Sunday, 7 June 2015

CARA PAS BERSIHKAN ANWARINAS LEBIH DEMOKRATIK DARI UMNO

Untuk terkini dengan zamkata sila ikuti twitter@zainudinmaidin 
BUKU POLITIK ANWAR IBRAHIM DI LAMBARAN TERAKHIR

Cara Pas membersihkan  Anwarinas dalam parti  adalah lebih  demokratik   dari cara UMNO yang   menggunakan stratiji  penyingkiran  yang mengakibatkan perpecahan dalam parti.

Walaupun  berimejkan  militan dan pelampau tetapi  Pas dapat melumpuhkan  samasekali  gulongan ini dengan cara yang lebih berhemah, berdisplin dan bertahluf seperti menarik benang dalam tepong,tepong tidak berserakan.

Malah  pengakhiran tindakan pembersihan ini  berlaku dengan  indah sekali apabila seorang demi seorang Anwarinas di berikan  peluang  berucap.

Seorang mengenang kembali zaman permulaan perjuangannya dalam Pas sambil menangis,seorang lagi mencurahkan perasaan dia disalah mengertikan dan Mat Sabu  membawa lagu irama "Selama Tinggal Bungaku" dalam seni kata ciptaannya sendiri yang menyayat hati dalam harapan berjumpa lagi.

Dengan pembersihan ini  dari segi logiknya  maka buku politik Anwar Ibrahim berada di lambaran terakhirnya dalam keadaan beliau  sedang diamankan di Penjara Sungai Buluh dan disamping itu  fajar menyingsing pada kerjasama PFiraunas UMNO  apabila Presiden Pas Haji Hadi mengistiharkan " UMNO bukan " dan bertanya " Apa salah bercakap dengan UMNO?" di akhir Muktamar Pas ke 61.(lihat berita di bawah)

Penyusupan Anwarinas yang berlaku ke dalam Pas adalah sama seperti yang berlaku terhadap UMNO  tetapi  Pas  dapat keluar dari cabaran  ini   dengan imej  mantap dan lebih meyakinkan menerusi proses pengundian berbanding dengan UMNO yang terpaksa bertindak drastik  dan keras dalam situasi politik yang berlainan.

 Penguasaan  hardliner conservative  dari  Dewan Pemuda hingga kepada Dewan  Ulama  dengan gandingan  Datuk Seri  Haji Hadi dan Nik Abdul Nik Aziz,  Pas  mengemukakan  barisan kepimpinan yang ideal, kemas, teguh , bersih dan berdisplin yang akan disegani , digeruni  dan dihormati.

Penampilan barisan kepimpinan ini meletakan Pas pada darjat dan moral yang tinggi dalam arena politik tanahair  setelah menerima penghinaan  dari  DAP dan anasir anasir penyokong Anwarinas dalam Pakatan Rakyat.

Tidak heranlah jika supremo DAP Lim Kit Siang telah mengistiharkan bahawa Pakatan Rakyat telah berakhir kerana penerusan kerjasama dengan PAS berarti DAP  meletakan dirinya sebagai sebuah  parti  yang tidak bermaruah lagi di mata rakyat negara ini terutama orang Cina  kerana akan terlihat sebagai menjilat kembali ludahnya sendiri.

Cacian dan penghinaan DAP kepada Pas telah memberikan kesan positif kepada Pas  yang menghimpunkan seluruh  kekuatan dalamannya untuk bangkit menunjukan kepada DAP bahaw mereka bukanlah orang Islam dan Melayu yang boleh diancam dan diganggugugat kehormatannya.

Walaupun  Pas  dan  DAP pada peringkat ini masih belum menampakan ketegasan  dalam tindakan memutuskan hubungan seperti  yang telah diistiharkan  tetapi jambatan hubungan telah roboh walaupun masih dalam keyakinan bahawa hanya dengan memperbaikinya  semula akan membawa ke Putrajaya.

Jika kepimpinan  Pas dengan barisan baru dan semangat baru  dapat berperanan  dengan bijak memadamkan imej pelampau,ketaksuban dan kekolotan sebaliknya membangunkan imej Nasionalis Islam  maka  orang Melayu akan melihatnya sebagai parti alternatif kepada UMNO untuk menjamin kedaulatan penguasaan negara dalam  perkongsian kuasa dengan bukan Melayu dan bukan Islam secara yang lebih terhormat.

