Monday, 1 June 2015

PM MESTI CABAR SEMUA MENTERI SERTAINYA SERANG BALAS MAHATHIR

JIKA HANYA SAMPAH MENYOKONG MAKA  NAJIB AKAN TENGGELAM DALAM TIMBUNAN SAMPAH

Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak akan dapat mengetahui siapakah anggota kabinet yang sebenarnya tulin,tulus ikhlas menyokongnya menangani  1MDB dengan mencabar mereka meletak jawatan. Mustahil mereka akan berbuat demikian.

Sebaliknya beliau  mestilah mencabar mereka supaya tampil  kehadapan menyerang balas Tun Dr.Mahathir   di TV3 dan di akhbar - akhbar  seperti yang dilakukan oleh Pengerusi  BNBC Sharir Abdul  Samad atau Presiden Mubarak Abdul  Aziz  Abdul Rahman.

Ketua Pemuda UMNO  Khairy Jamaluddin,Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yasin, Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan  Shafie Afadal sepatutnya telah mendahului Sharir Samad dalam berbuat demikian dan dengan itu tidaklah Najib berada dalam krisis keyakinan diri yang amat runcing.

Anggota-anggota  sepatutnya sedar serangan balas Sharir Samad tidak bagitu berkesan kerana beliau diketahui umum  sebagai  sedarah,sejiwa, sebulu dengan Musa Hitam  menyimpan dendam kesumat sekian lama terhadap Tun  Mahathir.

Dan sokongannya juga tidak dilihat sebagai sokongan generasi muda seperti  sokongan yang terlihat  kepada Tun Mahathir sekalipun beliau sudah tua.

Yang jelas kera[ terpampang di akhbar-akhbar perdana  dan di TV 3 menjadi suara berani menyerang balas Tun Dr.Mahathir bagi mempertahankan kepimpinan  Najib dalam masalah IMDB  terdiri dari  orang-orang yang sudah hilang authoriti dan integriti, yang menyeleweng dari parti asal atau dari parti yang sudah bengkrap,orang yang  tidak lagi  diterima bukan sahaja oleh  rakyat biasa tetapi dipandang serong oleh orang UMNO sendiri.

Juga menjadi persoalan besar mengapakah Ahmad Zahid Hamid Naib Presiden No1,eorang yang paling popular dalam parti tidak jelas pendiriannya.

Jika hanya  sampah-sampah  yang jelas menyokong maka akhirnya Najib akan tenggelam dalam timbunan sampah. Maka itu eloklah dari meletakan jawatan yang akan memecahkan belahkan parti dan kerajaan maka seorang demi seorang menteri kabinet muncol di TV3 menyerang balas Tun Dr. Mahathir.

Janganlah  biarkan  Najib kelihatan oleh rakyat kesaorangan dalam perjuangan mempertahankan diri sekalipun beliau telah mendakwa di Perlis beliau tidak kesaorangan.

29 comments:

  1. Salam Tan Sri,

    Saya cuma nak minta pendapat Tan Sri, pertelingkahan antara Datuk Seri Najib dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ini kian meleret, selain dari Najib meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, adakah tidak ada cara lain untuk mendamaikan kedua-dua pihak?

    Zaidi,
    Naka Nambua, Padang Terap.

    ReplyDelete
  2. Saya tak faham logiknya.

    Kalau 1MDB tu idea kabinet and mereka juga yang mentadbirnya dari mula, maka amatlah munasabah untuk memaksa mereka bertanggungjawab. Tapi itu bukan hakikatnya. 1MBD adalah ciptaan dan idea Najib. Dan dia sendiri yang mentadbirnya sebagai PM dan menteri kewangan. Sekarang apabila1MDB menghadapi masaalah dia hendak memaksa seluruh kabinet menyokong dia. Bagi saya itu perbuatan seorang pengecut dan tidak bermaruah. Dia yang sepatutnya menawarkan untuk letak jawatan sebagai tanda yang dia tidak lari dari sebarang tanggungjawab.

    Dahlah hari tu dia menggunakan nama Sultan Pahang, kemudian mengambil orang macam tunku untuk membuat kerja kerja kotor dia menghentam Tun, sekarang ini pula. Semakin hari perbuatan dia semakin memualkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Dulu diam2x buat, sekarang dah demam 1 badan, nk suruh orglain pikul sama tanggungjwab? Bangang punya olang....
      pandai makan, pandailah cuci taik sendiri.

      Delete
    2. Sharil Samad punya otak macamana tak macam nie ya. Jelas 1MDB itu 'brainchild' najib. Najib sekarang memerlukan Nasib pulak untuk menyebelahinya.....

      Delete
    3. Respon kepada Albi : 1 Jun 2015 at 12 : 18.

