Wednesday, 3 June 2015

TOK GURU HADI PERLU KAFIRKAN ANWARINAS UNTUK BERSIHKAN PAS

PAS BERSIH DARI ANWARINAS
KOMEN 5 JUN 2015
TOK GURU HAJI HADI TAK PERLU LAGI  KAFIRKAN   MUSUH DALAM SELIMUT KERANA  ANWARINAS TELAH DIBERSIHKAN SAMASEKALI  DARI PAS.CARA PEMBERSIHAN HADI LEBIH DEMOKRATIK DARI UMNO YANG MEMERLUKAN TINDAKAN PENYINGKIRAN.

YANG TINGGAL DALAM PAS SEKARANG HANYA PEJUANG-PEJUANG ISLAM  SEJATI. MAKA PAS TIDAK LAGI BOLEH BERKAWAN DENGAN DAP KERANA ADA BAHAYA KAFIR DARI JENIS LAIN PULA AKAN MENYUSUP. BELAJARLAH DARI PENGALAMAN-TAN MELAKA.


Sewajarnya Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mengkafirkan musuh dalam selimut  bagi membersihkan Pas dari kecemaran imej dan maruah akibat penyusupan anasir -anasir- asing sehingga berjaya  menyelewengkan prinsip perjuangan Negara Islam Pas  kepada Negara Kebajikan.

Ini adalah penting kepada Haji Hadi untuk menjadikannya sebagai  ucapan dasar perasmian Muktamar Pas ke -56  bagi mengembalikan ketokohan  dan auranya k sebagai tokoh besar ulama Pas yang terbina dan terbilang  diatas keberanian dan keceluparannya mengkafirkan orang Islam yang tidak sejalan dengan doktrin Islam Pas.

Sekadar menunjukan hasrat untuk kembali kepada Negara Islam dengan  hukum hudud belum cukup untuk memulihkan maruah kepimpinan ulama tanpa kesanggupan  mencantas Anwarinas dari Pas dengan memisahkan mereka sebagai gulongan taghut,  murtad dan kafir.

Ini sewajarnya dilakukan oleh kerana mereka mempunyai fikiran secular,profesional dan realis yang liberalisme mereka  lebih hebat jika dibandingkan dengan  kepimpinan UMNO dari sejak Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman sehingga sekarang.

Jika kerana nafsu merampas kuasa   Haji Hadi  sanggup dipergunakan oleh gulongan Anwarinas untuk menyingkirkan gulongan ulama progresif dan dinamik dari Pas  maka sekaranglah masanya untuk beliau menunjukan kepada seluruh ahli Pas kesungguhan dan keikhlasan  membersihkan semula imej Pas dengan pengkafiran mereka ini.

Hadi mesti meyakinkan seluruh umat Islam khususnya pengikut Pas dan juga bukan Islam bahawa hanya kepimpinannya sahaja yang boleh menegakan hudud di negara ini.

Masalah besar yang dihadapi oleh  Pas sekarang bukanlah lagi ancaman dan halangan dari UMNO tetapi dari musuh dalamannya  yang telah mendedahkan dirinya mereka sebagai modenis  Islam yang sehaluan dengan pemikiran sekular DAP dan PKR.

Haji Hadi sewajarnya mengkafirkan mereka kerana berkongsi dengan keyakinan UMNO bahawa untuk berkuasa di negara ini mestilah berkawan dengan orang kafir.

Cuma bezanya  kafir yang di kawani oleh UMNO adalah kafir yang lebih jinak dan lebih  beradab sopan  dan faham tentang adat istiadat Melayu dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Peperangan terbuka diantara pimpinan ulama dengan Islamis  sekular dalam Pas ini telah mendedahkan dari dekat kepada rakyat Malaysia  bahawa tidak ada ke Islaman dalam perebutan kuasa dunia. Apabila agama menjadi landasan politik maka agama tidak lagi  menggambarkan persaudaraan antara manusia tetapi perseteruan, kebencian dan puncaknya adalah pembunuhan kejam seagama dan sebangsa.