Setakat ini Haji Hadi telah pun menyatakan bahawa UMNO tidak sama dengan Firaun tetapi malangnya di bawah pimpinan Datuk Seri Najib, UMNO sekarang lebih terikat dan berpadu di atas kekuatan kewangan dan kebendaan  tetapi kekosongan jiwa tanpa roh perjuangan  sejati.

UMNO  semakin jauh dari rakyat  dengan semakin menyerlah  sebagai parti elitis,feudalistic  dan metrialistic.

Imej ini semakin teruk  apabila  Datuk Seri Najib  mengistiharkan dirinya bukan dari darah sambarangan yang amat bertentangan dari ajaran Islam yang tidak membezakan  manusia dengan darjat ,pangkat dan keturunan(sekalipun keturunan Arab)  dan  kemuliaan disisiNYA hanyalah orang-orang yang bertaqwa.




19 comments:

  1. Hj Hadi dan Haron Din tidak menerima dan iktiraf Anwar sebagai pemimpin. Buktinya mereka tidak mesra dan rapat sepertimana puak Anwarinas.
    Sedihnya almarhum Nik Aziz banyak terpengaruh dan dipengaruhi kelicikan Anwar.
    Sebab itu jugalah tiadanya kedua pemimpin tersebut puak Anwarinas tak ada tempat bergantung bila ditiup tsunami dalam muktamar yang lalu.

    ReplyDelete
  2. Golongan Anwarinas tahu sangat peribadi Anwar namun kerana kepentingan politik dan benci kpd UMNO mereka sanggup bersama dgn DAP.

    ReplyDelete
  3. Dlm umno pun banyak anwarisma.
    Umno tulin eelek.

    ReplyDelete
  4. Pak Zam.., kalau Najib masih PM menjelang PRU 14, tak mustahil undi BN dari golongan atas pagar yang menyokong kerajaan tetapi bukan ahli UMNO akan berpindah kepada PAS. Saya sendiri tak menolak kemungkinan itu untuk diri saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan ingat ahli UMNO macam saya pon akan mengundi sekiranya PM orang yang sama.

      Delete
    2. ramai mengatakan perkara yang sama...nk undi pihak sana mmg x la..nk undi BN sakitnya tuh d sini...tapi kalo x kuar undi maka bermaharajalela lak puak ka fa ro....kalo undi BN insan itu ingat we love ...oooooohhhhh d mn undi perlu d beri.....

      Delete
  5. Ada anom tulis, saya tokok tambah lagi bagi sodap..

    Mahathir Mamak, nama asal Iskandar Killai A/L Iskandar Ali Kutty, pon bukan nama asal, beranak di Koraila, India, sudah Nyanyok, Meroyan sebab IPP milik kroni dia semua dipaksa jual kepada 1MDB. Dulu dia yang rancang black-out seluruh negara untuk tubuhkan IPP. IPP menjual tenaga dengan harga yang tinggi kepada TNB. Tan Sri Ani Arope tidak bersetuju lalu letak jawatan. Kawan saya mendapat bonus 18 bulan semasa kerja dengan IPP. Bayangkan berapa keuntungan yang IPP dapat dengan mencekik darah rakyat. Bayangkan berapa Banyak KOMISEN untuk Madey, ANAK CUCU and the GANG berkoyan-koyan. 

    Lepas tu dia minta pulak RM2 billion untuk bailout Proton kunun2nya untuk R&D. DS Najib tak bersetuju. Sebagai Pengerusi Proton kalau Madey genius sangat pulihkanlah Proton. Dulu Proton maju sebab cukai import kereta tinggi. Macam tu lah cara dia nak tunjuk hebat. Nak tunjuk hebat tapi pelekeh rakyat. Lain dulu lain sekarang Madey, you are nothing but a loser hence, you also have to compete in order to win. Kenapa Perodua berjaya tapi tidak Proton. Maknanya Madey, kau otak lembap bukanlah pandai sangat.

