Monday, 29 June 2015

BUKAN HANYA SARAWAK REPORT SUMBER MAKLUMAT TUN DR. MAHATHIR.

Twitter:

BUKTI SEOLAH - OLAH DIRANCANG

Kenyataan saya di Malaysian Insider mengatakan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo yang  didakwa membocorkan makluman yang ada kaitan dengan 1MDB seolah-olah dirancang untuk membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah tidak lengkap

Berita itu tidak menyebutkan beberapa perkara  lagi yang boleh menimbulan keraguan orang ramai tetapi yang disebut hanya fakta mengenai wartawan NST siap menunggu di Bangkok  untuk liputan  tangkapan itu  yang menampakan sebagai terancang.

Sebenarnya saya menyebutkan tentang suatu peluang keemasan yang boleh digunakan untuk membersihkan nama Najib telah disiasiakan apabila exploitasi dan menipulasi berita itu tidak distratijikan secara halus dan bijak.

Apa yang  berlaku jentera komunikasi parti dan porpagandis Najib secara serentak menampakan seolah -olah mendapat peluang besar untuk menjalankan "oprerasi pembersihan"  yang menyebabkan orang ramai merasakan mereka  dianggap  mudah untuk diperbodohkan.

Adalah tidak bijak  bagi menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO memberikan reaksi serta merta bahawa sekarang  1MDB telah  bersih,tidak salah,tidak ada kesilapan dilakukan kerana semuanya berdasarkan laporan   Sarawak Report  yang dipalsukan.

Dengan kata-kata lain beberapa pihak termasuk Tun Mahathir sendiri   mengunakan laporan palsu untuk memburuk dan menjatuhkan Datuk Seri Najib dari jawatan Perdana Menteri.

Dari awal lagi stratijinya adalah tidak bijak. Sepatutnya Bernama digunakan sebagai punca atau penyebar berita mengenai tangkapan Justo itu  atau menggunakan  agensi berita asing yang juga boleh diupah seperti  upahan besar yang diberikan kepada penulis-penulis  blog tertentu. Akan lebih berkeredebiliti jika tidak datang dari akhbar yang diketahui umum terarah dan terkawal.

Jika kritikan dibuat terhadap Tun Dr.Mahathir kerana membuat berbagai tohmahan tanpa  menunggu lebih dahulu hasel siasatan PAC dan juga Ketua Audit Negara ,maka demikianlah juga yang kelihatan kepada umum apabila beberapa orang Menteri dan orang-orang  Najib menggunakan isu tangkapan Justo.

Bagaimanapun harus diingatkan kedudukan Mahathir adalah sebagai rakyat biasa berbeza dengan kedudukan menteri-menteri kerajaan yang berada pada kedudukan berauthoriti, rasmi dan sah dalam kata-kata  dan tindakan mereka yang melibatkan kerajaan.


Saya sendiri telah memberitahu Malaysian Insider  bahawa saya selamanya meragukan laporan  Sarawak Report yang mempunyai ajenda sendiri terutamanya dalam usaha untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud bagi kepentingan hak hak asasi manusia  dan juga bagi merongkaikan cengkaman bumiputra keatas tanah pusaka di Sarawak supaya mudah jatuh ketangan taukeh-taukeh balak.

Tetapi adalah salah samasekali jika pihak menteri-menteri,pemimpin-pemimpin tertentu  atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib memikirkan bahawa Tun Dr.Mahathir hanya bergantung kepada laporan Sarawak Report untuk mendedahkan beberapa penyelewengan yang dikatakan telah dilakukan oleh 1MDB.

Sebagai seorang Perdana Menteri selama lebih 22 tahun,semua orang tahu malah orang yang berkerja  sekelilingnya lebih tahu bahawa beliau mementingkan fakta yang benar dalam sesuatu isu yang dibangkit dan didedahkannya bagi kepentingan negara.

Dalam kes Anwar Ibrahim beliau tidak mahu percaya tentang kelakuannya yang diadukan oleh beberapa pihak termasuk oleh Ketua Polis Negara sendiri sehinggalah orang yang mengalaminya bercerita sendiri kepadanya.

Saya berkeyakinan Tun Mahathir masih menyimpan banyak lagi "rahsia benar " mengenai 1MDB  yang akan didedahkan satu demi satu dan bila perlu akan didedahkan semuanya. Bukan hanya Sarawak Report sumber maklumatnya.


38 comments:

  1. Hujjah yang lemah, Datuk.. Sorry to say..

    ReplyDelete
  2. LU SIBUK WT PA.KAMI MADEY JWBLAH.