      Tak payah nak heran dengan keadaa tersebut :

      "Kalau 1MDB tu idea kabinet and mereka juga yang mentadbirnya dari mula, maka amatlah munasabah untuk memaksa mereka bertanggungjawab. Tapi itu bukan hakikatnya. 1MBD adalah ciptaan dan idea Najib. Dan dia sendiri yang mentadbirnya sebagai PM dan menteri kewangan. Sekarang apabila1MDB menghadapi masaalah dia hendak memaksa seluruh kabinet menyokong dia."

      Sebenarnya doktrin sebegini bukan baru dan bukan setakat lama dah tetapi dah LAPOK, cuma di Malaysia (yg kononya bakal menjadi Negara Maju @ masyarakat maju) yang masih tak faham atau buat-buat tak faham dan lebih kronik jenis tak boleh nak faham.

      Doktrin ini berlaku dah jadi darah daging pada semua peringkat. Peringkat pentadbiran Negara, Negeri, Kementerian, Jabatan, organisasi, setempat, kampung dan sebagainya

      Apabila yang di atas (berkuasa) nak tersepik atau DAH TERSEPIT, maka yang bawah, di bawah dan terbawah/terkebawah akan dipalit. Silap-silap yang di atas akan 'cuci tangan'.

      Kalau di Jabatan pun memang macam tu. Dah banyak contoh berlaku. Sebab tu lagu Bangau Oh Bangau tercipta.

      Tapi bagi saya, lagu Bangau Oh Bangau lebih bagus kerana pengakhiran lagu ada 'PENAMAT'nya dengan si Ular dengan gentleman membuat pengakuan.

      Tapi dengan Bongok Oh Bongok atau Bahlul Oh Bahlul, lagunya tak ada penamat dan terhenti dengan begitu sahaja. Tak tau dimana penamatnya...

      Heheheheeeeee , Hahahahaaaaaa : LOL.

      Delete
  3. Bangsawan yang wujud kebenaran itu perwatakannya lain daripada bangsawan kelahiran saja. Hakikat utamanya adalah ia seorang yang berakhlak mulia yang amat berasa berat untuk membebankan orang lain dengan hal ehwal sendirinya.

    ReplyDelete
  4. najib tak payah nak suroh orang letak jawatan. dia yang sepatutnya undur kerana kami dah bosan dengan telatah dan tingkah lagu dia yang perasan disokong.

    ReplyDelete
  5. Saya fikir Umno akan kalah dalam pilihan raya akan datang kerana ke-sombongan Najib. Dia bukan sahaja tidak mahu menjawab soalan-soalan Mahathir tetapi juga telah mengunakkan orang-orang yang telah di-ketahui tidak ber-integriti untuk menyerang Mahathir. Kenapa mesti mecari kesalahan lama yang telah di-ketahui tidak penting dan tidak akan menjejas negara? Kenapa tidak mencari kesalahan yang sedang berlaku yang akan menjejas rakyat dan negara di-masa terkini dan di-masa hadapan? Kenapa kesilapan yang sedang berlaku di-biarkan sahaja? Saya fikir ramai yang telah tahu bahawa jawapan yang di-cari cari hanya akan dapat di-jawab jika Najib di-kalahkan dalam undian pilihan raya. Masa itu Najib terpaksa memberi jawapan kepada pertanyaan Mahathir dan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Tan Sri Muhyiddin telah jelas tidak bersama dengan Datuk Seri Najib. Dia mahukan anggota Lembaga pengarah 1MDB di siasat polis dan letak jawatan sedangkan Najib mahu disiasat dahulu. Maka itu eloklah Muhyiddin letak jawatan dan beri peluang kepada Shahrir Samad untuk gantikannya mewakili Johor.

    ReplyDelete
  7. Seruan Najib mesti disambut oleh semua menteri untuk menampakan kesepakatan Kabinet. Jika tidak nampak Najib dalam keadaan bertahan kesaorangan. Dalam perjuangan jika berada dalam keadaan bertahan tidak akan menang sebaliknya dianggap oleh musuh sebagai lemah dan menunggu masa untuk menyerah kalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..... ada aku (menteri lain) kisah?
      yamseng jer buat derk...
      Lu tanggung lah sorang2 najib...
      depa bukan takut pun ngan hang punya amaran.
      Ada ubi ada batas....
      Ada time lu pulak kena pulas.
      INI POLITIK LAH.... SIAPA KENA TAJI, SIAPA MENAJI... TUNGGU JER.
      JANGAN KONFIDEN SANGAT BRO.

      Delete
  8. Lebih baik jika pendekar bugis ni saja yg berdebat dgn Tun Dr M.

    Biar rakyat sendiri saksikan siapa yg tenang dan berilmu dan siapa yg berpeluh ketakutan.

    Ada berani kah wahai pahlawan bugis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan tak berani? TDM dah 90 tahun lebih.Tolak sahaja boleh jatuh.