    Tun Dollah letak jawatan, syarat menantu dia Khairy dapat status Menteri. DS Najib setuju selepas PRU13 dan Khairy kena tunjuk kewibawaan dan ketokohan utk jawatan. Kau Madey marah sangat dgn Khairy sbb anak Botak @ Pondan@Gay kau kalah dlm pemilihan UMNO. Madey, kau paksa DS Najib supaya Khairy tak diberi liputan dan peranan dlm apa2 pun jua rancangan kerajaan supaya politikal milage Khairy merosot. DS Najib bukan jenis main belakang macam kaulah Madey LANUN, cuma Khairy memang species Bodoh lagi tak sedar diri.

    Lagi syarat kau letak kat DS Najib supaya membantu anak kau siHaramjaddah Mirzan yg terbukti Bonggok, Lembap, suka Berjudi, kalah besar bila berjudi, berapa kali Kerajaan nak kena BAILOUT anak celaka kau Madey? Last kau paksa Mokhzani jual saham dlm SapuraKencana utk tanggung bayar hutang anak bodoh Mirzan. Kenapa tak suruh Mokhzani jual sekali saham kau dalam MAXIS?

    Apa citer kilang kondom beri pada Marina di SADHU, daerah Outram dlm perjalanan ke Hatyai? Hee hee banyak2 kilang KILANG KONDOM yg kau kasi makan kedarah anak bini cucu kau. Apa citer Bank kau dekat Guam yg lagi satu anak kau kat Jepun Mirinda jaga?

    PRU 14. Masa tu kerajaan sudah kaya kerana GST. Peniaga tidak boleh lari dari cukai lagi. Begitu juga Madey pun susah nak dapat komisyen (black money) lagi kerana ianya akan dapat dikesan dengan sistem GST yang lebih efficient. Wang-wang haram tidak boleh mengalir keluar dari negara lagi. Malaysia menjadi negara maju. Gaji kakitangan kerajaan dinaikkan 25%. Cukai korporat diturunkan untuk bersaing dengan negara lain bagi mendapatkan FDI (Foreign Direct Investment). Banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Cukai pendapatan turun untuk bantu golongan pertengahan. BRIM naik dua kali ganda.

    Madey akan hapuskan BRIM. Dia tak kan bagi duit kat orang susah. Sudah tentu BN akan kalah kerana sebahagian besar penyokong kerajaan adalah penerima BRIM. Selain dari BRIM kerajaan juga ada banyak sediakan modal untuk orang yang mahu berniaga melalui TEKUN dsbg. Jadi soal lebih baik bagi joran dari bagi ikan tidak timbul. In fact Kerajaan bagi kedua-dua sekali. Sapa yang mahu berniaga boleh berniaga. Sapa yang mau makan gaji boleh makan gaji.

    Kesimpulannya BN akan menang pada PRU 14. Jangan termakan hasutan Mamak Celaka yang ingin merosakkan negara. Madey, kau nak bertanding ker dlm pemilihan UMNO atau kau Nak Anak Botak Mukhriz Gay Pondan jadi PM? Haram Orang UMNO mengundi utk Anak Botak kau yg tak ada pendirian..gagal mentadbir Kedah, gagal patuh pd Presiden, Perdana Menteri... Kalau Amerika paksa kau, kalau Mukhriz jadi Perdana Menteri waktu tu, apakah Mukhriz akan JUAL MALAYSIA, kerana nak selamatkan kau Madey Celaka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni pon satu celaka jugak.. kalu betoi hujah ko tu pasai apa si bugis pondan tu kecut perut nak mengadap mamak kuty tu. Kalu hang betoi sangat hang pi mana takut sangat!!! Ni Sabah dah kena gempa si bugis tu buat apa di Saudi Arabia? Mai balik laa...

      Delete
    2. ...alahai.... pre paid or post paid....?
      paid Bugis dealer

      Delete
    3. Anon 16:34

      Ko ni sudah hilang plot jalan cerita. Tulis ikut sedap hati je. Kalu ko betul2 anak jantan, buat la report polis ttg penyelewengan Tun M yg ko telah uar2kan. Dapatkan segala bukti, baru boleh tuntut RM1j yg ditawarkan oleh suatu badan/persatuan tempoh hari.

