaran.

    Yang terpenting sekali ialah Sistem Pelajaran Kebangsaan telah membantu mengimbangi ketidakseimbangan dalam bidang profesional antara Melayu dan Cina di Malaysia.Ribuan graduan Melayu dari UITM akan terus mengisi keperluan ini dari masa ke masa.

    Di Singapura sekarang anak tempatan yang diagungkan sebagai workforce yang berkualiti terpaksa bersaing dengan pegawai dagang untuk mengisi bidang tertentu demi survival dan masa depan Singapoura. Untuk apa kemegahan rating jika keperluan dalam negara sendiri tidak dapat diberikan kepercayaan untuk diisi oleh anak negeri.
    Ini adalah bukti bahawa orang Cina menderita perasaan Imferiority Complex dengan orang kulit putih sehingga LKY menutup Sekolah Cina kerana Bahasa Cina bukan bahasa ilmu dan Spore di Inggeriskan.

    Ramai produk dari Sistem Pelajaran Kebangsaan yang melanjutkan pelajaran ke koleg- koleg Perubatan terutama di Dublin dan lain-lain koleg yang ternama di UK dan US.

    Apa yang dibincangkan oleh ZAM ialah pelajar dari SPM atau Sistem Pelajaran Kebangsaan telah dapat menjawab cabaran untuk mengikuti kursus -kursus dalam Bahasa Inggeris di luar negara dan jumlah semakin ramai .Keadaan telah bertambah baik sekarang.
    Kita keluarkan yang berkualiti dan yang tidak berkualiti.

    Masalah besar ialah orang Cina tidak dapat menerima Sistem Pelajaran Kebangsaan kerana mereka merasa sebagai bangsa yang berbudaya tertua di dunia tidak boleh berada pada kedudukan yang lebih rendah dari pribumi.Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.Semakin lambat mereka sedar semakin baik untuk kita.
    Inssalah UKM, UM ,USM dan UITM akan meningkat dalam ranking antarbangsa tetapi kita tidak boleh fanatik seperti orang Cina .Masalah utama kita ialah mengisi keperluan tenaga dalam negara dan menyelesaikan masalah ketidakadilan sosial yang masih wujud di bidang pekerjaaan. dengan apa cara sekalipun terpaksa impose a hiring quota on the private sector kerana sikap prejudis syarikat-syarikat Cina.

    ReplyDelete
  21. Bravo! Tuan.
    Your comment is really SPOT ON.Biarkan si luncai terjun dengan labunya.

    ReplyDelete