    ReplyDelete
  3. Ada kemungkinan Justo di bayar berjuta juta ringgit berpakat dengan 1mdb dan PetroSaudi untuk merelakan dirinya di jadi kan kambing hitam bagi menyelamatkan kangkong. Penghujung cerita, Justo dilepaskan atas sebab sebab teknikal tetapi cerita PM tidak bersalah telah di jaja satu Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasullullah saw bersabda "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik dan jika tidak maka diamlah.”
      (HR. Bukhari no. 6018 dan Muslim no. 47).

      Delete
  4. Auta dah menjadi fakta, sorry latuk bila usia dah meningkat itu lah akan terjadi. Pencen lagi baik daripada menabur fitnah dimerata tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen penjilat tegar ahjib gor, jilat jangan tak jilat.

      Delete
  5. Yang setia pada 1 MDB pun kerana dapat upah.
    Kenapa 1 MDB diperingkat awal awal dulu buat senyap senyap.
    MT UMNo pun tak tahu.Kabinet pun tak dimaklumkan.
    Apa tujuan.Geng dan kroni sahaja yang tahu.
    Ada udang sebalik batu.

    ReplyDelete
  6. Justo dan majikannya...
    Soal dalaman ugut mengugut..
    Kenapa 1MDB merasa selamat jika dia tidak melakukan apa-apa kesalahan sebelumnya malah tidak pernah menyatakan ada dokumen palsu..
    Kenapa perlu 1MDB bersandar pada sebuah kes yang masih dalam tahap siasatan dan menggunakan sesuatu yang belum diputuskan oleh mahkamah untuk mendakwa pihak itu dan ini.

    ReplyDelete
  7. Cukup2lah wahai TAN SRI DATOK ZAINUDIN MAMAK. CUKUP2LAH DENGAN FITNAH YANG TIDAK BERKESUDAHAN TU. RUMAH DAH KATA PERGI KUBKR DAH KATA MARI. INIKAN BULAN RAMADHON ALMUBARAK JANGANLAH MENCECEH LAGI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zam, Ini cakap-cakap orang yang tdak boleh berfikir,yang mensia-siakan masa tua, Fikiran orang kampung zaman dulu dulu. Ini saki baki fikiran lapuk. Teruskan kerja yang baik supaya semakin dekat dengan kubur semakin banyak pahala didapati dalam menecelekan manusia terutama pemimpin-pemimpin yang menipu rakyat..

      Delete
    2. Setuju sangat2. Fakta tetap fakta. Apa kena mengena dgn usia ? Abis tu bulan ramadhan ni kena bisu je lah ? Pemikiran menyimpang atau langsung tak tahu kemelut yg sedang berlaku....tang mana fitnah nya ? Apa pun ts zam...teruskan. Benar tetap benar. Mmg kebenaran tu pahit. Menipu sakan tu ok pulak...kan ? Dlm parlimen lagi !

      Delete
    3. nor ishak ismail30 June 2015 at 00:12

      Hukuman dosa pahala urusan tuhan, yang benar tetap benar. Lihatlah keadaan sosio-ekonomi negara ini sekarang ... PM cakap berbelit-belit, takan itu pun kita nak diamkan ... menteri-menterinya entahlah apa nak jadi ... Bak kata Mat Sabu, Malaysia ini bawah tangan Najib sama dengan keadaan basikal yang tuannya India, sama macam janda yang bekas suaminya Pak Arab ... dah lunyai ... ini bukan masalah kubur panggil mari.

      Saya harap Pak Zam teruskan perjuangan suci anda ... sebelum negara ini lunyai.

      Delete
    4. Teruskan lah memfitnah.

      Delete
  8. Berani sebab benar, malu kerana salah - itu lah asal usul maruah seorang mukmin. Semoga Allah Ta'ala membuktikan pada segala hal ini.

    ReplyDelete
  9. Betul kata Pak Zam. Beria-ria Pak Menteri defend 1MDB yang dituduh difitnah dan dianiayai oleh SR dengan tertangkapnya Justo di Siam. 1MDB sebenarnya sebuah syarikat yang berjaya. Hutang berpuluh-puluh biliyon yang di canang oleh Dr. Mahathir adalah tidak benar.
    Tohmahan-tohmahan yang dilemparkan selama ini adalah tidak berasas semua sekali. Dengan ini maka Ketua Audit dan PAC perlu menghentikan segera kerja-kerja mengaudit syarikat tersebut. Syarikat itu sebenarnya bersih dan suci. Tiada apa yang hendak diauditkan.
    Syarikat itu normal seperti syarikat-syarikat yang lain. Duit-duit yang dipinjamkan oleh kerajaan dalam bentuk stand-by kredit hendaklah segera dipulangkan kerana 1MDB sebenarnya tak perlu bantuan tu semua. 1MDB juga berkeupayaan untuk memajukan tanah-tanah dan aset-aset IPP dan tidak perlu dijual kerana kerja-kerja menjual aset ini biasanya dilakukan oleh syarikat yang sakit. Pelaburan-pelaburan di luar negaranya juga menjana pulangan yang lumayan dan selepas ini tiada masalah untuk membayar interest yang berbiliyon-biliyon jumlahnya tanpa perlu meminjam dari taikun-taikun atau hartawan.

