Thursday, 11 June 2015

BUKAN SEMUA PENYOKONG NAJIB SAMPAH

LIHAT BERITA TERKNI DI BAWAH:ADA PENGKHIANAT DALAM KABINET NAJIB
Komen: 11 Jun 2015: Dengan tajuk "Nothing to Hide" maka tiada siapapun menyangka forum itu tertutup dan hanya untuk NGO.Maka itu ramai wartawan hadir disamping Tun Dr.Mahathir sendiri.Tujuan  porpagandis Najib untuk menunjukan keterbukaannya  tetapi sebaliknya berlaku ketertutupannya yang memalukan Najib sendiri- Tan Melaka      

HORMATILAH PROTOKOL JOURNALISME

Komen   blog  rocky's bru 3 june 2015 menggambarkan saya meanggap semua penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai sampah. Ini tidak benar.

Mereka yang saya maksudkan ialah orang-orang yang di luar dunia kawartawanan yang memang diketahui  oleh rakyat Malaysia dan penduduk setempat sebagai bekas-bekas parti, mempunyai record sebagai penyeleweng atau popular di kalangan penduduk setempat sebagai hanya" ulak ayak,"  mudah dibeli dan tidak lagi mempunyai sebarang kedudukan.


Mereka ini  dikemukakan sebagai penyokong utama  Najib dan diberikan keutamaaan  dan kekerapan penyiaran akhbar dan TV lebih dari personaliti berintegriti dari UMNO sendiri.

Tidakkah penduduk setempat yang  mengetahui mereka akan ketawa besar bila melihat mereka di TV atau di Utusan Malaysia,Berita Harian NST dan sebagainya dan tidakkah ini bertentangan dengan journalisme yang berasaskan reliability dan authority?

Samasekali  saya tidak maksudkan   penulis dan wartawan profesional dalam media sosial atau akhbar kawalan kerajaan atau sukarelawan penyokong Najib sebagai sampah.Cuma menjadi pertanyaan saya apakah kriteria dan etika penilaian kewartawanan  oleh Ketua-Ketua Pengarang.Adakah profesioalisme tidak lagi menjadi panduan dalam memberikan tempat kepada mereka ini?

Nak cari bantuan carilah  orang yang berintegriti  untuk diletakan di barisan depan dan bukannya muka-muka yang menyebabkan orang tutup TV sehingga rating penonton berita  jatuh bagitu teruk.

Saya tahu dalam perjuangan,parti parti politik tidak boleh memileh penyokong, tetapi letakkanlah mereka di tempat yang sesuai.Janganlah penunjolan mereka menyamai orang-orang parti yang berintegriti sehingga kerana seorang dua menyebabkan  penyokong Najib kelihatan seolah olah lebih banyak sampah.Maka itulah saya bimbang Najib akan ditenggelami oleh timbunan sampah.

Ini samalah seperti menjadikan komen politik banduan sebagai berita utama muka  satu.

Hormatilah "Protokol Journalisme".


TERKINI DARI MALAYSIAKINI(13June 2015)

SIAPA PENGKHINAT DALAM KABINET NAJIB?

PM: Cadangan kenaikan tol dibocor pengkhianat


Pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya telah mengkhianati kepercayaan diberi kabinet, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi, beliau berkata, perbuatan itu menyebabkan berlaku sentimen negatif terhadap pentadbirannya.

Perdana menteri juga menegaskan keputusan menaikkan kadar tol berkenaan belum dimuktamadkan.

"(Kabinet) membincangkan isu ini (semalam) tetapi butirannya seperti bagaimana ia dilaksanakan, akan diputuskan pada beberapa minggu mendatang.

"Justeru apa yang terbocor dari kabinet belum muktamad.

"Malangnya berlaku kebocoran melalui media sosial dan perkara ini digembar-gemburkan," katanya.

Najib juga kecewa apabila ada pihak tertentu yang dianggap tidak beretika serta mengkhianati kepercayaan kerajaan kerana membocorkan maklumat berkenaan.

Sementara itu sumber memberitahu Malaysiakini, majoriti anggota kabinet bersetuju menaikkan kadar bayaran tol untuk 16 daripada 19 lebuh raya di negara ini.

Begitu juga dengan laporan Berita Harian yang menyatakan kadar bayaran tol untuk 16 lebuh raya akan dinaikkan antara 20 sen hingga RM1 mulai Ogos ini.

Bagaimanapun jurucakap pemegang konsesi lebuh raya memberitahu Bernama mereka tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan.

18 comments:

  1. Haha...politik banduan siapa lagi kalu bukan pemimpin anugerah Tuhan!!

    ReplyDelete
  2. takpe, sebab P Em sendiri pun sampah

    ReplyDelete
  3. Tertarik saya politik banduan di paparkan berita utama muka satu. Etika kewartawanan yang setaraf juga.

    Jika sudah banduan, masih layanan kelas satu ?

    Jika wartawan menyokong tokoh politik yang lupa diri sebagai wakil dan bersuara rakyat, masihkah di biarkan lalok !

    Jika pemimpin suka selongkar sampah kita juga ikut jadi sampah ?

    Jika di kaji halus, seorang wartawan itu amat dekat dengan syurga. Jika di fikur kasar, memang wartawan itu juga kekal penghuni neraka !

    Demi itu jika Islam, wartawan beriman itu amalan terbaik. Etika dan moral pula kepada gang bukan Islam. Bawa kemusnahan, dosa nya sukar terampun ! Malah jiia seorang jepun, cina atau korea, mereka sanggup bunuh diri kerana tersasar.

    Islam melarang bunuh diri tetapi di galak bertaubat dan tidak mengulangi lagi.