      Delete
  6. Masih ahli UMNO7 June 2015 at 16:41

    ZAM, saya respek PAS ni satu aje. Langsung tak ada money politik dalam diri mereka, tak kiralah PAS tulin ataupun PAS Anwarisma dalam pemilihan baru baru ini ataupun yang telah lepas.

    Melayu PAS dan Islam ini bolih diberi harapan olih kita untuk memimpin Malaysia dimasa hadapan. Sekiranya barisan kepimpinan PAS yang ada sekarang ini berperinsip teguh pada waktu PRU 2018 maka saya pasti akan beralih mengundi calon mereka kelak.

    ReplyDelete
  7. Memang PAS tak ada politik wang yang menular macam UMNO. Tapi dulu Umno pun macam tu juga. Ironiknya bila dah berkuasa lama, berjaya dan kaya-raya, mulalah sifat tamak, hasat dengk dan politik wang menapak. Bila dah bertapak amat sukar untuk kikis. Sekarang ini pun saya tak nampak langsung macam mana gejala ini dapat dihapuskan.

    ReplyDelete
  8. Anom 16.34
    Hebat sungguh tulisanmu......
    Negara amat perlukan org sepertimu...
    Patutnya mu layak jd piem...
    Kalu bole tulis biodata mu supaya senang utk dikenali dan diangkat sbg pemimpin terhebat didunia...hahaha...mcm org gilo pun ada cara bentuk mu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada hebat nya Anon 16:34 tuh..., macam sembelit tak boleh berak ada lah. Tulis dalam mabuk todi kut!

      Delete
  9. Bugis-Degil bawak sekali hulubalang Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri, tidak kah ini membawa tanda SOAL yang BESAR ke Saudi Arabia???

    PAS sudah mula game UMNO-PAS reconciliation, ada groundwork sudah berjalan???

    Ada benar kah pembacaan rakyat yang Bugis is down on his knees to the Saud's for a lifeline for 1MDB with KDN & MINDEF (as 'TRUSTED' Lieutenants - no longer trusting TPM Muhyidin) with a catch???

    Back in Tanah Ayer it will then come out of the blues that an UMNO-PAS will be noteworthy 'PERPADUAN MELAYU' thing that will kill-off all 1MDB shits???

    Then he will come to be the Bugis-Darah Pahlawan indeed uniting the bangsa melayu-muslim?

    UMNOs' man needed to do better than this if not the curse will befall onto not only the Bugis, but the people in UMNO, be mindful of that!

    ReplyDelete
  10. Anom 16.34
    Tulisan ko macam tisu tandas. Aku agak ko ni habis sekolah Lim Kok Wing yg pakai rambut palsu tu.

    ReplyDelete
  11. Anon 16.34,

    Aku kesian kat mak bapak hang sebab dapat anak tak normal.Nak marah kat hang punnanti depa kata aku bodo sebab duk layan orang macam tu.

    Satu saja yang aku puji,walaupun tak seperti orang,hang ni tau juga tulih dan panndai pulak hina dan maki orang.Semoga perangai huduh hang tu kekal sampai mati dankekal ke anak cucu cicit hang.

    ReplyDelete
  12. Melihat keupayaan Najib...kalaupun ada perbincangan mendalam 8 biji mata... Ada dua biji mata yang sangat puaka dan keras kepala...silap-silap semua 6 biji mata itu dilondeh satu persatu dan kena maki...

    UMNO sudah berada di persepsi rakyat yang sudah total menolak parti - sudah tidak peduli Najib undur atau tidak, siapapun pengganti sudak dikira sebakul juga.
    Jika UMNO ada pemimpin berkualiti dan berani, Najib sudah lama bungkus. Tetapi kerana mereka sama sahaja, sebakul _ tidak ada apa-apa yang rakyat boleh harapkan lagi.

    PAS perlu diberi peluang, berbaiksangka.
    Pemimpin mereka masih ada diberi hidayah untuk kenal dosa kecil dan dosa besar.
    Pemimpin UMNO sudah jadi partii mabukuasa.


    ReplyDelete
  13. Datuk Zam,
    Blog anda di homepage biasa (.sg) telah terkena "security warning" screen merah.

    ReplyDelete