    ReplyDelete
  10. Dato Zam

    Penulisan yg baik. Panas puak2 DSN bila baca tulisan Dato Zam ni. Barangkali anon2 di atas yg tak puas hati org2 DSN ke?

    ReplyDelete
  11. Semua masalah ini berpunca dari umno yang suka memfitnah musoh mereka. Sekarang terimalah balasan dari yang maha esa.Bila seorang pemerintah kejam turun tahta macam Mahadet, penggantinya akan lebih kejam, Sekarang keburokan mereka hanya menunggu rakyat menghukum mereka sebelum mereka masuk liang lahad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punca besar adalah dari Pas sendiri yang sanggup mengadakan perkahwinan dengan kafir. Ini adalah perkahwinan haram dan akhirnya perkahwinan ini memecahbelahkan lagi umat Islam sesudah Hadi mengakfirkan orang Islam.

      Keadaan semsa Mahathir orang Islam mempunyai maruah yang tinggi,dihormati dunia tetapi datang Najib boleh dibuli oleh Singapore. Sekarang Pas dihina dan dimaki oleh orang Cina,lebih teruk lagi. Jangan tengok dengan sebelah mata, Allah bagi dua mata.Pas telah berzina dengan DAP maka itu dapat anak-anak haram .Allah turunkab bala sekarang.anak-anak haramnya belot dan khianati Pas.

      Delete
  12. Terimakasih tan sri...artikel yang saya setuju sangat. Menteri2 dalam kabinet sekarang ni dah sakit mental, histeria berpanjangan. Zaman nabi tak ada jawatan menteri agama. Ada pusat zakat pun tak guna. Kalau tengok macam mana dorang agih2 zakat lagi sakit ati. Bangga dengan kutipan zakat herjuta2, tapi tengok kat mana2 ramai yang miskin fakir tak di berikan zakat tersebut. Menteri agama syok sendiri, dia ingat dosa pahala tu urusan dia. Itu pun dia perasan. Biarlah dia tan sri syok dengan kerja2 mengampu di dunia ni. Riak dan bermegah2lah. Makanlah duit rakyat dengan zalim. Saya dah lali dengan menteri2 kita yang tak ada biji. Selamat berpuasa tan sri. Semoga sihat dan tenang selalu.

    ReplyDelete
  13. zam,

    saya tak nampak pun tang mana yang tak betul pendedahan Sarawak Report pasai 1MDB ....

    ./mkh

    ReplyDelete
  14. Kalau benar Justo sudah membersihkan 1MDB Berhentikan lah segala Siasatan Terhadap 1MDB. Balik kepangkal.....Semua Baik Belaka!!

    Najib Pahlawan Bugis Kannnn!!

    ReplyDelete
  15. Saya ikuti juga cerita 1MDB ini menerusi media sosial dan media massa. Saya dapati cara laporan amat berbeza . Sebagai rakyat jelata saya keliru . Bertambah keliru lagi bila pihak yang terlibat membahas nya adalah kebanyakan nya orang melayu dan orang islam . Ini termasuk menteri menteri kabinet , lebih istimewa nya menteri agama. Pada saya sudah pasti lah isu penting di sebalik isu isu yang dibangkitkan mengenai 1MDB ini ialah masalah yang berhubung dengan bangsa melayu dan agama islam sehingga terdapat tuduh menuduh antara kedua dua pihak - pihak yang pertikai dan pertahan .

    Pelbagai perkara terbabit dalam perbahasan isu 1MDB ini daripada isu penyelewengan dana, pembelian dan penjualan hartanah yang dianggap tidak telus dan tulus , buat filem.dan sebagai nya lagi. Terkini berkaitan pembinaan masjid pula . Pun masih wujud persepsi berbeza sedangkan masjid bukan bangunan sebarangan . Ia " rumah Allah ".

    Berpegang kepada ajaran islam seperti yang dinyatakan dalam alquran bahawa apabila timbul masalah atau wujudnya pertentangan persepsi antara umat islam maka kembalilah kepada Allah .

    Oleh itu saya nak cadangkan agar pihak jakim dan menteri agama sendiri ambil inisiatif anjur solat hajat di seluruh negara .

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh30 June 2015 at 15:31

      Pak Zam.
      dan Orang Tua.