      Delete
  9. Najib must know that no ministers would quit now. If you look at the people appointed as ministers, half or perhaps more have got poor showing of support during the GE. Some are even considered not relevant in today's needs of governing the ever smarter population. Therefore, even if it was true that happened during last Friday meeting, it is an act of "syiok sendiri" for Najib to gain the bragging rights that the entire cabinet is with him. But is that the case ? You decide.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Some of them are not bangang, jemuan, nor kangkung types ..... he should have asked all those who are not "syiok sendiri" to raise their hands when the parliament convenes.

      Delete
    2. What did the trash can say to the garbage collector?

      If I'm too stinky you can always reject me - but remember you get paid because of my existence.

      Delete
  10. Sekali pandang macam dah buang tabiat je Najib ni. Jarang seorang PM bersikap macam ni. Teringat pulak allahyarham Tun Razak meninggal semasa berkhidmat.
    Sesiapa boleh mati bila dah sampai ajal. Yang hidup pastikan pulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pun akan kena serangan jantung,.......kuat makan, mee kari 3 pinggan.... dah semakin merapu.

      Delete
  11. Mungkin Najib kurang melayunya bila tak faham bahawa yang terbilang tidak bersuara keranan mereka setuju dengan Tun Mahathir.
    Mungkin Mahathir faham kekurangan melayu Najib lalu dia cakap secara direct "saya menarik balik sokongan saya".
    Maybe that is the only sentence Najib will react to (because clueless?)

    ReplyDelete
  12. Sesungguhnya...DSN,seluruh kabinet dan seluruh rakyat wajib berterima kasih kepada TDM. Setelah ditegur dan diasak oleh TDM..baru kita semua sedar :
    1.Sebenarnya 1MDB ada masalah bukan seperti yang diwar-warkan sebelum ini...semua dalam keadaan baik.
    2.Sebenarnya harta semasa yang disimpan di bank singapura adalah dalam nilai unit bukan tunai seperti yang dinyatakan dalam parlimen.
    3.Sebenarnya tanah TRX yang dijual kepada tabung haji secara tunai sepenuhnya semasa tandatangan perjanjian jual beli adalah untuk bayar interest yang telah due sejumlah lebih kurang rm180juta.

    Namun..TDM hanya menerima cacian dan maki hamun..ucapan terima kasih jauh sekali.

    Kalaulah TDM tidak menegur dan tidak mendesak...adakah kita semua sedar apa yang berlaku..sedangkan kabinet sendiri pun sehingga kini masih kelabu dengan apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  13. Apa ni TS, macam batu api je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batu api tak apa jangan api, yang sedang membakar agama dan bangsa sendiri.

      Delete
    2. Lu silap tempat mau tenggek.pi lain tempat la...

      Delete
  14. Ni bukan batu api, ni batu yang macam nabi Daud pakai nak baling kepala Goliath. Keras kepala, goliath ingat dia besar berkuasa banyak duit dan pengaruh dia boleh tipu niaya org suka hati.
    Inilah batu gemala sakti. Yang kuat gagah pastikan mati.

    ReplyDelete
  15. Shahril Samad ni dulu menteri, sekarang ni jadi wakil rakyat biasa je.
    itu yang dia meroyan tak tentu pasal. Ini semua pasal gila nak jawatan balik la...

    Buat apa sahaja janji dapat jawatan. Sesetengah orang memang mempunya agenda tersendiri.

    Adik dia Khalid Samad pun dia gagal nak menyakin perjuangan UMNO. Macam mana nak yakinkan semua org..

    ReplyDelete
  16. Let me write in BM for a moment although I express myself much better in English.

    TS Zam bukan batu api. Sebaliknya saya hormat kepada beliau, TDM, Tony Pua, Rafizi Ramli dsb kerana mereka berani bersuara dan memberi analisis di dalam Negara manakala ada seorang tu pulak yang berbuat demikian dari luar Negara. Ya, memang tidak salah sebab ramai lagi yang berbuat demikian. Kalau analisis kamu sudah berpihak kepada najib dan kerajaan BN, tidak kira tepat atau sebaliknya, mengapa tidak mahu dipijak bumi ini ? You do not have to answer. You do not owe anyone an answer. This is the question that we ask. That's all.

    ReplyDelete
  17. Dear all,
    I’m curious until today no one has asked where is these so call 13 power plant & 2 desalination plant located at.Normally in the audited account there will be a listing of assets which will include the name of assets/company, location & shareholding in the company/assets.
    The auditors then will verify whether these assets/company really exist. Now days public also can check online who own companies, who are their major shareholder and directors. If these information is made known to the public, the rakyat themselves can verify where the money goes.It is very simple unless you have something to hide.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The obvious and straight questions have been asked many times. But if the person does not give straight and the obvious answers, what do you do ?

      Delete