    Di Malaysia, ia sentiasa berulang siar. Kecil jadi besar ! Terbakarn Hakikat nya hanya persepsi yang di momok jadi kebenaran. Cara zionism.

    ReplyDelete
  4. Tan Sri ,

    Mengapa pula kita perlu balun sesama orang melayu . Secara langsung kita melemahkan bangsa sendiri . Dan secara langsung orang2 opportunist sudah ambil kesempatan mengapikan dan melagakan orang2 melayu.

    Cukup sedih dan harap Tan Sri and gang dapat sama2 meleraikan konflik yang tidak ada kesudahan ini .

    Waghih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Melayu telah sinonim dgn LUPA..... kejatuhan kerajaan melayu Melaka pn angkara pemimpin melayu jugak.....

      Delete
  5. mmg penyokong najib sampah kerana mereka hanya mikirkan tembolok dan harta depa..kalu mereka mikirkan rakyat dan Negara mereka dah bagitahu najib apa yg benar/salah/sahih...maapla kalu terasa...

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat Tan Sri ... tapi boleh juga saya kata saya tak setuju sangat sebab memang Najib aka Ahjib Gor aka Pahlawan Bugis (-2 biji) aka Hang Pi Mana tu pun dah jadi sampah sarap dimata saya. Orang yang dekat sampah memang akan bau sampah...tak pun kotor terkena sampah. Tan Sri...spot on!..saya suka sekali dengan artikel Tan Sri ni. Syabas!

    Yang benar menyampah (dengan sampah sarap),
    Rakyat yang menyampah giler ��

    ReplyDelete
  7. Datuk Zam, sampah saraf adalah berbagai jenis : ada yang menyerupai sisa makanan manusia; ada yang menyerupai kotoran jijik semacam kain perempuan; adapun yang menyerupai benda yang baik lagi tapi terbuang sebab tidak di-nilai oleh orang.

    Ya lah, tong sampah si jemuan itu memang pelbagaian.

    ReplyDelete
  8. Raja Kamarul Baharin MP Kuala Terengganu telah bertanya kenapa Najib dan juga pegawai penerangan UMNO Terengganu baru sebok tentang penyelewengan atau penyalahgunaan Mahathir dulu dan tidak pada masa mereka berada dalam kerajaan bersama dengan Dr.Mahathir. Kenaapa mereka diam sahaja dan sekarang baru nak bongkar segalanya.

    Jawapannya ialah masa itu teloq mereka hilang dan sekarang teloq dah ada balik kerana hasrat nak bertelor lebih banyak lagi dan nak buat scandal lebih besar lagi.

    ReplyDelete
  9. Dari segi bahasa, kalau sampah itu banyak..tidak tepat untuk kata semua sampah..
    Tetapi apabila ada sampah..adalah sarapnya

    Mungkin boleh Zam jelaskan contoh...Menteri yang macamana dikatakan sampah dan menteri yang macamana dikatakan sarap.

    Yang busuk tu getah sekerap..jangan lupa.

    ReplyDelete
  10. Khalid Ibnuwalid.Taman Melawati.KL11 June 2015 at 20:38

    Seorang ahli MKT Tajuddin Abdul Rahman berkata pandangan negatif Tengku Mahkota Johor terhadap Datuk Seri Najib tidak gambarkan pandangan semua kerabat di Raja.

    Ini semua orang tahu, tak payah cakap Tetapi yang penting ia gambarkan pandangan rakyat, pengaruh dan kesannya sebagai anak raja mewakili pandangan sebahagian besar rakyat dan menjatuhkan moral lagi moral politik Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesannya yang buruk ialah kepada Menteri Besar Johor sendiri kerana kenyataan Tengku Mahkota menggambarkan rasa tidak senang rakyat kepada sikap Khalid yang tidak sensitif dengan masalah scandal 1MDB yang dirasakan oleh rakyat negeri Johor. Semuga kaum muda di Johor bangun bersama dengan bangunnya kesedaran politik Tengku Mahkota. Hidup Tengku Mahkota!

      Delete
    2. Mana dia tahu? Sejak bila pulak dia dilantik jadi jurucakap raja-raja. Atau dia dah tanya ke semua raja-raja satu persatu? Kalau ya pun nak tonjolkan diri sokong najib pakailah akal sikit. Jangan main gasak aje.

      Delete
  11. TV3 WAJAR MEMBUAT KENYATAAN SAMAADA BENAR ATAU TIDAK RATING PENONTON BULITIN UTAMANYA JAM 8 TELAH JATUH MERUDUM.. JIKA PENAPIAN TIDAK DIBUAT AKAN MENGEKALKAN PERSEPSI UMUM INI.

    ReplyDelete
  12. Bagus lor Melayu Malaysia gadoh sama sendili. RINGGIT MALAYSIA makin jatuh sikalang satu ratus singapore dollar = RM 278. Lagi lu olang gaduh lagi bagus loh

    ReplyDelete
  13. May be the answer is in my Blog

    http://mummyrokiah.blogspot.com/2015/06/ulaq-ayaq-dalam-parit-gila-pun-depa.html

    ReplyDelete
  14. Dari dulu lagi, semua berkaitan najid adalah artificial. Satu malaysia, brim, gaji minima, permata,

    ReplyDelete
  15. Tan Sri,

    Mungkin TS boleh komen pasal sekarang ni dah 3 malam berturut-turut TV3 menyiarkan keburukan kereta Proton bila digunakan sebagai teksi. Kenapa ada yang tergamak untuk mematikan industri kereta kita. Saya pengguna setia Proton dari tahun 1997 sehingga sekarang. Masalah mmg ada cuma boleh diatasi dgn berjumpa dengan mekanik yg betul. Yang penting servis ikut jadual. InsyaAllah semuanya boleh berjalan dgn lancar. Terima kasih.

    ReplyDelete