      Orang tua sebagai rakyat jelata telah jadi keliru dengan 1 MDB. Sebenarnya itulah yang dimahukan oleh pihak terlibat. Setiap masa mereka memperbodoh-bodohkan, mengelirukan, menakut-nakutkan rakyat.

      Cuba Orang Tua bayangkan macam mana kah besarnya timbunan duit yang sebanyak RM42 biliyon itu, berapa jumlah kosong dalam RM42 biliyon itu dan adakah dia sama dengan RM42 laksa ... semuanya benda baru bagi rakyat ... dan rakyat akan didahulukan apabila bahana RM 42 biliyon sampai nanti.

      Menarik bagi saya bila Orang Tua kata "istimewanya menteri agama". Sebenarnya sudah lama sangat kita guna isu ugama sebagai alat untuk menakutkan dan cucuk hidung rakyat. Tempoh hari seorang menteri menyatakan sesiapa yang tidak percaya pada kata-kata PM boleh terkeluar dari Islam. Semalam menteri ugama berkata jangan serang (fitnah) 1 MDB semasa Ramadhan nanti kurang pahala?. (sedangkan nabi berperang semasa Ramadhan).

      Sehingga nak bina masjid sekadar RM20 juta ( cuba bandingkan dgn kos buat filem lucah anak tiri PM) pun digunakan untuk menyatakan kebenaran 1 MDB yang sarat dgn hutang dan perniagaan yang tak tentu lagi halal haramnya. TPM Mahyuddin, pernah menyatakan untuk membayar bunga bulanan 1 MDB, adalah tak masuk akal banyaknya ... kita fikir-fikirkanlah.

      Saya tak salahkan Orang Tua jika masih keliru.

      Dan mungkin saya juga akan keliru jika JAKIM dan Menteri Agama nak buat solat hajat pasal 1 MDB ... Salam Ramadan



      Delete
    2. Mamak yang lebih. Dah keterlaluan.

      Delete
  16. Bukan hanya solat hajat....istikharah, tolak bala, taubat....

    ReplyDelete
  17. mamak backing mamak...dua -dua kaki putar belit

    ReplyDelete
    Replies
    1. U are such an asshole. Just like ahjib & his cabinet. Poorah. Lu pikir lu punya kaum suku sakat suci sangat? Tak belit2? Lu bagus check lu punya keturunan..gua rasa lu ni orang zaman batu, otak belum developed lagi.

      Delete
  18. Saya siarkan sekadarkan untuk memuaskan hati orang yang tidak dapat berfikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biaq pi kat depa le Datuk..
      cuma terkilan deme2 tak bawak hujah untuk menyanggah pandangan..

      Delete
    2. Rasullullah saw bersabda "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka berkatalah yang baik dan jika tidak maka diamlah.” (HR. Bukhari no. 6018 dan Muslim no. 47).

      Delete
  19. Betul tu Tan Sri,
    Setidaknya memaparkan kedangkalan intelektual org2 mcm ni. Nak berhujah biar sempurna dan tertib. Tak balik Bedong ka Tan Sri tahun ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajat di hati nak nalik ke kampong tetapi dah tua hanya menumpang orang bawa kereta. Kalau cucu cucuutak balik, nak berkumpul di Putrajaya maka tak jenguk Kota Kuala Muda lah tahun ini.

      Delete
  20. Jadi wayang kulit saja dorang ni, ikut tok dalang menari

    ReplyDelete
  21. Salam Uncle Zam,

    Semoga sehat sejahtera bersama keluarga hendaknya.

    Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketenangan dan keinsafan.

    Alhamdulillah saya baru tahu tentang kewujudan blog saudara Zam ini.

    Saya baru sahaja terjumpa buku terkini saudara berjudul "MAHATHIR BUKAN KAWAN SAYA'

    Sempat juga saya belek-belek sedikit lebih kurang tadi di kedai buku Kinokuniya KLCC. Sayang tak berkesempatan beli disebabkan kedai buku nak tutup dan orang ramai beratur panjang mau membayar.

    Tahniah kerna masih terus aktif menulis. Sebuah buku yang penuh fakta yang jarang-jarang diketahui umum. Khususnya generasi muda kini. Buku yang berkualiti.

    Salam Hormat
    Indie Jeans Lusuh

    ReplyDelete
  22. Terima Kasih.Tapi nampak macam sempat baca satu dua bab. Jika tinggal di sekitar KL dan Putrajaya atau yang berhampiran maka bolehlah datang ke cafe saya bila pelancaran di buat oleh Tun Mahathir kelak. Nanti diumumkan.

    ReplyDelete
  23. It is good for you to post the comments from the bangangs. This will prove that Najib was right in calling them bangangs. Now I bet the bangangs will respond to my post as well. Let it be Zam. Mahathir is no fool when it comes to 1MDB.

    ReplyDelete