Kebangkitan anasir  IS( Islamic State)  di Malaysia adalah hasil dari benih kebencian sesama Islam yang telah di tanam oleh Haji Hadi dengan doktrin  pengkafiran  sejak Kepimpinan Ulama  merampas  kuasa dari kepimpinan nasionalis Melayu Islam Pas diatas  penghayatan dan semangat revolusi Iran.

Jika UMNO mengharapkan bahawa dengan penerusan  kepimpinan Haji Abdul Hadi maka UMNO akan boleh berkonspirasi dengan Pas maka ini adalah sentimen yang  tidak dikongsi diakar umbi Pas  kerana kebencian mereka kepada orang UMNO yang di tanam oleh pemimpin mereka telah menjadi darah daging dari kejiranan, hingga ke surau dan masjid sehingga mereka menghijaukan tempat ibadat untuk memperkenalkan kelainan Islam mereka.

Prasangka buruk orang Pas terhadap orang UMNO hanya akan dapat dihapuskan dengan Haji Hadis  membatalkan fatwa lamanya dan mengeluarkan fatwa baru bahawa  UMNO tidak lagi  kafir dan yang kafir hanyalah Anwarinas dalam Pas.

Mungkin orang UMNO dan orang Melayu sendiri ingin mendengar suara persahabatan dan persaudaraan dari Datuk Seri Haji Hadi.Apakah terlalu berat bagi Haji Hadi untuk mengesahkan pransangka buruk  Lim Kit Siang (DAP) dalam memileh jalan baru kearah kuasa ?




14 comments:

  1. Kalau Hj Hadi buat seperti yang Zam suruh, Hj Hadi pula akan dikafirkan oleh orang PAS!

    ReplyDelete
  2. INI BUKAN IKHTILAF

    Tak payahlah Ketua Pemuda Pas nak Islamkan krisis dalaman Pas dan juga dengan DAP dan PKR dengan menggunakan istilah Arab Ikhtilaf. Ini adalah krisis sebenar paling besar yang sedang dihadapi Pas.

    Tak usahlah Ketua Pemuda Pas berlakon macam dalam Pendekar Bujang Lapok. Ini betul-betul krisis .Bukan Cubaan. Mengakui krisis adalah krisis adalah lebih baik dari menutopnya dengan pembongan dan kekeliruan dengan menggunakan istilah-istilah Islam.

    Ingat ini betul-betul krisis bukan cubaan . Ini betul-betul bukan cubaaan.

    ReplyDelete
  3. Satu pandangan yang tepat dan Hadi umpama meludah keatas dan sekarang air liuk jatuh kat muka sendiri..

    ReplyDelete
  4. Politik punya fasal kafir mengkafir sesama Islam. Dulu UMNO dikafirkan, sekarang berlaku dalam PAS sendiri. Budaya busuk PAS ini bukan budaya Islam. Budaya Islam adalah orang Islam menyokong sesama Islam. Kalau orang Islam menyokong puak kafirun maknanya ia x perlu disokong kerana mengamalkan budaya kafirun.

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya Pas pun gunakan tagline Dulu,Kini dan Selamanya...MustafaAli pun asyik nafi anwarinas ke, dua team ke...kena tunggang dgn DAP ke...yang penting matlamat untuk dapatkan kuasa...sanggup gunakan agama sebagai topeng demi cita2...semenjak Dulu,Kini dan Selamanya...

    ReplyDelete
  6. re: "Prasangka buruk orang Pas terhadap orang UMNO hanya akan dapat dihapuskan dengan Haji Hadi membatalkan fatwa lamanya dan mengeluarkan fatwa baru bahawa UMNO tidak lagi kafir dan yang kafir hanyalah Anwarinas dalam Pas."

    Tapi Haji Hadi adalah bermazhab Hanbali-Wahhab, beriktikad bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah "berjisim dan bertempat" ikut percayaan Sheikh Ibn Taymiyyah, yang telah mengkafirkan sesama Muslim yang tidak berpendapat serupanya. Ketahuilah bahwa penganut "mujasimmah" dan "mutasyabihhah" semacam Hadi ini telah berdosa besar kalau dia tidak bertaubat: Zat Allah tidak ada permulaan atau kesudahan dan kekal abadi - tidak sekali bersyubahat dengan sifat makhluk yang lahir dan mati, berjisim dan bertempat. Hadi Awang dan Nik Aziz telah mengkhianati iktikad Ahl Sunnah wal Jamaah, pegangan orang mukmin Melayu Nusantara berkurun-kurun.

    Allahumma salli ala Nuril Anwar, Sayyidina Muhammadin wa ala ali baitihi at-tayyibin wa al-mukramin, wa sahbihi, wa barik wa salaam.

    ReplyDelete
  7. Kita harap umat Islam Melayu di Malaysia agar kembali kepada ajaran Quran yang sebenarnya.

    Fahaman ala PAS tidak terdapat di dalam Quran. Hudud ala PAS lagi tidak ada. Kalau cari dalam Bible cubalah ... hukum rajam sampai mati ada dalam Quran???

    Quran tidak pernah ajar mengkafirkan orang lain. Quran suruh kita bersifat adil dan saksama, bantu anak yatim tidak kira anak Melayu, Cina, India atau Dayak. Bersifat kasih sayang sesama manusia.

    Quran suruh kita mengkaji alam angkasa raya/astronomi/astrofiziks/ kosmologi dsbnya. Maju dalam elektrikal. Jangan sampai rumah ala pondok anak hafaz Quran senantisa menjadi mangsa kebakaran.

    Quran suruh kita maju sebagai insan, maju sains teknologi, bukannya maju ceramah sumpah seranah orang lain apalagi mengkafirkan.

    Sekadar renungan tukang sapu di jalanan.

    ReplyDelete
  8. Selagi perlembagaan negara berpaksikan sistem sekular tajaan piawagam PBB, selagi itulah hukum hudud tidak akan praktikal. Ketahuilah...Piawagam PBB (United Nation Charter) tidak nenobatkan Allah sebagai Yg Maha Kuasa tapi US, UK, China & Eropah yang berkuasa. Hanya sistem Khulifah saja yg mampu menumpaskan kemusykiran dan ... Ianya hanya mampu dilakukan (pasti BUKAN ulama Pas) oleh Imam Mahadi dgn bantuan nabi Isa as.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pasti bukan Abu Bakar al-Baghdadi ISIS yang sahih bergelar Khalifah Rasulullah - sebab al-Baghdadi pemerintahannya terlalu zalim dan fanatik pengikutnya.

      Delete
  9. Alquran tidak pernah mengajar kita mengkafirkan orang lain tetapi Alquran memberitahu kepada kita siapa orang2 yang SESAT dan orang 2 yang Allah MURKAI.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kafir it dalam bahasa Arab, Dalam bahasa Melayu-nya ialah orang-orang yang tidak percaya atau menolak Allah dan Al-Quran.

      Delete
  10. Oghang kita (Islam) sepatut nya balik ke gagang. Islam itu mengajar kita menjadi umat yang baik dan terbaik di kalangan manusia.

    Semua terbalik jika ikut cara Pas ! Bila hendak sedar oun tidak pasti. Professional ke, ulama ke, mereka boleh sahaja bersama jija kafirun dan munafik (parasit) di tendang keluar, seperti TS katakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah wah! Terkeluar tingkah laku biadapnya dari hati dengki berdendam! Senang saja mengkafirkan orang Muslim lain sehingga dirinya sendiri seumpama maksum!

      Delete
  11. Kerja kafirkan orang Islam yang lain memang kerja "Ulamak" pun, tak kiralah mereka dari parti mana pun.

    Jadi cuba kira balik berapa kah bilangan orang Islam yang masih Islam dan berapa pula yang masuk syurga.

    ReplyDelete